Anda di halaman 1dari 3

.

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Bersejarah Majlis Perpisahan Yang Berusaha Puan Hajjah Maznah binti Abdul Hamid mantan Pegawai Pelajaran Daerah Petaling pada ketika ini. Firman Allah bermaksud : Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya akan kembali kepada dirinya sendiri. Kami amat bersyukur dalam ruang yang diberi untuk melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih Warga Pejabat Pelajaran Daerah Petaling . Kami mengucapkan tahniah kepada Puan Hajjah Maznah atas perlantikan beliau sebagai Ketua Nazir Selangor mulai ..2005 . Sesungguhnya kami amat terharu dan ingin mengucapkan syabas kepada beliau, terutama atas komitmen serta sumbangan
Doa Majlis Perpisahan Y. Berusaha Puan Hajjah Maznah binti Abdul Hamid Mantan Pegawai Pelajaran PejabatPelajaran Daerah Petaling pada 28 Februari 2005 bertempat di Lobi Jabatan Pelajaran Selangor

besar beliau dalam memartabatkan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling ke mercu kegemilangan yang terbilang. Sesungguhnya, seluruh warga pendidikan sangat terhutang budi dan berasa bangga dipimpin oleh seorang pemimpin yang begitu mengambil berat terhadap pendidikan dan meletakkannya sebagai agenda penting dalam pembangunan negara . Ya Allah , Ya Qawiyyu , Ya Matiin , Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang jasa orang yang telah berbakti dan berkorban untuk melihat kemajuan dan kecemerlangan agama , bangsa dan negaranya sehingga setaraf dengan bangsa-bangsa maju yang lain di dunia . Anugerahkanlah kami kekuatan untuk mengekalkan usaha murni dan suci demi kelangsungan dan kesinambungan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kami setakat ini di bawah pimpinan beliau yang berkualiti dan berwibawa . Ya Allah , Ya Wahhaab , Ya Razzaaq , Panjangkanlah usia beliau dalam keadaan iman dan Islam , semoga dapat menyumbang terus idea , buah fikiran dan pandangan yang bernas demi kemajuan negara walaupun tidak memimpin negara . Moga-moga majlis ini merupakan tanda penghargaan atas komitmen serta sumbangan besar beliau dalam memartabatkan pengurusan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara secara keseluruhan . Ya Allah , Tuhan Yang Menentukan Segala Sesuatu , Sesungguhnya yang datang akan pergi , yang patah akan tumbuh kembali , setiap yang bermula pasti ada akhirnya , setiap pertemuan akan ada perpisahan , namun kurniakanlah kami pemimpin yang berwibawa selepas perpindahan beliau semoga pemimpin baru yang akan menggantikan beliau akan dapat meneruskan pengurusan organisasi ini dengan lebih jaya
Doa Majlis Perpisahan Y. Berusaha Puan Hajjah Maznah binti Abdul Hamid Mantan Pegawai Pelajaran PejabatPelajaran Daerah Petaling pada 28 Februari 2005 bertempat di Lobi Jabatan Pelajaran Selangor

.
Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Doa Majlis Perpisahan Y. Berusaha Puan Hajjah Maznah binti Abdul Hamid Mantan Pegawai Pelajaran PejabatPelajaran Daerah Petaling pada 28 Februari 2005 bertempat di Lobi Jabatan Pelajaran Selangor

Anda mungkin juga menyukai