Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kelenturan, dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Gimnastik merupakan salah satu sukan yang terdapat di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebut menunjukkan bahawa gimnastik pada mulanya berfungsi sebagai alat kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan pada masyarakat umum. Gimnastik dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu termasuklah gimnastik Pendidikan, Artistik, Irama, Trampolin, Paparan atau Umum, Aerobik dan juga gimnastik Akrobatik. Bagi menguasai setiap gimnastik, konsep asas gimnastik perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu konsep, imbangan, kelenturan dan konsep koordinasi. Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia, pengaplikasiannya dalam bilik darjah merupakan langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap individu pada peringkat awal khususnya pada kanak-kanak. Gimnastik Pendidikan amat penting bagi kanak-kanak kerana dapat

mempertingkat pergerakan motor dan koordinasi. Gimnastik ini juga dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak psikomotor. dari aspek afektif, kognitif dan

2.0 Konsep Gimnastik Pendidikan Gimnastik Pendidikan adalah satu bidang aktiviti yang kreatif serta memberi kepuasan dan mempunyai matlamat tertentu. Pelajar dapat mencipta rangkaianrangkaian pergerakan dengan atau tanpa alat hanya dengan mempelajari Gimnastik Pendidikan. Walau bagaimanapun, suasana selamat harus disediakan serta bimbingan, sokongan, dan rangsangan perlu diberi setiap masa kepada pelajar agar mereka boleh mencipta dan mengubah suai mengikut kehendak mereka. pelajar juga harus didedahkan tentang pergerakan kerana semua pergerakan adalah berkait rapat antara satu sama lain dalam rangkaian yang lebih efisien. Pelajar dibenarkan melakukan apa saja pergerakan mengikut kemampuan mereka. Mereka tidak sepatutnya dipaksa atau didesak untuk melakukan perkara yang tidak mampu oleh mereka. Pergerakan asas dalam Gimnastik Pendidikan merangkumi tiga konsep iaitu kelenturan, keseimbangan dan koordinasi. Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara

lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik. Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan. Contoh gerakan bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada bahagian-bahagian kegiatan gerak jalan. Gerakan ayunan ke depan merupakan fleksi dan ayunan ke belakang disebut fleksi atau ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986), kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian artikulasi dan penyambung otot. Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang 2

mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam darah kita. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti. 3.0 Tema Dalam Gimnastik Pendidikan Pergerakan asas Gimnastik artistik dan Gimnastik Irama adalah pergerakan dalam Gimnastik Pendidikan. Pergerakan Gimnastik Pendidikan berasaskan lapan tema (Ramakrisnan, 1998). Oleh itu, terdapat lapan tema dalam Gimnastik Pendidikan. Antara tema dalam Gimnastik Pendidikan ialah: Kesedaran tubuh badan Kesedaran ruang Kesedaran masa Kesedaran perkaitan antara tubuh badan Kesedaran beban Kesedaran aliran Kesedaran perkaitan dengan orang lain Kesedaran ritma

Tema 1: Kesedaran tubuh badan Tema ini memberi peluang seseorang individu untuk mengenali bahagian-bahagian tubuh badan dan mengawal segala pergerakan. Tema ini boleh meningkatkan perkembangan psikomotor dan membantu seseorang melakukan pergerakan kreatif.Bahagian tubuh badan boleh digerakkan dengan pelbagai cara iaitu: 1. Lakuan asas tubuh badan Meringkuk Melunjur Memulas 3

Menghayun

2. Lakuan bahagian tubuh badan Sokongan beban Bahagian tubuh mendahului pergerakan Menerima beban tubuh badan

3. Aktiviti tubuh badan Pergerakan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor

4. Bentuk tubuh badan Lurus Lebar Bulat

Tema ini menggalakkan pelajar untuk melakukan berbagai-bagai gerakan. Pemilihan dan pengawalan adalah mengikut kesesuaian keadaan, keselamatan pelajar dan kemampuan. Jenis pergerakan Maksud jenis pergerakan Aktiviti
Berjalan, berlari, merangkak, dan berjalan secara melutut. Gulingan, guling balak, menarik dan menolak. Lompat bintang, lompat dakap dan lompat layang.

Bergerak secara sentuhan Bergerak dengan bahagian pada tubuh bersilang badan berselang seli menyentuh lantai. Bergerak secara setuhan Bergerak dengan bahagian selalu
tubuh badan lantai sentiasa. menyentuh

Bergerak tanpa sentuhan Bergerak seketika

dengan seluruh tubuh badan di udara seketika bahagian tubuh.

Menyokong beban pada Bergerak dengan beban di bahagian tubuh

Membuat berbagai bentuk Membentukkan tubuh badan menggunakan badan Membekukan tubuh badan
Berhenti bergerak isyarat diberi. apabila

bentuk panjang, pendek.

menjadi

besar,

kecil,

Membawa pundi kacang di atas kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan Pergerakan mengikut situasi seperti: bunga sedang kembang arnab tidur dalam lubang galah menjulang awan kain dilipat dua

Galop
Lompat kanggaru dalam arah zig-zag Lompat ke dalam gelung rotan Menyusup di bawah palang

Merangkaikan

dua

atau Merangkaikan

lebih pergerakan

beberapa kemahiran ke dalam satu bentuk permainan kecil.

Tema 2: Kesedaran ruang Ruang adalah kawasan atau persekitaran yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ianya terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. a) Ruang diri Ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. b) Ruang am Kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan

pergerakan. Pemilihan dan pengawalan pergerakan dalam penggunaan ruang perlu mengikut situasi, keperluan dan keselamatan. Terdapat banyak gerakan berkaitan dengan ruang. Selain itu, terdapat pecahan-pecahan tema kemahiran yang perlu di pelajari dan dikuasai oleh pelajar iaitu:

i.

Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang. Pergerakan dalam kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.

ii.

Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri. Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan.

iii.

Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang

lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.

iv.

Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.

v.

Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.

Tema 3: Kesedaran masa Tema ini memfokuskan tentang kawalan masa dalam melakukan sesuatu pergerakan. Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan berkait rapat dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alatan. Kesedaran masa mempunyai perkaitan dengan tubuh badan, beban, aliran dan ritma. Berikut adalah sub tema berdasarkan kemahiran pergerakan:

a. Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza.


Bergerak menggunakan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, serta-merta dan kawal-lambat.

Jalan dengan cepat

Berdiri tegak dan berjalan lambat

Berjalan lambat ke serta-merta b. Bergerak dengan memilih kelajuan yang sesuai Memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat dan kemampuan pelajar.

Bergerak dengan pelbagai kelajuan yang sesuai c. Bergerak dengan mengawal kelajuan Bergerak dengan mengawal kelajuan sama ada pantas atau lambat

Mengawal kelajuan dalam pergerakan d. Menggerakan bahagian tubuh badan untuk memilih kelajuan yang sesuai Pelajar dikehendaki melakukan pergerakan tubuh badan bagi mengenal pasti kelajuan yang sesuai untuksetiap pergerakan.

Mengaplikasikan pemilihan kelajuan yang sesuai dalam pelakuan dirian tangan e. Merungkai pergerakan dengan menggunakan dua atau lebih aspek masa Melakukan beberapa pergerakan dengan menerapkan dua atau lebih aspek masa seperti cepat, lambat, serta-merta, dan kawal lambat.

Rangkaian pergerakan dengan penggabungan aspek masa (cepat, lambat,serta-merta dan kawal-lambat).

Tema 4: Kesedaran Perkaitan Antara Pelbagai Bahagian Tubuh Badan. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan bermakna perhubungan satu bahagian tubuh badan dengan bahagian badan yang lain atau perhubungan tubuh badan dengan objek seperti lantai atau alatan. Lakuan perkaitan pergerakan adalah seperti sokongan badan, bahagian tubuh badan yang mendahului, aplikasi kuasa, menerima kuasa dan bentuk tubuh badan.

Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian badan dengan bahagian badan yang lain.

Bergerak dengan menggunkan sekurang-kurangnya dua bahagian tubuh badan seperti tangan dan kaki. Satu bahagian badan bergantung kepada bahagian tubuh badan yang lain untuk melakukan pergerakan.

Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan di antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain. Menggerakkan bahagian tubuh badan akan menukar bentuk pergerakan atau pergerakan bahagian lain. Imbangan membantu pertukaran pergerakan.

Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan. Menggerakkan bahagian tubuh badan semasa berada di alatan. Pergerakan boleh dilakukan di atas, bawah dan melalui alat atau alatan digunakan sebagai halangan.

Mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan yang baru dengan menggunkan bahagian tubuh badan untuk mendahului pergerakan. Mengalih beban bermaksud menukar kedudukan tapak imbangan asal ke tapak imbangan yang lain seperti dari sokongan punggung ke bahu atau tangan. Semasa mengalih beban, bahagian tubuh badan yang sesuai hendaklah didahului untuk memulakan pergerakan.

Mencipta bentuk badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan. Untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki, kedudukan bahagian tubuh badan seperti abdomen dan tangan hendaklah ditentukan dahulu.

Kedudukan tubuh boleh berdasarkan pada satu, dua, atau lebih bahagian badan.

Tema 5: Kesedaran Beban Tema kesedaran beban dalam gimnastik pendidikan adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan. Pelajar dapat mengawal kekuatan dan mengenal pasti kemampuan otot mereka dalam pergerakan. Melalui tema ini guru harus memberikan senario dan tugas kepada pelajar untuk pelajar memahami

tema ini dengan lebih baik. Guru juga harus melakukan demonstrasi untuk memberi gambaran dengan jelas tentang tugas yang diberikan.

Bergerak berbagai-bagai cara dan membeku. Pergerakan dilakukan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap pergerakan menggambarkan beberapa kualiti beban seperti tegap, kuat, tegang, lembut, ringan dan tenang. Kualiti meregang dan mengendur dapat dilihat semasa membeku. Pelajar boleh melakukan pergerakan berbagaibagai cara mengikut kreativiti. Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan Bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kawalan otot yang berbeza seperti berat dan ringan. Pelajar boleh mempelbagaikan pergerakan dengan bergerak menggunkan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot. Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan Bergerak dengan kualiti berat dan ringan dengan menggunkan alatan. Alatan boleh digunakan secara maksimum seperti di atas, bawah, keliling dan sisi. Pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis alatan berdasarkan kemampuan serta selamat.

Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti Berat dan


Ringan Tanpa atau dengan Alatan Pergerakan ini menggabungkan kesemua pergerakan di atas sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan. Pelajar merangkaikan beberapa pergerakan yang menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot tanpa alatan atau dengan alatan. Semasa melakukan aktiviti ini pelajar akan merangkaikan beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan. Guru

memastikan rangkaian pergerakan dilakukan dengan cekap dan berkesan sambil menggunakan ruang dan alatan secara maksimum.

10

Tema 6: Kesedaran Aliran Kesedaran aliran dapat dilihat apabila beberapa pergerakan dirangkai dengan berurutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat. Dalam memperkembangkan aliran pergerakan, penekanan diberi terhadap: i. Pilihan dan lakuan pergerakan yang sesuai. ii. Ulangan rangkaian pergerakan yang sesuai. iii. Kelicinan pergerakan dalam sesuatu rangkaian. iv. Pilihan pergerakan mencabar untuk dirangkaikan. terdapat tiga jenis rangkaian pergerakan iaitu secara bebas, terikat dan bebas dan terikat. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar dan berterusan tanpa henti. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkordinasi. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan Terikat Pergerakan secara aliran bebas dan terikat digabungkan menjadi rangkaian yang licin, lancar dan berterusan. Tema 7: Kesedaran Perkaitan Dengan Orang Lain Kesedaran memberi peluang kepada seseorang individu melakukan berbagai pergerakan bersama rakan-rakan. Setiap individu menyesuaikan pergerakan dengan secara berpasangan atau berkumpulan. Perkaitan ini boleh dilakukan dengan cara: i. Meniru = ketua melakukan, pengikut memerhati dan meniru pergerakan ketua. ii. Memadan = beberapa orang melakukan pergerakan yang sama serentak. Pemilihan pergerakan dan rangkaian ditentu dan dilatih terlebih dahulu. 11

iii. Lakuan Cermin = berpasangan dan dalam kumpulan melakukan pergerakan yang sama seperti lakuan dalam cermin. Kesedaran perkaitan dengan orang lain terbahagi kepada tiga pergerakan.

Bergerak berbagai Cara dengan Pasangan Boleh dilakukan dalam bentuk meniru, memadan dan lakuan cermin. Rangkaian pergerakan berpasangan boleh dilakukan seperti kanun, berselang-seli dan berturutan.

Bergerak berbagai-bagai cara dengan rakan secara sentuhan badan. Bergerak dengan rakan-rakan boleh dilakukan secara sentuhan badan untuk menyokong beban, mengimbangi rakan dan membantu rakan mengekalkan kedudukan badan. Sesuatu pergerakan itu tidak boleh dilakukan tanpa sokongan.

Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Pergerakan yang boleh dilakukan ialah secara meniru, memadan dan lakuan cermin.

Tema 8: Kesedaran ritma Tema ini bertujuan untuk memperkembangkan kesedaran ritma pergerakan. Tumpuan ritma termasuk masa, beban serta aliran yang lebih dirasakan dalam rangkaian pergerakan atau pergerakan yang berulang-ulang.

Mendapatkan ritma dari berbagai-bagai pergerakan. Setiap pergerakan mempunyai ritmanya tersendiri. Ritma yang berlainan diperolehi dengan melakukan pelbagai pergerakan. Ritma boleh dihasilkan dengan bertepuk tangan, menghentak kaki, menghitung dan sebagainya.

Menggunakan corak ritma untuk melakukan pergerakan. Corak ritma adalah gabungan berbagai ritma. Corak ritma mempunyai rentak mendatar, tinggi, rendah dan terputus-putus. Rentak ritma boleh dilakukan dengan lembut, perlahan, kuat, cepat, sederhana, lambat dan sebagainya. Corak ritma perlu dilakukan berulang-ulang.

12

Merangkaikan aliran pergerakan dengan corak ritma. Aliran pergerakan adalah rangkaian pergerakan yang mempunyai permulaan dan penghabisan yang tertentu. Aliran corak ritma hendaklah kemas, licin dan berterusan. Aliran rangkaian pergerakan dihasilkan daripada corak ritma pergerakan yang berulang-ulang.

4.0 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahkan cara pembinaan ilmu, menetukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Guru hendaklah merancang pengajaran lebih awal agar dapat menarik perhatian dan minat pelajar di dalam kelas. Guru hendaklah mengajar satu kemahiran sahaja dalam satu masa. Masa juga hendaklah dihadkan dan hendaklah mencukupi untuk sesuatu gerak kerja. Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan latih tubi dan memastikan semua murid mengambil bahagian sepenuhnya.murid juga mesti diajar latih tubi secara ansurmaju dengan cara mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihan yang dilakukan hendaklah mempunyai kesinambungan. Dalam waktu pengajaran, tenaga pengajar hendaklah berada berada di tempat yang sesuai agar mudah dilihat oleh murid. Langkah mengajar perlu ada aspek 5P iaitu: Penerangan Praktik Perlakuan Permainan Penyeliaan

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Dalam proses pembelajaran, murid hendaklah mempunyai minat terhadap apa yang dipelajarinya. Murid juga hendaklah menumpukan perhatian dalam pelajaran. Pembelajaran memerlukan latih tubi dan penglibatan pelajar untuk mencapai sesuatu matlamat.

13

Alam belajar yang kondusif boleh menggalakkan pengalaman belajar dan penglibatan murid yang aktif secara optimum. Alam belajar yang selamat dan merangsangkan boleh mencetuskan minat dan kreativiti murid. Murid perlu diberi kebebasan belajar berdasarkan gaya belajar, gaya berfikir, minat serta masa yang cukup. Beberapa strategi yang boleh menggalakkan main dan kreativiti dalam bilik darjah. Kiu fizikal. Murid perlu dibenarkan menggunakan objek-objek atau bahanbahan dalam pembelajaran mereka. Guru perlu menyediakan bahan yang menarik, berguna dan selamat. Playfulness. Guru perlu memodel peranan-peranan yang kreatif supaya murid boleh mengikutinya. Contohnya, guru perlu menunjukkan semangat mengajar supaya murid boleh juga berasa keghairahan dan merangsangkan naluri ingin tahu mereka. Explorasi meneroka objek-objek baru

14

5.0 Penutup Kesimpulannya, Gimnastik Pendidikan amat penting kepada perkembangan afektif, kognitif dan psikomotor kanak-kanak. Pergerakan-pergerakan dalam Gimnastik Pendidikan merupakan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dan pergerakan asas dalam Gimnastik Artistik dan Gimrama. Guru hendaklah mendedahkan kepada pelajar tentang tema-tema dalam Gimnastik Pendidikan kerana itulah pergerakan asas yang perlu dikuasai pelajar. Pergerakan gimnastik tersebut dapat diaplikasikan dalam konteks pendidikan yang mana dapat memberi peluang kepada setiap individu untuk berjaya dalam hidup khususnya mereka yang memiliki kecerdasan kinestetik. Dengan pengaplikasian dalam bilik darjah, dapat memberi ruang dan peluang seseorang individu yang memiliki kecerdasan tersebut untuk mengasah dan mempertingkatkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka tanpa mereka sedari. Setiap individu yang dilahirkan memiliki kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Oleh itu, pengaplikasian gerakan gimnastik amatlah wajar untuk diaplikasikan dalam bilik darjah ekoran pelbagai manfaat dapat diperoleh. Sesungguhnya, ukuran pencapaian seseorang individu tidak terletak pada pencapaian akademik semata-mata.

15

6.0 Refleksi Gimnastik Pendidikan amat penting bagi kanak-kanak kerana dapat

mempertingkat pergerakan motor dan koordinasi. Gimnastik ini juga dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak psikomotor. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang kepentingan gimnastik kepada kanak-kanak. Kepentingan gimnastik adalah kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan mudah dilakukan oleh kanak-kanak dan aktiviti ini melibatkan ketangkasan serta lompatan yang dilakukan kanak-kanak. Hal ini demikian akan menambahkan lagi pengalaman latihan jasmani secara menyeluruh untuk seseorang kanak-kanak di dalam bilik darjah. Keunggulan aktiviti gimnastik ini ialah kebanyakkan acaranya bersifat perseorangan dan kanak-kanak itu akan terpaksa menghadapi cabarannya tersendiri. Apabila kanak-kanak itu dapat menghadapi cabaran yang dilaluinya, mereka akan dapat meningkatkan daya fikiran, dari aspek afektif, kognitif dan

menambahkan keyakinan pada diri sendiri dan juga keberanian dalam menempuh pelbagai pergerakan dalam gimnastik. Selain itu seorang kanak-kanak itu akan dapat mengembangkan perkembangan motor kasar dan juga motor halus mereka. Hal ini demikian kerana, pergerakan dalam gimnastik berkaitan dengan pergerakan lokomotor dan juga pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang melibatkan motor kasar. Pergerakan ini dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat asal. Manakala pergerakan bukan lokomotor atau pergerakan motor halus melibatkan keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih kedudukan. Kepentingan gimnastik lain ialah mencabar daya fikiran kanak-kanak. Apabila kanak-kanak melakukan pelbagai pergerakan, mereka akan berfikir secara lebih meluas untuk menambahkan lagi aksi atau pergerakan yang baru. Dengan pengaplikasian dalam bilik darjah, dapat memberi ruang dan peluang seseorang individu yang memiliki kecerdasan tersebut untuk mengasah dan mempertingkatkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka tanpa mereka sedari. Setiap individu yang dilahirkan memiliki kelebihan dan kecenderungan masingmasing. Oleh itu, pengaplikasian gerakan gimnastik amatlah wajar untuk diaplikasikan dalam bilik darjah ekoran pelbagai manfaat dapat diperoleh. Oleh itu, saya dapat mengetahui bagaimana pergerakan gimnastik meningkatkan pergerakan dan perkembangan kanak-kanak dari aspek afektif, kognitif dan psikomotor.

16

Anda mungkin juga menyukai