Anda di halaman 1dari 3

Dapatan Kajian

Setelah menganalisis dan menginteprestasi data, pengkaji akhirnya dapat membuat kesimpulan secara menyeluruh mengenai fokus kajian yang pengkaji ingin ketengahkan iaitu Keberkesanan Pengaplikasian Kaedah Kooperatif Teknik Jigsaw dapat meningkatkan Kefahaman dan minat Murid Tahun 5 Terhadap Topik elekterik dan elektronik subtopik mengenal nama, simbol, dan fungsi komponen. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen iaitu borang soal selidik bahagian A, borang soal selidik bahagian B, ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian. Penggunaan borang soal selidik bahagian A dan bahagian B ini perlu diisi oleh responden sendiri selepas sesi pengajaran dilaksanakan. Manakala dari segi instrumen kedua iaitu pelaksanaan ujian pra dan ujian pasca, pengkaji telah membina soalan ujian berdasarkan tajuk elekterik dan elektronik Tahun 5 yang dipelajari oleh responden. Dari segi pelaksanaan pemerhatian dengan aspek tingkah laku dalam kaedah pengajaran, pengkaji telah menganalisis pemerhatian melalui borang soal selidik yang diisi oleh pengkaji sendiri semasa sesi pengajaran berlansung.. Borang Soal Selidik Bahagian A adalah berkaitan dengan jantina, bangsa, dan pekerjaan ibu bapa. Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh daripada Soal Selidik Bahagian A kesemua responden terdiri daripada bangsa Melayu. Manakala dari segi bilangan responden dari kelas 5 Setia dan kelas 5 Jujur berjumlah 20 orang setiap kelas. Dan dari segi pembahagian jantina responden pula dapat dilihat kelas 5 Setia lebih ramai responden perempuan berbanding responden lelaki iaitu sebanyak 11 orang daripda 20 orang responden. Manakala untuk kelas 5 Jujur responden lelaki lebih ramai berbanding responden perempuan iaitu sebanyak 13 daripda 20 orang responden.

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu Mengenal pasti tahap keberkesanan pembelajaran kooperatif Teknik Jigsaw dalam meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran.ujian pra dan ujian pasca telah dilakukan kepada responden yang digunakan untuk membuat perbandingan bagi kefahaman murid dalam mempelajari topik ini secara kaedah konvensional guru dengan pembelajaran kooperatif Teknik Jigsaw. Melalui ujian pra dan ujian pasca, responden bagi kelas 5 jujursebagai kelas eksperimen telah menunjukkan peningkatan peratusan yang mendadak. Dapat dibuktikan bahawa perbandingan peningkatan markah min bagi kelas 5 jujur sebagai kelas eksperimen sebanyak 25.4 manakala markah min kelas 5 Setia sebagai kelas kawalan hanya 7.65 sahaja. Ini adalah disebabkan responden lebih banyak

mengambil bahagian dalam pembelajaran ini di samping meningkat prestasi keyakinan diri . menurut Robiah (1994) menegaskan Slavin (1986) turut mendapati bahawa kaedah pembelajaran koperatif melalui kaedah Jigsaw dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Beliau membuat kajian di sebuah sekolah di Colorodo dan melihat beberapa kesan perlaksanaan kaedah ini. Satu kesan yang beliau perolehi ialah terdapatnya peningkatan dalam pencapaian akademik para pelajar Bagi menjawab persoalan yang ketdua iaitu Adakah kaedah kooperatif teknik jigsaw dapat meningkatkan minat murid dalam pembelajaran.topik elektrik dan elektronik?, pengkaji telah melakukan soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik minat responden terhadap kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh pengkaji. Melalui hasil dapatan, responden dari kelas 5 jujur lebih berminat dalam mempelajari subjek kemahiran hidup ini berbanding responden dari kelas 5 Setia. Ini dapat dibuktikan melalui soal selidik item solan yang pertama menunjukkan peratusan kelas eksperimen lebih tinggi dari kelas kawalan. Pada pernyataan 1 iaitu saya berasa sangat berminat mengikuti pelajaran kemahiran hidup menunjukkan keseluruhan responden dari kelas 5 Jujur iaitu 100% sangat setuju berbanding 80% sahaja responden dari 5 Setia menyatakan sangat setuju 20% menyatakan kurang bersetuju setuju. Bagi Pernyataan 2 iaitu

Saya sangat berminat dengan topik yang di ajar oleh guru peratusan responden dari kelas 5 Jujur jauh lebih tinggi berbanding dengan kelas 5 Setia yang menunjukkan hanya 46% peratus sahaja berminat pada topik yang di ajar. Pada pernyataan 3 iaitu saya Saya tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran yang di ajar menunjukkan peratusan bersetuju dengan pernyataan ini dari responden kelas 5 Jujur lebih tinggi berbanding dengan responden dari kelas 5 Stia . Bagi kelas 5 Jujur sebanyak 80% menyatakan sangat setuju , 20% menyatakan kurang setuju. Bagi kelas 5 Setia, hanya 30% menyatakan setuju (4), 70% menyatakan kurang setuju (3), dengan pernyataan ini. Sebanyak 100% responden dari kelas 5 Jujur menyatakan stuju pada pernyataan 4 iaitu Saya berminat dalam mengambil bahagian setiap aktiviti yang diberikan oleh guru berbanding hanya 40% sahaja responden dari kelas 5 Setia menyatakan berminat dalam mengambil bahagian dalam pengajaran. Untuk pernyataan item 5 hanya 10% sahaja dari kelas 5 Jujur menyatakan bahawa pengajaran guru menbosankan daripda kelas 5 setia yang menyatakan 50% bahawa pengajaran guru menbosankan. Ini fspst di rumuskan bahawa pengajaran menggunkan kaedah Kooperatif teknik Jigsaw manpu menarik minat murid lebih tinggi berbanding kaedah konvensional.