Anda di halaman 1dari 5

Program pengukuran dan penilaian kecergasan fizikal disekolah telah dirancang selaras dengan sukatan pelajaranPendidikan Jasmani.

Guru PJ harus merancang danmelaksanakan ujian kecergasan seperti yang terdapat dalamGaris Panduan Ujian Kecergasan Fizikal agar murid-muridsentiasa cergas dan bersedia untuk mengikuti matapelajaran yang lain.Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa PJ memainkan perananyang penting dalam menyediakan murid-murid yang sihatdan cergas agar dapat memberi tumpuan sewaktu sesipengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Kecergasan yang optimum boleh membantu muridmelaksanakan aktiviti harian tanpa rasa letih dan lesu.Selaras dengan itu aktiviti kecergasan yang terancang perludilaksanakan dengan sempurna dan selamat Nama ujian : Bangkit tubi dengan lututmembengkok Tujuan : Mengukur kekuatan terhadap ototabdomen. Alatan : Pita pengukur Peserta : Murid tahun 5 Kesahan : Paras kesahan adalah diterima untukujian ini. Kebolehpercayaan : A Persorn rmerekodkan .94untuk ujian ini. (Johnson & Nelson,1986) melaporkan hubung kait.71 di antara masa bangun tubidan tiada had untuk ujianbangun tubi PROSEDUR

:i) Peserta berbaring di atas tilam latihan denganlutut dibengkokkan pada 12-18 incidaripada punggung.ii) Tangan peserta disilang pada dada dan tapaktangan mendakap bahu yang bertentangan.Pembantu akan memegang pergelangan kakipeserta semasa ujian dijalankan.iii) Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkitdari kedudukan baring hingga siku mencecahpaha dan kembali ke posisi asal.iv) Peserta mestilah kembali ke kedudukanbaring dengan skapula menyentuh lantaisebelum bangkit semula.v) Pengiraan satu ulangan lengkap ialah darikedudukan baring, naik dankembali semula kekedudukan asal

a.Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaankesihatan diri secara keseluruhan. Kecergasan ini merangkumi limakomponen utama, iaitu: 1. Daya tahan kardiorespiratori Daya tahan kardiorespiratori atau kardiovaskular ini didefinisikansebagai keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama oksigen, keotot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketikakerja fizikal yang berterusan. Komponen ini melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru. 2. Daya tahan otot

Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkandaya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan ataumengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yangpanjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah. 3. Kekuatan otot Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot ataukumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan.Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangkamasa yang pendek pada intensiti yang tinggi. 4.Fleksibiliti Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakansepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagiansendi dan otot. 5. Komposisi badan Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan denganberat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukurankegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik c. Objektif

Murid dapat:

1. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal. 2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang. 3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal sendiri 4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui perancangan aktiviti kecergasan terancang.

Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan JasmaniUjian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateriprestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakanuntuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran.Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciritertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagaimembina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis danmentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran. Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani 1. Memfokuskan kepada setiap orang murid Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid. 2. Menentukan status semasa murid Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi : a) Pemberian gred b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan e) Menentu aktiviti tertentu.

3. Memilih wakil sekolah Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama. 4. Memotivasikan murid Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa. 5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai. 6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Anda mungkin juga menyukai