Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN (SITUASI/MASALAH) tingkatan 4

(TING.4 BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN) 0. Tentukan sama ada situasi berikut ialah keperluan atau kehendak manusia.
a) b) c) d) e) f) g) h) Puan Sarah pergi ke Klinik Desa untuk mendapatkan rawatan Encik Majid membeli sebuah kereta Mercedes untuk kegunaannya Encik Ishak membeli sebuah rumah untuk tinggal bersama keluarganya Puan Amalina menghantar anaknya ke sekolah yang berhampiran Encik Maniam mengambil sarapan pagi sebelum keluar bekerja Encik Kamarul pergi ke masjid pada setiap hari Puan Zaharah membelikan kereta mewah untuk anak sulungnya Encik Johan bergegas membawa anaknya yang sakit ke klinik

1.
a) b) c) d) e) f) g) h) i) j)

Tentukan jenis nilai faedah berikut


Getah asli diubah menjadi kasut Kad ucapan dijual pada musim perayaan Kayu balak dipindahkan dari hutan ke kilang untuk diproses Baju dipindah milik daripada peruncit kepada pengguna Emas asli diubah menjadi barang kemas Pengeluar televisyen memindah milik keluarannya kepada pengguna * Nasi lemak dijual di kantin sekolah * Kayu jati dieksport ke negara-negara asing Kain sutera disimpan untuk dijual pada perayaan Tahun Baru Cina Kayu balak dihantar ke kilang dengan lori

2.
a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k)

Tentukan jenis keperluan Hierarki Keperluan Maslow


Chong dilantik sebagai ketua pengawas di sekolahnya Puan Maimun menunaikan haji pada usia muda Pasukan bomba membantu menangkap ular yang telah masuk ke rumah Encik Ali Encik Muthu menjemput saudara-mara dan rakan-rakannya ke majlis perkahwinan anaknya. Mendapat perlindungan daripada pihak polis * Membeli sebuah kereta Mercedes Membeli pakaian di pasar raya Menerima ijazah daripada pihak universiti Puan Chong menyediakan makanan untuk anaknya Encik Wan membawa keluarganya melancong ke Australia Mendapat pingat wira negara di dalam tentera

(TING.4 BAB 2 UNSUR PERDAGANGAN) 1. Nyatakan jenis bantuan perniagaan yang dapat membantu peniaga dalam situasi berikut. a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) l)
Perabot yang akan dieksport oleh Syarikat Perabot Jati Nusantara disimpan sementara menunggu untuk dieksport. Kedai Kek dan Roti Ayuni ingin memperkenalkan perniagaannya yang baru dibuka di Pasaraya Carrefour. Encik Suhaimi ingin membuka perniagaan elektrik di kampungnya tetapi beliau menghadapi masalah kekurangan modal. Encik Meng risau jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kebakaran atau rompakan ke atas premis perniagaannya. Puan Ita ingin menghantar makanan sejuk beku yang dihasilkan oleh kilangnya ke seluruh pasar raya di Malaysia Encik Hamdan seorang pengusaha hendak memperkenalkan keluaran baharu di pasaran. Encik Leng seorang petani hendak menghantar terung, cili dan kacang panjang ke pasar. Encik Jasmin menghasilkan baju Melayu secara berlebihan. Cik Norshika bimbang butiknya akan mengalami kerugian akibat risiko kebakaran atau kecurian. Cik Farah mengeluarkan wang daripada mesin ATM. Puan Kamilah menjalankan perniagaan melalui internet. Encik Lim mengangkut perabot menggunakan lori Encik Muthu.

(TING.4 BAB 3 (i) PERNIAGAAN RUNCIT) 1. Nyatakan fungsi peruncit dalam saluran agihan yang sesuai dengan pernyataan yang diberi a) b) c) d) e) f) g) h) i)
Pasar Mini Najwa membeli 100 kg gula daripada Syarikat Pemborong Nusa dan membungkusnya semula dalam kuantiti yang kecil seperti 1kg dan 2kg Pasar Mini Najwa menjual pelbagai jenis rempah seperti rempah kari,sup,kurma dan lain-lain lagi. Pasar Mini Najwa juga membenarkan pelanggannya mengambil dahulu barang di kedainya dan membayar hutang tersebut pada akhir bulan. Pasar Mini Najwa memberi perkhidmatan menghantar barang yang dibeli dalam jumlah yang banyak ke rumah pelanggan tanpa mengenakan bayaran. Pelanggan Pasar Mini Najwa juga boleh bertanyakan nasihat daripada pekedai mengenai produk yang terbaik sebelum membeli. Pasar Mini Najwa didirikan berhampiran kawasan perumahan Taman Dahlia agar mudah dikunjungi oleh pelanggan. Pasar Mini Najwa menyimpan stok barang yang mempunyai permintaan tinggi seperti beras,tepung,gula dan susu untuk memastikan bekalannya sentiasa mencukupi Pasar Mini Najwa meletakkan tanda harga pada semua barangnya untuk memudahkan pelanggan membuat perbandingan. Pasar Mini Najwa membeli barang niaga daripada syarikat-syarikat pemborong yang berkaitan sebelum mengagihkan barang tersebut kepada pelanggannya.

(TING.4 BAB 3 (ii) PERNIAGAAN BORONG) 1. Nyatakan jenis pemborong berdasarkan ciri yang diberikan. a) b) c) d) e) f)
Pemborong ini terlibat dalam aktiviti membeli & menjual sesuatu jenis barang tertentu sahaja. Pemborong ini menjalankan urus niaga melalui pos. Mereka akan menghantar boring pesanan bersama katalog kepada bakal pelanggan menerusi pos. Pemborong ini menyampaikan pesanan pembeli terus kepada pengeluar atau pengilang. Mereka juga bertindak sebagai wakil pengeluar atau perantara dan tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang dijual. Pemborong ini membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit dan bertanggungjawab memperagakan barang secara rapi dan kemas di atas rak-rak atau para yang disediakan khas untuknya oleh premis perniagaan. Pemborong ini merupakan wakil pengedar yang dilantik oleh beberapa pengeluar yang menghasilkan keluaran berlainan dan tidak terhad untuk menentukan strategi pemasaran bagi pihak pengeluar. Pemborong ini bertindak sebagai pihak yang menemukan penjual dan pembeli dan dilantik oleh pengeluar untuk mengendalikan urusan jual beli. Mereka hanya menerima komisen sebagai ganjaran dan tidak berkongsi untung dengan prinsipal/pengeluar.

(TING.4 BAB 3 (iii) DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI) 1. Nyatakan jenis dokumen yang perlu dihantar oleh Peniaga Kumar kepada pelanggannya apabila urusniaga berikut berlaku. a) b) c) d) e)
Encik Kumar memaklumkan kepada pelanggannya bahawa barang yang dipesan telah dihantar. Seorang pelanggan memesan barang niaga daripada Encik Kumar. Encik Kumar menjual barang secara kredit kepada pelanggannya. Barang yang dihantar kepada pembeli tidak dicatatkan dalam invois. Pelanggan diberi diskaun kerana membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

2. Berdasarkan urusniaga di bawah, nyatakan dokumen yang dikeluarkan oleh Syarikat Menang Sdn. Bhd. Kepada Encik Lee pada bulan Januari 2013 a) b) c) d) e)
3hb 7hb 18hb 22hb 23hb

Syarikat Menang Sdn. Bhd. Menjual barang secara kredit kepada Encik Lee RM2500 kurang 10% diskaun niaga Encik Lee memulangkan barang RM250 kerana rosak Syarikat Menang Sdn. Bhd. Menjual barang secara kredit kepada Encik Lee RM1050 Encik Lee membayar hutangnya RM3201 kepada Syarikat Menang Sdn. Bhd. Syarikat Menang Sdn. Bhd. Menyedari jumlah jualannya kepada Encik Lee pada 18 Januari tersalah catat. Jumlah jualan sebenarnya ialah RM1500 dan bukan RM1050. Syarikat mengambil tindakan membetulkan kesilapan tersebut.

(TING.4 BAB 3 (iv) KAEDAH JUALAN) 1. Tentukan kaedah jualan yang dijalan oleh perniagaan berikut berdasarkan situasi di bawah.
a) b) c) d) e) Aminah membeli pinggan mangkuk berharga RM250 secara ansuran Kad touch n go kakak telah ditambah nilai di stesen minyak berdekatan Kereta Ariq telah ditarik balik kerana kegagalan membayar ansuran bulanan selama 3 bulan Dina membeli barang dapur di Kedai Pak Abu di kampungnya Kedai Kek Oren bercadang memasarkan produknya melalui kedai-kedai runcit di sekitar bandar Mentakab

(TING.4 BAB 4 PERNIAGAAN ANTARABANGSA) 1. Tentukan sama ada import /eksport nyata (nampak) @ tak nyata (tak nampak) bagi situasi berikut
a) b) c) d) e) f) g) h) j) Membeli buah-buahan daripada Australia Rakyat Jepun melancong ke Malaysia Menjual minyak sawit kepada China dan India Peniaga Indonesia menggunakan perkhidmatan perkapalan syarikat
Malaysia

Buruh warganegara Malaysia bekerja di pelantar minyak di Brunei Malaysia menghantar 6 orang pelajar ke England untuk melanjutkan pelajaran Malaysia menjual 200 buah kereta Proton Inspira ke Turki Pelajar negara asing belajar di kolej di Malaysia Ramai rakyat Malaysia melancong ke Bandung pada cuti sekolah

2. Tentukan sama ada situasi berikut mengurangkan / meningkatkan import @ eksport bagi Malaysia
a) b) c) d) e) Belilah barangan buatan Malaysia Makanlah buah-buahan tempatan Sukan Formula 1 diadakan di Sepang Sokonglah jenama Malaysia Pertunjukkan LIMA di Langkawi

(TING.4 BAB 5 INDUSTRI KECIL & SEDERHANA Maklumat berikut berkaitan Syarikat Kayu Mega yang mengeluarkan perabot di Gua Musang, Kelantan. Pilih ciri-ciri yang bertepatan dengan syarikat tersebut selaku salah sebuah IKS.
a) b) c) d) e) f) Modal tahunannya tidak melebihi RM2.5 juta Modal tahunannya melebihi RM25 juta Jumlah keuntungan tahunan tidak lebih RM2.5 juta Jumlah keuntungan tahunan tidak lebih RM25 juta Jumlah pekerja tidak lebih 150 orang pekerja sepenuh masa Jumlah pekerja tidak lebih 150 orang pekerja separuh masa

(TING.5 BAB 1 PERBANKAN & INSTITUSI KEWANGAN LAIN) 1. Nyatakan kegunaan bank yang boleh digunakan bagi setiap situasi di bawah.
a) b) c) d) Syarikat Angsana perlu membayar gaji bulanan kepada 45 orang pekerjanya yang mempunyai akaun bank. Encik Linggam ingin menyimpan barang kemas milik ibunya dengan selamat. Encik Daud ingin mengusahakan projek penternakan ikan keli, tetapi beliau tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi. Puan Aina pemilik Butik Anggun mempunyai Rm 6000 di dalam akaun semasanya. Dia ingin mengeluarkan cek bernilai rm8000. Ahmad menjalankan perusahaan songket yang diwarisi daripada ibunya Ganesan menjalankan perniagaan setelah mendapat kebenaran syarikat induk Pihak pengurusan Mentari Berhad membeli saham syarikat Melati Layu Berhad yang mengalami masalah pengurusan Encik Borhan telah dipelawa untuk menyertai pengurusan Syarikat Kejora Berhad kerana kerana kepakarannya dalam urusan kewangan

a) b) c) d)

(TING.5 BAB 2 INSURANS) 2. Nyatakan polisi insurans yang diperlukan bagi situasi berikut:
a) b) c) Encik Kim bimbang tentang kos rawatan perubatan yang semakin meningkat. Puan Jihan membeli sebuah rumah bernilai RM250 000 melalui pinjaman bank. Syed Malik bimbang tentang kos pengajian anak-anaknya di institusi pengajian tinggi pada masa hadapan.

(TING.5 BAB 3 PENGANGKUTAN) 3. Nyatakan jenis pengangkutan yang sesuai bagi setiap situasi berikut.
a) b) Membawa 50 buah motosikal berkuasa tinggi dari Amerika Syarikat ke Malaysia. Menghantar bunga ros dari Malaysia ke Australia.

(TING.5 BAB 4 KOMUNIKASI) 4. Nyatakan jenis komunikasi yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi.
a) b) Puan Aina ingin mendapatkan khidmat tukang rumah untuk membaiki siling rumahnya yang rosak. Encik Alif ingin menghantar buku kepada anaknya di Universiti Malaysia

c) d) e) f)

g)

Sabah dengan segera. Cik Alia ingin mengirimkan wang kepada kakaknya yang berada di Sibu, Sarawak. Encik Fahimi ingin menghantar dokumen penting kepada Bank Simpanan Nasional. Sebuah badan kebajikan ingin menghantar bahan Braille kepada sekolah murid khas. Puan Madinah dan rakan sejawatnya Puan Aini berada di Kota Kinabalu Sabah.Mereka terpaksa bermesyuarat tergempar berjarak jauh dengan ahli Lembaga Pengarah yang berada di Johor. Seorang pengembara yang ingin menggunakan alamat pejabat pos untuk menerima surat yang dialamatkan kepadanya.

i) a)

b) c) ii) a) iii) a)

Kenal pasti perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang sesuai digunakan oleh pihak berikut: Sebuah bank perdagangan menyerahkan tugas mencetak dan menghantar penyata bulanan pelanggannya kepada Pos Malaysia Berhad. Syarikat Pop Ais Krim menerima banyak borang penyertaan setelah melancarkan satu pertandingan teka silang kata peringkat kebangsaan. Encik Primus dari Tuaran, Sabah menghantar wang sebanyak RM800 kepada anaknya yang belajar di Kuala Lumpur. Tentukan jenis perkhidmatan mel yang sesuai digunakan oleh Encik Hanafi. Encik Hanafi yang berada di Terengganu hendak menghantar dokumen penting kepada anaknya di Sabah dengan segera. Tentukan jenis perkhidmatan pos yang sesuai digunakan. Syarikat ABC membuat bayaran RM 1000 kepada syarikat pembekal menggunakan perkhidmatan pembayaran.

(TING.5 BAB PERGUDANGAN) 5. Nyatakan jenis gudang yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.
a) b) Syarikat Lavina telah mengimport pelbagai jenis buah-buahan dari Australia. Encik Lazif membeli secara pukal beras daripada beberapa pengilang beras di Semenanjung Malaysia.

(TING.5 BAB 6 PROMOSI) 6. Cadangkan media pengiklanan yang sesuai bagi situasi berikut:
a) b) c) d) Syarikat ubat gigi memberikan sampel percuma ubat gigi kepada pelajar sekolah rendah. Butik Imelda ingin mengiklankan pakaian yang dijual kepada orang ramai yang lalu di hadapan butiknya. Usahawan kecil tempatan ingin memperkenalkan sos cili dan jus manggis keluaran mereka. Ikhwan ingin menunjukkan arah jalan menuju ke pasar raya milik

e) f)

g) h)

keluarganya. Syarikat telekomunikasi memberikan T-shirt percuma yang mempunyai logo syarikat mereka kepada pelanggannya. Pusat pameran kereta ingin memberitahu orang ramai di sekitar kawasan berdekatan tentang terdapat model kereta terbaru yang ada di bilik pameran tersebut. Syarikat Camerland Berhad ingin mempromosikan the perisa baru mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa Syarikat Enak Food Sdn.Bhd. pengeluar tepung cucur di Tanjung Malim Perak mengeluarkan tepung cucur perisa baru dan ingin mempromosikan keluaran itu di pasar raya tempatan.