Anda di halaman 1dari 2

mencari dan membentangkan satu aktiviti muzikal yang berkaitan dengan konsep muzik - harmoni, warna, ton, bentuk

dan tekstur.

Muzik Dalam Bilik Darjah Aktiviti Apresiasi Muzik (Muzik masyarakat Malaysia) : i. Mendengar muzik Malaysia dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur, irama dan dinamik ii. Menonton video persembahan muzik Malaysia dan menghuraikan ciri-ciri teknik persembahan. iii. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik berkenaan iv. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dalam bentuk grafik v. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik Malaysia yang diperdengarkan Aktiviti Apresiasi Muzik ( instrumental ) i. Mendengar muzik instrumental dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur, irama dan dinamik ii. Menonton video persembahan muzik instrumental dan mengklasifikasikan warna ton alat-alat muzik iii. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik berkenaan iv. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dalam bentuk grafik v. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik instrumental yang diperdengarkan

Muzik Dalam Bilik Darjah merangkumi: 1. Pergerakan lokomotor & bukan lokomotor 2. Pergerakan Kreatif 3. Teknik pernafasan (latih vokal kanak-kanak) 4. Renj suara, register suara & koir

5. Nyanyian Berharmoni (dron, bordun & ostinato) 6. Fungsi & konsep muzik dalam lagu 7. Teknik nyanyian (kanak-kanak) 8. Aktiviti Muzikal (penghargaan Kanak-kanak) 9. Apresiasi Seni Muzik (umum) 10.Masalah nyanyian kanak-kanak.