Anda di halaman 1dari 7

Bahasa Malaysia.

Komsas.

• danial syahiran ho
• tingkatan lima
• :D
soalan 1

Tema dan Persoalan

Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup


seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke
bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi
seorang seniman besar negara.
Berikut ialah bukti-bukti yang dapat dikaitkan dengan kewujudan
tema novel Konserto Terakhir.

Melalui novel ini, pengarang mengetengahkan liku-liku yang


dilalui oleh Hilmi yang sebelum ini tidak mengetahui langsung
bahawa dia mempunyai bakat sebagai seorang pemuzik. Bakat
itu lahir secara tidak sengaja apabila dia mendengar alunan
muzik yang dimainkan oleh Hayati.

Hilmi telah bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa


saudaranya, Datuk Johari. Setiap kali Hayati bermain piano, Hilmi
sengaja mencari kerja yang dekat dengan suara alunan piano itu.

Minat Hilmi terhadap muzik semakin memuncak. Dia telah


mengusik piano Hayati dan memainkan beberapa buah lagu
seperti lagu “anak ikan”. Pengarang melukiskan bakat yang ada
pada Hilmi itu yang membolehkan nalurinya menggerakkan jari-
jarinya bermain piano walaupun sebelum ini dia tidak ada asas
muzik dan tidak pernah mengenal piano. Peristiwa itu
menyebabkan piano itu rosak dan Datin Salmah memarahi Hilmi.

Persoalan yang menarik ialah berusaha memajukan diri. Ini


dapat dibuktikan apabila Hilmi belajar muzik dengan En.Bakar.
Lama-kelamaan dia menjadi penggubah lagu untuk rakaman dan
menang tiga tahun berturut-turut pasta muzik tahunan anjuran
RTM. Satu lagi persoalan ialah ikhlas semasa menjalankan tugas.
Walaupun terpaksa bekerja sebagai tukang kebun, dia bekerja
dengan bersungguh-sungguh. Ramai tetamuyang datang ke
rumah Datuk Johari memuji cara Hilmi menggubah halaman
rumahnya itu. Persoalan lain yang menarik ialah keangkuhan
manusia akibat sikap sombong dan bangga diri. Hal ini tergambar
pada watak Datin Salmah yang sentiasa memburuk-burukkan
Hilmi agar dapat menghalaunya dari rumah.

soalan 2

Latar

Latar tempat bagi novel Konserto Terakhir ialah rumah Datuk


Johari. Antaranya kehadiran Hilmi, pekerjaan Hilmi sebagai tukang
kebu, hubungan Hilmi dengan Hayati, krisis antara hilmi dengan
Datin Salmah, hilmi bermain piano Hayati, hubungan Hayati
dengan Mohsin, dan Datuk Johari mati.

Latar masa pula ialah sebelum tahun 1980. Pada masa


pegawai Inggeris masih bertugas di Malaysia. Contohnya Tuan
Milton diminta oleh Datuk Johari memberikan pekerjaan untuk
Hilmi.

Akhirnya latar masyarakat ialah masyarakat bandar yang


tidak mengamalkan semangat kejiranan. Ini boleh dilihat dalam
hubungan antara Datuk Johari dangan dr.Nathan. Datuk Johari dan
Datin Salmah marah kepada Hilmi kerana mengambil tanah hitam
yang diberikan oleh dr.Nathan. Datin Salmah juga melarang Mak
Minah berbual dangan Mamat dan isteriinya yang bekerja dengan
dr.Nathan.
soalan 3

Watak Utama

Watak protagonis dalam novel Konserto Terakhir ialah Hilmi.


Hilmi memiliki banyak nilai murni yang boleh diteladani oleh
orang lain. Nilai murni yang ditonjolkan oleh Hilmi ialah kasih
sayang. Hilmi amat menyayangi Hayati sehingga berasa cemburu
apabila melihat Hayati berjalan bersama dengan Mohsin.
Amanah. Hilmi menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya
dengan baik. Sebagai tukang kebun dia menjaga kebun rumah
Datuk Johari dengan baik. Kerajinan. Hilmi sentiasa menunjukkan
sikap krajinan sama ada sebagai tukang kebun ataupun sebagai
pemuzik. Sikap kerajinan inilah yang menyebabkan Hilmi menjadi
pemuzik yang terkenal. Kesabaran. Walaupun Datin Salmah
memberi layanan yang buruk dan menghinanya, Hilmi tetap
bersabar dan tidak langsung menentang Datin Salmah. Ketaatan.
Hilmi tetap taat kepada Datuk dan Datin walaupun diberi layanan
buruk. Dia juga taat kepada perintah Allah. Walaupun dia sibuk
dengan tugasnya, dia tidak pernah lupa mendirikan sembahyang.
soalan 4

Contoh Peristiwa Nilai Kerjasama, Bertanggungjawab, dan Gigih.

Semangat kerjasama Encik Bakar pemimpin quartet yang


berjaya kerana mendapat sokongan duripada semua ahli
kumpulannya yang dianggap seperti satu keluarga. Begitu Juga
dengan kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan.
Semangat ltu ditunjukkan oleh Orkes Hilmi ketiku Hilmi
dimasukkan ke hospital dan Pertunjukan Orkes Perdana itu
berjaya dan mendapat pujian.
Nilai bertanggungjawab dapat dilihat pada Hilmi yang
bekerja dengan baik sebagai tukang kebun kerana adalah tugas
yang diberikan kepadanya.selain itu Ketua Pengarah RTM
menunaikan tanggungjawabnya dengan amanah untuk
memastikan persembahan Orkes Perdana RTM berjalan lancar.
Akhir sekali ialah nilai gigih. Nilai ini dapat dilihat pada Ketua
Pengarah RTM yang berusaha mencari Hilmi pada malam
pertunjukan Orkes Perdana. Setelah gagal, dia berusaha pula
mencari pengganti.
soalan 5

peristiwa plot

Plot klimaks dalam cerita ini ialah Hilmi telah berjaya


memainkan pelbagai alat muzik dan menggubah lagu. Akhimya
Hilmi ditawarkan untuk menyertai quartet Endk Bakar dan
terkenal sebagai ‘Pemain Biola Hikmat Malaysia. Hilmi dan Azizah
juga telah menubuhkan Kugiran Dahlia. Hilmi dan Azizah telah
diijabkabulkan dan kemudiannya memperolehi seorang anak
lelaki. Walau bagaimanapun rumah tangga mereka tidak kekal
lama. Hilmi juga bertambah sedih setelah kematian Encik Bakar.
Hilmi juga telah bertungkus lumus menyiapkan satu alrangement
yang diberi nama ‘Hilmi Potpouri’ untuk satu Pertunjukan Orkes
Perdana.

Manakala perleraiannya ialah Hilmi jatuh sakit dan tidak


dapat memimpin Pertunjukan Orkes Perdana. Hayati telah muncul
menggantikan Hilmi. Pada masa yang sama, di hospital, Pak
Karim telah bertemu Datuk Johari dan telah mendedahkan rahsia
sebenar Hilmi. Datuk Johari telah insaf dan akhimya meninggal
dunia kerana terkejut mendapat berita kematian Hilmi.
soalan 6

Pengajaran

Antara pengajaran yang dapat kita pelajari dalam novel


Konserto Terakhir ialah jangan mementingkan pangkat dan
kedudukan hingga menghina orang lain. Datin Salmah yang
memandang hina orang kampung yang miskin kerana tidak
setaraf denag kaum keluarganya yang berpangkat tinggi.

Selain itu, kita hendaklah ada rasa simpati dan belas kasihan
terhadap seseorang yang bernasib malang. Bukti pengajaran ini
ialah Hayati bersimpati terhadap Hilmi yang tidak makn kerana
dilarang oleh emaknya. Hayati memujuk Hilmi untuk makan.

Pengajaran terakhir ialah kita hendaklah insaf apabila


melakukan sesuatu kesalahan. Ketua Pengarah RTM insaf
perbuatannya yang tidak mentaati perintah Allah s.w.t dan
berjanji dalam hatinya akan tat segala perintah-Nya.

Anda mungkin juga menyukai