Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS MASALAH

Konsep boleh ditafsir sebagai idea, objek atau keadaan yang dapat membantu kita memahami dunia di sekeliling kita (Eggen dan Kauchak 2004). Dalam pada itu, miskonsepsi pula didefinisikan sebagai ideaidea yang membawa kepada pemahaman yang tidak betul berdasarkan pengalaman lepas individu tersebut (Martin et al. 2002) termasuk perkara-perkara seperti tanggapan pendahulu, kepercayaan bukan saintifik, teori naif, konsep campuran atau salah faham tentang konsep. Berdasarkan kajian Thompson & Logue (2006), terdapat banyak sumber yang mungkin membawa kepada pembangunan miskonsepsi. Pertama, tidak semua pengalaman membawa kepada kesimpulan yang betul atau menyebabkan pelajar melihat semua hasil mungkin. Kedua, apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain berhadapan dengan soalan-soalan dari anak-anak mereka, mereka lebih rela tidak mengaku mengetahui jawapannya, ia adalah perkara biasa bagi mereka untuk memberikan sesuatu jawapan yang tidak betul kepada anak mereka yang membawa kepada miskonsepsi. Punca-punca lain miskonsepsi termasuklah bahan-bahan sumber, media dan guru. Isu utama adalah bahawa semua punca-punca di atas adalah dianggap sebagai 'dipercayai', yang membawa kepada penerimaan terus oleh pelajar yang membawa kepada miskonsepsi. Melalui analisis masalah yang telah dilakukan, saya dapati topik fasa bulan merupakan topik yang agak sukar untuk difahami oleh pelajar. Menurut kajian Barnett & Morran (2002), Black (2004) dan Mulholland & Ginns (2008), fasa bulan merupakan konsep yang sukar dan pelajar sering kali mempunyai miskonsepsi dalam topik ini. Oleh itu, saya telah memilih topik fasa bulan untuk saya hasilkan bahan pengajaran berbantukan komputer. Saya akan menggunakan kaedah simulasi bagi menyelesaikan masalah ini dan membetulkan miskonsepsi yang telah dialami oleh pelajar. Berdasarkan kajian Muh. Khalifah Mustami (2009) dan Sahin (2006), kaedah simulasi dapat membantu pelajar lebih memahami konsep-konsep sains terutama dalam topik bumi dan alam semesta. Oleh itu, kaedah simulasi sangat bersesuaian untuk digunakan dalam subtopik fasa-fasa bulan bagi mengatasi miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan murid tahun lima.

Barnett, M., & Morran, J. (2002). Addressing Children's Alternative Frameworks of the Moon's Phases and Eclipses, International Journal of Science Education, 24(8), 859-879

Black, A.A. (2004). Relationship of earth science misconceptions and conceptual understandings with three types of spatial abilities in university non-science

majors. Paper presented at the National Association for Research in Science Teaching (NARST), Vancouver, Canada.

Eggen, P. and Kauchak, D. (2004) Educational Psychology: Windows, Classrooms. Upper Saddle River: Pearson Prentice Hall.

Martin, R., Sexton, C. and Gerlovich, J. (2002) Teaching Science for all Children: Methods for Constructing Understanding. Boston: Allyn and Bacon

Muh. Khalifah Mustami. 2009. Inovasi Model-Model Pembelajaran Bidang Sains Untuk Meningkatkan Hasil Belajar Mahasiswa. Lentera Pendidikan 12(2): 125-137.

Mulholland, J. & Ginns, I. (2008) College MOON Project Australia: Pre service teachers learning about the Moon phases. Research in Science Education, 38, 385-399.

Thompson, F. & Logue, S. 2006. An Exploration of Common Student Misconceptions in Science International Education Journal 7(4): 553-559.

Sahin, S. 2006. Computer Simulations in Science Education: Implications for Distance Education. Turkish Online Journal of Distance Education 7(4): 132-146.

Anda mungkin juga menyukai