Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Kendiri (Bengkel)

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Dewan Tun Hamdan IPG Kampus Tuanku Bainun.

Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya. Hal ini demikian kerana daripada ceramah ini, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifattawaduk, atau sikap merendah diri tidak kira di mana sahaja. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak sombong, terutamanya terhadap orang yang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada kita. Kalau tidak, kita akan sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong, lawa, dan banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang teruknya, sekiranya kita dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas, adalah sangat susah bagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan orang yang semacam itu. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku, pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh bersamaan dengan rendah diri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan harmoni, tenteram dan sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang itu.

Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang

diperkatakan oleh Encik Adnan bin Baharom sepanjang seminar ceramah ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.