Anda di halaman 1dari 21

1.

CARTA ORGANISASI PANITIA KIMIA TAHUN 2012

PENGETUA EN. WAN IBRAHIM BIN WAN CHIK

PENOLONG KANAN AKADEMIK En. Asmad Bin Ahmad

KETUA BIDANG SAINS & MATEMATIK En. Mohamad Kamal Bin Kamsun

KETUA PANITIA KIMIA SPM En Norafizan Bin Mohamed Khairon

GURU KIMIA TINGKATAN 4 En. Kang Ho Among @ Anderson Among

2.0

MOTTO, VISI DAN MISI PANITIA KIMIA

MOTTO
Semua Atlet Pelajar yang mengambil Kimia mencapai sekurangkurangnya kredit dalam semua jenis peperiksaan.

VISI
Melahirkan Atlet Pelajar cemerlang dalam akademik dan berjaya memasuki ke IPT.

MISI
Meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kimia. Melahirkan atlet pelajar yang berupaya berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Melahirkan Atlet Pelajar yang mencapai 100% lulus mata pelajaran Kimia dalam SPM.

3.0 SENARAI TENAGA PENGAJAR PANITIA KIMIA TAHUN 2012

Bil.

Nama Guru En. Kang Ho Among @ Anderson Among En. Norafizan Bin Mohamed Khairon

Kategori

Opsyen Kimia / Matematik Kimia / Pendidikan Moral

Pengalaman Mengajar 6 tahun

Kelas Mengajar 5O

1.

DG 41

2.

DG 41

8 tahun

4O

4.0 MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA TAHUN 2012


Mesyuarat Panitia Kimia SPM telah mengadakan mesyuarat panitia sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2012. Berikut adalah agenda mesyuarat. Tarikh Mesyuarat Kali Tempat Agenda - Perlantikan Setiausaha Panitia. - Penyediakan salinan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan 2012. - Penulisan Buku Rekod Mengajar. - Penentuan Buku Kerja. - Semakan jadual waktu peribadi, mata pelajaran, tingkatan diajar dan maklumat guru. - Penggubal dan penanda kertas peperiksaan. - Soalan Berbentuk Struktur dan Esei. - Semakan Buku Nota. - Perbincangan dan penentuan tajuk-tajuk PEKA yang akan dijalankan dalam Ting 4 dan Ting 5. Program Pendeta Bestari Mata Pelajaran Kimia. Sasaran SPM 2012. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Bengkel Teknik Menjawab SPM. Semakan Buku Nota / Latihan. Analisis Peperiksaan SPM 2011. Pemantauna PEKA Kimia. Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Kota Tinggi. Latihan tambahan Kelas Kecemerlangan. Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Pemantauan PEKA mata pelajaran Kimia. Bengkel Teknik Menjawab SPM. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun.

09-Jan-2012

Pertama

SSTMI

28-Mac-2012

Kedua

SSTMI

19-Julai-2012

Ketiga

SSTMI

5.0 AKTIVITI DAN TAKWIM PANITIA KIMIA TAHUN 2012 (Kursus / Bengkel / Lawatan / Pertandingan)
Tarikh 29 Dis 2011 29 Dis 2011 02 Jan 2012 09 Jan 2012 27 Mac 2012 28 Mac 2012 29 Mac 2012 19 Apr 2012 17 Mei 2012 21 Jun 2012 25 Julai 2012 10 Apr 2012 29 30 Jun 2012 27 29 Apr 2012 25 Mei 2012 19 Julai 2012 4 Ogos 2012 03 Okt 2012 17 Okt 2012 30 Okt 2012 Rujuk Jadual Aktiviti Mesyuarat Awal Tahun Persekolahan 2012 Mesyuarat Guru Akademik Kali Pertama 2012 Mesyuarat Bidang Sains & Matematik Kali Ke-1 Mesyuarat Panitia Kimia Kali Pertama Taklimat Panitia Kimia (tidak hadir kerana lewat mendapat surat) Mesyuarat Panitia Kimia Kali-2 Tempat Dewan Kuliah BMO BMO Bilik Guru SMK Air Tawar Bilik Guru Masa 8.30 am 10.30 am 11.00 am 12.00 tgh 10.30 am 11.30 am 9.30 am 10.00 am 2:00 pm 5.00 pm 2.00 pm 2.30 pm Tindakan / Penglibatan Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia

Program Pendeta Bestari M/P Kimia

SMK Air Tawar

2.00 pm 5.00 pm

Ketua Panitia Kimia

Mesyuarat Bidang Sains & Matematik Kali Ke-2 Festival Sains & Teknologi Peringkat Daerah Kota Tinggi Program Intensif Sains Tulen A Mesyuarat Bidang Sains & Matematik Kali Ke-3 Mesyuarat Panitia Kimia Kali-3 Teknik Menjawab Soalan Kimia SPM kali-1 Program Kecemerlangan Intensif Skor (PISA) Sains Tulen Ting 4 Program Kecemerlangan Intensif Skor (PISA) Sains Tulen SPM Teknik Menjawab Soalan Kimia SPM kali-2 Kelas Kecemerlangan Pagi dan Malam

Bilik Gerakan SMK Adela SMKA Makmal Fizik 1 Bilik Guru Dewan Kuliah SMK Adela SMK Adela Dewan Kuliah Kelas 5 Olimpik

2.30 pm 4.15 pm 8.00 am 4.30 pm 3 hari 9.30 am 10.00 am 2.00 pm 2.30 pm 9.00 am 12.00 tgh 8:00 am 5.00 pm 8:00 am 5.00 pm 9.00 am 2.00 pm 7.40 am 9.00 am 8:15 pm 9:45 pm

Ketua Panitia Kimia Semua guru-guru Sains & Matematik Semua Guru M/P Ting 5 Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia Ketua Panitia Kimia & Guru Mata Pelajaran Guru Mata Pelajaran

6.0

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA KIMIA TAHUN 2012 6.1 PELAN STRATEGIK


Masalah 1. Peratus lulus mata pelajaran Kimia dalam SPM 2011 tidak mencapai 100%. Hanya 3 orang pelajar (18.75%) yang mendapat Gred C ke atas bagi mata pelajaran Kimia dalam SPM 2011. 1. Matlamat Meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Kimia dalam SPM 100% pada tahun 2012. Mendapatkan peratus pelajar yang mendapat Gred C hingga Gred B bagi mata pelajaran Kimia dalam SPM sekurangkurangnya 25% pada tahun 2012. Meningkatkan asas Kimia pelajar sehingga mencapai 70% pada tahun 2012. 1. Strategi Meningkatkan kualiti pengajaran guru mata pelajaran Kimia. Indikator Pencapaian 1. Peratus pelajar yang lulus mata pelajaran Kimia SPM.

Isu Pencapaian Kimia lemah di kalangan pelajar

2.

2.

2.

Meningkatkan pembelajaran pelajar.

2. Peratus pelajar yang mendapat Gred C hingga Gred B bagi mata pelajaran Kimia SPM.

3.

Pelajar lemah dalam asas Kimia.

3.

3.

Memperbanyakkan latihan dan modul Kimia serta membimbing pelajar menjawabnya.

3. Peningkatan asas Kimia pelajar.

6.2
BIL

PELAN TAKTIKAL / TINDAKAN


OBJEKTIF TANGGUNGJAWAB TEMPOH KOS/ SUMBER TOV ETR INDIKATOR PENCAPAIAN

PROGRAM

Fun With Experiment

Meningkatkan dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran Kimia

Ketua Panitia Guru Kimia Ting 4 dan 5

Jan Aug

Tiada

60%

70%

Peratus pelajar berupaya menjawab soalan Kertas 3

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kimia SPM

- Meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan SPM 2012. Ketua Panitia - Memastikan pelajar dapat Guru Kimia Ting 5 menjawab soalan SPM dengan teknik yang betul dan tepat dalam Kertas 2 dan 3. Meningkatkan pemahaman dan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan Kimia SPM dengan tepat.

1 Hari

RM200

60%

70%

Peratus pelajar menguasai soalan Kertas 2 dan 3

Partition Kimia

Ketua Panitia Guru Kimia Ting 5

Jan Nov

Tiada

70%

80%

Peratus pelajar lulus SPM 2012

6.3

PELAN OPERASI

Nama Projek Objektif Tempoh Kumpulan Sasaran Guru Terlibat

Fun With Experiment Meningkatkan dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran Kimia Jan Aug Semua pelajar Tingkatan 4 Olimpik dan 5 Olimpik EN. KANG HO AMONG EN. NORAFIZAN BIN MOHAMAED KHAIRON Guru perlu menunjukkan kaedah-kaedah yang menyeronok dan senang untuk menghafal formula-formula Kimia. Guru mata pelajaran Kimia Ting 4 dan 5 akan memilih tajuk-tajuk eksperimen yang sesuai dan selalu disoal dalam Peperiksaan SPM. Eksperimen yang dijalankan akan dibantu oleh Pembantu Makmal supaya bahan-bahan dan alat-alat radas eksperimen dapat disediakan dengan lebih awal.

Proses Kerja

Kekangan

Kebanyakan pelajar sentiasa menyertai pertandingan dan latihan di luar sekolah dalam tempoh masa yang lama. Pemantauan dilakukan oleh Ketua Bidang dan Ketua Panitia setahun dua kali bagi setiap kelas. Berdasarkan hasil penilaian, penambahbaikan dilakukan pada setiap aktiviti bagi meningkatkan keberkesanan program.

Pemantauan

Penambahbaikan

Nama Projek Objektif Tempoh Kumpulan Sasaran Guru Terlibat

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kimia SPM - Meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan SPM 2012. - Memastikan pelajar dapat menjawab soalan SPM dengan teknik yang betul dan tepat dalam Kertas 2 dan 3. 1 Hari Semua pelajar Tingkatan 5 Olimpik EN. KANG HO AMONG EN. NORAFIZAN BIN MOHAMAED KHAIRON Ketua Panitia mencadangkan tarikh dan nama Penceramah kepada Ketua Bidang. Ketua Panitia menghubungi Penceramah, menetapkan tarikh Bengkel dan menghantar surat jemputan kepada Penceramah. Bengkel akan dilaksanakan dan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan. Ketua Panitia dan Guru mata pelajaran memastikan kehadiran pelajarpelajar.

Proses Kerja

Kekangan

Segelintir atlet pelajar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan latihan dan pertandingan di luar sekolah. Terdapat beberapa orang pelajar tidak hadir kerana masalah ponteng kelas. Analisis terhadap pencapaian peperiksaan percubaan SPM. Berdasarkan hasil penilaian, penambahbaikan dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan program.

Pemantauan

Penambahbaikan

Nama Projek Objektif Tempoh Kumpulan Sasaran Guru Terlibat

Partition Kimia Meningkatkan pemahaman dan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan Kimia SPM dengan tepat. Jan Nov Semua pelajar Tingkatan 5 Olimpik EN. KANG HO AMONG Guru panitia telah menyediakan Partition dan Latihan yang mengikut tajuk dalam bentuk Format SPM kepada atlet pelajar supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap soalan peperiksaan yang berformat SPM. Partition dan Latihan ini akan diberikan kepada atlet pelajar pada awal tahun. Ini akan memberi gambaran yang jelas supaya atlet pelajar boleh mula bergerak pantas untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi Peperiksaan SPM Sebenar Program ini akan dijalankan pada Kelas Kecemerlangan Malam atau pada masa yang sesuai terutamanya pada cuti hujung minggu. Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Kimia dengan mengatakan subjek yang sukar. Kebanyakan atlet pelajar tidak datang berjumpa dengan guru untuk berbincang tentang modul yang telah diajar setelah mereka balik dari bertanding dan latihan di luar sekolah. Sikap segelintir pelajar yang tidak menghargai nota-nota dan modulmodul yang telah diedarkan oleh guru. Kadang-kala, mereka meletak di merata-rata tempat dan menghilangkannya.

Proses Kerja

Kekangan

Pemantauan

Analisis terhadap pencapaian peperiksaan percubaan SPM dan ujian-ujian ringkas. Berdasarkan hasil penilaian, penambahbaikan dilakukan setiap 3 bulan bagi meningkatkan keberkesanan program.

Penambahbaikan

10

7.0
Bi l

LAPORAN PENILAIAN PROGRAM PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA KIMIA TAHUN 2012


Tindakan Semua guru panitia Kimia SPM Semua panitia Kimia SPM Tempoh Perlaksanaan Sepanjang tahun Berterusan sehingga habis sukatan pelajaran Tarikh Perlaksanaan Feb Ogos 2012 Indikator Kejayaan / Kegagalan program Semua pelajar memperolehi gred cemerlang dalam PEKA Hanya dapat menyelesaikan beberapa Partition Soalan. Atlet pelajar tidak dapat menyelesaikan semua soalan yang disediakan dalam Partition. Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar dengan lebih mendalam mengenai teknik menjawab Kertas 2 Kimia dengan berkesan. Segelintir pelajar tidak memberi tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya semasa program dijalankan kerana terdapat hampir 200 peserta. Program ini dapat dijalankan dengan berjaya. Penceramah Cik SITI RAFIDAH RAHMAT telah memberi penerangan yang teliti mengenai teknik menjawab Kertas 2. Semua pelajar dapat mempelajari dengan penuh semangat dan berminat dengan cara-cara dan teknik pengajaran Penceramah. Cadangan Penambahbaikan Pelajar yang tidak hadir semasa pentaksiran PEKA perlu diselaraskan bagi memudahkan pihak pengurusan makmal Dicadangkan guru hanya memilih beberapa tajuk dan soalan-soalan yang penting untuk difokuskan kepada pelajar. Dicadangkan supaya memberi pendedahan terhadap Teknik Menjawab Kimia Kertas 3. Program ini perlu dilaksanakan kepada bilangan pelajar yang sedikit dan dibahagi beberapa kumpulan semasa membuat latihan supaya pelajar dapat memberi fokus yang sepenuhnya.

Program yang dijalankan Pentaksiran PEKA

Partition Kimia

Jan Nov 2012

Program Kecemerlangan Intensif Skor (PISA) Sains Tulen SPM

Ketua Panitia

Setahun sekali

17 Okt 2012

Teknik Menjawab Soalan Kimia SPM

Ketua Panitia

Setahun sekali

4 Ogos 2012

Dicadangkan Teknik Menjawab diadakan pada hari persekolahan kerana terdapat beberapa pelajar tidak dapat hadir. Mereka keluar bertanding pada hujung minggu.

11

8.0 ANALISA PEPERIKSAAN TAHUN 2012


8.1 GRED Bil. Pelajar % ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN EMPAT Bil Calon 26 100 A+ 0 0 A 0 0 A 0 0 B+ 4 15.38 B 3 11.54 C+ 4 15.38 C 3 11.54 D 4 15.38 E 4 15.38 G 1 3.85 TH 3 11.54 Lulus 22 84.62

12

ULASAN Sebanyak 26 orang pelajar mengambil Kimia Tingkatan 4 2012. Secara keseluruhan, analisa Peperiksaan Kimia Akhir Tahun Tingkatan Empat menunjukkan pencapaian pelajar yang agak memuaskan. Didapati 84.62 % pelajar telah lulus dalam peperiksaan dan GP ialah 6.08. Sasaran 100% tidak tercapai. Hanya sebanyak 14 orang pelajar mendapat kredit Kimia. Ini memberi gambaran bahawa kebanyakan atlet pelajar masih tidak memahami asas-asas Kimia yang penting iaitu Bab 2, 3, dan 5. Memandangkan GP atlet pelajar yang agak tinggi. Maka guru panitia telah bertindak untuk mengatasinya. Guru panitia telah merancang Modul dan Latihan Berbentuk Format SPM kepada atlet pelajar supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap soalan peperiksaan yang berformat SPM. Modul dan Latihan ini akan diberikan kepada atlet pelajar pada awal tahun depan. Guru Panitia akan menerangkan pola-pola dan jenis-jenis Soalan Lazim dalam SPM Sebenar. Ini akan memberi gambaran yang jelas supaya atlet pelajar boleh mula bergerak pantas untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi Peperiksaan SPM Sebenar. Di samping itu, guru perlu memberi kaedah-kaedah yang menyeronok dan senang untuk menghafal Kimia. Pelajar perlu memahami asas-asas dan formulaformula kimia. Guru Panitia yakin pencapaian atlet pelajar tersebut boleh dipertingkatkan lagi dalam peperiksaan SPM sebenar pada tahun depan. Terdapat juga segelintir atlet pelajar yang masih belum termotivasi semasa menghadapi peperiksaan akhir tahun ini dan menganggap mata pelajaran Kimia adalah susah dan perlu banyak penghafalan. Kebanyakan pelajar menyertai pertandingan sebelum peperiksaan akhir tahun, maka ini menjadikan atlet pelajar tidak dapat membuat persediaan awal yang mantap untuk menghadapi peperiksaan ini. Walau bagaimanapun, guru harus memberi motivasi kepada atlet pelajar tersebut agar jangan berputus asa dan mula mengulangkaji dari sekarang supaya dapat menghadapi peperiksaan SPM sebenar pada tahun hadapan.

13

8.2 GRED Bil. Pelajar %

ANALISA PEPERIKSAAN PERCUBAAN KIMIA SPM TAHUN 2012 A+ 0 0 A 0 0 A 0 0 B+ 0 0 B 0 0 C+ 0 0 C 0 0 D 2 11.11 E 4 22.22 G 12 66.67 TH 0 0 Lulus 6 33.33

Bil Calon 18 100

14

ULASAN Secara keseluruhannya, analisa Peperiksaan Percubaan Kimia SPM 2012 peringkat Daerah menunjukkan pencapaian pelajar yang kurang memuaskan. Seramai 18 orang calon mengambil subjek Kimia. Hanya 6 orang calon telah mencapai sekurang-kurangnya gred 8E. Hanya 33.33% atlet pelajar yang lulus dengan gred purata 8.56. Manakala, terdapat 12 orang calon iaitu 66.67% pelajar telah gagal. Markah tertinggi ialah 46%. Manakala markah terendah ialah 17%. Sasaran 100% tidak dapat tercapai. Julat yang tinggi ini menunjukkan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Kimia dengan mengatakan subjek yang sukar. Sikap segelintir pelajar yang tidak menghafal, kurang disiplin, tidak mengulangkaji, tidak fokus dan kurang kemahiran dalam teknik belajar secara berkesan yang menjejaskan prestasi pelajar terutamanya untuk menjawab soalan Kertas 1, 2 dan soalan esei. Guru perlu meningkatkan disiplin pelajar dengan memberikan nasihat dan teguran supaya pelajar akan berubah sikap. Selain itu, guru perlu memantapkan lagi pendekatan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil-hasil pembelajaran yang maksimum diperolehi oleh setiap pelajar. Guru perlu sentiasa membuat refleksi mendalam dan teliti tentang diri sendiri dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru mata pelajaran telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Guru Kimia Tingkatan 5 telah menggunakan masa sepenuhnya dalam Kelas Kecemerlangan Malam dan Pagi untuk memberi latihan yang berformat SPM Sebenar dalam Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3. Di samping itu, atlet pelajar telah diberikan latih tubi peperiksaan dengan menggunakan Kertas Soalan Percubaan dari negeri-negeri lain dan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kimia SPM. Teknik menjawab yang betul telah djelaskan kepada calon-calon. Guru telah memberi tunjuk ajar dan memastikan atlet pelajar membuat latihan tersebut. Guru juga menggunakan cara-cara dan teknik-teknik yang ringkas dan mudah untuk menghafal formula-formula kimia. Panitia yakin bahawa atlet pelajar Tingkatan 5 ini pasti akan berjaya dan memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Kimia SPM tahun 2012.

15

9.0
BIL

MASALAH DALAM PELAKSANAAN P& P SEPANJANG TAHUN 2012


KOMEN Segelintir pelajar tidak mempunyai usaha sendiri untuk menyelesaikan latihan yang telah diberikan oleh guru. Mereka hanya bergantung kepada guru untuk mendapatkan jawapan. Ini akan menyebabkan pelajar tidak mempelajari dan mengingati fakta-fakta kimia. Segelintir pelajar tidak fokus semasa P & P. Mereka sentiasa tidak bertenaga dan rasa tidak kisah apa yang ditunjuk ajar oleh guru. Pelajar terlibat dengan latihan pusat dalam tempoh yang lama, walaupun modul telah diberikan tetapi kurang pemantauan daripada jurulatih dan guru pengiring. Oleh itu, atlet pelajar jarang membuat modul tersebut dan tidak hantar selepas latihan pusat. Segelintir pelajar tidak menghafal asas formula Kimia. Ini menyebabkan atlet pelajar tersebut tidak dapat memahami dan diikuti bab-bab yang seterusnya dalam Tingkatan 4 dan 5. Asas-asas kimia pelajar adalah lemah terutamanya dalam Bab 2, 3, 4 dan 5 Tingkatan 4. Kebanyakan pelajar tidak menguasai kaedah menjawab Soalan esei Kertas 2 dan 3. Pelajar tidak bermotivasi dan malas. Kebanyakan atlet pelajar tidak datang berjumpa dengan guru untuk mengambil modul apabila atlet pelajar keluar bertanding dan latihan di luar sekolah. Sikap segelintir pelajar yang tidak menghargai nota-nota dan modul-modul yang telah diedarkan oleh guru. Kadang-kala, mereka meletak di merata-rata tempat dan menghilangkannya. Kebanyakan atlet pelajar tidak menyiapkan dan tidak menghantar kerja rumah yang telah diberikan kepada mereka. Ini menyebabkan atlet pelajar tidak menguasai apa yang telah diajar oleh guru. Segelintir pelajar tidak membuat ulangkaji dan membuat latihan langsung untuk menghadapi peperiksaan. Ini secara langsungnya akan menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan peperiksaan. Mereka akan tidur dan kosongkan banyak soalan semasa peperiksaan dan terus hantar apabila tamat masa peperiksaan. Kehadiran pelajar dalam kelas kecemerlangan pagi dan malam juga kurang memuaskan. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang turun dan hadir ke kelas kecemerlangan. Ini telah menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti P & P dan latihan yang telah diberikan oleh guru. Kehadiran pelajar dalam Bengkel dan Teknik Menjawab juga kurang memuaskan. Panitia telah mengatur dan merancang Teknik Menjawab dengan awal kepada pelajar, tetapi kebanyakan pelajar tidak hadir ke Bengkel tersebut. 16

MASALAH

1 P&P 2 Tingkah laku -

10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PANITIA KIMIA


Panitia Kimia mencadangkan beberapa kaedah untuk menambahbaikan keputusan Kimia dalam semua jenis peperiksaan dan meningkatkan minat atlet pelajar terhadap mata pelajaran Kimia. Latih-tubi diberikan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah berangka. Latih tubi bagi Koleksi Kertas Peperiksaan SPM perlu diberi dan ditunjuk ajar untuk menghadapi Peperiksaan SPM. Penekanan terhadap Kertas 1 dan Kertas 2. Mengadakan Kelas Tambahan yang lebih. Teknik menjawab yang betul perlu djelaskan kepada pelajar. Guru perlu menunjukkan cara-cara menjawab soalan-soalan esei untuk meningkatkan pelajar memahami teknik menjawab soalan Kimia dalam Kertas 2 dan 3. Guru menggunakan Partition dan Latihan yang mengikut tajuk-tajuk soalan dalam bentuk Format SPM kepada pelajar supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap soalan peperiksaan SPM. Membuat latih tubi peperiksaan dengan menggunakan Kertas Soalan Percubaan dari negeri-negeri lain. Guru menggunakan dan memperkenalkan cara-cara dan teknik-teknik yang ringkas untuk menghafal formula-formula kimia. Kertas 2 adalah kertas yang paling lemah bagi calon-calon. Jadi, penekanan terhadap Kertas 2 perlu diberikan. Meningkatkan disiplin pelajar dengan memberikan nasihat dan teguran positif supaya pelajar dapat berubah sikap. Calon-calon perlu memahami formula dan persamaan kimia serta memahami asas konsep mol. Guru perlu mendedahkan dan menerangkan beberapa eksperimen yang penting dan selalu ditanya dalam soalan Kimia. Guru perlu merancang P & P yang berkonsepkan eksperimen. Belajar secara secara Study Group. Menggalakkan budaya saling membantu dan perkongsian ilmu di kalangan pelajar. Guru Kimia perlu berusaha untuk lebih memahami kaedah-kaedah, pendekatan dan teknik dengan baik dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia. Guru harus merancang PdP yang menarik dan selalu perlu memberi peluang yang banyak kepada pelajar untuk menjalani eksperimen dengan sendiri melalui Fun With Experiment. Ini secara tidak langsung boleh meningkatkan dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran Kimia.

17

11.0 PENUTUP
Secara keseluruhan, program Panitia Kimia telah berjalan dengan lancar. Pada tahun ini, terdapat dua Bengkel Teknik Menjawab dan Program Kecemerlangan Intensif Skor (PISA) Sains Tulen SPM telah berjaya diikuti oleh atlet pelajar. Atlet pelajar telah memahami teknik menjawab soalan terutama Kertas 2. Adalah diharapkan keputusan Kimia SPM 2012 akan menunjukkan perubahan pencapaian yang baik, iaitu 100% lulus. Guru telah banyak memberikan Kertas Soalan Percubaan dari negeri-negeri lain. Guru telah menunjukkan dan memberikan pendedahan tentang pola-pola dan jenis-jenis soalan yang dijangkakan keluar pada SPM 2012. Guru Ketua Panitia telah memberi kelas tambahan pada waktu petang dan memberi latihan pengukuhan kepada pelajar. Oleh itu, guru panitia yakin atlet pelajar akan berjaya mendapat keputusan yang baik dan semua atlet pelajar lulus dalam mata pelajaran Kimia. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Panitia Kimia SPM 2012 untuk tahun yang akan datang. Ini adalah kerana masih banyak pengalaman dan ilmu yang perlu dipelajari lagi. Guru perlu mempertingkatkan dan mempelajari lagi kaedah-kaedah pengajaran dan cara-cara menghafal fakta-fakta Kimia dengan berkesan supaya dapat membantu atlet pelajar berminat mempelajari mata pelajaran Kimia. Panitia Kimia akan merancang dan menganalisa kelemahan-kelemahan atlet pelajar supaya dapat meningkatkan pencapaian atlet pelajar pada tahun yang akan datang. Guru Panitia Kimia perlu berusaha dengan berterusan untuk membangunkan potensi modal insan. Ini adalah kerana guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar dengan membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individuindividu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling pelajar. Tahap profesionalisme guru khususnya tahap pemikiran diri mempengaruhi bagaimana guru memberi makna kepada kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru akan dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

Sekian Terima Kasih. 18

Disediakan Oleh -------------------------------------------( EN. KANG HO AMONG @ ANDERSON AMONG ) Ketua Panitia Kimia SPM 2012 Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail 81930 Bandar Penawar Johor Tarikh : 12-Nov-2012

Disemak Oleh

--------------------------------------------( ENCIK MOHAMAD KAMAL BIN KAMSUN ) Ketua Bidang Sains dan Matematik Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail 81930 Bandar Penawar Johor

Disahkan Oleh

--------------------------------------------( ENCIK ASMAD BIN AHMAD ) Penolong Kanan Akademik Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail 81930 Bandar Penawar Johor

19

SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL

KOTA TINGGI, JOHOR

LAPORAN AKHIR TAHUN 2012 PANITIA KIMIA SPM

Disediakan oleh :
EN. KANG HO AMONG @ ANDERSON AMONG

KETUA PANITIA KIMIA SPM 2012

20

ISI
1.0 2.0 2 3.0 4.0 5.0

KANDUNGAN
1 MOTTO, VISI DAN MISI PANITIA KIMIA

CARTA ORGANISASI PANITIA KIMIA TAHUN 2012

SENARAI TENAGA PENGAJAR PANITIA KIMIA TAHUN 2012 MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA TAHUN 2012 AKTIVITI DAN TAKWIM PANITIA KIMIA TAHUN 2012 (Kursus / Bengkel / Lawatan / Pertandingan)

3 4 5

6.0

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA TAHUN 2012 6.1 6.2 6.3 PELAN STRATEGIK PELAN TAKTIKAL / TINDAKAN PELAN OPERASI 8 6 7

7.0 8.0

LAPORAN PENILAIAN PROGRAM PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA KIMIA TAHUN 2012 11 ANALISA UJIAN DAN PEPERIKSAAN TAHUN 2012 8.1 8.2 ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN EMPAT ANALISA PEPERIKSAAN PERCUBAAN KIMIA SPM TAHUN 2012 12 14 16 17

9.0

MASALAH DALAM PELAKSANAAN P& P SEPANJANG TAHUN 2012

10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PANITIA KIMIA 11.0 18 PENUTUP

21

Anda mungkin juga menyukai