Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA MISI GUNUNG AGUNG DAN GUNUNG BATUR TEMPAT: KEPULAUAN BALI, INDONESIA TARIKH:12 - 19 DISEMBER 2013

1. LATARBELAKANG Pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi dan berilmu merupakan satu matlamat dan wawasan dalam pendidikan. Ia adalah suatu keperluan dalam usaha melahirkan seorang rakyat yang berkemahiran tinggi dan memiliki kekuatan spiritual serta sahsiah yang unggul. Oleh yang demikian bagi menjayakan wawasan dan matlamat yang digemburkan, guru di Malaysia perlulah memiliki, menguasai kekuatan ilmu serta intelek yang tinggi. Penguasaan kemahiran professional yang mantap dalam kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan visi Negara. Program yang dirancang ini merupakan suatu wacana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru iaitu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) .

Program Ekspedisi Gunung Agung dan Gunung Batur adalah program pertama yang dirancang oleh saya untuk menaikkan nama Jabatan Pendidikan Daerah Baram. Ianya bertujuan untuk membuktikan bahawa guru yang ditempatkan di daerah ini bukan sahaja cemerlang dari segi akedemik malah mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang tinggi dalam mendidik anak peribumi ini. Program ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat luar bahawa profession perguruan adalah sebuah bidang yang mempunyai kemantapan sahsiah dan tahap profesionalisme yang tinggi malah bersedia dalam menangani pelbagai cabaran pendidikan selaras dengan arus globalisasi. Secara tidak langsung, program ini dapat menaikkan dan mendatangkan impak positif terhadap nama Jabatan Pendidikan Daerah Baram.

2. MATLAMAT/ MISI Ekspedisi Gunung Agung dan Gunung Batur bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang cergas yang berupaya mengamalkan nilai-nilai positif untuk bekerjasama dalam sebuah organisasi. Disamping itu, mewujudkan penampilan dan daya kepimpinan yang tinggi, selaras dengan permintaan perkhidmatan perjawat awam serta memperkenalkan Jabatan Pendidikan Daerah Baram ke peringkat antarabangsa.

3. OBJEKTIF 3.1 Membawa misi mengibarkan bendera Malaysia dan bendera Jabatan Pendidikan Daerah Baram ke puncak tertinggi di Bali, Indonesia. Memertabatkan nama sekolah, PPD Baram dan JPN Sarawak pada satu paksi agar masyarakat luar menghormati profesion perguruan.

3.2 Melahirkan guru yang mantap dalam sahsiah dan tahap profesionalisme yang tinggi untuk menempuhi cabaran era globalisasi pendidikan masakini.

4. IMPLIKASI 4.1 Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan; akan membina sahsiah guru yang berketrampilan dan mampu menghadapi segala cabaran dan arus globalisasi

4.2 Meningkatkan rasa kecintaan yang tinggi bagi memartabatkan nama SK Long Teru dan PPD Baram ke tahap yang lebih tinggi

4.3 Memantapkan ketahanan fizikal dan mental guru ke arah melahirkan guru-guru yang bersemangat tinggi serta optimis melalui ekspedisi yang mereka lalui.

5.

TENTATIF EKSPEDISI GUNUNG AGUNG DAN GUNUNG BATUR Tentatif

Hari/Tarikh 12-13/12/2013 Khamis- Jumaat

Bertolak dr KLIA- Denpasar Airport, Bali 1.00 petang: Mendaftar masuk di hotel dan berehat ( tempat yang disarankan adalah yang berdekatan dengan Gunung Batur dan Gunung Agung iaitu di sekitar Pantai Candidas atau Kintamani). 10.00 malam: Bertolak ke Kuil Pura Besakih 11.00 malam : Tiba di Kuil Pura Besakih (tempat permulaan,taklimat dan mula mendaki Gunung Agung- minimum 5 jam pendakian)

14-15/12/2013 Sabtu- ahad

06.00 pagi: Dijangka tiba di puncak Gunung 07.30 pagi: Memulakan pendakian pendakian(minimum 4 jam pendakian). ke Kuil Besakih, puncak

1:001:15 petang: Tiba di Kuil Besakih dengan menaiki kereta atau bas. 1.30 petang: Makan tengah hari di restoran dalam perjalanan balik ke hotel. 3.00 petang: Tiba di hotel,berehat, sightseeing 16/12/2013 Isnin

4.00 pagi : Bertolak dari hotel ke Gunung Batur 5.00-9.00 pagi : Perjalanan ke puncak yang mengambil masa selama 2 jam. Untuk merasai perjalanan yang lebih mencabar, pendaki boleh memilih samada untuk merasai short trips,medium trips atau long trips. Kos pendakian bergantung kepada berapa lama masa pendakiandiambil. 12.00 tengah hari: -Mendaftar keluar daripada hotel dan lawatan ke Kuta yang mengambil masa selama 2 jam.

Hari/Tarikh 17-18/12/2013 Selasa 19/12/2013 Rabu

Tentatif Aktiviti melawat di sekitar Bali

12.00 tengah hari: Mendaftar keluar daripada hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Depasar. Pulang ke Klia

6.

PERBELANJAAN

PERKARA

PERBELANJAAN

Pengangkutan RM KLIA DENPASAR BALI KLIA 500.00

Pakej Mendaki Pendaftaran Permit Mendaki Insurans Jurupandu Sijil

RM 300

Penginapan Hotel Makan RM 400

JUMLAH

RM 1200

Disediakan oleh, ................ MOHD FADLI BIN AB SALAM


(Peserta Ekspedisi Gunung Agung&Batur)

Disahkan oleh, ..................... EN. LINCHIE AK JAWI


(Guru Besar SK Long Teru)