Anda di halaman 1dari 1

BORANG SINOPSIS BUKU LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

Nama Sekolah 1 2 4

SK PALONG 9
NOORLIZA BT MIHAT UMUM

Kod Sekolah

: NBA 6020

Nama Guru : Jenis Bahan Bacaan: (Ilmiah/Umum) Sinopsis:

Jumlah muka surat : 261 3. Tajuk : BONGKAR KEKUATAN DIRI BERSANDARKAN AR-RAHMAN

Kita diciptakan dengan sebaik baik kejadian. Allah S.W.T telah menganugerahkan pakej lengkap yang merangkumi kekuatan dan kelemahan diri kita bagi menempah kebahagiaan di dunia serta akhirat. Turun naik tahap keimanan juga menyebabkan ada ketika kita berkeyakinan tinggi dengan kelebihan diri sendiri dan sebaliknya apabila didatangi ujian hidup. Semua itu demi mengukur ketakwaan kita terhadap Pencipta. Melalui pembacaan buku Bongkar Kekuatan Diri Bersandarkan Ar- Rahman membantu mengukuhkan lagi keyakinan kita mengejar impian hidup berpaksikan syariat Islam. Kelebihan kita bukan untuk dibangga manakala kekurangan pula usah sesekali dicerca. Bersyukurlah atas segala nikmat kurniaan Yang Maha Esa. Pedulikan setiap pandangan mata manusia tetapi utamakan penilaian-Nya. Berusahalah menjadi khalifah yang terbaik dan redha dengan segala ketentuan. DIA yang bersifat Ar- Rahman sangat mengasihi setiap hamba-Nya. DIA menjadikan kita dengan penuh keistimewaan , kelebihan dan kekuatan. Limpahan kasih sayang-Nya mengatasi segala gala. Hamba yang bersyukur akan menyedari bahawa diri dianugerahi segalanya. Yakinlah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Bongkar dan bangunkan kekuatan diri sendiri. Mantapkan keimanan terhadap ILAHI kerana kita pasti akan berjaya. 8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran: 1. 2. 3. 4. 5. 9 Individu yang berkeyakinan diri juga mampu melihat keindahan di sebalik keburukan dan kebaikan di sebalik kejahatan. Janganlah kita menjadi musuh kepada diri sendiri. Usah benarkan harga diri kita dipijak oleh bisikan hati. Minda perlu disajikan dengan bisikan hati yang boleh menguatkan keyakinan diri lantas memacu kita untuk terus maju. Ujian ILAHI sebagai pelajaran yang sangat berkesan untuk mematangkan fikiran dan memantapkan keimanan. Setiap kelebihan bukan untuk dibangga manakala kekurangan pula usah sesekali dicerca.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P: 1. 2. Sebagai pendidik kita perlu sentiasa menanam benih benih pemikiran, gambaran, imaginasi,ungkapan dan tindakan yang positif kepada murid murid bagi meningkatkan lagi keyakinan diri mereka sendiri. Mengingatkan murid murid supaya mereka tahu menghargai dan mencintai ilmu dalam melahirkan modal insan yang berharga pada masa hadapan. Sabar dan tawakal akan menjadi kunci kekuatan jiwa dalam menempuh ujian.

3.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

................................................................................ ( NOORLIZA BT MIHAT )

.................................................................... ( )