Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK BANNER

PROGRAM : Pameran Keperibadian Mulia Individu Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat TARIKH HARI : 10 OCTOBER 2013 : Khamis

AHLI JAWANTANKUASA : Seow Ching Siang, Choo Jia Hui, Wong Wai Kham, Komala A/P Rangarau, Vaithegni A/P Govindan, Kanages A/L Muthiah SEBELUM PROGRAM Sebelum menjalankan program ini, kami telah menghadiri mesyuarat yang diadakan dan berbincang untuk membuat persiapan dan persediaan Banner. Kami telah membuat lakaran banner dan menunjukkan kepada pensyarah penasihat. Setelah beliau membetulkannya, kami pun hantarnya ke kedai untuk membuat Banner. SEMASA PROGRAM Untuk memastikan pameran dijalankan dengan lebih lancar, kami telah menggantung banner yang telah siap sebelum sehari pameran tersebut. Semasa pameran dijalankan, kami memastikan banner digantung dengan betul dan tidak akan tertanggal dengan mudah. SELEPAS PROGRAM Selepas program ini, kami telah menyimpan banner tersebut dan menyerah kepada pensyarah penasihat. KEKUATAN Sepanjang tempoh pelaksanaan program, banner yang digantung tidak tertanggal. Banner yang direka sesuai dengan tema pameran moral ini.

KELEMAHAN Tulisan pada banner seperti tarikh, masa dan tempat terlalu kecil. Lubang untuk penggantungan tidak dibuat. Ini akan menyebabkan banner mudah pecah apabila angin ditiup dan tidak tahan lama. Perkataan Pameran Pendidikan Moral tidak ditunjukkan pada banner. Ini menyebabkan guru-guru pelatih yang lain tidak memahami apakah aktiviti yang akan dijalankan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Tulisan pada banner haruslah dibesarkan lagi sehingga guru-guru pelatih dapat terus mendapat maklumat yang betul. Lubang untuk pengggantungan banner seharusnya dibuat dalam kedai dan tidak membuat lubang sendiri. Banner yang direka haruslah menulis dengan tepat apakah pameran yang dijalankan dan tidak seharusnya hanya menulis tema pameran tersebut.