Anda di halaman 1dari 15

KOD DAN NAMA KURSUS HNS 2013 KENEGARAAN NAMA PENSYARAH PROFESSOR KANTHESAMY

TUGASAN 2 Bincangkan kesan globalisasi ke atas dasar luar Malaysia dalam pelbagai aspek dengan merujuk kepada keadaan-keadaan semasa Negara.

JENNIFER A/P AUGUSTENE NO.KP:811006-02-5348 NO.MATRIX: PPGBT00060/2011/1/K1 AMBILAN : 2011-2015

TARIKH SERAHAN TUGASAN 30 JUN 2011


1

Bincangkan kesan globalisasi ke atas dasar luar Malaysia dalam pelbagai aspek dengan merujuk kepada keadaan-keadaan semasa Negara.

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segalagalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadansempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.Kerajaan Malaysia
2

memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh digelaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Malaysia ialah salah sebuah negara yang paling global dalam dunia. Ekonomi negara ini sangat terintegrasi dengan ekonomi dunia melalui perdagangan dan pelaburan. Selain daripada dimensi ekonomi, terdapat beberapa dimensi penting yang lain mengenai globalisasi yang memberi impak ke atas Malaysia, iaitu dimensi politik, masyarakat sivil, budaya, agama, ideologi, aliran manusia lintas batas, kemajuan baru dalam teknologi (khususnya ICT), dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Malaysia bukanlah sebuah negara yang pasif berdepan dengan globalisasi. Sekalipun wujud kekangan ke atas autonominya, Malaysia berperanan aktif dalam proses globalisasi khususnya melalui perdagangan, pergerakan manusia penglibatan dasar luar, di samping berkongsi pengalaman pembangunan Malaysia dengan negara-negara membangun yang lain. Memang sejumlah penyelidikan sudahpun dijalankan mengenai sesetengah aspek globalisasi yang dinyatakan di atas. Namun begitu, kita masih boleh melakukan penyelidikan baru mengenai impak globalisasi ke atas Malaysia dalam pelbagai aspek termasuk impaknya ke atas masyarakat serta pertarungan antara pelbagai gerak kuasa masyarakat dalam usahanya menangani cabaran dari luar dan dalam negara. Kumpulan penyelidikan ini yang mengkaji di bawah tema besar Globalisasi dan Transformasi Sosial telah memilih untuk memfokus
3

terhadap impak pelbagai dimensi globalisasi ke atas Malaysia dalam hubungannya dengan dunia luar. Sebagai sebuah kumpulan penyelidikan yang bersifat multidisplin, kumpulan ini memang sesuai untuk mengkaji isu-isu yang kompleks melibatkan globalisasi dan perubahan masyarakat. Melalui pelbagai kajiannya, kumpulan penyelidikan ini berhasrat untuk menyumbang kepada wacana mengenai globalisasi dan transformasi sosial dan mengetengahkan bukti empiri berdasarkan pengalaman Malaysia, serta memberi input dan

mempengaruhi penggubalan dan pelaksanaan dasar di samping menghebahkan dan mendidik anggota masyarakat mengenainya Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu, dalam beberapa tahun ini, dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah. Tambahan pula, kemunculan globalisasi dan transformasi dalam hubungan antara negara yang disebabkan oleh teknologi maklumat yang baru dan berubah pantas, semestinya bermaksud dasar luar negara kita perlu diubah dan diperhalus untuk menghadapi cabaran baru dalam dunia globalisasi.Gaya dan pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza mengikut personaliti setiap Perdana Mentari Malaysia yang dahulu dan sekarang. Satu kajian penting terhadap dasar luar negara Malaysia sejak 1957 menunjukkan perkembangannya yang stabil mempunyai ciri perubahan ketara mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin

keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini,
4

sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Negara-negara yang bergantung kepada

perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut. Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan. Salah satu prinsip Malaysia ialah menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan.Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni. Malaysia sentiasa

memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu, Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara

tidak langsung perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan. Pada dasarnya globalisasi adalah pembebasan ekonomi dunia daripada sebarang sekatan dan herotan dalam perdagangan antara bangsa. Kadangkala globalisasi dimaksudkan juga sebagai satu sistem kapitalisme yang diterjemahkan dalam skel ekonomi dunia ataupun laissez-faire globalism. Faedah positif daripada sistem kapitalisme dapat direplikasikan, malah dalam skel yang lebih besar jika ia mencakupi dunia . Model globalisasi tulin dan merangkumi rasionalrasional berikut. Kebebasan pergerakan barang dan perkhidmatan

memaksimumkan kecekapan ekonomi, lantas kebajikan manusia sejagat. Andaiannya, jika persaingan untuk sesebuah negara, maka persaingan juga baik untuk dunia. Kapitalisme yang liberal tidak memerlukan peraturan tegar tetapi teratur kendiri . Situasi ini dimungkinkan oleh kewujudan beberapa peraturan yang minimum iaitu terbatas kepada etika menghormati hak milik harta dan akses kepada pasaran yang sama kepada semua. Sistem kapitalisme memerlukan campur tangan yang minimum daripada kerajaan. Sering dihujahkan bahawa polisi campur tangan seperti percukaian dan peraturan masing-masing akan menyekat pilihan pengguna dan mengherotkan pasaran. Pasaran adalah telus dan harga adalah tertakluk kepada faktor fundamental. Penawaran dan permintaan. Implikasinya, pelabur adalah bebas untuk membeli dan jual saham daripada mana-mana institusi daripada manamana negara di dunia sama ada untuk tujuan spekulasi dan pelaburan. Ada yang menuduh bahawa globalisasi adalah agenda negara Barat terutama Amerika Syarikat untuk meningkatkan kekuatannya dengan memerah ekonomi yang lemah. Sama ada agenda ini disengajakan atau merupakan satu perkembangan natural ekonomi dunia adalah persoalan akademik dan empiris. Namun pengalaman 18 bulan krisis di Asia baru-baru ini sudah cukup menyangkal kesahihan model globalisasi kerana dalam realiti, pasaran di cirikan oleh pelbagai ketidaksempurnaan struktur dan ketidak seragaman gelagat dan persepsi institusi ekonomi. Ada dua aspek utama globalisasi yang mempengaruhi ekonomi negara
6

membangun seperti Malaysia iaitu perdagangan bebas barang dan perkhidmatan dan aliran bebas modal antara bangsa. Ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pasaran kewangan global. Pasaran kewangan global pula mempengaruhi secara langsung pemboleh ubah seperti kadar faedah, kadar pertukaran dan harga saham. Maka apabila pasaran kewangan dunia menjadi bebas, bermakna modal juga bergerak bebas. Memang tidak dapat disangkal bahawa modal dilaburkan dengan bijak adalah satu usaha produktif. Bukan sahaja ia meningkatkan kecekapan pengeluaran, menggalakkan inovasi dan memperbaiki kesejahteraan hidup dan meningkatkan kebebesan kepada manusia. Dalam pasaran modal dunia yang bebas, modal akan bergerak ke kawasan yang dapat memberi pulangan yang tertinggi. Kesan pertama globalisasi adalah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia. Iaitu penarikan dan pengumpulan modal ke pasaran dan institusi kewangan ternama dunia dan agihan modal ke negara persekitaran dalam bentuk kredit, pelaburan portfolio ataupun secara tidak langsung melalui MNC atau korporat multi-nasional dan juga kegiatan spekulasi dalam pasaran kewangan. Perkembangan ini membesarkan saiz pasaran kewangan, penawaran modal melimpah-limpah dan ia memudahkan negara lain terutama negara kecil dan yang membangun menjadi menyumber modal dan kredit. Pada tahun 1994, kemuncak pasaran dana ini, lebih separuh daripada dana mutual Amerika mengalir masuk dalam pasaran dana yang baru muncul ini. Proses globalisasi sudah membawa banyak kesan-kesan yang baik yang telah memperkayakan kehidupan manusia. Kekayaan dunia sudah bertambah. Perjalanan sudah menjadi mudah dan pelancungan hari ini adalah salah satu industri terbesar didunia. Banyak jenis penyakit yang dahulunya bahaya seperti tibi kini sudah menjadi penyakit yang senang diubati dan diatasi. Juga informasi, pengetahuan dan teknologi sudah meningkat sehingga manusia sudah sampai ke bulan. Usaha memberi pertolongan dan bantuan dapat disampaikan kepada mangsa-mangsa bencana alam sebagai banjir, gempa bumi dan gunung berapi dan lain-lain dengan cepat. Kebolehan ini juga dapat mengurangkan kesengsaraan mangsa-mangsa bencana alam ini. Walaupun sedemikian, pada tahun 1999, ketika satu sidang kemuncak antarabangsa besar di Seattle, Amerika Syarikat, ramai
7

telah bangun menentang proses globalisasi ini. Ketika itu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa, iaitu World Trade Organisation (WTO) sedang mengadakan persidangan disitu. Persidangan WTO ini akhirnya gagal dijalankan akibat tercetusnya protes besar-besaran ini. Hakikatnya sesuatu itu ada baik buruknya termasuk proses globalisasi ini. Protes ini telah membuka mata dunia mengenai kesan-kesan buruk globalisasi yang mulai merugikan rakyat biasa dan menjejaskan kehidupan mereka. Mereka yang terlibat dalam protes antarabangsa itu bukan orang-orang biasa yang sudah hilang akal fikiran. Mereka terdiri daripada para saintis, cendekiawan, pemimpinpemimpin agama, pencinta alam, pertubuhan wanita, petani-petani, kaum asli, pekerja dan lain-lain golongan. Semua mereka ini memperjuangkan hal-hal kepentingan umum dan bukan kepentingan peribadi. Protes ini nampaknya adalah detik permulaan golongan menentang globalisasi yang semakin hari semakin bertambah. Globalisasi yang bersifat global merangkumi pelbagai aspek dari ekonomi sehingga budaya dan meliputi seluruh pelosok bumi. Tinjauan PENITA menunjukkan bahawa proses globalisasi sudah melebihi batasan kebaikannya. Kini ianya sudah menyerong mengambil jalan negatif. Pesongan proses globalisasi menuju ke arah negatif didorong oleh tiga sebab yang utama. Pertama adalah kerana nafsu mencari keuntungan. Kedua adalah bagi menguasai pasaran. Ketiga adalah bagi memperluaskan kuasa. Ketiga-tiga aspek ini nampaknya sudah menjadi prinsip utama proses globalisasi ini. Pertama tujuan asas globalisasi membuka ruang mencari keuntungan dengan konsep liberal dan ekonomi bebas . Apa yang diusahakan melalui liberalisasi dan ekonomi bebas adalah usaha memansuhkan kawalan, subsidi, tarif dan semua jenis perlindungan yang diberi kepada pengusaha dan pedagang tempatan. Ini bertujuan mewujudkan satu keadaan saingan bebas di peringkat antarabangsa. Pada dasarnya ini adalah usaha yang baik sekiranya semua negara ada pada satu tahap kemajuan dan kebolehan yang sama. Pada hakikatnya keadaan hari ini bukan sebegitu. Negaranegara yang sudah membangun mempunyai jauh lebih daya keupayaan dengan teknologi canggih, modal yang cukup, kemahiran pengurusan yang tinggi dan
8

informasi khasnya mengenai pasaran yang serba lengkap. Justeru itu bagaimanakah negara-negera sedang membangun dapat bersaing? Misalnya seperti dalam permainan golf, pemain-pemain baru dan yang kurang mahir menguasai permainan diberi handicap supaya pemain baru dan kurang berupaya boleh main dengan saingan yang lebih adil. Malangnya apa diusahakan melalui globalisasi adalah penghapusan handicap perdagangan dan membesarkan lagi jurang ketidakadilan ekonomi antara negara-negara yang sudah membangun dengan negara-negara yang sedang membangun. Ketidakadilan ini sekianya tidak diatasi akan meleluasa sehingga menjadi ciri utama tamadun dunia kita. Inilah aspek pertama yang diperjuangkan oleh kumpulan yang menentang globalisasi. Mereka mahukan supaya wujudkan satu system handicap perdagangan dalam sistem liberalisasi dan ekonomi bebas yang boleh wujudkan keadaan persaingan yang lebih adil seperti dalam permainan golf.Kedua, proses globalisasi ini memerlukan ruang dibuka untuk menguasai pasaran. Dengan itu, konsep pasaran terbuka (free market) dan dunia tanpa sempadan (borderless world) dikemukakan dan dipraktikkan. Apa yang diusahakan adalah untuk menyeragamkan peraturan peraturan pengurusan pasaran tanpa kawalan pihak berkuasa. Lantas seperti dunia tanpa sempadan. Usaha ini giat dijalankan melalui APEC (Asia Pacific Economic Caucus) dan WTO (World Trade

Organisation).Pasaran terbuka dan dunia tanpa sempadan adalah konsep baik seperti rumah terbuka tanpa pagar. Keadaan ini hanya boleh dipraktikan didalam keadaan tamadun dunia yang serba ada, yang adil dan saksama, aman dan damai. Kegawatan ekonomi. Wang boleh bergerak keluar merentasi sempadan sesebuah negara debgan hanya menekan butang computer sahaja. Dengan penarikan keluar wang panas secara mendadak dari sesebuah negara akan menyebabkan negara itu menjadi muflis, operasi industri dalam negara akan terhenti, pengangguran akan bertambah, beban hutang luar meningkat dan ekonomi negara gawat. Contohnya Malaysia kehilangan modal luar hampir 400 bilion ringgit dalam tempoh kegawatan tersebut.Tekanan ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin. Globalisasi bersama dengan konsep deregulasinya
9

bermakna menghapuskan hak-hak keistimewaan dan subsidi yang selama ini dilakukan oleh kerajaan untuk melindungi rakyatnya. Apabila subsidi terhapus harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat, kos hidup akan meningkat dan golongan miskin akan menderita dan mungkin boleh membawa kepada kegawatan sosial serta politik seperti yang berlaku di Indonesia. Kepentingan saling bergantung antara Negara untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian sumber-sumber bahan mentah dan juga sumber tenaga. Sesetengah negara tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi menggerakkan sektor industrinya. Ia amat bergantung kepada negara luar bagi memperolehi sumber tenaga tersebut. Misalnya Malaysia amat bergantung kepada Thailand dalam memperolehi bekalan beras negara. Pendek kata, dalam sistem ekonomi terbuka , keadaan saling bergantung sudah menjadi satu kemestian.Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) serta inovasi baru dalam pelbagai bidang ekonomi. Tanpa teknologi sesebuah negara tidak boleh dibangunkan walaupun ia mungkin kaya dengan sumber alam. Dengan adanya pemindahan dan perkongsian teknologi moden muka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya oleh dimajukan dengan cepat. Sebagai contoh dalam usaha memperkembangkan Industri Berteknologi Tinggi ( IIITEC ) di Malaysia ia amat bergantung kepada pemindahan teknologi dari negara Jepun. Misalnya teknologi kejenteraan automasi, teknologi reka bentuk dan teknologi kawasan mutu. Dalam dunia dimana tujuannya adalah menguasai pasaran, maka akan timbul pula gejala monopoli dan saingan kurang sihat dalam pasaran. Inilah apa kita alami sekarang. Justeru itu kita perlu pagar dan juga kunci rumah bagi melindung diri dari pencerobohan ini. Kita boleh membuka rumah dan memberi kebenaran masuk kepada kawan sekiranya kita mahu. Pendek kata apa yang diperjuangkan oleh kumpulan menentang globalisasi adalah supaya jangan kita gadaikan hak kita semata-mata mahu mencari keuntungan dan kekayaan. Sudah
10

tentu kita mesti berwaspada dengan APEC, WTO dan lain-lain institutsi antarabangsa yang inginkan globalisasi. Ini adalah untuk kepentingan negaranegara maju dan bukan bagi negara-negara sedang maju seperti Malaysia. Ketiga, demi mencapai hasrat membuka ruang pelaburan asing dan modal asing sebagai strategi utama pembangunan ditawarkan oleh negara-negara maju kepada negaranegara membangun. Keadaaan ini juga akan menjamin kuasa mereka dapat diperluaskan khasnya keatas negara-negara sedang membangun. Pelaburan dan modal asing ditawarkan dengan syarat-syarat tersendiri. Pendekatan tambahan tawaran negara-negara maju terutamanya melalui bantuan pembangunan, iaitu official development assistance sebenarnya untuk mengukuhkan pengaruh.. Disebalik tirai kononnya untuk membina keupayaan dan memindah teknologi, pengaruh dan kuasa oleh negara-negara sudah bangun keatas negara-negara sedang membangun dijalankan.Ramai penentang globalisasi berpendapat bahawa pelaburan asing, pinjaman modal, tawaran bantuan bagi membina keupayaan dan usaha pindah teknologi negara-negara membangun kepada negara-negara sedang membangun adalah kata-kata indah. Pengalaman telah menunjukkan jarang dikotakan. Malah semua ini sudah menjadi helah dan strategi bukan sahaja meluaskan kuasa ke atas negara-negara membangun tetapi untuk menjajah negara-negara tersebut. Banyak negara-negara terjerat dalam strategi ini menjadi negara terhutang dan negara yang bergantungkan kepada bantuan semata-mata. Mereka tidak bebas dalam erti kata sebenar. Mereka sudah dijajah ala baru iaitu melalui ekonomi. Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara Malaysia, kesinambungan juga jelas kelihatan. Perubahan dan

kesinambungan ini memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan antarabangsanya. Malah,

kepimpinan Malaysia turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara membangun.Sebagai sebuah negara yang berdagang, kita amat bergantung pada persekitaran antarabangsa yang harmoni demi kesejahteraan kita. Pada asasnya, dasar luar negara kita perlu diorientasikan supaya tumpuan yang lebih

11

besar dapat diberikan kepada diplomasi ekonomi. Pada masa lalu, semasa kita menghasilkan khususnya bahan mentah dunia, Malaysia perlu bersaing dengan hanya segelintir negara.Kini, apabila kita menjadi negara perdagangan industri, kita tiada pilihan lain kecuali berusaha lebih keras untuk bersaing dengan lebih baik dan mencari pasaran baru untuk barangan dan perkhidmatan kita. Kita perlu mencari dara baru untuk berurus niaga dengan negara luar. Kita perlu mencari bidang yang memberikan kelebihan kepada kita. Untuk itu, Malaysia melaksanakan beberapa dasar luar negara yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap, dinamik dan mudah pulih. Kepentingan pengwujudan kedamaian dan keharmonian adalah penting dan ini terpancar dalam dasar luar Malaysia yang merupakan kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan-kepentingan negara dan persekitaran.

Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan hala-tuju hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting.

Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah menjaga kedamaian, keharmonian dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa seterusnya berusaha memakmurkan jiran. Pengwujudan kedamaian dan keharmonian boleh diteliti sejak zaman pucuk pimpinan politik negara pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, telah mengamalkan dasar anti-Komunis dan sikap pro-Barat dengan

12

mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komanwel. Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali, neutral dan keamanan bersama.

13

Bibliografi
Chairil Wariya, 1989. Dasar luar era Mahathir. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Conca, K., Michael A., dan Goeffrey D. (pnyt.). 1995. Green planet blues: Environmental politics from Stockholm to Rio. Boulder: Westview Press. Faridah Jaafar. 2007. Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 19572005. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ghazali Jani, 1980. Negara Kita, Sejarah, Pentadbiran Dan Dasar-Dasar Pembangunan. Kuala Lumpur : INTAN. Lew He Men, et. al. 2005. Sejarah Dunia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Mohammed Azhari Karim et. al. 1990. Malaysian foreign policy: Issues and Mohsen M. Saleh. 2001. Isu Palestin: Latar Belakang Dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000. Kuala Lumpur: Fajar Ulung. Pathmanathan, M. 1982. Readings in Malaysian foreign policy. Kuala Lumpur: Koperasi Universiti Malaya. Sheela Abraham. 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Yusof Islam (UIA) & Khayati Ibrahim (UM), 1993. Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia (Kajian Menyeluruh). A.S Noordeen.

14

15