Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI 6 MEMBUAT INFERENS Baca pemerhatian di bawah. Selepas itu, buat inferens untuk menerangkan setiap pemerhatian.

Terdapat lebih dari satu penerangan yang logic ke atas sesuatu pemerhatian. Inferens yang anda buat mungkin betul dan mungkin salah dan ia perlu diuji. Pemerhatian 1: Anda perhatikan langit semakin gelap. Inferens : 1. Kebakaran hutan berlaku di kawasan persekitaran 2. Berlaku gerhana 3. Cuaca berjerebu Pemerhatian 2 : Pengetua memanggil dan ingin berjumpa seorang pelajar dari kelas anda. Inferens : 1. Ada panggilan kecemasan 2. Pelajar terbabit dikehendaki menghadiri satu pertandingan 3. Pelajar terbabit terbabit dalam masalah disiplin Pemerhatian 3 : Semua pelajar membawa makanan ke sekolah. Inferens : 1. Kantin ditutup apabila berlakunya kes keracunan makanan 2. Makanan yang dijual di kantin tidak sedap dan mahal 3. Menjimatkan kos Pemerhatian 4 : Bekas ahli muzik rock mempunyai masalah pendengaran yang serius. Inferens : 1. Terlalu kerap mendengar bunyi yang bising. 2. Pernah mengalami kemalangan

3. Pemuzik tersebut sudah tua Pemerhatian 5 : Anda meninggalkan panggung wayang dan mendapati kawasan persekitarannya basah. Inferens : 1. Berlaku kebakaran di kawasan sekitarnya 2. Berlaku hujan lebat 3. Pembersihan dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan Pemerhatian 6 : Bila berjabat tangan dengan pekerja sekolah itu, anda dapat merasakan tapak tangannya kasar dan keras. Inferens : 1. Pekerja tersebut banyak melakukan kerja berat 2. Mengalami masalah kulit 3. Pekerja tersebut sudah tua Pemerhatian 7 : Lampu dalam bilik kelas padam. Inferens : 1. Berlaku litar pintas 2. Lampu kelas tersebut rosak 3. Bekalan elektrik terputus Pemerhatian 8 : Kedengaran bunyi siren sedang melalui kawasan sekolah Inferens : 1. Ada berlakunya kebakaran 2. Polis peronda sedang mengejar penjenayah 3. Orang kenamaan sedang melalui kawasan tersebut

Anda mungkin juga menyukai