Anda di halaman 1dari 52

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD SILMI BIN SHAARI MOHAMMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF

Alatan

tangan yang dibekalkan di Bengkel Kemahiran Hidup adalah untuk memudahkan guru dan murid disamping kegunaan semasa melakukan aktiviti amali dan projek. Alatan tangan ini perlu dijaga dengan baik dan cermat untuk memastikan peralatan bengkel sentiasa bersih dan juga selamat untuk digunakan.

GURU BESAR PUAN ASHAH BINTI NAYAN

GPK 1 ANUAR BIN OTHMAN

KETUA PANITIA KH SHAMSUL BADRI BIN SHARIFF

GURU KH ROSZISHAM BIN MD DESA

GURU KH ROBISHAH BINTI MAT ZAIN

Membuat

anggaran perbelanjaan tahunan. Membuat pesanan bahan dan alatan. Menjalankan mesyuarat panitia. Menguruskan sesi perkembangan staf. Bermesyuarat 4 kali setahun. Menentukan/menyediakan alatan & bahan bagi p&p ( amali ). Menyelaras soalan peperiksaan. Menentukan jenis buku KHSR di sekolah.

Menganalisa

keputusan peperiksaan. Mengumpul soalan untuk rujukan. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru. Membuat anggaran belanjawan tahunan. Mengekal/meninggikan prestasi akedemik. Melaksanakan peraturan panitia. Kemaskini semua fail. Kemaskini stok dan inventori.

Sentiasa

berada dalam keadaan baik Tersusun dan teratur Mudah diambil untuk digunakan Tahan lebih lama Selamat digunakan dan terhindar daripada kemalangan

2. Penggunaan Dan Keselamatan Di Bengkel Kemahiran Hidup


Guru

perlu pastikan bengkel dalam keadaan selamat untuk digunakan. Guru Kemahiran Hidup juga perlu pastikan pelan laluan kebakaran di tampal dan di terangkan kepada murid-murid supaya jika berlaku sebarang kebakaran Pengendalian alatan serta kerja-kerja yang dilakukan haruslah di pantau oleh guru yang mengajar pada setiap masa

Murid

tidak dibenarkan masuk ke mana-mana bengkel tanpa Kebenaran guru. Dilarang membawa masuk beg ke dalam bengkel. Penggunaan alatan elektrik atau mesin MESTILAH mendapat kebenaran guru. Pakaian mestilah sesuai dengan amali. Sentiasa memakai alas kaki/ kasut semasa berada dalam bengkel. Jangan bermain, bergurau dan berlari semasa berada dalam bengkel.

Pastikan

semua peralatan dan mesin dalam keadaan baik sebelum digunakan. Gunakan alatan yang betul dan sesuai untuk membuat sesuatu kerja. Pastikan semua suis dalam keadaan OFF selepas digunakan dan tanggalkan dari punca kuasa sebelum meninggalkan bengkel. Semua bengkel perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas.

Penyelenggaraan

adalah satu proses yang perlu dilakukan terhadap peralatan dan mesin bagi menentukan jangka hayatnya selain daripada selamat digunakan Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk

mendapatkan suasana dan keadaan bengkel yang rapi,ceria dan harmonis, masa yang lama diperlukan. Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel.

Menyimpan

alatan tangan Perkakas dan alatan tangan yang telah digunakan perlulah disimpan disimpan di tempat yang khas dan selamat. Tempat menyimpan alatan perlulah dilabel dengan nama alatan dan kuantiti supaya mudah diambil dan direkod jika berlaku kehilangan. Tempat yang paling sesuai untuk menyimpan perkakas atau alatan tangan adalah di dalam bekas alatan atau di dalam almari.

Pemeriksaan

perlu dilakukan dari semasa ke semas untuk memastikan perkakas dan alatan tangan berada dalam keadaan baik dan dapat mencegah kehilangan. Jika terdapat perkakas atau alatan tangan yang hilang, perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada guru dan direkodkan.

Susun

atur bengkel Kemahiran Hidup yang baik adalah apabila keadaan perabot dan peralatannya berada di dalam keadaan tersusun dan selamat. Semua peralatannya haruslah di simpan dengan baik dan kemas

Rak-rak simpanan bahan binaan projek perlu bagi menempatkan bahan seperti papan, kayu dan PVC logam. Bagi rak bahan bantu mengajar pula menempatkan bahan-bahan seperti carta, model, poster, album dan kit. Rak-rak tersebut perlu berada di bahagian belakang bengkel dan mestilah dilabelkan bagi memudahkan guru dan murid-murid mengenal pasti nama peralatan atau bahan yang akan digunakan.

Kedudukan meja kerja pula mestilah berada di tengah-tengah pada kedudukan 1.5m antara satu sama lain. Ia bagi memudahkan pergerakan muridmurid untuk melakukan kerja. Penyediaan ruang yang sesuai adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan murid ketika berada di dalam bengkel. Selain itu, keselamatan bangunan perlulah strategik dan lengkap kerana mempengaruhi aspek keselamatan murid apabila melakukan sesuatu tugasan atau projek di dalam bengkel dan aktiviti di luar bilik darjah.

Faktor pencahayaan dan pengudaraan perlu dititikberatkan disebabkan oleh keselesaan semasa berada di dalam bengkel yang kemas, dapat menarik minat dan tumpuan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru perlu memastikan langkah-langkah keselamatan di pertingkatkan dan kawalan murid semasa menjalankan aktiviti dan penggunaan mesin serta peralatan yang tajam.

Sentiasa

berada dalam keadaan yang baik. Tersusun dan teratur. Mudah diambil untuk digunakan. Tahan lebih lama. Selamat digunakan dan terhindar daripada kemalangan.

Senarai bahan dan agen pembersih yang digunakan dalam aktiviti penyenggaraan alatan beserta fungsinya.

Membersih
Perkakas

dan alatan tangan mudah dicemari oleh kotoran seperti habuk, kesan minyak, cat, dan karat Kotoran ini akan menyebabkan perkakas dan alatan tangan tersebut mudah rosak. Hal ini mendatangkan kerugian kerana perkakas dan alatan tangan tersebut tidak dapat digunakan lagi. Cara-cara untuk menyenggara perkakas dan alatan tangan bergantung kepada jenis kotoran.

Meminyak Perkakas yang diperbuat daripada logam perlu diminyak supaya tidak berkarat. Selain itu, minyak juga digunakan untuk melincirkan bahagian mesin yang bergerak. Terdapat dua jenis minyak yang sesuai untuk digunakan, iaitu minyak pelincir dan minyak gris

Menyimpan Perkakas dan perlatan tangan yang telah digunakan perlulah disimpan di tempat yang khas dan selamat. Tempat menyimpan alatan itu perlulah dilabel dengan nama alatan dan kuantiti supaya mudah diambil dan direkod jika berlaku kehilangan Tempat yang paling sesuai untuk menyimpan perkakas atau alatan tangan adalah di dalam bekas alatan atau di dalam almari. Pemeriksaan perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan perkakas dan alatan tangan itu berada dalam keadaan yang baik dan dapat mencegah sebarang kehilangan. Jika terdapat perkakas atau alatan tangan yang hilang, perkara itu hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera dan direkodkan.

Langkah-langkah menyelenggara alatan tangan dengan cara yang betul secara umum

Keluarkan alatan tangan dari kotak atau rak dan susun alatan itu. Alaskan tempat kerja dengan surat khabar lama.. Bersihkan alatan tangan yang berkarat dengan menggunakan kertas las. Bersihkan alatan tangan dengan menggunakan minyak tanah atau thinner Meminyakkan alatan tangan yang tidak bercat atau berkrom dengan minyak pelincir. Minyakkan bahagian yang bersendi dengan Lapkan alatan tangan yang dibersihkan dengan kain lap. Bersihkan bahagian luar dan dalam kotak alatan tangan dan rak alatan tangan dengan menggunakan air dan sabun. Keringkan kotak dan rak alatan. Susun alatan tangan yang telah bersih dengan teratur di dalam kotak alatan dan rak. Jangan tumpahkan minyak dan gris pada hulu alatan tangan

Tempat

yang paling sesuai untuk menyimpan perkakas atau alatan tangan adalah di dalam bekas alatan atau di dalam almari. Perkakas dan alatan tangan yang telah digunakan perlulah disimpan di tempat yang khas dan selamat. Tempat menyimpan alatan perlulah dilabel dengan nama alatan dan kuantiti supaya mudah diambil dan direkod jika berlaku kehilangan.

Memilih bahan pembersih

Tips pemilihan bahan pembersih

Tips pengunaan bahan pembersih

Bersesuian dengan jenis bahagian yang hendak dicuci

Bahan pembersih yang digunakan hendaklah mesra alam

Baca dengan teliti arahan dan peraturan pada label sebelum mengunakan bahan pembersih

Ikuiti arahan dan peraturan dengan betul untuk mendapatkan kesan yang lebih baik

Simpan bahan pembersih di tempat yang selamat selepas digunakan

Pembersihan boleh dilakukan secara harian,mingguan atau berkala. Pembersihan harian boleh dilakukan setiap hari melibatkan kerja-kerja ringan dan tidak mengambil masa yang lama. Contohnya menyapu lantai. Pembersihan mingguan pula biasanya dilakukan sekali dalam tempoh seminggu. Pembersihan ini memerlukan masa dan tenaga yang lebih banyak. Contohnya mengemop lantai , membersih bilik mandi serta tandas dan mengelap tingkap. Pembersihan berkala biasanya dilakukan sekali-sekala saja mengikut keperluan semasa sama ada sebulan sekali , tiga bulan sekali atau musim perayaan. Pembersihan berkala memerlukan masa dan tenaga yang banyak dan biasanya dilakukan secara bergorong royong. Contohnya membuang sawang dan membersihkan lampu sekitar kipas

Kenal pasti bahagian yang perlu diminyakkan

Sediakan alatan dan minyak yang sesuai

Alas tempat kerja dengan surat khabar lama

Minyakkan bahagian yang telah dibersihkan karatnya

Jika bahagian yang hendak diminyakkan itu berkarat , gosok bahagian berkarat dengan mengunakan kertas las .

Bersihkan bahagian yang hendak diminyakkan itu daripada kotoran atau habuk.

Lap dan bersihkan bahagian yang telah diminyakkan. Kemudian , buat pengujian dengan mengerakkan bahagian berkenaan.

Cuci tangan dengan mengunakan sabun dan air yang bersih.

a) Berhati-hati ketika membersih dan meminyakkan bahagian yang tinggi dan bahaya. b) Pakai sarung tangan dan alat pelindung pernafasan ketika membersih bahagianbahagian bangunan daripada kotoran dan habuk. c) Pakai apron untuk mengelakkan pakaian daripada kotoran minyak. d) Gunakan alas lantai sewaktu menjalankan aktiviti meminyakkan bahagianbahagian tertentu.

Kerja-kerja

penyenggaraan yang boleh dilakukan sendiri oleh murid seperti membersih dan meminyakkan bahagian tertentu pada bangunan. Kerja membersih yang biasa dilakukan seperti membersihkan cermin tingkap, dinding, lantai dan siling. Sementara kerja meminyakkan bahagian bagunan pula dilakukan ke atas engsel pintu , selak , pengunci pintu dan kerangka tingkap

CARA-CARA MENYELENGGARA ALAT ELEKTRIK:


1.

2.

3.

4.

5. 6.

Gunakan alat-alat elektrik terutama yang bervoltan tinggi dengan cermat. Seseorang pengguna/pengelola mesin mestilah cekap dan cermat semasa bekerja serta berpengetahuan dalam pengendalian mesin tersebut. Pastikan setiap motor yang dibekalkan bersama dengan alat elektrik berada dalam keadaan lengkap dan sempurna. Gunakan kapasiti, toleransi voltan dan kuasa yang sesuai dengan alat yang digunakan. Pastikan sama ada ia menggunakan bekalan arus AC atau DC. Motor yang digunakan hendaklah bersesuaian dari segi beban kerja peredaran udara, ruang kerja dan base mounting dengan alat elektrik

1.

Pastikan sambungan kuasa dibuat dengan betul semasa pemasangan.

2. Gunakan buku panduan semasa mengendalikan alat-alat elektrik. 3. Rujuk kepada guru jika anda menghadapi sebarang masalah. 4. Arus elektrik perlu dilindungi dan dijauhi dari sumber air / haba dan larutan garam yang boleh menjadi pengalir elektrik.

5. Ruang peredaran udara hendaklah mencukupi. Alat-alat jenis pemanas perlu diletakkan sekurangkurangnya 15 sm dari dinding 6. Sesuatu motor yang digunakan harus dielakkan dari menjadi terlalu panas atau lebih muatan. 7. Jauhkan wap pelarut/asid dari alat elektrikal bagi mengelakkan kakisan dan terbentuknya karat. 8. Jangan letakkan sebarang halangan pada suis utama (main switches). Ini adalah untuk memudahkan suis ditutup dengan segera apabila berlaku kecemasan.

MENGGUNAKAN KAEDAH PEMERIKSAAN MELALUI PANDANG - mengesan bahagian yang pecah atau patah atau terbakar. - alatan tersebut diuji terlebih dahulu dan sekiranya tiada bekalan hendaklah di baikpulih - pastikan alat diasingkan dari bekalan hidup sebelum mengesan dan membaikpulih kerosakan. - Setelah alat disenggara atau di baikpulih dan siap dipasang semula, ujian rintangan penebatan hendaklah dilakukan semula, sebelum diuji dengan bekalan hidup.

CARA-CARA MENYELENGGARA ALAT ELEKTRIK:


Terdapat beberapa punca kerosakan sesuatu alat dan mesin mudah alih, antaranya ialah: Terjatuh Jangka Hayat Komponen Hentakan Kuat Terdedah Kepada Udara, Air Dan Panas Kerosakan Litar Terlebih Bekalan Kuasa Mata Alat Tumpul

Kerja

pembaikan perlu dilakukan untuk memastikan alat dan mesin dapat berfungsi seperti asal untuk kegunaan pelajar dan guru. Kerja pembaikan dapat: i. menjimatkan kos ii. memanjangkan jangka hayat mesin iii. menggantikan komponen yang rosak

PAM BASIKAL

MENAMPAL TIUP BASIKAL

BAHAGIAN MESIN MUDAH ALIH

BREK BASIKAL

MELARAS RANTAI BASIKAL

LOCENG BASIKAL

Pemutar skru mata phillips

Pemutar skru mata rata

Sepana hujung terbuka

Sepana gabung

Playar gabung

Playar muncung tirus

Pengumpil tayar

Tukul warrington

Sepana boleh laras

1. Longgarkan dan buka bahagian piring atas.

2. Teliti dan kenal pasti komponen dalam loceng basikal dan fungsinya

3. Gunakan spanar untuk melonggarkan nat.

4. Keluarkan nat, pengetuk, gear, tuas dan spring.

5. Bersih bahagian loceng yang dikeluarkan menggunakan kain reja.

6. Masukkan semula spring , tuas,gear dan pengetuk.

7. Titiskan minyak pada bahagian yang bergerak untuk melancarkan pergerakan.

8. Pasang dan ketatkan semula nat dengan menggunakan spanar.

9. Pasang semula spring atas.

10. Uji loceng yang telah siap dipasang.

11. Bahagian piring atas dipasang terlalu ketat.

Alatan dan Bahan : Spanar boleh laras Playar gabung Pemutar skru mata rata Kain reja Minyak pelincir Basikal

Langkah Kerja a. b. Kenal pasti nat pengikat pada pencengkam brek. Longgarkan nat dengan spanar dan keluarkan kabel dari

pencengkam brek.
c. d. Keluarkan penyangkut kabel dari penarik kabel brek. Sebelum memasang kabel baru, tarik sebahagian kabel dari kelongsong dan sapu dengan sedikit minyak pelincir.

e.

Pasang kabel baru bermula dari kabel dalam keadaan


baik.

f. g.

Pastikan getah pencengkam brek dalam keadaan baik. Laraskan dan uji kedudukan kabel serta ketatkan nat pada

pencengkam brek jika pencengkam brek tidak berkesan.

1. Longgarkan nat pencengkam kabel brek.

2. Tarik penarik kabel brek dan tanggalkan penyangkutnya

3. Keluarkan kabel brek dari kelongsongnya

4. Sediakan kabel baru dan sapukan gris padanya

5. Pasangkan penyangkut kabel brek kepada penarik kabel

6. Masukan kabel brek pada kelongsong dengan cermat

7. Pasangkan bahagian hujung kabel brek Pada pencengkam brek dan ketatkan natnya

8. Laraskan ketegangan cengkaman kabel brek

9. Lakukan ujian cengkaman brek

1. Tanggalkan nat roda

2. Longgarkan nat injap dan gunakan pengumpil

3. keluarkan injap

4. Keluarkan tiub, pamkan , kenal pasti dan tandakan bahagian Keluarkan udara dan lapkan udara dan rendamkan tiub yang bocor.

5. Kenal pasti dan tandakan bahagian yan bocor. Keluarkan udara dari bahagian yang bocor.

6. Keluarkan udara dan lapkan bahagian yang bocor dengan kain reja

7. Lekapkan getah penampal siap guna pada bahagian yang bocor

8. Isikan tiub dengan udara. Rendamkan ke dalam air untuk memastikan tampalan itu baik.

9. Lepaskan udara dan masukan tiub ke dalam tayar dan pasangkan roda pada basikal dan isikan udara.

1. Tanggalkan nat roda kemudian keluarkan roda basikal

2. Tanggalkan rantai dan keluarkan roda daripada rantai basikal

3. Tanggalkan nat injap dan keluarkan angin

4. Gunakan pengumpil tayar untuk mengeluarkan tayar daripada rim

5. Keluarkan tayar dan tiub daripada rim

6. Bersihkan bahagian dalam rim

7. Pasangkan tayar dan tiub baru pada rim

8. Pamkan udara secukupnya ke dalam tiub

9. Masukkan semula roda pada rangka dan

pasangkan rantai

Anda mungkin juga menyukai