Tanda-tanda tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya tanda bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut.Katakanlah kita mempunyai fitur kata nama seperti bernyawa. Bagi benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa. Bagi benda seperti binatang,kita berikan fitur + bernyawa. Oleh yang demikian, kita tentukanlah semua fitur tersebut bagi menentukan makna sesuatu perkataan Penggunaan fitur semantik dapat penjelaskan beberapa elemen umpamanya, manusia/binatang, jantan/betina,dewasa /muda. Ini boleh diperbaiki sebagai + manusia,manusia [bukan manusia], + jantan, -jantan, +dewasa dan dewasa. Dengan itu kita dapat membezakan binatang dan manusia. Dengan demikian perkataan lelaki mempunyai fitur {+manusia,+jantan,+dewasa}, perempuan [+manusia,-jantan,+dewasa], teruna [+manusia, +jantan, +-dewasa], dan dara [+manusia, -jantan, -dewasa]. Dalam hal binatang pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkan fitur semantik seperti kerbau, lembu dan kuda. Dengan demikian perkataan kerbau [-manusia, +jantan, +dewasa], lembu[-manusia, jantan, +dewasa], dan kuda [-manusia, -jantan, -dewasa]. Berdasarkan penjelasan ini, bolehlah kita rumuskan bahawa setiap perkataan mengandungi komponen makna atau fitur makna yang boleh disenaraikan untuk dihuraikan.
Fitur makna
Sifat makna
Kelas makna
Dalam bahasa Melayu, fitur makna di pecahkan kepada tiga cabang utama iaitu sifat makna, kelas makna dan lewah dalam makna. Sifat makna bersifat dinamis dan evolusi. Dinamis bermaksud boleh berubah-rubah dan evolusi pula bermaksud berkembang.
Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna; 1. Pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna. 2. Budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. 3. Konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. 4. Makna dalam peribahasa : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Faktor yang mempengaruhi sifat makna itu berubah adalah ; 1. perkembangan bahasa itu sendiri. 2. tanggapan penutur 3. perluasan makna 4. pembatasan/penyempitan makna 5. tujuan simbolik dan stilistik
Kelas makna 1.makna denotasi : makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan) 2.makna konotasi : makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian) 3.makna emotif : makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar (cth;hei,lembu!) 4.makna kognitif : makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen (pohon : tumbuhan yang ada batang, daun serta kukuh dan tinggi) 5.makna referensial : makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara
6.makna piktorikal : makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing.
lewah dalam makna Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebihlebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yangg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat). Keselarasan huruf vokalbermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidur, lebih, dan sebagainya. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman). lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata. contohnya seperti : -mereka semua -kasut boot -papa kedana -demi untuk
terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna; 1. pengulangan -mereka-mereka -ibu bapa-ibu bapa
2.penambahan imbuhan yang tidak diperlukan -memperbesarkan, sepatutnya memperbesar -dipersetujui, sepatutnya disetujui -diperhalusi, sepatutnya dihalusi