Anda di halaman 1dari 24

ISU ADAM ADLI

*BERITA HARIAN http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Forum_AdamAdlitaklayakdigelaraktivispelajar/Article/ NASIONAL Forum: Adam Adli tak layak digelar aktivis pelajar 2013/06/12 - 04:57:47 AM Penahanan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim atas kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada Forum 13 Mei Hari Bangsa Malaysia anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) baru-baru ini, wajar menjadi iktibar kepada semua anak muda (terutama kepada pelajar di pusat pengajian tinggi). Adam Adli pernah bertindak menurunkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tahun lalu dan mendapat bantahan. Akibatnya beliau digantung pengajian oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) selama tiga semester. Aktiviti politik jalanan Banyak sekali kesilapan istilah yang kita gunakan setiap hari. Kita selalu meletakkan perkataan yang bermaksud baik kepada tempat yang tidak baik. Persoalannya, wajarkah Adam Adli dianggap sebagai aktivis pelajar? Barangkali gelaran aktivis pelajar itu memberi semangat dan keseronokan untuk beliau meneruskan aktiviti politik jalanan yang dipopularkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara peribadi, saya amat tidak bersetuju individu yang bersikap seperti Adam Adli digelar sebagai seorang aktivis. Gelaran aktivis adalah lebih tepat kepada individu yang menyumbangkan bakti dan idea ke arah kebaikan negara dan kebajikan masyarakat. Contohnya, Tan Sri Lee Lam Thye (sosial) dan Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein (persuratan). Banyak sekali kesilapan istilah yang kita gunakan setiap hari. Kita selalu meletakkan perkataan yang bermaksud baik kepada tempat yang tidak baik. Contoh lain, kita selalu mendengar orang berkata budaya samseng, budaya rempit, budaya lepak dan macam-macam budaya yang tidak baik. Sebenarnya, perkataan budaya ini hanya layak diletakkan di atas segala aktiviti yang bersifat baik. Segala aktiviti yang bersifat jahat dan buruk, hanya layak digunakan dengan perkataan gejala. Gejala samseng, gejala rempit, gejala lepak dan pelbagai gejala lain. Justeru, wajarkah kita menggelar Adam Adli sebagai aktivis? Percayalah, kalau kita masih menganggap Adam Adli itu seorang aktivis, beliau adalah calon yang berpotensi untuk menjadi pengganti Anwar. Nazri Sham, Chenor, Pahang PEMBACA yang ingin menyuarakan pandangan berhubung isu semasa boleh menghantar sumbangan menerusi e-mel bhforum@mediaprima.com.my

NASIONAL Adam Adli direman 5 hari 2013/05/20 - 06:47:32 AM Kuala Lumpur: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim, yang ditahan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948, kelmarin, direman semalam hingga Khamis ini. Peguam Adam Adli, Latheefa Koya, berkata polis memohon reman tujuh hari daripada Majistret Kuala Lumpur, namun dikurangkan kepada lima hari selepas bantahan dikemukakan. Pihaknya terkejut dimaklumkan penahanan Adam Adli mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana memudaratkan negara yang boleh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan. Beliau percaya ia kes pertama disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan di bawah UndangUndang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Saya dimaklumkan sehingga petang ini (semalam), tiada keterangan diambil daripada Adam Adli dan ia menimbulkan persoalan kerana tujuan penahanan adalah bagi tujuan penyiasatan. Pasukan peguam yang mewakili Adam Adli akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan penahanan terbabit, katanya di Balai Polis Jinjang, di sini, semalam. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AdamAdlidireman5hari/Article

Hishamuddin Rais dan Adam Adli ditahan kerana kibar Sang Saka Malaya

Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais telah ditahan polis kira-kira jam 8.50 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. The Malaysian Insider berjaya menghubungi dua aktivis itu dan mereka telah mengesahkan ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dipercayai kerana mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada malam sambutan kemerdekaan pada Jumaat. "Kami ditahan kira-kira jam 9 malam tadi sewaktu sedang menikmati makan malam di Kampung Baru. "Kami kini masih berada di IPD Dang Wangi dan dibenarkan menghubungi peguam. Kami masih menunggu kehadiran peguam, namun masih belum pasti siapakah yang akan mewakili kami," kata Hishamuddin apabila dihubungi . Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera "Sang Saka Malaya" jika ada laporan dibuat mengenainya. Beliau menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia. Mengulas mengenai kumpulan yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, beliau berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu harus membuat laporan polis. Katanya, sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan.

Ni SMS yang aku terima dari Hishamuddin Rais jam 9.40 malam tadi.. Sdg d tahan d rumah pason dang wangi bersama adam adli. Dtahan d bawah akta hasutan. Hidup sang saka. TK Ni video mengenai isu ini.. Sebelum ini Bernama telah melaporkan.. KUALA LUMPUR - Polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid. Berikutan itu, katanya tindakan undang-undang juga boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang. Mengulas mengenai kumpulan tertentu yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lepas, beliau berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu juga harus membuat laporan polis. "Kita tidak boleh hina Jalur Gemilang dan mengatakan ia satu malapetaka. Kita tidak harus mempertikaikan perkara ini," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh di sini, malam tadi. Katanya sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan. "Tidak sepatutnya ada orang pertikaikan Jalur Gemilang dan mahu menggantikannya dengan bendera lain. "Kita harus terima hakikat bahawa dalam soal bendera, pengisytihrannya telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu," katanya. Mengenai dakwaan penglibatan sesetengah pemimpin parti politik dalam kegiatan kongsi gelap, beliau berkata kerajaan tidak berkompromi mengenai perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. - Bernama

02 September 2013| last updated at 10:33PM

Adam Adli and Hishamuddin Rais arrested


By NADIRAH H. RODZI | news@nst.com.my

KUALA LUMPUR: Student activist Adam Adli Abd Halim and social activist Hishamuddin Rais were arrested this evening for allegedly flying the Sang Saka Malaya flags during Merdeka Day eve celebrations.
The two were picked up at the same location at Jalan Raja Alang in Kampung Baru here at 8.40pm while on their way to a political event. This was confirmed by Federal Criminal Investigation Department director Datuk Hadi Ho Abdullah. They are now on the way to Dang Wangi police headquart ers as we speak.

"They are being detained under the Sedition Act and Section 505B of the Penal Code for statement conducing to public mischief," he told the New Straits Times. The two would be questioned on the YouTube clip that has been circulating on social media sites which showed national laureate A. Samad Said reciting poetry and a man charging onto the stage and grabbing a few Sang Saka Malaya flags placed nearby on the eve of Merdeka Day at Dataran Merdeka.

Adam and Hishamuddin, known for their anti-government stunts, were also seen holding the flag in the video.

The Sang Saka Malaya is a red-and-white flag with 12 yellow stars set in four columns reportedly proposed as Malaya's national flag by an association in the 1940s.

Read more: Adam Adli and Hishamuddin Rais arrested - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/adam-adli-and-hishamuddin-rais-arrested1.348097#ixzz2heUjMGoQ

Nation Published: Wednesday September 18, 2013 MYT 9:47:00 PM Updated: Wednesday September 18, 2013 MYT 9:49:26 PM Adam Adli's UPSI suspension extended indefinitely BY RASHVINJEET S. BEDI

Email Facebook8 PETALING JAYA: Student activist Adam Adli has been suspended from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) indefinitely, extending his three-semester suspension imposed on him in 2012 until the conclusion of his on-going sedition case. In a statement, Adam said he received a letter dated Sept 6, signed by the university's vicechancellor Professor Datuk Zakaria Kasa, stating he was suspended indefinitely because of his ongoing sedition trial. Adam, 23, said the suspension was with immediate effect and would end after the completion of his court case. "It is quite clear that this suspension is politically-motivated. It was done without following the law where punishment would only be taken after a show-cause letter, investigation and an internal inquiry has been completed. "One letter shouldn't be able to suspend a student," he said. The third-year student was initially suspended in January last year for taking down the flag with Datuk Seri Najib Tun Razak's image and replacing it with a flag bearing the words "Kebebasan Akademik" (Academic Freedom) outside Umno headquarters in Kuala Lumpur in Dec 2011. In May, Adam was charged under the sedition act for statements he made during a May 13 forum held at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall. "When students are active in social and political activities, the government tells them to focus on their studies. But now they are stopping me from studying," he said. He said he would discuss his next move with his lawyers. "If UPSI really doesn't want me back, I will take other initiatives for my tertiary education. I declined other overseas opportunities because I wanted to complete my studies in UPSI. "But now, I might consider other options if there is no solution," he said. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/09/18/adam-adli-suspended-indef.aspx

http://www.malaysiakini.com/news/184781 Adam Adli: Turun bendera PM tanda kemenangan

1:44PM Dis 22 2011 Pemimpin pelajar, Adam Adli berkata tindakannya menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno dilakukan sebagai satu simbol kemenangan kepada siswa pada hari tersebut. Dalam temubual disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini, Adam berkata, perhimpunan dan perarakan pelajar itu pada hujung minggu lalu dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan seterusnya ke bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra berlangsung dengan terkawal tanpa kekecohan. Beliau juga tidak menyangka bahawa perkara berkenaan akan menjadi perhatian media kerana tindakan menurunkan bendera berkenaan, yang digantikan dengan bendera berslogan kebebasan akademik, juga hanya satu ekspresi dirinya. Bendera itu juga hanya digantikan untuk beberapa ketika sebelum beliau menaikkan semula bendera asal. "Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan," katanya.

Apabila tiba di PWTC, pelajar berkenaan menyerahkan pula memorandum mereka kepada timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, kata pelajar tahun tiga Universiti Pendidikan Sultan Idris itu. "Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi," katanya.

Tambahnya, kumpulan pelajar dianggar seramai 350 orang itu sebelumnya bersungguh-sungguh melaungkan slogan kebebasan akademik. "Tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. "Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik "Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan kemenangan, bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang," katanya yang berniat supaya "kemenangan" itu dirasai oleh siswa yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Adam turut mengulas kritikan dan ugutan oleh pemimpin Umno, yang antara lain menyifatkan beliau tidak matang kerana menurunkan bendera berkenaan. "Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. "Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?," soalnya. "Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. "Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya," tambahnya. Ditanya lanjut, Adam, 22, yang mendapat sokongan penuh ibubapanya dalam tindakan itu berkata, beliau secara khusus tidak akan meminta maaf kepada perdana menteri walau digesa berbuat demikian. "Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. "Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf," katanya. Namun, Adam menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak meminta maaf buat selamalamanya.

yang

"Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini," katanya lagi.

ISU HINA LAGU NEGARAKU Pelajar IPTA di Pantai Timur hina lagu Negaraku

KERATAN laman sosial Facebook milik "Mohd Farizal" yang didedahkan oleh blog Angin Perubahan hari ini yang menunjukkan penghinaan terhadap lagu Negaraku. KUALA LUMPUR 10 Jun - Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah negeri di Pantai Timur didakwa telah menghina lagu Negaraku di laman sosial. Perkara itu didedahkan oleh blog Angin Perubahan dalam entri terbarunya hari ini. Ekoran penghinaan terbuka itu pemilik akaun Facebook tersebut, "Mohd Farizal" telah dikecam oleh beberapa pengikut-pengikut laman sosialnya.

Lelaki terbabit telah bertindak mengubah suai senikata lagu Negaraku dengan perkataan-perkataan yang menjijikkan terhadap tanah air dan raja-raja Melayu. Antaranya "Negaraku, tanah tumpahnya maniku. Rakyat hidup miskin dan makan taik... Tuhan, matikanlah raja kita, masuk kubur... Tuhan, masukkan raja kita ke negara jahannam..." Sebelum ini, beberapa individu telah menggunakan laman-laman sosial terutama Facebook untuk menghina Rasulullah SAW, agama Islam, institusi raja-raja Melayu dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia. Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka boleh menjejaskan keharmonian negara. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_38/Pelajar-IPTA-diPantai-Timur-hina-lagu-Negaraku#ixzz2heXAOVCr Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, 09 August 2007 01:24 Hina Negara & Islam Secara Terbuka ? Buka berita asal Perbuatan tidak waras Oleh Faizatul Farlin Farush Khan ffarlin@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Perbuatan seorang pelajar dari Muar, Johor, menghina lagu Negaraku dengan menyelit nyanyian rap untuk memburukkan negara dan umat Islam di negara ini dianggap tidak waras. "Mungkin pelajar itu sebenarnya tidak waras walaupun berpendidikan tinggi. Sebab itu dia sanggup menghina lagu Negaraku. "Ini kerana memang ada kes pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak waras walaupun dia belajar hingga ke peringkat universiti," kata tokoh sejarah, Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim. Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan terperinci perlu dijalankan bagi mengenal pasti identiti sebenar pelajar yang berasal dari Muar, Johor, itu yang hanya dikenali sebagai Namewee'. Menurutnya, terdapat juga kemungkinan pelajar itu dibayar pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan masalah. Ini kerana ada segelintir orang memang sengaja mahu menimbulkan masalah dan penyiasatan yang dijalankan boleh mendedahkan identiti sebenar dan motifnya. "Adakah dia dibayar untuk berbuat sedemikian? Ataupun adakah dia ini sebenarnya tidak waras walaupun berpendidikan," katanya.

Khoo berkata, kemungkinan juga pelajar itu mempunyai gambaran salah serta salah faham mengenai isu di negara ini. "Memang ada antara isu di negara ini agak kompleks dan sesetengah orang tidak dapat memahaminya walaupun berpelajaran tinggi hingga tercetus masalah salah faham. Mereka mempunyai gambaran sendiri dalam pemikiran mereka. "Untuk menerangkan kepada mereka mengenai isu itu secara terperinci adalah satu langkah yang membuang masa saja," katanya. Bagi aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, tindakan pelajar itu yang menghina lagu Negaraku sangat memalukan dan mengecewakan. Beliau yang juga Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata sebagai rakyat Malaysia, sesiapapun tidak boleh menyindir atau memalukan negara dalam apa jua keadaan sekalipun. Menurutnya, lagu Negaraku lambang untuk membuktikan taat setia rakyat kepada negara. "Saya kesal kejadian seperti ini boleh berlaku, malah ketika kita bakal menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Ahmad Ikhmal Ismail, berkata perbuatan pelajar itu yang menyanyi lagu kebangsaan dengan selitan nyanyian rap dalam bahasa Mandarin serta menyindir kerajaan dengan perkataan kasar dan lucah, jelas menunjukkan sikap biadab yang melampau. Katanya, pelajar itu perlu dikenakan tindakan setimpal mengikut Akta Lagu Kebangsaan supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain lagu Negaraku tidak boleh diperlekehkan.

"Sebagai rakyat Malaysia, dia perlu berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan mempunyai perasaan sayang pada tempat kelahirannya. Jika sudah tak sayang dengan negara ini, tak perlulah balik lagi. "Serahkan saja kewarganegaraan dan tinggal saja di bumi asing. Sebaik terbaca laporan berita semalam, saya berasa sangat sedih, marah dan kecewa kerana ada yang sanggup hina negara sendiri," katanya ketika dihubungi semalam. Ahmad Ikhmal mahu tindakan dikenakan terhadap pelajar itu walaupun dia tidak ada dalam negara sekarang ini. "Sebaik saja dia pulang, tindakan boleh dikenakan terhadapnya. Ini penting bagi memberi amaran pada yang lain supaya tidak bersikap biadab begini. "Penggunaan Internet memang tidak dapat dielakkan tetapi ia perlu diterapkan dengan rasa tanggungjawab. Apa yang dilakukan pelajar ini amat biadab. Bukan saja kita perlu menyiasat latar belakangnya, kita juga perlu menyiasat keluarganya untuk mencari punca mengapa dia bersikap seperti itu," katanya. Sementara itu, Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia, Amir Hamzah Allapitchay, berkata jika pelajar terbabit dilepaskan begitu saja, ramai lagi golongan biadab tampil menghina negara dengan cara masing-masing. "Orang seperti ini sama seperti pembelot negara. Mereka tidak ada perasaan sayang pada negara sendiri dan tak layak menjadi warga bumi bertuah ini. Apa yang lebih menyakitkan hati, pelajar itu

boleh pula menulis dengan sinis dalam laman web itu meminta dia tidak disaman," katanya. Muka depan akhbar ini semalam menyiarkan perbuatan seorang pelajar jurusan Komunikasi Massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, yang dikenali sebagai Namewee' menyanyikan lagu Negaraku mengikut caranya sendiri dengan menyelit nyanyian rap dalam bahasa Mandarin. Nyanyiannya boleh dilihat dalam video klip selama lima minit 32 saat di sebuah laman web, You Tube sejak pertengahan bulan lalu. Selain memberi nama baru kepada lagu kebangsaan iaitu Negarakuku', dia yang berusia 24 tahun menyentuh sensitiviti umat Islam dengan memperlekeh ibadat mereka dan sikap orang Melayu. Dia turut menyindir anggota polis dengan mengamalkan rasuah serta merendahkan imej kakitangan kerajaan kerana didakwa lembap menangani urusan pelanggan. Klip video itu memaparkan Namewee' menyanyikan lagu berkenaan di sebuah bilik yang berlatarbelakangkan bendera Malaysia dengan diselang-seli imej masjid, umat Islam beribadat, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Beberapa imej yang dipercayai dicedok daripada iklan Tourism Malaysia sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2007 turut dipaparkan. Pada akhir klip video berkenaan pula dipaparkan ayat yang berbunyi Jangan sue saye, saye takde duit' (Jangan saman saya, saya tak ada wang).

Mutakhir

Mereka yang hina raja menerusi internet memang dikenakan tindakan


0 0 Google +0 0 0

Cetak

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama pihak perundangan lain sentiasa mengambil tindakan terhadap pengendali tulisan dalam internet yang menghina raja, agama dan budaya. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata 14 kes telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan lima kes sudah berhasil dengan pelbagai keputusan mahkamah, "namun ini tidak banyak dilaporkan media." "Berita yang hina raja, Yang di-Pertuan Agong, agama dan budaya adalah tergolong kepada tindakan yang seharusnya kami ambil bersekali dengan polis dan juga pihak yang bertauliah menjalankan tugas di bawah akta atau undang-undang masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Bernama TV di Wisma Bernama di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jaringan Melayu Malaysia semalam mengenai sikap berdiam diri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pengendali The Malaysian Insider meskipun laporan telah dibuat terhadap portal berita itu kerana didakwa secara jelas dan sengaja mencetus provokasi perkauman, penghinaan terhadap Raja-raja Melayu dan fitnah terhadap pemimpin negara.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/0

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Merekayanghinarajamenerusiinternetmemangdiken akantindakan//Article/index_html

Setempat

Didik hormati Jalur Gemilang


0 0 Google +0 0 0

Cetak

Kita boleh mengukur sejauh manakah tahap patriotisme rakyat Malaysia dengan memerhatikan sikap mereka terhadap lagu kebangsaan dan bendera

negara. Sejak di bangku sekolah kita didedahkan nyanyian lagu Negaraku dan cara mengibarkan Jalur Gemilang. Bagaimanapun, tempoh masa bagi mendidik generasi muda mengenai dua simbol maruah negara itu singkat iaitu selama kira-kira 12 tahun mengambil kira peringkat persekolahan rendah dan menengah. Jika hendak mengharapkan pendedahan di sekolah, ia belum mencukupi kerana seorang pelajar hanya menyanyikan lagu kebangsaan seminggu sekali itu pun sekiranya perhimpunan diadakan. Selepas waktu sekolah jarang sekali pelajar bersua dengan lagu kebangsaan melainkan jika menghadiri majlis rasmi anjuran kerajaan. Apabila seorang pelajar meningkat dewasa seperti memasuki menara gading maka kekerapan mereka menyanyikan lagu Negaraku semakin berkurangan kerana jarang sekali mahasiswa terbabit dalam sesi perhimpunan. Kalau ada kesempatan pun ketika mereka mengikuti program kenegaraan anjuran Biro Tatanegara atau menjadi penonton perlawanan bola sepak di stadium.

Denda Oleh yang demikian langkah kerajaan mewajibkan setiap pawagam memainkan lagu Negaraku sebelum tayangan sesebuah filem baru-baru ini satu perkara yang boleh kita renungi bersama. Langkah diambil kerajaan itu tidak perlu dipersoalkan kerana satu kaedah bagi mendidik perasaan cintakan negara. Pawagam lokasi sosial yang menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira usia, pangkat dan bangsa. Boleh dikatakan majoriti pengunjung pawagam warganegara Malaysia dan ini satu peluang untuk menyemai kesedaran menghormati lagu kebangsaan. Walaupun tempoh pelaksanaan arahan menyanyikan lagu Negaraku selama seminggu, tetapi tempoh ini memberi ruang kepada pihak kerajaan untuk menilai keberkesanannya sebelum satu garis panduan yang tetap dikeluarkan. Bagi memelihara kemuliaan lagu Negaraku, kerajaan menggubal Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang antara lain memperincikan hukuman yang bakal dikenakan kepada individu yang tidak menghormati lagu kebangsaan. Salah satu perkara termaktub dalam akta berkenaan ialah hukuman dalam bentuk denda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak lebih satu bulan sekiranya didapati tidak menghormati lagu kebangsaan. Ada kemungkinan ramai yang tidak menyedari perkara ini hingga ada dilaporkan barubaru ini terdapat pengunjung ditegur oleh pengurusan pawagam kerana tidak berdiri menyanyikan lagu Negaraku. Memandangkan perkara ini serius maka kerajaan perlu menyebarkan penerangan berhubung kewajipan mematuhi Akta Lagu Kebangsaan.

Laksana kempen Jadikan kempen menerusi media cetak dan elektronik mengenai etika menghormati lagu kebangsaan sebagai satu langkah permulaan. Berhubung kes penghinaan bendera Jalur Gemilang oleh rakyat negara ini pula ia satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Seorang warga negara yang bermaruah sudah pasti tidak akan tergamak merendahrendahkan bendera sebagai lambang kemegahan dan kemuliaan sebuah negara berdaulat. Sepatutnya rakyat Malaysia tidak menjadikan bendera sebagai objek untuk meluahkan emosi terpendam hingga sanggup mendesak bendera Jalur Gemilang ditukar dengan bendera yang lain. Sekali lagi ditegaskan bahawa senario ini mungkin berpunca daripada kurangnya pengetahuan dalam kalangan rakyat Malaysia aspek perundangan seperti Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949. Dengan perkembangan kepesatan teknologi dan gaya pemikiran rakyat Malaysia yang semakin ke hadapan menuntut pihak kerajaan mengkaji semula beberapa hukuman yang terkandung dalam akta berkenaan supaya dapat diperketatkan. Andainya usaha mendidik rakyat menghormati bendera dan lagu kebangsaan menerusi kempen nampak tidak cukup berkesan maka penguatkuasaan undang-undang yang tiada kompromi adalah penyelesaiannya. Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Multimedia
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DidikhormatiJalurGemilang//Article/index_html MUTAKHIR Pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas behubung isu perkauman: TPM 2010/08/30 - 20:45:44 PMCetakEmel Kawan PUTRAJAYA: Pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tindakan seumpama itu, tegas Timbalan Perdana Menteri, harus dilaksanakan secara berterusan walaupun mungkin ia sudah diambil sebelum ini.

"Kita tidak mahu rakyat berasa tidak selamat..jika perbuatan ini dbiarkan berleluasa, maka ia akan mencetuskan ketidakseimbangan dalam masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) Kelima di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video klip terbaru yang menyentuh isu perkaumanan oleh Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee. Namewee yang berasal dari Muar, Johor, sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila menghasilkan video klip yang menghina lagu kebangsaan, Negaraku. Muhyiddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga telah menyatakan bahawa isu seumpama ini akan diberi perhatian serius. "Pihak berkuasa telah diarahkan supaya mengambil tindakan yang serius dalam soal seperti ini, termasuk perbuatan yang mencemarkan bendera dan yang boleh mencetuskan perasaan bimbang di kalangan rakyat," katanya. Ketika ditanya mengenai tindakan terhadap Namewee, beliau berkata tiada kompromi terhadap perkara yang bersangkut paut dengan keharmonian dan keamanan negara. "Kalau ada yang beranggapan (perbuatan) itu tidak menerima tindakan atau kerajaan lambat bertindak atau memilih-milih, sebenarnya ia tidak begitu. Apa yang penting sekarang ialah tindakan tegas kerana kita tidak akan berkompromi dengan isu seperti ini," katanya. Mengenai kenyataan berbaur perkauman oleh Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor, baru-baru ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata jawatankuasa khas yang menyiasat perkara itu telah menyerahkan laporan berkenaan. Katanya, kes itu diserahkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, untuk mengambil tindakan berdasarkan peraturan disiplin jabatan. - BERNAMA http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pihakberkuasaperluambiltindakantegasbehubungisup erkauman_TPM/Article/

NASIONAL

Wanita hina Agong ditahan


2013/06/05 - 06:54:49 AM Norakmah Mat Youb, Irwan Shafrizan Ismail dan Safeek Affendy RazaliCetakEmel Kawan

19

SULTAN Pahang Sultan Ahmad Shah (kanan) beramah mesra dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menerima mengadap pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia di Istana Abu Bakar dekat sini, semalam.

Polis, SKMM cari 4 lagi individu dipercayai rakan Melissa Gooi Pekan: Wanita yang dipercayai terbabit isu menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, menerusi laman sosial, Facebook ditahan berhampiran kediamannya di Taman Nirwana, Ampang, semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pemilik akaun dengan nama Melissa Gooi, 32, ditahan dalam serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), jam 9.30 pagi semalam. Wanita dipercayai seorang pengurus pemasaran syarikat produk kecantikan itu dikatakan menyembunyikan diri sejak identitinya didedahkan beberapa laman blog. Menghina Tuanku

Sementara itu di Kuala Lumpur, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajudin Md Isa, berkata Gooi, ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka, dalam laman sosial Facebook pada 1 Jun lalu. Dia ditahan selepas polis dan SKMM menerima laporan dari seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan ke atas titah Seri Paduka sempena Hari Keputeraan Baginda. Sehingga kini siasatan lanjut sedang dilakukan polis dan SKMM selain mengesan empat lagi kenalan Facebook wanita itu yang turut memberikan komen berbentuk penghinaan, katanya ketika dihubungi semalam. Mereka dikenal pasti sebagai Weennee Tan; Shuh Chien Loo; Hun Keat Wong dan Carol Tay, yang dipercayai kenalan Melissa. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dalam kenyataannya pula meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai empat individu itu menghubungi Rakan Cop Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-21159999, atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tulis kata-kata penghinaan Sebelum ini, Gooi dan rakan-rakannya dikatakan menulis kata-kata penghinaan di laman sosial berkenaan ketika Yang di-Pertuan Agong bertitah yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang ditentukan mereka sendiri. Berikutan itu, berpuluh-puluh laporan polis dibuat di samping mencetuskan bantahan orang ramai. Bantu siasatan Sementara itu, SKMM dalam kenyataannya berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948. Serbuan yang dijalankan adalah berdasarkan maklumat dan siasatan yang diterima daripada orang ramai yang tampil bekerjasama dengan JSJK dan SKMM sehingga membawa kepada penahanan itu. Menurut kenyataan itu, SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen yang mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja negara ini. Sementara itu, Gooi dibebaskan dengan jaminan polis lewat petang semalam, manakala telefon bimbitnya dirampas untuk tujuan siasatan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WanitahinaAgongditahan/Article

ARKIB : 22/06/2011 Serah diri: Bekas pelajar ditahan hina gambar Agong 22/06/2011 5:18pm

KUALA TERENGGANU 22 Jun - Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Baharu ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan dalam laman sosial baru-baru ini. Lelaki berusia 24 tahun yang merupakan seorang penganggur, telah menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 8 malam dua hari lepas. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis turut merampas sebuah komputer riba yang dibawa oleh lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan. "Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terlibat dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini, katanya. Pada 13 Jun lepas Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC membuat laporan polis berhubung kes penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah laman sosial dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec =Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz2hefKTXgN Utusan Melayu (M) Bhd

Gambar Pelajar Hina Bendera Malaysia Selepas PRU13 Published Tuesday, May 7, 2013 By melvister. Under isu semasa Gambar pelajar menterbalikkan dan hina bendera Malaysia selepas PRU13 dikecam hebat dilaman sosial. Gambar yang menunjukkan sekumpulan belia mula tersebar di laman Facebook dan telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak. Menurut sumber, kesemua mereka adalah pelajar Malaysia

yang berada di luar negara. Punca kemarahan pelbagai pihak adalah kerana bendera Malaysia adalah simbol kedaulatan negara dan tidak harus diperlakukan sedemikian.

Sumber: Gambar Pelajar Hina Bendera Malaysia Selepas PRU13 | melvister.com http://www.melvister.com/2013/05/gambar-pelajar-hina-bendera-malaysia-selepas-pru13.html

May 7, 2013

KUALA LUMPUR Penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2011, Mohammad Rizan Hassan membidas tindakan sekumpulan pelajar kaum Cina yang cuba mencetuskan provokasi dan kemarahan rakyat Malaysia.

Beliau yang juga dan Tokoh Belia ASEAN 2011 berkata, tindakan pelajar yang dipercayai penuntut di luar negara itu menyebarkan dua keping gambar bendera Malaysia dalam keadaan terbalik tidak harus dipandang mudah. Ini satu cubaan mencetuskan provokasi dan kemarahan rakyat dengan menyebarkan gambar bendera Malaysia diterbalikkan beramai-ramai dan isyarat tidak bagus. Ia adalah perbuatan biadap, angkuh dan melambangkan kebodohan diri sendiri. Gambar-gambar ini diedarkan secara berleluasa sejak semalam di laman Facebook. Saya percaya mereka yang tidak berakal ini sengaja melakukannya tatkala keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) sedang hangat diperkatakan, katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohammad Rizan berkata, rakyat pelbagai kaum di negara ini mesti peka dengan keperluan mewujudkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dan berwaspada terhadap sensitiviti agama serta budaya. Justeru, katanya, rakyat Malaysia perlu memandang serius soal perpaduan dan kecintaan pada negara dan tidak mengambil mudah perkara itu kerana kelakuan boleh menterjemahkan perkara sebaliknya.

http://mynewshub.my/2013/05/07/tokoh-belia-kutuk-pelajar-hina-benderamalaysia/#.UltHJlAwppk

Didakwa Haziq hina Sultan, serah kepada UM 17 Jun 2012

Khaled Nordin

PASIR GUDANG - Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Universiti Malaya untuk mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung pengajian kerana terlibat dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lepas.

"Sebagai pelajar, dia patut sensitif dan patut tahu suasana persekitaran negara dan sebagainya... terpulang kepada universiti (untuk ambil tindakan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru di sini hari ini.

Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lepas. Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung selama satu semester mulai September ini. - Bernama http://www.sinarharian.com.my/nasional/didakwa-haziq-hina-sultan-serah-kepada-um-1.57474