Anda di halaman 1dari 15

ULASAN PENSYARAH / MARKAH

TARIKH DITERIMA MASA

________________ ________________

TANDATANGAN PENGAJAR ________________

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


Tajuk Kod dan Nama Pelajaran Nama Pensyarah : Pengaplikasian Teori Dalam P&P Bahasa Melayu : KRB 3033 Penghantar Bahasa Melayu : En.Lokman Abd. Wahib

Nama Ahli Kumpulan

No. Kad Pengenalan 800216-08-6540 811006-02-5348 830912-05-5040 740113-10-5380 800314-02-5290

No. Kad Matrik

No. Telefon

( 30 ) KOMALA DEVI A/P RAMASAMY (12 ) JENNIFER A/P AUGUSTENE ( 43 ) MARIAMMAH A/P RENUGOPAL ( 107 ) THENMOLY A/P MUNIANDY ( ) SHARON SHAMINI A/P SIGAMONY

PPGBT00107/2011/1/K1 PPGBT00060/2011/1/K1 PPGBT00139/2011/1/K1 PPGBT00311/2011/1/K1 PPGBT00271/2011/1/K1

016-4445305 016-4835549 012-2541905 012-3077743 018-2830145

Pembuktian Polisi Akademik : Saya / Kami dengan ini membuktikan bahawa kandungan dan lampiran kertas kerja in adalah kerja saya / kami sendiri. Rujukan, artikel, seni, program, kertas atau mana-mana bahagiannya adalah diakui sah dan dilampirkan pada akhir kertas ini sebagai rujukan. Ini termasuk data yang diambil dari Internet, rangkaian swasta lain, cakera orang lain atau sistem komputer.
Tandatangan Student : . ......................... ......................... ............................ .........................

Pendahuluan Untuk diterapkan dalam pengajaran sistem ejaan,morfologi dan sintaksis di sekolah, teori tingkah laku telah dipilih. TEORI TINGKAH LAKU Definisi Teori perkembangan perilaku, yang dikenali sebagai behaviourisme dapat diukur, diamati dan dihasilkan oleh respons pelajar terhadap rangsangan. Tanggapan terhadap rangsangan dapat diperkuat dengan umpan balik positif atau negatif terhadap perilaku kondisi yang diinginkan. Hukuman, kadang-kadang digunakan dalam menghilangkan atau mengurangi tindakan tidak benar, diikuti dengan menjelaskan tindakan yang diinginkan.

Pendidikan melalui teori tingkah laku merupakan kunci dalam mengembangkan keterampilan dasar dan dasar-dasar pemahaman dalam semua bidang subjek dan manajemen kelas. Ada ahli yang menyebutkan bahwa teori belajar secara tingkah laku adalah perubahan perilaku yang dapat diamati, diukur dan dinilai secara konkrit.

Huraian

Ciri dari teori tingkah laku adalah mengutamakan unsur-unsur dan bahagian kecil, bersifat mekanistis, menekankan peranan lingkungan, mementingkan

pembentukan reaksi atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya perilaku yang diinginkan. Guru yang menganut pandangan

ini berpendapat bahawa tingkah laku siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkah laku adalah hasil belajar.

Dalam hal konsep pembelajaran, proses cenderung pasif berkenaan dengan teori tingkah laku. Pelajar menggunakan tingkat keterampilan pengolahan rendah untuk memahami materi dan material sering terisolasi dari konteks dunia nyata atau situasi.

Aliran psikologi belajar yang sangat besar pengaruhnya terhadap arah pengembangan teori dan praktek pendidikan dan pembelajaran hingga kini adalah aliran tingkah laku. Aliran ini menekankan pada terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar. Teori tingkah laku dengan model hubungan stimulus responnya, mendudukkan orang yang belajar sebagai individu yang pasif. Respon atau perilaku tertentu dengan menggunakan pembiasaan semata. Munculnya perilaku akan semakin kuat bila diberikan penekanan dan akan menghilang bila dikenai hukuman.

Aplikasi teori tingkah laku dalam kegiatan pembelajaran tergantung dari beberapa hal seperti: tujuan pembelajaran, sifat materi pelajaran, karakteristik pebelajar, media dan fasilitas pembelajaran yang tersedia. Pembelajaran yang dirancang dan berpijak pada teori tingkah laku memandang bahwa pengetahuan adalah objektif, pasti, tetap, tidak berubah. Pengetahuan telah terstruktur dengan rapi, sehingga belajar adalah perolehan pengetahuan, sedangkan mengajar adalah memindahkan pengetahuan (transfer of knowledge) ke orang yang belajar atau pebelajar. Fungsi minda atau fikiran adalah untuk menciplak struktur pengetahuan yang sudah ada melalui proses berfikir yang dapat dianalisis dan dipilih, sehingga makna

yang dihasilkan dari proses berfikir seperti ini ditentukan oleh karakteristik struktur pengetahuan tersebut. Pebelajar diharapkan akan memiliki pemahaman yang sama terhadap pengetahuan yang diajarkan. Artinya, apa yang dipahami oleh pengajar atau guru itulah yang harus dipahami oleh murid.

Metode behaviorisme ini sangat cocok untuk perolehan kemampaun yang membuthkan praktek dan pembiasaan yang mengandung unsur-unsur seperti : Kecepatan, spontanitas, kelenturan, reflek, daya tahan dan sebagainya, contohnya: percakapan bahasa asing, mengetik, menari, menggunakan komputer, berenang, olahraga dan sebagainya. Teori ini juga cocok diterapkan untuk melatih anak-anak yang masih membutuhkan dominansi peran orang dewasa, suka mengulangi dan harus dibiasakan, suka meniru dan senang dengan bentuk-bentuk penghargaan langsung seperti diberi permen atau pujian.

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran bahasa Malaysia minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian tajuk yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah penyampaian tajuk secara menarik dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitanan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif.

Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai bahsa Malaysia. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang

dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti modul-modul yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .Dalam pengajaran bahasa Melayu, tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat ejaan, morfologi dan juga sintaksis. Teori ini akan berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran bahasa

Melayu merangkumi tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas

menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran system ejaan, morfologi dan sintaksis ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang

diterapkan meliputi:

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya. b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu; c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar; d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi .

Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip teori tingkah laku yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputi :

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu; c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar; d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.

Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkah laku pelaziman yang

dikemukakan oleh

Pavlov boleh diaplikasikan dalam mengajaran system ejaan, morfologi dan sintaksis ini ialah :

a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar untuk memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut pelajar sekiranya akviti dijalankan secara individu. b) Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan tindakbalas. Ini bermakna tingkahlaku pelajar boleh dilazimkan untuk gerakbalas yang dingini oleh guru. c) Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Pelajar yang menerima peneguhan positif seperti bagus , anda berjaya , jawapan anda betul akan menyebabkan pelajar terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian. d) Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan ,projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar. e) Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan memberikan ganjaran yang sesuai . Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-kata perangsang dan sebagainya ketikan pelajar berjaya memberikan respon kepada

jawapan yang disediakan . Motivasi juga bole dipertingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan pelajar.

Menurut Gagne,Briggs& Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran

a) menarik perhatian. b) menyatakan objektif pelajaran. c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas. d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar. e) memberikan bimbingan. f) tugasan dan soalan . g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar. h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Aplikasi

Dalam pengajaran sistem ejaan, morfologi dan sintaksis ini, pendekatan menggunakan teori tingkahlaku di atas dapat diaplikasikan seperti berikut:

Sistem ejaan.

Bagi penerapan ejaan dalam kalangan pelajar, bahan- bahan bacaan yang menarik yang menarik minat pelajar haruslah digunakan.oleh hal yang demikian, kad- kad kiu yang berwarna-warni dan mempunyai beberapa unsur grafik yang bersesuaian dengan minda pelajar yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian pelajar Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman kepada manusia yang suka melihat kepada gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat lagi yang berorientasikan penglihatan . Pepatah Confucious menyatakan bahawa sebuah gambar mampu menggantikan seribu perkataan. Penampilan permulaan yang

menarik dengan memasukkan unsur-unsur grafik,warna dan animasi dalam sesi pembelajaran ini akan memberikan minat kepada pelajar untuk terus cuba mempelajari cara- cara ejaan.

Selain itu,sistem ejaan juga boleh diterap melalui penggunaan simulasi watak (Role Play Simulation) dalam pengajaran dan pembelajaran. Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan:

Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar.

Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul Langkah- langkah :
a) Kad suku kata diedarkan kata kepada setiap pelajar. b) Pelajar diminta menyebut suku kata yang terdapat pada kad suku kata yang dipegang oleh pengkaji dan mengulang sebutan yang diajar. c) Pelajar diminta menukarkan kad suku kata yang dipegang dengan rakan-rakan kelas sekurang-kurangnya 10 kali. d) Oleh itu, mereka dapat menyebut suku kata tersebut sekurang-kurangnya 10 kali secara berulang-ulang.

Aktiviti 2 : Lakonan dalam Kumpulan Langkah-langkah :


a) Kad manila dan gunting diedarkan kepada pelajar. b) Pelajar diminta untuk menulis perkataan pada kad manila yang disediakan bagi watak masing-masing dalam lakonan yang akan dilakonkan. c) Pelajar diminta mengikat benang pada kad manila tersebut dan mengantung pada badan mereka sendiri bagi mewakili watak masing-masing.

d) Lakonan simulasi dimulakan selepas semua bahan yang diperlukan telah disediakan di bawah tunjuk ajar guru. e) Pelajar perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak masingmasing seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya. f) Pelajar akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. g) Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.

Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar Langkah-langkah:


a) Kertas putih akan diedarkan kepada pelajar. b) Pelajar diminta menulis nama pada kertas yang diedarkan. c) Pelajar mengeja perkataan yang disebut oleh guru. d) Masa ejaan dibekalkan dengan secukupnya. e) Hasil ejaan dikutip.

Apabila para pelajar menyebut dan mengeja suku kata, mereka lebih memahami cara sesuatu perkataan dieja dan bunyinya. Melaluidrama dan skesta kecil, ejaan ini dapat meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa para pelajar. Selain itu, aktiviti drama yang sememangnya menarik dapat menceriakan suasan pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu. Oleh yang hal demikian para pelajar akan lebih tertarik untuk belajar bahasa Melayu. Akhir sekali, apabila kebolahan para pelajar mengeja diuji, minda para pelajar akan cuba mengingat kembali perkara- perkara yang telah dipelajari dan ini mendorong kepada penghafalan secara tidak langsung dan automatik. Dengan rangsangan melalui cara- cara fizikal ini, para pelajar dapat dirangsang untuk mempelajari dan meguasai ejaan dengan mudah, efektif dan praktikal.

Sistem morfologi. Selepas pengenalan sistem ejaan dan suku kata, sistem morfologi merupakan target seterusnya yang harus diajar kepada para pelajar. Sistem morfologi ini lebih kepada penerapan kata-kata kepada pelajar. Teori tingkah laku amat sesuai untuk diaplikasikan dalam sistem ini. Untuk ini, pengenalan kata-kata harus dimulakan daripada tahap mudah dan seterusnya dibawa secara perlahan-perlahan ke tahaptahap yang lebih tinggi. Pertama sekali, bahan bacaan yang menarik seperti kad-kad kiu digunakan. Kad kad bacaan ini haruslah berwaran warni dan menarik perhatian pelajar untuk terus berminat untuk mempelajarinya. Gurur juga harus berintonasi secara bersesuaian untuk mengfokuskan konsentrasi pelajar terhadap perkataan-perkataan yang diajar. Langkah pendekatan seterusnya ialah ejaan bagi para perkataan-perkataan yang dipelajari. Cara mengeja dan mencantum morfem-morfem iaitu suku kata dapat diajar melalui cara berirama. Guru mendahului irama tersebut diikutioleh pelajar yang mengikutinya. Sebagai contoh, perkataan buku. Guru harus mengalunkan irama bagi suku kata bu kemudian bagi suku kata ku dan kemudian menyebut perkataan buku. Irama ini diiringi dengan kad kad bacaan agar pelajar dapat melihat dan menghafal suku kata tersebut. Pendekatan secara alunan dan irama amatlah membantu dalam penerapan ilmu kerana minda pelajar lebih mudah memahami, mengikuti dan mengingati alunan dan iaram berbeanding dengan kata-kata. Langkah seterusnya ialah satu permainan dalaman dalam kelas untuk menguji tahap ingatan pelajar. Setiap pelajar yang dapat mengenali nama gambar dalam kad bacaan yang ditunjukkan akan diberikan markah bonus. Dan setiap salahnya pula, markah bonusnya akan dipotong. Pada akhir waktu, murid dengan markah bonus yang

tertinggi akan memperolehi ganjaran daripada gurunya dalam bentuk alat tulis. Denagn cara ini, respon pelajar dapat diraih dengan memberangsangkan kerana pelajar sememangnya amat suka akan ganjaran. Ini akan member impak positif dalam diri pelajar tersebut untuk mencuba dengan lebih keras untuk mengingati perkataan. Kemudian, permainan ini diteruskan dan dibawa kepada tahap yang lebih tinggi. Kali ini, pelajar harus mengeja, menyebut dan mengenali gambar yang ditunjukkan dalam kad bacaan. Untuk aktiviti ini, pelajar dipecah kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendapat markah bonus bagi jawapan yang betul dan markahnya ditolak bagi jawapan-jawapan yang salah. Tujuan aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan adalah supaya hubungan antara para pelajar dapat dirapatkan sekaligus memeriahkan lagi sesi pembelajaran. Pada akhir waktu, kumpulan yang menang akan menerima ganjaran. Pada akhir aktiviti, setiap pelajar pastinya mampu mengingati sekurang-kurangnya 75% daripada perkataan-perkataan yang dipelajari. Akhir sekali, bagi menilai tahap pencapaian para pelajar, satu ujian ejaan diadakan dimana pelajar harus mengenal gambar pada kad bacaan dan menulis perkataan. Prestasi pelajar dapat dinilai dan impak positif dapat dilihat apabila teori tingkah laku digunakan dalam pengajaran sistem morfologi.

Sistem sintaksis. Akhir sekali, Selepas pengenalan sistem ejaan dan sistem morfologi, sistem sintaksis merupakan target seterusnya yang harus diajar kepada para pelajar. Sistem sintaksis merupakan pembentukan ayat jika ditakrifkan dalam bahasa yang lebih mudah. Sistem sintaksis ini merupakan asas bagi perkembangan seseorang pelajar dalam penulisan karangan bagi bahasa Melayu. Untuk ini, langkah pertama ialah pendekatan secara lisan. Pendekatan lisan merupakan langkah termudah dan paling efektif dalam sistem sintaksis ini. Aktiviti seperti berdialog diadakan dalam kelas. Berbual dengan keluarga dengan menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik. Melaksanakan lakonan spontan yang menunjukkan situasi kekeluargaan dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai dan bertatasusila. Sebagai contoh perbualan ketika makan

malam dan bercerita tentang hal atau masalah yang timbul di sekolah atau di tempat kerja. Dengan ini, pelajar dapat mempelajari car-cara bertutur dengan penggunaan dan aturan perkataan yang sesuai. Lakonan-lakonan seperti ini juga dapat memberi peluang kepada murid untuk mempraktis bahasa Melayu dalam kehidupan hrian mereka lalu, secara tidak langsung dapat menaik taraf penguasaan mereka dalam bahasa ini.

Selain itu, cara penghafalan dan penulisan semula dapat diguna pakai. Sebagai aktiviti dalam kelas, guru menulis beberapa ayat yang berkesinabungan yang boleh membentuk satu cerita pendek dan cerita ini dilakonkan oleh beberapa orang pelajar. Selepas lakonan pendek tersebut, para pelajar telah memahami jalan ceritanya yang memudahkannya menulis semula ayat-ayat tersebut. Kemudian, ayat-ayat yang telah ditulis oleh guru dipadam dan para pelajar diminta untuk menulis semula ayat-ayat

tersebut. Kemudian, ayat-ayat para pelajar dibandingkan dengan ayat-ayat yang telah ditulis oleh guru dan pembetulan dilakukan. Cara ini amat berefektif kerana apabila pelajar itu menghafal sesuatu ayat, struktur ayat itu dapat diingati oleh pelajar dan akan diguna pakai apabila menulis ayatnya sendiri. Secara tidak langsung, para pelajar telah dilatih untuk mengguna dan menghafal penggunaan struktur ayat yang betul. Melalui drama yang pendek tersebut, para pelajar memahami isi sesuatu bahan sebelum menulis ayatnya. Di samping itu, drama dan skesta kecil seperti ini mampu menarik minat pelajar untuk mengfokus kepada gurunya.

Seterusnya,

aktiviti megisi tempat kosong dapat digunakan untuk mengajar

sistem sintaksis ini. Misalnya, guru menampal satu gambar rajah pada papan putih dan menulis ayat-ayat yang mempunyai tempat kosong yang perlu diisi berkaitan dengan gambar tersebut. Para pelajar pula dipecah kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai peluang untuk menjawab sekali sahaja. Kumpulan yang mendapat jawapan betul yang paling banyak akan diumumkan sebagai pemenang dan diberi ganjaran. Cara ini dapat memberangsang para pelajar untuk cuba mencari dan menjawab jawapan yang betul. Ini juga dapat mengajar para pelajar untuk menggunakan klausa dan frasa yang bersesuaian apabila menulis sesuatu ayat. Keadaan kelas yang meriah dan menyeronokkan dapat menarik minat pelajar untuk menyukai aktiviti ini, dan lazimnya, lumrah manusia, perkara yang disukai tidak akan dilupai. Teori tingkah laku amat berkesan dalam keadaan seperti ini.

Akhir sekali, aktiviti seperti bersyair, berpantun dan bergurindam dapat juga mengukuhkan lagi penguasaan murid dalam sistem sintaksis ini. Guru seharusnya

mendedahkan murid kepada pelbagai prosa tradisional yang mengandungi elemen bahasa yang cukup menarik dan berkualiti agar mutu bahasa para pelajar dapat ditingkat. Sebagai aktiviti dalam kelas, para guru harus mengajar para pelajar cara-cara mendendangkan prosa tradisional seperti syair. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami sistem sintaksis yang berbeza-beza yang dipamerkan dalam setiap prosa tradisional. Pada akhir aktiviti, para pelajar akan berseronok dan pelajari banyak perkara yang baru. Langkah-langkah yang telah dibincangkansehingga ini mempunyai pengaplikasian teori tingkah laku di mana ia memberi kesan yang amat memberangsangkan kepada rangsangan fizikal dan impak positifnya dapat diamati dan dinilai secara terang-terangan.

Rumusan

Sebagai kesimpulan, teori tingkah laku ini dapat diguna pakai secara efektif dalam pengajaran bahasa Melayu. Peibagai cara telah dibincangkan di sini untuk menerapkan sistem pengejaan, sistem morfologi dan juga sistem sintaksis. Para pelajar dapat dinilai melalui rangsangan positif yang ditunjukkan dalam kelas. Selain itu, teori tingkah laku juga lebih menarik dan bersesuaian dengan jiwa anak-anak muda. Selain itu, teori ini dapat memartabatkan penguasaan lisan yang secara tidak langsung member banyak kesan baik kepada para pelajar seperti kemudahan dalam pertuturan seharian dan sebagainya. Oleh yang hal demikian, adalah dipercayai dan dibuktikan bahawa teori tingkah laku sememangnya lebih sesuai berbanding dengan teori mentalis.