Anda di halaman 1dari 4

ISL 13 Search two websites on diagnostic test.

Ujian Diagnostik Definisi:-

MTE 3112

Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuan:1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitankesulitan yang dihadapi oleh murid. 2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. 3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. 4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. 5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid. Membina Ujian Diagnostik 1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : 1.1.Objektif ujian 1.2.Kemahiran yang hendak diuji 1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. 1.4.Siapa yang hendak diuji sasaran.

ISL 13

MTE 3112

2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. 4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah. 5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu. Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik 1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu. 2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa. 3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. 4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut. 5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan. 6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut. 7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.

ISL 13

MTE 3112

8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keteranganketerangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar. 9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka. 10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain. Analisis ujian diagnostik 1- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis. 2- Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK)

Sumber: http://zlyrahman.blogspot.com/2011/12/ujian-diagnostik.html

ISL 13 Ujian Diagnostik Dalam Pemulihan Khas.

MTE 3112

Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam program pendidikan pemulihan khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dihadapi ketika belajar dan mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Keputusan analisis ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah

kelemahan dan daerah-daerah kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi. Analisis kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

Sumber: http://sayit92.blogspot.com/2012/09/ujian-diagnostik-dalam-pemulihankhas.html

Anda mungkin juga menyukai