Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BATU CAVES 68100, BATU CAVES, SELANGOR

LAPORAN DAN DOKUMENTASI LAWATAN KE CAMERON HIGLANDS

TARIKH : 03 OGOS 2013 TEMPAT: CAMERON HIGLANDS PAHANG

DISEDIAKAN OLEH, JENNIFER A/P AUGUSTENE SJKT BATU CAVES

ISI KANDUNGAN PERKARA 1.0 PENDAHULUAN 2.0 RASIOANAL 3.0 OBJEKTIF 4.0 SASARAN 5.0 AKTIVITI-AKTIVITI DIJALANKAN 6.0 IMPAK 7.0 PENAMBAHBAIKAN 8.0 PENUTUP 9.0 LAPORAN BERGAMBAR MUKA SURAT 1 1 1 1 2 2 2 3 4

LAPORAN LAWATAN KE CAMERON HIGLANDS SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BATU CAVES

Nama Program : Lawatan ke Cameron Higlands Tarikh: 03 ogos 2013 (Sabtu) Masa : 6.00 pagi hingga 9.00 malam
1.0 PENDAHULUAN Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada murid dalam pelbagai bidang kerjaya serta memberi peluang kepada murid untuk mengenali flora dan fauna negara. 2.0 RASIONAL 2.1 Menambah pengetahuan murid mengenai flora dan fauna melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 3.0 MATLAMAT 3.1 Memberi peluang kepada murid dalam menerokai tempat tempat menarik di malaysia. 4.0 OBJEKTIF Menerokai minat dan mengalakkan murid-murid i. Mengenali negara sendiri ii. Mendedahkan tempat-tempat menarik iii. Mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara ( JERIS )

Objektif Khusus i. ii. iii. iv. Untuk menambahkan pengetahuan Melihat dan merasai sendiri tempat yang diperkatakan Memudahkan penulisan karangan Merehatkan minda selepas peperiksaan

5.0

KUMPULAN SASARAN Murid- murid Sekolah Tahun 5

6.0

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN Kami bertolak dari SJK (T) Batu Caves pada pukul 6.15 pagi dan terus ke perhentian R&R Tapah untuk sarapan pagi.. Dalam pukul 11.00 pag i rombongan sampai dan meneruskan lawatan ke Mardi. Dikawasan tersebut kami melihat pelbagai jenis tanaman yang diusahakan oleh pihak Mardi antaranya strawberry, anggur dan sebagainya.Setelah selesai lawatan di Mardi, kami berhenti rehat dan makan tenggahari di taman berdekatan dengan Mardi. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Kea Farm dan pusat jualan sayur sehingga ke pukul 6.00 petang. Seterusnya kami bertolak pulang dan tiba di SJK (T) Batu Caves dalam jam 9.00 malam.

7.0

IMPAK Lawatan ke cameron Higlandsberjalan dengan lancar. Para murid mendapat pelbagai pengalamn dan pengetahuan semasa lawatan tersebut. Murid-murid dapat menikmati keindahan flora dan fauna di tanah tinggi Cameron. Murid-murid dapat berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dan boleh dijadikan inspirasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

8.0

PENAMBAHBAIKAN 8.1 Lawatan ke cameron Higlands perlu diadakan selama dua hari. Kerana kami kesuntukan masa dan tidak dapat melawat beberapa tempat seperti, ladang ramalama dan Cactus valley 8.2 Makanan perlu di bungkus dan diikat dengan ketat suapaya makanan tidak bertaburan. Dan guru senang mengedarkan makanan kepada murid.

9.0

PENUTUP Adalah diharapkan program ini mendapat manfaat sebagaimana yang telah dirancangkan. Walaupun terdapat sedikit kekurangan secara umumnya lawatan yang dijalankan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid dan guru-

guru serta memberi pendedahan kepada guru. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

10.0 LAPORAN BERGAMBAR