Anda di halaman 1dari 50

Penghargaan

Pada akhirnya,saya telah menyiapkan kerja kursus pada tempoh yang ditetapkan.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Jamil Md Yassin dan Encik atas bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja kursus ini.Nasihat dan pandangan pensyarah telah banyak membantu saya melaksanakan kerja kursus dengan lancar.Tunjuk ajar pensyarah juga telah membolehkan saya memahami konsep-konsep yang penting dalam kerja kursus ini dengan lebih mendalam.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa saya yang amat mengambil berat tentang pelajaran dan kesihatan saya.Mereka juga telah member saya sejumlah wang yang cukup untuk member bahan keperluan bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang telah banyak member bantuan dan pendapat kepada saya sepanjang masa saya menjalankan kerja kursus ini.Saya amat menghargai saat-saat kita berganding bahu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dan saat kita berbincang serta bertukar pendapat tentang kerja kursus ini.

Sekian,terima kasih.

Pendahuluan

Sukan hoki tidak sepopular bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia.Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang dipertandingkan pada tahun 1928.Sejak itu,ia dimainkan dalam Sukan Olimpik Pertandingan dijalankan secara berpasukan.Para peserta akan menjalani acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk pasukannya.

Carta Organisasi 1. Tajuk Kejohanan Hoki Lelaki dan Perempuan 16 dan18 tahun,Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Kinabalu. 2. Penganjur Majlis Sukan Sekolah Daerah ( MSSD),Kota Kinabalu 3. Tujuan Untuk memaklumkan mengenai konsep pengelolaan Kejohanan Hoki untuk kategori Lelaki dan Perempuan 16 dan 18 tahun. Panduan dan penyelarasan Kerja Jawatankuasa Pengelola.

4. Maklamat Pengelolaan pertandingan adalah bermatlamatkan Pengelolaan yang berkonsepkan ringkas,berkualiti dengan mengutamakan pengisian kepada pertandingan itu sendiri. Pengurusan tenaga pengelola yang menima dengan menggabungkan bidang tugas yang berkaitan. 5. Tarikh Tarikh : 7 September 2012 hingga 9 September 2012 6. Tempat Pertandingan Stadium Likas

7. Upacara Pengudian Taklimat Pegurus Pasukan Taklimat Pengadil Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Hoki MSS Sabah Majlis Penyampaian Hadiah

8. Penyertaan Analisa Pegawai dan Peserta BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Analisa Pegawai dan Peserta DAERAH Kota kinabalu Penampang Likas Lintas Sandakan Putatan Menggatal Telipok Kelombong Inanam Jumlah PEGAWAI 16 16 16 16 16 16 16 16 16 16 160 L16 18 18 18 18 18 18 18 18 18 18 180 P16 18 18 18 18 X 18 18 X 18 X 126 L18 18 18 18 18 18 X 18 18 18 18 162 P18 18 18 18 18 18 18 18 X 18 18 162 JUMLAH 88 88 88 88 70 70 88 52 88 70 790

9. Pertandingan Dan Teknikal Jumlah hari pertandingan : 3 hari Sesi perlawanan Bilangan Gelanggang Bola Pertandingan Clip Board Score Sheet Fail Kertas Komputer/printer Hella Air Horn Kertas A4 : 18 sesi : 3 buah : 18 biji : 6 keping : 900 helai : 15 keping : 3 buah : 6 buah : 6 buah : 7 rim

10. Pegawai Pertandingan Dalam Satu Perlawanan Pengurus Kejohanan Pangadil Pegawai Teknik Pembantu Padang :1 :2 :1 :4

11. Taklimat Pengurus Pasukan dan Pengadil Pengurus Pasukan

Tarikh Masa Tempat

: 9 September 2012 : 8:00 pagi : Stadium Likas

12. Jawatankuasa Pengelola Pengerusi Encik Ann Teck Wee Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu Timbalan pengerusi Encik Lee Chun Hua Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Naib pengerusi Cik Koay Li Li Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan Penyelaras Cik Chong Woan Bey Penyelia Kanan Sukan PPD Kota Kinabalu Sentiausaha Cik Erica Lee Penyelia Sukan PPD Kota Kinabalu Penolong Sentiausaha Cik Chin Yoke Ling Pengerusi Teknik Hoki MSS Daerah Kota Kinabalu

EX Officio Encik Gan Kheern Shen Penolong Pengarah Sukan

Ahli Jawatankuasa Kecil : Pertandingan & Perangkaan Peralatan Am/ Teknik Pengetua Smk Pulau Gaya & Pengetua Smk Perempuan Tugas-tugas khas ( urusetia) Pengetua Smk Inanam & SMK Tebobon Kepegawaian Pengetua Smk Batu Sapi Penyampaian Hadiah dan Penutupan Rasmi Pengetua Smk Libaran Kebersihan Pengetua Smk Limbalak Pertolongan Cemas Pengetua Smk Datuk Peter Mojuntin & Pengetua Smk Bahang Jamuan Pengetua Smk Likas Keselamatan Pengetua Smk Bandaraya Kota Kinabalu Penilaian Pemilihan

Pengerusi Teknik Negeri Buku Program Pengetua Smk Tiong Hua Juru Gambar Pengetua Smk Tun Ahmadshah 13. Panduan Bidang Tugas Pertandingan/Perangkaan/Peralatan Am/Teknik (Pengetua Smk Pulau Gaya & Pengetua Smk Perempuan ) Penyelarasan Pertandingan Menyediakan jadual pertandingan Mengedarkan keputusan Venue co-ordinator Laporan pertandingan dan dokumentasi Membuat penyelarasan dengan pengurusan stadium mengenai peralatan am seperti kerusi meja di tempat pertandingan. Menyampaikan taklimat pengurus pasukan jika perlu Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu

Kepegawaian (Pengetua Smk Batu Sapi ) Membuat jadual tugas pengadilan Mendaftarkan kehadiran pengadil
8

Membuat jadual tugas Tenikal Officer Menyediakan senarai nama pegawai/guru dan pelajarpelajar yang bertugas di sepanjang kejohanan Mengedarkan minuman pagi dan petang untuk pegawaipegawai teknik,pelajar-pelajar bertugas dan pengadilpengadil Megingatkan pengadil-pengadil yang bertugas mengadil sesuatu perlawanan dan bersedia mencari pengadil gentian jika perlu Mengurus dan menyampaikan taklimat pengadilan Perkara-perkara lain yang difikirkab perlu Tugas-tugas Khas (Pengetua Smk Inanam & SMK Tebobon ) Bertindak sebagai urusetia dan pendaftaran Menguruskan PA sistem Pengacara sepanjang kejohanan berlangsung Penyambut tetamu sepanjang kejohanan Menyediakan pelan ke lokasi pertandingan Lain-lain perkara yang difikirkan perlu Penyampaian hadiah dan Penutupan Rasmi (Pengetua Smk Libaran ) Bertindaksama mengurus majlis penutupan dan penyampaian hadiah Menulis surat jemputan ke Majlis Penutupan Kejohanan
9

Penyediaan dan menguruskan keperluan berikut: Papan Tanda daerah dan pembawa Pengacara majlis penutupan

Mendapatkan hadiah seperti kategori berikut : Johan Naib johan Ketiga Keempat Hadiah-hadiah lain yang diberitahu oleh pihak pengurusan Meyediakan pembantu,peralatan yang ada kaitan dengan penyampaian hadiah Penyelarasan kerja dan mendapatkan maklumat terkini daripada jawatankuasa pertandingan Lain-lain perkara yang difikirkan perlu Pertolongan Cemas (Pengetua Smk Datuk Peter Mojuntin & Pengetua Smk Bahang ) Menyediakan Perkhidmatan Pertolongan Cemas sepanjang kejohanan dijalankan Dalam kes-kes memerlukan rawatan lanjut-menghubungi Ambulans untuk mambawa pesakit ke hospital Memastikan petugas yang dilantik berada di tempat pertandingan pada tarikh,masa yang telah ditetapkan

10

Bertanggngjawab terhadap petugas yang dilantik serta kebajikan mereka Memaklumkan kepada Penguasa Hospital Daerah akan adanya kejohanan ini dan mohon keutamaan rwatan kepada peserta/pemain jika berlaku kecemasan. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu

Kebersihan (Pengetua Smk Limbalak ) Mengadakan dan menyediakan tong-tong sampah dan beg-beg plastic terutama di kawasan penonton dan tempat-tempat yang difikirkan perlu Menghubungi pihak pengurusan stadium untuk memastikan sampah-sampah di tong sampah dibuang setiap hari Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu Buku Program (Pengetua Smk Tiong Hua ) Menyediakan buku program sebelum kejohanan bermula Mengedarkan buku program kepada pengurus-pengurus pasukan dan VIP-VIP yang hadir Lain-lain perkara yang difikirkan perlu Juru Gambar
11

(Pengetua Smk Tun Ahmadshah ) Mengambil gambar aktiviti sepanjang kejohanan berlangsung Mengambil gambar setiap pasukan yang bertanding Lain-lain perkara yang difikirkan perlu

Sebelum Pertandingan Dilaksanakan Taklimat mengenai aktiviti pertandingan yang dilaksanakan. Taklimat dan mesyuarat dengan guru penasihat atau jurulatih. Memberi peluang dan masa untuk membuat latihan asas. Mengetahui latar belakang peserta. Menyediakan kemudahan alat kecemasan. Memikirkan perkara yang boleh menyebabkan kemalangan. Kebenaran pihak tertentu perlu diperoleh. Kebebaran ibu bapa dan penjaga perlu diperoleh. Menyediakan boring-borang markah. Memastikan semua alat pertandingan yang digunakan selamat. Menyediakann hakim,pegawai dan urusetia yang seimbang dan cukup.

12

Semasa Melaksanakan Pertandingan Memastikan tempat dan peralatan pertandingan selamat digunakan. Memastikan pegawai/pengadil/hakim sentiasa berada di tempat pertandingan. Mengedarkan boring permarkahan kepada pengadil/hakim. Memastikan semua peserta melapor diri. Menyediakan peralatan pertandingan yang secukupnya. Mengawasi dan memantau perlaksanaan pertandingan. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil. Member taklimat kepada peserta. Memastikan peserta memakai pakaian yang selesa dan sesuai. Membuat pemeriksaan yang rapi terhadap alat-alat yang digunakan. Menunjuk ajar teknik menggunakan alat dengan betul. Memastikan hakim dan pegawai yang mencukupi. Memastikan pegawai dan hakim megisi borang-borang markah. Menyemak bilangan peserta cukup. Memastikan semua peserta adalah sihat. Mengemas kini borang-borang markah dan memberitahu keputusan kepada peserta. Memastikan peralatan yang digunakan adalah cukup seperti asal dan tidak ada yang tertinggal. Selepas Pertandingan Dilaksanakan

13

Membersihkan kawasan yang digunakan.\ Membayar semua bil dan pembelanjaan. Memastikan barang-barang / peralatan yang dibawa cukup. Memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan. Memastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat yang asal.

Menyampaikan hadiah,cenderahati dan sijil kepada peserta. Memuat laporan. Menghantar surat penghargaan.

14

Sistem Pertandingan Liga Pertandingan menggunakan system liga ini bermaksud tiap-tiap pasukan akan bermain dengan pasukan-pasukan lain. Sistem ini mengambil tempoh yang panjang. Mengambil masa yang lama terutamanya apabila terdapat banyak pasukan menyertai pertandingan itu. Johan yang diperolehi adalah memang pasukan yang terbaik. Contoh:permainan bola sepak,hoki,bola keranjang dan ragbi terutamanya pertandingan di peringkat dunia. Kebaikan Sistem Liga Tiap-tiap pasukan akan berpeluang bermain antara satu dengan lain sama ada bermain sekali atau dua kali. Memberi peluang kepada semua pasukan bermain lebih banyak perlawanan. Member peluang kepada pasukan-pasukan membuat penilaian tentang pemain-pemain pasukan sendiri atau pasukan li awan dan kelemahankelemahan pasukan lawan. Memberi latihan pertandingan kepada pemain-pemain .Ini kerana mungkin ada pasukan yang sudah tiada peluang untuk menjuarai pertandingan itu. Minat pertamdingan dikekalkan. Betul-betul memunculkan juara, kurang berdasarkan nasib sahaja. Kelemahan Sistem Liga
15

Memakan masa kerana ia memerlukan tempoh masa yang panjang untuk dihabiskan.

Memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak dari system kalah mati dan ini akan membebankan pasukan-pasukan yang bertanding.

Kadang-kadang,johan telah diketahui sebelum pertandingan tamat.Ini menjadikan perlawanan selepas itu kurang menarik atau sekadar mengabiskan jadual pertandingan sahaja.

Langkah-langkah untuk menentukan jumlah pasangan perlawanan dalam Sistem Pertandiangan Liga Bilangan atau jumlah perlawanan yang harus diadakan dalam satusatu pertandingan menggunakan sistem liga boleh ditentukan menggunakan formula. Jumlah bilangan pesertapasukan yang menyertai pertandingan ( N ). Memberikan setiap peserta satu nombor dan nombor ini akan digunakan untuk mewakili setiap peserta dalam pertandingan itu. Menentukan jumlah bilangan perlawanan dalam pertandingan ( L ).

L=
N = Jumlah bilangan peserta/pasukan yang menyertai pertandingan Menentukan bilangan pusingan perlawanan ( M )

M= N 1
Menyusun pasangan perlawanan.

16

Sistem Pertandingan Separuh Liga Dilaksanakan dalam sesuatu pertandingan sukan dan permainan. Contohnya,bola sepak dan rabgi terutamanya di peringkat antarabangsa seperti bola sepak piala dunia. Pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pertandingan diadakan secara sistem liga dalam kumpulan pada peringkat awal. Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan bertanding secara kalah mati di peringkat kedua. Kumpulan A A1 ( Johan) A2 A3 A4 ( Naib Johan ) A5 A6 Kumpulan B B1 B2 (Johan ) B3 B4 B5 (Naib Johan) B^

Jadual Pertandingan Separuh Liga


17

Sistem Pertandingan kalah Mati Sesuai digunakan apabila : Masa pertandingan adalah terhad. Jumlah penyertaan adalah besar. Sumber kewangan terhad. Tenaga kerja tidak mencukupi . Tempat/gelanggang terhad.

Kebaikan Sistem Kalah Mati Sekali Menggalakkan perlawanan yang positif,bukan negative atau terlalu bersifat defensif. Lebih rancak dan meyeronokkan kerana terdapat perlawanan akhir,dan separuh akhir sebelum ini.Ini sudah tentu menemukan pasukan-pasukan terkuat.
18

Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan. Kelemahan Sistem Kalah Mati Sekali Terdapat satu perlawanan sahaja jika sesebuah pasukan mengalami kekalahan.Ini tidak memadai dengan persiapan dan persediaan yang dilakukan. Pertemuan antara sesebuah pasukan atau peserta dengan lawan bergantung kepada nasib cabutan undi. Kemungkinan pasukan yang menjadi juara,tidak benar-benar handal kerana kemenangan yang dicapai mungkin banyak bergantung kepada nasib yang menyebelahi mereka dalam satu-satu perlawanan. Kalah Mati Tanpa Bye " Bilangan pasukan atau peserta berjumah asa lapan. Bye bermaksud peserta/pasukan menunggu tanpa memasuki pertandingan pusingan petama. Perserta/pasukan tersebut boleh memasuki ke peringakat pusingan kedua. Perserta atau pasukan bye akan terus bertanding dengan peserta atau pasukan yang menang peringkat pertama. Kalah Mati Dengan Bye Bilangan pasukan atau peserta tidak berjumpa asas lapan. X 8 9 ? Untuk melengkapkan jadual pertandingan bukan asas lapan bye perlu digunakan. Cara Pengiraan Bye
19

o Bye ditentukan dengan menggunakan dua ganda iaitu 2 kuasa satu ,2 kuasa dua, 2 kuasa tiga , 2 kuasa empat.. o Pengiraan dilakukan dengan mengambil dua ganda yang lebih besar daripada jumlah penyertaan menolak jumlah penyertaan yang ada.

Peraturan-peraturan untuk menentukan pasukan atau peserta yang menunggu dalam sesuatu Pertandingan Sistem Kalah Mati dengan Bye. I. II. Penanti perlu diletakkan dalam pusingan awal sahaja ( pertama ). Penempatan pasukan dan peserta hendaklah ditentukan dengan pengundian dan sismetrikal jika ia merupakan pertandingan kali pertama. III. Jika ia adalah kelolaan kali kedua,penanti yang merupakan johan dan naib johan tahun lepas diletak dahulu dan yang lain melalui pengundian.

Peraturan-peraturan a. Pengundian akan diakan. b. Setiap pasukan atau peserta terus bertanding jika menang sehingga menjadi johan. c. Setiap peserta atau pasukan yang kalah akan terus terkeluar daripada pertandingan sama ada pertandingan peringkat pertama atau seterusnya.

Pertandingan Kalah Mati Dua Kali Dilaksanakan dalam bidang sukan dan permainan.

20

Pertandingan ini dapat member peluang kepada pasukan atau peserta yang kalah pada peringkat pusingan awal meneruskan permainannya. Keadaan ini dapat member peluang kepada pasukan atau peserta berkenaan menunjukkan kebolehan dalam dua perlawanan. Apabila pasukan atau peserta berkenaan mengalami kekalahan dua kalimereka tersingkir daripada pertandingan tersebut. Seterusnya,pertandingan diadakan sehingga keputusan bagi menentukan johan diperoleh.

Carta Aliran Bagi Kalah Mati Dua kali

Kebaikan-kebaikan Pertandingan Kalah Mati Dua Kali Mengasilkan pemenang yang multak. Memberi kedudukan kepada peserta-peserta lain. Tiada seseorang akan disingkirkan atau dimatikan sehingga habis pusingan itu.
21

Menggunakan gelanggang dengan kerap dan berkesan. Tidak perlu menunggu peserta lain bermain kecuali berlawan. Menggalakkan perlawanan yang positif,bukan negative atau terlalu bersifat defensive. Lebih rancak dan terdapat perlawanan akhir dan separuh akhir sebelum itu. Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan.

Kelemahan-kelemahan Pertandingan kalah mati Dua Kali Mengambil masa yang panjang. Memerlukan perbelanjaan yang besar. Menggunakan tenaga kerja yang banyak. Peserta menjadi kurang minat jika johan diketahui sebelum pertandingan tamat. Risiko kecederaan kepada peserta. Terdapat satu perlawanan sahaja,jika sesebuah pasukan mengalami kekalahan. Pertemuan antara sesebuah pasukan atau peserta dengan lawan bergantung kepada nasib cabutan undi. Kemungkinan pasukan yang juara tidak benar-benar handal satu-satu perlawanan.

22

Peraturan Dan Langkah Keselamatan Apabila menganjurkan sesuatu pertandingan di sekolah,pihak penganjur perlu mengambil kira peraturan dan langkah-langkah keselamatan. Ia dibahagikan kepada 3 bahagian a) Peserta b) Penonton c) Jurulatih dan Pegawai Sukan

I.

Perserta perlu : Mematuhi semua peraturan dan undang-undang permainan. Menghormati keputusan pengandil. Mematuhi arahan jurulatih Menjaga disiplin dan maruah diri semasa perlawanan. Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah.
23

Menghormati pasukan lawan. Mematuhi semua peraturan dan undang-undang permainan. Bermain dengan tenang dan tidak mengikut emosi. Bermain dengan adil dan berlaku jujur. Elak daripada bermain kasar. Bermain sebagai satu pasukan.

II.

Penonton perlu : Menghormati keputusan pengadil. Menghormati pemain dan pegawai pertandingan dan pegawai keselamatan. Menjaga disiplin dan maruah diri. Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah. Menjaga kebersihan padang atau tempat pertandingan.

III.

Jurulatih dan Pegawai Sukan Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan setiap masa. Menerapkan semangat kesukanan dalam diri semua atlet. Memastikan keselamatan dan kebajikan pemain. Menghormati permainan yang bersih.

24

Pakaian 1. Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai. 2. Pemain diwajibkan memakai stokin, kasut, dan pelindung betis.

25

3. Pemain juga digalakkan memakai alatan keselamatan yang lain. 4. Jika berlaku persamaan warna jersi maka pasukan yang namanya terlebih dahulu tercatat 5. dalam jadual pertandingan mestilah menukar kepada jersi yang berlainan warna. 6. Penjaga Gol dikehendaki memakai baju atau pakaian meliputi sebarang perlindungan bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warna yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun dari pasukan lawan. 7. Penjaga Gol juga diwajibkan memakai pelindung kepala.

Sistem Pertandingan Pertandingan akan dijalankan secara '' LIGA 2 KUMPULAN " untuk pusingan awal. Peringkat seterusnya adalah seperti berikut: Separuh akhir 1 - Johan Kumpulan A bertemu Naib Johan Kumpulan B.manakala . Separuh Akhir 2 adalah johan Kumpulan B bertemu Naib Johan kumpulan A. Perlawanan tempat ke 3 dan ke 4 adalah bagi pasukan yang kalah diperingkat Separuh Akhir perlawanan Akhir adalah bagi pasukan yang menang di pertingkat Separuh Akhir. 8 KIRAAN MATA(CARAMEMUTUSKAN KEPUTUSAN DALAM KUMPULAN) Pemberian mata adalah seperti berikut :26

MENANG = 3 MATA

SERI = 1 MATA

KALAH = 0 MATA

Jumlah mata yang dikumpul akan menentukan kedudukan sesuatu pasukan itu di dalam kumpulannya. Pemenang adalah pasukan yang memperolehi jumlah mata yang terbanyak. Seandainya jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan akan ditentukan seperti berikut:i. Pemenang adalah pasukan yang mempunyai lebih perbezaan gol ii. Jika masih sama, pasukan yang menjaring lebih gol dikira sebagai pemenang. iii. Jika masih sama juga, penentuan akan dikira dari segi pernah mengalahkan pasukan yang sama mata dengannya. iv. Jika masih sama juga, penentuan dibuat menerusi Pukulan Penalti "SUDDEN DEATH". Pukulan Penalti Sudden-Death Kedua-dua pasukan diminta menyerahkan kepada pengadil senarai lima orang pemainnya yang akan mengambil pukulan penalti mengikut susunan giliran. Pukulan penalti ini akan diambil secara selang-seli. Pengurus pasukan akan menentukan susunan penalti stroke pemain yang akan mengambil pukulan penalti. Pengadil akan membuat undian.Pasukan yang menang akan membuat pilihan sama ada mengambil pukulan penalti atau bertahan dahulu. Pemain yang digantung oleh wakil teknik atau yang diperintah keluar padang oleh pengadil (Kad Merah) tidak boleh mengambil bahagian. Tatatertib

27

Pemain dan Pegawai Pasukan akan dikenakan hukuman penggantungan seperti berikut: Kad Kuning - pengantungan sekurang-kurangnya 5 minit semasa pertandingan. Kad hijau atau 1 kad kuning dan 1 kad hijau - digantung satu perlawanan 2 kad kuning - digantung satu perlawanan kad merah - digantung sepanjang kejohanan tersebut. Mana-mana pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan pasukannya yang mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan dan didapati mengganggu perjalanan pertandingan akan diberi amaran dan jika perlu dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib. Bantahan Bantahan secara lisan hendaklah dibuat terlebih dahulu kepada Pegawai Teknik bertugas dalam tempoh 10 minit tamatnya sesuatu perlawanan berkenaan oleh pegawai pasukan yang didaftarkan. Bantahan secara bertulis dengan wang cagaran sebanyak yang telah ditetapkan oleh Pengelola Kejohanan dan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan atau wakilnya dalam masa 30 minit selepas bantahan lisan dibuat. Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas dan ditolak oleh Juri Rayuan. Keputusan bertulis akan diberitahu oleh Jawatankuasa Teknik kepada semua pihak dan pegawai pertandingan selepas Juri Rayuan bersidang. Keputusan yang diberikan oleh Juri Rayuan adalah muktamad. Juri Rayuan
28

Ahli Jawatankuasa Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minima) atau 7 orang (maksima) daripada sekurang-kurangnya 3 buah MSSK Daerah. Ketua Unit Sukan MSSMK atau wakilnya adalah Pengerusi Juri Rayuan.

Menarik Diri Jika mana -mana pasukan menarik diri dari Kejohanan ini atau memberi kemenangan percuma setelah bermain satu atau lebih perlawanan atau tidak berrmain di dalam 2 perlawanan terawal, maka pasukan berkenaan dianggap tidak wujud di dalam Kejohanan ini dan semua perlawanan yang melibatkannya TIDAK diambil kira ( Null and Void) Pasukan ini akan dihadapkan ke lembaga tatatertib . Pelantikan Pengandil Jawatankuasa Pengadil MSSM Kelantan bertanggungjawab melantik pengadil-pengadil untuk setiap kejohanan . Sebarang bantahan atau rayuan mengenai pelantikan pengadil TIDAK akan dilayan. Perkara-perkara Lain Yang Tidak Diperuntukkan Mana-mana perkara yang tidak diperuntukan dalam peraturan ini akan dirujuk kepada PERATURAN-PERATURAN AM MSSMK / MSSM / PHM.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

29

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar.

Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.

Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

1.Menggelecek
30

Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek Indian(Indian Dribble).

31

Kedudukan kaki yang betul semasa menggelecek bola cara Indian dribble

Cara memegang kayu yang betul semasa indian dribble.

2. Memukul Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola

32

adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.

kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas.

33

Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat. 3. Menolak Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

34

Kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola

Teknik yang betul ketika menolak bola, hasilnya pasti meletup

35

4. Menerima dan menahan bola Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.

cara yang betul untuk menahan bola tinggi.

36

Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah: i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh. ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat. iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan. iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola. v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

37

Peralatan Hoki Kayu Hoki

Kayu Hoki 1. Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruhpermukaan rata kayu dan sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjangbahagian pemegang di atas permukaan rata tersebut. 2. Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu 3. Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice),mesti berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dantidak berlubang, berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yangmelengkung boleh mempunyai panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegakdari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang. 4. Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam. 5. Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila diletak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itudenganpermukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm. 6. Berat maksimum 737 gram

38

7. Pita (tape) dan damar boeh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengansyarat permukannya tetap licin. 8. Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti boleh menembusi alat gelang yangmempunyai garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan.Walau bagaimana pun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrem tidakdibenarkan. Lembaga Peraturan-Peraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasikayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisional dan bukan tradisional danakan menghadkan dan/atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebutsekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kepada ciri-ciripermainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain. Bola Hoki

Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai. 1. Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram. 2. Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm 3. Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations)dibenarkan. 4. Warna putih atau seperti dipersetujui. KASUT i) Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang ( spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut
39

yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

Kasut

khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan

ALATAN PENJAGA GOL

Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti: i) Ped kaki Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut. Dipasang bersama kickers.

40

Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped disambungkan kepada kickers diatas pergelangan kaki.

Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan.

ii) Sarung tangan Diperbuat daripada kulit dan plastik Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 160 km sejam. Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh. Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang. iii) Alat-alat lain pelindung dada ped-ped bahu penutup muka pelindung mulut seluar berped pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)

41

GELANGGANG HOKI Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri. perlulah mengenali peralatan-peralatan yang telibat. PADANG Begitu juga dengan hoki. Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain, kita

1. Padang permainan berbentuk segi empat tepat : b. Panjang : 91.40 meter c. Lebar : 55.00 meter d. Ditanda dengan garisan-garisan jelas, disyorkan berwarna putih,berpandukan pelan tersebut. 2. Semua garisan selebar 75mm, dianggap sebahagian daripada padangdan digaris sepenuhnya iaitu tanpa terputus-putus. a. Garisan-garisan sempadan yang lebih panjang (91.40 meter) disebut garisan tepi
42

b. Garisan-garisan sempadan yang lebih pendek (55.00 meter) disebut garisan belakang. c. Bahagian garisan belakang di antara tiang-tiang gol disebut garisan gol.Disyorkan kawasan minimum larian/bahu (run-off areas) disediakan di luar garisan belakang (5 meter) dan di luar garisan-garisan tepi (4 meter).

3. Tanda-tanda lain a) Garisan tengah melintas di tengah-tengah padang. b) Garisan-garisan 22.90 meter melintasi padang, di mana bahagian tepi berhampiran garisan tengah jaraknya ialah 22.90 meter apabila diukur daribahagian tepi sebelah luar garisan belakang yang terdekat. Kawasan yangdilingkungi garisan-garisan 22.90 meter, bahagian garisan-garisan tepi yangberkaitan dan garisan belakang tersebut kawasan 23 meter c) Garisan-garisan 1.83 meter panjang ditandakan memotong garisan tengah dan garisan-garisan 22.90 meter dengan bahagian tepi sebelah dalamgarisan-garisan ini sejauh 4.55 meter dari dan selari dengan bahagian tepi disebelah luar garisan-garisan tepi. d) Garisan-garisan 300 mm panjang ditandakan di dalam padang di atas setiap garisan tepi, dengan jarak bahagian tepi di sebelah dalam garisan-garisan ini ialah 14.63 meter dari dan selari dengan bahagian tepi sebelahdalam garisan-garisan belakang. e) Garisan-garisan 300 mm panjang ditandakan di dalam adang di atas setiapgarisan tepi, iaitu bahagian tepi sebelah luar garisangarisan ini ialah 5 meter dari dan selari dengan bahagian tepi sebelah dalam garisan-garisanbelakang. f) Garisan-garisan 300mm panjang ditandakan di dalam padang di atas setiapgarisan belakang di kedua-dua belah pintu gol pada jarak 4.55 meter dan9.14 meter bila diukur dari penjuru luar tiang gol yang berhampiran kebahagian tepi di sebelah luar garisangarisan (300mm) tersebut.

43

g) Garisan-garisan 150 mm panjang ditandakan di luar padang di atas kedua-dua garisan belakang, iaitu jarak dalaman garisan-garisan ini ialah masing-masing 1.83 meter dari tengah-tengah garisan belakang.h. Tanda-tanda penalti strok bergaris pusat 150mm ditandakan di hadapanbahagian tengah setiap pintu gol di mana pusat tanda ini ialah 6.40 meter biladiukur daripada bahagian tepi sebelah dalam garisan gol. h) Permukaan gelanggang merupakan permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia. Pelbagai tanda selar (brands) digunakan dan disahkan penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir dan menyebabkan kecederaan seperti lebam kepada pemain sekiranya pemain terjatuh. Bulatan Menjaring

1. Garisan-garisan panjang 3.66meter ditandakan di dalam padang, selari dengan dan sejauh 14.63 meter ari garisan belakang. Jarak 14.63 meter dari garisanbelakang. Jarak 14.63 meter ini diukur dari tepi bahagian luar garisan belakanghingga ke tepi bahagian luar garisan. 2. Garisan-garisan ini disambung tanpa terputus-putus ke dua-dua arah untukbertembung dengan garisan belakang dalam bentuk suku bulatan dengan bulatan tersebut.

44

3. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini, termasuk garisan itusendiri, disebut bulatan menjaring (kemudian ini dirujuk kepada bulatan dalamPeraturan-peraturan ini). Tiada tanda-tanda lain selain daripada yang diterangkan dalam peraturan inidibenarkan di atas permukaan permainan 4. Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan.

Tiang-tiang Bendera.

1. ketinggian antara 1.20 dan 1.5 meter. 2. Diletakkan pada setiap penjuru padang. 3. Tidak membahayakan dalam apa jua keadaan. 4. Jika tidak boleh dipatahkan, hendaklah dipasang kepada asas yang berspring. 5. Dipasang dengan bendera tidak melebihi 300mm lebar dan panjang. Tiang Gol

45

1. Di tengah-tengah setiap garisan belakang a. Tiang-tiang gol dan palang gol berwarna putih, segi empat sama,berukuran 51 mm lebardan 75 mm dalam. b. Tiang-tiang gol tegak berjarak 3.66 meter (ukuran lebar bahagian dalam). c. Tiang-tiang gol hendaklah diletak di atas tanda luar iaitu bahagian hadapantiang gol menyentuh tepi sebelah luar garisan belakang. d. Ketinggian palang mendatar 2.14 meterdari paras tanah (ukuran dalaman)dan dipasang kepada tiang-tiang gol. e. Tiang-tiang gol tidak boleh terjulur melebihi ketinggian palang mendatar.

46

f. Palang mendatar tidak boleh terjulur melebihi tepitiang-tiang gol. Bentuk kedua-dua tiang gol dan palang mendatar wajib mematuhi piawaian yang ditetapkanoleh badan standard negara yang berkenaan. 2. Papan Tepi (Side Board) a. Panjang : 120 meter (minimum) ; ketinggian 460mm b. Diletak di atas padang tegak lurus (90 ) kepada garisan belakang, dipasangkepada bahagian tiang gol tetapi tanpa menambahkan kelebarannya, dan kepadabahagian hujung papan belakang. c. Dicat dengan warna gelap di seebelah dalamnya.3. Papan Belakang (Back board) Panjang : 3.66 meter, ketinggian : 460mmb. Diletak di atas padang pada hujung papan tepi.c. Dicat dengan wana gelapdi sebelah dalamnya. Jaring Gol

1. Dipasang kepada bahagian belakang tiang-tiang gol dan palang 2. Gol pada jarak tidak melebihi 150 mm, dan hendaklah melitupi bahagian luar papan belakang dan tepi. 3. Hendakalah dipasang dengan cara yang dapat memastikan bola 4. tidak menembuhi celah-celah di antara jaring dan tiang-tiang gol, palangmendatar, papan tepi dan papan belakang. 5. Dipasang secara kendur supaya bola tidak memantul semula 6. ke dalam padang permainan. 7. saiz mata jaring (mesh) tidak melebihi 45 mm

47

Refleksi Kami telah diberi tugasan oleh pensyarah kami, Encik Jamil Bin Md Yassin dan Encik Zulkifli Bin Md Jani. Saya mengaku bahawa kursus ini sememangnya tugas yang sangat sukar kerana tugasan yang diberikan amat susah dan bagi kebanyakan rakan-rakan juga tidak dapat menyelesaikannya. Walaubagaimanapun, dengan kerjasama dan usaha semua orang, akhirnya, dapatlah satu jawapan yang mungkin memenuhi keperluan tugasan tersebut. Selepas mengorbankan begitu banyak masa dan tenaga saya, akhirnya berjaya juga saya menyelesaikan tugasan saya mengikut pelan harian saya. Melalui tugasan ini, saya telah belajar banyak pengetahuan yang penting dan mendapat pengalaman yang baru berbanding dengan sebelum ini. Walaupun banyak masalah yang saya telah dihadapi dalam menyiapkan kerja kursus ini tetapi dengan bantuan pensyarah saya kawankawan, rakan-rakan dan juga tidak melupakan senior rakan-rakan saya, saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan cemerlang, semua keletihan untuk pergi ke perpustakaan selama beberapa kali dan rajin membuat rujukan dengan pensyarah amat bernilai. Akhirnya saya berjaya
48

menghantar tugasan saya pada masa yang ditetapkan. Jadi sekarang, saya berasa bahawa ia tidak mustahil untuk menamatkan kursus saya dalam masa yang pendek walaupun saya tidak yakin dengan diri sendiri pada mulanya. Sekarang saya tahu bahawa semua kerja keras saya akan berbuah akhirnya jika saya berusaha. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Encik Jamil Bin Md Yassin dan Encik Zulkifli Bin Md Jani serta rakan-rakan sekalian telah banyak memberi bantuan kepada saya dalam proses menyediakan tugasan ini.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR NO. MATRIK OPSYEN MATA PELAJARAN : GOH SHIN JYY : IPGKG/PPISMP/MT(SJKC)/2011/12/007 : MATEMATIK (SJKC) : HOKI (GK2311K) SEMESTER :1

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK JAMIL BIN MD YASSIN ENCIK ZULKIFLI BIN MD JANI TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN KOMEN TANDATANGAN

49

Bibliografi Sumber Internet http://www.slideshare.net/zikriamri86/pengelolaan-pertandingan11753030 http://irpj1609.blogspot.com/ http://msskelantan.kelantan.gov.my/hoki.pdf http://rzkonline.com/msss/wp-content/uploads/Peraturan_Hoki.pdf http://ml.scribd.com/doc/54838275/KERTAS-KERJA-HOKI-2011 http://ppdpgudang.edu.my/muatturun/2012-02-09_kertas%20konsep %20kejohanan%20hoki%20mss%20johor%202012.pdf http://ml.scribd.com/doc/21118156/permainan-hoki http://www.slideshare.net/hanifkrim/gelanggang-hoki/download Sumber Buku
50