PENDEKATAN BELAJAR BAHASA ARAB SECARA BERKESAN Bahasa Arab adalah Bahasa Internasional yang tidak asing lagi seantero dunia. Ianya semakin popular dikalangan intelektual dan orang awam bukan sahaja untuk tujuan pertuturan bahkan lebih dari itu adalah sarana untuk menimba ilmu pengetahuan agama. Maka adalah dikesalkan jika orang Islam meninggalkan bahasa Arab yang juga dikenali sebagai Bahasa Syurga dan lebih menyedihkan mengangap bahasa Arab tidak relevan didalam kehidupan seseorang muslim. Kebanyakan insan yang mempelajari bahasa Arab adalah didorong oleh perasaan ingin tahu jauhar Bahasa Arab secara intensif dengan menghadiri pelbagai kursus dan mempelajari pelbagai method yang sering dipertingkatkan demi mamajukan keupayaan menguasai bahasa Arab dan kefahaman secara global.
melalui sistem atau kaedah yang sedia ada telah diguna pakai? Sungguh sukar untuk menjawab soalan yang abstrak ini, disamping kesuntukan masa yang terhad dan kesukaran untuk mendapatkan matlumat untuk dianalisa. Tetapi apa yang dapat dikongsi bersama dalam usaha mencari elemen-elemen pemangkin dan mampan untuk merealisasikan keberkesanan mempelajari Bahasa Arab ini adalah satu tanggungjawab yang murni kerana ia akan menyumbang kepada prasarana perkembangan bahasa tersebut disamping menanam sikap dan budaya mempejari bahasa-bahasa yang lain. Untuk tujuan ini tidaklah semudah yang kita perkatakan, seperti pepatah Melayu ada menyebut berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ini menunjukkan bahasa Arab ini adalah suatu bahasa yang amat sukar berbanding dengan bahasa yang lain. Ini sememangnya diakui sehingga ia dikenali dengan bahasa dha, disebabkan kesukaran bangsa lain menyebut huruf tersebut yang tidak
terdapat dalam mana-mana huruf konsonan yang dituturkan oleh sesuatu bangsa yang lain di atas muka bumi ini. Dalam perbincangan ini, beberapa method yang diakui meningkatkan potensi keberkesanan mempelajari bahasa Arab dengan mudah dan cepat kerana melalui beberapa modul sahaja mereka bukan sahaja sekadar boleh bertutur bahkan melalui proses yang sama mereka juga bijak menggunakan ( maharah) kemahiran dan ( khibrah) pengalaman untuk mengkaji dan mutalaah buku-buku dalam bahasa Arab secara ( mutalaah zatiah) bersendirian. Pemakaian method-method ini, boleh kita klasifikasikan kepada tiga method utama seperti di bawah ini : 1 Method Asasi ( al-Qaedah al-Asasiyyah ) : a . Pembacaan . b . Mendengar dan Visual. c . Menulis. d Bertutur. 2 Method Pengukuhan ( al-Qaedah al-Mukathafah ) : a . Pembacaan. b. c. d. e. Mendengar dan Visual. Menulis. Bertutur. Sosial intensif ( Aktiviti Luar ).
3 Method Pemantapan ( al-Qaedah ad-Dhabtiyyah) : a . Pembacaan. b . Mendengar dan Visual. c . Bertutur. d . Menulis. e. Sosial Intensif ( Aktiviti Luar ).
Insya Allah, melalui huraian terperinci setiap method-method ini dan peringkat perlaksanaan akan menjelaskan proses perkembangan luaran dan dalaman pengimplimentasian Bahasa Arab yang baik. Bagaimana method pembacaan dapat merealisasikan pembelajaran Bahasa Arab dengan mudah dan berkesan? Perlaksanaan method ini, seharusnya dijalankan secara berperingkat yang mana method yang sepatutnya didahulukan adalah diutamakan demi kelancaran dari segi kualiti dan mutu penguasaan yang baik.
dicerakinkan akan menambahkan minat audien dan ini akan menimbulkan tindakbalas yang positif. c. Menulis (Kitabah ). Pemakaian method ini, adalah pemangkin yang memanpankan lagi urutan yang kedua di atas. Proses pemakaian method ini akan melancarkan perkembangan pembelajaran Bahasa Arab. Penulisan yang dimaksudkan keselarasan dengan proses urutan yang telah ditetapkan. Namun begitu, penambahan bahan luaran juga digalakkan untuk mengembangkan lagi reputasi dan potensi Bahasa Arab aidien. d. Bertutur ( Muhadathah ). Pemakaian method ini, merupakan peringkat kelancaran setelah melalui urutan-urutan method yang sedia ada. Proses method ini, adalah untuk merealisasikan setiap apa yang telah dipelajari dan menambahkan lagi kemahiran dengan cuba menyelami gaya sebutan dan lafaz asal Arab. Pada peringkat ini juga, perlu disemaikan semangat mencintai bahasa kedua terutamanya Bahasa Arab. e. Sosial Intensif ( Mukatthaf al-Ijtimai ). Pemakaian method ini adalah satu perancangan susulan, inisiatif daripada audien sendiri dalam mengusai Bahasa Arab. Ini termasuk dengan program social, kelab Bahasa Arab dan melakukan aktiviti yang membabitkan penggunaan bahasa Arab seperti mengadakan lawatan serta mententatifkan minggu Bahasa Arab. melibatkan skop yang menjadi modul pembelajaran yang diambil. Ini perlu ditekankan untuk menjamin
pemakaian Method Sosial Intensif pada peringkat ini mengikut keperluan kerana ia juga masih menyumbang kearah pengukuhan pembelajaran Bahasa Arab seterusnya.
Seterusnya, Method Sosial Intensif juga dilihat kepada keperluan, bagi membuka minda audien supaya lebih teles dan berkeyakinan dengan pertuturan mereka. Program beramah mesra dengan tenaga pengajar IPTS samada tempatan mauhupun luar negara dan seumpamanya dapat memberi peluang kepada mereka yang berminat mengembangkan lagi penggunaan Bahasa Arab . Tambahan dari itu, progran di radio dan telivisyen juga dapat menghubungkan audien dengan dunia Bahasa Arab. Penutup Pembelajaran dan pendekatan yang berkesan Bahasa Arab Moden pada hari ini sering diperkata dan dibincangkan setiap masa oleh mereka yang prihatin dan cintakan budaya dan peradaban bahasa tersebut. Pendek kata, kebanyakan rakyat Malaysia sudah lama menjiwai bahasa Arab bahkan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri telah mewajibkan di sekolah-sekolah subjek Bahasa Arab. Namun begitu langkah atau pendekatan dari segi modul dan fasilitator yang menyeliakan program perlu peka agar dapat memberi nafas baru yang lebih berkesan dan dapat dijiwai kehebatannya. Bertitik tolak dari ungkapan ini, tercetuslah buah fikiran untuk merealisasikan pembelajaran dan penghayatan Bahasa Arab yang berkesan melalui pendekatan method-method seperti yang telah dihuraikan di atas. Saya percaya, sekiranya ia berjaya dilaksanakan hasil integriti antara teori dan praktikal akan melahirkan kredibiliti dan abiliti yang akan mereformasikan lagi tesaurus perbendaharaan Bahasa Arab Moden.
http://tazkirahati.blogspot.com/2011/10/pendekatan-belajar-bahasa-arabsecara.html