Anda di halaman 1dari 2

Soalan 12 Intrinsic motivation refers to motivation that is driven by an interest or enjoyment in the task itself, and exist within

the individual rather than relying on any external pressure. Give an example of this concept in your work environment by MEGAT HASHIRAT BIN HASSAN Motivasi Intrinsik Motivasi intrinsic adalah motivasi yang menjadi aktif atau berfungsi tidak perlu ada perangsang dari luar, kerana dalam diri setiap individu sudah adadorongan untuk melakukan sesuatu. Dengan demikian, tingkahlaku yang dilakukan seseorang disebabkan oleh kemahuan sendiri bukan dorongan dari luar. Motivasi intrinsic adalah kecenderungan dalaman untuk menumpukan

perhatian kepada minat, membuat latihan kepada keupayaan, mencari dan menjadi pakar di dalam cabaran optimal (Reeve, 2001). Motivasi intrinsic akan wujud secara spontan daripada keperluan psikologi di organismic dalam diri (autonomi/penentuan-diri, kecekapan, perhubungan, sifat ingin tahu dan daya usaha untuk pertumbuhan) . Motivasi intrinsic akan wujud individu apabila ia melakukan sesuatu aktiviti, ia tidak mengharapkan apa-apa ganjaran tetapi menikmati keseronokan. Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan, minat, rasa ingin tahu, dan rasa kepuasan diri. Jenis motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman(intrinsik). Ia juga merupakan cirri semulajadi manusia, atau tabii manusia, untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve, 1996). Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik, dia tidak memerlukan apa-apa insentif atau ganjaran untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Mengikut Raffini (1996), motivasi intrinsic merupakan what motivates us to do something when we dont have to do anything (p.3).

Sebagai contoh, sebagai seorang pendidik yang bertindak sebagai jurulatih sofbol misalnya. Kerja yang dilakukan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran dan balasan walaupun kerja tersebut menuntut kepada masa, tenaga dan pengorbanan yang tinggi. Kejayaan yang diperolehi member kepuasan dalaman kepada beliau.

Anda mungkin juga menyukai