Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA TAHUN 2012

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 11 Januari 2012 : 1.30 petang : Pusat Sumber SK Sungai Batu : 1. Encik Nordin Bakki Bin Mohamad Isa 2. Puan Jasmin Binti Jaafar 3. Encik Hafizan Bin Ahmad 4. Puan Siti Meryam Binti Hashim

Bersama-sama hadir : Tuan Haji Mohd Yasin Bin Osman (Guru Besar) BIL 1 PERKARA Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru dapat menghadiri Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali yang pertama bagi sesi persekolahan tahun 2012. Tindakan Pengerusi 2 Melantik Setiausaha Panitia Encik Nordin Bakki mencadangkan Puan Noorafizah sebagai Setiausaha Panitia bagi sesi 2012. Disokong oleh Puan Jasmin. Tindakan Pengerusi 3 Mengesahkan Minit Mesyuarat Puan Siti Meryam mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Disokong oleh Encik Nordin Bakki. Tindakan Pengerusi 4 Perkara Berbangkit Tiada perkara berbangkit. Perkara Yang Dibincangkan 5.1 Pengerusi mengharapkan guru-guru Bahasa Melayu dapat menyediakan bahanbahan berikut sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan: - Sukatan Pelajaran - Huraian Sukatan Pelajaran - Rancangan Tahunan
1

Tindakan Semua guru Bahasa Melayu 5.2 Sasaran UPSR 2012 Sebulat suara bersetuju sasaran UPSR 2012 ialah: Pemahaman 95% Penulisan - 90% Bagi UPSR 2011 penurunan peratus dalam kertas penulisan disebabkan ramai murid tidak dapat menjawab bahagian B dan bahagian C (nilai murni). Sejajar dengan itu, Pengerusi berharap bagi tahun 2012, guru-guru sentiasa mencari bahan-bahan terbaru selaras dengan perkembangan soalan yang semakin mencabar kebelakangan ini. Tindakan Guru Bahasa Melayu Tahun 6 5.3 Headcount Bagi melihat pencapaian murid pada tahun 2011, TOV adalah seperti berikut: Pemahaman Penulisan Tahun 2 68.42% 78.95% Tahun 3 70.45% 70.45% Tahun 4 69.23% 41.03% Tahun 5 76.47% 78.43% Tindakan Semua guru Bahasa Melayu 5.4 Program Kecemerlangan UPSR Program 3P (Pengayaan, Pengukuhan dan Pemulihan) Program Menyalin Karangan (1 Hari 1 Karangan) Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Latih Tubi UPSR Tindakan Semua guru Bahasa Melayu Tahap 2 5.5 PLBS haruslah dijalankan setelah borang diedarkan kepada semua guru Bahasa Melayu. Setiap penggal sekurang-kurangnya sekali. Tindakan Semua guru Bahasa Melayu 5.6 Kelas LINUS Puan Jasmin menjelaskan setakat ini ada empat orang murid yang tidak melepasi tahap yang dikehendaki daripada 29 orang murid (keseluruhan Tahun 1) yang kini mereka berada di Tahun 2.
2

Tindakan Guru Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 2 5.7 Program PROTIM Pengerusi memaklumkan bahawa program PROTIM mestilah dijalankan setelah soalan diterima. Tindakan Guru Bahasa Melayu Tahap 2 5.8 - Kelas Pemulihan Puan Siti Meryam menjelaskan bahawa jumlah murid belum dijangkakan bahkan segelintirnya adalah daripada murid Tahun 6. Tindakan Puan Siti Meryam 5.9 KSSR Puan Jasmin mengedarkan salinan draf KSSR Tahun 1 dan Tahun 2 bagi Bahasa Melayu. Perubahan ialah dari segi kemahiran daripada aras kedua-dua bahagian iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis ditekankan dalam KSSR. Fokus KSSR ialah murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan kemahiran berbahasa dan menguasai bahasa dan boleh berkomunikasi secara berkesan dalam pembelajaran dan kehidupan. Selain itu, Puan Jasmin berkata bahawa KBT (Kemahiran Bernilai Tambah) juga telah bertambah. Misalnya, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi. Tindakan Guru Bahasa Melayu Tahun 1 dan Tahun 2 6 Hal hal lain 6.1 Puan Jasmin menjelaskan setiap murid Tahun 1 akan dibekalkan dengan satu fail khas untuk Bahasa Melayu. Mereka ada 7 fail termasuk Bahasa Melayu. Fail ini akan dibawa naik ke Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6. Tahun 2016 nanti 40% markah murid daripada pentaksiran yang terkandung di dalam fail tersebut. Manakala 60% lagi markah murid adalah daripada peperiksaan. Ini berbeza dengan sekarang di mana keputusan peperiksaan UPSR 100% adalah daripada peperiksaan. 6.1 - Encik Nordin Bakki mencadangkan agar Panitia Bahasa Melayu mengadakan pertandingan seperti pertandingan bercerita, syarahan dan bersyair agar dapat memberi keyakinan kepada murid untuk bertutur dengan baik di samping sebagai persediaan untuk mewakili sekolah. 6.2 Puan Jasmin mengharapkan bagi masa PP (Perpustakaan) yang diperuntukkan
3

satu masa Bahasa Melayu, guru-guru mestilah memastikan murid-murid mencatat di dalam buku NILAM. Tindakan Semua guru Bahasa Melayu 7 Ucapan Penangguhan Guru Penolong Kanan Kurikulum mengucapkan jutaan terima kasih peningkatan peratus secara keseluruhan dalam UPSR 2011. Bagi Bahasa Melayu Penulisan, beliau berharap pada tahun 2012 akan berlaku peningkatan. Beliau juga berharap programprogram yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Beliau agak bimbang dengan prestasi murid Tahun 6 Gigih. Mereka perlukan bimbingan dan pemulihan dalam kelas. Beliau juga mengharapkan bakat murid dapat ditonjolkan dalam perhimpunan sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, .. (NOORAFIZAH ABD. KADIR) S/U Panitia Bahasa Melayu SK Sungai Batu