Anda di halaman 1dari 6

MODEL PDK

Program PDK berteraskan kepada 3 model iaitu :

Home Based (PDK di rumah)


Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.

Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama 4jam sehari. Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan.

Center Based (PDK di pusat) Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari. OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan.

Center Home Based (PDK di pusat dan di rumah) Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari. Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi kerumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.