Anda di halaman 1dari 14

Kepentingan Pendidikan Jasmani Dari Aspek Perkembangan Mental

Pendidikan Jasmani
Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa

pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Pendidikan Jasmani secara umumnya terlalu penting bagi semua peringkat umur dan jantina manusia sejak peringkat kanak-kanak lagi sehinggalah ke umur tua.

Perkembangan Mental Dalam Pendidikan Jasmani


Mengembangkan pengetahuan dan keterampilan yang berkaitan dengan aktiviti jasmani dan perkembangan estetika. Mengembangkan kepercayaan diri dan kemampuan untuk menguasai keterampilan gerak dasar yang akan mendorong melibatkan diri dalam aktiviti jasmani.

Mengembangkan nilai-nilai peribadi melalui penglibatan diri dalam aktiviti jasmani baik secara kelompok mahupun perseorangan. Menikmati kesenangan dan keriangan melalui aktiviti jasmani termasuk permainan olahraga. Melalui PJ, kita dapat mentafsir dan menganalisis sesuatu situasi dan membuat keputusan dan tindakan yang wajar.

Pengetahuan mengenai tubuh badan, pergerakan dan fungsi-fungsi yang berkaitan berasaskan prinsip sains dapat diaplikasikan ke dalam konteks pelajaran PJ. Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.

Pendidikan Jasmani Penting Dari Afektif Kanak-kanak


Kanak-kanak akan memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti untuk menjaga keselamatan. Memahami serta mengamalkan pengurusan masa yang sesuai untuk beraktiviti. Mengamalkan sikap positif terhadap kepentingan bersukan dan kepentingan menjaga kesihatan (mengamalkan gaya hidup yang sihat).

Pendidikan Jasmani juga penting dalam menggalakkan pembinaan kualiti mental kanakkanak yang waras seperti semangat berdikari dan berdisiplin. Membentuk sahsiah yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri dan pendirian yang positif. Melatih murid-murid supaya bijak menggunakan masa lapang mereka dengan melibatkan diri mereka dalam aktiviti pendidikan jasmani yang lebih mendatangkan faedah.

Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan. Sebagai contoh, peraturan tentang permainan yang mereka jalankan.

Melalui aktiviti Pendidikan Jasmani, ia dapat meningkatkan dan memajukan kemahiran menciri, membanding dan membeza,mengumpul dan mengelas, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan pengaruh, menilai serta membuat kesimpulan murid-murid.

Pendidikan Jasmani dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman, kejelasan, menggunakan maklumat dengan berkesan serta menyelesaikan masalah.
Contohnya, guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dengan tujuan ingin menjalankan pertandingan bola tampar. Bagi mendapat kemenangan, setiap kumpulan perlu berusaha memikirkan strategi yang paling berkesan untuk memenangi pertandingan tersebut.

Mengembangkan nilai-nilai peribadi melalui penglibatan dalam aktiviti pendidikan jasmani secara kelompok atau perseorangan. Contohnya : Berdikari Contohnya, kanak-kanak menjalankan kemahiran asas setiap hari tanpa bergantung kepada orang lain (sifat berdikari).
Bertanggungjawab Contohnya, sekiranya pasukan mereka kalah dalam sesuatu pertandingan, mereka perlu bertanggung kekalahan itu bersama-sama, dan bukannya menolak kesalahan tersebut sesama lain.

Bertimbang rasa Contohnya, seseorang yang mahir dalam bola keranjang tidak membaling bola yang sukar disambut kepada rakan sekumpulannya yang lebih lemah kemahirannya.

Berkeyakinan diri Contohnya, dengan menguasai sesuatu kemahiran, kanak-kanak lebih berkeyakinan diri kerana berasa dirinya adalah seorang yang berguna.

Kepercayaan Contohnya, dalam permainan berkumpulan, kami perlu mempercayai rakan sekumpulan kami. Dalam permainan bola sepak misalnya, kami perlu menyepak bola kepada rakan-rakan sepasukan kami dan bukannya bermain dengan diri sendiri.

Sekian Terima Kasih !

Anda mungkin juga menyukai