Anda di halaman 1dari 11

PEMARKAHAN 1. 2.

TUGASAN 2 E-FORUM JUMLAH

BMK 3023: KEMAHIRAN KOMUNIKASI

3.

TAJUK TUGASAN 2 MENGUBAH TINGKAHLAKU MURID MELALUI KOMUNIKASI DI SEKOLAH ANDA

DISEDIAKAN OLEH

NAMA ROHANA BINTI MOHAMED

KUMPULAN UPSI-09 (A121 PJJ)

NO. ID D 20102043360

NO. TELEFON 012 2979804

NAMA TUTOR E-LEARNING

: PROFESOR DR. MOHAMMED ZIN BIN NORDIN

TARIKH SERAH

: 23 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN

TUGASAN 2

Bil

TAJUK

Halaman

1.0

Pengenalan

2.0 3.0

Mengubah Tingkahlaku Murid Kemahiran Komunikasi

2 2 - 3

4.0

Aplikasi dan Strategi Komunikasi Dalam Bilik Darjah

4 - 6

5.0

Halangan Halangan Komunikasi

6.0 7.0

Kepentingan Kemahiran Komunikasi Kesimpulan

7 8

Rujukan

1.0

PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan perkembangan sosial dengan menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah. Sebagai suatu proses interaktif, pembelajaran yang berkesan dapat memberi peluang pelajar berinteraksi,bekerjasama, menunaikan tanggungjawab, membina keyakinan diri dan seumpamanya.Pengajaran yang dilakukan dengan menarik dan menyeronokkan, dapat mendorong pelajar menyalurkan fikiran dan pandangan secara berkesan. Melalui komunikasi yang berkesan, penekanan kepada aspek-aspek kemahiran sosial dapat membantu pelajar bertindak balas dengan persekitaran dan mengawal diri dalam menghadapi cabaran bagi mencapai dan meningkatkan kecemerlangan diri.

Keberkesanan kemahiran berkomunikasi guru dapat mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar dalam mencorakkan suasana pengajaran yang menarik dan menyeronokkan. Komunikasi yang berkesan sebenarnya memerlukan kesungguhan,pengalaman dan minat terhadap profesion yang diamanahkan. Peranan kemahiran komunikasi bukan sahaja dilihat sebagai faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan dapat membantu guru mengenalpasti tingkah laku pelajar serta membantu tingkahlaku negatif kepada yang lebih baik di samping menerapkan nilainilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi pelajar.

Gary (1989) menekankan

komunikasi adalah proses memberi makna dan

mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan melakukan sesuatu seperti yang dikehendaki. Komunikasi merupakan proses perpindahan pengetahuan, pengertian atau

perasaan yang dikongsi bersama melalui mesej yang disampaikan sama ada secara lisan atau bukan lisan (Craig 1999). Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, guru seharusnya

menguasai pelbagai bentuk kemahiran merangkumi kemahiran bertutur, mengawal bilik darjah, teknik pengajaran dan penggunaan komunikasi yang berkesan dan teratur. Berkomunikasi di dalam bilik darjah bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi membina hubungan agar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Abdullah & Ainon (2002) komunikasi berlaku apabila seorang guru menyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada murid-muridnya. Bagi Hook & Vass ( 2000), antara ciri-ciri yang dapat menghasilkan kepimpinan bilik darjah yang berkesan adalah guru yang mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan. Pengajaran yang merupakan suatu proses komunikasi di antara guru dan pelajar bukan sahaja melibatkan penyampaian pengetahuan atau maklumat, tetapi juga melibatkan hubungan dan pengawalan sosial di dalam bilik darjah. Pendekatan komunikasi bilik darjah seperti penggunaan bahasa yang berkesan, proses interaksi, komunikasi terbuka dan kemahiran lisan merupakan suatu mekanisme hubungan sosial dalam sesuatu organisasi yang menentukan kualiti

perkembangan sosial dan kualiti pengajaran ( Abd. Rahim, 2003).

2.0

MENGUBAH TINGKAH LAKU MURID

Tugas penting guru dalam pengurusan bilik darjah ialah mencorakkan sikap dan tingkah laku yang baik serta bertanggungjawab. Mengubah sikap pelajar pastinya memerlukan kesabaran dan ketegasan. Namun begitu, guru juga perlu memiliki beberapa kemahiran berkaitan agar dapat meringankan bebas tugas yang dipikul.Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang patut dikuasai oleh guru serta perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

3.0

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Menurut Mok Soon Sang (2003), komunikasi di bawah konteks pendidikan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antaradua individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Dengan perkataan lain, komunikasi merupakan satu interaksi sosial di antara orang melalui aktiviti pemindahan mesej. Komunikasi boleh berlaku sama ada secara lisan atau bukan lisan. Khairul Azam Bahari (2005) mentakrifkan komunikasi lisan sebagai suatu bentuk komunikasi yang menggunakan suara dan bahasa (percakapan) sebagai medium dalam perhubungan. Manakala komunikasi bukan lisan sebagai suatu bentuk komunikasi yang menggunakan pergerakan anggota badan sama ada badan dan memek muka.

Intonasi suara juga dikategorikan sebagai salah satu daripada bentuk komunikasi bukan lisan.Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru dengan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau di antara murid dengan muridsemasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya guru menyampaikan pengajarannya dengan suara yang jelas, kuat dan lantang serta menggunakan perkataan-perkataan yang ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, guru juga dapat memberikan peneguhan positif kepada murid melalui komunikasi bukan lisan bagi memberi dorongan kepada pelajar untuk meningkatkan usaha mereka dalam pembelajaran seperti mengangguk kepala dan senyuman setelah melihat mereka mencuba sesuatu.

Justeru, amat penting bagi guru untuk menguasai kemahiran komunikasi mempertingkatkan kemahirannya dari semasa ke semasa kerana komunikasi yang tepat membantu guru meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak langsung dapat membantu mengubah tingkahlaku murid kepada tingkahlaku yang positif. Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) menegaskan bahawa guru yang cekap semestinya perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Sifat peramah serta dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai kelompok sosial yang berbeza memerlukan guru menguasai kemahiran komunikasi yang baik. Penguasaan dan penggunaan bahasa yang baik dan cekap sangat penting bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan. Kemahiran komunikasi juga sangat penting bagi membolehkan seseorang guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan lancar, jelas dan mudah difahami.Adalah lebih baik sekiranya, seseorang guru mampu menguasai beberapa bahasa agar dapat mendedahkan dirinya dengan dunia sosial yang lebih luas dan intelektual yang lebih menyeluruh.

4.0

APLIKASI DAN STRATEGI KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

Kemahiran tingkah laku merujuk kepada kemahiran deria dan fizikal atau kemahiran bukan lisan.Kemahiran menimbulkan daya tarikan terhadap seseorang yang bukan sahaja terletak pada paras rupa tetapi bergantung kepada kemahiran sosial yang dapat memikat seseorang.Kemahiran memberi perhatian seperti kemahiran mendengar dan memberi maklum balas kemahiran penggunaan bahasa yang meliputi aspek penguasaan bahasa serta bahasa lisan dan bukan lisan.Kemahiran penggunaan suara yang meliputi aspek ketegasan suara, pengulangan nada suara dan kawalan intonansi suara.Kemahiran mengemukakan soalan untuk mendapatkan tindak balas dan maklum balas pemahaman pelajar Sebagai seorang guru, teknik dan strategi komunikasi dengan pelajar amat penting. Umumnya,guru-guru kadang kala terlalu aktif dalam menyampaikan maklumat sehinggakan mengabai pelajar. Perhubungan sehala sebegini akan menjadikan pelajar-pelajar cepat bosan dan terasa dipaksa untuk menerima maklumat yang telah diberikan oleh guru. Interaksi sebegini tidak mendorong pembelajaran berlaku dan hanya satu pihak sahaja iaitu guru yang dapat menyampaikan idea (pengajaran) dan tidak mendapat respon dari pelajar-pelajar. Kebolehan dalam berkomunikasi berperanan penting kerana guru terpaksa berhadapan dengan pelajar-pelajarnya setiap hari. Batasan komunikasi antara guru tidak hanya terhad sewaktu proses P&P; sahaja malah melangkaui waktu selepas proses P&P; yang memberi impak terhadap perhatian serta tumpuan pelajar. Sewaktu menggunakan kaedah komunikasi secara lisan, guru perlu menggunakan bahasa yang jelas dan tepat. Guru juga harus sedayaupaya elakkan daripada menggunakan bahasa yang berbelit-belit dan mengelirukan pelajar. Sementara komunikasi bukan lisan, guru-guru perlu menzahirkan ekspresi lenggok badan yang sesuai bagi mengekalkan hubungan mesra antara guru dan pelajar. Pemerhatian pelajar terhadap lenggok dan bahasa badan guru boleh mempengaruhi pemahaman pelajar. Kebolehan guru mengamalkan sifat mesra dan empati terhadap pelajar-pelajarnya dapat mewujudkan iklim serta suasana pembelajaran yang positif dan memudahkan proses kefahaman pembelajaran. (Rohizani,Shahabudin & Mohd Zohir,muka surat 65:2003)

Semangat dan komitmen guru yang tinggi juga mampu mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Emosi yang diekspresikan melalui kesungguhan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berkesan. Komitmen guru juga turut dirasakan oleh pelajar-pelajar melalui nada suara, gerak mata, memek muka, pergerakan jari, tangan dan sebagainya mendorong pelajar-pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bermotivasi.

Menurut Mook Soon Sang (2003), komunikasi secara lisan dan bukan lisan sering berlaku berlaku semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Misalnya, di dalam aktiviti soal jawab, guru biasanya mengemukakan soalan secara lisan (komunikasi secara lisan), murid kemudiannya akan mengangkat tangan sebagai isyarat yang menyatakan keinginannya untuk menjawab soalan (komunikasi bukan lisan). Murid akan menjawab soalan tersebut (komunikasi secara lisan), jika jawapan yang diberikan betul, guru akan memberi peneguhan dengan mengangguk kepala, senyum dan membalas denganmenggunakan perkataan seperti baik, bagus dan sebagainya (komunikasi bukan lisan dan secara lisan).

Proses komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan memainkan peranan yang amat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Malah proses tersebut berlaku dalam hampir semua jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti soal jawab, perbincangan, membaca, menyanyi, bercerita, penerangan dan sebagainya. Implikasinya, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada kebolehan murid mentafsir mesej yang disampaikan oleh guru.Komunikasi berkesan hanya berlaku jika guru menyampaikan pelajaran dengan cara yang mudah dan mudah difahami pelajar berdasarkan tahap kemampuan mereka. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan suara yang lantang dan jelas serta perkataan-perkataan yang mudah difahami pelajar semasa menyampaikan pelajaran. Kementerian pendidikan juga telah meletakkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Dengan perubahan tersebut, kurikulum latihan perguruan di institusi-institusi perguruan telah diubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, pelajar dan aktiviti (Lai Kim Leong,et. al., 2001)

Bahkan kini kerajaan sedang berusaha untuk membestarikan sekolah-sekolah di negara kita agar lebih banyak sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media. Ini bertujuan dapat mencetus dan menarik minat pelajar serta dapat memaksimumkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran demi membangunkan potensi pelajar khususnya dari segi kecerdasan, bakat, kemahiran dan kreativiti pelajar. Sekiranya hal ini tidak dapat dilaksanakan, pelajar akan mudah berasa bosan dan gelisah, mereka mungkin memberontak dan seterusnya menimbulkan masalah tingkah laku di dalam kelas sehingga menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Pendek kata, guru juga perlu kreatif dalam mencorakkan budaya belajar di bilik darjah.

5.0

HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

Namun begitu terdapat bebrapa halangan komunikasi yang menjadi masalah yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantutkan proses mengubah tingkahlaku melalui komunikasi. Antaranya menurut Abdull Sukor ) adalah : Masalah dari segi penggunaan bahasa Ketidakjelasan suara guru Wujudnya komunikasi tertutup Kegagalan guru mengawal emosi Gangguan luaran seperti kebisingan ( 2008

6.0

KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Kemahiran profesional guru yang dikaitkan dengan kebolehan mengajar seharusnya menepati keperluan sekolah dalam dimensi yang lebih luas bersesuaian dengan pembangunan sekolah berkesan. Nilai murni perlu ditanam melalui kemahiran profesional guru agar pelajar dididik memenuhi wawasan moral sekolah yang mendorong kejayaan pelajar. Sebagai pendidik yang berinteraksi secara langsung, guru seharusnya memahami keperluan dan kehendak pelajar agar keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat direalisasikan. Proses sosialisasi di dalam bilik darjah tidak akan wujud tanpa komunikasi yang berkesan di antara guru dan pelajar.

Bertepatan dengan pandangan Samsuddin (2003) fungsi komunikasi yang bersifat memujuk semakin mendapati perhatian oleh para pengkaji komunikasi kerana untuk mengubah sikap dan tingkah laku, fungsi memujuk sangat diperlukan untuk memahami atau menembusi perasaan dan emosi seseorang. Ini kerana kemesraan yang terjalin ini secara tidak langsung memberi peluang kepada guru untuk menerapkan nilai-nilai murni serta pembentukan disiplin dan personaliti melalui teguran tentang kelakuan, kebersihan, pakaian, tanggung jawab dan seumpamanya. Dalam soal ini, usaha membentuk perlakuan pelajar perlu dilakukan dengan cara pemujukan yang sesuai dengan emosi dan kehendak pelajar.

Menurut Wolk (2002) untuk mendapatkan suasana pengajaran yang baik, guru bukan sahaja perlu berkongsi perasaan, tetapi pendekatan kasih sayang juga perlu diutamakan agar pelajar dapat merasakan bahawa mereka dihormati. Sikap guru seperti mesra, peramah, bertimbang rasa dan penyayang dilihat sebagai faktor penting yang memainkan peranan dalam membina hubungan di antara guru dan pelajar. kemaahiran komunikasi melalui kemesraan perlu dijalinkan terlebih dahulu kerana pelajar harus bersedia dari segi emosi dan suasana sekeliling sebelum pengajaran diteruskan.

7.0

KESIMPULAN

Kemahiran komunikasi guru amat penting bagi bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamat yang harapkan di samping dapat mengubah masalah tingkalaku yang negatig. Guru yang bertindak sebagai sumber utama sewajarnya mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan sesuai dengan peranannya sebagai pendidik dan pembimbing kepada para pelajar. Kepentingan kemahiran komunikasi tidak hanya

dilihat dari aspek penyampaian pengetahuan semata-mata, tetapi kemahiran komunikasi dapat membantu guru mengenali pelajar dengan lebih rapat dan memahami keperluan dan kehendak pelajar. Sementara itu, latar belakang pelajar yang berbeza dan sikap pelajar yang tidak konsisten memerlukan kesungguhan guru untuk berdamping dan memahami kehendak dan keperluan pelajar. Ini bermakna kemahiran komunikasi tidak hanya melihat kepentingan ciri-ciri komunikasi sahaja, tetapi faktor emosi dan sosial pelajar merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Secara keseluruhannya keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh kemahiran komunikasi kerana komunikasi merupakan asas perhubungan di antara guru dan pelajar bagi mengubah tingkahlaku murid kepada yang lebih positif.

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Abd. Rahim Abd. Rashid. 2003 . Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Utusan Publications & Distrbutors Sdn Bhd. Abdull Sukor Shaari. 2008. Guru Berkesan, Petua dan Panduan. Penerbit: Universiti Utara Malaysia. Shamsudin A. Rahim 2003. Komunikasi asas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan et. al (1999),Komunikasi Untuk Guru , Utusan Publication &Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.Abdullah Hassan et. al (2006) Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah , PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd, Selangor.Abdullah Sani Yahaya (2005), Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS ProfessionalPublishing Sdn. Bhd, Selangor.Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah , Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.Kamarudin Hj. Husain (1994), Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah , UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.Leonard M.S Yong (1996),