Anda di halaman 1dari 6

1.

PERISTIWA ATAU MASALAH YANG DIFOKUSKAN Antara masalah yang dapat diperhatikan kerap berlaku di kelas pemulihan ialah masalah kehadiran murid-murid. Dalam tempoh seminggu pengajaran tidak pernah murid-murid hadir penuh seratus peratus. 2. PERKEMBANGAN PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN Masalah kehadiran ini merupakan masalah yang tidak asing lagi di semua sekolah. Masalah ini sering menjadi tumpuan dan bualan guru-guru di sekolah. Dalam tempoh dua kali perhimpunan, guru besar kerap mengulang perkara ini dalam ucapan beliau. Malah, laporan beberapa orang guru bertugas juga turut menyatakan kerisauan mereka terhadap masalah ini. Sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini, saya telah memerhatikan corak kehadiran murid-murid di sekolah ini. Secara keseluruhan, kehadiran murid-murid tidak pernah mencapai 100 peratus. Setiap hari, pasti ada saja murid yang tidak hadir. Malah jika dilihat, murid yang tidak hadir ini adalah murid yang sama. Saya berandaian bahawa murid-murid tidak endah sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah. Oleh yang demikian, masalah ini harus dipandang serius oleh semua guru-guru agar ia tidak terus-terusan berleluasa. 3. ANALISIS MASALAH SECARA TERPERINCI a) PUNCA/ MASALAH/SEBAB/PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN Antara punca yang mendorong kepada masalah ini ialah muridmurid sibuk menolong ibu bapa mereka di kebun. Hasil daripada soal selidik dengan seorang murid, saya telah mendapati bahawa muridmurid ini tidak hadir ke sekolah kerana mereka turut membantu ibu bapa mereka di kebun. b) KEMUNGKINAN PENYEBAB KEPADA ISU/MASALAH Masalah ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pembelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa ini melihat pendidikan bagi anak-anak mereka khususnya bagi anak-anak yang kurang bijak sebagai satu yang sia-sia. Pada

pandangan mereka, sejauhmanapun pendidikan yang mereka gapai mereka tetap bekerja seperti pekerjaan mereka sekarang. c) KELEMAHAN ISU/MASALAH Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah akan mengalami masalah dalam menguasai pembelajaran kerana mereka ketinggalan pelajaran dalam tempoh yang mereka tidak hadir. Mereka terpaksa belajar sendiri di rumah untuk menguasai kembali pelajaran yang mereka tertinggal. d) KEKUATAN ISU Umumnya masalah ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan manfaat sama ada kepada guru, murid mahupun pihak sekolah. e) MERAMAL KESAN DAN AKIBAT Masalah ketidakhadiran murid ke sekolah akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Murid-murid yang tidak hadir untuk beberapa hari akan mengalami masalah untuk mengikuti pembelajaran disampaikan. Selain daripada itu, masalah ketidakhadiran mereka ini akan mengganggu proses PdP yang telah guru sediakan terutamanya bagi guru di kelas Pemulihan. Guru terpaksa mengulang kembali PdP yang telah dirancang sebelum ini supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diajarkan. 4. KAJIAN LAMPAU BERKAITAN ISU Berdasarkan kepada rujukan dalam sebuah laman sesawang yang ditulis oleh Nowieyieda, punca-punca ketidakhadiran atau ponteng dalam kalangan murid-murid ada enam. Berikut ialah artikel yang ditulis oleh beliau. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH 1. Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. yang disampaikan oleh guru. Dalam tempoh ketidakhadiran mereka ke sekolah, pelbagai ilmu yang telah

Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya. Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. 2. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajarpelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu

bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. 3. Pengaruh rakan sebaya Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. 4. Mencari Keseronokan Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. 5. Peraturan sekolah yang terlalu ketat Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu. Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. 6. Tekanan Ekonomi Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga

pelajar yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

5. CADANGAN MENGATASI Bagi mengatasi masalah ini, saya akan menggunakan sistem token untuk menarik perhatian murid supaya hadir ke sekolah. Sistem ini sangat popular di kalangan guru pelatih khususnya dalam mengatasi masalah tingkah laku murid di dalam kelas. Ekonomi token adalah peneguhan yang diberikan kepada murid dalam bentuk token seperti syiling atau pelekat apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Contohnya: Nama Amira Shahrul Bintang Saya

6. TEMPOH MENGATASI MASALAH Bagi mengatasi masalah ini, masa yang lama dan berterusan sangat diperlukan bagi memastikan keberkesanannya. 7. TINDAKAN SUSULAN PERANCANGAN Saya akan membuat salinan kehadiran mereka dan meletakkan salinan tersebut dalam fail portfolio saya untuk rujukan dan melihat corak kehadiran mereka setiap minggu. 8. REFLEKSI Secara keseluruhan, masalah ketidakhadiran murid adalah satu masalah yang tidak dapat dibiarkan sebegitu sahaja. Masalah ini merupakan satu masalah disiplin yang semakin serius di kalangan murid sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Masalah disiplin lain boleh timbul sekiranya masalah ini tidak dibendung dan dikawal. Hal ini kerana mereka melakukan masalah lain sepanjang ketidakhadiran mereka ke sekolah. Pelaksanaan rancangan program pendidikan negara juga akan terganggu sekiranya masalah disiplin berlaku.

DISEMAK OLEH .......................................... (EN PALVEE ABD HARIP)

TANDATANGAN GURU BESAR .............................. ( )

DISEMAK OLEH .......................................... (EN PALVEE ABD HARIP)

TANDATANGAN GURU BESAR .............................. ( )

DISEMAK OLEH .......................................... (EN PALVEE ABD HARIP)

TANDATANGAN GURU BESAR .............................. ( )

DISEMAK OLEH .......................................... (EN PALVEE ABD HARIP)

TANDATANGAN GURU BESAR .............................. ( )