Anda di halaman 1dari 1

Saya telah

menjalani

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK

Perbandaran Sibu No. 4 pada 22-26 Mac 2010. Saya telah menilai peranan sekolah ini dalam mengimplimentasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). PBS ini telah membantu saya memahami kesan FPK terhadap sistem pendidikan hari ini. Melalui PBS ini, saya juga dapat mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus EDU 3101. Semasa PBS, saya berpeluang untuk mengikuti kelas Cikgu Tiong Ching yang mengajar subjek Bahasa Cina tahun satu. Saya telah mengambil gambar dan membuat pemerhatian ke atas pembelajaran dan pengajarannya. Semasa dalam sesi pengajaran, Cikgu Tiong telah menggunakan bahan membantu mengajar untuk menarik perhatian murid-muridnya. Sementara itu, saya mengesan bahawa Cikgu Tiong telah mempersoalkan beberapa soalan supaya murid-muridnya berpeluang untuk memberi pendapat mereka. Saya berasa gembira apabila menjalani PBS di SK Perbandaran Sibu No.4. Hal ini kerana saya telah berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang guru. Saya juga mengenalpasti peranan sebagai seorang guru di sekolah melalui PBS ini. Saya mengesan bahawa hubungan antara anggota-anggota sekolah perlu dijalin dengan baik untuk bersama-sama berjuang demi misi dan visi yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, saya berasa hairan apabila saya ternampak seorang guru membuat terapi terhadap seorang murid lelaki yang sakit kepala. Situasi ini telah menyedarkan saya bahawa seorang guru perlu peka terhadap kesihatan anak murid demi prestasi mereka di sekolah. Dengan adanya murid-murid yang sihat, maka baru dapat meningkatkan pencapaian mereka ada dalam bidang akademi atau kokurikulum seperti yang ditetapkan dalam FPK. Tegasnya, PBS ini telah menyedarkan saya bahawa kepentingan amalanamalan FPK dalam sesbuah sekolah. Dengan mengamalkan amalan-amalan FPK, pendidikan di Malaysia akan berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang.

Anda mungkin juga menyukai