Anda di halaman 1dari 18

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


(MASALAH PENDENGARAN)

DUNIA MUZIK
TAHUN PENGUKUHAN

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

DUNIA MUZIK
TAHUN PENGUKUHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Dunia muzik : (masalah pendengaran). Tahun pengukuhan (Kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas) 1. 2. 3. Music--Instruction and study. Special education--Study and teaching (Primary). Hearing impaired childrenEducationCurricula. I. Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum. II. Siri. 372.87044

Dicetak Oleh : Vermillion Network No. 4A, Jalan LP 1A/3 Taman Lestari Perdana 43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan

KANDUNGAN

MUKASURAT

RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KSSR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN KSSR PENDIDIKAN DUNIA MUZIK PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN (TAHUN PENGUKUHAN) MATLAMAT OBJEKTIF FOKUS MATA PELAJARAN KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN MUZIK STANDARD 1 : PENGALAMAN MUZIKAL STANDARD 2 : PENGHASILAN MUZIK STANDARD 3 : APRESIASI MUZIK

v vi 1 4

5 7 8

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN PENDAHULUAN Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsipprinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara eksibel dan ini bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1)(B) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 yang menyatakan: Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. OBJEKTIF KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran membolehkan murid: i. Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna; ii. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian; Menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya; Mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna;

iii.

iv.

v.

Menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk; Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam; Mengamalkan seharian; nilai-nilai murni dalam kehidupan

1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Sains dan Teknologi

vi.

vii.

5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Keterampilan Diri

viii. ix. x.

Melibatkan diri dalam aktiviti riadah; Menghargai keindahan alam dan warisan budaya; dan Menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

Reka Bentuk Kurikulum


Komunikasi
Penggabung jalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

ORGANISASI KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari disiplin ilmu tertentu iaitu: segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui

Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

mikira Pe

nK

ritis

Kerohanian, Sikap & Nilai

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Insan seimbang

&K

reatif
Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotlisme dan perpaduan

Ino
Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kretiviti, bakat dan apresiasi

vatif

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan

PENDEKATAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Dunia Muzik ini, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: i. Kemahiran Berkir Dalam Pengajaran & Pembelajaran.

Pernyataan spesik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul.

ii. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran. iii. Penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi. iv. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. v. Pembelajaran Secara Konstruktivisme. vi. Pembelajaran Secara Kontekstual. vii. Pembelajaran Akses Kendiri. viii.Pembelajaran Masteri. ix. Belajar Cara Belajar.

KSSR DUNIA MUZIK PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN (TAHUN PENGUKUHAN) PENGENALAN Dokumen Standard Kurikulum Dunia Muzik sekolah rendah merupakan program pembelajaran untuk murid-murid Tahun Pengukuhan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Dokumen Standard ini digubal dengan memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea disamping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Bagi mencapai tujuan ini, dokumen standard ini dibina dengan bertumpu kepada dua standard utama iaitu Pengalaman Muzikal dan Apresiasi Muzik. MATLAMAT Kurikulum Dunia Muzik Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal. OBJEKTIF Kurikulum Dunia Muzik Sekolah Rendah Tahun Pengukuhan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut ;

i.

Mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian berisyarat, gerakan, dan permainan alat genderang. Mengoptimumkan sisa pendengaran agar murid sedar akan kewujudan muzik (bunyi). Menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian berisyarat, gerakan, dan bermain alat muzik.

ii.

iii.

FOKUS MATA PELAJARAN Kurikulum Dunia Muzik Sekolah Rendah Tahun Pengukuhan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dibina berasaskan dua standard iaitu Pengalaman Muzikal dan Apresiasi Muzik. Standard Pengalaman Muzikal Standard ini memberi pengalaman muzikal kepada murid menerusi aktiviti nyanyian berisyarat, gerakan, dan permainan alat muzik. Standard Apresiasi Muzik Standard ini memberi pendedahan kepada murid untuk menghargai dan menghayati pelbagai jenis muzik (bunyi).

KURIKULUM STANDARD DUNIA MUZIK TAHUN PENGUKUHAN STANDARD 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1

Menyanyi lagu dengan menggunakan isyarat.

1.1.1 1.1.2

Menghayati lirik lagu dengan bantuan bahan visual dan dapat meluahkan secara gesture. Mengesan dan mengenal ton suara. Contoh ton suara: - suara bercakap, - suara menyanyi, - suara memanggil, - suara berbisik.

1.1.3

Menyanyi dengan postur; - postur duduk, - postur berdiri.

1.1.4 1.1.5

Menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat; - guru menetapkan tempo lagu yang hendak dinyanyikan. Menyanyi dengan menggunakan isyarat; - latihan berisyarat.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2

Memainkan perkusi secara Solo atau berkumpulan dari 1.2.1 pelbagai repertoire Memainkan perkusi tanpa pic - Kemahiran asas - Irama 1.2.2

Memainkan perkusi dengan teknik konvensional; - postur, - cara memegang alat, - cara memainkan alat. Memainkan alat perkusi mengikut tempo.

1.3

Muzik dan Gerakan 1.3.1 Membuat gerakan berdasarkan bunyi kuat/lembut, tinggi rendah, cepat/lambat dan panjang/pendek; - menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan bunyi seperti rekorder dan kibod. 1.3.2 Membuat gerakan berdasarkan lagu aksi (action song) dan permainan nyanyian (singing games).

STANDARD 2 : PENGHASILAN MUZIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Kreativiti menerusi akitviti muzikal

2.1.1

Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara dan perkusi badan. Contoh aktiviti perkusi badan: - Bertepuk tangan. - Menepuk peha. - Memetik jari.

2.1.2

Meniru suara haiwan, suara manusia, kenderaan, bunyi alam semulajadi.

STANDARD 3 : APRESIASI MUZIK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Penghayatan muzik dari pelbagai repertoire - Muzik patriotik - Negaraku - Lagu negeri - Lagu sekolah - Lagu rakyat

3.1.1

Membezakan ton suara manusia yang didengar; - perbezaan ton suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.

3.1.2

Pendedahan kepada muzik yang diperdengarkan: - Mud (riang, sedih, marah dan takut); - dinamik (cepat, lambat dan kuat-lembut); - tekstur (dengan iringan-tanpa iringan dan solokumpulan). Contoh aktiviti: -Bersoaljawab; -menggambar.

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-8884 200 Faks: 03-88889917 http://www.moe.gov.my/bpk