Anda di halaman 1dari 11

KESAN PENCEMARAN UDARA

KE ATAS KESIHATAN AWAM.

Oleh

Suzaimi bin Mazlan.

PENCEMARAN UDARA
Definasi
Kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulin dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Ini termasuklah kandungan udara tulin yang wujud dalam keadaan yang lebih dari kandungan sepatutnya.

Kandungan Gas Dalam Udara

Nitrogen Oksigen Argon Karbon dioksida

78.08 % 20.92 % 0.93 % 0.03 %

Gas-gas lain (Ne,He,H,Xe)

0.01 %

FAKTOR- FAKTOR PERTAMBAHAN MASALAH PENCEMARAN UDARA.


* Pertambahan Penduduk.
Pertambahan penduduk menyebabkan lebih banyak permintaan terhadap barang-barang keperluan dan kemudahan perkhidmatan * Perkembangan Industri Dan Teknologi Perkembangan Industri dan teknologi meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk dan menimbulkan pencemaran di dalam udara. * Perubahan Sosial. Ini adalah seperti proses perbandaran dan peningkatan taraf hidup masyarakat.

PUNCA PENCEMARAN UDARA


* Pencemaran Semulajadi
Termasuklah debu, mikro organisma, letupan gunung berapi, debunga pokok .

Aktiviti Manusia.
Aktiviti-aktiviti manusia termasuklah pembakaran terbuka, asap kenderaan bermotor, kegiatan pertanian dan perindustrian.

AGEN DAN PUNCA PENCEMARAN SERTA KESAN KE ATAS KESIHATAN


** Karbon Dioksida

* Punca pencemaran utama adalah daripada pembakaran.Punca semulajadi dari pereputan biologikal dan dibebaskan daripada larutan.
* Paras kandungan CO2 yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan ialah lebih daripada 400 ppm. ** Karbon Monoksida. * CO dalam udara disebabkan faktor-faktor manusia sendiri melalui pembakaran hidrokarbon yang tidak lengkap seperti asap dari ekzos kenderaan, proses perinduatrian dan pembakaran daripada dapur.

Gas CO tidak berbau tetapi amat toksik.

Kesan CO kepada kesihatan.

- Pendedahan CO pada paras tinggi boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat. (1 % CO dalam udara boleh menyebabkan kematian kepada manusia.)
- Kesan yang toksik boleh berlaku kepada manusia.

**

Sulfur Dioksida.(S02)
* Punca SO2 adalah dai aktiviti manusia seperti pembakaran arangbatu, pembakaran sulfur dan pembakaran gas.

Kesan SO2 ke atas Kesihatan.


- Boleh menyebabkan kesan di bahagian saluran pernafasan terutama kepada mereka yang terdedah kepada SO2 dengan kepekatan tinggi. - Boleh menyebabkan kerosakan pada mata. - Berkemungkinan menyebabkan kecacatan kepada kandungan ibu.

**

Nitrojen Oksid(NO) Dan Nitrojen Dioksida (NO2) * NO dan NO2 hadir di dalam udara daripada aktiviti manusia seperti penggunaan kenderaan bermotor, pembakaran hutan, proses perindustrian dan pembakaran sisa pepejal.

Kesan NO,NO2 ke atas kesihatan.


- Mengakibatkan penyakit pada bahagian dan sistem pernafasan.

- Menyebabkan kesan kerosakan kepada paru-paru dan sesak nafas.


- Kesan-kesan sampingan seperti menggalakkan tindakan fotokimia yang menyebabkan pengeluaran elektron dan mengurangkan keupayaan ozone yang mengurangkan sinaran ultraviolet dari sinaran cahaya matahari dan mengakibatkan kesan kepada kulit.

**

Methane ( CH4)
* Terhasil daripada beberapa sebab seperti pembakaran yang tidak lengkap dan pereputan bahan-bahan organik.

Kesan CH4 Ke atas Kesihatan.


- Boleh menyebabkan kanser jika terdedah pada jangkamasa yang lama.

**

Reaktif Hidrokarbon. * Terhasil daripada ekzos kenderaan bermotor, proses kimia dan semasa kerja-kerja pemindahan hasil petroleum.

Kesan Reaktif Hidrokarbon Ke Atas kesihatan.

- Merupakan bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.


- Mengakibatkan kerosakan pada bahagian otak dan ketumbuhan pada pundi-pundi kencing.

**

Plumbum * Kehadiran Plumbum semulajadi dalam udara berpunca daripada debu silikat, letupan gunung berapi, pembakaran arang dan sampah, serta penggunaan semburan racun perosak yang berleluasa.

Kesan Plumbum ke atas Kesihatan.

- Mempengaruhi sistem saraf pusat,menimbulkan tanda-tanda kronik keracunan termasuklah sakit kepala, kehilangan selera makan, anaemia, kelesuan serta imsomnia.
- Keracunan yang akut boleh menyebabkan koma dan akhirnya boleh membawa maut.

Anda mungkin juga menyukai