Anda di halaman 1dari 17

Apakala "RAJA BERJIWA RAKYAT" Itulah Kala "RAKYAT MELETAK PADUKA-PENGHULU Selaku WAKIL Mereka"

(Pemetikkan dari ibu naskah berjudul): *'Tungak Kepertuanan Raja-Raja Melayu' ( Ehwal Teras Pusaka Raja-Raja Warisan Seri Saguntang )

Hubungkait sifat PADUKA dgn PENGHULU ~ Ciri2 yang wajar bagi seseorang Raja Yang Dipertuan Negeri Melayu

"Kepadukaan seri negeri itu adalah berupa zahir Pepucuk Pemerintahan Diraja. Sebutan Paduka itu mengandungi ertikata Ayah Kebesaran Negeri ~ dan tersirat di sebalik pengertian itu ialah maksud yang kalam,~ AYAH PERKAUMAN.

Dalam intrepetasi orang-orang Melayu yang mengerti adat dan berbahasa, seseorang Paduka itu secara zahirnya adalah Tuan Penghulu ; sebab hadirnya peranan dua watak; yakni ~~ Penghulu Institusi, dan ayah persukuan bangsa-bangsa Melayu yang bernaung di dalam negeri kedaulatan baginda.

Erti yang tersirat itu menyimpul sebutan Penghulu menunjukkan pertalian jiwa yang amat rapat di antara Rakyat dan Rajanya.

Orang-orang tertua Melayu yang diketahui dari warisan tebing Sungai Perak yang bernenek moyang di sana, setidak-tidaknya semenjak zaman Marhum Kahar (Sultan Iskandar Zulkarnain pada abad ke-18 M) masih memegang perinsip apakala

seseorang Sultan itu sanggup merendahkan diri, bercampur-gaul amat mesra dengan para penduduk kampung, baginda secara lantas akan diakui oleh kaum Melayu di sana sebagai "TUAN PENGHULU" mereka !!!.

Ini bukanlah bererti mereka merendah-rendahkan martabat Sultan mereka itu. Sebaliknya, mematuhi istilah sebagai ketua yang terpilih selaku 'Pertuanan di hulu @`Pemangkuan di hulu (mercu Bukit Saguntang) itulah si dia yang diterima oleh mereka sebagai 'PADUKA'. Berikut ini adalah sepertimana kronologi pertuanan negeri yang dimaksudkan oleh rakyat Melayu zaman silam di lembah Sungai Perak :>

Kepada Sang Raja yang akrab dengan segenap lapisan rakyat Melayu seluruh desa, itulah dia YANG DIPERTUANKAN; yakni, {Melayu-kuno=} 'DAPUNTA HYANG ' ~ yg dijadikan simbolisis berupa & merangkapHulu Kepala masyarakat sekelompok; Raja Yang Dipertuan itulah dia yang berkesanjungan martabat, DI BATU JEMBALA mereka; yakni baginda selaku Tuan Penghulu itulah yang diletak berkedudukan laksana di atas sebuah batu perjembalaan istiadat, yakni, peterakna [ dari sebutan asal "Patu"= Melayu kuno ertinyabatu; dan Rakna, iaitu, permata dari pengertian Sanskrit.]. Implikasinya = Kedudukan Gemilang di mercu Bukit Saguntang. Peterakna itu berada di puncak kegunungan negeri (takhta); dan Tuan Penghulu itu kian dipinta bersinggah di sana (singgahsana) demi bermajlis memayungi mereka. Maka panggilan timang-timangan bagi Sang Rajanya itu ialah Payung; Pepayungan yang berkembang itu (Raja Pemerintah @ Raja Yang DiPertuan) sudah pun bak dipegangi tunjak- tangkainya (seandai batang payung) oleh mereka BERTETAMPAN (beradat). Tetampan itu bertekat dengan cogan kata: "BAKA BERTUAH PENGHULU KAMI, DULI MERENDAH DISANJUNG TINGGI " Yakni, Raja yang berjiwa mulia sahaja yang sanggup merendahkan dirinya, dan dialah yang akan diakui (diterima) oleh sekalian rakyat Melayu sedesa merangkap dan selaku Wakil yang terulung bagi mereka. Di bawah Payungan Pewakil itulah mereka bernaung ; ~ Raja Melayu itulah Penaung mereka; ~tempat mereka mengadu nasib; kerana dialah sesungguhnya PADUKA (yang berhakikat Sang Ayah Perkauman;) Kepadukaan (keayahandaan) itulah yang mengandungi SERI ; (@ cahaya kesaktian / kekeramatan / kedaulatan) bermaksud (gelaran martabat) Paduka Seri, yakni Keayahandaan Penyinar Seri. Keserian Penghulu mereka itulah yang memancarkan kedaulatan teras mereka bersama; dan Paduka itulah yang BERTANJAK, tidak dia bertengkolok; kerana tanjak memikul Sang SEMANGAT; yakni, tapak sandaran semangat suku bangsanya;

Dan Semangat itulah yang terisyarat sebuah mohor bercogan yang terselit di tanjak Paduka. (Maksudnya ialah mohor kecil yang terselit ke tanjak Raja Yang Dipertuan di atasan telinga kanan baginda). Cogan semangat (Cap Halilintar atau Kayu Gamat atau Kayu Gempa ) yang terzahir diHULU BERTANJAK itulah PASAK KEMAHKOTAAN NEGERI ; Dan kemahkotaan Negeri itulah lambang {pewajah} KEMAHKOTAAN JATIDRI BANGSA MELAYU; Bangsa berkemahkotaan pasak negeri adalah yang mewarisi SAKTI (tenaga kebatinan); yakni, kekuatan (keteguhan) tatasusila dan akhlak jatidiri kebangsaan Melayu; yang tersandar kepada kezahiran penaung diraja yang sedang memikul memangku lambang sakti bangsanya; Kesaktian ( tatasusila )itulah yang mempunyai (mengandungi) MARUAH; Dan di dalam maruah itulah tersimpannya SEMANGAT keMelayuan.

Itulah yang dipinta untuk dipertaruhkan kepada Tuan Penghulu diraja yang diamanatkan mematuhi sumpah & janji setia turun termurun. Dan dialah sang Paduka Seri, Raja Yang Di Pertuan (Ayah Perkauman) @ Dapunta Hyang , ~ WAKIL & PEMEGANG AMANAH ~ menjunjungi Sang Semangat, yang bersemayam di Batu Jembala Negeri , kepunyaan mereka kaum Melayu adanya ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SIFAT-SIFAT "KEPADUKAAN" BENDAHARA Bersama SERI NARA DIRAJA


Hubungkait "KEPADUKAAN" Dengan SIFAT "BENDAHARA" Bersama "SERI NARA"

*Perkara yang dibentangkan disini adalah SAMBUNGAN dari pengupasan HUBUNGKAIT SIFAT2 "PADUKA" Dengan "PENGHULU" yg sudah saya bentangkan tempuh-hari.

SELIPAT SIREH BERKAPUR Secebis Pinang Cengkih Bersulam Gambia

dari ceper Raja Kobat Salehuddin Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa

" Tiada nya Bendahara ~ Tiadalah Bersireh Nobat " Sida yang menyandang martabat Paman, Mamak, Wak, yakni, bapak saudara di sisi negeri itu tidak lain, ialah sang BENDAHARA. Dialah pucuk Penasihat dan Pengelola Diraja dalam pentadbiran dan urusan negeri yang beradat; juga Panglima yang terulung (Inggeris): Field Marshal.

Perkataan Bendahara = (sanskrit) benda = barang, harta, khazanah, pusaka karun. Hara adalah diciplak dari perkataan sanskrit vihara = gedung @ rumah kepusakaan, atau mahligai keagamaan @ tempat pemujaan @ kuil di mana tersimpannya khazanah atau harta-benda karun. Daripada perkataan asal itu kesudahannya timbul maksud Melayu kuno benda-vihara langsung disebut perbendaharaan = (Inggeris): treasury; iaitu institusi harta dan kewangan.

Pernah pada seketika masa istilah (Melayu) Pasai diperkenalkan ke Melaka menggunakan bahasa Tamil menyebutnya Mani Purindan = penguasa penyimpanan emas & permata kepunyaan negeri @ kerajaan = (Melayu) Bendahari ! (Pembantu Bendahara dalam hal-ehwal perbendaharaan ialahPenghulu Bendahari, yakni tiada lagi digunakan istilah kekelingan itu.)

Mengikut adat Melayu beraja, MEMANDA Bendahara itu semestinya ada pertalian darah, yakni, dari golongan kaum waris' yang bersuku-sakat dengan Kerabat diraja negeri, menjalur terus dalam susur-galur daripada Raja Sang Sa-Purba di Bukit Saguntang.

Maka Sang Bendahara itu atas hakikat pertalian batin dengan Raja Pemerintah, telah menjadi SIFAT TERAS, khas bagi penyandang TUAN NEGERI , dan selaku Ahli Terulung dalam Majlis Jembala Pemerintahan.

SANG MANGKUBUMI bersama PENGHULU BENDAHARI

Sekadar tempoh maksima selama 40 hari, Memanda Bendahara boleh dan berhak menyandang 'Kepadukaan', yakni zahir teras kebesaran negeri, tatkala mangkatnya seseorang Raja Pemerintah Negeri Perak. Dengan itu, sang Bendahara secara otomatis akan memikul tanggungjawab sebagaiMANGKUBUMI Negeri Perak.

Maka adalah menjadi hak mutlak Bendahara mengambil semula harta-harta pusaka berupa Perkakas Kerajaan itu untuk disimpannya; lalu mematuhi resam, dipertugaskannya kepada majlis Penghulu Bendahari, demi keselamatan harta-benda negeri itu. Penghulu Bendahari di Perak pada zaman sebelum abad ke 18M ialah Seri Nara Diraja.

SEANDAINYA PEMANGKUAN ITU BERPANJANGAN MELEBIHI 40 HARI :

Apakala sang Mangkubumi itu dipersetujui meneruskan tugasnya sebagai Jembala Pemerintahan negeri, martabat dan darjatnya berganti kepada SERI PADUKA", yakni bukan Paduka Seri . Dlm hakikat ini, maka digantikan gelaran itu, drp erti paduka kepada maharaja, ~ langsunglah prestasi Bendahara Negeri Perak bergelar BENDAHARA SERI MAHARAJA .

Dalam pada itu, Sang Nara dari sisi hakikatnya ialah seandai naib kepada Seri Paduka" =@= Seri Maharaja itu tadi; yakni, ~ bukan kepada sang Paduka Seri =@= Raja Yang Dipertuan.

'Kepadukaan' itu akan terpulang kembali bertampuk kepada Raja Yang DiPertuan, apakala ditabalkan nanti. Calon yang terpilih itulah yang di isyaratkan oleh Memanda Bendahara tatkala dia merasmikan upacara perlantikan seseorang BAKAL Jembala Negeri yang terbaharu; sebelum jenazah Almarhum diusung keluar ke permakaman dari Singgahsana. ( WARIS NEGERI yang baru sahaja di istihar, selaku Yang Di Pertuan itu, akan diperistiadatkan selepas tamatnya tempuh BERKABUNG )

Bagi sepanjang dan selama tempuh BERKABUNG ~ JEMBALA PEMERINTAHA MASIH LAGI DISANDANG OLEH BENDAHARA

Perlu diperingat perihal KESULTANN MUDA :

Pada ketikaSultan yang baru teristihar oleh Bendahara sebelum dilepaskan jenazah Almarhum; Baginda gantian itu masih belum sah sebagai Raja Yang DiPertuan ~ Berteruslah,~ selagi dia tidak dibisikkan RAHSIA NASAB SULTANI oleh Sang Nara Diraja. Semasa tempoh berkabung sehinggalah sehari sebelum pagi pertabalan, Baginda dalam hakikatnya ialah yang berwatak SULTAN MUDA. Baginda bukan lagi Raja Muda dan bukan pula SULTAN yang sah, dia adalah sekadarKESULTANAN MUDA Penampuk Teras Kenaraan. Pada hari pertabalan, Baginda akan menyerahkan watak kesultanan muda nya kepada seorang Waris Negeri yang sudah bergelar. (Sang Waris Bergelar itu tidak semestinya Raja Muda mahupun Raja Di Hilir). Acara pembisikkan Rahsia Negeri itu akan diistiadatkan dalam penabalan diraja SELEPAS 100 hari dikira dari hari kebumian jenazah almarhum.

Rujuk juga perihal : "SULTAN MUDA ~ Suatu Jawatan Perantaraan Yg Masih Kurang Difahami Ramai "

TERAS-TERAS SANDARAN PERTUANAN NEGERI

Jika direnung dari aspek sejarah budaya bangsa Melayu bekerajaan, sesuatu punca yang telah menyebabkan seseorang yang berperanan Bendahara itu seharusnya berwatak bapa saudara, adalah bersabit dengan latarbelakang pemerintahan Melayu yang telah berkerajaan di Melaka.

Namun awal riwayatnya dari Palembang ke bentan lalu ke Temasek berkisah tentang kehadiran 3 orang diraja adik beradik. ( Perkara ini tidak diterterakan disini ) kerana pengupasan perihal ini adalah di luar kontext. Untuk seketika sementara, memadailah menerima implikasi bahawa ~

Yang dikatakan Bendahara itu ialah berhakikat saudara tertua atau pun ayah yang terutama . Darjatnya tinggi dari kedudukan (darjat) Yang Dipertuan ; Yakni, TIDAK dan bukan setinggi & setaraf RAJA'YANG DI PERTUAN (!!!). Pangkat Bendahara itu adalah yang berkapit dengan naibnya Seri Nara, iaitu Penghulu Bendahari. Bendahara seorang sahaja YANG BERHAK MUTLAK MEMBERI AYAPAN SIREH TERHADAP PARA PERAGAM NOBAT dan SEKALIAN PARA KHADAM PENGAPIT ALAT-ALAT NOBAT..Telah menjadi adat-resam zaman berzaman Warisan Seri Saguntang ~ bahawa, tanpa dan tiada nya Sang Bendahara, maka "TIADA LAH BERSIREH NOBAT" !!!

Peranan yang berdua inilah yang menjadi teras sandaran zahir-batin bg baginda Raja Yang Dipertuan. [ Mereka itu berupa tiga bersaudara ]: <> Sang Bendahara ( pengelola Sulung ), <> Sang Seri Nara (si Ngah ampunya semangat) <> Sang Raja Dipertuan (Alang ampunya cahaya sakti) menjadi lambang selaku pengerusi yang duduk di atas peterakna.

[ Diri Terperi nya Sang Alang Yang DiPertuan ialah asas regalia @ Living Regalia ]. Ini bermakna bhw Raja Yang Di Pertuan @ Raja Pemerintah tidak tunggal bersendirian! {Baginda sepasukan berkapit seiring sejiwa dengan Bendahara nya serta Seri Nara DiRaja nya}

SANG BENDAHARA dan SANG NARA berhak berNobat dan dinobat " Tiada nya Bendahara ~ Tiada lah Bersireh Nobat " Sang Bendahara dan Sang Nara memang boleh dinobatkan sekiranya mereka itu benar2 masih lagi mempunyai benih zuriat kenaraan Bukit Saguntang Palembang.

Malah dalam hakikatnya, setiap suku sakat benih Orang Kalur juga boleh dinobatkan selain daripada mereka yang berhak mutlak memainkannya. Ia adalah bersabit dengan adat-istiadat dan warisan diraja negeri Perak itu berketurunan dari kerajaan kesultanan Melaka dan Kerajaan asal di Palembang.

Dalam hikmah penggelaran, terletak hakikat ini:1. *Nara Diraja ialah gelaran suatu pangkat atau kedudukan darjat yg terpakai dari bahasa sanskrit. Perkataan Diraja = ketinggian martabat (sang Indra). Di itu juga diciplak dari perkataan sanskrit hi = tinggi (seandai menggunung); 2. *Raja di dalam ertikata diraja itu bukannya pemerintah tetapi berimplikasi kenaraan. ( Misalnya: Tamil-Sanskrit Raja Hiraja ) [1]. 3. *Hi itu telah menjadi atau bertukar kepada Di atas loghat lidah Melayu.

Dalam pada itu, ia boleh juga membawa ke makna Nara di (alam) kenaraan = = Dewa Indra (Hindu) @ Vajrapani (Buddha) di alam Nirwana @ Syurga = = Sang Nara (Dewa Narayana) di pusat sumber air kehidupan yang paling suci. Dengan kedudukan termaksud, maka terpancarlah suatu sinaran cahaya yang gemilang dari tubuhnya @ 'SERI . Insan yang berkedudukan seperti ini telah diterima sebagai (Inggeris) Royal = (Melayu) Diraja, yang ketinggian martabat yang memuncak [2]

'Sang Abang' yang menyandang gelaran Seri Nara Diraja Perak telah terpilih dari antara baka benih warisan seorang Juru Tabal yang berasal di Palembang bernama BAT. Dan konon dikatakan Bat itu ialah dari suku-kaum Raja Sang Kala [3]. SIAPA KAH GERANGANAN NYA "RAJA SANG KALA" ??? (Suatu soalan cepu emas !!!) ~ *Identiti BAT akan terbongkar kemudian .... InsyaAllah !!!

Bagi sementara waktu, memadailah kita menganggapi bahawa dialah yang menjadi SANDARAN TERAS [4] bagi sekalian Raja-Raja Melayu yang berasal dari keturunan BUKIT SAGUNTANG MAHA MERU, demi memikul segala tanggungjawab batin kebesaran kerajaan diraja yang bertampuk kembali ke pusat kerajaan asal di Palembang menerusi Sang Penabal. Sang Nara Diraja itulah yang berhak mutlak menabalkan seseorang Raja Yang Di Pertuan Negeri Perak. Apakala seorang Raja Yang Di Pertuan Perak itu kembali ke Rahmatullah, semua perihal kedaulatan negeri akan terserah kembali kepada Sang Nara selagi tiada pengganti Raja Yang Di Pertuan yang telah dinobatkan (ditabal) oleh orang-orang kalur menduduki takhta pemerintahan negeri. Pemindahan atau penerimaan daulat almarhum kepada Sang Nara adalah secara otomatis ; tidak dapat ditolak mahupun dipinta oleh Sang Nara [5]. Akan disampukan kembali oleh Sang Nara [6] kepada Yang Dipertuan yang baru, sebelum bakal Raja itu dibisikkan Rahsia Nasab Sultani . Proses yang berikut daripada itu akan diulangi seperti sediakala.

NOTA KAKI :> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ <: NOTA KAKI [1] Temubual dgn Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang [2] Ibid [3] Temubual dgn Allahyarham Tok Nara Tua Nong Chik [4] Ibid [5] Temubual dgn Allahyarham Cikgu Ahmad Manjang & Tok Nara Tua Nong Chik [6] Penerangan Allahyarham Tok Nara Tua ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ASAS ISTIADAT PERTABALAN SENI SERI SAGUNTANG


Mengupas Ethos Usul Fandamental Pertabalan Yang Diwarisi Istana Perak-Melaka. oleh Budayawan & Pengarang RAJA KOBAT SALEHUDDIN Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Aziz

[ *Peringatan daripada Engku Saguntang ]: CATITAN INI ADALAH DIPETIK DENGAN IZIN Yang Mulia ENGKU KOBAT

Suku Melayu Deutro [1] merupai kelompok kedua manusia Austronesia yang telah menerokai Tenggara Asia. Kelompok pertama ialah orang suku bangsa Melayu Proto. Namun Melayu Dueutro lah yang berkemajuan menurunkan jatidiri kelompok manusia Melayu Kuno di seluruh Gugusan Tanah Melayu. Para ketua mereka kemudian ada yang menjadi penghulu-penghulu di kawasan sekitar Selat Melaka. Pada kemudian zaman, kedatangan suku bangsawan dari India telah membenihi golongan masyarakat dan pembesar-pembesar Melayu Deutro.

Proses evolusi pembenihan sosio-geneologikal Melayu Deutro kian terhasil lah ciriciri kesukuan "Melayu Kuno " ~ dan juga penyerapan ciri-ciri adat2-istiadat kesukuan India Tengah dan India Selatan yang termaksud ... Identiti adat-istiadat dan budaya Melayu Kuno justeru telah semakin menular semenjak ZAMAN "SANGAM" ~ iaitu dalam lingkungan tetahun 100m-250m. [2]

Para pakar budayawan Asia bersependapat bhw paradigma kesusasteraan INDIARAYA", yakni, (Inggeris: 'Greater India') telah sekian lama disedari, bhw ia memerlukan seseorang baka tampok SAKTI ; ~ lantas di uji terlebih dahulu sebelum diletakkan dia selaku WAKIL TERULUNG merangkap penampok kerajaan. Sesungguhnya konsep raja itu sendiri adalah dalam jejalur kesinambungan Hinduisme yang menjadi teras institusi kepertuanan Melayu; ia berakar umbi daripada tradisi feudal medieval India.

"Paduka" yang diwatakkan itu akan menunai upacara perinteraksian dengan Roh yang diperaturi oleh orang-orang 'alim. Kait-mengait keperluan zahir-batin itu akan dilaksanakan secara sang diraja itu mendaki ke sesuatu mercu bukit atau gunung keramat : Mahameru yang di implikasi itu, telah diperkenal pasti oleh badan kebudayaan @institusi keagamaan ala-India [3] bagi memperolehi kekuatan Syakti .. demi sang paduka mewakili rakyat. Di bawah pepayungan diraja itulah rakyatnya bernaung.

Jika kita menghayati tatacara adat-istiadat seni Melayu-Sailendra penabalan Raja Yang Dipertuan Negeri Perak, sepertimana yang sediakala [4] ketara ianya indah mentejai tatatertib yang aksis. Memang berbagai keperluan yang mesti ditunaikan SEBELUM seseorang Jembala Pemerintah itu diakui layak, dan sah, bersemayam di atas takhta kerajaan negeri.

Budaya leluhur Melayu-Sailendra itulah yang menurunkan SERANGKAI KEPERLUAN resam tiga peringkat istiadat demi kesempurnaannya. Setiap peringkat di dalam istiadat peradaban nan silam itu membawa erti dan hikmahnya tersendiri dan tertentu. Dalam peraturannya, orang yang mengambil bahagian yang terpenting bagi istiadat itu, ialah seorang yang mempunyai martabat keturunan yang asal dari Seri Bukit Saguntang Mahameru' ... Menurut adat, setidak-tidaknya semenjak zaman Empayar Srivijaya ~ yang pada ketika termaksud, sedang berpusat di Pelembang [5] ~ orang itu adalah yang bertaraf ABANG kepada Raja Yang Di Pertuan Negeri .....

FOOTNOTES :> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ <: NOTAKAKI [1] (Dr.Prof.Noriah Mohamed) Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama [2] <> Budaya Makan Sireh <> (N.Sastri) History of outh India " The Age Of Sangam And After "<> Sebagai suatu renungan yg seharusnya menarik, ialah gara-gara adat resam & kecenderungan memakan sirih. Feel suka mengunyah daun sirih bercalit kapur berserpihan pinang & gambir teriwayat menjadi amalan orang Selatan India ketika Zaman Sangam itu. Masyarakat Melayu tlh meningkatkan resam bersireh itu menjadi sesuatu adat istiadat yg teramat mulia. [3] Ibid. Pengaruh India ini menyebabkan wujud istilah seperti kerajaan Hindu, zaman Hindu, proses penghinduan,penerokaan Hindu & sebagainya. Semua istilah ini digunakan utk merujuk kpd penyerapan kebudayaan India oleh kerajaan2 awal di Nusantara, termasuk penyerapan beraneka unsur Sanskrit ke dlm bahasa Melayu pd waktu itu. [4] Adat istiadat ini telah di ubahsuai sedikit di beberpa tempat oleh Sultan Idris (I) pada zaman Inggeris, dlm kurun ke-19. [5] Srivijaya semasa awal kurun ke-13 masihi. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BERTUTUR ADAB ISTANA :"Paduka, Empuan, Paduka Muda, Tengku", "Engku"& "Tuan"

<> Ada empat (4) adab pertuturan tradisional keistanaan yang dipraktis semata-mata untuk berbicara secara "informal" ataupun "semi-formal" antara kaum kerabat para

bangsawan berbenih tulen LELUHUR KESUKUAN ISTANA Sriwijayamala ~ bertutur adab antara mereka sesama sendiri. Seharusnya gara tutur "berbual ringan" mahupun berbicara yang BERSIFAT PERIBADI di perkarangan istana ini, setidaktidaknya, wajar diabadikan kedalam kamus seni sastera adab pertuturan Melayu.

<> Petik-petikan SENI ADAB pertuturan keistanaan Bentan yang asas ini sudah PUN dalam proses Pengumpulan ulang

<> Di keistanaan Bentan, sebutan Paduka, Empuan, Paduka Muda "Tengku", "Engku", "Tuan" mahupun "Tuanku", adalah semata-mata suatu ikhtiraf kehormat bagi kedudukan taraf sesaorang termaksud ~ YANG DI LAFAS SECARA LISAN atau TIDAK RESMI sahaja. Ini bermakna, bahwa penuturan "TENGKU'" dan yang lain2nya itu, adalah cuma adab pertutur bualan;~ ia tidak bergara gelaran pengistiadat.

<> Gelaran yang mematuhi adat-istiadat selaras pangkat tradisi turun-temurun bagi sesaorang suri Paduka Yang Di Pertuan Bentan, adalah penggelaran PERMAISURI PADUKA @"Empuan Putri Bentan". .

Mari kita renungi sekarang ehwal pertuturan2 adab beradab perbualan lisan ini. Ianya bergara ~ 1. *Menegur dalam perbualan : 'Paduka, Empuan, Paduka Muda Tengku' ~

Yang teristimewa bagi isteri Paduka baginda. Mematuhi gara tradisi tulen keistanaan Bentan, barangmana suri Paduka Yang DiPertuan yang 'berbenih Orang Kebanyakan' , dan yang berbenih turunan dari mana2 diraja sekalipun, ia akan BERIKHTIRAF"Permaisuri" {secara tunggal} ~ yakni, tidak kait bergelar "Raja" Permaisuri, atau "Tengku" Permaisuri; mahupun "Tuanku" Permaisuri... . Sekalian anak-anak raja bawahan dan atasan bertutur adab terhadap sang Permaisuri dengan menegur nya seraya 'Kak-Encik' , 'Mak-Encik' mahupun .. dan membahasakan diri selaku "saya" ... {TIDAK berpatik dengan beliau}.

Orang-orang Besar Negeri dan sekalian khalayak bawahan akan beradab terhadap sang Permaisuri selaku menegur nya "Empuan"... Dan membahasakan diri terhadap nya "Hamba-Empuan" .... {TIDAK berpatik dengan nya}

*Beradab kepada Orang Kaya Temenggung : ~

Paduka, Paduka Muda dan Paduka Di Hilir norma mematuhi tradisi beradab terhadap Orang Kaya Temenggung mereka seraya meneguri nya "Orang kaya" ; ~ dan sekira baginda2 itu berakrab peribadi terhadap nya, lazim meneguri Temenggung selaku "Orang Kaya Kita" mahupun secara"Orang Kaya Saya"... Sekalian anak-anak raja bawahan termasuk lah Raja-raja Kecil Berempat, akan beradab tutur terhadap Orang Besar Negeri keistanaan ini selaku menegur nya 'PakTok' ; ~ dan bagi yang ampunya penjiwaan akrab terhadap Temenggung mereka ini, akan menghalusi adab dengan memanggil nya "Pak-Tok saya" ... Orang-orang Besar Negeri yang berkedudukan pangkat rendah daripada Temenggung, akan betutur adab terhadap Ketua Istiadat Istana ini seraya membahasakan beliau selaku "Tengku". Mereka2 itu, termasuklah khalayak ramai, akan membahasakan diri selaku "Hamba-Tengku" ...

*@* [ Perlu di peringati bhw penyebutan "HAMBA" bukan menghina rakyat .. Dalam kontext keistana an, ia bererti pengasuh / perkerja /kundang = (Inggeris) @'SERVANT' dan di perkarangan istana2 Inggeris & Eropah, ia seiras makna "COURTIER "... ia bukan "Slave" = 'ABDI ' ]

*Adab terhadap Orang Kaya Menteri : ~ "Format" sekalian Raja-raja dan Orang-orang Besar Negeri berbahasa adab terhadap Orang Besar Jajahan Larut Dan Matang ini adalah SAMA seperti mereka berturur bahasa dalam perbualan kepada Orang Kaya Temenggung.

2. *Menegur dalam perbualan : 'Engku' ~

Sebutan ENGKU mengganti perkataan "Raja" dalam adab perbualan lisan terhadap sekalian anak-anak raja yang tanpa bergelar DAN juga bagi Raja-raja Kecil Berempat Negeri Perak ... Malah lazimnya, sekiranya ada kerabat diraja luaran yang

terikhraf hadir di Perak dari negeri2 jiranan dan dari memerata jajahan Kepulauan Gugusan Indonesia sekalipun, akan juga diteguri sedemikian gaya ..

Demi menegur Raja-raja Kecil Berempat, cuma di tambah sedikit menjadi "Engku-Cik" @Contoh-contoh :> { Raja Kecil BESAR } = Engku-Cik Besar { Raja Kecil SULONG } = Engku-Cik Sulong { Raja Kecil TENGAH } = Engku-Cik Tengah { Raja Kecil BONGSU } = Engku-Cik Bongsu

Bagi menegur adab dalam perbualan terhadap SYED/SAID yang beristerikan Waris Negeri, beliau itu akan di perbahasakan "Engku-Syed" ; Yakni, TIDAK di tegurinya selaku "TUAN " Syed lagi ~ ( Sehingga lah si Syed apalah telah bercerai dengan suri nya si anak raja itu ... Sesudah bercerai dengan si wanita diraja itu, si Syed akan sebermula diteguri selaku "Tuan" Syed )

3. *Menegur dalam perbualan : 'Tuan ' ~ Kaum kerabat yang tertua tiada menegur Raja-raja itu secara Tuanku , cuma sekadar 'Tuan' sahaja. Pada ketika masa-masa yang tertentu pula, kerabat tua-tua juga menegur Raja-Raja terutama itu dengan menyebut gelaran jawatan nya sahaja. Sebagai contoh-contoh pertuturan di antara mereka dalam istana : Hai Paduko Bentaqn, belum lagi awaok turun-turun ke balai? Empuan Bentan udah lama merai Orang-orang Besar awaok!.. Dijawab oleh adiknya ~ Hai, sabor-saborlah Chor ,, ini patik nak turun dah ni!

PADA MASA SRIWIJAYAMALA letak taraf dalam duduk menikah anak Paduka Bentan Raja Perlis di sebelah kiri anakanda-anakanda pengantin Yamtuan Bendahara di Pahang sebelah kanan Yamtuan Terenggano, Chaiya Chor Pahang, Kedah, Siak, dan Funan dengan yang lain-lainnya kira perkenan selaku Waris Bentan berperatur sendiri.

Dalam pada itu, sekalian kerabat diraja @ Waris Negeri yang berumur lagi bermartabat tua(berpangkat abang kakak, apatah lagi yang berpangkat lebih tua) dari Paduka Di Hilir, Paduka Muda dan Paduka Bentan, TIDAK menyembah mereka yang berkenaan itu. Saudara tertua hanya perlu menundukkan hulu semasa berformalitas Mengadap di majlis Raja-Raja terutama itu.

TUAN YANG TERUTAMA SRI PADUKA TRI BUANA HAJI HUZRIN HOOD

BENDAHARA SRI PADUKA TUN HAJI YACOB

PENGHULU BENDAHARI TUN AMIN

TUMENGGONG Seri Sarwa Diraja

Raja CELU

TUN PEKERMA LAKSMANA MAT SYAH Saksi

TUN BIJA SURA (EDI) TUN BIJA DIRAJA TUN HAMDAN TUN DIKUNGSA TUN RATNA DIRAJA TUN ALI TUN SANG ARIA TUN ABDURRAHMAN SERI SETIA DIRAJA ENCEK SHIDDIQ SANG JAYA DIRAJA FAIZAL SRI DERMA DATOK HENDRI HOOD RAJA BENTARA RAJA ABDUL JALIL BENTARA ENCEK SALEWATANG SUPU BENTARA KIRI DATOK MOHAMAD