Anda di halaman 1dari 1

Radiah bt Ramli, PISMP Matematik Januari 2011

Encik Aimee Shahrin bin Jais, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, 75400 Jalan Maktab, Melaka. 10 JANUARI 2013

Tuan, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENANGGUHKAN PENGISIAN PERMOHONAN PAS KEBENARAN MEMBAWA KENDERAAN BORANG

Perkara diatas adalah dirujuk. Saya, Radiah bt Ramli daripada PISMP Matematik Januari 2011 ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menangguhkan pengisian borang permohonan pas kebenaran membawa kenderaan. 2. Hal ini adalah disebabkan pemilik kenderaan yang ingin memberi sewa kereta tidak dapat memberikan geran keretanya. Beliau hanya dapat memberikan geran tersebut kepada saya dua minggu sebelum tarikh sewaan iaitu dua minggu sebelum praktikum saya yang bermula 1 April 2013. 3. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberikan kelonggaran kepada saya untuk menangguhkan penghantaran borang permohonan pas kebenaran membawa kenderaan ini. Saya berjanji akan menghantarnya dua minggu sebelum praktikum saya bermula. Segala kerjasama dari pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian terima kasih.

Yang Benar, ______________

(RADIAH BT RAMLI) PISMP Matematik Januari 2011