Anda di halaman 1dari 215

P a g e | 1

UNIT 1
KONSEP HARTA, PEMILIKAN, KONTRAK DAN AHLIYYAH
DALAMMUAMALAT ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. menerangkan konsep harta dalam Islam.
2. menghuraikan pembahagian harta dalam Islam.
3. membincangkan konsep pemilikan harta dalam Islam serta pembahagiannya.
4. menghuraikan konsep aqad.
5. menjelaskan pembahagian bentuk kelayakan serta ciri-cirinya.
6. Menerangkan bentuk autoriti dalam urusan muamalah Islam.
PENGENALAN
Islam menggalakkan manusia mencari dan menggunakan harta secara wajar. Usaha manusia bagi
memiliki harta melibatkan muamalat antara mereka dengan menggunakan pelbagai bentuk aqad
(kontrak) bersesuaian dengan kehendak mereka sama ada untuk memiliki harta, menggunakan harta,
melaburkan harta dan sebagainya.
ISI KANDUNGAN
Pengertian Harta
Harta bermaksud sesuatu yang dimiliki dan dikawal (hiyazah) oleh seseorang sama ada dari segi ain
dan manfaatnya. Maksudnya sesuatu yang kita miliki dan boleh dimanfaatkan seperti rumah, kereta,
perabot dan sebagainya adalah harta.
Sesuatu barang yang boleh dimiliki atau kemungkinan untuk dimiliki juga dianggapkan sebagai harta
walaupun ia belum menjadi harta yang dimiliki oleh kita. Contohnya binatang yang masih bebas di
hutan, tanah yang belum diteroka boleh dianggap sebagai harta kerana harta tersebut berkemungkinan
untuk dimiliki dan dimanfaatkan. Sebaliknya sesuatu yang tidak boleh dimiliki walaupun boleh
dimanfaatkan seperti udara dan cahaya matahari tidak dianggap sebagai harta.
P a g e | 2
Bentuk-bentuk Harta
(1) Harta Ain
Harta ain adalah harta yang mempunyai bentuk fizikal tertentu yang jelas boleh dilihat dan
disentuh. Contohnya, rumah, kedai, kereta dan sebagainya.
(2) Harta Manfaat
Harta manfaat merujuk kepada manfaat yang terdapat pada sesuatu harta ain. Contohnya
manfaat mendiami rumah bagi penyewaan rumah dan manfaat menaiki kenderaan bagi
penyewaan kereta.
Kategori Harta
Pertama: Pembahagian Harta Dari Segi Keharusan dan Kewajaran Penggunaan
(i) Harta Bernilai (al-mal al-mutaqawwam)
Harta yang bernilai (al-mal al-mutaqawwam) ialah harta yang diiktiraf oleh syarak dengan ciri-ciri
khusus:
a) Harta tersebut dimiliki oleh pemilik berkenaan secara sah
Harta yang dimiliki secara sah, contohnya melalui jual beli, pewarisan dan lain-lain bentuk
pemilikan yang diiktiraf dianggap sebagai harta yang bernilai.
b) Harta tersebut boleh dikawal oleh pemilik
Harta yang boleh dikawal dari segi ain (fizikal) adalah harta yang bernilai di sisi syarak.
Contohnya rumah yang menjadi milikan pemilik rumah berada di bawah kawalannya, dan
pemilik menggunakannya mengikut kehendaknya sama ada menggunakannya sendiri dengan
menduduki rumah berkenaan atau mengambil manfaat dengan menyewakannya kepada
orang lain.
c) Harta tersebut boleh dimanfaatkan mengikut hukum syarak dalam keadaan biasa.
Harta yang pada tabie manusia melihatnya sebagai sesuatu yang boleh dimanfaatkan dan
bernilai. Oleh itu, sebiji beras tidak dianggap bernilai kerana lazimnya manusia tidak dapat
memanfaatkannya dalam kuantiti tersebut. Sebaliknya, ia dianggap harta yang bernilai apabila
dalam kuantiti yang lazim dapat dimanfaatkan oleh manusia (sekilogram atau seguni beras).
(ii) HartaTidak Bernilai (al-mal ghair al-mutaqawwam)
Harta yang tidak bernilai adalah harta yang tidak diiktiraf syarak dari segi pemilikan dan
penggunaannya kecuali kerana darurah(terpaksa). Harta tidak bernilai tersebut sama ada:
P a g e | 3
(a) ain atau zat harta tersebut diharamkan dari segi syarak atau tidak bernilai pada tabi
manusia.
Barang yang diharamkan dalam Islam seperti arak, daging babi adalah harta yang tidak
bernilai di sisi syarak. Orang Islam dilarang mengambil manfaat dari arak dan babi
melainkan kerana darurah. Begitu juga harta yang pada lazimnya tidak dapat dimanfaatkan
dalam keadaan biasa, seperti sebiji beras dan secebis kain tidak dianggap bernilai kerana
pada tabie manusia ia tidak dapat dimanfaatkan.
(b) barang yang ditegah dari dimiliki dan digunakan dianggap sebagai harta yang tidak bernilai
dari segi syarak, contohnya harta curi dan harta yang dirampas.
(c) Sesuatu yang tidak boleh dikawal bukan harta bernilai di sisi syarak, contohnya burung yang
berterbangan di udara, ikan di dalam laut yang belum ditangkap, barang galian dalam perut
bumi serta barang-barang harus lain seperti binatang buruan, rumput rampai adalah
dianggap sebagai harta tidak bernilai dari segi urf.
Kepentingan Pembahagian Harta Bernilai dan Tidak Bernilai
(a) Kesahihan suatu aqad (kontrak) berkait dengan bentuk harta. Harta yang bernilai dari segi
syarak sah dibuat semua jenis aqad seperti aqad jual beli, sewaan, mudarabah (pelaburan)
dan sebagainya. Sebaliknya, harta yang tidak bernilai tidak sah menjadi subjek aqad.
(b) Ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan terhadap harta. Seseorang yang merosakkan harta
bernilai secara tidak wajar dan cuai wajib membayar ganti rugi dengan barang seumpamanya
yang ada dalam pasaran atau membayar harganya jika harta berkenaan tiada dalam pasaran.
Sebaliknya, jika harta yang dirosakkan itu adalah harta tidak bernilai seperti arak dan babi,
kerosakan yang dilakukan walaupun dilakukan dengan cuai dan tidak wajar tidak wajib dibayar
ganti rugi, sekiranya harta itu kepunyaan orang Islam.
Kedua: Pembahagian Harta Dari Segi Persamaan Pada Juzuk
(i) Harta Mithliy( ) atau Harta Sebanding
Harta mithliy bermaksud harta yang ada seumpamanya di pasaran. Sekiranya ada perbezaan
antara keduanya, ia hanyalah perbezaan kecil yang tidak menjejaskan nilai.
Harta mithliy terbahagi kepada empat bahagian:
(a) Al-Makilat (barang-barang yang disukat) seperti gandum dan beras.
(b) Al-Mauzunat(barang-barang yang ditimbang) seperti kapas dan besi.
(c) Adadiyyat(barang-barang yang dihitung) seperti telur dan kelapa.
(d) Al-Dhariyyat(barang-barang yang diukur), iaitu diukur dengan ukuran seperti ela, meter dan
sebagainya. Contohnya kain sutera, kain kapas. Kain dengan corak unik yang tiada dalam
P a g e | 4
pasaran tidak dianggap sebagai harta mithliy sebaliknya dianggap sebagai harta qimiy.
Contohnya kain sutera dengan corak unik tiada dalam pasaran.
(ii) Harta Qimiy ()atau Harta Senilai
Harta qimiy ialah harta yang tiada atau sukar diperolehi bandingannya di pasaran. Walaupun ada
yang serupa di pasaran tetapi berbeza nilai (harga) di antara unit-unitnya. Contohnya seperti
binatang, tanah, pokok, rumah, batu permata, barang antik, manuskrip dan buku-buku lama.
Termasuk dalam kategori harta qimiy juga barang-barang yang dibilang yang berbeza nilai
antara satu unit dengan unit yang lain. Contohnya buah tembikai yang berlainan saiz dan jenis.
Pertukaran Harta MithliyMenjadi Harta Qimiydan Sebaliknya
(a) Sekiranya harta mithliytiada dalam stok di pasaran, ia bertukar menjadi harta qimiy.
(b) Percampuran dua harta mithliy dari jenis yang berbeza menjadikannya harta qimiy.
Contohnya percampuran gandum dan beras.
(c) Apabila harta mithliy terdedah kepada bahaya (contoh terdedah kepada terbakar), ia
berubah menjadi harta yang bernilai khusus (harta qimiy)
(d) Apabila harta mithliymenjadi cacat atau digunakan, harta mithliymenjadi harta qimiykerana
dianggap mempunyai nilai khusus.
(e) Harta qimiymenjadi harta mithliyapabila harta yang pada mulanya sedikit dan tiada dalam
pasaran menjadi banyak dan mudah diperolehi dalam pasaran. Pertukaran keadaan itu
menjadikannya tidak mempunyai nilai khusus.
Kepentingan Pembahagian Harta Mithliy dan Qimiy
Ganti rugi kerosakan yang dilakukan secara sengaja yang melibatkan harta mithliy, (contohnya
beras) memerlukan bentuk ganti rugi barang dalam jumlah atau timbangan yang sama. Bagi
harta qimiy, ganti rugi kerosakan yang dilakukan dengan sengaja di bayar dalam bentuk nilai
harga harta qimiy berkenaan.
Ketiga: Pembahagian Harta Dari Segi Keanjalan Fizikal
(i) Harta Alih ( )
Harta alih merujuk harta yang fizikalnya boleh dialih dan dipindahkan dari satu tempat ke tempat
yang lain dalam keadaan bentuk struktur asalnya kekal seperti biasa. Contohnya pakaian, buku
dan kenderaan.
(ii) Harta Tidak Alih ( )
P a g e | 5
Harta tidak alih adalah harta yang fizikalnya tidak boleh dialih, jika dialih akan berlaku kerosakan
besar. Contohnya seperti tanah, rumah, bangunan dan pokok besar. Sekiranya pokok atau
rumah boleh dialih tanpa menyebabkan kerosakan yang besar, ia dianggap sebagai harta alih.
Keempat: Pembahagian Harta Dari Segi Kekekalan Zatnya Selepas Digunakan
(i) Harta Pakai Berterusan ( )
Harta pakai berterusan merujuk kepada harta yang zatnya atau manfaatnya boleh digunakan
secara berterusan. Harta tidak habis atau rosak dengan sebab penggunaannya sekali.
Contohnya kereta adalah al-mal al-istimaliykerana zat dan manfaatnya masih ada dan boleh
seterusnya digunakan walaupun kereta digunakan berkali-kali. Contoh lain, rumah,
permaidani, buku, kereta dan sebagainya.
(ii) Harta Pakai Habis( )
Harta pakai habis atau al-mal al-istihlakiy adalah harta yang habis (rosak) zatnya apabila
digunakan sekali, contohnya makanan dan minuman.
Kepentingan Pembahagian Harta Harta Pakai Berterusandan Harta Pakai Habis
Harta istihlakiyhanya sah menjadi subjek aqad yang bertujuan untuk pakai habis (istihlaki). Contohnya
jual beli makanan untuk dimakan oleh pembeli, dan bukan untuk disewa makanan. Harta istimali boleh
menjadi subjek bagi aqad atau kontrak bertujuan istimaliy (guna) seperti penyewaan rumah atau
meminjam untuk menggunakan kereta.
KONSEP PEMILIKAN HARTA
PengertianPemilikan
Pemilikan harta bermaksud perolehan harta yang diiktiraf oleh syarak ke atas sesuatu harta yang
memberi kuasa pengurusan mutlak bagi pemiliknya kecuali terdapat halangan syarak (seperti gila atau
safih) dan dengan pemilikan juga menghalang pencerobohan dari pihak lain. Pemilik mempunyai
autoriti dan keupayaan untuk menguruskan harta secara sendirian dengan pengikirafan syarak.
Contohnya, seseorang yang memiliki rumah secara sah berkuasa penuh ke atas rumah berkenaan. Dia
sahaja yang berhak mengambil faedah dan mentadbir rumah berkenaan mengikut kehendaknya
(menyewakan, menggunakannya sendiri) melainkan berlaku perkara yang menghalangnya berbuat
demikian seperti dia mengidap penyakit gila. Penguasaan pemilik terhadap harta berkenaan
menghalang pihak lain daripada mengambil faedah atau mentadbirnya kecuali dengan alasan syarak
seperti perwalian bapa ke atas anaknya yang belum baligh, wasiat dan wakalah (perwakilan).
Unsur utama yang perlu ada dalam pemilikan harta ialah, pemilikan dan penguasaan khusus (hiyazah).
Kepentingan Pemilikan
P a g e | 6
memberi kuasa kepada seseorang untuk mengurus hartanya tanpa campurtangan pihak lain.
Harta yang dimiliki adalah dijamin oleh syarak, dan tidak boleh dicerobohi.
Sekiranya berlaku kerosakan yang dilakukan pihak lain dengan secara tidak sah, pemilik
berhak mendapat ganti rugi.
Klasifikasi Harta Berdasarkan Pemilikan (Kebolehterimaan Milik)
Terdapat tiga jenis:
(i) Harta yang tidak boleh diberi milik dan menerima milik secara mutlak. Contohnya harta untuk
faedah umum (harta awam) seperti jalan dan sungai.
(ii) Harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan keizinan syarak seperti harta wakaf dan baitul
mal.
(iii) Harta yang boleh dimiliki dan diberi milikan secara mutlak, iaitu harta yang selain dari dua jenis
harta di atas.
Bentuk-bentuk Pemilikan
Terdapat dua bentuk pemilikan dalam Islam, iaitu (i) milikan sempurna dan (ii) Milikan Tidak Sempurna
(1) Milikan sempurna ( );
Milikan sempurna (milku al-tam) merujuk kepada pemilikan terhadap sesuatu benda (harta)
pada ain dan manfaat.
Ciri-Ciri Milikan Sempurna
Hak tasarruf (urusan) terhadap barang adalah dalam bentuk sempurna dan bebas mengikut
kehendak pemilik. Dia berhak menjual, menghibahkan, mewakafkan, menyewakan atau
melaburkan harta yang dimiliki mengikut kehendak dirinya tanpa kekangan dan larangan pihak
lain.
Had tempoh pemilikan tidak terbatas, selama barang berkenaan kekal.
Tiada gantirugi bagi kerosakan harta sekiranya dia merosakkan sendiri harta berkenaan.
Sebab-Sebab Pemilikan Sempurna
(i) Penguasaan ke atas harta harus ( ) yang belum dimiliki
Harta mubah ialah harta yang tidak termasuk dalam milik orang tertentu dan tidak ada
halangan syarak untuk dimiliki. Penguasaan ke atas harta atau barang yang harus contohnya,
ihya al-mawat (menguasai tanah yang belum dimiliki), perburuan, penguasaan rumput dan
hutan dan penguasaan ke atas barang galian dan harta karun.
Ciri-ciri istimewa pemilikan melalui penguasaan harta mubah:
P a g e | 7
(a) Pemilikan pertama ke atas harta berkenaan. Ini berbeza dengan pemilikan melalui
pembelian atau pewarisan, yang mana pemilikan didahului dengan pemilikan lain
yang sebelumnya.
(b) Pemilikan berbentuk perbuatan bukan berbentuk perkataan. Oleh itu, sesiapa sahaja
termasuk golongan kurang berkelayakan (orang safih, orang gila dan kanak-kanak)
berhak ke atas harta mubah yang dikuasainya. Ini berbeza dengan pemilikan melalui
perkataan (aqad) yang tidak dibolehkan bagi golongan ini. Urusan mereka terikat
dengan kehendak orang lain (wali).
(ii) Penguasaan melalui aqad pindah milik
Penguasaan melalui aqad atau kontrak pindah milik merupakan cara pindahmilik yang lazim
digunakan oleh masyarakat moden hari ini. Contohnya aqad jual beli memindahkan hak milik
harta penjual kepada pembeli, aqad hibahmemindah hak milik pihak yang membuat hibah
kepada pihak yang menerima hibah.
Kontrak pindah yang dinyatakan di atas berlaku dengan sebab sukarela pihak terlibat. Kontrak
pindah milik juga boleh berlaku dengan secara paksaan. Perlucutan hak milik seseorang
kepada seorang yang lain berlaku dalam syufah. Syufah bermaksud hak rakan kongsi harta
(contohnya tanah atau bangunan) terhadap harta rakannya yang ingin dijual dengan
membayar harga harta tersebut. Hak ini merupakan hak paksaan yang tidak memberi ruang
kepada seseorang yang berkongsi harta menjual harta kepada pihak lain, melainkan hanya
kepada rakan kongsinya sahaja.
Perolehan milikan untuk kepentingan awam dengan membayar harga kepada pemilik harta
boleh juga berlaku. Contohnya pihak kerajaan membayar harga tanah kepada pemilik tanah
dengan tujuan pembinaan sekolah atau hospital yang diperlukan untuk kepentingan awam
walaupun pemilik tanah enggan menjualnya.
(iii) Penguasaan Melalui Penggantian (Khalfiyah)
Penggantian bermaksud menggantikan barang yang dimiliki. Penguasaan melalui khalfiyah ini
berlaku dalam dua keadaan:
(a) Seseorang menggantikan seseorang yang lain melalui pewarisan (pusaka).
Maksudnya seseorang anak menggantikan bapanya yang meninggal dunia dalam
pemilikan harta peninggalan bapanya. Pemilikan bapa digantikan dengan pemilikan
anak (ahli waris).
(b) Menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain melalui ganti rugi. Contohnya dalam
kes merosakkan harta orang lain. Seseorang yang merosakkan harta orang lain
secara tidak sah wajib menggantikan harta yang dirosakkan sebagai ganti rugi.
Penggantian yang dimaksudkan juga berlaku dengan sebab menimbulkan mudarat
kepada orang lain dengan sebab melakukan jenayah atau menjadi sebab kepada
berlakunya jenayah. Contohnya bayaran diyat dalam kes jenayah.
P a g e | 8
(iv) Penguasaan ke atas harta yang terhasil daripada barang atau binatang yang dimiliki
Harta yang terhasil daripada barang atau binatang yang dimiliki menjadi milik kepada pemilik
barang atau binatang berkenaan. Pemilik kepada asal adalah juga pemilik kepada cabang.
Contohnya, buah yang terhasil dari pokok, dan anak lembu yang dilahirkan oleh ibu lembu
menjadi milik kepada pemilik pokok dan ibu lembu berkenaan.
(2) Milikan tidak sempurna ( );
Milikan tidak sempurna ialah pemilikan terhadap sesuatu harta pada salah satu bentuk sahaja,
sama ada pada ain atau manfaat.
Sebab-Sebab Milikan Tidak Sempurna
Terdapat lima sebab pemilikan tidak sempurna:
(i) Pinjaman bermaksud memberi milik manfaat tanpa membayar gantian atau imbalan. Orang
yang meminjam boleh memanfaatkan barang yang dipinjam itu sendiri dan tidak boleh
meminjamkan barang itu untuk kepada orang lain. Maksudnya, peminjam hanya memiliki hak
memanfaatkan harta atau benda berkenaan sahaja.
(ii) Penyewaan bermaksud memberi milik manfaat dengan membayar imbalan. Oleh itu, penyewa
hanya memiliki hak untuk memanfaatkan harta sahaja tetapi tidak hak memiliki harta ain.
(iii) Waqaf bererti menahan harta dari dimiliki oleh seseorang, diurus dan digunakan manfaatnya
oleh orang yang mewaqafkannya. Maksudnya, waqaf adalah memberi manfaat kepada orang
yang diwaqafkan.
(iv) Wasiat bermaksud memberi milik manfaat sahaja daripada barang yang diwasiatkan.
(v) Kebenaran mengguna, iaitu pemilik barang membenarkan orang lain menghabiskan sesuatu
atau menggunakannya. Contoh memberi izin supaya seseorang memakan buah-buahan atau
makanan.
Ciri-Ciri Milikan Tidak Sempurna
Hak penggunaan boleh dibataskan mengikut syarat yang ditetapkan. Contohnya kereta yang
disewa hanya dibenarkan dipandu di kawasan bandar sahaja.
Tempoh pemilikan terbatas pada masa tertentu mengikut ketetapan. Contohnya mensyaratkan
penggunaan kereta sewa hanya terhad kepada sehari atau sebulan sahaja.
Pemilik manfaat sebagai pemegang amanah yang perlu bertanggungjawab terhadap gantirugi
bagi kerosakan harta disebabkan kecuaiannya. Sekiranya rosak tanpa sebab cuai, dia tidak
perlu membayar ganti rugi.
P a g e | 9
Pemilik manfaat bertanggungjawab menanggung perbelanjaan terhadap harta jika dia
menggunakan manfaat secara percuma seperti pinjaman. Sebaliknya, jika penggunaan
manfaat dengan bayaran seperti penyewaan kereta, pemilik harta bertanggungjawab
menanggung perbelanjaan penyelenggaraannya.
Orang yang menggunakan barang secara percuma (pinjaman) wajib menyerahkan barang
kepada pemiliknya apabila diminta.
AQAD (KONTRAK)
Maksud aqad dari segi bahasa bererti mengikat atau menyimpul di antara dua hujung ikatan sama ada
ikatan sebenar atau ikatan bersifat simbolik.
Maksud aqad mengikut makna umum merujuk kepada setiap apa yang diazamkan seseorang untuk
melakukannya sama ada ia lahir daripada kehendak persendirian (sebelah pihak) seperti waqaf,
perlepasan hutang, talaq dan sumpah ataupun memerlukan kehendak dua belah pihak dalam
pembentukan aqad seperti jual beli, sewa, perwakilan dan gadaian.
Maksud aqad mengikut makna khusus merujuk kepada ikatan di antara ijab dan qabul yang dibuat
mengikut cara yang disyariatkan yang sabit kesannya pada barang berkenaan.
Maksud aqad dari segi undang-undang ialah persetujuan dua kehendak untnk melahirkan kesan
undang-undang dengan cara mewujudkan sesuatu tanggungan (iltizam) atau memindahkannya atau
mengubahnya ataupun menamatkannya.
Pembentukan Aqad
Pembentukan aqad memerlukan ijab (penawaran) dan qabul (penerimaan). Ijab ialah mensabitkan
sesuatu perbuatan tertentu yang menunjukkan adanya persetujuan pertama yang berbentuk
percakapan salah seorang daripada dua pihak yang berkontrak, ataupun bukan berbentuk percakapan
tetapi isyarat atau tanda-tanda lain. Ijab boleh diucapkan oleh pemilik barang ataupun pihak yang
bercadang untuk memilikinya. Qabul bermaksud percakapan kedua yang diucapkan oleh salah satu
pihak yang berkontrak yang menunjukkan persetujuan kepada penawaran yang telah dibuat.
Syarat Ijab Qabul
Fuqaha meletakkan tiga syarat dalam ijab qabul bagi membentuk aqad, iaitu:
(1) Ijabdan qabul jelas menunjukkan kehendak dua pihak yang beraqad, sama ada dari segi lafaz
yang digunakan tentang bentuk kontrak yang dikehendaki mengikut fahaman bahasa atau
kebiasaan (urf).
(2) Qabul selaras dengan ijab. Qabul mesti mengikut ketentuan ijabsama ada pada barang atau
perkara yang diaqadkan.
P a g e | 10
(3) Ijab dan qabul bersambungan dalam majlis aqad jika kedua-dua pihak yang beraqad hadir,
atau dalam majlis yang mana pihak yang ghaib (tidak hadir) mengetahui tentang ijab. Majlis
aqad merupakan keadaan di mana kedua-dua pihak yang berurusan bersetuju membentuk
aqad , sama ada kehadiran fizikal secara serentak, atau melalui perbualan telefon, surat atau
video conference.
Komunikasi Aqad
Komunikasi aqad merujuk gambaran persetujuan atau kerelaan untuk beraqad.
Ketetapan perlunya kerelaan dalam bermuamalat dapat dirujuk dalam fiorman Allah Taala:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,
judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu. (al-Nisa:29)

Hadith yang bermaksud: Sesungguhnya jual beli itu berlaku dengan cara reda-meredai.
Pembahagian Komunikasi Aqad
Bentuk komunikasi aqad terbahagi kepada empat:
(1) Lisan
Komunikasi aqad menggunakan lisan adalah cara asal bagi menyatakan sesuatu kehendak
yang terkandung dalam hati. Bahasa yang digunakan adalah dalam bahasa yang difahami
oleh kedua-dua belah pihak.
(2) Isyarat
Penggunaan isyarat dalam aqad adalah ganti kepada percakapan lisan yang dibenarkan
kepada pihak yang tidak boleh bercakap. Isyarat yang digunakan oleh orang yang mampu
bercakap dalam aqad menyebabkan aqad tidak sah, kerana lafaz dan tulisan itu lebih jelas.
(3) Tulisan
Kontrak dengan tulisan diharuskan dalam pembentukan aqad sama ada pihak-pihak yang
beraqad mampu bertutur atau tidak boleh, sama ada kedua-dua pihak hadir dalam satu majlis
aqad atau kedua-duanya tidak hadir, atau menggunakan apa-apa bahasa sekalipun asalkan
mereka memahaminya. Contoh bentuk tulisan antaranya dokumen perjanjian, surat atau e-
mel.
P a g e | 11
(4) Perbuatan
Perbuatan kedua-dua pihak yang menggambar kehendak mewujudkan aqad disebut sebagai
bay al-muatah ( ). Perbuatan bertukar-tukar barang dengan wang antara penjual
dan pembeli secara urfnya menunjukkan kerelaan dalam aqad jual beli walaupun tidak
dilafazkan.
Pembahagian Aqad
(1) Dari segi kesahihan
(a) aqad yang sahih
Kontrak yang sahih ialah kontrak yang sempurna atau lengkap unsur-unsur asasnya (iaitu
sighah (ijab qabul), barang yang diaqadkan dan subjek aqad) dan sempurna syarat-syarat
syaraknya. Aqad yang sahih sabit kesannya serta merta apabila cukup syarat-syaratnya.
(b) aqad tidak sah
Aqad tidak sah adalah aqad yang tidak lengkap rukun dan syarat syaratnya yang
menyebabkan muamalah yang diaqadkan tiada kesan dari segi hukum.
(2) Dari segi penamaan
(a) aqad musamma( )
Aqad musammaada aqad yang disebut namanya yang tertentu dalam hukum syarak.
Contohnya al-bay(jual beli), hibah, jaminan, pemindahan hutang, pinjam wang, sewaan dan
al-rahn(gadaian).
(b) aqad ghair musamma( )
Aqad ghair musammaadalah aqad yang tidak ditentukan oleh hukum syarak, tetapi disusun
sebutan dan hukumnya oleh manusia berasaskan kepada maslahah. Contohnya istilah al-
istisna, bay al-wafa dan sebagainya.
(3) Dari segi tujuan
(a) tamlikat ( ) bermaksud aqad yang membawa kepada kesan pemilikan.
(i) ada gantian (pertukaran atau imbalan). Contohnya jual beli, sewa, al-
istisna, al-muzaraah, dan al-musaqat.
(ii) tanpa gantian, contohnya aqad hibah, pinjaman, sadaqahdan waqaf,
kemaafan kepada hukum qisas, melepaskan tanggungan hutang dan
menarik diri dari hak syufah.
(b) isqatat( ) yang bermaksud aqad yang membawa kepada pengguguran
hak.
(i) dengan gantian, contohnya khuluk.
P a g e | 12
(ii) tanpa gantian (isqat al-muawadah), contohnya talaq, kemaafan
menjalankan hukuman qisas dengan bayaran diyat.
(c) itlaqat( ) yang bermaksud aqad yang membawa kepada kesan pelepasan
hak atau pemindahan kuasa kepada orang lain. Contohnya al-isa (melantik wasi
untuk menguruskan hal urusan anak-anak yang safih atau cacat selepas kematian)
dan al-wakalah (perwakilan)
(d) taqyidat( ) yang membawa kesan mengikat atau menyekat sesuatu tasarruf.
Contohnya, memecat wasi, memecat orang yang menjaga urusan orang yang al-
mahjur alaih(safih, gila), dan memecat wakil.
(e) tauthiqat( ) yang bertujuan membuat jaminan atau pengukuhan. Contohnya
al-kafalah(jaminan), al-rahn dan al-hiwalah.
(f) ishtirak ( ) yang memberi kesan perkongsian, contohnya al-sharikah, al-
mudharabah, al-muzaraahdan al-musaqat.
(g) hifz ( ) yang memberi kesan wujudnya penjagaan atau pengekalan harta pada
pemiliknya. Contohnya al-wadiahdan al-wakalah.
(4) Dari Segi Keberkesanan
(i) Munjiz( ) iaitu aqad yang terus sah dan tidak tertakluk kepada syarat lain.
(ii) Mudaf lil mustaqbal ( ), iaitu aqad yang membabitkan kepada kesan
pada masa hadapan. Contohnya wasiat.
(iii) Muallaq( ) aqad yang digantung dengan syarat (talak taliq)
KHIYAR
Khiyar bermaksud hak memilih bagi salah satu atau kedua belah pihak yang melakukan transaksi untuk
melangsungkan atau membatalkan transaksi yang disepakati sesuai dengan keadaan masing-masing
pihak yang melakukan transaksi.
Pada prinsipnya, akad jual beli yang cukup rukun dan syarat-syaratnya adalah sah dan mengikat yang
membawa kesan kepada perpindahan pemilikan barang dari penjual kepada pembeli dan perpindahan
pemilikan wang dari pembeli kepada penjual. Kedua-dua belah pihak tidak boleh menarik balik aqad
yang telah sempurna tersebut.
Walau bagaimanapun, syarak menjaga maslahah kedua belah pihak. Walaupun, aqad dianggap
sempurna, tetapi hak khiyar (memilih)diberikan kepada pihak-pihak sama ada meneruskan aqad atau
membatalkannya.
Jenis-jenis khiyar
(1) Khiyar majlis hak memilih bagi kedua belah pihak yang beraqad untuk membatalkan aqad,
selagi keduanya masih berada dalam majlis aqad. Jika keduanya terpisah dari majlis, hak
khiyar gugur dan aqad yang dipersetujui sebelumnya akan mengikat dan tidak boleh ditarik
balik.
Perpisahan dari majlis aqad adalah mengikut urf. Contohnya jika aqad dilakukan dalam
rumah yang besar, dan pembeli keluar sampai ke halaman rumah, maka hak khiyar gugur
P a g e | 13
kerana dianggap telah berpisah dari majlis aqad. Dalam konteks kedai, berpisah dari majlis
aqad apabila salah seorang keluar dari kedai.
Dalil yang mengharuskan khiyar majlis merujuk Hadith Nabi Muhammad S.A.W yang
bermaksud:
Dua orang yang berjual beli itu boleh membuat khiyar selama mana mereka berdua tidak
berpisah atau selama mana salah seorang daripada mereka tidak mengatakan kepada yang
seorang lagi, pilihlah. (al-Bukhari;Muslim)
Apa yang dimaksudkan dengan pilihlah ialah memilih untuk menguatkuasakan jual beli.
Dalil lain merujuk athar sahabat yang diriwayatkan daripada Ibn Umar R.A katanya:
Saya menjual kepada Amirul Mukminin Uthman sejumlah harta di al-Wadi dengan sejumlah
harta miliknya di Khaibar. Setelah selesai kami berjual beli, saya segera berpaling dan keluar
dari rumahnya kerana saya bimbang dia akan meminta semula jualannya. Menurut sunnah,
dua orang yang berjual beli boleh membuat pilihan sehinggalah mereka berpisah.
(2) Khiyar syarat - hak memilih yang ditetapkan bagi salah satu pihak yang beraqad atau
keduanya atau bagi orang lain untuk melangsungkan atau membatalkan jual beli dalam
tempoh waktu yang ditetapkan.
Syarat menggunakan hak khiyar syarat:
(i) Dinyatakan tempoh tertentu. Sekiranya tidak dinyatakan tempoh atau tempoh yang tidak
tertentu (contohnya beberapa hari atau sehingga ibu pulang dari Mekah), khiyar adalah
tidak sah.
(ii) Tempoh yang ditetapkan tidak boleh melebihi tiga hari (jual beli batal jika melebihi tempoh
itu walaupun sesaat), jika barang tidak mudah rosak dalam tempoh tersebut (jual beli akan
batal jika barang rosak walaupun sebelum sampai tempoh tiga hari).
(iii) Tempoh berturutan dan bersambung dengan kontrak. Khiyar yang disyaratkan bermula
selepas pihak-pihak berpisah atau ditetapkan pada hari-hari tertentu yang tidak
berturutan, jual beli tidak sah dan batal.
Bilakah hak khiyar syarat dianggap terbatal?
(i) tamat tempoh khiyar yang dipersetujui dan pembeli dan penjual tidak lagi boleh
memfasakhkan jual beli.
(ii) Bersetuju untuk melangsungkan aqad dalam tempoh khiyar. Contohnya sebelum tamat
tempoh khiyar, pembeli mengatakan dia bersetuju dengan aqad untuk diteruskan.
(iii) Apabila pemegang hak khiyar (pembeli) melakukan sesuatu yang lazimnya hanya
dilakukan oleh pemilik barang. Tindakannya ini menggambarkan dia bersetuju
meneruskan jual beli.
Apakah kedudukan barang dalamtempoh khiyar syarat dari segi hukum?
(i) Hak milik barang dalam tempoh khiyar
P a g e | 14
Hak milik barangan dibekukan sehingga ada keputusan mengenai aqad tersebut sama
ada diteruskan atau dibatalkan. Jika jual beli dibatalkan, barang tersebut kekal sebagai
hak milik penjual. Jika jual beli diteruskan, barang adalah hak milik pembeli bermula dari
tarikh aqad.
(ii) Jika barang rosak ketika dalam tempoh khiyar
Jika kerosakan berlaku sebelum barang diterima oleh pembeli, jual beli batal dan hak
khiyar dilucutkan. Sebaliknya jika rosak ketika berada di tangan pembeli, jual beli tidak
batal dan pembeli masih ada hak khiyar sama meneruskan jual beli atau
membatalkannya. Jika dia membuat pilihan untuk meneruskan jual beli dia perlu membuat
bayaran. Jika memilih untuk membatalkan aqad, dia perlu membayar nilai barang yang
rosak sebagai ganti rugi. Sementara bayaran yang dibayar pembeli perlu dikembalikan.
(3) Khiyar aib hak untuk melangsungkan atau membatalkan jual beli bagi kedua belah pihak
yang beraqad apabila terdapat kecacatan atau kerosakan pada objek, dan kecacatan itu tidak
diketahui oleh pemiliknya ketika jual beli berlangsung.
Prinsip muamalah di antara manusia adalah untuk kebaikan dan manfaat bersama dan tidak
ada unsur penipuan. Contoh penipuan boleh berlaku apabila penjual mengetahui ada
kerosakan pada barang yang dijual, tetapi disembunyikannya dari pengetahuan pembeli.
Kewajipan ke atas penjual memaklumkan kepada pembeli kerosakan atau kekurangan kualiti
yang dijual. Begitu juga menjadi kewajipan orang yang mengetahui tentang kerosakan untuk
maklumkannya walaupun dia bukan dari dua orang yang beraqad itu.
Apabila aqad dipersetujui untuk dilangsungkan, dan pembeli menerima barang, dan
kemudiannya didapati ada kerosakan pembeli ada hak khiyar sama ada untuk meneruskan
aqad dengan menerima keadaan barang yang ada aib atau memulangkan barang tersebut
dan mendapatkan duit kembali. Ini dibolehkan dengan syarat jika pembeli tidak tahu tentang
kerosakan ketika aqad dan ketika menerima barang.
Larangan menipu dalam jual beli dapat difahami dari hadith Nabi Muhammad S.A.W yang
bermaksud:
Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, tidak halal bagi seorang muslim
menjual sesuatu barangan yang ada kecacatan kepada saudaranya kecuali dia menjelaskan
kecacatan itu kepadanya. (Ibn Majah)
Syarat-Syarat Sabit Hak Khiyar
(1) Aib atau kerosakan adalah sedia ada. Maksudnya barang rosak sebelum pembeli
menerima barang, sama ada barang rosak sebelum aqad atau selepas aqad dilakukan.
Jika aib berlaku selepas pembeli menerima (berlaku ketika berada di bawah jagaannya),
pembeli tidak ada hak khiyar melainkan jika ia berkaitan dengan sebab sebelum
penerimaan. Contohnya pembelian barang yang diperbuat dari besi, ketika pembeli terima
barang berkenaan didapati ada karat dan terbukti bahawa barang itu berkarat disebabkan
terkena air sebelum dihantar atau diterima pembeli. Dalam hal ini, pembeli berhak
memulangkan barang kerana aib yang berlaku adalah disebabkan suatu keadaan yang
berlaku ketika barang berada dengan penjual.
P a g e | 15
(2) Aib menyebabkan mengurangkan nilaian barang pada urf amalan perniagaan
Dalam hal ini, jika aib tidak mengurangkan nilaian, tidak sabit hak khiyar pada pembeli.
Contohnya jika pembeli membeli kambing bagi tujuan korban didapati telinganya putus.
Pembeli berhak memulangkan kembali kambing kerana ia tidak boleh dikorbankan.
Sebaliknya, jika tujuan pembelian hanya untuk disembelih dan dijual dagingnya, aib putus
telinga tiada kesan terhadap nilai barang dan tidak menjejaskan tujuan pembelian.
Bilakahbarang yang ada aib perlu dipulangkan?
Barang perlu dipulangkan dengan segera sebaik sahaja pembeli mengetahui kerosakan atau
kecacatan yang berlaku. Maksud segera perlu difahami mengikut penilaian urf masyarakat.
Contohnya, jika diketahui ketika sedang makan, barang rosak dipulangkan selepas makan.
Jika diketahui waktu malam, perlu dipulangkan waktu pagi keesokannya. Jika pembeli
melambat-lambatkan pemulangan barang, gugur haknya untuk memulangkan semula barang
aib berkenaan. Begitu juga, gugur hak jika pembeli menggunakan barang selepas mengetahui
ada aib. Tindakannya ini menunjukkan bahawa pembeli redha dengan aib berkenaan.
KELAYAKAN PIHAK YANG BERKONTRAK (al-Ahliyyah)
Maksud kelayakan (al-ahliyyah) ialah kesesuaian. Dari segi istilah fiqh, kelayakan bererti kesesuaian
seseorang untuk disabitkan hak baginya dan hak yang wajib ke atasnya serta kesahihan tindakannya.
Ringkasnya, kelayakan adalah keupayaan seseorang utk menerima segala hak dan tanggungjawab yg
disyariatkan ke atasnya. Jika pihak-pihak beraqad tidak tergolong dalam kategori orang yang
mempunyai al-ahliyyah, aqad yang dibuat adalah tidak sah.
Jenis dan Peringkat al-Ahliyyah:
Ahliyyah terbahagi kepada dua :
(1) kelayakan menerima hak dan tanggungjawab (ahliyyah al-wujub)
(2) kelayakan mengurus (ahliyyah al-ada)
(1) Kelayakan Menerima Hak dan Tanggungjawab atau Ahliyyah al-Wujub( )
Maksudnya kelayakan atau kesesuaian seseorang untuk mengenakan tanggungjawab dan
mengambil tanggungjawab. Asas kelayakan adalah kehidupan dan kemanusiaan. Setiap
manusia hidup termasuk yang masih dalam bentuk janin dalam kandungan ibu, kanak-kanak
dan orang dewasa mempunyai kelayakan wajib.
Kelayakan wajib terbahagi kepada dua:
P a g e | 16
(i) ahliyyah al-wujub al-naqisah( )
Kelayakan wajib yang kurang ialah kesesuaian seseorang untuk disabitkan hak
baginya sahaja. Peringkat kehidupan kelayakan wajib yang kurang ini ialah janin
dalam perut ibu. Hak yang sabit terhad kepada hak yang memberi manfaat sahaja.
Contohnya janin yang bapanya meninggal dunia berhak mendapat pusaka apabila
dilahirkan, dan habuannya bergantung sama ada dia lelaki atau perempuan. Begitu
juga berhak mendapat apa yang diwasiatkan atau diwaqafkan kepadanya apabila dia
dilahirkan.
(iv) ahliyyah al-wujub al-kamilah ( )
Maknanya kelayakan seseorang memiliki hak dan boleh menanggung kewajipan.
Kelayakan ini sabit bermula dari kelahiran seseorang dalam keadaan hidup.
Contohnya kanak-kanak ataupun orang dewasa berhak mendapat harta
atau barang yang dihibahkan kepada mereka.
(2) Kelayakan Mengurus atau Ahliyyah al-Ada ( )
Kelayakan mengurus atau melaksanakan hak ialah kelayakan seseorang untuk melakukan
atau menjalankan sesuatu tindakan pengurusan menurut cara yang diharuskan syarak. Asas
sabitan kelayakan ini adalah akal atau kebolehan untuk berfikir dan membezakan (tamyiz).
Kelayakan mengurus terbahagi kepada dua:
(i) Ahliyyah al-ada al-naqisah( )
Mempunyai kelayakan melaksanakan hak tidak sempurna. Layak melaksanakan hak
dalam beberapa perkara tertentu tetapi tidak layak dalam beberapa perkara yang lain.
Pelaksanaan tertakluk kepada persetujuan orang lain. Keahlian ini sabit bermula dari
usia tujuh tahun (mumayyiz) sehingga umur baligh.
Tasarruf melibatkan golongan ini terbahagi kepada tiga:
(a) akad yang boleh dilaksanakan sendirian tanpa memerlukan wali adalah
akad yang hanya mendatangkan manfaat sahaja, contohnya aqad hibah dan
sedekah.
(b) akad yang tidak boleh dilaksanakan walaupun dengan izin wali, jika akad
tersebut berbentuk mudarat kepada dirinya. Contohnya mendermakan
harta.
(c) akad yang memerlukan keizinan wali sekiranya aqad berkenaan berisiko
(baik dan buruk sama banyak). Contohnya aqad jual beli dan al-mudarabah.
(ii) Ahliyyah al-adaal-kamilah( )
P a g e | 17
Mempunyai kelayakan melaksanakan hak yang sempurna tanpa perlu bergantung
kepada persetujuan orang lain. Kelayakan ini sabit bermula bagi seseorang yang
baligh dan berakal. Dia berhak mengadakan semua jenis kontrak yang diharuskan
syarak tanpa perlu bergantung kepada persetujuan orang lain.
HALANGAN-HALANGANTERHADAP KELAYAKAN MENGURUS
Dalam keadaan tertentu kelayakan seseorang untuk mengurus haknya terhalang disebabkan beberapa
halangan. Halangan tersebut terbahagi kepada dua :
(1) Halangan yangg ditetapkan oleh Allah S.W.T (awarid samawiyyah) ( )
Halangan yang mana seseorang itu tidak ada pilihan dan tidak ada usaha untuk
mewujudkannya. Contohnya gila, dungu (ghaflah), safih (tidak waras dalam pengurusan
harta), pengsan, tidur dan sakit mati (mard al-maut)
PERINGKAT KELAYAKAN
PERINGKAT KEHIDUPAN
(Janin)
Peringkat permulaan manusia dalam
kandungan sehingga dilahirkan
(Kanak-kanak belum mumayyiz)
Selepas dilahirkan sehingga hampir
mumayyiz
(Kanak-kanak mumayyiz)
Peringkat kanak-kanak yang dapat
memahami percakapan dan
membalasnya serta dapat membezakan
antara baik dan buruk (subjektif)
(Baligh) cukup umur dan
(Rushd) Peringkat kecerdikan dan
kematangan selepas baligh
Ahliyyah al-wujub al-naqisah
Ahliyyah al-wujub al-kamilah
Ahliyyah al-wujub al-kamilah &
Ahliyyah al-adaal-naqisah
Ahliyyah al-wujub al-kamilah &
Ahliyyah al-adaal-naqisah
P a g e | 18
(2) Halangan yang diusahakan
Adanya campurtangan dan usaha seseorang untuk menghasilkannya. Contohnya mabuk,
bodoh (jahil) dan berhutang.
AUTORITI DALAM MUAMALAH ISLAM
(1) Autoriti Perwalian (al-Wilayah)
Al-Wilayah ialah kuasa yang diiktiraf oleh syarak untuk melayakkan seseorang
mengadakan aqad dan urusan sama ada untuk dirinya dan orang lain.
Contohnya:
- Autoriti al-wilayahbapa ke atas anak dan datuk ke atas cucu.
- Autoriti al-wilayahyang diberikan bapa atau datuk kepada seseorang sebagai wasi
untuk urusan anak atau cucu mereka, atau yang diberikan oleh qadi (hakim).
(2) Autoriti Perwakilan (al-Wakalah)
Al-Wakalah ialah kuasa yang diberikan pewakil kepada orang yang diwakilkan (wakil) untuk
menjalankan urusan bagi pihaknya.

RUMUSAN
Keperluan manusia kepada harta diiktiraf oleh Islam dengan peraturan dan syarat-syarat yang perlu
dipatuhi bagi memastikan muamalah berkenaan dengan harta tidak bertentangan dengan syarak dan
bagi memastikan urusan mereka dilindungi dan mendapat pengiktirafan undang-undang.
KATA KUNCI
1. Harta
2. Pemilikan
3. Aqad
4. Kelayakan
5. Autoriti
1) Jelaskan pembahagian harta dari segi keharusan dan kewajaran penggunaannya serta
kepentingannya.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
P a g e | 19
2) Jelaskan sebab-sebab milk al-tamdan milk al-naqis.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
3) Bincangkan kepentingan kontrak menurut perspektif Islam.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
4) Berikan ulasan mengenai ijab qabul dalam majlis al-aqdi.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
5) Huraikan pembahagian komunikasi aqad dalam muamalah Islam.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
6) Apakah kedudukan barang dalam tempoh khiyar syarat dari segi hukum?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
7) Apakah yang dimaksudkan dengan kelayakan menerima hak dan tanggungjawab dan hak
mengurus harta dalam muamalah Islam?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
8) Jelaskan bentuk autoriti yang diperlukan bagi setiap golongan yang terhalang hak kelayakan
mengurus disebabkan halangan samawiyyah.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
1. Bincangkan perbincangan ulama tentang konsep harta bagi orang Islam dan bukan Islam.
2. Bincangkan konsep kontrak (aqad) dan pembahagiannya dalam muamalah Islam.
3. Bincangkan konsep pemilikan sempurna dan tidak sempurna dalam Islam.
4. Bincangkan konsep kelayakan (al-ahliyyah) dalam muamalat Islam berdasarkan pandangan
ulama-ulama mazhab fiqh.
P a g e | 20
5. Jelaskan konsep khiyar dalam muamalat Islam berdasarkan pandangan ulama-ulama mazhab
fiqh.
6. Bincangkan konsep al-ahliyyah serta halangan-halangannya dengan merujuk pandangan
mazhab-mazhab fiqh.
7. Jelaskan bentuk komunikasi aqad dalam muamalat Islam mengikut pandangan ulama-ulama
mazhab fiqh.
RUJUKAN
Abdul Halim El-Muhammady (2001). Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya Kepada Produk-
produk Perbankan Islam. Selangor: Percetakan Bintang.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji (2004). Kitab Fikah Mazhab Syafie. (Terj.
Solehan Ayub). Jil. 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Hj. Md Hussain dan Mohd Hizam
Hanafiah (2001). Pengantar Perniagaan Islam. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd.
Wahbah al-Zuhaili (2002). Fiqh dan Perundangan Islam. (Terj. Md Akhir Haji Yaacob). Jil. 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
UNIT 2
AQAD JUAL BELI (AL-BAY) DALAMISLAMDAN BENTUK-
BENTUK JUAL BELI YANG DIHARAMKAN DALAMISLAM
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menjelaskan konsep jual beli serta syarat-syarat yang ditetapkan bagi menjadikannya aqad
yang sah.
P a g e | 21
2. Menghuraikan bentuk jual beli yang melibatkan riba serta cara mengelakkannya.
3. Membincangkan konsep gharar dalam aqad jual beli yang diharamkan.
PENGENALAN
Kontrak jual beli merupakan perkara yang penting dalam urusan muamalah manusia kerana ia
merupakan tanda yang menggambarkan kerelaan pihak-pihak terlibat untuk bermuamalah. Apabila
syarat-syarat aqad atau kontrak jual beli dipenuhi semua pihak yang terlibat terikat dengan kontrak
berkenaan dan mempunyai hak serta obligasi untuk melaksanakan tanggungjawab yang berbangkit dari
kontrak berkenaan. Islam juga menetapkan perkara-perkara yang diharamkan dalam muamalah
manusia bagi memastikan urusan mereka bersesuaian dengan ketetapan syarak.
ISI KANDUNGAN
Pengertian Jual beli
Jual beli (al-bay) dari segi bahasa bermaksud pertukaran sesuatu dengan sesuatu, sama ada kedua-
duanya dalam bentuk benda atau bukan benda. Mengikut istilah para fuqaha, jual beli ialah aqad
merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal.
Terdapat beberapa elemen penting dalam jual beli, iaitu;
Harta pertukaran dalam jual beli membabitkan benda yang dianggap sebagai harta di sisi
syarak. Sekiranya harta tidak dianggap bernilai dari segi syarak menjadi subjek jual beli,
aqadnya tidak sah.
Manfaat juga dianggap sebagai harta yang bernilai, sebab maksud daripada sesuatu
barang (ain) ialah manfaatnya.
Penekanan dalam jual beli adalah kepada pemilikankerana terdapat juga tukar menukar
harta yang sifatnya tidak membabitkan pemilikan contohnya seperti sewa-menyewa (al-
ijarah).
Jual beli tidak terikat dengan waktu tertentu.
Asas Keharusan Jual Beli
Pensyariatan jual beli dalam Islam dapat dirujuk dalam nas al-Quran, Sunnah dan ijma ulama.

Maksudnya: Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (al-Baqarah :275)

P a g e | 22
Maksudnya: Jangan kamu memakan harta di kalangan kamu dengan cara batil melainkan dengan cara
perdagangan yang didasari suka sama suka di antara kamu....(al-Nisa:29)
Dalil dari al-Sunnah adalah berdasarkan kepada Hadith Nabi Muhammad S.A.W:

Maksudnya: Jual beli itu didasarkan kepada suka sama suka (al-Baihaqi dan
Ibn Majah)
HukumJual Beli
Hukum asal jual beli adalah harus. Jual beli menjadi wajib sekiranya berlaku ihtikar (simpan barang
sehingga stok hilang dari pasaran bagi menaikkan harga barang). Contohnya, pihak pemerintah boleh
memaksa penjual beras untuk menjual beras kepada orang ramai dengan harga biasa sebelum
berlakunya kenaikan harga disebabkan ihtikar. Dalam keadaan ini, penjual wajib menjual beras
tersebut.
Rukun-rukun Jual Beli
Rukun Pertama : Penjual dan Pembeli
Kedua-dua pihak dan pembeli disyaratkan terdiri daripada orang yang boleh dipertanggungjawabkan di
atas tindakan atau muamalah yang mereka jalankan.
(1) Waras; iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik
Islam mensyaratkan bagi kedua-duanya mestilah baligh (bukan kanak-kanak) dan sempurna
akal fikiran (tidak bodoh, tidak gila). Orang yang waras dan baligh dianggap mampu berurusan
atau bertransaksi dengan baik (sempurna) dan lazimnya mampu membuat pertimbangan agar
tidak tertipu.
Mengikut pendapat sebahagian ulama kanak-kanak mumayyiz dibenarkan untuk berjual beli
barang-barang yang kecil. Ini kerana larangan secara ketat akan menyulitkan kehidupan
seharian. Agama tidak mengadakan peraturan bagi menyulitkan urusan hidup manusia.
Mazhab Hanafi tidak mensyaratkan baligh bagi jual beli yang sah. Kanak-kanak yang
mumayyiz boleh berurusan jualbeli.

Maksudnya: Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka baligh. Apabila mereka mencapai umur
cerdik (rushd) maka kembalikanlah harta mereka." (al-Nisa: 6)
Ayat di atas adalah suruhan terhadap para wali iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur
rushd (cerdik), hendaklah mereka menguji anak-anak yatim berkenaan dalam muamalah
(pengurusan harta). Jika diyakini dia mampu menguruskan harta dengan baik, harta hendaklah
dikembalikan kepada anak yatim itu kembali.
P a g e | 23
Oleh sebab itu, kanak-kanak dan orang gila adalah tidak layak untuk bertasarruf (bertransaksi)
kerana tidak mukallaf (Allah tidak membebankan ke atas mereka tanggungjawab). Ini
berasaskan kepada dalil hadith yang bermaksud:
Terangkat pena dari tiga golongan: Dari orang gila hingga ia waras, dari orang tidur hingga
hingga ia jaga dan dari kanak-kanak sehingga ia bermimpi (baligh).
(2) Bebas membuat pilihan ketika melakukan aqad
Pembeli dan penjual menginginkan apa yang mereka lakukan. Maksudnya transkasi yang
dilakukan adalah bebas mengikut kehendak mereka sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Maksudnya: Jangan kamu memakan harta di kalangan kamu dengan cara batil melainkan
dengan cara perdagangan yang didasari suka sama suka di antara kamu....(al-Nisa:29)
Redha adalah sesuatu yang tersembunyi, oleh itu disyaratkan ijab qabul secara perkataan
(qaul) dan perbuatan (fiil) yang menunjukkan kerelaan kedua-dua pihak terhadap akad yang
dilakukan. Sekiranya terdapat pihak yang dipaksa melakukan aqad jual beli, aqad adalah
tidak sah, kecuali paksaan oleh pihak pemerintah yang dibenarkan mengikut syarak bagi
maksud maslahah umum. Begitu juga penguasa boleh memaksa orang muflis menjual harta
bagi menyelesaikan hutang.
(3) Penjual dan pembeli orang yang berbeza
Aqad jual beli mesti melibatkan orang yang berlainan, kerana seseorang itu tidak boleh
bertindak dalam waktu yang sama. Contoh: A menjual dan membeli barangnya sendiri.
4) Boleh melihat
Mazhab Shafie mensyaratkan pihak yang beraqad boleh melihat. Oleh itu, jual beli orang buta
adalah tidak sah. Orang buta perlu mewakilkan kepada orang lain untuk membeli dan menjual
bagi pihaknya.
Rukun Kedua; Sighah (Ijab dan Qabul)
Sighah adalah lafaz yang menunjukkan maksud untuk menjual dan membeli. Melalui lafaz dapat
diketahui tentang niat dan kerelaannya untuk berakad, kerana unsur utama dalam jual beli adalah
kerelaan kedua belah pihak. Contoh: Ijab: Aku jual baju ini dengan harga RM 5. Qabul: aku terima.
Sighahterbahagi kepada dua:
P a g e | 24
(i) Sarih(jelas): Lafaz yang digunakan jelas merujuk kepada maksud jual atau beli. Contoh: Aku
jual, Aku terima atau Aku beli. Lafaz ini tidak perlu dibuktikan niat.
(ii) Kinayah (tidak jelas). Lafaz yang digunakan boleh membawa maksud jual atau beli dan pada
masa yang sama juga boleh membawa maksud lain. Oleh itu, perlu ada bukti yang
menunjukkan niat untuk bertransaksi. Contoh: A: Aku serahkan kepada kamu barang ini
dengan harga sekian. B menjawab: Aku ambil.
Jual Beli Unjuk-Mengunjuk (Bay al-Muatah)
Bay al-Muatah merujuk kepada keadaan di mana dua pihak beraqad bersetuju tentang harga dan
barang jualan dan kedua-duanya saling menyerah (barang dan harga itu) tanpa membuat tawaran (ijab)
dan penerimaan (qabul). Contohnya, amalan biasa di pasaraya, pembeli mengambil barang dan
menyerahkan harga jualan tanpa mengucapkan apa-apa dan tanpa isyarat, tanpa mengambil kira sama
ada barang berkenaan mahal atau murah. Ini adalah amalan yang telah menjadi urf masyarakat, yang
dapat difahami bahawa tindakan kedua belah pihak berkenaan menggambarkan keinginan mereka
untuk membeli dan menjual barang.
Syarat Sighah Aqad
(1) Tidak diselangi diam yang panjang di antara ijab dan qabul yang boleh menggambarkan
penawaran tidak diterima.
(2) Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dari
semua sudut, sama ada dari segi persamaan harga, tunai atau tangguh dan barang tertentu
yang dibeli. Contohnya dari segi harga, penjual mengatakan saya jual barang ini dengan
harga RM50 dan pembeli menjawab saya beli dengan harga RM40. Dalam hal ini, aqad
tidak terbentuk.
(3) Kesahihan jual beli tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh
tertentu.
Sighah aqad mesti menggambarkan pemindahan hak milik secara sempurna dan kekal.
Contoh keadaan yang melibatkan taklik syarat tertentu, Aku jual rumah ini kepada engkau jika
si fulan balik dari Mekah. Pembeli menjawab: Aku setuju membeli. Aqad tidak sah kerana
dikaitkan dengan syarat tertentu. Contoh melibatkan taklik masa, Aku jual rumah kepada
engkau dalam masa sebulan.. Pembeli menjawab: Aku setuju. Aqad ini juga tidak sah
kerana jual beli dihadkan dengan tempoh masa. Ini kerana aqad jual beli melibatkan
pemilikan selamanya dan tidak terikat dengan masa. Tidak dibenarkan bertaklik kerana ini
menunjukkan tidak pasti (adamal-jazm) dalam aqad dan tidak jelas dengan kedudukan redha,
sedangkan redha itu adalah syarat sah kepada aqad jual beli.
Taklik tentang bayaran harga dibenarkan. Contoh: Penjual sanggup jual jika pembeli bayar
setiap awal bulan atau langsaikan dalam masa dua bulan.
Rukun Ketiga; Wang dan Benda Yang Diakadkan
P a g e | 25
(1) Barang wujud ketika akad
Tidak harus aqad jika barang tidak wujud, contohnya menjual buah yang akan berbuah di
pokok tertentu. Contoh lain, menjual anak kambing yang ada dalam kandungan dan belum
dilahirkan. Jual beli perkara yang belum ada dilarang kerana wujudnya unsur gharar, iaitu
wujudnya risiko di antara wujud dengan tidak, kerana tidak pasti adakah barang itu akan
betul-betul ada atau tidak. Risiko kerugian adalah kepada pembeli yang membayar harga
tertentu untuk mendapatkan barang yang belum pasti ada. Hukum syarak melarang jual beli
yang mempunyai unsur gharar atau risiko.
Terdapat dalil hadith yang melarang jual beli berisiko yang bermaksud:
Wahai Rasulullah, ada seorang lelaki datang meminta saya menjualkan kepadanya barang
yang saya tiada (saya bertindak menjual kepadanya). Apakah boleh saya beli barang tersebut
di pasar untuk diserahkan kepadanya? Baginda bersabda: Jangan engkau jual barangan
yang tiada padamu. (Sunan Abu Daud)
(2) Barang dan harga suci dari segi syarak
Barang yang dikategorikan sebagai najis dan haram oleh syarak tidak sah diperniagakan. Oleh
itu, barang yang najis seperti arak, bangkai, darah dan anjing tidak boleh dijadikan subjek jual
beli atau harga bayaran terhadap barangan yang dibeli. Aqad melibatkan barang berkenaan
adalah tidak sah.
Dalil pengharaman dinyatakan dalam hadith yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W telah melarang daripada mengambil hasil jualan anjing.
(al-Bukhari)
Termasuk dalam kategori ini juga barang yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan lagi
seperti cuka dan susu, tetapi jika barangan yang boleh dibersihkan dari najis boleh dijual atau
dijadikan bayaran kepada pembelian barang.
(3) Barang tersebut ada manfaatnya mengikut syarak dan urf
Subjek jual beli mestilah barang yang ada manfaatnya mengikut syarak dan urf. Oleh sebab
itu, jual beli bangkai dan darah adalah tidak sah. Diharamkan jual beli binatang buas atau
binatang yang boleh memudaratkan manusia jika tidak ada manfaatnya atau tidak ada
maksud untuk memanfaatkannya. Tetapi, harus jika ada tujuan atau manfaat. Contohnya, jual
beli binatang buas (harimau) untuk memburu, lebah untuk madu, gajah untuk berperang.
Namun, menjual dan membeli anjing tidak dibenarkan sama sekali sama ada digunakan untuk
berburu atau menjaga rumah.
(4) Barang boleh diserahkan dari segi fizikal dan syarak
Maksudnya barang yang menjadi subjek jualan boleh diserahkan ketika aqad berlangsung
atau pada masa yang disepakati bersama ketika transaksi dilakukan. Oleh itu, tidak sah
menjual kereta yang hilang atau burung di udara atau ikan dalam air. Contoh lain, jual beli
barang yang dirampas adalah tidak sah. Menjual sebahagian dari barangan yang tidak boleh
P a g e | 26
dibahagi juga tidak sah, jika pembahagian itu akan mengurangkan harga dan menjadikannya
rosak. Contoh, menjual sebahagian dari pedang, mematahkan pedang menyebabkannya
rosak.
(5) Penjual berkuasa ke atas barang yang diakadkan sama ada secara pemilikan atau perwalian.
Penjualan suatu barang sah jika dilakukan oleh pemilik barang kerana ia berkuasa ke atas
barang sendiri. Contohnya wali atau wasi boleh menjual atau membeli harta kanak-kanak yang
berada di bawah jagaan mereka. Begitu juga, wakil yang dilantik boleh menjual barang orang
yang diwakili.
(6) Barang / Harga adalah tertentu dan diketahui oleh penjual dan pembeli.
Tidak sah jual beli jika barang dan harga tidak diketahui oleh keduanya atau salah seorang
dari keduanya. Jumlah harga perlu jelas, contohnya jual beli komputer dengan harga RM 1000
atau RM 1500 ringgit. Juga perlu ditayinkan bayaran akan dibayar dalam matawang negara
tertentu contohnya ringgit atau rupiah. 1 ribu ringgit dan 1 ribu rupiah mempunyai nilai yang
jauh berbeza, oleh itu penjual dan pembeli perlu jelas.
Harga boleh diserahkan ketika aqad, sama ada secara tunai atau hukmi seperti pembayaran
menggunakan cek atau kad kredit. Jika berhutang, maka waktu pembayarannya juga mesti
jelas.
Pengetahuan tentang harga dan barang boleh diketahui dengan beberapa cara:
(i) Jika barang wujud dan dipamerkan, pembelian walaupun pembeli tidak tahu kadar
dan spesifikasinya secara terperinci. Contohnya penjual menjual buah rambutan
seguni tanpa dinyatakan secara jelas berapa kilogram, dengan mempamerkan harga
sebanyak RM10. Jual beli adalah sah kerana barang boleh dilihat oleh pembeli.
(ii) Pembeli dan penjual berurusan dengan melihat katalog dan menyatakan spesifikasi
dan deskripsi barangan yang ingin dijual beli. Contohnya baju, rumah dan kereta.
(iii) Melihat sebahagian dari barang yang hendak dibeli, jika bahagian itu sudah cukup
menggambarkan keseluruhannya. Contoh melihat sebahagian fabrik yang digunakan
cukup menggambarkan keseluruhan fabrik yang digunakan untuk baju itu atau
melihat sampel.
(iv) Melihat bahagian luar barang yang dijual beli. Contoh melihat kulit luar tembikai atau
durian sebelum membelinya tanpa perlu memotong atau membelahnya untuk melihat
isi dalam. Kulit perlu dikekalkan bagi menjaga kesegaran isinya.
BENTUK-BENTUK JUAL BELI YANG DIHARAMKAN
(1) Jual Beli Yang Melibatkan Riba
P a g e | 27
Pengertian riba dari segi bahasa bermaksud pertambahan atau lebihan kepada sesuatu. Pengertian ini
dapat difahami dalam ayat 39, surah al-Rum.

Maksudnya: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya
bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi
Allah (tidak mendatangkan kebaikan).
Pengertian mengikut istilah fuqaha riba ialah aqad yang dimeterai sebagai pertukaran barangan tertentu
tetapi pada ketika aqad dimeterai pertukaran ini tidak diketahui kesamarataannya menurut ukuran
syarak ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan.
Riba boleh terjadi dalam dua perkara:
1. pada urus niaga jual beli.
2. pada tanggungan urus niaga jual beli (hutang dsb)
Asas Pengharaman Riba
(1) al-Quran :
Pengharaman riba tidak dilakukan secara sekaligus tetapi dilakukan secara beransur-ansur sama
sebagaimana pengharaman arak yang dilakukan secara beransur-ansur.
Peringkat pertama:
Pada peringkat awal Allah S.W.T tidak mengharamkan lagi riba dan tidak dinyatakan balasan seksaan
kepada pengamal riba. Apa yang ditekankan ialah harta yang mengandungi unsur riba tidak akan
mendapat keredaan dan keberkatan kerana tidak mendapat pahala di sisi Allah. Manusia dinasihatkan
agar berbuat kebajikan agar mendapat habuan pahala yang berganda dari Allah S.W.T.


Maksudnya: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya
bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi
Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan
dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukan itulah
orang-orang yang beroleh pahal berganda-ganda. (al-Rum 30:39)
Peringkat kedua:

Maksud: Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya,
dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).
P a g e | 28
Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir di antara mereka azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. (al-Nisa:161)
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Rasullullah ke Madinah, ketika orang Islam mulai bergaul dengan
orang Yahudi dan membuat urus niaga dengan mereka. Ayat ini menceritakan secara khusus tentang
kelakuan orang Yahudi yang mengambil riba walaupun Allah S.W.T telah melarang mereka mengambil
riba. Ketetapan pengharaman riba kepada kaum Yahudi ini terkandung di dalam kitab Taurat, tetapi
amalan ini tetap berleluasa dalam kalangan mereka. Dengan itu, Allah S.W mengingatkan orang Islam
tentang perangai orang Yahudi dan tipu helah mereka dalam muamalah harian. Allah menjanjikan
balasan azab kepada kaum Yahudi kerana melakukan riba dalam muamalah. Cara ini dibuat sebagai
pengajaran atau teladan kepada oran Islam bagaimana kaum terdahulu daripada mereka dikutuk
kerana mempermain-mainkan arahan Allah.
Peringkat ketiga:


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan
berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah agar kamu berjaya. Dan peliharalah
diri kamu dari api neraka yang disediakan bagi orang-orang kafir.(Ali Imran: 130)
Ini adalah ayat pertama yang secara jelas ditujukan khas kepada orang Islam tentang pengharaman
riba. Ayat merujuk kepada amalan riba jahiliyyah, iaitu pampasan atau penambahan berganda
disebabkan tangguhan suatu hutang. Amaran azab ke atas pengamal riba dengan dijanjikan neraka
yang biasanya disediakan untuk orang kafir. Ini kerana amalan riba adalah satu dosa besar.
Peringkat keempat:



Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil riba) itu tidak dapat berdiri betul melainkan
seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana rasukan itu. Yang
demikian itu adalah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama
sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan
(riba)..... (al-Baqarah:275)




Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika (benar) kamu orang-orang yang
P a g e | 29
beriman. Oleh itu, jika kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka
ketahuilah kamu: akan ada peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak selamat) Dan
jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu (dengan yang
demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa (al-
Baqarah: 278-279)
Ayat tentang larangan terhadap amalan riba ini diturunkan selepas Islam tersebar di seluruh
Semenanjung Arab. Ia merupakan ayat terakhir mengenai riba, iaitu ayat hukum terakhir sebelum Nabi
wafat (3 bulan sebelumnya). Ayat ini menerangkan tentang sikap melampau orang yang mengatakan
keuntungan yg diperolehi melalui berniaga adalah sama dengan keuntungan yang diperolehi melalui
riba (bila sampai tempoh hutang memerlukan penambahan bayaran). Ayat ini menetapkan larangan
secara jelas mengambil lebih daripada modal pokok. Jika manusia enggan patuh kepada ketetapan ini,
Allah S.W.T memberikan ancaman atau amaran dengan pelbagai siksaan di akhirat.
(2) al-Sunnah:
Pengharam riba juga dijelaskan melalui sunnah Nabi Muhammad S.A.W melalui Hadith yang
diriwayatkan oleh Jabir R.A yang bermaksud:
Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) riba, memberi (membayar) riba,
kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda: Golongan ini adalah sama. (Muslim)
Hadith dari Abu Hurayrah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Pada malam miraj saya telah bertemu dengan orang yang perutnya besar seperti rumah yang boleh
dilihat ular berada di dalamnya, lalu saya bertanya kepada Jibril, Siapakah mereka itu? Jibril
menjawab: Mereka itu adalah orang-orang yang memakan riba.
Barangan Berunsur Riba (Barangan Ribawi)
Riba berlaku apabila jual beli melibatkan pertukaran barang dengan barang yang membabitkan enam
barang, iaitu, emas, perak, barli, tamar dan garam. Keenam-enam barangan ini dinyatakan dengan
jelas dalam hadith Nabi Muhammad S.A.W:




Maksudnya: (Memperjualbelikan) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,
barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (hendaklah) sama, seimbang dan tunai.
Apabila jenis yang diperjualbelikan berbeza, maka juallah sesuai dengan kehendakmu (boleh berlebih)
asalkan dengan tunai. (Muslim)
Barangan yang dinyatakan di atas terdiri dari dua kategori, iaitu matawang dan bahan makanan asas.
Selain dari enam barang tersebut, unsur-unsur riba juga wujud dalam barangan lain yang ada illahyang
P a g e | 30
sama dengan barang-barang yang tersebut dalam hadith, iaitu matawang dan makanan. Oleh itu,
barangan berbentuk matawang (duit emas, perak, barang kemas) dan makanan (contoh di Malaysia,
beras, tepung gandum, gula, minyak masak, daging binatang yang telah diproses) adalah barangan
ribawi dan tidak boleh diperniagakan dengan cara pertukaran barangan yang sama jenis melainkan
mengikut syarat-syarat tertentu yang akan dibincangkan.
Jenis-Jenis Riba
Aktiviti riba dalam jual beli terbahagi kepada dua jenis: (1) Riba al- Bay dan; (2) Riba al-Dayn
(1) Riba al-Bay( ) atau Riba Jualbeli
Ada tiga jenis :
(i) Riba al-fadl ( )
Pertukaran (jualbeli) barangan ribawi yang sama jenis dengan lebihan pada salah satu barang.
Contoh: 2 kg beras wangi dengan 2.5 beras super.
Contoh: Pertukaran 10 g emas dgn 9 g emas.
Jual beli secara pertukaran barang (sistem barter) mestilah dengan sukatan yang sama
walaupun grednya berbeza. Hadith Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan pengharaman jual
beli dengan pertambahan pada salah satu barang.
Maksudnya: Bilal telah membawa buah tamar barni (berkualiti tinggi), lalu Rasulullah
bertanyakan dari mana buah tamar itu diperolehi. Bilal menjawab: Tamar yang ada pada kami
adalah radi (bermutu rendah), lalu saya menjualkannya dengan dua sa bagi mendapatkan
satu sa untuk hidangan Rasulullah. Rasulullah bersabda: Ini betul-betul riba, jangan kamu
lakukan begitu, sebaliknya jika kamu ingin membeli tamar, jualkan dahulu tamar yang ada
pada kamu dan kemudian belilah tamar yang kamu kehendaki itu dengan harga yang kamu
perolehi daripada jualan tadi.
(ii) Riba al-nasiah( )
Pertukaran barangan ribawi yang sama jenis dengan menetapkan penangguhan atau
kelewatan serahan salah satu barang (mensyaratkan penangguhan). Maksudnya
barang yang ditukar dalam jual beli tidak diserahkan dalam waktu yang sama.
Contoh: Jual beli sekilogram barli dengan sekilogram barli yang ditangguhkan
penyerahannya oleh salah satu pihak pada tempoh lain.
Contoh: Jual beli 10 gram emas dengan 10 gram emas yang diserahkan salah satu
pihak keesokan harinya.
(iii) Riba al-yad ( )
Pertukaran barangan ribawi yang berbeza jenis yang mana pihak-pihak beraqad
berpisah dari majlis aqad sebelum berlaku penerimaan di antara kedua-dua belah
pihak.
P a g e | 31
(2) Riba al-Duyun ( ) atau Riba Hutang Piutang
(i) Riba al-Qard ( )
Riba al-qard merujuk kepada suatu lebihan / manfaat / faedah terhadap hutang asal
yang disyaratkan ketika berhutang.
Contoh: Hutang RM1000 dengan syarat bila bayar balik RM1200
(ii) Riba al-J ahiliyyah ( ) -
Riba al-jahiliyyah adalah bayaran lebih terhadap hutang asal (pokok pinjaman) yang
dikenakan ke atas orang yang berhutang disebabkan penangguhan atau kelewatan
membayar hutang.
Contoh: Hutang asal RM5000 yang perlu dibayar dalam tempoh lima bulan, tetapi
disebabkan kelewatan membayarnya, jumlah hutang bertambah menjadi RM6000
Syarat-syarat Bagi Mengelakkan Riba Bagi Barangan Ribawi Yang Sama Jenis(Mutajanisayn)
(1) al-Tasawiy(sama), iaitu sama dari segi timbangan (sama ada dalam bentuk gram, kilogram,
cupak, gantang, bilangan, liter dan sebagainya).
(2) al-Hulul (aqad tunai), iaitu penyerahan secara terus dan tidak bertangguh.
(3) al-Taqabud (unjuk-berunjuk), iaitu kedua pihak yang berjual beli menyerahkan kedua-dua
barang sebelum berpisah dari majlis aqad.
Syarat-syarat Bagi Mengelakkan Riba Bagi Barangan Ribawi Yang Berbeza DalamKelompok
Yang Sama (Mutaqaribayn)
Bagi mengelakkan riba bagi jual beli dalam bentuk pertukaran barangan yang berbeza tetapi berada
dalam kelompok yang sama, contohnya seperti pertukaran antara emas dengan perak atau pertukaran
antara gandum dengan buah tamar, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:
(1) al-Hulul (aqad tunai), iaitu penyerahan secara terus dan tidak bertangguh.
(2) al-Taqabud (unjuk-berunjuk), iaitu kedua pihak yang berjual beli menyerahkan kedua-dua
barang sebelum berpisah dari majlis aqad.
Urusan jual beli barangan yang berbeza jenis ini tidak disyaratkan al-tasawiy (sama). Oleh itu,
dibenarkan pertukaran jual beli secupak gandum ditukarkan dengan dua cupak barli atau contohnya
satu gram emas ditukar dengan sepuluh gram perak. Ini berasaskan kepada ketetapan melalui Hadith
Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
Apabila berbeza jenis-jenisnya, maka berjual belilah mengikut kehendak
kamu.
P a g e | 32
Pertukaran Jual Beli Bagi Barangan Ribawi Yang Berbeza Illah(Kelompok Yang Berbeza)
Pertukaran barangan ribawi di antara kelompok yang berbeza seperti emas dengan gandum tidak
terikat dgn syarat-syarat al-tasawiyatau al-taqabud atau serahan tunai. Ia bebas mengikut kehendak
pihak-pihak yg terlibat sama ada ingin berlebihan atau penangguhan.
Barang-barang selain dari barangan ribawi di atas segala urus niaganya tidak tertakluk dgn syarat-
syarat riba jual beli. Contoh: 1 kg gandum ditukar dgn 4 kg garam.
Pertukaran Jual Beli Barangan Ribawi Dengan Barangan Bukan Ribawi
Jual beli harta ribawi dengan harta tidak ribawi, secara mutlak sah boleh dilakukan mengikut
sekehendak hati tanpa terikat dengan syarat-syarat tertentu sebagaimana yang dikhususkan bagi
barangan ribawi.
Contoh: Pertukaran makanan dengan baju. Jual beli sah tanpa syarat.
Urusniaga Emas dan Perak Serta Matawang Mengikut Pandangan Ulama
Matawang boleh dikategorikan kepada dua:
(1) Matawang semulajadi yang dibuat daripada emas dan perak
(2) Matawang menurut istilah yang terdiri daripada wang kertas, wang tembaga dan sebagainya
yang digunakan sebagai wang.
Ulama sepakat mengatakan bahawa pertukaran emas dan perak dalam apa juga bentuk sama ada
yang digunakan sebagai matawang, barang kemas dan bungkal contohnya mestilah sama timbangan,
serah menyerah dalam satu majlis tanpa ada penangguhan oleh mana-mana pihak.
Adakah wang kertas termasuk dalambarangan ribawi seperti emas dan perak?
Mazhab Maliki berpendapat semua jenis matawang sama ada dibuat daripada emas, perak atau lain-
lain termasuk dalam kumpulan barangan ribawi. Manakala mazhab, Shafie, Hanafi dan Hanbali
mengatakan bahawa matawang selain daripada emas dan perak tidak termasuk dalam kategori
barangan ribawi. Oleh itu, penyerahan serentak dalam satu masa bagi pembelian emas atau perak
dengan wang kertas adalah tidak disyaratkan, khususnya lazimnya sekarang ini pembelian secara
hutang adalah lazim berlaku dalam masyarakat hari ini.
(2) JUAL BELI MELIBATKAN GHARAR
Gharar bermaksud mendedahkan diri seseorang atau hartanya kepada kemusnahan dan boleh juga
membawa pengertian penipuan. Ringkasnya gharar adalah merujuk kepada unsur-unsur penipuan
yang boleh mendedahkan seseorang kepada bahaya dan kerosakan. Dalam konteks jual beli, apabila
dikatakan sesuatu aqad itu mengandungi unsur-unsur gharar, maksudnya aqad berkenaan mempunyai
unsur penipuan dan ketidakpastian dalam aqad sepertimana judi.
P a g e | 33
Panduan bagi mengelakkan keraguan dan risiko yang menjadi punca perselisihan dinyatakan dalam al-
Quran:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu makan harta orang lain dengan cara yang
dilarang, sebaliknya berdaganglah sesama kamu dengan saling reda meredai... (al-Nisa: 29)

Maksudnya: Celakalah bagi mereka yang terlibat dengan penipuan, mereka yang ingin ketepatan
semasa orang lain menimbang bagi mereka, tetapi mengurangkan timbangan apabila mereka
menimbang untuk orang lain. (al-Mutaffifin: 1- 3)
Asas pengharaman jual beli gharar adalah merujuk kepada hadith Nabi Muhammad S.A.W yang
bermaksud: Sesungguhnya Nabi S.A.W menegah jual beli gharar. (Muslim)
Oleh sebab itu, jual beli munabazah(campak mencampak), iaitu apabila penjual mencampak mana-
mana satu barangan atau jual beli mulamasah (sentuh menyentuh), iaitu dengan cara pembeli
menyentuh mana-mana satu barangan, dan barangan itu dikira dijual adalah bentuk jual beli yang
diharamkan. Ini kerana barangan yang menjadi subjek jual beli tidak tertentu. Begitu juga jual beli al-
hasah(baling anak batu), iaitu kedua belah pihak, penjual dan pembeli bersetuju untuk berjual beli
barangan yang ditentukan dengan cara membaling anak batu. Mana-mana barangan yang terkena
balingan anak batu, dikira sebagai barangan yang akan dijual beli.
Larangan ini dijelaskan dalam Hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: Nabi S.A.W melarang
jual beli baling batu. (Muslim)
Pada asasnya, gharar atau keraguan akan wujud pada setiap aqad tetapi gharar yang boleh
menyebabkan aqad menjadi tidak sah ialah gharar yang dianggap melampau.
Ringkasnya kewujudan gharar dalam sesuatu aqad iaitu sesuatu yang tidak pasti menimbulkan
keraguan yang menyebabkan wujudnya unsur-unsur membahayakan pihak-pihak beraqad.
Gharar boleh berlaku apabila melibatkan perkara-perkara berikut:
(1) Gharar pada barang yang hendak dijual. Dengan kata lain, tidak maklum atau tidak pasti
dengan barang jualan. Contohnya pembeli tidak melihat barang yang dibeli. Ini menimbulkan
risiko sama ada barang yang dibeli bertepatan dengan kehendaknya ataupun tidak. Risiko
juga melibatkan sama ada barang yang dibeli itu betul-betul wujud atau tidak atau mampu
diserahkan oleh penjual ataupun tidak. Termasuk dalam kategori ini menjual burung yang
berterbangan di udara, menjual salah satu kambing yang berkeliaran dalam kelompoknya.
(2) Gharar pada sighah, iaitu tidak maklum atau tidak pasti dengan harga. Contohnya jual beli
yang tidak dinyatakan harga yang pasti ketika aqad. Ia boleh membawa kesan negatif apabila
penjual meminta harga yang berkemungkinan tidak diredai oleh pembeli.
Risiko yang dihadapi oleh pembeli adalah dari empat sudut:
P a g e | 34
(1) Sama ada perkara yang dijual beli itu wujud ataupun tidak.
(2) Sama ada penjual dapat menjualkan barang tersebut ataupun tidak.
(3) Cara penjual melakukan penipuan untuk menarik minat pembeli supaya bersetuju melakukan
aqad.
(4) Aqad tidak jelas yang boleh mendedahkan pembeli kepada risiko.
Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mengelakkan gharar sama sekali dalam urusan jual beli
manusia, oleh itu para ulama menetapkan syarat-syarat yang menjadikan gharar yang wujud tersebut
dimaafkan.
(1) Gharar tersebut adalah kecil dan sedikit
(2) Urus niaga tersebut diperlukan oleh masyarakat
(3) Gharar tersebut tidak mampu dielakkan melainkan dengan masyaqqah(kesusahan) yang
diiktiraf oleh syarak.
RUMUSAN
Pensyariatan jual beli dalam Islam dengan syarat-syarat dan peraturan yang khusus adalah bagi
menjaga maslahah manusia dan memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada hak-hak dan
tanggungjawab yang terhasil dari aqad yang dimeterai antara anggota masyarakat. Garispanduan
diberikan mengikut hukum syarak bagi mengelakkan manusia dari terlibat dalam muamalah yang
diharamkan bagi mencapai keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
KATA KUNCI
1. Jual beli
2. Riba
3. Gharar
1) Jelaskan konsep jual beli serta syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi menjadikannya
aqad yang sah di sisi hukum syarak.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
P a g e | 35
___________________________________________________________________________
_________________________________
2) Mengapakah elemen reda perlu ada dalam diri pihak-pihak yang beraqad?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
3) Adakah aqad jual beli tanah yang dibeli secara paksaan oleh pihak pemerintah
daripada rakyat adalah sah dan mengikat dari segi syarak?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
4) Penggunaan kad kredit konvensional dapat dikaitkan dengan elemen riba yang ada dalam dua
keadaan, i) apabila pemegang kad kredit hanya menjelaskan sebahagian dari jumlah yang
perlu dibayar dalam bulan tertentu, pertambahan caj terhadap baki yang tidak dibayar akan
dikenakan oleh pihak bank; ii) apabila kad kredit digunakan untuk membuat pengeluaran tunai
di kaunter bank, tambahan bayaran sebanyak 4% dari jumlah yang dikeluarkan akan
dikenakan oleh pihak bank. Kaitkan dua situasi di atas dengan bentuk-bentuk riba yang
diharamkan hukum syarak.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
5) Jelaskan cara-cara bagi mengelakkan berlakunya riba dalam aqad jual beli barangan ribawi.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
6) Huraikan bentuk-bentuk risiko yang wujud dalam jual beli yang melibatkan gharar.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
1. Bincangkan perbandingan antara jual beli dan riba.
2. Bincangkan pendapat ulama-ulama mazhab mengenai aqad jual beli yang dilakukan oleh kanak-
kanak.
3. Huraikan hukum jual beli yang dilakukan oleh orang buta mengikut pandangan fuqaha.
P a g e | 36
4. Bincangkan bentuk-bentuk jual beli yang diharamkan yang dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh
turath.
5. Riba : konsep, klasifikasi serta amalannya pada masa kini dalam perbankan konvensional.
6. Antara syarat barang yang menjadi subjek aqad jual beli ialah bermanfaat dan bernilai dari segi
syarak. Bincangkan hukum aqad jual beli :
i) Peralatan muzik
ii) Binatang peliharaan eksotik seperti ular sawa, kura-kura, biawak, iguana dsb.
iii) Kulit buaya, kulit ular sawa, harimau dsb untuk dijadikan beg kulit, kasut, perhiasan rumah
dsb.
7. Bincangkan konsep gharar mengikut pandangan ulama.
8. Bincangkan bagaimanakah gharardikatakan wujud dalam insuran konvensional.
RUJUKAN
Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadillah Mansor (2006). Dinamisme Kewangan Islamdi Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
(2002). Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji (2004). Kitab Fikah Mazhab Syafie. (Terj.
Solehan Ayub). Jil. 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Hj. Md Hussain dan Mohd Hizam
Hanafiah (2001). Pengantar Perniagaan Islam. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd.
Wahbah al-Zuhaili (2002). Fiqh dan Perundangan Islam. (Terj. Md Akhir Haji Yaacob). Jil. 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
P a g e | 37
UNIT 3
MUAMALAT BERASASKAN AQAD AMANAH DAN
AQAD TABARRUAAT
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Membincangkan konsep aqad amanah dan aqad tabarruat.
2. Menjelaskan bentuk jual beli berasaskan prinsip aqad amanah.
3. Menghuraikan bentuk jual beli berasaskan prinsip aqad tabarruat.
PENGENALAN
Aqad atau kontrak merupakan asas yang penting dalam menentukan prinsip-prinsip perhubungan
dalam muamalah manusia. Setiap aqad mempunyai ciri-ciri yang khusus bersesuaian dengan hasrat
individu atau pihak dalam membentuk aqad bagi muamalat yang diingini. Dalam unit ini akan
dibincangkan muamalat yang berasaskan aqad amanah dan aqad tabarruat serta bentuk-bentuk jual
beli yang terhasil berasaskan prinsip-prinsip berkenaan.
P a g e | 38
ISI KANDUNGAN
Pengertian Aqad Amanah
Aqad amanah adalah "aqad yang memerlukan pendedahan maklumat yang jelas dan benar antara
pihak-pihak yang beraqad". Mereka perlu amanah dalam menyampaikan maklumat agar keputusan
yang dibuat berpandukan maklumat asal yang benar.
Perbincangan seterusnya akan memfokuskan kepada empat jenis aqad amanah, iaitu aqad al-
murabahah, aqad al-tawliyah, aqad al-wadhiah dan aqad al-ishrak.
(1) Aqadal-Murabahah
Aqad al-murabahah(jual beli al-murabahah) merujuk kepada jual beli barang dengan harga kos dan
dicampurkan keuntungan yang diketahui oleh pihak-pihak yang beraqad.
Syarat Jual Beli al-Murabahah:
Bay al-murabahahdari segi rukun dan syarat tidak banyak berbeza dengan jual beli biasa. Walau
unitbagaimanapun terdapat beberapa syarat tambahan bagi bay al-murabahah, iaitu:
(1) Pihak pembeli perlu dimaklumkan harga asal barangan yang menjadi subjek jual beli al-
murabahah, kerana maklumat tersebut merupakan syarat bagi menjadikan aqad bay al-
murabahahberkenaaan sah. Syarat ini juga perlu dipenuhi bagi jual beli al-tawliyah, al-isyrak
dan al-wadhiah.
(2) Penjual dan pembeli mengetahui dan bersetuju dengan kadar keuntungan yang ditetapkan
kerana keuntungan itu adalah sebahagian daripada harga, dan mengetahui harga adalah
menjadi syarat sahnya aqad jual beli.
(3) Sekiranya berlaku pertikaian tentang kadar sebenar kos atau modal seperti pembeli
mengetahui bahawa penjual tidak amanah dan menipu tentang harga asal, pembeli boleh
membatalkan aqad atau meneruskan aqad dengan menerima barang.
(4) Barangan bukan melibatkan barangan ribawi melainkan ianya mematuhi syarat-syarat
pertukaran barangan ribawi.
(5) Sekiranya barangan yang hendak dijual secara murabahahitu telah dibeli daripada pihak lain,
jual beli yang pertama ini mestilah sah dari segi syarak.
Bentuk-bentuk keuntungan dalambay al-murabahah:
Keuntungan diambil secara keseluruhan. Contoh: Saya jual rumah dengan harga pokok RM 90
000 dan saya mengambil untung RM 10 000 (Harga jualan RM 100 000).
Keuntungan secara unit bagi setiap nilai harga yg tersebut. Contohnya, untung RM 1.00 bagi
setiap RM 10.00.
P a g e | 39
Keuntungan secara peratusan. Contohnya: Saya beli motor ini dengan harga RM 4000, saya
hendak jualnya dengan kadar untung 10% iaitu RM 400. Harga jualan ialah RM 4400.
Prinsip Bay al-Murabahah DalamInstrumen Kewangan Semasa
Prinsip bay al-murabahahtelah diperluaskan penggunaannya daripada pengertian klasik dan
digunakan dalam sistem kewangan Islam semasa.
(i) Jualan Murabahah Bagi Pesanan Pembeli (Bay al-Murabahah lil-Amir bi al-
Syira)
Jualan murabahah bagi pesanan pembeli merujuk kepada satu perjanjian jualan antara
penjual (contohnya pihak bank) dengan pelanggan. Dalam hal ini, penjual (bank) membeli
barangan yang diperlukan oleh pelanggan yang berkehendakkan pembiayaan bagi maksud
pembelian tersebut. Pihak bank akan menjual barangan itu kepada pelanggannya pada harga
yang dipersetujui oleh pelanggan dengan margin keuntungan kepada pihak bank (penjual).
Pembayaran yang dibuat oleh pelanggan dilakukan dalam suatu tempoh yang disepakati sama
ada secara sekaligus ataupun secara ansuran. Contoh jual beli kereta.
Ciri-ciri Bay al-Murabahah lil-Amir bi al-Syira:
a) Janji mengikat pembeli atau pelanggan untuk membeli barangan yang dipesan dari
pembiaya atau bank.
b) Barangan yang dipesan harus untuk dimiliki oleh orang Islam dari segi syarak dan ia
wujud atau akan wujud dalam pasaran.
c) Kontrak jual beli antara bank dengan pemilik barangan yang pertama mestilah sah di
sisi syarak.
d) Barang yang menjadi subjek jualan benar-benar menjadi milik bank sebelum dijual
beli secara murabahah dengan pelanggan atau pembeli.
(2) Bay al-Tawliyah ( )
Bay al-Tawliyahialah jual beli pada harga asal dengan penjual tidak mengambil sebarang
keuntungan sama ada jual beli secara tunai atau kredit. Dalam urusan ini, penjual perlu
amanah untuk menyatakan harga kos yang sebenar kepada pembeli. Contoh bentuk aqad jual
beli tawliyah ini ialah seperti jualan murah yang menawarkan harga kos. Contohnya, Saya jual
beg ini dengan harga pokok RM 300, tanpa sebarang keuntungan.
(3) Bay al-Wadhiah ( )
Bay al-Wadhiahmerujuk kepada aqad jual beli sesuatu barang pada harga lebih rendah dari
harga asal dengan penjual sedia menerima kerugian pada kadar tertentu. Tawaran jual murah
di bawah harga kos adalah contoh bentuk jual beli seumpama ini.
Contoh: Saya jual komputer ini dengan harga RM 2000 kurang RM 500 dari harga pokok RM
2500. Maksudnya penjual kerugian sebanyak RM 500.
P a g e | 40
(4) Bay al-Isyrak ( )
Bay al-Isyrak ialah merupakan salah satu kontrak perkongsian. Bentuk jual beli ini
memerlukan pihak yang berkongsi perniagaan mempunyai amanah untuk mendedahkan
maklumat sebenar di antara rakan kongsi. Contoh: A mendapat tawaran membeli 2 ekar tanah
pada harga RM40 ribu. Jika dia ingin berkongsi membeli tanah tersebut dgn B, A mesti
mendedahkan harga tawaran sebenar dan bukan menyebut harga lain.
Pengertian Aqad Tabarruat
Aqad tabarruat merujuk kepada aqad yang memberi manfaat kepada satu pihak atau memberikan
kemudahan untuk digunakan oleh satu pihak yang lain dengan disyaratkan dikembalikan semula tanpa
menetapkan syarat nilai tambah. Contohnya aqad hibah, qard al-hasan, jialah, sedekah dan wakaf.
Walau bagaimanapun, hanya hibah dan qard al-hasan sahaja yang akan dibincangkan.
(1) Aqad Hibah(Aqd al-Hibah)
Kontrak yang merujuk kepada pemberian hak milik tanpa sebarang gantian, semasa masih
hidup dan dilakukan secara sukarela dengan menggunakan lafaz pemberian yang biasa
digunakan. Contohnya; Penukaran hak milik tanah dari ibu bapa yang masih hidup kepada
anak-anak.
Asas keharusan aqad hibah berasaskan kepada dalil al-Quran:

Maksudnya: Dia memberi hartanya yang dikasihinya kepada keluarga terdekat, anak yatim,
orang miskin, orang musafir. (al-Baqarah:177)
Galakan melakukan hibah juga dapat dirujuk kepada hadith Nabi Muhammad S.A.W yang
bermaksud: Berilah kamu hadiah nescaya kamu dikasihi.
Antara hibah dan jual beli, kedua-duanya memberi kesan kepada berlakunya pemindahan hak
milik, perbezaannya ialah pemindahan milik melalui aqad hibah tiada imbalan, sedangkan
pemindahan hak milik melalui aqad jual beli ada imbalan. Perbezaan antara hibah dan wasiat,
pemindahan melalui hibah berlaku semasa pemberi masih hidup. Ini berbeza dengan wasiat
yang mana pemindahan hak milik dilakukan selepas kematian pewasiat. Manakala, perbezaan
antara hibah dan zakat, ialah dari segi kewajipan. Hibah dilakukan atas sukarela tanpa
diwajibkan secara hukum. Zakat pula hukumnya adalah wajib. Perbandingan hibah dengan
sedekah menunjukkan persamaan dari segi bentuk, iaitu pemberian secara sukarela, tetapi
berbeza dari segi makna dan hukum. Hibah bersifat umum, sama ada diberikan oleh orang
kaya kepada orang miskin atau diberikan oleh orang miskin kepada orang kaya. Sebaliknya,
P a g e | 41
sedekah diberikan kepada orang yang memerlukan sebagai usaha mendekatkan diri kepada
Allah bagi mendapatkan ganjaran pahala.
Rukun dan Syarat Hibah:
(i) Pemberi dan penerima - pemberi adalah pemilik dan berkelayakan membentuk
kontrak yang berbentuk tabarru (baligh, waras), orang yang mempunyai kuasa
penuh menggunakan harta (bukan orang safih dan orang muflis).
(ii) Sighah (aqad ijab qabul) - menggunakan lafaz yang jelas menunjukkan maksud
pemberian hibah. Contoh, saya hibahkan barang ini kepada kamu. Sighah ijab dan
qabul bersambungan, tidak dipisahkan dengan ruang lain, dan tidak tertakluk dengan
syarat-syarat lain.
(iii) Barang yang dihibahkan barang yang dihibahkan disyaratkan; wujud ketika aqad,
bernilai dari segi syarak (bukan arak, anjing dan babi), dimiliki oleh pemberi hibah.
Kesan HukumAqad Hibah
Aqad hibah yang mencukupi rukun dan syarat-syaratnya akan memberi kesan hukum:
(i) Barang yang dihibahkan berpindah hak milik kepada penerima hibah tanpa imbalan
diberikan kepada pemberi hibah.
(ii) Pemilikan menjadi sempurna apabila wujud penerimaan dan tidak boleh ditarik balik
melainkan bagi kes hibah yang dilakukan oleh bapa kepada anaknya. Ini berasaskan
kepada dalil hadith Nabi S.A.W yang bermaksud: Tidak diharuskan seseorang
menghibahkan sesuatu kemudian ia menarik balik daripadanya, kecuali bapa yang
member sesuatu kepada anaknya.
(2) Aqad Qardal-Hasan
Al-Qard maksudnya kontrak hutang terhadap sesuatu yang bernilai dengan pembayaran balik
dalam kadar yang sama. Dalam aqad ini pemberi hutang mengaku memberikan pemilikan
sejumlah wang atau harta yang dimilikinya kepada peminjam dalam tempoh tertentu.
Peminjam pula berjanji akan membayarnya semula kepada pemberi hutang dalam kadar yang
sama yang diterimanya.
Perkataan al-hasan yang bermaksud baik digandingkan dengan al-qardh, bagi
menggambarkan hutang yang baik. Oleh itu, Qardal-Hasanmerujuk kepada pinjaman tanpa
faedah yang diberi untuk kebaikan atau pertolongan sahaja. Peminjam hanya perlu
memulangkan kembali jumlah yang dipinjam atau pokok, tetapi atas budi bicara boleh
membayar semula kepada orang yang memberi pinjaman jumlah yang lebih atas prinsip hibah
kepada peminjam sebagai tanda penghargaan. Walau bagaimanapun, hibah tidak boleh
dijadikan syarat ketika peminjaman wang.
P a g e | 42
Jabir R.A berkata: Aku pernah datang ke tempat Nabi S.A.W sedang Nabi ada berhutang
kepadaku, kemudian dia membayarnya kepadaku dan menambah bayarannya itu. (al-
Bukhari)
Rukun dan Syarat Qardal-Hasan:
(i) Pemberi hutang (pemiutang) disyaratkan orang yang layak member sumbangan
(ahli tabarru) dan layak melaksanakan tasarruf (waras, baligh dan bukan bodoh dan
bukan muflis). Pemberi hutang mestilah pemilik sebenar ke atas harta yang hendak
dipinjamkan.
(ii) Peminjam (penghutang) disyaratkan dia adalah ahliyyah al-muamalah (layak
bermuamalah). Maksudnya bukan kanak-kanak, orang gila dan orang yang muflis.
(iii) Wang (Barang yang dihutangkan) Wang atau subjek qirad adalah hak milik
pemiutang yang dimiliki dengan cara yang sah mengikut hukum syarak. Subjek qirad
perlu diserahkan kepada penghutang dan dianggap menjadi sesuatu yang dipinjam
apabila berada dalam pegangan penghutang. Barang atau wang yang dipinjam juga
perlu diketahui dengan jelas jumlah dan kadarnya.
(iv) Sighah (ijabdan qabul) ijabtidak bertentangan dengan qabul. Contohnya, pemberi
hutang mengatakan: Aku pinjamkan duitku berjumlah RM 1000. Penghutang
menjawab: Aku terima pinjaman wang berjumlah RM500 sahaja. Aqad ini adalah
tidak sah, kerana qabul yang diucapkan bertentantang dengan ijab.
Pelaksanaan Prinsip Qard al-Hasandi Malaysia
(i) Pinjaman al-Rahn
Pelanggan menggadaikan barang emas sebagai cagaran pinjaman tanpa dikenakan
faedah (al-Qard al-Hasan). Upah dikenakan bagi urusan pentadbiran dalam kadar yang
berpatutan. Pelaksanaan ini terdapat di Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Pajak
Gadai Islam Kelantan menggabungkan dua prinsip dalam urusan al-Rahn (gadaian).
Pinjaman diberikan kepada pelanggan mengikut hukum al-Qard al-Hasan tanpa apa-apa
faedah dikenakan dan barang emas diterima sebagai cagaran terhadap hutang, dan
pelanggan dikenakan bayaran bagi upah simpan barang berkenaan di bawah hukum al-
wadiah (simpanan).
(ii) Skim Pelaburan Kerajaan
Skim pelaburan kerajaan atau bon yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia yang
dilanggan oleh mana-mana pihak, bank contohnya tidak dijanjikan pulangan yang tetap.
Terbitan bon berteraskan Islam dilakukan bagi memenuhi keperluan kerajaan bagi
memperolehi dana bagi tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, kerajaan boleh memberi
hibah jumlah tertentu kepada pemiutang (pelanggan/bank) mengikut budi bicara apabila
sampai tempoh matang bon berkenaan.
P a g e | 43
(3) Al-J ialah(Ganjaran)
Al-J ialahialah apa-apa pemberian kepada seseorang atas sesuatu perbuatan yang dilakukan
atau bakal dilakukan oleh penerima. Ringkasnya, ia merujuk kepada perjanjian memberi
ganjaran yang dilakukan oleh pihak yang menawarkan apabila pihak yang menerima aqad
melakukan sesuatu yang diminta oleh penawar.
Contohnya, menjanjikan ganjaran RM 100 kepada orang yang menjumpai beg yang hilang,
menjanjikan hadiah sebagai ganjaran kepada pemenang dalam pertandingan, ganjaran
kepada guru jika anak berjaya menghafaz al-Quran, ganjaran doktor apabila dapat
menyembuhkan penyakit dan seumpamanya.
Rukun Aqad al-Jialah:
(i) Aqidan (dua pihak yg berakad)
Pemberi ganjaran adalah seseorang yang mukallaf (baligh/ berakal/ waras) dan pihak yang
menerima (qabul), ialah pekerja yang berhak mendapat ganjaran. Penerima qabul tidak wajib
tertentu orang yang melaksanakan tugas.
(ii) Sighah
Sighah hanya perlu dilafazkan oleh pemberi ganjaran dan tidak memerlukan persetujuan
orang yang melakukan kerja.
(iii) Kerja
Kerja tidak dinilai berasaskan masa atau bentuk kerja dilaksanakan, apa yang perlu hasrat
penawar ganjaran terlaksana.
iv) Bayaran atau Ganjaran
Ganjaran dimaklumi atau diketahui kadarnya, contohnya RM 1000 dan diserahkan kepada
pekerja yang berjaya menyempurnakan tugas.
Perbezaan Antara Aqad al-Jialah (Ganjaran) dengan Aqad al-Ijarah (Sewaan)
Jialah melibatkan kerja yang tidak spesifik. Bagi al-ijarah, aqad tidak sah melainkan ditentukan
secara spesifik kerja yang perlu dilakukan.
Jialah tidak mensyaratkan pekerja yang tertentu bagi menjadikan aqadnya sah. Bagi al-ijarah
pekerja (pihak yang melaksanakan kerja) mesti tertentu dan maklum.
Bagi jialah persetujuan (qabul) pekerja tidak perlu untuk disampaikan kepada pihak yang
menawarkan, tetapi bagi al-ijarah qabul atau penerimaan dari pekerja perlu bagi menjadikan
aqad sah.
Dalam jialah pekerja tidak berhak mendapat ganjaran melainkan setelah kerja selesai
disempurnakan. Dalam al-ijarah pekerja boleh meminta bayaran pendahuluan.
Aqad jialah adalah aqad yang harus dipatuhi, manakala bagi al-ijarah aqad wajib dipatuhi, dan
tiada pihak boleh membatalkannya melainkan dengan persetujuan pihak lagi satu.
(4) Hadiah
P a g e | 44
Hadiah merujuk pemberian yang diberikan oleh satu pihak kepada pihak yang lain tanpa
mengharapkan apa-apa balasan. Ia merupakan pemberian yang berkemungkinan bertujuan
untuk memberi anugerah atas sesuatu pencapaian. Contoh: Hadiah yang diberikan oleh
kerajaan kepada atlet Negara yang berjaya mendapatkan pingat dalam Sukan Olimpik.
(5) Sedekah
Pemberian kepada seseorang tanpa mengharapkan apa-apa balasan yang dilakukan semata-
mata ikhlas kerana Allah Taala.
(6) Wakaf
Pemberian barang-barang atau harta tertentu kepada pihak-pihak tertentu untuk dimanfaatkan
bagi kegunaan awam lazimnya. Wakaf merupakan contoh amalan kebaikan yang pahalanya
berterusan sehingga selepas kematiannya.
RUMUSAN
Instrumen muamalat berasaskan aqad amanah dan tabarruat dapat digunakan oleh masyarakat Islam
bagi memenuhi keperluan transaksi harta mereka. Prinsip-prinsip syariah di bawah aqad berkenaan
juga dapat dikomersialkan dalam penghasilan produk-produk kewangan semasa oleh institusi-institusi
kewangan Islam yang bersesuaian dengan keperluan anggota masyarakat Islam kontemporari.
KATA KUNCI
1. Aqad amanah
2. Aqad tabarruat
3. Bay al-murabahah
4. Bay al-tawliyah
5. Bay al-wadhiah
6. Bay al-ishrak
7. Hibah
8. Qard al-hasan
9. Al-J ialah
10. Hadiah
11. Sedekah
12. Wakaf
1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan aqad amanah serta ciri-cirinya.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
P a g e | 45
___________________________________________________________________________
_________________________________
2. Huraikan perbezaan di antara bay al-murabahah, bay al-tawliyah dan bay al-wadhiah.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
3. Huraikan perbezaan di antara al-jialahdan hibah.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
1. Bincangkan dua bentuk produk pembiayaan kewangan yang berasaskan kepada prinsip bay
al-murabahahsecara terperinci serta contoh-contoh aplikasinya dalam perbankan Islam.
2. Bincangkan prinsip tabarruatyang diaplikasikan dalam produk takaful serta perbahasan ulama
tentang isu tabarruat secara sukarela dan iltizambi al-tabarru (komitmen untuk menyumbang)
yang wujud dalam takaful.
3. Bincangkan produk-produk kewangan semasa yang menggunakan prinsip qard al-hasan
dalam sistem perbankan Islam pada hari ini.
RUJUKAN
Abdul Halim El-Muhammady (2001). Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya Kepada Produk-
produk Perbankan Islam. Selangor: Percetakan Bintang.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji (2004). Kitab Fikah Mazhab Syafie. (Terj.
Solehan Ayub). Jil. 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Hj. Md Hussain dan Mohd Hizam
Hanafiah (2001). Pengantar Perniagaan Islam. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd.
Wahbah al-Zuhaili (2002). Fiqh dan Perundangan Islam. (Terj. Md Akhir Haji Yaacob). Jil. 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
P a g e | 46
UNIT 4
MUAMALAT BERASASKAN AQAD MUSAWAMAH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menjelaskan bentuk-bentuk mekanisme muamalat berasaskan aqad musawamah.
2. Menghuraikan bentuk-bentuk instrumen yang boleh digunakan bagi mendapatkan pembiayaan
aset.
3. Menghuraikan produk-produk yang ditawarkan dalam perbankan Islam bagi tujuan pelaburan
dan pengembangan harta.
4. Menjelaskan isu-isu yang diperdebatkan dalam kalangan ulama dalam instrument yang
berasaskan aqad musawamah.
PENGENALAN
Terdapat pelbagai bentuk instrumen dalam muamalat Islam berasaskan aqad musawamah yang boleh
memenuhi keperluan masyarakat Islam bagi tujuan perniagaan, pelaburan, pembiayaan aset,
pembiayaan peribadi dan sebagainya.
ISI KANDUNGAN
P a g e | 47
Pengertian Aqad Musawamah
Kontrak atau aqad musawamahmerujuk kepada aqad yang boleh dirundingkan, iaitu aqad muamalat
yang lazimnya terdapat dalam pasaran. Ia adalah aqad yang selain daripada aqad amanah dan aqad
tabarruat. Aqad musawamah tidak memerlukan pendedahan maklumat harga asal dan jumlah
keuntungan yang diperolehi dari transaksi sebagaimana aqad amanah.
Contoh aqad musawamah ialah aqad jual beli tunai, jual salam, bayal-wafa, bay al-istisna, al-wadiah,
al-mudarabahdan sebagainya.
(1) Jual Beli Biasa
Aqad musawamah wujud dalam aqad jual beli yang biasa berlaku dalam amalan masyarakat. Kedua-
dua belah pihak tawar-menawar dan bersetuju pada satu harga dan melakukan aqad jual beli tanpa
dinyatakan harga modal atau keuntungan yang diperolehi oleh penjual. Contoh: Saya jual motor ini
dengan harga RM5000. Penjual tidak menyatakan harga pokok atau modal asal motor berkenaan, dan
pembeli bersetuju dengan harga berkenaan.
(2) al-Bay bi Thaman Ajil ( ) atau Bay al-Taqsit(Jualan beransur)
al-Bay bi thaman ajil (BBA) ialah satu kontrak perjanjian oleh pembiaya untuk membeli harta yang
dikehendaki oleh pelanggan. Pembiaya yang bertindak sebagai penjual akan menjual harta yang
dibelinya itu kepada pelanggan dengan harga pokok dan keuntungan. Pelanggan akan membayar
secara bertangguh mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan dibayar dengan jumlah tertentu secara
beransur-ansur. Produk ini lazimnya digunakan bagi pembiayaan kereta, rumah dan aset-aset lain.
Dari segi bentuknya, al-bay bi thaman ajil (BBA) bertentangan dengan bay al-salamyang dilaksanakan
dengan cara jualan yang bayarannya disegerakan secara tunai, dan penyerahan barangan
ditangguhkan kepada suatu masa hadapan yang tertentu.
Asas penerimaan BBA merujuk kepada dalil al-Quran yang mengharuskan jual beli dalam surah al-
Baqarah, ayat 275 ( ) dan menggalakkan agar umat manusia menulis hutang dalam
surah al-Baqarah, ayat 282:
( )
Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam Hadith yang bermaksud: Tiga golongan yang mendapat
berkat, iaitu jualan secara bertangguh.. (Ibn Majah)
Dalam Hadith lain, Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Sesiapa yang yang berhutang pada sesuatu,
maka hendaklah mengikut sukatan tertentu, dan timbangan tertentu kepada tempoh tertentu (Ibn
Majah)
Contohnya pihak bank membeli barangan perniagaan yang ditentukan oleh pelanggan daripada
pembekal dengan jumlah harga tunai tertentu contohnya RM100 ribu. Bank kemudian menjualkannya
semula kepada pelanggan dengan harga kos dan dicampur dengan keuntungan sebanyak 2% atas kos
P a g e | 48
untuk tempoh bayaran balik dalam tempoh enam bulan. Maksudnya pelanggan perlu membayar
RM102,000 kepada pihak bank.
Adakah pembeli atau pelanggan bank adalah peminjamwang dari bank?
Dalam BBA, pelanggan tidak membuat sebarang pinjaman. Hubungan yang wujud antara pelanggan
dan bank adalah hubungan antara penjual dengan pembeli bukan antara penghutang dan pemiutang.
Apakah hukumjualan tangguh?
Ijma ulama berpendapat bahawa jualan bertangguh hukumnya adalah harus. Persoalan yang timbul
ialah mengenai isu apabila melibatkan penambahan harga apabila berlaku penangguhan. Ulama
berbeza pendapat mengenai hal ini.
1) Golongan pertama berpendapat hukumnya adalah tidak harus. Penambahan harga
disebabkan berlaku penangguhan adalah sama seperti penambahan pada jumlah
hutang kerana penangguhan, iaitu sesuatu yang melibatkan riba.
2) Golongan kedua (jumhur ulama) berpendapat ia adalah harus dengan syarat kedua
pihak yang terlibat maklum dengan terma atau syarat-syarat pembayaran dan
ansurannya serta bersetuju dengan ketetapan tersebut.
Contoh Pembiayaan Perumahan Di Bawah BBA
A ingin membeli sebuah pangsapuri dengan mengggunakan BBA yang ditawarkan di Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB). BIMB akan membeli pangsapuri tersebut contohnya yang berharga RM 100
ribu dan menjualkan kembali rumah berkenaan kepada pelanggan dengan harga RM 180 ribu. RM 100
ribu adalah modal dan RM 80 ribu adalah jumlah keuntungan yang diperolehi oleh BIMB. Pelanggan
atau pembeli membayar balik keseluruhan jumlah RM180 ribu dalam masa 15 tahun dengan kadar RM
1000 sebulan.
(3) Bay al-inah ( )
Bay al-inahmerujuk kepada penjualan aset oleh penjual kepada pembeli dengan harga tangguh yang
lebih tinggi dan kemudiannya penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga
tunai yang lebih rendah.
Contohnya, pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh bank menggunakan bentuk jual beli inah (bay
al-inah) bagi memenuhi kehendak pelanggan. Operasi ini dilaksanakan dengan cara pihak bank
menjual tanah kepada pelanggan (pembeli) dengan harga RM50 ribu. Kemudiannya, pihak bank akan
membeli semula tanah yang sama daripada pelanggan dengan harga tunai yang lebih rendah,
contohnya RM42 ribu. Pelanggan akan memperolehi harga jualan berjumlah RM42 ribu secara tunai,
dan pada masa yang sama bertanggungjawab membayar harga tanah bagi aqad jual beli pertama yang
berjumlah RM50 ribu yang akan dibayar secara beransur-ansur secara bulanan dalam tempoh masa
yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
P a g e | 49
Ringkasnya, terdapat dua aqad dalam jual beli inahyang dilakukan secara berturutan terhadap suatu
barang. Aqad jual pertama adalah penjualan tanah dari pihak bank kepada pelanggan, dan aqad kedua
ialah penjualan tanah yang sama kepada pihak bank dengan harga yang rendah.
Apakah hukumjual beli inah?
Ulama berbeza pendapat tentang hokum jual beli inah:
1) Golongan pertama (Abu Hanifah, Malik dan Imam Ahmad Ibn Hanbal) berpendapat
bahawa, jual beli inahtidak harus. Alasannya ia merupakan satu hilah(helah) riba,
sama ada riba al-fadli kerana berlaku penambahan harga atau riba al-nasiah kerana
wujudnya penangguhan bayaran.
2) Golongan kedua (Imam Shafie) berpendapat jual beli inahadalah sah.
(4) Jual Salam(Bay al-Salam)
Jual salam ( ) atau dikenali juga dengan nama bay al-salaf adalah menjual suatu barang yang
penyerahannya ditunda, atau menjual sesuatu (barang) yang ciri-cirinya jelas dengan pembayaran
modal lebih awal, sedangkan barangnya diserahkan kemudian hari. Urusniaga tempahan yang
melibatkan penyerahan keseluruhan harga belian adalah bentuk jual salam. Jual salam adalah
bertentangan dengan bay bi thaman ajil yang melibatkan penyerahan barangan terlebih dahulu dan
harga bayaran dikemudiankan. Muamalat ini merupakan satu bentuk pengecualian kepada bay al-
madum(beli sesuatu barang yang tiada dalam majlis akad), disebabkan keperluan manusia kepada
jual beli salam.
Contohnya, A menempah 100 helai baju melayu dari B yang ditentukan bilangan, spesifikasi dengan
harga bayarannya disegerakan dengan penghantaran disyaratkan dalam tempoh 2 bulan.
Dalil pensyariatan bay al-salam dapat dirujuk kepada keumuman maksud ayat dari firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk
waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. (al-Baqarah: 282)
Ayat ini dijadikan dalil yang menunjukkan jual beli salam adalah dibenarkan mengikut hukum syarak
kerana jual beli salam termasuk dalam kategori hutang, dan ayat di atas membenarkan hutang dalam
muamalah manusia. Oleh itu, jual beli salam juga diharuskan.
Dalil dari al-Sunnah mencatatkan bahawa apabila Nabi Muhammad S.A.W memasuki Madinah dan
medapati mereka (orang Madinah) membuat urusniaga salam buah-buahan dua dan tiga tahun, lalu
baginda bersabda: Sesiapa membuat urusniaga hutang piutang (salam) pada suatu benda, maka
P a g e | 50
hendaklah urusniaga itu mengikut sukatan yang tertentu, dan timbangan yang tertentu serta tempoh
tertentu.
Rukun-rukun jual salam
a) Penjual (al-muslamilaih) dan pembeli (al-muslim) disyaratkan berakal, baligh dan tidak dipaksa
sebagaimana syarat-syarat jual beli.
b) Sighah (ijab qabul) disyaratkan jelas menunjukkan hasrat kedua-dua belah pihak serta qabul
hendaklah selaras dengan ijab. Contohnya, Pemilik modal berkata: Saya dahulukan bayaran
RM1000 untuk mendapatkan 100 helai baju yang sifat-sifatnya seperti berikut.....yang perlu
diserahkan dalam masa sebulan. Penerima menjawab: Saya setuju.
c) Harga atau modal (ras al-mal) - harga perlu diketahui kadar dan sifatnya. Contoh seribu ringgit,
atau seratus ribu rupiah. Matawang negara yang digunakan mesti jelas. Sekiranya harga dibayar
dalam bentuk barang perlu jelas, contohnya seribu gantang beras atau 100 kg gula. Begitu juga
kualiti barang disyaratkan jelas. Contohnya beras gred A atau beras gred B. Perkara ini penting
bagi mengelakan pertikaian. Penyerahan modal oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual
dalam majlis aqad sebelum mereka berpisah secara fizikal kerana penyerahan modal terlebih
dahulu adalah objektif asal bagi jual beli salam. Jika penyerahan modal tidak berlaku tidak
tercapai maksud keharusan al-salam iaitu untuk menolong pengeluaran barang. Contohnya, bagi
keadaan di mana pengilang atau pengimpot tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk
mendapatkan barang perniagaan.
d) Barangan yang ditempah (al-muslam fihi)
i) Barang mestilah boleh dinyatakan sifat dan cirinya berdasarkan kehendak pembeli
agar tidak menimbulkan kekeliruan. Contoh, gandum, barli, tamar, beras, baju,
seluar dan sebagainya.
ii) Barang mestilah dikenalpasti jenis, kualiti, jumlah dan sifatnya oleh kedua-dua
belah pihak. Contoh, kilogram, cupak dan gantang bagi barang yang boleh
ditimbang. Dinyatakan sifat contoh warna, ukiran, acuan, tebal, nipis dan lain-lain
sifat yang diperlukan oleh pembeli.
iii) Barang tidak bercampur aduk dengan pelbagai barangan yang pelbagai jenis.
Contohnya beras bercampur aduk dengan barli.
iv) Barang menjadi tanggungan (hutang) ke atas penjual. Contohnya barang yang
ditempah hanya dinyatakan spesifikasi tetapi tidak wujud dalam majlis aqad. Jika ia
wujud dan siap di hadapan pembeli, jual beli salam tidak sah, kerana jual beli
salam sifatnya ditempah dengan dinyatakan sifat-sifatnya dan diserahkan
kemudian kepada pembeli.
v) Barangan mampu diserahkan apabila sampai waktu yang dijanjikan. Jika barang
yang dijanjikan tidak dapat diadakan pada tempoh yang ditetapkan, pembeli diberi
pilihan sama ada membatalkan aqad dengan modal diserahkan semula tanpa
pengurangan atau penambahan atau menunggu tempoh lain yang dipersetujui
bersama.
vi) Tempoh penyerahan perlu ditetapkan. Tempoh masa penyerahan dimaklumi oleh
kedua belah pihak. Tidak sah aqad jika masa tidak dinyatakan dengan jelas.
vii) Tempat penyerahan perlu ditetapkan.
(5) Jual beli tempahan (Bay al-Istisna)
P a g e | 51
Aqad jual beli sesuatu barang yang ditempah supaya pengusaha menyiapkannya. Maksudnya
seseorang meminta dari seseorang lain yang ada kemahiran untuk membuat atau membina suatu
barang supaya membuat barang tersebut mengikut cara-cara yang khusus. Contohnya tempahan
membuat perabot rumah, membina rumah, gril pintu dan sebagainya. Dalam bay al-istisna, pengusaha
mempunyai dua bentuk tanggungan, iaitu kerja menyiapkan tempahan dan penyerahan barang yang
telah siap.
Persamaan antara bay al-salamdengan bay al-istisna ialah barang yang diaqadkan tidak wujud ketika
aqad dilakukan, dan barang hanya akan diserahkan pada masa akan datang. Perbezaan dengan bay
al-salam ialah, harga tidak diserahkan keseluruhannya ketika majlis aqad. Contohnya, pembayaran 1/3
daripada jumlah keseluruhan harga boleh dilakukan dalam majlis aqad. Baki harga keseluruhannya
akan dibayar kemudian ketika barang siap, ataupun bayaran secara ansur-ansur dalam tempoh
sehingga barang siap. Bay al-salampula harga diserahkan keseluruhannya dalam majlis aqad.
Syarat-syarat bay al-istisna:
i) Barang yang dijualbeli hendaklah jelas spesifikasinya kepada kedua belah pihak agar
tidak timbul salah faham.
ii) Barang yang dijual beli secara istisna mestilah barang yang lazim dijual secara
demikian dalam masyarakat. Contoh, rumah, perabot, pintu dan sebagainya.
iii) Masa penyerahan tidak perlu dihadkan, apa yang penting penyerahan barang yang
siap berlaku sebagaimana yang dipersetujui.
iv) Penyerahan harga tidak disyaratkan berlaku dalam majlis aqad.
Pembelian Rumah Berdasarkan Model
Sekiranya pembeli membeli rumah selepas melihat model rumah dengan membayar keseluruhan harga
pada majlis aqad, ia adalah bay al-salam. Sebaliknya jika harga tidak dibayar kesemuanya dalam
majlis aqad, ia adalah bayal-istisna.
(6) Al-Syarikah(Perkongsian)
Al-Musharakahdari segi bahasa bermaksud percampuran antara sesuatu dengann yang lainnya. Dari
segi istilah ia merujuk kepada aqad di antara dua orang atau lebih yang berjanji untuk bekerjasama
dalam perniagaan dengan memberikan modal masing-masing dan keuntungan dibahagikan antara
mereka.
Asas keharusan musharakah berasaskan kepada dalil dalam al-Quran,

Maksudnya: ..... maka mereka bersyarikat dalam satu pertiga harta... (al-Nisa: 12)

P a g e | 52
Maksudnya: .... sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bersyarikat itu sebahagian mereka
berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
soleh; (al-Sad: 24)
Dalam Hadith Qudsi Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: Aku adalah orang ketiga
bersama-sama dua orang yang berkongsi selagi salah seorang dari mereka tidak emngkhianati yang
lain. Jika dia mengkhianatinya, maka aku lari meninggalkan mereka berdua (iaitu mengangkat
keberkatan dari mereka berdua).
Jenis-jenispersyarikatan
i) Sharikahal-inan
Syarikah al-inan ialah perkongsian dua orang atau lebih pada harta kepunyaan bersama yang
digunakan untuk menjalankan perniagaan, dan keuntungan diperolehi dari perniagaan dibahagikan
antara mereka. Saham yang disediakan tidak semestinya sama. Keuntungan mahupun kerugian
diagihkan mengikut nisbah yang dipersetujui. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh: Keuntungan
dibahagi sesuai dengan kesepakatan, dan kerugian sesuai dengan modal masing-masing.
Ulama sepakat mengharuskan syarikah al-inan.
Perlaksanaan syarikah al-inan
Setiap rakan kongsi boleh mengurus tadbir harta perkongsian bagi saham masing-masing sebagai
pemilik modal dan wakil kepada rakan kongsi bagi sebahagian modal rakan kongsinya. Keuntungan
dibahagikan berdasarkan saham masing-masing dan kerugian juag ditanggung berdasarkan saham
masing-masing.
ii) Sharikah al-mufawadah
Syarikah al-mufawadahialah perkongsian dua orang atau lebih yang bekerjasama dalam beberapa
tugas atau operasi dengan syarat pelaburan modal, pengurusan dan tanggungjawab perjalanan
syarikat ditanggung bersama. Setiap rakan kongsi menjadi penjamin (kafil) kepada rakan kongsi
mereka dalam hak-hak perniagaan.
Ciri-ciri bagi syarikah al-mufawadah, ialah persamaan dalam semua aspek, iaitu jumlah modal setiap
rakan kongsi mesti sama, tidak boleh salah seorang memberikan modal yang lebih berbanding orang
lain. Keuntungan akan dibahagikan sama rata. Kuasa pengurusan juga sama.
Jumhur ulama tidak mengharuskan syarikah al-mufawadah kerana disifatkan sebagai rumit dan tidak
mungkin dapat dilaksanakan.
iii) Sharikah al-abdan (al-amal)
P a g e | 53
Sharikah al-abdan (al-amal) ialah dua individu atau lebih bersetuju untuk menjalankan tugas tertentu
dengan syarat ganjaran / upah yang diagihkan mengikut nisbah yang dipersetujui. Contoh perkongsian
tugas, seperti sama-sama bertukang, membersihkan bangunan, ladang atau membuka bengkel.
Persyarikatan adalah pada tugas atau kerja, bukan pada modal (harta). Hasil yang diperolehi
dibahagikan antara mereka.
Ulama mazhab Shafie berpendapat syarikat jenis ini adalah tidak sah, kerana perkongsian atau
bersyarikat hanya dibolehkan pada harta dan bukan pada tugas / pekerjaan kerana kerja tidak bersifat
tetap. Ia sukar ditentukan kualiti dan kuantiti kerja yang sama antara orang yang terlibat sepanjang
persyarikatan berlangsung. Begitu juga sukar mengukur kemampuan tenaga setiap rakan kongsi.
Persyarikatan seperti ini mengandungi unsur ketidakpastian.
iv) Sharikah al-wujuh (syarikah ala al-daman)
Sharikah al-wujuhatau syarikah ala al-daman(syarikat tanggungan sendiri) ialah persyarikatan antara
dua orang atau lebih tanpa mengeluarkan modal. Pihak-pihak melakukan pembelian dengan secara
kredit (berdasarkan kepercayaan orang atau reputasi) serta menjualnya dengan harga tunai. Penjualan
hanya bergantung kepada kemasyhuran atau pengaruh mereka sahaja. Keuntungan dibahagi sama
rata atau mengikut persetujuan bersama.
Lazimnya jual beli kredit yang dilakukan ini hanya dapat dilakukan oleh orang yang dikenali oleh
pengeluar atau pemborong yang bersedia memberi kredir kepada mereka.
Ulama mazhab Shafie berpendapat syarikat jenis ini adalah batal sebab setiap syarikat bergantung
atas modal atau kerja. Sebaliknya, kedua-dua elemen tersebut tiada dalam persyarikatan seumpama
ini.
v) Bay al-Wafa (Jual Beli Janji)
Bay al-Wafa adalah jual beli bersyarat yang mana penjual mensyaratkan dalam aqad jual beli itu, jika
dia dapat membayar kembali harga barang yang diambil dari pembeli, maka pembeli perlu
memulangkan semula barang yang dijual kepadanya. Istilah al-wafa digandingkan dengan jual beli ini
ialah kerana penjual mesti mematuhi syarat yang dikenakan ke atasnya dalam aqad yang diadakan
untuk mengambil kembali barangnya apabila dia berjaya membayar jumlah barang yang dijualnya
pertama kali kepada pembeli. Pembeli boleh menggunakan atau memanfaatkan aset tersebut selagi dia
tidak membuat urus niaga memindah hak milik kepada orang lain.
Bentuk jual beli al-wafa ini merupakan satu bentuk pengecualian dari prinsip asas jual beli yang tidak
boleh bersyarat. Walau bagaimanapun, jual beli al-wafa ini diharuskan berdasarkan penerimaannya
dalam kalangan masyarakat, dan menjadi urf yang diamalkan secara meluas. Ia juga sebagai alternatif
bagi mengelakkan mereka daripada terlibat dengan amalan riba.
Contoh: A menjual tanah sawah kepada B dengan harga RM10 000. Mereka bersetuju bahawa
selepas 3 tahun, tanah akan dijual kembali kepada A dengan harga yg sama.
Ciri-ciri utama bay al-wafaialah:
P a g e | 54
(i) Pernyataan dalam aqad dijelaskan bahawa penjual membayar balik harga jualan
barang kepada pembeli, dan dengan berlakunya pembayaran itu pembeli mesti
memulangkan barang yang dipegang itu kepada penjualnya;
(ii) Penjual dan pembeli boleh menamatkan aqad pada bila-bila masa apabila penjual
dapat menjelaskan bayaran;
(iii) Pembeli boleh memanfaatkan harta yang dibeli secara wafa;
(iv) Pembeli bertanggungjawab terhadap harta jika berlaku sebarang kerosakan
disebabkan kecuaian dan kelalaiannya;
(v) Pembeli tidak boleh membuat urusniaga untuk memindahkan hak milik harta kepada
orang lain dengan cara jual beli.
Perbincangan hukumBay al-Wafa:
Alasan pihak yang mengatakan hukumnya tidak harus:
i) Aqad jual beli tidak boleh bertempoh. Jual beli adalah aqad yang mengakibatkan perpindahan hak
pemilikan secara sempurna untuk selamanya. Sedangkan bay al-wafa melibatkan pemilikan yang
terhad dari segi tempohnya.
ii) Jual beli berkenaan bukan matlamat utama bay al-wafa sebaliknya jual beli berkenaan lebih
kepada helah bagi menghalalkan riba.
iii) Jual beli mengikut hukum syarak tidak boleh bersyarat, sedangkan bay al-wafa menetapkan
beberapa syarat dalam aqadnya.
iv) Jual beli bay al-wafa tidak pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat.
Hujah ini merujuk kepada maksud hadith:Rasulullah saw melarang jual beli yang diiringi dengan
syarat.
Alasan pihak yang mengatakan hukumnya adalah harus:
a) Bay al-wafa diharuskan bagi mengelakkan berlakunya riba. Keharusan bentuk aqad
ini dapat mewujudkan tolong menolong antara pemilik modal dengan orang yang
memerlukan wang dalam jangka waktu tertentu.
b) Jual beli ini tidak termasuk dalam larangan Nabi yang melarang jual beli dengan
bersyarat. Ini kerana walaupun disyaratkan pengembalian barang tetapi
pengembalian adalah dalam bentuk jual beli.
c) Amalan ini telah menjadi urf masyarakat setempat yang memerlukan urusniaga al-
wafa bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka.
Adakah bay al-wafa sama kedudukannya dengan al-rahn?
Bay al-wafa berbeza dengan al-rahndalam aspek-aspek berikut:
a) Pemegang gadaian dalam aqad al-rahn tidak memiliki barang sepenuhnya, sebaliknya
pembeli dalam bay al-wafa memiliki barang yang dibeli selama tempoh barang berkenaan
tidak dibeli kembali oleh pemilik asalnya.
P a g e | 55
b) Dalam al-rahn, jika barang rosak dengan sebab cuai di tangan pemegang gadaian ia adalah
di bawah jaminan pemegang gadaian dan perlu diganti.
c) Dari segi manfaat objek, aqad bay al-wafa ini tidak sama dengan gadaian kerana barang
dijual kepada pembeli dan pembeli ada hak untuk menggunakan barang tersebut. Barang
gadaian pula tidak boleh digunakan oleh penggadai.
vi) Al-Mudarabah (Pelaburan)
Maksud al-mudarabahdari segi lafaz bahasa Arab bermaksud musafir atau berjalan. Al-Mudaribadalah
pengusaha yang berjalan dan bermusafir bagi menjalankan aktiviti perniagaan. Manakala, istilah Al-
Mudarab(rabb al-mal) adalah pemilik modal yang memberikan modal kepada al-mudaribbagi tujuan
perniagaan dengan maksud mendapat keuntungan daripadanya.
Urusan ini juga disebut qirad (hutang) kerana pemilik modal memperuntukkan sebahagian dari hartanya
dan diberikan kepada pengusaha untuk digunakan bagi tujuan perniagaan. Bahagian modal yang
diberikan kepada pemodal disebut qirad(hutang).
Ringkasnya, pemilik modal yang memiliki harta menyerahkan wangnya kepada pengusaha yang lebih
pakar dan lebih mengetahui tentang selok belok perniagaan untuk menggunakan wangnya bagi tujuan
itu, dan berkongsi keuntungan dalam kadar tertentu yang dipersetujui bersama.
Secara lebih khusus istilah ini merujuk kepada aqad yang berlaku di antara pemodal dengan
pengusaha bagi tujuan perniagaan bagi mendapatkan keuntungan yang akan dibahagi di antara
mereka dalam kadar yang dipersetujui bersama.
Asas Pensyariatanal-Mudarabah
Al-Mudarabah diharuskan berdasarkan dalil-dalil berikut:

Maksudnya: ...dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah
kurnia Allah. (al-Muzzammil: 20)
Pemilik Modal
(Sahib al-mal)
Pengusaha
(al-Mudarib)
Untung / Rugi
P a g e | 56
Dari al-Sunnah diriwayatkan bahawa Ibn Abbas R.A mengatakan bahawa bapanya al-Abbas (bapa
saudara Nabi) pernah mempraktikkan mudarabah, yang mana ia memberi wang kepada rakan
kongsinya dalam al-mudarabah dengan mensyaratkan rakannya supaya jangan membawa hartanya
menyeberang pergi laut, menuruni lembah dan membeli binatang yang hidup. Jika rakannya melakukan
juga perkara berkenaan dia hendaklah menanggung bayaran ganti rugi. Syarat yang diletakkan oleh al-
Abbas telah sampai kepada pengetahuan Rasulullah S.A.W dan baginda meluluskannya.
Para sahabat diriwayatkan telah menyerahkan harta anak yatim untuk menjadi modal bagi al-
mudarabah.
Rukun dan Syarat al-Mudarabah
(i) Pemodal dan Pengusaha
Kedua-duanya mestilah orang yang cukup kelayakan dari segi hukum dan undang-undang
untuk memberi perwakilan dan menjadi wakil. Kelayakan ini hanya dimiliki oleh orang yang
sempurna akal dan memiliki kemampuan dan hak menguruskan harta. (check khin) Oleh itu,
kanak-kanak, orang gila, al-mahjur alaihseperti orang muflis dan safihtidak layak melakukan
aqad.
(ii) Modal
Modal adalah dalam bentuk wang kerana wang diterima dalam sejarah masyarakat manusia
sebagai alat belian dan diterima sebagai sesuatu yang bernilai. Ini diterima pakai amalannya
pada zaman Nabi S.A.W dan pendapat jumhur ulama.
Walau bagaimanapun, barang juga diterima sebagai modal bagi aqad al-mudarabah atas
alasan jual beli dalam Islam menerima pertukaran antara barang dengan wang serta
pertukaran barang dengan barang (sistem barter).
Modal hendaklah diketahui kadarnya serta diserahkan kepada pengusaha secara tunai bukan
hutang.
(iii) Keuntungan Diketahui
Setiap pihak yang beraqad mesti mengetahui nisbah eratusan pembahagian keuntungan yang
akan dibahagikan antara mereka. Contohnya separuh (50:50), satu pertiga (30:70) dari jumlah
keuntungan yang dipersetujui dalam aqad. Ia tidak boleh ditetapkan dengan kadar yang tetap
seperti RM1000 dari keuntungan.
(iv) Sighah (ijab qabul)
Tawaran dan penerimaan aqad al-mudarabah antara pemodal dan pengusaha perlu bagi
menjadikan aqad sah yang menunjukkan maksud kerelaan pemodal membenarkan hartanya
digunakan untuk perniagaan dan penerimaan modal dari pengusaha bagi tujuan perniagaan.
(v) Usaha
Usaha yang dimaksudkan ialah jenis perniagaan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
yang beraqad. Terdapat dua jenis usaha al-mudarabah, iaitu
P a g e | 57
a) Mudarabah mutlaqah (tidak terhad)
Iaitu penyerahan modal oleh pemodal dilakukan tanpa ditentukan jenis usahasama, atau
perniagaan dan juga tidak ditentukan tempoh masa serta orang yang dibenarkan berurusan
mengenainya. Pengusaha bebas menguruskan modal dengan apa sahaja cara yang difikirkan
boleh mendatangkan keuntungan dan berniaga di daerah atau negeri mana sahaja yang
diingininya dalam kerangka kelaziman perniagaan dijalankan atau urf perniagaan yang
diamalkan oleh peniaga-peniaga. Oleh itu, pengusaha tidak boleh berniaga barang yang
diharamkan oleh syarak.
b) Mudarabah muqayyadah (terhad)
Iaitu penyerahan modal dengan syarat-syarat tertentu. Kegiatan perniagaan dihadkan dengan
masa, tempat tertentu atau jenis barangan yang dibenarkan untuk diniagakan. Pengusaha
mesti mengikuti syarat-syarat yang ditentukan oleh pemilik modal.
(vi) Untung Rugi al-Mudarabah
Keuntungan al-mudarabahberasaskan nisbah atau peratusan yang dipersetujui bersama oleh
pemodal dan pengusaha ketika majlis aqad. Maksudnya keuntungan dikongsi bersama antara
keduanya, tetapi kerugian hanya ditanggung oleh pemodal sahaja. Pengusaha dianggap
sebagai pemegang amanah kepada modal yang diserahkan kepadanya dan dia tidak
menanggung risiko kerugian melainkan jika kerugian yang dialami adalah disebabkan
kecuaiannya atau disebabkan dia melanggar syarat-syarat yang ditentukan dalam mudarabah
muqayyadah.
Bilakah Aqad al-Mudarabah Tamat?
(1) Apabila salah satu pihak, sama ada pemilik modal atu pekerja membatalkan aqad pada bila-bila
masa sahaja. Apabila dibatalkan oleh pemilik, pekerja tidak boleh menggunakan duit membeli
barang untuk berniaga.
(2) Apabila salah seorang yang beraqad meninggal dunia. Menurut jumhur ulama, aqad dianggap
batal jika pemilik modal meninggal dunia, kerana aqad al-mudarabah sama dengan aqad
perwakilan, yang mana aqad gugur dengan kematian orang yang memberi wakil. Imam Malik pula
berpendapat, aqad tidak batal jika yang meninggal dunia adalah pemilik modal kerana urusan
tersebut boleh dilanjutkan oleh ahli waris.
(3) Apabila salah satu pihak hilang kelayakan untuk bertindak contohnya menjadi gila.
(4) Apabila modal habis (hilang) sama ada hilang disebabkan faktor alam sepertit kebakaran,
ditenggelami banjir atau disebabkan oleh pemilik atau pekerja. Tetapi dikekalkan bahagian upah
pekerja jika modal binasa disebabkan perbuatan pemilik. Jika yang menyebabkan hilang / rosak
modal adalah pekerja dan dia menggantikan balik jumlah modal yang binasa itu, aqad tidak tamat,
tetapi jika dia tidak menggantikan balik, maka aqad fasakh.
Jika Berlaku Pertikaian Di Antara Pemilik Dan Pekerja
P a g e | 58
a) Jika khilaf atu bertikai tentang keuntungan, contohnya pekerja mengatakan tiada keuntungan, atau
mereka bertikai tentang jumlah, keputusan berdasarkan sumpah amil. Ini berasaskan kaedah fiqh:
al-asl al-adam.
Jika pekerja memaklumkan bahawa untung dalam jumlah tertentu, kemudian mengatakan bahawa
dia tersilap kira, maka kata-kata pekerja tidak diterima, kerana perbuatan ini adalah menarik balik
sesuatu yang diakuinya mengenai hak orang lain.
b) Jika mereka bertikai tentang barang, contohnya pemilik modal mengatakan pekerja membeli
barang untuk berniaga menggunakan duit modal, tetapi pekerja mengatakan barang yang dibeli itu
menggunakan duitnya sendiri sama untuk berniaga sendiri atau kegunaannya. Dalam hal ini, kata-
kata pekerja diterima dengan sumpah, kerana dianggapkan dia lebih tahu dengan niatnya sendiri.
c) Jika mereka bertikai tentang modal sama ada dari segi kadar atau jenis, kata-kata amil diambil kira
dengan sumpah.
d) Jika mereka bertikai tentang kerosakan modal. Contohnya, pemilik mengatakan modal rosak atau
binasa disebabkan kecuaian pekerja. Pekerja mengatakan bahawa dia tidak cuai dan telah
menjaga modal dengan sebaiknya, tetapi modal tetap hilang atau binasa, kata-kata pekerja diambil
kira dengan sumpah.
e) Pertikaian tentang pemulangan balik modal. Pemilik modal mengatakan pekerja tidak
memulangkan lagi modal, tetapi pekerja mengatakan dia telah memulangkan modal, dibenarkan
kata-kata amil dengan sumpah.
vii) al-Wadiah (Simpanan)
Perkataan al-wadiahialah perkataan Arab yang dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang ditinggalkan
kepada seseorang supaya dijaganya. Dari segi syarak bermaksud mewakilkan orang lain untuk
menjaga harta benda yang dimiliki dengan cara tertentu.
Al-Wadiah hukumnya sunat dan digalakkan atas dasar tolong menolong sesama manusia.
Asas Keharusan Aqad al-Wadiah
Asas keharusan aqad al-wadiah ialah nas al-Quran dan Hadith serta ijma fuqaha. Antara nas al-Quran
yang dijadikan dalil ialah:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyruh kamu melaksanakan amanah kepada yang berhak
menerimanya (al-Nisa:58)
Amanah adalah lafaz am yang juga bermaksud setiap apa yang diminta dijaga oleh orang lain, seperti
barang (al-wadiah). Simpanan seseorang adalah juga satu bentuk amanah yang perlu dipulangkan
semula apabila dituntut oleh pemilik barang.
P a g e | 59
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: Serahkanlah amanah orang yang mempercayai kamu,
dan jangan kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu. (Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Hakim)
HikmahPensyariatan
Pensyariatan al-wadiah dalam Islam adalah bagi memudahkan urusan umat manusia, khususnya orang
Islam. Adakalanya, dalam keadaan tertentu seseorang itu memerlukan bantuan dan pertolongan orang
lain untuk menjaga harta atau barang. Sesetengah orang memiliki harta tetapi tiada tempat untuk
disimpan dengan selamat, ada setengah yang lain mempunyai tempat yang selamat bagi menyimpan
barang, contohnya peti besi yang tidak terbakar disebabkan api.
Adakalanya manusia perlu bermusafir bagi menunaikan satu-satu tugas. Oleh itu, adalah tidak selamat
untuk meninggalkan barang berharga tanpa pengawasan dan penjagaan seseorang yang lain.
Rukun dan Syarat al-Wadiah:
Aqad al-wadiah tidak dikira sah jika tidak memenuhi rukun dan syaratnya:
(1) Orang yang beraqad (penyimpan dan pemegang simpanan)
Penyimpan adalah orang yang layak untuk memberi wakil (ahliyyah al-tawkil), kerana al-
wadiah ini statusnya wakil bagi penyimpanan. Oleh itu kedua-dua pihak mestilah berakal dan
baligh. Orang yang mukallaf sahaja yang boleh berakad al-wadiah.
(2) Barang yang disimpan
Barang yang disimpan diketahui dengan jelas dan boleh dikuasai (al-qabd) untuk dijaga.
(3) Sighah (ijab qabul)
Wujudnya aqad di antara penyimpan dan pemegang simpanan yang menunjukkan hasrat dan
kerelaan kedua-dua belah pihak.
Kesan dari aqad al-Wadiah
(1) Penyimpan yang diamanahkan menjaga barang, wajib menjaga barang simpanan dengan baik di
tempat yang sesuai sebagai tempat menyimpan mengikut urf dan kebiasaan.
(2) Pemegang amanah mestilah menyerahkan barang amanah itu kepada pemiliknya atau wakilnya.
(3) Jika pemilik barang atau pemegang amanah mati sedangkan barang masih berada dalam
simpanannya atau warisnya, maka ia hendaklah diserahkan apabila pemilik atau warisnya
menuntut.
Adakah tanggungjawab pemegang simpanan bersifat amanah (yad al-amanah) atau ganti rugi
(al-daman) ?
P a g e | 60
Prinsip asal al-wadiah adalah amanah dan tidak dituntut ganti rugi jika berlaku kerosakan atau
kemusnahan, melainkan jika penyimpan cuai atau lalai dalam penjagaannya sehingga menyebabkan
rosak, binasa atau hilang.
Yad al-amanahbertukar menjadi al-daman(ganti rugi) dalam keadaan berikut:
a) Barang itu tidak dijaga oleh orang yang diminta untuk menjaganya oleh pemilik barang.
Jika barang rosak, pemilik boleh meminta ganti rugi dari salah seorang dari duanya sama ada
penyimpan asal atau orang lain yang menyimpan. Jika penyimpan kedua tidak tahu bahawa
barang berkenaan adalah barang pemilik barang dan menyangkakan ianya barang penyimpan
pertama, ganti rugi perlu diminta dari penyimpan pertama.
b) Barang tidak dijaga dengan baik
Kewajipan asas bagi penyimpan adalah menyimpan. Oleh itu, jika barang tidak disimpan
secara wajar dan menyebabkan barang rosak atau hilang, penyimpan hendaklah membayar
ganti rugi kepada pemilik barang.
Apa yang dimaksudkan dengn tiada penjagaan yang wajar dalamal-wadiah?
a) Sering memindahkan tempat menyimpan barang dari satu tempat ke tempat yang lain. Ini
kerana akan mendedahkan barang kepada kerosakan atau kemusnahan (binasa). Contohnya,
barang mungkin terdedah kepada bahaya apabila laluan yang dilalui ketika memindahkan
barang adalah laluan yang tidak selamat dan terdedah kepada rompakan, atau kemungkinan
terjatuh ke dalam gaung. Kerap menukar tempat penyimpanan dianggapkan sebagai
berlakunya penjagaan yang tidak wajar.
b) Pemegang amanah tidak menghalang dari berlakunya mudarat atau kerosakan pada objek
yang disimpan. Conbtohnya, pemegang amanah yang menjaga haiwan peliharaan seperti
kucing, merpati dan sebagainya tidak memberi makan dan minum kepada haiwan berkenaan
yang menyebabkan haiwan mati. Dalam hal ini, pemegang amanah perlu membayar ganti rugi.
c) Pemegang amanah menggunakan barang yang dalam simpanannya sehingga rosak.
d) Pemegang enggan menyerahkan barang kepada pemilik. Apabila penyimpan meminta barang
simpanan dipulangkan semula, penyimpan menafikan dia ada menyimpan barang berkenaan,
dan sekiranya dalam waktu selepas penafiannya itu berlaku kerosakan barang, pemegang
barang simpanan perlu membayar ganti rugi walaupun kemudiannya dia mengaku memang
ada brg yang dia simpan. Hal ini kerana, apabila pemegang barang simpanan engkar,
statusnya menjadi perampas. Barang yang berada ditangan perampas statusnya damanah
(perlu gantirugi jika berlaku kerosakan). Aqad al-wadiah terbatal dengan keengkarannya yang
menyebabkan aqad bertukar dari yad al-amanahmenjadi yad al-damanah.
e) Pemegang simpanan mencampur adukkan barang yang disimpan yang diamanahkan
kepadanya dengan barangannya sendiri sehingga sukar untuk diasingkan.
P a g e | 61
f) Pemegang simpanan melanggar syarat-syarat yang dipersetujui ketika aqad. Jika pemilik
barang memesan agar barangnya simpan di tempat tertentu atau dengan cara tertentu tetapi
pesanan berkenaan tidak dipatuhi. Sekiranya barang rosak disebabkan tidak mengikut cara
penjagaan, ia bertukar menjadi yad al- damanah. Kerana kerosakan adalah disebabkan tak
ikut syarat yg ditetapkan oleh pemilik.
Bilakah aqad al-wadiahtamat?
(1) Apabila minta dipulangkan balik barang oleh pemilik.
(2) Apabila penyimpan memulangkan semula barang kepada pemilik barang.
(3) Apabila salah seorang sama ada pemilik barang atau pemegang amanah (penyimpan barang)
meninggal dunia.
(4) Apabila salah seorang sama ada pemilik barang atau pemegang amanah gila atau koma. Begitu
juga sekiranya penyimpan jatuh muflis.
(5) Apabila pemilik barang menjual barang yang berada dalam simpanan penyimpan.
Penggunaan Prinsip Al-WadiahDalamPerbankan Islamdi Malaysia
Penggunaan prinsip al-wadiahdalam perbankan Islam di Malaysia adalah di dalam perkhidmatan
akaun simpanan. Dalam perkhidmatan akaun ini sama ada simpanan atau semasa, wang yang
disimpan oleh pelanggan dalam bank dianggap sebagai barang simpanan dan bank akan dianggap
sebagai pihak yang diberi amanah untuk menyimpan wang.
Bagi tujuan perniagaan bank tidak seharusnya hanya menyimpan sahaja wang tanpa digunakan
sebagaimana prinsip asal fiqh. Bagi membolehkan wang digunakan bagi mendapatkan keuntungan,
bank meminta izin dari pelanggan untuk menggunakan wang yang disimpan. Sebagai penghargaan
kepada pelanggan kerana membenarkan bank menggunakan duit, bank akan memberi imbuhan
kepada pelanggan dalam bentuk dividen. Kadar dividen dibayar mengikut budi bicara bank. Prinsip
yang digunakan dalam muamalat ini, ialah yad al-damanah, yang memberi kesan bahawa pihak bank
bertanggungjawab ke atas wang yang disimpan dan membayar ganti rugi sekiranya berlaku
pengurangan disebabkan rugi dalam perniagaan yang menggunakan wang berkenaan.
Akaun al-wadiahini boleh dibuka oleh individu perseorangan, persatuan atau organisasi atau syarikat,
tanpa mengira usia. Oleh itu, akaun atas nama kanak-kanak juga dibenarkan.
viii) Al-Rahn (Gadaian)
Mengikut pengertian umum dalam bahasa Arab, al-rahnbermaksud tetap atau terbelenggu. Dari segi
istilah al-rahn diertikan sebagai menjadikan sesuatu barang sebagai jaminan hutang yang dapat
dijadikan bayaran hutang apabila orang yang berhutang tidak mampu membayar hutang tersebut.
Asas Keharusan al-Rahn
P a g e | 62
Asas sandaran keharusan al-rahn dalam muamalat Islam adalah merujuk kepada dalil al-Quran,
Sunnah dan ijma ulama. Antara nas al-Quran yang dirujuk adalah seperti berikut:

Maksudnya: Dan jika kamu dalam perjalanan, dan tidak ada penulis, maka
hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh pemberi hutang). (al-
Baqarah:283)
Ayat ini mejelaskan bahawa aqad gadaian diharuskan dalam keadaan musafir, dan fuqaha juga
berpendapat ia juga diharuskan dalam keadaan bermukim.
Dalil dari hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan dari Aisyah R.A maksudnya: Sesungguhnya
Rasulullah S.A.W membeli makanan dari seorang Yahudi dengan menjadikan baju besinya sebagai
barang jaminan.
Fuqaha sepakat mengatakan bahawa aqad al-rahn adalah diharuskan dan bukan sesuatu yang
diwajibkan sebagai cagaran kepada hutang bagi menjaga kepentingan pemiutang. Maksud perintah
yang terkandung dalam ayat 283, surah al-Baqarah bukan bermaksud wajib tetapi sekadar bimbingan
untuk kebaikan.
Rukun-rukun dan Syarat al-Rahn
(1) Penggadai dan pemegang gadaian
Keduanya mestilah mukallaf (berakal / baligh) dan tidak terhalang dari membuat transaksi
harta contohnya kerana muflis. Oleh itu, kanak-kanak tidak boleh jadi penggadai atau
pemegang gadaian.
Keduanya tidak dipaksa melakukan gadaian.
Penggadai adalah pemilik barang yang digadai dan pemegang gadaian adalah tuan
punya hutang
(2) Sighah (ijab / qabul)
Sighah menggambarkan kehendak pihak-pihak yang beraqad. Contoh: Saya gadaikan
rumah saya dengan hutang yang saya ambil dari kamu.
(3) Barang (harta) gadaian
Barang gadaian mesti wujud ketika aqad diadakan dan boleh diserahkan. Jika barang
gadaian itu belum ada, atau tidak dapat diyakini sama ada barang ada atau tidak, aqad
gadaian adalah tidak sah, kerana tidak dapat dijual sekiranya penggadai tidak dapat
menjelaskan hutang. Contohnya menggadaikan anak kambing yang masih dalam
kandungan dan belum dilahirkan.
Barang gadaian mestilah dalam bentuk material (barang) dan bukannya manfaat. Aqad
gadaian tidak sah jika melibatkan subjek gadaian manfaat barang. Contoh: menggadai
manfaat duduk di rumah.
Barang mestilah boleh dijual dan nilainya seimbang dengan hutang.
Barang mestilah diiktiraf sebagai harta di sisi hukum syarak. Contohnya: Tidak sah
menggadaikan anjing atau babi kerana keduanya tidak dianggap harta dalam Islam.
P a g e | 63
Adakah disyaratkan penggadai itu pemilik barang yang digadai ?
Pemilikan barang gadaian bukan syarat sah gadaian. Penggadai boleh menggadaikan
barang yang dipinjam. Begitu juga, diharuskan menggadaikan barang yang dikongsi.
Contohnya menggadaikan bahagiannya dari tanah yang dikongsi.
(4) Hutang (al-marhun bihi)
Tanggungan hutang ke atas penggadai wajib dijelaskan kepada pemegang gadaian.
Hutang tersebut boleh dijelaskan dengan barang gadaian.
Hutang adalah jelas kadar dan sifat. Contohnya RM 10 ribu / USD 500.
Kaedah Penerimaan Barang Gadaian
Bagi harta tidak alih seperti tanah, rumah dan sebagainya penerimaan barang gadaian dilakukan
dengan cara penggadai melepaskan pegangannya ke atas dan diserahkan kepada penerima gadaian.
Pelepasa ini dilakukan dengan cara mengenepikan segala halangan yang boleh menghalang
penyerahan barang gadaian. Contohnya, jika barang gadaian adalah bangunan, ia perlu dikosongkan
dan membuang segala perkara yang boleh menghalang penerimaan.
Bagi harta alih, pelepasan dilakukan dengan cara menyerahkan barang berkenaan kepada penerima
gadaian. Contohnya, menggadaikan barang kemas, penerimaan dianggap berlaku apabila barang
kemas berkenaan diserahkan kepada penerima gadaian secara fizikal.
Adakah Wali atau wasi menggadaikan barang orang yang dibawah jagaannya?
Mengikut prinsip asal wasi atau wali tidak berhak menggadaikan harta orang yang di bawah jagaannya,
iaitu kanak-kanak atau orang bodoh dan lain-lain, kerana ia bukan pemilik barang yang digadai. Walau
bagaimanapun, mereka boleh menggadaikannya dalam keadaan tertentu, iaitu:
(i) Dalam keadaan darurat, contohnya kanak-kanak di bawah jagaan wali memerlukan nafkah dan
wali atau wasi sendiri tidak ada wang yang mencukupi untuk menyara kanak-kanak tersebut. Oleh
itu, dibenarkan menggadaikan harta kanak-kanak tersebut bagi mendapatkan hutang untuk
menyara kanak-kanak.
(ii) Wali atau wasi perlu menggadaikan harta berkenaan bagi maksud manfaat yang nyata atau
nampak keuntungan yang jelas, seperti mendapat tahu bahawa terdapat suatu harta yang
bernilai RM 20 ribu yang dijual dengan harga RM 10 ribu tetapi duit tidak mencukupi untu
membelinya. Oleh itu, dibenarkan menggadaikan harta untuk mendapatkan modal RM 10 ribu. Ini
dibenarkan dengan syarat ia bagi maksud kepentingan kanak-kanak.
Aspek-aspek yang berkaitan gadaian:
P a g e | 64
(a) Pegangan barang gadaian.
Pemegang gadaian, iaitu pemiutang berhak memegang barang gadaian. Penggadai tidak
berhak menuntut barang dipulangkan kembali melainkan jika ia melunaskan hutang atau
dengan keizinan pemegang gadaian.
(b) Status Barang Gadaian
Pegangan barang gadaian adalah pada status amanah (yad al-amanah), jika barang
rosak ketika berada dalam jagaannya maka tidak perlu diganti rugi, melainkan dia cuai
atau tidak dijaga dengan wajar (yad al-damanah). Walaupun barang rosak, hutang yang
tertanggung ke atas penggadai tidak gugur.
c) Penjagaan dan kos penyelenggaraan barang gadaian
Penjagaan bererti pengawasan ke atas harta agar tidak rosak / hilang seperti dicuri dan
sebagainya, kerana ini adalah bagi menjaga kebajikan pemegang gadaian sendiri sebagai
jaminan kepada hutang yang mungkin tidak mampu dilangsaikan.
Oleh kerana harta yang digadai adalah jaminan terhadap hutangnya, maka pemegang
gadaian yang bertanggungjawab ke atas penjagaan harta gadaian. Contohnya, jika
penjagaannya memerlukan peti besi atau pengawal, maka pemegang gadaian yang perlu
mengeluarkan perbelanjaan. Begitu juga, perbelanjaan bagi haiwan adalah tertanggung
ke atas pemilik. Maksudnya kos memberi makan minum bagi haiwan yang dalam
pegangan pemegang gadaian ditanggung olehnya.
d) Penggunaan Barang Gadaian
Penggunaan oleh Penggadai:
Walaupun, barang gadaian disyaratkan diterima oleh pemegang gadaian bagi menjadikan
aqad sah tetapi penggadai (pemilik barang) masih boleh menggunakan harta atau barang
berkenaan dengan syarat diizinkan oleh penerima gadaian. Walaupun, harta digunakan
oleh pemilik, pemegang gadaian masih berhak ke atas harta berkenaan dan boleh
mengambilnya semula dan menyimpannya pada bila-bila masa.
Ketika barang atau harta gadaian berada di tangan penggadai, perbelanjaan adalah
tanggungjawab penggadai.
Penggunaan harta berkenaan oleh penggadai perlu memenuhi beberapa syarat:
(i) Penggunaan tidak menyebabkan barang gadaian susut nilai atau kerosakan.
(ii) Penggadai tidak boleh membawa barang gadaian dalam perjalanan yang jauh keran
ini mendedahkan risiko terhadap barang gadaian. Namun, jika diizinkan pemegang
gadaian, ia diharuskan untuk di bawa dalam perjalanan jauh berkenaan.
Penggunaan oleh Pemegang Gadaian:
Pemegang gadai juga tidak boleh boleh menggunakan barang gadaian melainkan dengan
izin pemilik harta gadaian.
Jika pemegang gadaian menggunakan barang gadaian tanpa izin pemilik harta, status
barang bertukar menjadi yad al-damanah, maksudnya bertanggungjawab membayar ganti
rugi sekiranya berlaku kerosakan atau musnah.
Kebenaran menggunakan barang gadaian oleh pemegang gadaian tidak boleh dijadikan
syarat yang disebut dalam aqad gadaian kerana ia menjadikan aqad tidak sah. Jika
P a g e | 65
kebenaran diberikan di luar aqad, maksudnya tidak dinyatakan dalam aqad penggunaan
barang tersebut dengan izin pemilik harta atau penggadai adalah harus.
(e) Tasarruf yang melibatkan barang gadaian
Tasarruf yang dilakukan pemilik
(i) Jika tasarruf yang dilakukan oleh pemilik harta (penggadai) itu menyebabkan hilang
pemilikan seperti jualbeli, hibah atau wakaf, maka tasarruf tersebut adalah batal jika
dilakukan tanpa kebenaran pemegang gadaian dan kekal sebagai barang gadaian.
(ii) Jika tasarruf berkenaan menyebabkan pengurangan nilai atau fizikal barang, tasarruf itu
adalah tidak sah. Contohnya meminjamkan barang kepada orang yang akan
menyebabkan kerosakan barang.
(iii) Penggadai tidak boleh menggadaikan barang gadaian kepada orang lain buat kali kedua.
Ini kerana menyebabkan pertindihan tuntutan ke atas barang yang sama.
Semua tasarruf di atas adalah tidak sah hanya jika pemegang gadaian tidak mengizinkan,
jika diizinkan tasarruf yang dinyatakan di atas dibenarkan.
Tasarruf yang dilakukan pemegang gadaian
(i) Sebarang aqad atau kontrak yang dilakukan oleh pemegang gadaian tanpa izin pemilik
barang adalah terbatal dan tiada kesan di sisi hukum syarak. Jika barang berkenaan
diserahkan kepada pihak lain, tindakan tersebut dianggap sebagai salah laku dan
pemegang gadaian perlu bertanggungjawab terhadap kerugian yang berlaku. Pemegang
gadaian bukan pemilik sebenar barang gadaian oleh itu, tidak berhak membuat sebarang
tasarruf berkenaan barang tersebut.
(ii) Tasarruf pemegang gadaian terhadap barang gadaian adalah diharuskan selagi dengan
keizinan pemilik barang gadaian. Namun, tasarruf berkenaan perlu memenuhi beberapa
syarat:
(a) Jika tasarruf yang melibatkan perlucutan hak pemilikan, seperti jual beli dan hibah,
aqad gadaian terbatal kerana cagaran dalam aqad telah digugurkan.
(b) Jika tasarruf tidak membabitkan pemindahan atau perlucutan hak pemilikan
penggadai seperti aqad penyewaan, peminjaman (al-ariyah), aqad tidak batal kerana
cagaran dalam aqad masih wujud.
(f) Penamatan aqad gadaian dan penyerahan semula barang gadaian setelah hutang
dilangsaikan
Apabila hutang dilangsaikan aqad gadaian ditamatkan, kesannya :
(i) Pemegang gadaian perlu memulangkan barang gadaian kepada pemilik barang
(penggadai), jika enggan menyerahkan status barang bertukar menjadi al-damanah
kerana barang berkenaan dianggap sebagai barang yang dirampas tanpa hak.
(ii) Jika ada sebab yang wajar yang menyebabkan kelewatan menyerahkan barang seperti
barang berada di tempat yang jauh atau mengelakkan risiko kerosakan barang kerana
banjir dan sebagainya, status barang masih dianggap barang yang diamanahkan (yad al-
amanah) dan tidak perlu dibayar ganti rugi jika berlaku kerosakan atau musnah dalam
tempoh berkenaan.
P a g e | 66
Jika pembayaran hutang dilakukukan secara ansuran, barang gadaian kekal dalam pegangan
pemegang gadaian sehingga semua hutang dijelaskan.
(g) Penjualan barang yang digadai disebabkan hutangtidak dijelaskan.
Jika hutang tidak dapat dijelaskan oleh penggadai (pemilik barang) apabila tempoh gadaian
sampai, barang boleh dijual dan wang yang diperolehi digunakan untuk menjelaskan hutang.
Berikut perkara yang berkaitan:
Pihak yang berhak menjual adalah pemilik barang (penggadai) atau wakilnya kerana dia
adalah pemilik asal, tetapi perlu dengan keizinan pemegang gadaian.
Jika penggadai enggan menjual walaupun tempoh menjelaskan hutang telah sampai dan
hutang dituntut oleh penggadai, mahkamah akan menjualkannya walaupun tanpa izin
pemilik barang. Hasil jualan digunakan untuk menjelaskan dalam kadar jumlah hutangnya.
Jika penggadai enggan menjual barang gadaian dan pada masa yang sama memiliki
barang lain yang boleh dijual, barang gadaian tidak perlu dijual. Dia tidak boleh dipaksa
menjualnya. Barang lain boleh dijual bagi membayar hutangnya.
(h) Kerosakan barang gadaian
Kerosakan atau binasa terjadi dengan sendiri:
(i) Jika disebabkan kecuaian, ganti rugi ditanggung oleh pihak yang cuai tersebut, sama ada
pemilik barang (penggadai), pemegang gadaian atau orang lain. Jika barang adalah harta
mithliy(ada dalam pasaran), boleh diganti dengan barang. Sekiranya barang qimiy(tiada
dalam pasaran) ganti rugi dalam jumlah yang sebanding dengannya.
(ii) Jika berlaku bukan disebabkan kecuaian, pemegang gadaian tidak perlu ganti rugi kerana
status barang gadaian adalah barang yang diamanahkan (yad al-amanah).
Barang gadaian dirosakkan dengan sengaja
Pihak yang merosakkan barang berkenaan yang bertanggungjawab membayar ganti rugi,
sama ada pemilik harta sendiri (penggadai) atau pemegang gadaian ataupun mana-mana
orang lain.
Penamatan Aqad Gadaian
Aqad gadaian tamat apabila berlaku perkara-perkara berikut:
(i) Penggadai menyerahkan atau membayar keseluruhan hutang yang dijamin dengan
gadaian kepada pemegang gadaian.
(ii) Penjualan harta gadaian secara paksaan yang dilakukan oleh mahkamah bagi
melunaskan hutang yang tamat tempoh.
(iii) Pelepasan hutang oleh pemiutang (pemegang gadaian)
(iv) Pembatalan gadaian daripada pihak pemegang gadaian
(v) Barang gadaian musnah atau binasa.
P a g e | 67
Prinsip al-Rahn DalamMuamalat IslamSemasa
Pihak bank memberi pinjaman wang (al-qard al-hasan) kepada peminjam. Peminjam mencagarkan
barang kemas yang dibuat daripada emas sebagai jaminan hutang kepada pihak bank. Pihak bank
menjanjikan keselamatan simpanan barang kemas di bawah prinsip al-wadiah yad al-damanah,
dan mengenakan upah (ujrah) di atas kos penyelenggaraan dan penjagaan barang yang
digadaikan.
viii)Al-Ijarah (Sewaan)
Al-Ijarah merujuk kepada aqad yang membawa pemindahan hak milik manfaat dengan bayaran.
Maksudnya ialah aqad berkenaan dengan transaksi terhadap suatu manfaat tertentu, diketahui,
bersifat harus dan boleh dimanfaatkan dengan imbalan tertentu.
Aqad melibatkan manfaat sahaja contohnya penyewaan kedai sebab diperlukan untuk digunakan
bagi tujuan perniagaan, penyewaan tanah sebab diperlukan untuk pertanian atau ruang bagi tujuan
lain.
Asas Keharusan al-ijarah
Asas sandaran keharusan al-ijarah dalam muamalat Islam adalah merujuk kepada dalil al-Quran,
Sunnah dan ijma ulama. Antara nas al-Quran yang dirujuk adalah seperti berikut:

Maksudnya: Salah seorang dari dua perempuan itu berkata: Wahai bapaku! Ambillah dia sebagai
orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil
untuk bekerja (untuk kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai. (al-Qasas: 26)
Dalil al-Sunnah merujuk kepada amalan Rasulullah S.A.W yang berbekam, lalu baginda membayar
upahnya kepada orang yang membekamnya.
Fuqaha juga sependapat mengatakan bahawa aqad al-ijarah adalah harus atas dasar keperluan
manusia terhadapnya bagi memudahkan urusan kehidupan.
Bentuk-bentuk al-ijarah
(i) al-ijarah yang bersifat manfaat, contohnya penyewaan kereta.
(ii) al-ijarah yang bersifat pekerjaan contohnya mengupah orang bekerja untuk membina rumah,
Nabi Musa A.S diambil upah bekerja mengembala kambing, guru diupah mengajar anak murid
dan lain-lain.
P a g e | 68
Rukun-rukun dan Syarat al-ijarah
(i) Dua pihak yang beraqad, penyewa dan pemilik barang (orang yang menyewakan) yang baligh,
berakal dan rela (tidak dipaksa).
(ii) Bayaran sewa yang diketahui jenis, kadar dan sifat.
(iii) Sighah (ijab qabul), yang memerlukan kesepakatan di antara ijab dan qabul. (Contoh:
Menyewakan rumah dengan harga $500 sebulan, dan qabul juga dengan harga RM500).
Sighah juga tidak diselangi diam yang panjang atau perkataan lain selain yang berkaitan
dengan aqad.
(iv) Manfaat barang, mestilah berharga dari segi syarak contohnya menyewakan rumah atau
kenderaan. Tidak sah menyewakan barang yang tidak berharga di sisi syarak. Contohnya,
menyewakan anjing untuk berburu atau menyewakan durian untuk dicium baunya, kerana
buah manfaatnya untuk dimakan. Diharamkan menyewakan khidmat pembunuhan atau untuk
menakutkan orang, contohnya mengupah kongsi gelap untuk menakutkan orang. Manfaat
objek atau barang perlu diketahui secara sempurna atau khusus, contohnya rumah yang mana
satu yang menjadi subjek sewaan. Tujuan penyewaan kedai untuk perniagaan restoran
contohnya.
Kedudukan jaminan barang yangdisewa:
Barang dalam tangan penyewa adalah dalam bentuk amanah (yad al-amanah). Oleh itu, penyewa
tidak perlu ganti jika musnah atau rosak, jika penyewa menjaga barang tersebut dengan baik dan
tidak cuai dalam menggunakannya. Contohnya, kereta yang disewa tenggelam banjir dan
mengalami kerosakan. Dalam hal ini, penyewa tidak perlu bertanggungjawab kerana berada luar
kawalannya.
Penamatan aqad al-ijarah
(i) Tamat tempoh yang dipersetujui dalam aqad. Contohnya penyewaan bagi tempoh seminggu.
Apabila berlangsung masa seminggu aqad adalah tamat. Jika penyewa masih
menggunakannya selepas habis tempoh dia perlu membayar sewa lain, dan status barang
bertukar menjadi yad al-damanah yang perlu ganti rugi jika berlaku kerosakan walaupun dijaga
dengan baik.
(ii) Musnahnya barang atau objek yang disewa sehingga ia tidak dapat dimanfaatkan. Contohnya
rumah terbakar atau kereta rosak.
(iii) Apabila manfaat objek digunakan sebagaimana yang diaqadkan. Contoh, jika aqad al-ijarah
tidak berkait dengan tempoh tetapi dengan penggunaan, aqad tamat apabila ia digunakan.
Contohnya, sewa buku untuk dibaca di kedai tanpa mengira masa yang dihabiskan untuk
membacanya. Jika aqad adalah bertempoh, tamat aqad apabila tempoh tamat.
Tidak terbatal aqad al-ijarah dalamkeadaan berikut:
P a g e | 69
(i) Pemilikan objek berpindah dari orang yang memberi sewa kepada org lain, disebabkan hibah
(hadiah) atau jual. Contohnya selepas aqad penyewaan rumah, rumah berkenaan dijual /
diberikan kepada adik sebagai hibah. Pemilikan rumah berpindah tangan kepada pembeli /
penerima hadiah. Hanya pemilikan yang berpindah, tetapi manfaat kekal di bawah penyewa
sehingga tamat tempoh yang diaqadkan. Jika pembeli tidak tahu tentang penyewaan, dia
boleh khiyar sama ada untuk meneruskan belian atau membatalkannya.
(ii) Tidak batal aqad al-ijarahdengan sebab kematian salah seorang orang yang beraqad sama
ada pemilik atau penyewa atau kedua-duanya. Bahkan kekal sehingga tamat tempoh.
Contohnya jika penyewa mati, anak boleh meneruskan jika mahu kerana aqad al-ijarahadalah
aqad yang lazim (mengikat) sebagaimana jual beli.
Prinsip al-IjarahDalamMuamalat Semasa
Prinsip al-ijarah terdapat dalam urusniaga sewaan yang tidak berkesudahan dengan pemilikan dan
juga urusniaga sewaan yang berakhir dengan pemilikan oleh penyewa. Urusniaga sewaan yang
tidak berkesudahan dengan pemilikan contohnya penyewaan bangunan dan lain-lain. Urusniaga
sewaan yang berakhir dengan pemilikan contohnya berlaku dalam al-ijarah thumma al-bay (sewa-
beli). Berdasarkan konsep ini pihak bank contohnya membeli harta yang akan digunakan oleh
pelanggan (kereta). Pihak bank menyewakan kereta berkenaan kepada pelanggan (penyewa).
Bayaran sewaan bulanan oleh pelanggan yang terkumpul dianggapkan sebagai bayaran terkumpul
bagi pembelian kereta dari pihak bank apabila sampai tempoh (6 tahun) yang ditetapkan dalam
aqad. Permulaannya adalah aqad sewaan yang berakhir dengan pembelian yang memberi kesan
kepada pemilikan oleh penyewa (pembeli).
RUMUSAN
Mekanisme-mekanisme muamalat yang berasaskan aqad musawamah yang dinyatakan dalam unit ini
boleh digunakan oleh pihak-pihak bagi memenuhi keperluan mereka. Prinsip-prinsip syariah yang
terkandung dalam produk-produk yang dikomersialkan dalam perbankan Islam menyediakan alternatif
kepada umat Islam memilih produk yang tidak melibatkan elemen-elemen yang diharamkan seperti riba
dan gharar.
KATA KUNCI
1. Aqad musawamah
2. Jual beli tunai
3. Bay bi thaman ajil
4. Bay al-inah
5. Bay al-salam
6. Bay al-istisna
7. Bay al-wafa
8. Al-Mudarabah
9. Al-Wadiah
10. Al-Rahn
P a g e | 70
11. Al-Ijarah
1) Huraikan konsep bay bi thaman ajil yang diaplikasikan dalam perbankan Islam dengan
mengemukakan contoh aplikasinya dalam pembelian rumah.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
2) Ahmad memerlukan wang tunai sebanyak RM60 ribu bagi tujuan pengubahsuaian
rumah. Apakah produk perbankan Islam yang boleh digunakan bagi memenuhi
hasratnya serta huraikan prinsip yang digunakan dalam produk berkenaan serta
proses yang berlaku.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
3) Syarikat A menempah 100 helai pakaian seragam dari kilang B dengan menyerahkan
keseluruhan bayaran dalam majlis aqad. 100 helai pakaian seragam itu perlu diserahkan
kepada Syarikat A dalam tempoh 4 bulan. Huraikan aqad yang berkaitan serta tindakan yang
boleh dilakukan jika kilang B hanya menyerahkan barang yang ditempah selepas 6 bulan.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
4) Huraikan prinsip bay al-inah dan bay al-wafa serta pandangan ulama mengenai
penggunaannya dalam muamalat.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
5) Jelaskan prinsip al-wadiah yad al-damanah yang diaplikasikan dalam akaun simpanan al-
wadiahdi perbankan Islam serta pandangan ulama mengenainya.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
6) Huraikan prinsip-prinsip syariah yang terlibat apabila seseorang ingin menggadaikan barang
kemas di Bank Rakyat bagi mendapatkan sejumlah wang tunai.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
P a g e | 71
7) Jelaskan bagaimana proses al-ijarah thumma al-bay dilaksanakan dalam pembiayaan
kenderaan dalam perbankan Islam.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
1. Bincangkan perdebatan antara para sarjana Islam mengenai isu penggunaan prinsip bay al-
inahdalam produk-produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam bagi memenuhi keperluan
masyarakat untuk mendapatkan dana.
2. Huraikan pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan dengan bay al-salamserta bay al-
istisna dari serta pelaksanaannya pada hari dalam perbankan Islam.
3. Bincangkan pandangan ulama-ulama mazhab fiqh tentang penggunaan bay al-wafa dalam
muamalat Islam.
4. Jelaskan penggunaan prinsip al-mudarabahdalam produk yang ditawarkan dalam mana-mana
bank yang menawarkan sistem muamalat berasaskan Islam.
5. Bincangkan prinsip al-wadiahmengikut pandangan ulama mazhab fiqh serta isu al-wadiah
yad al-damanahyang diaplikasikan pada hari ini dalam perbankan Islam.
6. Bezakan kelebihan menggunakan produk al-rahnberbanding pajak gadaian konvensional.
RUJUKAN
Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadillah Mansor (2006). Dinamisme Kewangan Islamdi Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Abdul Halim El-Muhammady (2001). Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya Kepada Produk-
produk Perbankan Islam. Selangor: Percetakan Bintang.
Abdul Rahman Rukaini & Muhammad Akhir Yaacob (2001). Muamalat Teras Pembangunan Sosio-
ekonomi. Selangor: Synergymate Sdn Bhd.
Muhamad kamal Azhari (1993). Bank Islam: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji (2004). Kitab Fikah Mazhab Syafie. (Terj.
Solehan Ayub). Jil. 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Nor Mohamed Yakcop (1996). Teori, Amalan dan Prospek SistemKewangan Islamdi Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Osman Jantan (2001). Pedoman Muamalat dan Munakahat. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
P a g e | 72
Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Hj. Md Hussain dan Mohd Hizam
Hanafiah (2005). Pengantar Perniagaan Islam. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Wahbah al-Zuhaili (2002). Fiqh dan Perundangan Islam. (Terj. Md Akhir Haji Yaacob). Jil. 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
UNIT 5
TAKAFUL DAN BON ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menjelaskan prinsip-prinsip syariah yang terkandung dalam produk takaful.
2. Menghuraikan prinsip-prinsip syariah yang digunakan dalam bon Islam (sukuk).
PENGENALAN
Takaful dan sukuk(bon Islam) merupakan antara instrumen kewangan Islam yang dibentuk berasaskan
beberapa prinsip syariah. Takaful adalah alat bagi menangani risiko ketidakpastian terhadap kerugian
dari aspek kewangan. Individu dan organisasi perniagaan berhadapan dengan pelbagai risiko yang
boleh menjejaskan nilai aset dan kewangan. Kematian, penyakit, kemalangan, kebakaran dan kecurian
adalah antara risiko yang mungkin dihadapi oleh mereka yang menjejaskan aspek kewangan mereka.
Sukuk pula merupakan instrumen pelaburan halal berasaskan prinsip-prinsip syariah sebagai alternatif
kepada masyarakat Islam yang tidak mahu terlibat dengan riba dalam bon konvensional.
ISI KANDUNGAN
Pengertian Takaful
Makna takaful dari segi istilah ialah penyertaan sekumpulan individu dalam satu skim yang
membolehkan mereka bekerjasama dalam menanggung sebarang kemudaratan yang berlaku terhadap
peserta dengan cara membayar pampasan yang munasabah kepada ahli yang ditimpa kemudaratan
melalui wang yang disumbangkan oleh peserta-peserta yang dibayar secara ansuran.
Dengan kata lain, takaful adalah satu skim yang diperkenalkan oleh institusi kewangan Islam kepada
masyarakat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kerugian akibat musibah atau bencana
P a g e | 73
sebagai sesuatu yang tidak diduga. Para peserta takaful saling melindungi harta persendirian, hartanah,
perdagangan dan hal ehwal keluarga.
Prinsip-Prinsip Syariah DalamProduk Takaful
(1) al-Takaful (Saling J amin Menjamin)
Dari segi bahasa takaful dalam bahasa Arab bermaksud saling jamin menjamin. Ini merupakan
asas kepada konsep kerjasama dan bantuan yang dianjurkan dalam kalangan umat manusia.
Matlamat takaful menetapkan prinsip tolong menolong antara peserta adalah bersesuaian
dengan saranan dalam nas al-Quran yang menganjurkan umat manusia saling tolong
menolong dalam perkara kebajikan.

Maksudnya: dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
takwa, dan janganlah kami bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. (al-Maidah: 2)




Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan
berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu
bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan
(semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-
padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam
yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran
kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam
juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu
mendapat petunjuk hidayahNya. (Ali Imran: 102 103).


P a g e | 74
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat
demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104).



Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi
penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta
taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Taubah: 71)
Gesaan agar saling bantu membantu ini juga dapat dilihat dalam hadith Nabi Muhammad
S.A.W yang bermaksud: Kedudukan persaudaraan dan perasaan orang-orang beriman satu
sama lain seperti satu tubuh (jasad); apabila satu dari anggotanya tidak sihat, maka akan
member kesan kepada keseluruhan badan dengan tidak tidur dan demam. (Muslim)
Dalam amalan takaful yang dilaksanakan di Malaysia, para peserta berjanji dan berikrar
dengan menandatangani dokumen bahawa mereka akan saling bantu-membantu di antara
satu sama lain apabila mereka mengalami musibah atau bencana. Contohnya peserta yang
mengalami kemalangan jalan raya akan mendapat sejumlah wang daripada wang yang
dikumpulkan para peserta bagi meringankan beban akibat kemalangan tersebut. Bagi kes
kematian pula contohnya, waris peserta yang meninggal dunia akan mewarisi wang yang
ditabarrukan dengan itu dapat mengurangkan kesukaran hidup selepas kematian ahli
keluarga (peserta yang mencarum).
(2) Tabarru (Derma)
Tabarru secara umumnya bermaksud menderma atau membuat kebajikan. Konsep tabarru
adalah asas penting yang terkandung dalam takaful yang merujuk kepada situasi di mana para
peserta saling tolong-menolong dan bantu membantu di antara satu sama lain.
Amalan tabarruadalah amat digalakkan dalam Islam berdasarkan antaranya nas al-Quran:


Maksudnya: Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah
sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan menggandakan pahala bagi sesiapa yang
dikendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-
Nya. (al-Baqarah: 261)
P a g e | 75
Galakan membantu sesama manusia juga dapat dirujuk dalam hadith Nabi Muhammad S.A.W
yang bermaksud: Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, Allah akan memenuhi hajatnya.
(Abu Dawud)
Pelaksanaan Prinsip Tabarru
Dari segi perlaksanaannya, para peserta takaful yang memeterai perjanjian bersetuju
memberikan sumbangan dalam kadar tertentu daripada jumlah caruman takafulnya kepada
mana-mana rakan peserta yang mengalami musibah seperti kematian, kemalangan, bencana
dan sebagainya. Sumbangan atau tabarru yang diterima oleh peserta berkenaan adalah
sebagai balasan kepada penyertaan mereka dalam mana-mana produk takaful yang
disediakan oleh syarikat.
Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk iltizambi al-tabarru. Maksudnya kesemua
peserta beriltizam dan memberi komitmen untuk menyumbang secara berterusan kepada
tabung takaful dalam tempoh tertentu. Sekiranya mereka gagal melaksanakan komitmen
membayar sumbangan tersebut, penyertaan dalam skim takaful terbatal dan mereka tidak
layak mendapat perlindungan takaful. Oleh itu, tabarru yang dimaksudkan ini bukan bererti
tabarru yang sepatutnya berlaku secara sukarela, bahkan dalam bentuk iltizamiaitu satu
kemestian untuk melakukan tabarru.
Sumbangan (premium) yang ditabarrukan oleh setiap peserta dimasukkan ke dalam satu
tabung khas. Setiap peserta yang terlibat membenarkan syarikat takaful mengambil sejumlah
tertentu dari tabung berkenaan untuk diberikan kepada peserta yang mengalami musibah.
(3) al-Mudarabah
al-Mudarabah merujuk kepada suatu bentuk perkongsian di antara modal dan kepakaran
usahawanan agar modal yang dilaburkan dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan
mendapat keuntungan yang kemudiannya diagihkan antara pelabur dan pengusaha mengikut
nisbah atau peratusan yang dipersetujui.
Dalam produk takaful, para peserta yang mencarum, bukan sahaja mendapat perlindungan
antara sesama peserta tetapi mereka juga mendapat pulangan keuntungan yang dikongsi
bersama dengan syarikat takaful di bawah prinsip al-mudarabah.
Syarikat takaful berperanan sebagai al-mudarib (pengusaha) yang menerima sumbangan
modal (ras al-mal) atau premium dari peserta sebagai pemilik modal (sahib al-mal). Kedua-
dua pihak bersetuju terhadap hak perkongsian untung mengikut nisbah yang dipersetujui
dalam perjanjian. Contohnya 5:5, 6:4 atau 7:3.
Peserta akan mendapat bahagian keuntungan melalui prinsip al-mudarabahini dalam dua
keadaan:
a) peserta meninggal dunia sebelum genap tempoh matang pelan takaful; dan
b) pelan takaful telah sampai tempoh matang.
P a g e | 76
(4) Al-Wakalah(Perwakilan)
Al-Wakalah merujuk kepada suatu keadaan di mana satu pihak melantik pihak lain bagi
melakukan kerja bagi pihaknya yang mengikut undang-undang. Dalam amalan takaful, peserta
melantik syarikat takaful sebagai pemegang amanah atau wakil bagi pihaknya dalam
melaksanankan transaksi seperti memeterai perjanjian, memungut hutang, memberi hutang,
melepaskan hutang dan sebagainya.
Dalam melaksanakan tugas, syarikat takaful sebagi wakil tidak terlibat dalam risiko yang
ditanggung oleh dana dan tidak berhak ke atas sebarang lebihan dana. Tetapi berhak
menerima bayaran tetap yang disebut sebagi upah wakil kerana menguruskan operasi bagi
pihak peserta-peserta.
Asas keharusan al-wakalahdalam urusan muamalat dapat dirujuk dalam nas al-Quran.
Maksudnya: ....sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke
bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik
lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan
daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di
bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari
akan hal kamu. (Al-Kahfi: 19)
Sandaran dalil juga didapati dari hadith Nabi Muhammad S.A.W yang pernah melantik Hakim
bin Hizam sebagai wakilnya untuk membeli kambing untuk dikorbankan.(Abu Dawud: Ibn
Majah)
Dengan prinsip al-wakalahini, dari segi amalannya peserta telah melakukan aqad perwakilan
dengan syarikat takaful memberi izin kepada syarikat untuk membuat apa-apa transaksi yang
bersesuaian dan wajar. Oleh itu, syarikat takaful boleh menyimpan, menjaga, melabur dan
menguruskan dana. Mereka juga boleh mewakilkan pihak lain dalam apa-apa urusan yang
berkaitan. Dalam konteks ini juga, pihak syarikat boleh mengambil komisen atau upah di atas
tugas yang dilaksanakan oleh mereka.
Dalam produk takaful terdapat beberapa konsep syariah yang digabungkan seperti al-takaful
(jaminan), al-tabarru, al-mudarabah dan al-wakalah.
Mengapa Insuran konvensional diharamkan dalamIslam?
Aqad muawadat maliyah (aqad pertukaran harta) seperti aqad jual beli mensyaratkan al-
maqud alaih (perkara yang diaqadkan) mestilah dimaklumi secara memadai yang meliputi
spesifikasi (tayin), sifat (sifah), kuantiti (qadr), kebolehan untuk diserahkan atau diterima
(qudrah ala al-taslim aw al-tasallum), dan benar-benar dimiliki oleh pemilik. Jika sesuatu aqad
muawadat maliyah tidak memenuhi elemen-elemen tersebut, aqad itu dikatakan wujud
keraguan atau gharar contohnya disebabkan perkara yang diaqadkan tidak diketahui dengan
jelas. Begitu juga, aqad dikatakan mengandungi unsur judi (maysir) apabila melibatkan
P a g e | 77
balasan kepada harga yang dibayar adalah sesuatu yang belum pasti, mungkin ada mungkin
tidak.
Oleh itu insuran konvensional diharamkan kerana ia mengandungi elemen-elemen; i) gharar;
ii) maysir, iii) riba
i) Gharar
a) Gharar pada pertukaran
Pembeli insuran membayar premium sebagai syarat memperolehi tukaran, iaitu
bayaran (pampasan) insuran) dari syarikat insuran apabila ditimpa musibah atau
bencana. Isunya ialah, balasan kepada bayaran premium, iaitu pampasan tidak
dapat dipastikan sama ada dia akan dapat atau tidak? Ini kerana pampasan hanya
akan diberikan oleh syarikat insuran sekiranya berlaku musibah/bencana. Sedangkan
musibah/bencana ini tidak pasti adakah benar-benar akan berlaku atau tidak.
b) Gharar pada kadar tukaran
Pembeli insuran tidak mengetahui ketika melakukan aqad, berapakah kadar atau
jumlah insuran yang akan diperolehi. Ini kerana kadar atau jumlah pampasan
diberikan kepada pembeli insuran berdasarkan kadar kerugian yang dihadapi dan
kadar kerugian ini tidak dapat ditentukan. Ia hanya dapat ditentukan apabila
berlakunya musibah/bencana.
c) Gharar pada waktu
Wujudnya gharar pada waktu, maksudnya bilakah tukaran akan diperolehi? Dalam
jualan bertangguh seperti jual salam, disyaratkan bahawa waktu penyerahan barang
mestilah dimaklumi oleh kedua belah pihak. Jika tidak diketahui, aqadnya menjadi
batal. Oleh itu, wujudnya kejahilan (tidak maklum) tentang waktu penyerahan barang,
iaitu wang pampasan, kerana dalam insuran ia hanya diserahkan kepada pembeli
apabila berlakunya musibah/bencana.
ii) Maysir(Judi)
Elemen judi dikatakan wujud dalam insuran kerana perolehan bayaran pampasan
yang dijanjikan kepada pembeli insuran dikaitkan dengan musibah/bencana yang
mungkin berlaku dan mungkin juga tidak akan berlaku.
Oleh itu, transaksi ini dihukumkan haram kerana berkaitan dengan judi yang
diharamkan dalam nas al-Quran (al-Maidah: 90)


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan
judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.
P a g e | 78
iii) Riba
Kontrak insuran melibatkan pertukaran wang dengan wang, iaitu bayaran premium
(wang) dari pembeli polisi insuran dengan pampasan (wang) dari syarikat insuran.
Dalam muamalat Islam, pertukaran wang dengan wang (barangan ribawi) hendaklah
berlaku dengan tunai, iaitu tidak bertangguh dan sama rata (tamathul), iaitu tidak ada
lebihan (tafadul) pada salah satu pihak. Tetapi dalam insuran berlaku tafadul
(lebihan) yang mana syarikat insuran akan membayar lebih dari jumlah premium yang
dibayar oleh pemberi insuran.
Dalam insuran juga berlaku penangguhan, yang mana pembeli insuran tidak
memperolehi tukaran (al-maqud alaih) dalam majlis aqad tetapi pada waktu akan
datang apabila berlakunya musibah/bencana.
BON ISLAM
Keperluan masyarakat Islam terhadap instrumen Islam bagi membiayai projek-projek perniagaan antara
lain mencetuskan kepada wujudnya bon Islam bagi memenuhi kehendak tersebut. Bon Islam atau
sukuk adalah satu bentuk alternatif kepada pihak-pihak yang inginkan produk Islamik bagi
menggantikan bon konvensional yang mengandungi unsur-unsur riba.
Apakah yang dimaksudkan dengan bon?
Bon secara asasnya merupakan satu instrumen hutang jangka panjang yang diterbitkan sama ada oleh
kerajaan atau swasta. Apabila diterbitkan ia akan dibuka dan diurusniaga kepada institusi kewangan
atau orang ramai. Dalam pengertian lain, bon juga merujuk kepada pengesahan sijil pernyataan hutang,
satu nota janji hutang jangka masa panjang syarikat pengeluar atau kerajaan yang memberi jaminan
berkontrak untuk membayar faedah secara tetap dan berkala serta membayar balik wang pokok pada
akhir tempoh matang kepada pemegang sijil bon.
Walau bagaimanapun, hukumnya adalah haram mengikut hukum Islam kerana mengandungi unsur
riba, iaitu apabila adanya jaminan kontrak bahawa pembeli bon akan dibayar faedah secara tetap
apabila sampai tempoh matang. Riba al-nasiahberlaku apabila faedah dikenakan ke atas hutang yang
ditangguhkan bayarannya. Pendapat ini dipegang oleh Mahmud Shaltut, Muhammad Yusuf Musa,
Yusuf al-Qaradawiy dan Ali al-Salus.
Namun, terdapat golongan ulama yang mengatakan bon (konvensional) ini adalah harus. Pendapat ini
dikemukakan oleh Ali al-Khafif, Muhammad Sayyid Tantawi, Sheikh Muhammad Abduh, Ahmad Shalabi
dan Abd al-Wahhab. Mereka mengemukakan hujah-hujah berikut:
(i) Sekuriti hutang adalah satu bentuk muamalat baharu yang dilaksanakan bagi kepentingan
individu dan masyarakat. Hukum asal muamalat adalah halal, oleh itu bon adalah harus
kerana ia adalah aktiviti muamalat yang bermanfaat untuk semua pihak;
P a g e | 79
(ii) Kadar faedah yang dibayar kepada pelabur adalah satu bentuk hibah atau upah dan
mereka menggunakan dalil al-Quran, ayat 86 surah al-Nisa:


Maksudnya: Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah
penghormatan dengan lebih baik atau balaslah dengan serupa. (al-Nisa: 86)
Berdasarkan dalil di atas mereka berhujah bahawa penerbit bon diharuskan membayar
faedah kepada pelabur sebagai balasan atas kebaikan yang dilakukan oleh pelabur
meminjamkan wang kepada penerbit bon.
Apakah yang dimaksudkan dengan bon Islam?
Bon Islam atau dirujuk sebagai sukuk, ialah sekuriti hutang Islam yang asasnya adalah sama dengan
bon konvensional, iaitu ia merupakan perjanjian pinjaman berbentuk sijil yang mengandungi butiran
tentang nila tara bon, kadar kupon bon, tarikh matang dan sebaginya. Tetapi ia tidak mengandungi
unsur riba, gharardan maysir. Ia diasaskan dengan barangan fizikal yang mempunyai nilai benar.
Prinsip-prinsip Syariah DalamBon Islam
Bon Islam menggunakan prinsip;
i) Al-Bay bithaman ajil.
ii) Al-Murabahah
iii) Al-Ijarah
iv) Al-Istisna'
v) Al-Salam
vi) Al-Mudarabah
vii) Al-Musharakah
viii) Al-Qard al-hasan
(i) Bon al-murabahah/ al-Bay bi thaman ajil
Di bawah bon al-murabahah, pembiaya akan membeli aset yang diperlukan seseorang dan menjualnya
dengan harga yang meliputi kos asal dan margin keuntungan. Pembayaran akan dibuat secara
tertangguh dalam jangka masa tertentu yang dilaksanakan dengan menggunakan aqad al-bay bi
thaman ajil.
Contoh: Syarikat XYZ (penerbit bon) memerlukan RM10 juta untuk melaksanakan satu projek baharu.
Bagi tujuan itu, syarikat menjual saham atau sebarang aset miliknya yang berjumlah RM10 juta kepada
P a g e | 80
pembiaya, (bank). Bank akan membayar RM 10 juta secara tunai kepada Syarikat XYZ. Syarikat XYZ
akan membeli semula aset dengan harga yang lebih tinggi, RM 12 juta contohnya secara hutang
dengan tempoh pembayaran selama empat tahun (menggunakan prinsip al-bay bi thaman ajil).
Syarikat mendapat jumlah dana yang diperlukan dan pada masa yang sama aset atau saham masih
menjadi miliknya. RM 2 juta adalah margin keuntungan yang diperolehi oleh bank atau pelabur. Kadar
keuntungan adalah tetap dan diketahui oleh kedua-dua belah pihak.
Bagi bayaran balik, syarikat menerbitkan bon (sijil hutang). Sijil diserahkan kepada pembiaya sebagai
jaminan pembayaran balik mengikut tempoh yang dipesetujui. Syarikat akan tebitkan dua jenis terbitan;
(1) Bon bernilai RM 10 juta (terbitan utama matang apabila genap tempoh empat
tahun) dibayar lump sumapabila cukup empat tahun.
(2) Bon benilai RM 2 juta (mewakili margin keuntungan tempoh berbeza). Contoh
setiap enam bulan atau bayaran dibuat sebanyak lapan kali dalam tempoh empat
tahun)
Jika sebelum tamat tempoh matang, bank memerlukan modal, bank boleh melaksanakan kontrak jual-
beli hutang (bay al-dayn). Bank jual sijil hutang kepada pelabur lain di pasaran. Bank menjualkan pada
harga diskaun, pelabur yang membeli dari bank memperolehi keuntungan dengan diskaun dan nilai
bon.
(ii) Bon al-ijarah
al-Ijarah adalah kontrak menjual faedah atau manfaat atau perkhidmatan antara pemilik aset dengan
pengguna aset pada kadar yg dipersetujui. Berdasarkan prinsip ini, syarikat yang menerbitkan bon akan
menjual asetnya (lazimnya berbentuk peralatan, bangunan atau mesin) kepada pembiaya melalui
perjanjian pembelian aset. Seterusnya pembiaya akan menyewakan aset yang dibelikan tadi kepada
syarikat melalui kontrak al-ijarah. Pembayaran sewa oleh syarikat akan dibuat melalui terbitan bon
(sukuk).
Hak milik aset akan kekal dengan pembiaya sepanjang tempoh penyewaan. Apabila jumlah sewa
hampir menyamai nilai aset, pembiaya dan syarikat penerbit akan bersetuju untuk menukar hak milik
aset kepada syarikat penyewa.
Ini berbeza dengan prinsip al-murabahah dan al-bay bithaman ajil yang menghasilkan sijil hutang
(shahadah al-dayn) seterusnya jual beli hutang (bay al-dayn)
(iii) Bon al-Istisna'
Istisna' adalah kontrak pemerolehan barang melalui tempahan, di mana harganya dibayar secara
berperingkat mengikut tahap penyempurnaan barangan yang ditempah. Jual beli di mana pembeli
membuat tempahan atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendaki
supaya disiapkan dalam masa tertentu dengan harga dan cara bayaran ditetapkan.
P a g e | 81
Syarikat penerbit bon memeterai kontrak istisna dengan kontraktor untuk menyiapkan sesuatu projek
atau aset. Syarikat kemudiannya akan menjualkan aset atau projek yang belum selesai pembinannya
kepada pembiaya. Walaupun aset atau projek belum selesai ia dianggapkan sebagai hak milik syarikat.
Pembiaya menjual aset atau projek berkenaan kepada syarikat lain dengan harga nilai yang lebih tinggi
secara tertangguh. Sebagai bukti pembayaran syarikat akan menerbitkan nota / bon istisna'.
(iv) Bon al-salam
Salam adalah kontrak jual beli barangan komoditi tertentu yang dinyatakan kuantiti dan kualitinya dan
akan diserahkan kepada pembeli pada tarikh tertentu pada masa hadapan dengan pembayaran
dilakukan semasa kontrak dibuat.
Syarikat yang memerlukan dana mengeluarkan sijil salam mengikut jumlah yang diperlukan. Setiap sijil
yang diterbitkan mewakili kontak salam. Firma bertindak sebagai penjual dan pelabur sebagai pembeli.
Pelabur membayar secara tunai nilai sijil berdasarkan jumlah unit yang dibeli. Setelah menerima
pembayaran, firma bebas untuk menggunakan wang bagi tujuan pengeluaran. Apabila sampai tempoh
matang firma perlu menyerahkan barangan seperti yang tertakluk di dalam kontrak salam.
(v) Bonal-Mudarabah
Mudarabah merujuk aqad di antara pihak yang bertindak sebagai pemberi modal dan satu pihak lain
yang bertindak sebagai pengusaha dengan persetujuan terhadap pembahagian keuntungan dalan
kadar atau nisbah tertentu.
Contoh bon berasaskan prinsip al-mudarabah dilaksanakan:
Syarikat yang memerlukan dana untuk melaksanakan projek menerbitkan bon mudarabah. Setiap bon
mudarabahyang diterbitkan didaftar bawah nama pembeli (pelabur). Oleh itu, pemilik bon (pelabur /
pemodal) berhak ke atas keuntungan dari projek yang dijalankan oleh syarikat penerbit bon. Bayaran
kepada pemilik bon untung hanya dibuat apabila projek mendapat keuntungan bersesuaian dengan
prinsip al-mudarabah. Jika projek yang dilaksanakan mengalami kerugian, ia hanya ditanggung oleh
pemegang-pemegang bon melainkan sekiranya kerugian tersebut disebabkan kecuaian syarikat
tersebut (pengusaha).
(vi) Bon al-Musharakah
Mengikut pelaksanaan bon al-musharakah, penerbit bon dan pemegang bon bergerak dalam kapasiti
sebagai rakan kongsi dalam persyarikatan.Kedua-dua belah pihak sama-sama menyumbang modal
dan sama-sama menanggung kerugian sekiranya projek mengalami kerugian, dan sama-sama berhak
mendapat keuntungan dalam nisbah yang dipersetujui.
P a g e | 82
(vii) Bon Qard al-Hasan
Qard al-hasan adalah aqad pembiayaan hutang berteraskan kebajikan. Penghutang hanya perlu
membayar balik hutang kepada pemberi hutang dalam jumlah yang sama dipinjamnya tanpa sebarang
pertambahan. Tetapi diharuskan untuk membayar lebih atas dasar menghargai atas jasa baik pemberi
hutang yang sanggup menolongnya ketika dia dalam keadaan memerlukan bantuan kewangan.
Contohnya, Sijil Pelaburan Kerajaan yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia adalah berasaskan prinsip
ini. Sebagai peminjam, kerajaan Malaysia hanya wajib memulangkan kembali pinjaman pokok kepada
pemegang bon apabila sampai tempoh matang, contohnya setahun. Apabila cukup setahun dari
tempoh pinjaman, kerajaan sebagai peminjam walau bagaimanapun, boleh memberi hibah kepada
pemberi pinjaman atas dasar budi bicara.
RUMUSAN
Produk takaful dan bon Islam merupakan antara bentuk produk-produk semasa yang berjaya
dikomersialkan oleh institusi kewangan Islam bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam khususnya
terhadap instrumen muamalat yang berasaskan prinsip-prinsip syariah.
KATA KUNCI
1. Al-Takaful
2. Al-Tabarru
3. Al-Wakalah
4. Al-Mudarabah
5. Gharar
6. Riba
7. Maysir
8. Bon al-Baybithaman ajil.
9. Bon al-Murabahah
10. Bon al-Ijarah
11. Bon al-Istisna'
12. Bon al-Salam
13. Bon al-Mudarabah
14. Bon al-Musharakah
15. Bon al-Qard al-hasan
1) Huraikan konsep al-takaful mengikut hukum fiqh serta aplikasinya dalam produk takaful.
P a g e | 83
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
2) Jelaskan konsep tabarru mengikut hukum fiqh serta aplikasinya dalam produk takaful.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________
3) Jelaskan konsep al-wakalah mengikut hukum fiqh serta aplikasinya dalam produk takaful.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________
4) Jelaskan konsep al-mudarabah mengikut hukum fiqh serta aplikasinya dalam produk takaful.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________
5) Bincangkan unsur-unsur haram yang terkandung dalam produk insuran konvensional.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________
6) Huraikan pelaksanaan bon Islam yang menggunakan prinsip al-Murabahah.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
7) Huraikan pelaksanaan bon Islam yang menggunakan prinsip al-Ijarah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________
8) Huraikan pelaksanaan bon Islam yang menggunakan prinsip al-Istisna'
P a g e | 84
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________
9) Huraikan pelaksanaan bon Islam yang menggunakan prinsip al-Salam
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________
10) Huraikan pelaksanaan bon Islam yang menggunakan prinsip Al-Mudarabah
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________
11) Huraikan pelaksanaan bon Islam yang menggunakan prinsip Al-Musharakah
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
___________________________
12) Huraikan pelaksanaan bon Islam yang menggunakan prinsip Al-Qard al-hasan
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________________________________
1. Bincangakan perbezaan di antara insuran konvensional dengan produk takaful yang
diperkenalkan oleh institusi kewangan Islam.
2. Bincangkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai hukum bon konvensional.
3. Bincangkan perbezaan di antara bon konvensional dengan bon Islam.
P a g e | 85
RUJUKAN
t.n. (2002). Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.Kuala Lumpur: Suruhanjaya
Sekuriti.
Abdul Aziz Khayyath (2002). Sahamdan Bon Menurut Perspektif Islam. Bandar Baru Bangi: As-Syabab
Media.
Kamaruzaman Noordin, Mohd Yahya Mohd Hussin & Suhaili Sarif (2004). Realiti dan Prospek
Instrumen Pasaran Modal Islam di Malaysia: Kajian Khusus Terhadap Bon Islam. J urnal Syariah, Jil. 12,
Bil. 1, Januari. (69-88)
Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Hj. Md Hussain dan Mohd Hizam
Hanafiah (2001). Pengantar Perniagaan Islam. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd.
P a g e | 86
UNIT 6
(PERKAHWINAN, DEFINISI, RUKUN DAN SYARAT)
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. menerangkan definisi perkahwinan dalam Islam.
2. menghuraikan rukun perkahwinan dalam Islam.
3. membincangkan syarat perkahwinan dalam Islam.
4. mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.
PENGENALAN
Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, saya yakin dan percaya anda telah
melihat majlis akad nikah dan majlis pertunangan. Pada pendapat anda, adakah majlis itu memenuhi
rukun-rukun dan syarat-syaratnya?
Adakah anda percaya kadang-kadang pertunangan berlaku tanpa seseorang itu menyedarinya?
Adakah anda tahu perbezaan pandangan ulama mengenai definisi nikah menatijahkan hukum yang
berbeza? Adakah anda tahu saksi bukan syarat sah akad menurut mazhab Maliki?
ISI KANDUNGAN
Apakah yang dimaksudkan dengan zawaj atau nikah dalamfiqh Islam?
Zawaj dari sudut bahasa bermaksud Iqtiran, iaitu disekalikan, ditemankan (dijadikan teman atau kawan)
dan diikat. Maksud ini boleh didapati dalam ayat al-Quran, di antaranya:
1)Firman Allah:
1.1) Dalam surah al-Safat:22
P a g e | 87
( )
Maknanya:

Maksud ini digunakan dalam budaya Arab. Orang Arab menyebut:
.
1.2) Dalam surah al-Zukhruf:37
{ }
1.3) Dalam surah al-Nisa:38
}
{
1.4) Dalam surah al-Sofat:51-52
} }{
Dalam bahasa Arab perkataan zawaj ( ) dibaca baris atas huruf . Ia adalah kata nama ) (
dari perkataan yang bermaksud: ( ) iaitu meletakkan sesuatu bersama
sesuatu yang lain.
Dalil:
( ) ertinya ( ).
Zawj bererti pasangan kepada sesuatu dari jenis yang sama. Dalam al-Quran disebutkan isteri sebagai
yang bererti pasangan. Contohnya firman Allah:
) (
: 35
P a g e | 88
Zawaj juga disebut nikah. Nikah dari sudut bahasa bermaksud akad (al-aqdu) atau jimak (al-watu).
Terdapat perselisihan pendapat ulama dalam menentukan makna perkataan nikah kepada dua
pendapat:-
1) Mazhab Syafie dan Hanbali: lafaz Nikah adalah bermaksud akad (al-Akdu) secara hakikat dan
jimak (al-Watu)secara majazatau sindiran.
mereka berhujah, dalam al-Quran tidak ada lafaz al-nikah yang bermakna al-Watu melainkan satu
ayat iaitu:
( ).
Surah al-Baqarah:230.
Nabi s.a.w menerangkan bahawa maksud nikah dalam ayat ini ialah al-Watu. Berdasarkan hadis
Nabi s.a.w: ( ) (Hadis Bukhari dan Muslim).
1 - ) 1433 ( - - :
! :
) ( :
! .
) ( ) :
.
:
) !(
2. Pendapat Mazhab Hanafi: Nikah secara hakikatnya merujuk kepada al-Watu, manakala secara
majaz bermaksud al-Aqdu.
Dalilnya: Sabda Nabi s.a.w.:
( )
.
3. Ada pendapat lain: mengatakan ia digunakan untuk kedua-dua.
P a g e | 89
Adakah anda tahu kesan daripada perbezaan pendapat di atas?
Perbezaan di atas telah menatijahkan kesan yang sangat banyak dan ketara.
1) Kes seseorang lelaki yang berzina dengan seorang perempuan:-
1.1- Menurut pendapat mazhab Hanafi wanita itu menjadi haram kepada ayah si lelaki dan juga anak
si lelaki.
1.2-Manakala menurut pendapat Shafie dan Hanbali, wanita itu tidak haram melainkan dengan
berlakunya akad.
2) Kes lelaki berzina sehingga melahirkan anak perempuan. Adakah anak perempuan itu boleh
dikahwini oleh lelaki itu (bapa biologi)?.
2.1. Mazhab Syafie: dihalalkan berkahwin kerana anak itu bukan anak dia. Dianggap sebagai
anak hanya apabila wujudnya akad.
2.2. Mazhab Hanafi: Haram berkahwin kerana wujud hubungan (al-Watu).
3) Kes seseorang lelaki yang mentaliqkan talaq isterinya ke atas nikah lain.
3.1.Mazhab Syafie: jatuh talak/tertalak dengan berlaku akad melainkan jika diniatkan
sebaliknya.
3.2. Mazhab Hanafi: tidak jatuh talak sehingga berlaku persetubuhan al-Watu.

Apakah Definisi Nikah menurut Syarak?
1) Hanafi:
2) Maliki:
.
3) Syafie: .
P a g e | 90
4) Hanbali:
5) Abu Zahrah:
.
6) Undang-undang keluarga Islam Jordan:
.
Kesimpulannya, nikah ialah suatu akad antara lelaki dan wanita sehingga menghalalkan wanita itu
kepada lelaki menurut syarak bertujuan membentuk sebuah keluarga dan mendapatkan zuriat.
Menurut al-Sartawi, definisi ini lebih jelas dalam menerangkan maksud sebenar sebuah
perkahwinan berbanding definisi-definisi yang lain. Ini kerana definisi ini mampu menerangkan
objektif tertinggi daripada sebuah perkahwinan menurut pandangan syarak dan juga pandangan
orang bijak pandai iaitu untuk mendapatkan zuriat dan menjaga kemanusiaan. Di samping masing-
masing pasangan akan berkongsi kenikmatan dan kasih sayang dengan pasangan masing-masing.
Definisi ini juga menerangkan antara objektif perkahwinan juga masing-masing boleh berseronok-
seronok (beristimta') dengan pasangan masing-masing dan sekali gus dapat memenuhi tuntutan
syahwat.
Dalil Pensyariatan zawaj?
}

{ ) / 1 .( }
{ ) / 2 .( }

{ ) / 3 .(
}
{ ) / 32 .( }
(
P a g e | 91
Dalil al-Sunnah

) (
Dalil Ijmak
Ulama di sepanjang zaman sepakat bahawa perkahwinan merupakan syariat
Allah s.w.t.
Tahukah anda Islam bukan sahaja mengharuskan perkahwinan, malah menggalakkan
perkahwinan?
Di antara hadis yang menggalakkan perkahwinan
) (
) (
Dalil Akal: Setiap orang yang berakal ingin mengekalkan namanya (keturunannya), suka jika
keturunannya tidak lenyap, semua itu akan tercapai melalui zuriat yang akan diperolehi melalui
perkahwinan.
Tabiat kejadian: Manusia difitrahkan dengan tabiat kebinatangan/kehaiwanan ( ) sama ada
lelaki mahupun perempuan. Tabiat ini menuntut supaya dipenuhi keperluan syahwat. Perkara ini tidak
ditegah selagi dengan izin Syarak walaupun ia tuntutan tabiat kebinatangan.
Bolehkah anda fikirkan apakah hikmah disebalik sesebuah perkahwinan? Adakah anda mampu
menyebutkan sekarang?
HIKMAH PENSYARIATAN ZAWAJ
1) Menyahut seruan keperluan fitrah manusia:-
P a g e | 92
1.1) Memenuhi keinginan fitrah manusia untuk memiliki anak dan keturunan (zuriat keturunan). Dengan
cara berkahwin dapat memenuhi tuntutan ini.
Perkara ini dirakamkan di dalam al-Quran dengan banyak antaranya:-
1) Berkahwin dan memiliki zuriat keturunan merupakan satu nikmat
Firman Allah s.w.t.
}
{ ) / 72 .(
2) Berkahwin dan memiliki anak merupakan sunnah kebiasaan manusia hatta kepada para Rasul
}
{ ) / 38 .(
Doa Nabi Zakaria walaupun sudah tua
1 ( }
{ ) / 4 .(
}
{ ) / 5 .(
} { ) / 6 .(
} { ) / 7 .(
}
{ ) / 8 .(
}
{ ) / 9 .(
} { ) / 10 .(
Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang bersyukur kerana diberikan nikmat anak walaupun telah beruban
P a g e | 93
}
) 39 ( ) 40 (
{ ) 41 .(
2) Manusia berbeza dibandingkan dengan makhluk lain yang memerlukan masa yg lama untuk
ditarbiah
Matlamat ini tidak akan tercapai dengan usaha individu atau seorang diri. Malah menuntut
usaha bersama yang saling menggembleng tenaga dan keringat untuk mencapai matlamat itu
dengan tidak mengharapkan balasan dan sanjungan.
3) Berkahwin sesuai dengan sunnah alam yang dijadikan secara berpasangan.
} { ) / 49 ( -
- }
{ ) / 36 .(
2) Memenuhi keperluan biologi
Keperluan biologi manusia, apabila sampai ke tahap kematangan, keperluan batinnya perlu
dipenuhi.
Dalam kitab mauizah al-mukminin min Ihya ulum al-din disebutkan
:
) . : 112 .(
Maksudnya: faedah nikah ada lima: mendapatkan anak, memecahkan syahwat, mengurus
rumah tangga, membanyakkan kau kerabat dan mujahadah diri dalam melaksanakan
tanggungjawab pernikahan.
Bolehkah anda fikirkan apakah hukum kahwin? Bolehkah anda menerangkannya sekarang?
HUKUMKAHWIN
P a g e | 94
1) Fardhu: apabila seseorang yakinakan terjerumus ke lembah zina jika tidak berkahwin, dia mampu
untuk bayaran mahar dan nafkah, dia tidak bimbang akan berlaku zalim terhadap isteri jika berkahwin.
Alasan:-
meninggalkan zina adalah wajib, caranya adalah melalui perkahwinan. Apa-apa yang tidak sempurna
wajib melainkan dengannya, maka ia juga wajib ( ).
2 Wajib: apabila berat sangkaannya akan terjatuh kepada zina jika tidak berkahwin, dia mampu
menanggung mahar dan nafkah, dia tidak bimbang akan menzalimi isterinya jika berkahwin.
Alasan:
Tidak sama dengan keadaan pertama kerana dia tidak pasti (100%), Cuma berat sangka. Keadaan ini
yang membezakan hukum fardu dan wajib.
3) Haram: dia akan menzalimi isteri jika berkahwin, kerana tidak mampu berlaku adil, atau tidak
mampu memberi nafkah.
Alasan:
Kerana perkahwinan membawanya kepada perkara yang haram, maka ia juga dihukum haram.
4. Makruh: apabila berat sangkaannya akan menzalimi isteri jika berkahwin.
Alasan:
keadaan ini berbeza dengan keadaan sebelum kerana dia tidak pasti () akan melakukannya, cuma
berat sangka sahaja.
Kaedah kepada hukum perkahwinan:-
Perkara yang membawa kepada wajib hukumnya wajib
perkara yang membawa kepada haram hukumnya haram.
perkara yang membawa kepada sunat hukumnya sunat.
perkara yang membawa kepada makruh hukumnya makruh.
P a g e | 95
ISU-ISU DALAMHUKUMPERKAHWINAN
1) Situasi? Jika tidak kahwin akan terjebak dengan zina, jika kahwin akan menzalimi isteri.
i) Satu pandangan: tidak harus berkahwin dan berzina.
Alasan: ( ) kezaliman tidak mengharuskan zina. Caranya ialah
( )
ii) Pandangan kedua: Zina satu mafsadah sosial yang umum dan menjangkau (mutaaddi),
sesiapa yang terjebak maka sukar untuk diubati melainkan dengan perkahwinan, sedangkan
berlaku zalim kepada isteri mafsadah terbatas, dan kebiasaannya* lelaki akan lebih elok
perangainya selepas kahwin, kerana merasai hubungan perkahwinan dan kebapaan terhadap
anak-anak. Dengan itu pendapat mengatakan wajib berkahwin adalah lebih dekat dengan roh
Syariat dan kebenaran.
Sandaran mereka juga ialah kata-kata ulama Maliki: sesiapa yang bimbang dirinya akan
terjerumus ke lembah perzinaan, wajib ke atasnya kahwin sekalipun tidak mampu
menanggung nafkah. Tidak mampu dari sudut nafkah akan menyebabkan seorang isteri
kelaparan, dan bukankah ia juga satu kezaliman yang besar?
iii) Pandangan ketiga: Berkahwin dalam situasi ini haram, kerana menahan diri dari berzina
adalah hak Allah, sedangkan menahan diri dari menzalimi isteri merupakan hak hamba. Hak
hamba didahulukan ke atas hak Allah kerana hamba lebih memerlukan dibandingkan Allah,
2) Situasi 2: bimbang akan terjerumus ke lembah perzinaan, dan bimbang akan menzalimi isteri jika
berkahwin
Berkahwin dalam keadaan ini hukumnya makruh, kerana berlaku zalim adalah maksiat yang berkait
dengan hamba, sedangkan menahan diri dari melakukan dosa adalah hak Allah. Hak hamba
didahulukan ke atas hak Allah s.w.t.
3) Situasi 3: Tidak ada syahwat kerana sakit, tua atau kejadian semula jadi:
Menurut mazhab Syafie:-
1) Makruh kerana tidak perlu
2) Sunat berdasarkan umum ayat
P a g e | 96
3) Haram jika tidak mampu dari sudut hubungan jenis, kerana menyebabkan isteri tidak dapat
hak
4) Situasi 4: hukum kahwin dalam keadaan syahwat stabil (mutadil) iaitu dalam keadaan dia mampu
menanggung segala perbelanjaan perkahwinan, tidak bimbang akan menzalimi isteri, tidak bimbang
akan terjerumus ke lembah zina jika tidak kahwin:-
i) Jumhur: sunat/sunnah kahwin:
Dalil:-
1 ( ) (
2 ( ...
3 ( .
dan lain-lain hadis yang menggalakkan supaya berkahwin.
ii) Zahiri, Ibn Hazmi dan satu riwayat daripada Ahmad:
Kahwin adalah wajib kepada yang mampu (batin dan zahir), jika tidak mampu perbanyakan
puasa.
Sebahagian ulama Hanafi berpendapat: hukumnya fardu kifayah sama seperti jihad pada
jalan Allah jika tidak ada yang kahwin semua berdosa.
Dalil golongan ini:-
1) ) ) ..... : 3
2) ) )..
: 32 (
3) ) : (
4) ) : .(
iii) Mazhab Syafie
P a g e | 97
Fokus untuk melaksanakan ibadah lebih afdhal antaranya untuk menuntut ilmu.
Dalil:
1. ) : ) (
2. ) : ( .
Pendapat yang Rajih:
Pendapat jumhur kerana dalil mereka yang lebih kuat dan tidak boleh dikritik
Pendapat yang kata wajib boleh dikritik kerana () akan dihukum wajib apabila tidak ada
qarinahiaitu () .
Semua arahan dalam hadis Nabi difaham sebagai sunnat
Dalil mazhab Syafie ditolak berdasarkan hadis ( )
WANITA YANG HARAMDIKAHWINI
1) WANITA YANG HARAM DIKAHWINI SELAMA-LAMA
a) Haramdikahwini kerana ada hubungan nasab:-
1) Ibu iaitu perempuan yang ada hubungan darah dalam garis keturunan ke atas, iaitu ibu, nenek sama
ada dari pihak ayah mahupun dari pihak ibu dan ke atas.
2) Anak perempuan, yang dimaksudkan ialah wanita yang mempunyai hubungan darah dalam garis
lurus ke bawah. Iaitu anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki mahupun anak perempuan
dan ke bawah.
3) Saudara perempuan sama ada seayah dan seibu, seayah atau seibu.
4) Emak saudara iaitu saudara perempuan ayah atau ibu, sama ada seibu dan seayah, seayah atau
seibu dan ke atas.
2) PENGHARAMAN YANG BERSIFAT SEMENTARA
Ada 7 kategori:
P a g e | 98
i) Wanita yang telah berkahwin dengan lelaki lain dan wanita dalam iddah. Firman Allah dalam
surah Annisa ayat 24 maksudnya : (diharamkan) wanita yang bersuami. Dan firman Allah
dalam surah Al-Baqarah ayat 228. maksudnya : Dan para isteri yang diceraikan (wajib)
menahan diri mereka (menunggu) 3 kali quru.
ii) Wanita yang ditalak dengan talak tiga. Wanita ini tidak boleh berkahwin dengan bekas
suaminya sehingga dia berkahwin dengan lelaki lain dan lelaki tersebut menceraikannya
dengan rela. Selepas iddah barulah dia boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya yang
pertama.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 230 maksudnya :"Kemudian jika si suami
mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga
dia kawin dengan suami yang lain.
iii) Menghimpun (memadukan) antara mahram.
Seperti menghimpunkan seorang perempuan dengan emaknya atau emak saudaranya atau
menghimpunkan 2 orang adik-beradik perempuan. 2 orang perempuan yang ada hubungan
mahram, jika dikahwini seorang daripadanya maka haram dikahwini yang satu lagi.
Firman Allah dalm surah Annisa ayat 23 maksudnya : (Diharamkan juga bagi kamu) dan
menghimpunkan (dalamperkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah
terjadi pada masa lampau"
Sabda Rasulullah maksudnya : "Tidak boleh dinikahi secara bersamaan antara seorang wanita
dengan emak saudaranya, baik dari sebelah ayah(ammah), mahupun dari sebelah ibu
(khalah), dan anak kepada saudaranya yang lelaki dan anak kepada saudaranya yang
perempuan, kerana akan memutuskan persaudaraan"
iv) Perkahwinan yang kelima jika telah mempunyai 4 orang isteri.
Pendapat Hanafi : Tidak boleh berkahwin yang kelima sehingga menceraikan salah seorang
daripada mereka dan habis idahnya, baik dengan talak raj'i atau talak bain.
Pendapat Syafie : jika berlaku talak bain, seseorang lelaki boleh berkahwin terus dengan
perempuan lain kerana perkahwinan telah terbatal dengan talak bain tersebut, tidak boleh
dirujuk lagi kecuali selepas akad yang baharu atau selepas perempuan yang ditalak tersebut
berkahwin dengan orang lain.
-Dalil haram menghimpunkan lebih dari 4 orang isteri : Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat
3 maksudnya : maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi 2, 3 atau 4
P a g e | 99
Rasulullah bersabda kepada Ghailan bin Ummayyah Attsaqafi ketika masuk Islam dan
mempunyai 10 orang isteri : Pilih 4 daripada mereka dan ceraikan selebihnya.
v) Haram berkahwin dengan wanita yang tidak beragama samawi atau wanita musyrik. Firman
Allah dalam surah al-Baqarah ayat 221 maksudnya:
Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman.
Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia
menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita
mukmin) hingga mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang
musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak
ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-
perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran."
Ulama berbeza pendapat tentang keharusan berkahwin dengan ahli kitab
1) Pendapat jumhur fuqaha, berkahwin dengan wanita ahli kitab adalah diharuskan Pendapat ini
merupakan pendapat majoriti para sahabat Nabi s.a.w. Mereka berhujah antara lain dengan
firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 5 maksudnya : Pada hari ini dihalalkan bagimu yang
baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan al-Kitab itu halal bagimu, dan
makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengahwini) wanita-wanita yang
menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelumkamu
2) Pendapat Ibnu Umar r.a, sebahagian Syi'ah Imamiyyah dan sebahagian golongan Zaidiah,
perkahwinan dengan ahli kitab tidak diharuskan. Antara hujah mereka ialah wanita ahli kitab
adalah wanita musyrik sedangkan Allah s.w.t. melarang seorang lelaki muslim berkahwin
dengan wanita musyrik.
vi) Wanita yang dilian. Sesiapa yang mendakwa isterinya berzina tanpa mendatangkan 4 orang
saksi maka hendaklah bersumpah lian. Seorang suami yang menuduh isterinya berzina tanpa
mendatangkan 4 orang saksi maka suami harus bersumpah 4 kali dan kali ke 5 harus
dilanjutkan dengan menyatakan bersedia menerima laknat Allah jika tindakannya itu tidak
benar. Isteri yang mendapat tuduhan itu bebas daripada hukuman zina jika dia bersumpah
sebanyak 4 kali dan kali ke 5 diteruskan bersedia mendapat laknat Allah jika tuduhan suami itu
benar.
Apabila terjadi sumpah lian antara suami isteri, maka putuslah hubungan perkahwinan
keduanya untuk selama-lamanya, kecuali jika dia menipu maka dikenakan ke atasnya had
P a g e | 100
qazaf, maka dibolehkan dia kembali dengan isterinya dengan akad yang baharu bagi
sesetengah fuqaha.
vii) Mengahwini hamba perempuan ketika mempunyai isteri yang merdeka. Jika seorang lelaki
mempunyai hamba maka tidak harus baginya berkahwin dengan hamba sehingga diceraikan
isterinya yang merdeka dan habis idahnya. Kerana perkahwinan dengan hamba diharuskan
jika tidak mampu mengahwini perempuan yang merdeka. Firman Allah dalam surah An-Nisa
ayat 25 maksudnya : Dan barang siapa di antara kamu (orang merdeka) yang tidak cukup
perbelanjaannya untuk mengahwini wanita merdeka lagi beriman, ia boleh mengahwini wanita
yang beriman, dari budak-budak yang kamu miliki.
RUKUNPERKAHWINAN
Tiga perkara yang perlu ada sebagai penegak akad perkahwinan:-
1) Ijab dan Kabul (rukun)
2) Dua individu yang berakad. Syaratnya ialah memenuhi keahlian ada.
3) Mahalllu al-akdi (perkara/benda yang hendak diakadkan) (iaitu istimta dengan pasangan
masing-masing). Syaratnya ialah tiada halangan (Mani) sama ada muabbad atau muaqqat
yang menghalang istimta.
Pertama: Ijab dan Kabul (Sighah)
Prinsip (kaedah) pada akad adalah berdasarkan keredaan. Tempat reda di dalam hati dan
tidak boleh dilihat, dengan itu syariat menganggap ijab dan kabul menjadi dalil zahir atau
petunjuk kepada sifat dalaman itu.
Jika akad perkahwinan dibina berdasarkan paksaan, ia akan difasakh, kesannya kena beridah
jika sudah berlaku dukhul, sabit nasab, wajib dibayar mahar, dan sabit pengharaman
persemendaan musaharah.
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Ijad dan Kabul?
1) Ijab: Kata-kata yang keluar awal atau pertama dari salah seorang yang berakad yang
menjadi dalil redhanya melaksanakan akad.
P a g e | 101
2) Kabul: kata-kata yang keluar dari peserta akad kedua (selepas akad pertama) yang
menjadi tanda persetujuan dengan apa yang dinyatakan oleh pihak pertama.
Ini bermakna ijab dan kabul tidak disyaratkan ijab itu keluar dari mana-mana pihak. Dengan kata lain,
lafaz yang awal keluar dari mana-mana pihak dianggap ijab, manakala yang keluar selepasnya
dianggap kabul.
Lafaz yang boleh digunakan dalamijab dan kabul?
Tidak ada perbezaan pendapat dalam kalangan para fuqaha bahawa akad perkahwinan boleh
berlangsung dengan 2 lafaz:-
1) Nikah. Dalilnya ( )
2) Zawaj. Dalilnya ( )
Sama ada kedua-dua pihak menggunakan lafaz yang sama atau berbeza. Contohnya, Jika
seseorang berkata
:

.
Mereka berbeza pendapat dalam penggunaan kalimah lain selain dua kalimah di atas kepada tiga
pendapat:-
1) Mazhab pertama: Syafiiyyah dan Hanabilah: tidak sah akad menggunakan lafaz lain selain dua
lafaz ini.
Dalil:-
1 ( ) :
) ( : 50 (
:
.
P a g e | 102
2 (
) :
(
) : .(
(

.
Mazhab kedua:
Abu Hanifah berpendapat sah dengan lafaz hibah, sadaqah, al-tamlik, al-bai, al-Syiradan J aalah.
Sah dengan lafaz yang menunjukkan pemilikan sesuatu.
Dalil:-
1 ( ) :
.(
2 (
.
Jawapan kepada dalil Syafiiyyah:
Ayat yang digunakan menjadi dalil kepada kami kerana lafaz hibah digunakan dalam perkahwinan.
Sedangkan keistimewaan yang diberikan kepada Nabi s.a.w. bukannya terletak kepada lafaz hibah
sebagai ganti lafaz nikah dan zawaj. Ini kerana, jika lafaz sahaja yang menjadi keistimewaannya, maka
itu bukanlah perkara yang besar. Sebaliknya, keistimewaan itu terletak pada mahar yang tidak
dikenakan. Ertinya, orang lain tidak boleh berkahwin dengan lafaz hibah yang tidak dikenakan mahar,
sedangkan kepada Nabi dibolehkan.
Jawapan Syafiiyyah kepada Hanafi:
P a g e | 103
Hadis yang digunakan () diriwayatkan dengan pelbagai lafaz, antaranya (
) jadi ini jelas menunjukkan bahawa perawi meriwayatkan hadis secara
makna dengan itu ia tidak boleh dijadikan hujah.
Ulama Hanafi berbeza pendapat mengenai penggunaan lafaz al-bai,al-salam dan al-sorf.
Pendapat yang paling asah: boleh.
Mereka juga khilaf tentang penggunaan kalimah al-Ijarah: pendapat paling asah: tidak boleh.
Bolehkah dengan menggunakan Ijarah, Ihlal, IArah, wasiat dan Taati.
Mazhab Ketiga: Malik bin Anas.
Sah menggunakan lafaz hibah jika disebut mahar.
Menggunakan lafaz sadaqahdan tamlik:-
Ada dua pendapat:-
1) Sah jika disebutkan mahar
2) Tidak sah sama ada disebutkan mahar ataupun tidak.
Dalil:
1) Sama dengan hujah Hanafi, cuma disyaratkan mahar agar menjadi qarinahmenunjukkan
perkahwinan.
Menggunakan bahasa lain selain bahasa Arab?
1) Situasi YangTidak Ada Khilaf
Mereka yang tidak mampu berbahasa Arab boleh menggunakan bahasa lain dan sah
2) Khilaf
Mereka yang mampu berbahasa Arab:
1) Abu Hanifah dan salah satu qaul Imam Syafie: sah menggunakan bahasa lain walaupun
mampu berbahasa Arab kerana dia menggunakan lafaz yang telah menta;birkan
kehendaknya.
P a g e | 104
2) Ahmad dan qaul kedua Imam Syafie: Tidak sah kerana dia mampu melafazkan bahasa yang
disyariatkan untuk tujuan itu iaitu bahasa Arab.
Menggunakan Isyarat yang difahami?
Sah akad menggunakan isyarat yang difahami dari mereka yang tidak mampu bercakap
melafazkan Ijab dan kabul, cth. Orang bisu menurut pandangan umum para fuqaha.
Sah juga menggunakan tulisan oleh orang bisu
Menggunakan tulisan?
Ulama khilaf adakah sah menggunakan tulisan:-
1) Hanafiyyah: Sah jika dilakukan oleh mereka yang tidak berada dalam majlis () dan bukan dari
orang yang berada dalam majlis ().
Dengan syarat tulisan itu hendaklah mustabinahiaiti 1) boleh dibaca dan 2) boleh difahami. Contoh
tulisan yang boleh dibaca dan difahami ialah ditulis di atas kertas. Manakala contoh tulisan yang tidak
boleh dibaca ialah yang ditulis atas air atau udara
Contoh situasi yang disebutkan oleh ulama dalam kitab mereka:-
Salah satu pihak menulis kepada pihak yang kedua:
Lelaki menulis: Aku kahwini engkau dengan kadar mahar seribu. Apabila surat sampai kepada pihak
perempuan, beliau mendatangkan para saksi lalu dibaca surat itu, kemudian Perempuan itu berkata:
Aku kahwinkan diriku dengannya. Maka Sempurna ijab dan kabul dalam majlis dan di hadapan saksi.
2) Pandangan yang rajihdari mazhab Syafiyyah dan Hanabilah: tidak sah menggunakan tulisan dari
orang yang mampu bercakap, kerana tulisan adalah kinayah, lafaz kinayah tidak sah dalam akad nikah
menurut mazhab ini.
2) SYARAT-SYARAT SIGHAH(IJAB DAN KABUL)
1) Disyaratkan lafaz itu menunjukkan keinginan untuk melakukan akad
Huraian:
P a g e | 105
1) Kaedah dalam akad mesti menggunakan lafaz fiil madhi, kerana ia menunjukkan keinginan
melakukan akad
2) Fiil mudhari dan fiil amar tidak menunjukkan keinginan melakukan akad melainkan wujudnya
qarinah (bukti/petanda-petanda lain).
3) Kerana dua fiil ini hanya menunjukkan keinginan tawar menawar atau baru ingin memulakan
akad.
4) Walau bagaimanapun, akad perkahwinan dikecualikan. Ertinya boleh jika salah satu pihak
menggunakan lafaz madhi, satu pihak lagi menggunakan mudhari atau amar. Ini kerana
dalam akad perkahwinan tawar menawar itu telah hilang atau telah berlaku lebih awal iaitu
dalam pertunangan). Ertinya sudah ada qarinahyang menghilang keraguan.
1 ( : :
2 ( : : .
5) Tidak sah akad menggunakan fiil Mudaf Ila Mustaqbal:-
Cth: 1 ( : :
2 ( : :
:

2) Lafaz itu tidak ditaliqkan(gantung) kepada sesuatu syarat yang belumberlaku
Huraian:
-Menggantungkan sahnya akad perkahwinan kepada sesuatu yang belum berlaku. Ia kemungkinan
berlaku dan kemungkinan tidak berlaku. Contohnya: Si lelaki berkata: Aku kahwini engkau jika engkau
telah berjaya atau jika kamu telah bekerja. Hukumnya adalah tidak sah.
-jika ditaliqkan kepada sesuatu yang telah berlaku ketika melafazkan syarat itu atau sebelumnya lagi,
akad itu dikira sah. Contohnya: Si perempuan berkata: aku kahwini engkau jika kamu telah berjaya, dan
sememangnya dia telah berjaya, lelaki itu berkata: aku terima nikahnya, maka sah perkahwinan.
P a g e | 106
3) Lazaf tidak menunjukkan tempoh sementara
Dalam lafaz perkahwinan disyaratkan selama-lama/ kekal (muabbad).
Oleh itu, jumhur ulama berpendapat batal perkahwinan dalam dua situasi ini:-
1) perkahwinan mutah.
2) perkahwinan bertempoh (kontrak).
Situasi pertama:
Perkahwinan mutah
Ada dua pendapat dalam masalah ini:-
1) Jumhur ulama berpendapat haram perkahwinan mutah:
Dalil:-
1) Firman Allah
) 29 (
) 30 ( ) . : 29 - 31 (
Cara berdalil:
Allah s.w.t. mengharamkan jimak melainkan melalui dua cara iaitu perkahwinan dan pemilikan hamba.
Sedangkan, mutah bukannya perkahwinan mahupun pemilikan hamba, dengan itu ia adalah haram.
Dalil yang ia bukan perkahwinan ialah ia terangkat (tamat) tanpa talak, firqah, tidak perlu nafkah dan
tidak berlaku pewarisan harta pusaka.
2) Hadis yang diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. (telah malarang
perkahwinan mutah dan daging keldai ahliah (kampung) pada hari khaibar).
3) Telah berlaku ijmak ulama tentang pengharamannya. Mereka tetap menghukumkan haram
walaupun ada keperluan terhadapnya. Dengan itu, jika hukumnya harus nescaya mereka
fatwakannya.
4) Perkahwinan disyariatkan agar setiap pasangan menjadi pakaian (kinayah) kepada
pasangan masing-masing, untuk mendapatkan nasab. Sedangkan mutah hanyalah
bermatlamatkan memenuhi syahwat.
P a g e | 107
Allah mengharamkan zina kerana mudarat ijtimaiyyah dan akhlak. Mutah saling tidak tumpah
adalah zina yang tersusun. Dengan itu, tidak ada makna pengharaman zina dengan
keharusan mutah.
2) Syiah Imamiyyah berpendapat harus nikah mutah:-
Dalil:-
1) Firman Allah
) ) ( : 24 (
Cara berhujjah:-
i) Ayat menyebutkan lagaz al-istimta, dia bukannya dengan lafaz nikah.
ii) Ayat memerintahkan agar diberikan upah/sewa (). Dengan itu ia merupakan akad
sewaan. Akad sewaan itu adalah atas manfaat (bukan ain). Begitu juga mutaah adalah akad
atas manfaat Budu.
iii) ayat memerintahkan agar dibayar sewa selepas berlaku istimta, jika kalimah Ujur di sini
bermaksud mahar, nescaya ia wajib dibayar dengan sebab berlaku akad itu sendiri dan
bukannya selepas berlaku istimta, sebagaimana halnya dalam perkahwinan. Ini menunjukkan
akad di sini berbeza dengan akad perkahwinan.
2) Hadis yang diriwayatkan dari Ibn Masud katanya: Kami berperang bersama Rasulullah s.a.w.
sedangkan isteri kami tidak ada bersama-sama, Kami bertanya: Bolehkah kami mengembiri?. Baginda
menghalang/tidak membenarkan kami melakukan demikian, kemudian baginda memberi rukhsah
berkahwin dengan wanita dengan maharnya sehelai baju untuk satu tempoh, kemudian Ibn Masud
membacakan ayat: ( )
3) Berdasarkan riwayat ibn Abbas r.a.: Beliau menfatwakan harus perkahwinan mutaah dan beliau
menafikan atau tidak bersetuju dengan pandangan umar r.a. yang menegahnya. Beliau berhujah
bahawa Nabi s.a.w. telah mengharuskannya dan keharusan itu diriwayatkan dari Ibn Masud, Jabir bin
Abdilah, Abi Said al-Khudri, juga dari golongan Syiah al-Baqir dan al-Sadiq.
P a g e | 108
Perbincangan dalil
Jumhur ulama menjawab hujah yang digunakan Syiah:-
1) Maksud kalimah Istimta dalam ayat yang digunakan mereka itu sebenarnya bermaksuh nikah.
Kerana nikah inilah yang disebutkan pada awal dan akhir ayat. Tengok firman Allah s.w.t.
2) Digunakan kalimah Ujur yang bermaksud sewa, sebanrnya mahar juga disebutka sebagai ujur
berdasarkan ayat: ( ) (
3) Perintah dibayar Ujur selepas berlaku Istimta sedangkan mahar diambil sebelum istimta (selepas
akad) dijawab:-
3.1 -Berlaku takdim dan takhir dalam ayat (uslub bahasa arab), ayatnya berbunyi:
( ) Maksudnya: Jika kamu mahu istimta dengan
mereka.
konsepnya adalah sama dengan ayat: ( ( : 1 )
Maksudnya: Jika kamu menceraikan isteri kamu, maka cerailah
-sama juga dengan ayat ( ), maksudnya jika kamu mahu
berdiri menunaikan solat, maka basuhlah muka
2) Hadis Ibn Masud itu sebenarnya khusus dalam situasi khas sahaja, kemudian terdapat hadis yang
mengharamkannya, antara hadisnya ialah:-
1) Dari Salamah bin Akwa katanya: Nabi s.a.w. telah merukhsahkan kepada kami kahwin mutah
dengan wanita pada hari Awtas selama tiga hari kemudian baginda melarangnya)
2) Hadis riwayat Subrumah bin Mabad al-Juhani: (Nabi s.a.w. telah melarang ketika haji wida
perkahwinan mutaah).
3) Dari Subrumah juga bahawa Nabi s.a.w. bersabda:(Aku telah mengizinkan kamu kahwin
mutah dengan wanita, (ketahuilah) bahawa Allah s.w..t telah mengharamkannya sehingga hari
kiamat).
P a g e | 109
3) Pendapat Ibn Abbas:
Sebenarnya diriwayatkan bahawa Ibn Abbas telah menarik balik pendapatnya itu pada akhir hayatnya
(sahih Muslim). Ada yang berpendapat: fatwanya itu adalah ketika dharurah(tarmizi). Jika kita terima
bahawa Ibn Abbas sememangnya berpendapat demikian, hal itu tidak memberikan apa-apa kesanpun
kerana berdasarkan Ijmak sabahat yang lain.
Situasi kedua; Nikah kontrak (iaitu akad nikah untuk tempoh tertentu)
1) Para fuqaha berpendapat: batal akad itu kerana ia seperti nikah mutaah juga. Tidak ada beza
melainkan pada sighahsahaja.
2) Zufar: Akad adalah sah, tempoh itu terbatal. Maknanya perkahwinan itu menjadi muabbad. Ini
kerana bertempoh itu merupakan syarat fasid. Sedangkan menurut beliau akad perkahwinan
tidak batal dengan syarat fasid. Dengan itu syarat terbatal dan akad itu tetap sah.
Syarat sah akad
Terdapat beberapa syarat agar akad itu sah:-
1) Ijab dan kabul mestilah kesepakatan dalam semua wajah.
cth: lelaki berkata: aku kahwini engkau dengan mahar seribu, maka dijawab: aku terima nikah
dengan mahar seribu.
-jika dijawab: Aku terima dengan mahar 2 ribu, akad tidak sah.
-jika dijawab: aku terima nikahnya dengan mahar 500, sah akad.
2) Ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis
-jika dia meninggalkan majlis selepas ijab, tetapi sebelum kabul, akad tidak sah
-tidak mengapa berlaku fasal (senyap), antara ijab dan kabul selagi tidak dipisahkan dengan
percakapan asing
3) Peserta ijab tidak menarik balik ijabnya sebelum peserta kedua menerima
4) Kedua-dua peserta akad mendengar dan memahami percakapan kawan masing-masing.
P a g e | 110
Rukun Kedua: Dua individu yang berakad ()
Untuk melakukan akad, orang itu disyaratkan memiliki sifat-sifat yang dibenarkan oleh syarak.
Orang yang tidak memiliki kelayakan untuk melakukan akad seperti orang gila, kanak-kanak yang tidak
mumaiyiz, tidak sah akadnya, kerana mereka tidak memiliki kelayakan secara mutlak.
Apabila seorang kanak-kanak yang mumaiyiz melakukan akad, akadnya sah dan tergantung kepada
keizinan walinya, kerana beliau memiliki kelayakan ada yang tidak sempurna. Jika wali memberikan
keizinan, maka tidak perlu dilakukan akad baru.
SYARAT WALI DALAMPERKAHWINAN
Ulama berbeza pendapat sama ada wali disyaratkan ataupun tidak dalam sesebuah perkahwinan
kepada 3 pendapat:-
1) Syafie, Ahmad dan Malik berpendapat bahawa perkahwinan tidak sah melainkan dengan wali. Cuma
persoalannya ialah adakah akad perkahwinan itu dikira terbatal? Terdapat 2 pendapat:-
1.1) Tidak batal hukum (akad), inilah pendapat yang sahih kerana syarat wali
diperselisihkan oleh para ulama.
1.2) Batal kerana ia bertentangan dengan nas. Tidak dikenakan had jika digauli sebelum
dibatalkan, si perempuan akan mendapat mahar mithil kerana terdapat syubhah iaitu
khilaf ulama tentang kesahan nikah.
Dalil Golongan ini:-
i) Firman Allah s.w.t.( ).
Cara berhujah:
Jika wali tidak diambil kira, maka apa maknanya keengganan wali.
ii) Firman Allah s.w.t:- ( ) Khitab ayat ini
ditujukan kepada para wali.
Allah menyandarkan pernikahan kepada para wali dalam firmanNya yang
berbunyi( ... ). Ini menunjukkan bahawa orang yang
menguruskan akad nikah ialah para wali.
P a g e | 111
iii) Hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a.: (
(
iii) Hadis ( )
iv) Dalil akal dan realiti dipetik dari kitab al-Hidayah:

....
Maksudnya: Kerana seorang wanita itu mudah tertipu, terpedaya dengan penampilan zahir, dia lebih
beremosi, jika dia tersilap dalam pemilihan suami, kesan buruk turun tertimpa keluarga dan kaum
kerabat, berbeza dengan tindakannya dalam urusan muamalat)
2) Mazhab kedua: Abu Hanifah dan Abu Yusuf
Perempuan Baligh berakal boleh mengahwinkan dirinya dan mengahwinkan orang lain.
Dalil Golongan ini-
Firman Allah s.w.t:-
( }

:
.
2) Firman Allah s.w.t.:-


.
3) Firman Allah s.w.t.:-
P a g e | 112
}

{ ) / 234 .(


.
4) Perkahwinan merupakan haknya seratus peratus sedangkan dia juga berkelayakan untuk
melaksanakan (ahli al-Mubasyarah), Dengan itu sahlah akad jika mereka yang melakukan
sebagaimana sah jual beli yang mereka lakukan.
5) Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a.(h76)
74 - : - .
. .

.

] ) ( ) . ( .
.
. . [
: ) (
Mazhab ketiga: Muhammad bin Hasan
Seorang perempuan boleh mengahwinkan dirinya sendiri tanpa persetujuan walinya, dan akad
itu dihukum terhenti (mauquf) kepada keizinan walinya. Jika wali membenarkan, maka
haruslah, jika tidak, maka tidak harus.
P a g e | 113
Dalil: Mafhum hadis ( (
:





Persaksian ke atas Ijab dan Kabul (sighah)
Ulama berbeza pendapat sama ada disyaratkan ataupun tidak:-
1) Mazhab Pertama: Abu Hanifah, Syafie dan pendapat Masyhur Imam Ahmad: Mereka mensyaratkan
saksi (saksi adalah syarat sah)
Dalil:-
1) Sabda Nabi s.a.w.: ( )
2) Sabda Nabi s.a.w.: ( )
3)

.
2) Imam Malik bin Anas: Persaksian bukan syarat, sebaliknya yang menjadi syarat ialah iklan dan
membuat persaksian kepada iklan.
Dalil-
Nabi s.a.w telah membebaskan Sofiah binti Huyai bin Akhtab, lalu baginda mengahwininya tanpa saksi.
P a g e | 114
Perbincangandalil:-
Imam Malik jawab dalil Jumhur:-
1) Tidak sah satupun hadis yang mensyaratkan dua orang saksi, bahkan semuanya hadis dhaif
dan ada ilat.
Jumhur Ulama jawab dalil Imam Malik:-
1) Hadis itu menggambarkan perkara yang khusus untuk Nabi s.a.w.
2) Dalil-dalil yang dhaif telah diriwayatkan oleh banyak turuq, ia akan naik taraf menjadi hadis
hasan. Inilah amalan masyhur oleh para ulama Islam (termasuk mazhab Malik)
Sifat saksi
1) Baligh. Sifat ini disepakati oleh golongan ini.
2) Berakal. Sifat ini disepakati oleh golongan ini.
3) Lelaki:-
3.1) Jumhur ulama-syafie dan Ahmad-tidak menerima persaksian wanita. Begitu juga mereka tidak
menerima persaksian seorang lelaki dan dua wanita dalam perkahwinan. Ia berbeza dalam kes
harta/muamalat.
Dalil Jumhur:
Mereka berdalil berdasarkan kata-kata al-Hasan al-Basri:( telah menjadi sunnah Rasulullah s.a.w
bahawa baginda tidak menerima persaksian wanita dalam kes hudud, nikah dan talak).
3.2) Abu Hanifah dan satu riwayat Imam Ahmad: Sah akad nikah dengan persaksian seorang lelaki dan
dua orang wanita.
Dalil mereka:-
Qias kepada kes persaksian wanita dalam kes harta/muamalat. Wanita juga memiliki kelayakan untuk
menanggung dan memberi kesaksian. Manakala dalam kes hudud, kesaksian mereka tidak diterima
kerana ada syubhah, hudud ditolak kerana syubhah.
4) Adil. Dalilnya ialah ( )
5) Merdeka:
P a g e | 115
5.1) Syafie dan Abu Hanifah:Tidak sah persaksian hamba dalam perkahwinan kerana
persaksian dianggap perkara wilayah (kekuasaan), sedangkan hamba tidak ada wilayah
(kekuasaan) ke atas dirinya sendiri, dengan itu dia juga tidak memiliki waliyah (kekuasaan) ke
atas orang lain.
5.2) Ahmad: sah persaksian mereka kerana tidak ada dalil mengahalang.
6) Adalah.
6.1) Syafie dan satu riwayat Imam Ahmad: Nikah tidak sah dengan persaksian orang fasik.
Berdasarkan hadis ( )
6.2) Abu Hanifah dan satu riwayat Imam Ahmad: sah dengan persaksian orang fasiq.
-ini kerana persaksian ialah suatu yang perlu dipikul (tanggung) (orang fasik boleh
menanggungnya), dengan itu hukumnya sah.
-Tujuan persaksian dalam pernikahan ialah untuk menolak tohmahan zina dan memelihara
akad ketika berlaku pengingkaran.
-sedangkan tohmahan akan tertolak dengan kehadiran mereka (2 orang) tanpa perlu kita
menerima.
Dengan kata lain, penjagaan/terpelihara itu berhasil (berlaku) dengan kehadiran mereka,
sekalipun persaksian mereka tidak diterima. ini kerana perkahwinan akan terzahir (diketahui
ramai) dan tersebar dengan kehadiran mereka berdua.
-Apabila telah tersebar dan termasyhur, kesaksian itu diterima dengan cara dengar mendengar
(tasamuk),maka penjagaan itu terhasil.
-Apabila sah akad dengan kehadiran mereka yang tidak diterima persaksiannya, lalu
menceritakan kepada orang yang boleh diterima persaksiannya, hukumnya adalah harus
persaksian itu berdasarkan kaedah Tasamuk ().
7) Islam
Ulama sepakat saksi mestilah Islam jika pasangan yg berkahwin itu kedua-duanya islam.
Mereka khilaf dalam kes jika suami Islam tetapi isteri Kitabiah:-
P a g e | 116
1) Syafie, Ahmad, Zufar dan Muhammad bin al-Hasan: Islam adalah syarat kepada para saksi
berdasarkan:-
1.1) Hadis ( )
1.2) Persaksian salah satu bentuk wilayah (kekuasaan), sedangkan orang kafir tidak boleh
memiliki kekuasaan ke atas orang Islam.
2) Abu Hanifah dan Abu Yusuf: harus persaksian ahli zimmah dalam kes ini kerana persaksian di sini
adalah ke atas isteri (kitabiah) bukannya suami.
8) Boleh melihat.
1) Sebahagian ulama Syafie dan ulama Hanafi berpendapat: tidak sah akad dengan persaksian
orang buta kerana dia tidak dapat membezakan antara pendakwa dan orang yang didakwa
2) Jumhur ulama: Sah jika dia yakin dengan suara dan mengetahui sehingga tidak timbul syak
antara dua peserta akad.
9) Mendengar kata-kata kedua-dua peserta akad.
1) Jumhur: tidak sah nikah dengan kesaksian orang tuli kerana tidak tercapai objektif kesaksian
2) Sebahagian ulama: Tidak mensyaratkan mendengar (cukup sekadar hadir).
10) Memahami kata-kata kedua-dua peserta akad. Oleh kerana itu tidak sah persaksian orang yang
tidak memahami bahasa arab jika akad itu dilakukan dengan bahasa Arab.
Dapatkan maklumat dari buku-buku rujukan, artikel, jurnal dan laman web bagi mendapatkan maklumat
mengenai definisi nikah, rukunnya dan syaratnya dengan lebih lanjut bagi memantapkan lagi
kefahaman anda mengenai perkara-perkara tersebut. Usaha anda sangat diperlukan bagi meluaskan
lagi maklumat anda sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
RUMUSAN
P a g e | 117
Ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan nikah dari segi bahasa dan perbezaan ini
membawa kepada perbezaan beberapa hukum.
Nikah dari segi istilah ialah suatu akad antara lelaki dan wanita sehingga menghalalkan wanita
itu kepada lelaki menurut syarak bertujuan membentuk sebuah keluarga dan mendapatkan
zuriat.
Hukum nikah adalah berbeza mengikut situasi dan keadaan seseorang.
Rukun nikah ada tiga iaitu sighah, dua individu yang terlibat melakukan akad dan objek akad.
Ulama bersepakat bahawa kalimah zawaj dan nikah boleh digunakan sebagai lafaz akad
perkahwinan.
Ulama berbeza pendapat sama ada lafaz lain boleh digunakan ataupun tidak sebagai lafaz
akad.
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan kedudukan saksi sama ada ia menjadi syarat
sah ataupun tidak.
KATA KUNCI
1. Nikah
2. Sighah
3. al-'Aqidan
4. Mahal al-'Aqdi.
5. Hukum nikah
PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah definis nikah daripada segi bahasa dan istilah?

2. Huraikan pandangan ulama mengenai penggunaan kalimah selain kalimah zawaj dan
nikah dalam akad.?

P a g e | 118

3. Adakah hukum perkahwinan sama untuk setiap orang?


.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
..............................................................
4. Terangkan pandangan ulama mengenai hukum berkahwin kepada individu yang dalam
keadaan mu'tadil.?

..............
.........................................................
5. Huraikan pandangan ulama mengenai hukum perkahwinan mut'ah?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
6. Sebutkan syarat-syarat ijab dan kabul?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
7. Bagaimanakah orang bisu melakukan akad pernikahan?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
8. Bincangkan status akad nikah yang tidak mempunyai saksi?

P a g e | 119
Bagi memantapkan lagi maklumat anda mengenai tajuk ini, diharapkan anda semua mencari
maklumat-maklumat mengenai perkara yang disebutkan di bawah. Di antara rujukan yang boleh anda
rujuk ialah buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu karangan Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh ala
Mazahib al-Arbaahkarya al-Jazairi, Fiqh al-Sunaholeh al-Sayid Sabiq dan lain-lain.
1) Konsep sighahmenurut pandangan ulama empat mazhab.
2) Wanita yang haram dikahwini kerana susuan menurut pandangan ulama empat mazhab
3) Syarat saksi dalam perkahwinan menurut pandangan ulama empat mazhab
4) Hukum pernikahan dengan ahli kitab menurut pandangan ulama.
Anda semua dikehendaki memilih satu daripada tajuk-tajuk berikut sebagai tugasan. Markah kerja
kursus akan diambil dari tugasan ini.
1) Bincangkan rukun nikah menurut pandangan ulama.
2) Jelaskan pandangan ulama mengenai akad nikah yang dilakukan dalam Masjid.
3) Akad nikah golongan OKU.
RUJUKAN
1) Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali al-Sharbaji (1996). Fiqh al-Manhaji ala mazhab al-
Shafiiy. Damsyik. Dar al-Qalam.
2) Al-Sayyid Sabiq (2000). Fiqh al-Sunah. Beirut: Dar al-Fikr.
3) Wahbah al-Zuhayli (2000). al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Beirut: Dar al-Fikr.
4) Al-Sartawi, Mahmud Ali (1997), Syarah Qanun al-Ahwal al-Syakhsiah, 'Amman: Dar al-Fikr.
5) Abd al-Rahman al-Jaziri (1999). Fiqh ala mazahib al-arbaah. Dar Fikr.
6) al-Khatib al-Syarbini (1377H/1958M). Mughni al-Muhtaj. Misr: al-Halabi.
7) Mohd Noor Daud (2008). Perkahwinan Orang Islam Dengan Ahli Kitab: Satu Kajian
Perbandingan Mazhab. Tanjong Malim: UPSI.
UNIT 7
P a g e | 120
HAK KEWANGAN DALAMPERKAHWINAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. menerangkan maksud am mahar (Maskahwin) dan nafkah.
2. membincangkan jenis-jenis mahar.
3. membezakan antara jenis-jenis mahar dan nafkah.
4. mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.
PENGENALAN

Mahar (maskahwin)
P a g e | 121
Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, saya yakin dan percaya anda telah
melihat maskahwin 1.1 di atas. Pada pendapat anda, apakah perkara yang boleh dijadikan maskahwin?
ISI KANDUNGAN
Apakah yang dimaksudkan dengan mas kahwin dalamfiqh Islam?
Mahar merupakan salah satu hak isteri ke atas suami. Ia didefinisikan sebagai harta yang wajib ke atas
lelaki membayarnya kepada wanita dengan sebab akad atau dengan sebab watu (syubhah). Definisi
yang sama dapat dilihat di dalam kitab fiqh al-Manhaji mahar dedefinisikan sebagai harta yang wajib
diberikan oleh suami kepada isterinya disebabkan berlakunya akad nikah. Juga disebut harta
pemberian dari mempelai lelaki kepada mempelai perempuan yang merupakan hak si isteri dan sunat
disebutkan ketika akad nikah berlangsung.
Dalil pensyariatan?
Al-Quran:
1) Firman Allah s.w.t. yang berkaitan maskahwin dalam surah an-Nisa 4: (
)
2) Firman Allah ( ).
Sunnah Nabi s.a.w. ( )
Maksudnya: kahwinlah engkau sekalipun dengan maskahwin cincin dari besi. Riwayat Bukhari.
Ijmak: Semua ulama sepakat bahawa mas kahwin adalah wajib dan tidak seorang dari kalangan
mereka yang mengingkari hal ini.
Nama-nama mahar
1. Sadaq ()
P a g e | 122
2. Sadaqah ()
3. Ajrun ()
4. Faridhah ()
5. alaiq ()
6. Nihlah( )
7. aqra ( )
8. Habaa ()
Apakah Hukummahar?
Mahar wajib ke atas suami berdasarkan firman Allah s.w.t ( ). Mas
kahwin menjadi wajib ke atas suami sebaik sahaja akad nikah berlaku, sama ada mas kahwin
disebutkan dalam kad dengan kadar tertentu ataupun tidak disebutkan. Maknanya, jika mereka
(suami isteri) telah bersepakat menafikannya atau tidak menyebutkan, persepakatan itu batal dan
mas kahwin itu tetap wajib dibayar.
Walau bagaimanapun ulama khilaf sama ada ia menjadi syarat sah ataupun tidak.
1) jumhur: Mahar merupakan salah satu kesan akad dan bukan syarat sah akad perkahwinan. Ini
berdasarkan firman Allah s.w.t.:
)

(
Cara berhujah:
Talak selepas akad yang tidak disebutkan mahar adalah sah, sedangkan, talak tidak sah jika
akad perkahwinan itu tidak sah, maka ini menunjukkan bahawa mahar bukan syarat sah akad.
P a g e | 123
ii) Berdasarkan riwayat bahawa Nabi s.a.w berkahwin dengan perempuan tanpa menyebutkan
mahar,
iii) Hadis riwayat Abdullah bin Masud yang memutuskan kes sama dengan keputusan yang
dibuat oleh Nabi s.a.w.
2) Imam Malik: tidak sah perkahwinan dengan tidak menyebut mahar (baca dinafikan).
difasakh jika belum berlaku jimak (dukhul), tetapi jika sudah berlaku tidak perlu difasakh.
Wajib dibayar mahar mithil selepas berlaku dukhul kerana nikah akad muawadhah seperti
juga jual beli. Mahar samalah seperti harga (barang), jika jual beli dengan disyaratkan tidak
ada harga adalah tidak sah, maka begitu juga akad kahwin tanpa disebutkan mahar juga tidak
sah
Kesimpulannya, tidak menyebutkan mahar semasa akad adalah harus berdasarkan ijmak ulama, tetapi
makruh (karahah) kerana bertentangan dengan perbuatan Nabi s.a.w. Justeru hukumnya adalah sunat
(mustahab) jika akad perkahwinan itu disebutkan mahar dengan alasan:-
i) kerana Amalan Nabi s.a.w. yang berkahwin, mengahwinkan anak perempuan baginda
dan juga orang lain dengan menyebutkan mahar.
ii) Riwayat Saad bin Sahal, bahawa seorang perempuan telah menghibahkan dirinya kepada
Rasulullah s.a.w. (hadis yang panjang)
Siapa Berhak Memiliki mas kahwin (Mahar)?
Mahar adalah milik isteri semata-mata. Tidak seorang pun dari kalangan wali berhak ke atas mas
kahwin sekalipun mereka ada hak untuk menerima. Ini kerana hak menerima hanya sekadar wakil bagi
pihak isteri. Hukum ini berdasarkan beberapa bukti antaranya:-
1 ( { ) / 20 .(
2 ( { ) / 4 .(
Apakah hikmah mahar diwajibkan ke atas lelaki?
1) Sesuai dengan fitrah. Lelaki lebih mampu bekerja dan mencari harta. Jika dibebankan kepada
wanita untuk menyediakan mahar maka itu seolah-olah menghina kemuliaan wanita,
P a g e | 124
menjatuhkan kehormatan dirinya sebagaimana dalam masyarakat yang mengamalkan perkara
ini.
2) Ia menjadi dalil atau simbol bagaimana seorang lelaki itu memuliakan wanita dan
kesungguhan keinginannya untuk memperisterikan si perempuan.
pepatah mengatakan: ( ) sesungguhnya mahar itu lawan kepada
penipuan.
3) Golongan lelaki akan lebih berhati-hati untuk menjatuhkan talak kerana mudarat yang akan
menimpa.
Apakah benda yang sesuai untuk dijadikan mahar?
1) Jumhur ulama: Setiap harta yang bernilai (ada nilaiannya) sama ada berupa ain, hutang
segera atau tangguh dan juga manfaat yang boleh dinilai dengan harta sama ada manfaat
isteri atau orang lain, maka semua itu sesuai untuk dijadikan mahar.
i) dengan syarat ia bukan perkara yang haramseperti arak, khinzir, mengajar kitab taurat
ii) tidak terdapar Gharar seperti perkara yang tidak wujud atau perkara yang tidak diketahui.
iii) atau tidak mampu menyerahkannya, seperti burung di udara.
Jika akad dilakukan dengan mahar yang sedemikian, akan tidak batal, Cuma maharnya rosak
dan wajib mahar mithil.
Dalil Jumhur:-
1) Firman Allah s.w.t:
} (
Dalam ayat di atas, disebutkan mengembala ternakan itu dijadikan mahar.
2) Nabi s.a.w. mengahwinkan perempuan yang menghibahkan dirinya kepada Nabi dengan seorang
lelaki dengan maharnya apa yang dimiliki lelaki itu dari al-Quran.
P a g e | 125
Cara berhujah: ini kerana ia adalah manfaat, boleh ditimbal balas dalam akad sewaan, maka dengan itu
harus dijadikan mahar sebagaimana manfaat hamba.
2. Abu Hanifah berpendapat manfaat merdeka tidak boleh dijadikan mahar.
Dalam satu riwayat: Manfaat perkahwinan sahaja yang tidak boleh dijadikan mahar.
Jika seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki dengan mahar tertentu iaitu
khidmat wanita untuk tempoh setahun sebagai contoh, atau bercucuk tanam di bendang milik
perempuan, atau menjahit baju wanita, maka mahar ini tidak sah menurut Hanafi. Perempuan
itu perlu mendapat mahar sepadan (mithil).
Dalil: ( )
Khidmat merdeka bukan harta, begitu juga berkahwin dengan maharnya mengajar al-Quran
kerana ia bukan harta.
3. Muhammad bin al-Hasan: Wajib nilai khidmat, kerana mahar yang disebutkan itu adalah harta
Cuma tidak mampu diserahkan kerana terdapat semacam pertembungan. Ini kerana dalam situasi ini,
seolah-olah menjadi kewajipan lelaki untuk mentaati isteri sedangkan asalnya (kaedahnya) si isteri
wajib mentaati suami.
Apakah Kadar Mahar?
1) Kadar Maksimum:
Ulama sepakat bahawa tidak ada kadar maksima dalam masalah mahar berdasarkan firman Allah
s.w.t.:
}
{ ) / 20 .(
1) Menurut Muaz r.a.: al-qintar ialah seribu dua ratus uqiyyah
2) Abu Said al-Khudri: Sepenuh kasturi lembu dari emas.
P a g e | 126
Gambar Kasturi
3) Diriwayatkan bahawa umar r.a.ingin meletakkan had mahar kerana fenomena memahal-mahalkan
mahar, tiba-tiba dibantah oleh seorang perempuan dengan ayat di atas. Kata Umar r.a.: Perempuan itu
betul dan Umar silap, dengan beliau menarik balik hasratnya untuk menetapkan aras maksimum
mahar.
Mustahab tidak memahalkan mahar berdasarkan:-
1) riwayat Aishah r.a. dari Nabi s.a.w.: ( ) (sunan Baihaqi).
2) Kata-kata Umar r.a.: Ketahuilah olehmu, janganlah kamu semua memahal-mahalkan mahar wanita,
kalaulah ia satu kemuliaan di dunia atau tanda ketakwaan di sisi Allah, nescaya yang paling utama
berbuat demikian ialah Rasulullah s.a.w. Baginda tidak pernah membayar mahar isteri-isterinya, dan
tidak pernah menjadikan mahar anak perempuannya lebih dari 12 uqiyyah. Sesungguhnya seseorang
itu memahal-mahalkan mahar anak perempuannya sehingga ia menjadi permusuhan di dalam hatinya.
(al-Nasai).
P a g e | 127
Berapakah Kadar Minima mas kahwin?
Ulama berbeza pendapat pada menentukan kadar minima mahar:-
1. Al-Syafiiyah dan Hanabilah: Tidak ada had minima. Semua benda (boleh dianggap harta) dah
dijadikan mahar. Jika akad dilakukan dengan benda yang tidak dianggap (bernilai harta) atau
tidak boleh ditukar dengan nilaian harta, sebutan mahar itu rosak, dan dikenakan mahar mithil.
Contoh tongkat, kulit Buslah, sebiji gandum..
Hujah
Nabi s.a.w telah bersabda kepada seorang lelaki yang sedang dikahwinkan dengan seorang
wanita: (Kamu ada sesuatu untuk dijadikan maharnya?). Lelaki itu menjawab: (tidak ada). Nabi
s.a.w bersabda: (Carilah walaupun sebentuk cincin besi). (Hadis riwayat Bukhari)
Juga berdasarkan riwayat mengenai seorang perempuan dari Fazazah berkahwin dengan
mahar sepasang selipar. Nabi s.a.w. bertanya perempuan itu: (Adakah kamu bersetuju diri
kamu dan harta kamu dengan dua selipar (sepasang)?. Jawab perempuan itu: Ya. Maka Nabi
s.a.w membenarkan perkahwinan itu.
Riwayat daripada Jabir bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Jika seseorang lelaki
memberikan kepada seorang perempuan makanan sepenuh tangannya (sebagai mahar),
perempuan itu akan halal baginya
P a g e | 128
2) Hanafiyyah dan Malikiyyah: Kadar minima mahar ialah kadar yang akan dipotong tangan pencuri:-
2.1) Hanafi: 10 dirham
2.2) Maliki: dinar atau 3 dirham
Hujah Mereka:-
1) Hujah mereka: Inilah nilai minima pada harta menurut pandangan syarak. Pencuri tidak akan
dipotong tangan jika nilainya rendah dari itu
2) Hujah Hanafi juga ialah sabda Nabi s.a.w.: (Tidak ada mahar kurang dari 10 dirham).
-Kesan hukum:
1) Jika disebutkan mahar kurang dari 10 dirham wajib dibayar 10 juga, kerana jika dia (p)
bersetujua kurang 10, maka jika dibayar sepuluh lebih-lebih lagi bersetuju.
P a g e | 129
-Zufar: wajib dibayar dengan kadar mahar mithil, kerana jika tidak disebutkan mahar maka perlu
membayar mahay mithil.
2) Jika Mahar musamma bukan dirham dan nilainya tidak sampai 10 dirham:-
i) Hanafi: diangkat (di up) kepada 10 dirham
ii) Zufar: wajib mahar mithil
* Nilai itu dikira semasa akad bukan semasa menerima.
Mahar Segera () dan Tangguh ()
Mahar harus/boleh dalam bentuk segera atau tangguh, atau sebahagian segera dan
sebahagian lain tangguh
Nafkah
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan nafkah? Apakah jenis-jenis nafkah? Berapakah
kadar nafkah yang wajib ditunaikan?
Definisi Nafkah
Nafkah dari segi bahasa berasal daripada bahasa Arab (nafaqa-al-nafaqah) yang bermaksud
mengeluarkan atau menghabiskan. Dari segi istilah bermaksud "keperluan isteri yang wajib disediakan
oleh suami seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan yang munasabah.
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Syafie nafkah didefiniskan sebagai semua perkara yang
diperlukan oleh manusia sperti makanan, minumam, pakaian dan tempat tinggal.
Jenis-jenis Nafkah
Secara umumnya terdapat lima jenis nafkah iaitu:-
1) Nafkah manusia kepada dirinya.
2) Nafkah usul kepada furu'
3) Nafkah furu' kepada usul.
4) Nafkah suami kepada isteri
P a g e | 130
5) Nafkah-nafkah lain.
1) Nafkah Manusia kepada dirinya sendiri
Tuntutan nafkah yang paling rendah paling mudah ialah nafkah kepada dirinya sendiri bagi yang
mampu. Ia hendaklah didahulukan daripada yang lain. Nafkah yhang dimaksukan di sini termasuklah
makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Jika dia memiliki harta, nafkah itu diambil dari
hartanya sendiri.
2) Nafkah usul kepada furu
Maksud usul ialah bapa, datul dan ke atas. Mereka wajib memberikan nafkah kepada furu' iaitu anak,
cucu dan ke bawah.
Syarat-syarat usul wajib memberikan nafkah kepada furu
Usul wajib memberikan nafkah kepada furu apabila memenuhi syarat-syarat berikut:-
i) Mereka mempunyai makanan yang melebihi keperluan diri dan isteri untuk tempoh sehari
semalam. Jika makanan hanya untuk dirinya dan isterinya, maka dia tidak
dipertanggungjawabkan memberi nafkah kepada furu'nya.
Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.:
) (
Maksudnya:
Mulakan dengan dirimu.
ii) Furu yang fakir dengan memiliki salah satu ciri-ciri berikut:-
a) Masih kecil
b) Sakit yang berpanjangan sehingga tidak mampu bekerja
c) Gila.
Dalam konteks ini, nafkah furu' yang masih kecil atau fakir (tidak mampu bekerja) menjadi
tanggungjawab bapanya atau datuknya jika bapanya tidak ada. Begitu juga halnya jika furu' itu
fakir dan mengidap penyakit yang berpanjangan atau furu' yang fakir dan pada masa yang
sama gila.
Justeru, jika anak telah baligh dan mampu bekerja, bapa tidak wajib memberikan nafkah
sekalipun anaknya tidak bekerja. Namun jika anak itu tidak bekerja kerana sibuk dengan
menuntut ilmu, maka terdapat dua kategori:-
P a g e | 131
Pertama: Jika ilmu itu merupakan ilmu tentang kewajipan diri seperti ilmu akidah dan ibadah.
Ia dikira tidak mampu bekerja dan menjadi kewajipan bapa memberikan nafkah.
Kedua: Jika ilmu yang dipelajari adalah ilmu fardhu kifayah seperti ilmu perubatan dan
sebagainya, dan dia tidak bekerja sedangkan dia mampu bekerja, bapa mempunyai 2 pilihan:-
1) Membenarkan anak itu terus belajar dan dia memberikan nafkah
2) Ayat tidak memberikan nafkah dan anak itu perlu bekerja.
Berapakah kadar nafkah yang perlu ditunaikan?
Sebenarnya tidak ada kadar tertentu untuk nafkah, sebaliknya nafkah hendaklah diberikan secukupnya
mengikut kemampuan. Konsep cukup pula ditentutkan berdasarkan adat atau uruf dan juga
kemampuan. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Talak:7:-

{ ) / 7 .(
Maksudnya:
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan
rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak
memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah
kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.
Apabila Nafkah Tidak Diberikan pada Waktunya, Adakah Ia Dianggap Sebagai Hutang?
Dalam hal ini ada dua situasi:-
1) Prinsipnya nafkah yang tidak diberikan pada waktunya kepada furu tidak menjadi
nafkah hutang kepada pemberi hutang. Ini kerana konsep nafkah itu ialah pertolongan
daripada usul kepada furu kerana hubungan kekeluargaan dan bukannya pemilikan.
2) Namun jika berlaku perselisihan, kadi perlu masuk campur untuk menyelesaikannya
dan beliau perlu menetapkan nafkah tertentu yang mesti diberikan oleh bapa atau
memberi izin kepada anak untuk berhutang menggunakan nama bapanya.
Maksudnya, nafkah tersebut menjadikan bapa berhutang apabila tidak ditunaikan
P a g e | 132
pada waktunya dan ia tidak gugur dengan berlalunya masa kerana ia telah menjadi
milik anak berdasarkan hukuman yang telah diputuskan oleh kadi.
Dapatkan maklumat dari buku-buku rujukan, artikel, jurnal dan laman web bagi mendapatkan maklumat
mengenai definisi mahar dan nafkah lebih lanjut bagi memantapkan lagi kefahaman anda mengenai
perkara-perkara tersebut. Usaha anda sangat diperlukan bagi meluaskan lagi maklumat anda sendiri.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
RUMUSAN
Ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan mahar dari segi istilah.
Ulama tidak berbeza pendapat dalam menentukan kadar maksimum mahar.
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan kadar minimum mahar.
Ukuran nisab harta yang dicuri menjadi asas kadar minimum mahar.
Ulama berbeza pendapat tentang kewujudan mahar sama ada ia menjadi syarat sah
perkahwinan ataupun tidak.
nafkah didefiniskan sebagai semua perkara yang diperlukan oleh manusia sperti makanan,
minumam, pakaian dan tempat tinggal.
Ulama membahagikan nafkah kepada lima kategori.
KATA KUNCI
1. Mahar
2. Kadar minima
3. Kadar maksima
4. nafkah
P a g e | 133
PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah definis mahar daripada segi bahasa dan istilah?

2. Huraikan pandangan ulama mengenai kadar minima mahar dalam sesebuah perkahwinan.?

3. Apakah benda yang boleh dijadikan mahar?


.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
..............................................................
4. Terangkan pandangan ulama mengenai jenis-jenis nafakah.?

..............
.........................................................
5. Huraikan pandangan ulama mengenai hukum nafkah isteri yang bekerja?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
Bagi memantapkan lagi maklumat anda mengenai tajuk ini, diharapkan anda semua mencari
maklumat-maklumat mengenai perkara yang disebutkan di bawah. Di antara rujukan yang boleh anda
rujuk ialah buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu karangan Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh ala
Mazahib al-Arbaahkarya al-Jazairi, Fiqh al-Sunaholeh al-Sayid Sabiq dan lain-lain.
1. Konsep mahar menurut pandangan ulama empat mazhab.
2. Benda yang boleh dijadikan mahar.
P a g e | 134
3. Hukum mahar dalam sesebuah perkahwinan.
4. Jenis-jenis mahar iaitu tangguh dan segera.
5. Kadar minimum dan maksimum mas kahwin.
6. Perbezaan antara mahar dan hantaran.
7. Konsep nafkah menurut pandangan ulama.
8. Jenis-jenis nafkah menurut pandangan ulama.
Anda semua dikehendaki memilih satu daripada tajuk-tajuk berikut sebagai tugasan. Markah kerja
kursus akan diambil dari tugasan ini.
1. Bincangkan hadis-hadis yang berkaitan dengan mahar.
2. Bincangkan ayat-ayat yang berkaitan dengan mahar dan pandangan ulama tafsir.
3. Bincangkan pandangan ulama mengenai hak isteri mendapatkan hak dalam tempoh
idah.
RUJUKAN
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali al-Sharbaji (1996). Fiqh al-Manhaji ala mazhab al-Shafiiy.
Damsyik. Dar al-Qalam.
Al-Sayyid Sabiq (2000). Fiqh al-Sunah. Beirut: Dar al-Fikr.
Wahbah al-Zuhayli (2000). al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Sartawi, Mahmud Ali (1997), Syarah Qanun al-Ahwal al-Syakhsiah, 'Amman: Dar al-Fikr.
Abd al-Rahman al-Jaziri (1999). Fiqh ala mazahib al-arbaah. Dar Fikr.
al-Khatib al-Syarbini (1377H/1958M). Mughni al-Muhtaj. Misr: al-Halabi.
UNIT 8
PENYELESAIAN PERTIKAIAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
P a g e | 135
1. Menerangkan pengertian nusyuz mengikut pandangan ulama Islam.
2. Membincangkan jenis-jenis nusyuz dan formula mengatasinya mengikut pandangan ulama
Islam.
3. Membincangkan konsep shiqaqmenurut ulama fiqh.
4. Menghuraikan konsep hakam dalam fiqh al-munakahat.
5. Membincangkan isu-isu semasa dalam fiqh al-munakahat.
PENGENALAN
Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, saya yakin dan percaya anda telah
mengetahui bahawa kaedah penyelesaian pertikaian sangat penting dalam sistem kekeluargaan.
Adakah anda percaya bahawa perceraian yang banyak adalah disebabkan oleh pasangan yang
berkonflik tidak mengikut aturan kaedah penyelesaian yang telah ditetapkan oleh Islam.? Adakah anda
tahu bahawa para ulama telah menghuraiakan kaedah ini dengan terperinci?
ISI KANDUNGAN
Definisi Nusyuz
Menurut Ibn Manzur, nusyuz berasal daripada perkataan Arab nasyaza, yansyuzu, nusyuzan )
( . Kalimah ini mempunyai beberapa makna antaranya bangkit atau bangun
sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah s.w.t.:-

Maksudnya:
"Dan lihatlah kepada tulang-tulang itu, bagaimana kami menyusunya kembali kemudian kami
menyalutnya dengan daging"
(al-Baqarah 2:259)
Selain itu nusyuz juga bermaksud tempat yang tinggi dan saling benci-membenci di antara suami isteri.
P a g e | 136
Dari segi istilah, ulama telah menyatakan pelbagai definisi. Syirazi dari mazhab Syafie antaranya
menyatakan nusyuz ialah "isteri yang menderhakai, angkuh serta ingkar terhadap apa yang telah
diperintahkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
terhadap suami.
Nusyuz bukan sahaja berlaku dari isteri tetapi juga dari pihak suami sebagaimana disebutkan di dalam
al-Quran. Dari kenyataan ini, maka nusyuz bolehlah didefinisikan sebagai "isteri atau suami yang cuai
dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan masing-masing sebagaimana yang
telah diamanahkan Allah s.w.t kepada mereka tanpa sebarang alasan yang diterima dari segi syarak"
4.1.2 Dalil HukumNusyuz
Dalil al-Quran:-

{ ) / 34 .(
Maksudnya:
Perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan penderhakaan (nusyuz), hendaklah kamu
menasihati mereka, (sekiranya jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan
(sekiranya jika mereka tetap ingkar) pukullah mereka (dengan pukulan yang ringan dengan tujuan
untuk mendidik). Jika mereka kembali taat kepada kamu, janganlah kamu mencari jalan untuk
menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar".
(al-Nisa 4:34)


{ ) / 128 .(
Maksudnya:
Jika seseorang wanita khuatirkan nusyuz atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak
mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian itu adalah lebih baik bagi mereka walaupun
manusia menurut tabiatnya yang kikir dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan
memelihara dirimu (nusyuz atau sikap acuh tidak acuh) dan sesungguhnya Allah swt Amat
Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan"
P a g e | 137
(al-Nisa 4:128)
Hadis Nabi S.A.W:-





.
) (
:
Maksudnya:
Ketahuilah, terimalah wasiatku ini berhubung isteri-isteri (dengan cara beramal dengan wasiat ini,
bersabar, berlembut dan berlaku ihsan terhadap mereka). Isteri-isteri itu seumpama tawanan yang
berada di bawah kekuasaan kamu, kamu tidak memiliki apa-apa daripada mereka melainkan isteri-
isterimu berbuat perbuatan fahisyahyang jelas (iaitu nusyuz, pergaulan yang buruk dan tidak menjaga
kehormatan diri), maka tinggalkan mereka bersendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan
pukulan yang tidak mencederakan mereka. Sekiranya mereka mentaati kamu janganlah kamu
melampau ke atas mereka. Ketahuilah, kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan isteri kamu juga
mempunyai hak ke atas diri kamu. Hak kamu ke atas isteri kamu ialah berbuat baik kepada mereka
dalam memberi pakaian dan makanan mereka.
Jenis-jenis nusyuz dan kaedah mengatasinya:-
1) Nusyuz Isteri:
Nusyuz isteri bermaksud tidak taat dan bersifat enggan menurut perintah suami. Nusyuz boleh berlaku
dengan perkataan dan perbuatan. Sebagaimana disebutkan dalam kitab al-Majmuk Imam al-Nawawi:-





P a g e | 138

.
Maksudnya: Nusyuz dengan kata-kata ialah jika kebiasaannya apabila dipanggil dia akan menjawab
dengan penuh hormat, apabila bercakap dia akan bercakap dengan kata-kata yang baik. Kemudian,
selepas itu berlaku apabila dipanggil tidak dijawab dengan baik, apabila bercakap dibalas dengan
bahasa yang kasar. Inilah tanda-tanda nusyuz dengan kata-kata. Manakala nusyuz dengan perbuatan
boleh berlaku jika kebiasaannya apabila dipanggil ke tempat tidur akan diterima dengan ceria dan
manis muka, kemudian selepas itu apabila dipanggil dia bersifat menyerang dan penuh kebencian. Atau
kita kebiasaannya apabila suami bersama isterinya dia akan melaksanakan tanggungjawab dan
khidmat kepada suaminya, kemudian selepas itu dia tidak lagi melaksanakan tanggungjawab dan
khidmatnya kepada suami. Apabila perkara ini berlaku suami hendaklah menasihati isterinya itu, tetapi
tidak boleh meninggalkan tempat tidur dan juga memukulnya. Ini merupakan pandangan umum ulama
mazhab Syafie.
al-Hanbali menyatakan nusyuz isteri ialah keengganannya mentaati suami dalam menunaikan
kewajipan yang dituntut semasa perkahwinan. (al-Kafi fi Fiqh al-Imam Ahmad ibn Hanbal, j3, h137).
1.1 ) Formula Menangani Nusyuz isteri:
Apa yang menarik, Islam tidak menunggu sehingga timbulnya nusyuz yang benar-benar berlaku atau
timbulnya bangkangan dan penderhakaan dari pihak isteri, tetapi formula mengatasinya bermula dari
terlihatnya tanda-tanda nusyuz. Dalam konteks ini Allah s.w.t. telah menyebutkan tiga (3) formula yang
patut dilakukan suami bagi menangani nusyuz isteri. Formula ini adalah berbentuk dalaman tanpa
melibatkan pihak ketiga. Firman Allah s.w.t.:-

{ ) / 34 .(
Maksudnya:
Perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan penderhakaan (nusyuz), hendaklah kamu
menasihati mereka, (sekiranya jika mereka berdegil) pulaukan lah mereka di tempat tidur dan
(sekiranya jika mereka tetap ingkar) pukul lah mereka (dengan pukulan yang ringan dengan tujuan
untuk mendidik). Jika mereka kembali taat kepada kamu, janganlah kamu mencari jalan untuk
menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar".
P a g e | 139
(al-Nisa 4:34)
1.1.1 ) Kaedah Pertama: "Nasihat"
Kaedah nasihat adalah bertolak dari hak seorang isteri kepada suami iaitu mentaati. Berdasarkan
konsep qawamah yang diberikan Allah s.w.t. kepada kaum lelaki. Firman Allah s.w.t.: (
.( ) Sabda
Rasulullah s.a.w: ( .(
Suami memiliki hak mentadib isterinya ketika nusyuz dan melanggar perintah. Firman Allah
S.W.T: (
( ) : 34 .(
Adakah anda tahu sebab ayat ini diturunkan?
Sebab nuzul ayat ialah Saad bin al-Rabi' telah menampar isterinya Habibah binti Zaid bin Abi Zuhair,
yang telah berlaku nusyuz. Ayah mentuanya membawa isterinya bertemu Rasulullah S.A.W. Beliau
berkata: Aku telah mengahwinkan dia dengan anak perempuanku kemudian dia menamparnya. Nabi
s.a..w. bersabda: "aku akan mendapat qisas darinya". Isterinya telah pergi untuk melaksanakan qisas
dari suaminya, Tiba-tiba Nabi s.a.w. bersabda: Kembali ke sini, Jibril telah datang kepadaku bersama-
samanya Allah telah menurunkan ayat } { " . Kata Nabi: Kita ingin
satu perkara, namun Allah ingin perkara lain. Apa yang Allah inginkan adalah lebih baik. Maka hukuman
qisas terangkat (tidak dilaksanakan). Ada pandangan mengatakan, ayat ini diturunkan mengenai kisah
orang lain yang berlaku kisah yang sama. Wallahu A'lam (Kitab al-Baru al-Madid, j2, h40)
1. Didik dengan baik dengan pendekatan hikmah. Bukan hanya sekali tetapi terpulang kepada suami
menilainya. Maksud nasihat di sini ialah mengingatkan isteri tentang ganjaran isteri yang taat di
samping mengingatkan azab dan seksa yang akan diterima jika melakukan nusyuz. Nasihat hendaklah
diberikan dengan jelas dan penuh hikmah menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi
s.a.w.
Ibn al-Arabi dalam Ahkam al-Quran menyebutkan maksud menasihati iaitu:-
P a g e | 140
} { :


; : }
{ .
Maksudnya:
(maka nasihatilah mereka) iaitu dengan mengingatkan mereka akan pahala yang disediakan Allah,
menakutkan mereka akan balasan seksa Allah, sehingga mampu memberi informasi kepada isteri
adab-adab yang baik, setia dengan ikatan teman, mendirikan hak ketaatan kepada suami, mengakui
kedudukan suami ke atas dirinya. Nabi s.a.w. bersabda: (Jika aku memerintahkan seseorang untuk
sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku perintahkan isteri agar sujud kepada suaminya).
Dalam kitab al-Mausu'ah al-Kuwaitiyah ada menyebutkan:
"Memberi peringatan bermaksud mengingatkan dengan perkara-perkara yang melembutkan
hati untuk menerima ketaatan dan menjauhi kemungkaran sama ada berupa pahala atau dosa.
Ulama bersepakat bahawa adalah diharuskan seorang suami menasihati isterinya jika isteri
nusyuz atau terdapat tanda-tanda nusyuz. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:-
( ) .
Bilakah nasihat perlu diberikan?
Para ulama mempunyai beberapa pandangan dalam isu ini seperti berikut:
1) Menurut mazhab Syafie: memberi peringatan pada keadaan-keadaan yang perlu diberi nasihat
adalah disunatkan.
2) Menurut Mazhab Hanafi dan Maliki: Si suami menasihati isterinya apabila isterinya betul-betul
berlaku nusyuz.
3) Menurut mazhab Syafie dan Hanbali: si suami menasihati isterinya apabila terdapat tanda-
tanda berlaku nusyuz.
Para ulama menegaskan bahawa nasihat itu hendaklah diberikan secara lemah lembut. Sebagai contoh
dikatakan kepadanya: Jadilah kamu wanita-wanita yang soleh, beribadah, menjaga kehormatan diri dan
suami ketika ketiadaan suami di rumah, janganlah kamu jadi begian, begian. Menasihatinya
P a g e | 141
menggunakan ayat-ayat al-Quran, mengingatkan beliau tentang kewajipannya terhadap suami yang
antara lain menjadi teman yang baik, bergaul dengan baik, memperakui hak suami ke atas dirinya,
seterusnya mengingatkan isteri tentang balasan duniawi yang Allah benarkan kepada suami yang
antara lain pukul, gugur hak mendapat nafkah, juga mengingatkan beliau tentang balasan akhirat.
Sebagai contoh disebutkan kepada isteri dengan kata-kata: Takutlah kamu kepada Allah dengan
melaksanakan hak suami ke atas dirimu, menerangkan kepada beliau bahawa nusyuz itu menjadi
sebab gugurnya hak bermalam (dalam kes poligami), moga-moga dia menyatakan alasan atau sebab
kenapa dia bertindak demikian. Disunatkan diingatkan isteri dengan sabda Nabi s.a.w.:-

) . (

Maksudnya:-
Dari Abi Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang lelaki (suami) mengajak
isterinya ke tempat tidurnya, lalu isteri itu tidak datang kepadanya, lalu dia tidur dalam keadaan marah
kepada isterinya itu, maka para malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh. (hadis riwayat Bukhari,
Muslim, Abu Daud dan al-Nasai).
Mengingatkan mereka dengan firman Allah s.w.t.:-

Maksudnya:
Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika
suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).
(al-Nisa:4.34)

.
) .(
Maksudnya:
P a g e | 142
Dari Abi Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a..w bersabda: Apabila seorang wanita melaksanakan solat
lima waktu, menjaga kehormatan dirinya, mentaati suaminya, dia akan memasuki syurga dari mana-
mana pintu yang dia suka.( diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya).
Antara hadis yang menyebutkan tentang azab dan seksa isteri yang nusyuz ialah:-
1) Sabda Nabi s.a.w

.
) (
Maksudnya:-
Dari Abi Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang lelaki (suami)
mengajak isterinya ke tempat tidurnya, lalu isteri itu tidak datang kepadanya, lalu dia tidur
dalam keadaan marah kepada isterinya itu, maka para malaikat akan melaknatnya hingga ke
subuh. (hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasai).
Sekiranya isteri kembali taat, maka itulah yang terbaik tetapi jika tidak, maka suami perlulah
menggunakan langkah yang kedua iaitu
2. Pemulauan di tempat tidur.
Kaedah ini hendaklah dilakukan tanpa sebarang perasaan benci. Para ulama tafsir berbeza pendapat
dalam menghuraikan maksud pemulauan ini. Di sini disebutkan pandangan mereka yang dinukilkan
dalam kitab-kitab tafsir.
Ibn al-Arabi menyebutkan bahawa terdapat empat pendapat ulama dalam masalah ini:-
1) Memalingkan belakangnya dari isterinya ketika di tempat tidur. Ini merupakan pendapat Ibn
Abbas. : ;
2) Tidak bercakap dengannya, tetapi masih menyetubuhinya. Pendapat 'Ikrimah dan Abu al-
Dhuha. : ;
P a g e | 143
3) Tidak tidur bersama dan tidak menyetubuhinya sehingga isteri kembali sebagaimana
dikehendaki suami. Pendapat ini di utaranya oleh Ibrahim, al-Sya'bi, Qatadah, al-Hasan al-Basri,
Ibn Wahab dan Ibn Qasim meriwayatkan dari Imam Malik dan lain-lain.
: ;

4) Bercakap dan menyetubuhinya, tetapi bercakap dengan percakapan yang ada unsur ketegasan
dan kekasaran. Pendapat Sufian.
: ;

Kesimpulannya, pemulauan di tempat tidur mempunyai dua maksud iaitu perbuatan dan
percakapan sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi:-

) :
(
)
( .
Maksudnya:
Maksud hijrah (pemulauan) ialah memulau isteri itu di tempat tidur sebagaimana riwayat dari Ibn
Abbas r.a. katanya sebagai huraian ayat ( ) ialah: jangan kamu gauli (jimak)
isterimu itu di atas tempat tidur kamu. Manakala maksud pemulauan dengan perkataan tidak harus
berlaku lebih dari tiga hari berdasarkan riwayat Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda: (Tidak
halal (haram) bagi seorang Muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih tiga hari).
1) Pemulauan dengan perbuatan:-
Pemulauan dengan perbuatan berlaku dengan beberapa perkara antara yang disebutkan ulama
ialah tidak tidur bersama-samanya di tempat tidur sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-
Nawawi.
P a g e | 144
Menurut mazhab Hanbali, pemulauan dengan perbuatan adalah dengan cara meninggalkan tempat
tidurnya, dan bersama isteri lain jika dia mempunyai isteri lain. Jika dia tidak mempunyai isteri lain
adalah bermalam dengan tidak tidur bersama isterinya atau dengan cara berpaling dari
menghadap isterinya. Dia boleh memulau tempat tidur selama dikehendakinya sekalipun lama.


.
Dalam kitab Kasful Qina' ada menyebutkan: menurut Ibn Abbas, maksud pulau tempat tidur itu
ialah tidak melakukan hubungan jenis dengannya di tempat tidur kamu. Nabi sa.w. telah melakukan
Hajar ke atas isterinya sehingga Nabi s.a.w tidak masuk menemuinya selama sebulan. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)


2) Pemulauan dengan perkataan:
Pemulauan dengan perkataan bermaksud tidak bercakap dengan isteri. Jika ini berlaku maka
hanya dibenarkan selama tiga hari sahaja dan tidak boleh lebih. Kata Imam al-Nawawi: "adapun
pemulauan dengan perkataan maka tidak harus lebih tiga hari, berdasarkan riwayat dari Abi
Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
) (
Maksudnya:
Tidak halal (haram) seseorang Muslim itu tidak bercakap dengan saudaranya melebihi tiga hari.
Ulama juga berbeza dalammenentukan cara pemulauan:-
1) Maksud pemulauan ialah tidak melakukan jimak dengan isteri dan tidak kesetiduran
dengannya.
P a g e | 145
2) Maksud pemulauan di sini ialah tidak bercakap dengan isteri ketika tidur bersama, bukannya
tidak melakukan jimak atau tidak tidur sekali. Ini kerana hak jimak dan tidur sekatil adalah hak
bersama. Suami tidak boleh mendidik isteri dengan melakukan perkara yang memudaratkan
dirinya dan membatalkan haknya.
3) Perdapat ketiga mengatakan maksud pemulauan di sini ialah meninggalkan tempat tidur dan
tidur dengan isteri yang lain walaupun pada gilirannya. Ini kerana, si isteri berhak
mendapatkan haknya ketika beliau taat dan menunaikan hak, maka dalam kes ini beliau tidak
lagi berhak mendapatkan hak itu kerana sikap nusyuz itu.
4) Pendapat lain mengatakan maksud pemulauan ialah tidak berseketiduran dan tidak menjimak
isteri yang berhajat kepada hal tersebut dan bukannya pada waktu suami yang berhajat
kepada isterinya. Ini kerana ia merupakan proses mendidik dan menegah, jadi si isteri yang
patut didikan dan bukannya diri sendiri dengan cara meninggalkan kesetiduran dan tidak
menjimak isteri ketika dia berhajat kepada isteri.
5) Ulama Maliki berpendapat, maksud al-Hajru ialah menjauhi isteri di tempat tidur iaitu tidak tidur
bersamanya setilam. Pendapat ini juga diutarakan oleh Malik, Ibn al-Arabi dan dikira baik oleh
al-Qurtubi.
Tempoh pemulauan:-
1) Ulama Maliki berpendapat tempoh pemulauan yang baik ialah selama sebulan dan tidak
sampai sehingga empat bulan iaitu tempoh ila'.
2) Ulama Syafie berpendapat tempoh pemulauan adalah mengikut jenis pemulauan: Jika dengan
perkataan tidak boleh melebihi 3 hari.
3) Ibn Hajar al-Haitami berpendapat: tidak ada tempoh tertentu menurut ulama kami, kerana
pemulauan itu adalah untuk tujuan pemulihannya, ertinya selama dia belum baik, maka
selama itu tempoh pemulauan itu berlaku sekalipun memakan masa bertahun, dan jika dia
elok maka tidak boleh dilakukan pemulauan.
4) Ulama Hanbali berpendapat suami boleh memulau isteri mengikut tempoh yang
dikehendakinya berdasarkan firman Allah
" "
Sambung ulama Hanbali lagi: Ibn Abbas berpendapat pulau itu bermaksud tidak tidur bersama.
Nabi s.a.w. tidak tidur bersama isteri-isterinya sehingga sebulan, tetapi jika pemulauan dalam
bentuk percakapan hanya dibenarkan tidak lebih tiga hari berdasarkan sabda Nabi s.a.w. (Kassyaf
al-Qina':5:209).
P a g e | 146
3.Kaedah Ketiga: Pukul.
Ia merupakan rawatan kepada perempuan yang tabiat liar bukan kepada semua. Bagaimanapun ulama
telah mengupas batas-batas yang telah diletakkan oleh syarak dalam memukul isteri. Ini kerana objektif
memukul dalam situasi ini ialah menyedarkan isteri terhadap sikap nusyuz itu. Jadi ia adalah bersifat
mendidik dan bukannya menyeksa.
Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili memukul di sini ialah ketika isteri itu masih berdegil, maka perlu
diraikan empat elemen iaitu sifat pukulan, kawasan pukulan, jumlah pukulan dan alat pukulan. Dari segi
sifat pukulan, asasnya memukul isteri adalah diharuskan tetapi dengan pukulan yang tidak kuat, yang
meninggalkan kesan apalagi patah. Dari segi kawasan pukulan pula, suami ketika memukul mestilah
menjauhi kawasan muka yang menjadi tanda kemuliaan, kawasan perut dan kawasan yang dikhuatiri
boleh membawa kematian, mengelakkan tempat-tempat yang cantik supaya tidak menghodohkan.
Manakala dari segi jumlah pukulan pula, menurut ulama Hanafi jumlah pukulan itu adalah tidak lebih
sepuluh sebatan berdasarkan sabda Nabi s.a.w. (
) 2 ( :
) 3 . (
Jika berlaku kecederaan atau hilang fungsi anggota kerana sebatan, menurut ulama Hanbali dan Maliki
tidak perlu dibayar ganti rugi, kerana pukulan itu diharuskan syarak. Manakala menurut Abu Hanifah
dan ulama Syafie, kena dibayar ganti rugi, kerana pelaksana hak terikat dengan keselamatan orang
lain.
Dari segi alat pukulan, ulama menyebutkan bahawa pukulan hendaklah dengan menggunakan tangan
dengan memukul tapak tangan, atau menggunakan tongkat yang ringan atau kecil atau menggunakan
siwak dan sebagainya.
Menurut Syaikh Wahbah lagi, lebih baik memadai dengan ugutan dan tidak memukul. Ini berdasarkan
kata-kata Aisyah r.a.:

) (
P a g e | 147
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w tidak pernah memukul isterinya, khadamnya, dan baginda tidak pernah memukul
dengan tangannya sesuatu melainkan pada jalan Allah (dalam peperangan), atau kerana melanggar
perkara yang Allah haramkan, lalu dikenakan hukuman kerana Allah. (riwayat al-Nasai).
Pukul:
Ulama sepakat bahawa salah satu cara yang boleh dilakukan suami untuk mendidik isteri yang nusyuz
ialah dengan pukulan. Ini bersandarkan kepada firman Allah s.w.t.:
" .
Walau bagaimanapun para ulama telah memperincikan bentuk pukulan dan syarat-syarat yang perlu
ada dalam tindakan pukulan itu:-
Para ulama mensyaratkan pada pukulan mendidik yang disyariatkan itu ketika isteri nusyuz hendaklah
menyebabkan pendarahan, tidak menyebabkan kecederaan dan patah kerana objektif pukulan itu tidak
lain tidak bukan hanyalah untuk pemulihan.
Menurut mereka, maksud ( ) ialah yang mendatangkan kesakitan yang bersangatan dari
segi uruf, atau pukulan yang dikhuatiri menghilangkan nyawa atau menghilangkan anggota, atau
menyebabkan sesuatu yang teruk atau berat atau memberikan kesan yang teruk.
Nabi s.a.w. ada bersabda:-


) ) 2 / 889 - 890 (
( .
P a g e | 148
Ulama Maliki dan Syafie berpendapat, jika sekiranya isteri yang nusyuz itu tidak kembali taat atau baik
walaupun selepas dipukul, maka suami tidak boleh menghukum isterinya dengan sebarang bentuk
pukulan.
Ulama Syafie dan Hanbali telah memperincikan cara memukul. Menurut mazhab Syafie, tidak boleh
memukul muka dan tempat yang menyebabkan kebinasaan isteri yang nusyuz. Ibn Hajar al-Haitami
mengatakan: "berkaitan hadis larangan memukul muka":-
: :
:
) 2 (
Maksudnya:
dari Muawiyah al-Qusyairi r.a. katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah tentang hak isteri ke atas
suami?. Baginda menjawab: "kamu memberi dia makan apabila kamu makan, memberi dia pakaian
apabila kamu memakai pakaian atau apabila kamu memperolehinya, jangan kamu memukul muka,
berkata hodoh kepadanya, jangan kamu memulau melainkan di dalam rumah. (hadis riwayat Abu Daud
dan al-Hakim, Hadis ini dihukum sahih oleh al-hakim dan juga al-Zahabi.
Al-Haitami berpendapat: tidak boleh memukul isteri melainkan di dalam rumah dan dipukul pada tempat
yang berbeza-beza dan bukannya setempat supaya tidak mendatangkan kemudaratan. Menurut ulama,
pukulan tidak boleh sampai 40 kali untuk isteri yang merdeka, dan 20 kali jika isteri hamba.
1) Ulama Hanbali berpendapat: perlu dielakkan muka sebagai memuliakannya, manakala bahagian
perut dan tempat-tempat yang sensitif bimbang akan membawa kematian, seterusnya tempat-tempat
yang elok supaya tidak mencacatkannya. Pukulan hendaklah tidak lebih sepuluh kali berdasarkan hadis
Nabi s.a.w:-
.
2) Manakala mengikut pendapat muktamat dalam mazhab Syafie dan salah satu pendapat ulama
Hanbali: si suami boleh mendidik isterinya yang nusyuz dengan cara memukul menggunakan rotan
atau tongkat yang tidak mendatang kecederaan, pendarahan, kesan kecacatan dan lain-lainnya.
3) Menurut pendapat ulama Maliki, sesetengah ulama Syafie dan Hanbali: pukulan itu adalah dengan
menggunakan siwak atau seumpamanya, atau menggunakan tuala yang dilipat, atau menggunakan
P a g e | 149
tangan, tetapi bukan menggunakan rotan, tongkat atau kayu sesuai dengan matlamatnya iaitu untuk
mendidik.
Mana Lebih Baik:
1) Ulama Syafie dan Hanbali menekankan bahawa sekalipun suami boleh memukul dengan
tujuan mendidik isterinya, tetapi utamanya dia memaafkan isterinya. Menurut mazhab Syafie
lagi: langsung tidak pukul adalah lebih afdhal. Ulama Hanbali pula berpendapat: Lebih utama
tidak memukul isteri untuk mengekalkan kasih sayang.
2) Ulama Maliki memberikan komentar: Allah s.w.t. tidak menyatakan secara jelas mengenai
memukul melainkan dalam isu ini iaitu pukulan takzir ke atas isteri yang nusyuz- dan dalam
kes hudud yang dianggap serius. Maka Allah menyamakan maksiat isteri terhadap suaminya
dengan maksiat melakukan dosa-dosa besar (kesalahan hudud).
3) Ulama Syafie pula memberikan komentar: tidak ada kes yang membenarkan orang yang tidak
diberikan haknya berhak memukul orang yang menahan haknya itu melainkan kes isteri
nusyuz dan hamba yang tidak memberikan hak tuannya. Ertinya mereka berdua berhak
dipukul oleh suami atau tuan masing-masing jika tidak melaksanakan.
Dalam kitab al-Asybah wa al-Nazoir karangan Ibn Nujaim al-Hafani dinyatakan: suami boleh
memukul isterinya dengan empat sebab:
1) Tidak berhias setelah diminta
2) Tidak memenuhi permintaan ke tempat tidur dalam keadaan suci dari haidh dan nifas
3) Keluar rumah tanpa izinnya dan bukan dengan hak-hak yang dibenarkan
4) Kerana meninggalkan solat mengikut satu riwayat.
Shiqaq
Definisi Syiqaq:
Dari sudut bahasa syiqaqbermaksud perbalahan atau permusuhan. Dari sudut istilah syiqaqbermaksud:
"suami isteri yang sentiasa berbalah dan bergaduh serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain
bahawa mereka telah dizalimi oleh pasangan mereka". Dalam situasi ini, kedua-dua suami isteri dianggap
sebagai nusyuz sama ada dari segi perkataan atau perbuatan.
Dalil-Dalil Mengenai Syiqaq:
Dalil al-Quran:-
P a g e | 150
1) }
{ ) / 35 .(
Perbezaan Antara Syiqaq dan Nusyuz
Nusyuz terbahagi kepada tiga bahagian iaitu nusyuz isteri, nusyuz suami dan nusyuz suami isteri yang
dipanggil syiqaq. Umumnya perbezaan antara nusyuz dan syiqaq adalah seperti berikut:-
1) Nusyuz belum sampai ke tahap kritikal dan tidak memerlukan pihak luar untuk
menyelesaikannya iaitu memadai dengan menggunakan kaedah yang disarankan oleh syarak
iaitu nasihat, pemulauan dan memukul. Syiqaq ialah telah sampai ke tahap kritikal dan
terpaksa meminta campur tangan pihak luar untuk menyelesaikannya.
2) Nusyuz melibatkan satu pihak, manakala syiqaq melibatkan kedua-dua suami isteri tidak
melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan masing-masing.
3) Nusyuz umum merangkumi syiqaq, manakala syiqaq sebahagian daripada nusyuz.
Hakam
Definisi Hakam
Perkataan hakam diambil daripada kata dasar yang bermaksud hukum. Hakam secara
mudahnya didefinisikan sebagai orang tengah yang dilantik dan bertanggungjawab mendamaikan
persengketaan antara suami isteri.
Dalil Pensyariatan Hakam
Antara dalil pensyariatan hakam ialah firman Allah SWT:

{ ) / 35 .(
Maksudnya:
Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang hakam
[293]
dari
keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. Jika kedua orang hakam itu bermaksud
P a g e | 151
mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Dalam kitab Mausu'ah al-Fiqhiyyah Kuwaitiyyah menyebutkan ketika menghuraikan topik proses tahkim
ketika berlaku syiqaq suami isteri:
"Para ulama berpendapat jika khilaf antara suami isteri semakin meruncing, hal mereka berdua sangat
memusykilkan, tidak diketahui siapa menyakiti siapa, dan dibimbangi syiqaq mereka berdua boleh
membawa kepada perkara yang diharamkan Allah s.wt sehingga membawa kepada maksiat dan
kezaliman, pelaksanaan tahkim antara mereka berdua adalah disyariatkan berdasarkan firman Allah".
Keadaan (situasi-situasi) Yang Boleh dilantik Hakam
Menurut para fuqaha, suami boleh memanjangkan kes nusyuz isterinya jika tidak berkesan proses
ta'dib (mendidik) dengan cara memukul atau cara-cara lain yang digariskan syarak kepada kadi supaya
dilantik hakam. Begitu juga jika kes syiqaq suami isteri itu memusykilkan, sehingga tidak diketahui siapa
yang bersalah di antara mereka berdua, maka kadi boleh melantik hakam. Juga jika kekhilafan mereka
masih belum reda walaupun mereka diminta duduk bersama orang-orang soleh, atau mereka tidak
boleh duduk bersama orang-orang soleh, atau jika kebencian, permusuhan, cela mencela, pukul
memukul sehingga dibimbangi mereka akan melakukan perkara-perkara maksiat, maka kadi boleh
melantik hakam.(1)
Siapa yang diminta mengutuskan hakam? Apakah hukumnya?
1) Menurut jumhur ulama, ayat
) 2 (
Ditujukan kepada para hakim dan para pemerintah, kerana mereka orang yang melihat atau
mengendalikan kes pertelingkahan mereka berdua dan mereka juga bertanggungjawab menghalang
kezaliman.
2) Menurut satu pendapat, ayat itu ditujukan kepada para wali.
3) menurut pendapat yang lain, ayat itu ditujukan kepada suami isteri. (3)
Hukummengutuskan hakam:-
1) Menurut jumhur ulama Maliki dan Syafie, hukum mengutuskan hakam adalah wajib kepada hakim
atau kadi. Hujah mereka ialah ayat ini adalah muhakkamahdan tidak dinasakhkan, justeru beramal
P a g e | 152
dengan ayat di atas adalah wajib kerana ia termasuk dalam kategori mengangkat kezaliman yang
menjadi kewajipan umum kadi.
mam Syafie menaskan, apabila suami isteri mengangkat kes ke mahkamah kerana bimbang keretakan
rumah tangga mereka berdua. Maka menjadi kewajipan hakim mengutus (melantik) seorang hakam
dari pihak suami dan seorang hakam lain dari pihak isteri.
2) Menurut sebahagian mazhab Syiah Imamiyah hukum melantik hakam adalah dituntut (mustahab).
Adakah hakamdisyaratkan dari keluarga suami isteri?
1) Menurut pandangan Syafiiyyah dan Hanabilah, hakam dari keluarga suami isteri hanyalah sunah
tetapi tidak wajib, Cuma utamanya dipilih dari kalangan ahli keluarga. Dalil mereka ialah

Antara hujah yang diutarakan para ulama kenapa hakam itu utama dari ahli keluarga kerana mereka
berdua lebih prihatin dan lebih mengetahui dengan keadaan suami isteri. Namun jika hakam dilantik
bukan dari keluarga suami isteri juga dibolehkan kerana tidak disyaratkan kerabat dalam bab
kehakiman dan perwakilan
2) Manakala menurut ulama Maliki: Jika boleh dua hakam itu mestilah dari keluarga suami isteri-
seorang dari belah suami dan seorang lagi dari belah isteri- ini kerana kaum kerabat lebih mengetahui
isi batin sesuatu peristiwa yang berlaku, lebih baik untuk proses perdamaian, lebih mengetahui duduk
bangun tentang hal suami isteri, jiwa suami isteri lebih tenang menerima mereka berdua, dengan itu
suami isteri boleh berterus terang tentang perasaan kasih sayang, cinta yang ada dalam hati mereka
atau kebencian, sama ada mereka ingin berdamai atau berpisah. Tidak boleh mengutus asing (bukan
dari kaum kerabat) selagi ada atau boleh dihadirkan kaum kerabat.
Jika suami isteri menghantar atau memilih mereka berdua sedangkan mereka mampu
mendapat hakam dari kaum kerabat, maka zahirnya hukum mereka terbatal berdasarkan zahir ayat.
Digalakkan hakam dari jiran terdekat jika boleh, jika tidak mampu boleh dua orang ajnabi. Menurut
imam al-Qurtubi, jika tidak ada dari ahli keluarga orang yang layak untuk menjadi hakam, maka boleh
melantik orang lain yang bukan dari ahli keluarga.
Al-Jassas berpendapat, tujuan Allah memerintahkan hakam itu dari ahli keluarga masing-
masing suami isteri supaya tidak ada sangkaan kecenderungan kepada salah satu pihak yang
P a g e | 153
dilakukan oleh orang yang bukan ahli keluarga. Justeru, jika salah seorang mewakili ahli keluarga
masing-masing, sangkaan buruk itu akan hilang kerana masing-masing bercakap bagi pihak keluarga
masing-masing.
Syarat Hakam
Para fukaha sepakat mensyaratkan dua hakam yang dilantik itu mestilah bersifat 1) adalah dan 2)
memahami hukum-hakam nusyuz. Namun mereka berbeza pendapat pada syarat lelaki dan merdeka.
1) Menurut ulama Maliki, dua orang hakam yang dilantik mestilah lelaki, rusyd (rasyid) , bersifat
adalah, memahami isu yang diuruskan. Justeru, adalah batal hukum mereka yang tidak
bersifat adalahiaitu seorang yang fasiq, kanak-kanak atau orang gila jika mereka memutuskan
suami isteri itu kekal atau dipisahkan. Sama juga hukum yang diputuskan oleh orang yang
safih iaitu orang membazir dalam perkara syahwat sekalipun dalam perkara yang diharuskan.
Begitu juga hukum yang diputuskan oleh seorang wanita dan hukuman orang yang tidak
memahami hukum-hakam nusyuz jika keputusan bukan hasil bermesyuarat dengan para
ulama. Sebaliknya jika keputusan itu hasil perbincangan beliau dengan para ulama, maka
hukuman itu dikira terlaksana.
2) Dalam mazhab Syafii, dua hakam disyaratkan mukalaf, Islam, merdeka, bersifat adalah.
Menurut pendapat yang azhar mazhab Syafii, dua hakam tidak disyaratkan lelaki. Menurut
Qalyubi, pada pandangan kedua dua hakam disunatkan dan disyaratkan seorang lelaki.
3) Menurut mazhab Hanbali, dua hakam mestilah berakal, baligh, adalah dan beragama Islam.
Secara umumnya hakammestilah memiliki syarat-syarat berikut:-
1) Memiliki keahlian yang sempurna iaitu berakal, baligh dan matang. Tidak sah tahkim daripada
kanak-kanak, orang gila dan orang yang bodoh.
2) Islam. Orang bukan Islam tidak boleh menjadi hakam ke atas orang Islam.
3) Merdeka. Hamba tidak boleh menjadi hakam. Menurut ulama Hanbali hamba boleh menjadi
hakam selagi mana hakam itu adalah perwakilan.
4) Bersifat adalahiaitu konsisten takwa.
5) Memahami hukum-hakam tahkim
6) Disunatkan dua hakam dari ahli keluarga jika boleh, tetapi tidak wajib.
7) Lelaki. Walau bagaimanapun para ulama tidak sependapat mengenai syarat ini.
Sifat Hakamdan bidang kuasa masing-masing.
P a g e | 154
A) Secara umumnya terdapat 2 pendapat dalamisu ini:-
1) Menurut mazhab Hanafi dan pendapat azhar mazhab Syafie dan pendapat sahih mazhab
Hanbali, dua hakam adalah wakil bagi pihak suami isteri, yang diutuskan atas persetujuan
mereka berdua dan atas perwakilan yang dibuat oleh mereka berdua juga. Dua hakam tidak
boleh membuat keputusan untuk memisahkan mereka suami isteri melainkan dengan keizinan
mereka berdua.
2) Menurut pendapat ulama Maliki, dua hakam itu boleh bertindak mengikut kemaslahatan yang
difikirkan mereka sama mereka suami isteri itu melantik mereka sebagai wakil ataupun tidak.
Bentuk Perceraian Hasil Perpisahan yang Diputuskan oleh Hakam:-
1) Menurut Mazhab Maliki, perpisahan yang berlaku kerana syiqaq dikira talak bain, sama ada
dua hakam itu dilantik oleh suami isteri atau dilantik oleh kadi. Jatuh talak satu walaupun
dijatuhkan talak 2 atau 3, sama ada perpisahan itu berupa talak atau khuluk (tebus talak).
2) Menurut mazhab Syafie dan Hanbali, jika mereka dipisahkan dengan khuluk, maka jatuh talak
bain, jika mereka dipisahkan dengan talak, maka jatuh talak satu.
Bolehkah suami isteri melantik seorang sahaja sebagai hakam?
1) Menurut mazhab Maliki, boleh. Ulama Maliki berbeza pendapat sama ada hak itu juga dimiliki
oleh wali dua suami isteri itu.
2) Menurut mazhab Syafie, tidak cukup jika hanya seorang. Mereka berhujah berdasarkan ayat:

Dapatkan maklumat dari buku-buku rujukan, artikel, jurnal dan laman web bagi mendapatkan maklumat
mengenai definisi nusyuz, syiqaq dan hakam dengan lebih lanjut bagi memantapkan lagi kefahaman
anda mengenai perkara-perkara tersebut. Usaha anda sangat diperlukan bagi meluaskan lagi maklumat
anda sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
RUMUSAN
Islam menggariskan langkah-langkah awal dalam menangani konflik rumah tangga
P a g e | 155
Kaedah menangani konflik rumah tangga dalam Islam meraikan bentuk konflik yang berlaku di
antara suami isteri.
Konflik yang boleh ditangani secara dalaman perlu ditangani secara dalaman dan tidak boleh
dibawa keluar.
Terdapat tiga kaedah menangani konflik secara dalaman.
Hakam ialah kaedah mengangai konflik secara luaran apabila kaedah dalaman tidak berkesan.
Islam amat menjaga hubungan suami isteri supaya tidak putus sewenang-wenangnya.
KATA KUNCI
1.nusyuz
2. hakam
3. syiqaq
4. nasihat
5.boikot tempat tidur (al-hajar)
6. pukul
PENILAIAN KENDIRI
1) Apakah definis nusyuz daripada segi bahasa dan istilah?

2) Huraikan pandangan ulama mengenai hakam dalam proses pemulihan sesebuah


perkahwinan.?

3) Bandingkan maksud syiqaq dan nusyuz?


P a g e | 156
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
..............................................................
4) Terangkan pandangan ulama mengenai kaedah memukul yang dibenarkan syarak sebagai
langkah ta'dib dalam kes isteri nusyuz.?

..............
.........................................................
5) Huraikan pandangan ulama mengenai nusyuz suami?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
6) Bincangkan pandangan ulama mengenai maksud tidak kesetiduran (al-Hajru)?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
Bagi memantapkan lagi maklumat anda mengenai tajuk ini, diharapkan anda semua mencari
maklumat-maklumat mengenai perkara yang disebutkan di bawah. Di antara rujukan yang boleh anda
rujuk ialah buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu karangan Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh ala
Mazahib al-Arbaahkarya al-Jazairi, Fiqh al-Sunaholeh al-Sayid Sabiq dan lain-lain.
1) Konsep nusyuz dan syiqaq menurut pandangan ulama empat mazhab.
2) Kaedah menangani konflik rumah tangga menurut pandangan ulama empat mazhab
3) Kaedah suluh menurut pandangan ulama empat mazhab
4) Konsep hakam menurut pandangan ulama.
Anda semua dikehendaki memilih satu daripada tajuk-tajuk berikut sebagai tugasan. Markah kerja
kursus akan diambil dari tugasan ini.
P a g e | 157
1) Bincangkan amalan suluh di mahkamah syariah di negeri masing-masing.
2) Bandingkan pandangan ulama mengenai kaedah menangani konflik dengan kaedah menangani
konflik dalam enakmen keluarga Islam.
3) Bentuk-bentuk nusyuz suami menurut pandangan ulama.
RUJUKAN
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali al-Sharbaji (1996). Fiqh al-Manhaji ala mazhab al-Shafiiy.
Damsyik. Dar al-Qalam.
Mausuah Fiqhiyyah, Kuwait
Al-Sayyid Sabiq (2000). Fiqh al-Sunah. Beirut: Dar al-Fikr.
Wahbah al-Zuhayli (2000). al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Sartawi, Mahmud Ali (1997), Syarah Qanun al-Ahwal al-Syakhsiah, 'Amman: Dar al-Fikr.
Abd al-Rahman al-Jaziri (1999). Fiqh ala mazahib al-arbaah. Dar Fikr.
al-Khatib al-Syarbini (1377H/1958M). Mughni al-Muhtaj. Misr: al-Halabi.
Salleh Ismail (2003), Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-undang Keluarga Islam,
Kuala Lumpur: DBP.
Norzulaili Mohd Ghazali dan Wan Abdul Fattah Wan Ismail (2006), Nusyuz, Shiqaq dan Hakam
Menurut al-Quran dan al-Sunnah dan Undang-undang Keluarga Islam, Bandar Baru Nilai: KUIM.
UNIT 9
PEMBUBARAN PERKAHWINAN DAN IDAH
P a g e | 158
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. menerangkan maksud talak menurut perspektif Islam.
2. membincangkan konsep khuluk dan fasakh menurut perspektif Islam.
3. membezakan antara talak, khuluk dan fasakh.
4. membezakan antara ila', zihar dan li'an.
5. membezakan jenis-jenis idah menurut perspektif Islam.
6. mengenalpasti kepentingan memahami tajuk ini dalam kehidupan seharian.

PENGENALAN
Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, saya yakin dan percaya anda selalu
mendengar berita perceraian dipaparkan di media masa. Pada pendapat anda, adakah talak yang
berlaku itu memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya?
Adakah anda percaya kadang-kadang talak yang berlaku dihukum bid'ah? Adakah anda tahu jika
berlaku perceraian seseorang isteri perlu beridah? Adakah anda tahu ada golongan wanita yang tidak
perlu beridah walaupun selepas diceraikan?
ISI KANDUNGAN
Adakahanda tahu apakah maksud talak?
Definisi Talak
Talak dari segi bahasa bermaksud melepas atau terlepas. Dari sudut syarak talak ialah:-
1) Hanafi: memutuskan ikatan pernikahan serta-merta (dengan talak bain) atau dalam satu
tempoh masa (dengan talak raj'i) dengan menggunakan lafaz tertentu.
2) Maliki: mengungkai ikatan yang sah melalui pernikahan.
3) Syafie: talak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak dan
seumpamanya.
4) Hanbali: melepaskan ikatan perkahwinan.
P a g e | 159
Hikmah Pensyariatan Talak
Sebagai jalan terakhir kepada pertikaian yang tidak ada penghujung dengan masing-masing
mendapatkan hak yang telah ditetapkan oleh syarak.
Jenis-jenis Talak
Ulama telah membahagikan jenis-jenis talak berdasarkan beberapa kriteria:-
1) Pembahagian talak berdasarkan keadaan isteri yang diceraikan dalam keadaan suci atau haid,
dewasa atau kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu talak sunni dan talak bid'i, bukan sunni
dan bukan bid'i.
2) Pembahagian talak dari sudut kejelasan lafaz yang digunakan ia terbahagi kepada soreh dan
kinayah.
3) Pembahagian dari sudut adakah talak tersebut ditebus dengan harta ataupun tidak, ia
terbahagi kepada khulu dan talak biasa.
4) Ia juga dibahagikan kepada raj'i dan bain.
Talak Sunni dan Bid'i
Talak Sunni: ialah lafaz talak yang diucapkan oleh seorang suami mengikut sebagaimana yang
disyariatkan.
Talak Bid'i: ialah talak yang diucapkan oleh suami yang tidak mengikut apa yang disyariatkan.
Talak Soreh dan Kinayah
Talak Soreh: ialah lafaz talak yang diucapkan oleh seorang suami secara terang-terangan sehingga
tidak boleh difahami maksud lain. Contohnya, jika suami berkata kepada isterinya" kami ditalak" maka
sahlah talak walaupun dia mendakwa tidak berniat talak.
P a g e | 160
Talak Kinayah: ialah lafaz talak yang diucapkan oleh seorang suami secara sindiran iaitu lafaz itu
mempunyai makna talak dan selainnya dan tidak dikenali oleh manusia itu sebagai suatu keinginna
untuk talak.
Ulama berbeza pendapat dalam isu menggunakan lafaz kinayah kepada beberapa pandangan:-
1) Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat: hukum talak tidak terjadi dengan ucapan sindiran
kecuali dengan niat atau tanda-tanda keadaan yang menunjukkan kehendaknya untuk
melakukan talak seperti ketika marah atau pada saat ingin melakukan talak.
2) Mazhab Maliki dan Syafie berpendapat: lafaz sindiran tidak berlaku melainkan dengan niat.
Tetapi tidak boleh merujuk kepada tanda-tanda keadaan sebagaimana mazhab Hanafi dan
Hanbali. Jika suami berkata dia tidak berniat talak, maka kata-katanya diterima dengan
bersumpah.
Khulu (tebus talak)
Khulu' dari sudut bahasa bermaksud cabut. Dari sudut istilah ia bermaksud pembubaran perkahwinan
dengan sesuatu imbuhan yang diterima oleh suami. Ia dinamakan khulu kerana Allah menyifatkan
kaum wanita sebagai pakaian kepada kaum lelaki begitu juga sebaliknya. Perkara ini ditegaskan dalam
firmanNya yang bermaksud:
"Isteri-isteri kamu adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka".
Adakah Khuluk dibenarkan atau diharuskan dalamSyarak?
Terdapat ayat al-Quran dan juga Hadis Nabawi yang menjadi sandaran keharusan khulu, antaranya:-
1) Firman Allah SWT:-
Talak yang boleh dirujuk kembali itu hanya dua kali. Sesudah itu bolehlah ia rujuk dan
memegang terus isterinya...
(Surah al-Baqarah:229)
Dalil daripada Sunnah pula ialah hadis Nabi S.A.W daripada Ibn Abbas r.a.:-
Isteri Thabit bin Qais telah datang bertemu Nabi s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah, sebenarnya aku
tidak marah kepada Thabit bin Qais kerana perangai dan agamanya, tetapi aku benci sekiranya aku
akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Maka jawab Rasulullah s.a.w.: Adakah
P a g e | 161
engkau sanggup menyerahkan kebunnya kepadanya? Jawab beliau: Ya. Sabda Rasulullah sa..w.
kepada Thabit bin Qais: Terimalah kebun itu dan cerailah dia dengan talak satu" (Sahih Bukhari).
Fasakh
Adakah anda mengetahui maksud fasakh?
Fasakh menurut bahasa bererti batal atau bubar. Dalam konteks pernikahan jika disebut fasakh al-
nikah maka ia bermaksud membatalkan atau membubarkan ikatan perkahwinan di antara suami dan
isteri kerana sebab-sebab tertentu yang menghalang daripada ikatan perkahwinan tersebut berkekalan.
Menurut istilah fasakh ialah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Zuhaili sebagai membatalkan akad
perkahwinan yang asal atau menghalang daripada berkekalan akad perkahwinan tanpa mengurangi
bilangan talak disebabkan oleh akad yang rosak atau kerana sebab-sebab yang lain.
Sebab-sebab yang mengharuskan fasakh perkahwinan.?
Ulama telah membincangkan beberapa sebab yang mengharuskan fasakh perkahwinan. Sebab-sebab
itu ada yang disepakati dan ada yang tidak disepakati. Antara alasan fasakh yang dibincangkan oleh
ulama terdahulu ialah fasakh kerana nafkah, fasakh kerana berlaku penipuan (Gharar), fasakh kerana
syiqaq, darar dan su' al-"asyirah, fasakh kerana hilang (ghaib) dan dipenjara (al-Habsu), fasakh kerana
penyakit (aib)
Apakah perbezaan antara Ila', Zihar dan Lian?
Tahukah anda perbezaan antara Ila', zihar dan Lian? Apakah kesan selepas berlaku ketiga-ketiga
perkara di atas?.
Maksud Ila
Ila menurut pengertian bahasa ialah sumpah. Dari sudut Istilah sumpah dengan nama Allah yang
diucapkan oleh seseorang suami dengan menyatakan bahawa dia tidak akan menyetubuhi isterinya
P a g e | 162
lebih daripada empat bulanatau tidak akan menyetubuhi isterinya buat selama-lamanya (secara
mutlak).
Dalil pengharaman
} 226 {
} 227 { : .
Maksudnya:
Kepada mereka yang melakukan ila (sumpah tidak menyetubuhi isteri mereka), diberikan tempoh 4
bulan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Dan jika mereka menginginkan talak
(menceraikan isteri mereka), sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Mengetahui.
Lafaz ila yang disebutkan menilai dari sudut masanya terbahagi kepada empat :
Lafaz yang diucapkan tanpa menyebut lama masanya. Contohnya seseorang suami berkata :
Demi Allah aku tidak akan menyetubuhi kamu
Menyebut masanya lebih daripada empat bulan. Contohnya seseorang suami berkata : Demi
Allah aku tidak akan menyetubuhi kamu selama enam bulan
Menyatakan masa yang jauh. Contohnya seseorang suami berkata : Demi Allah aku tidak
akan menyetubuhi kamu sehingga aku mati
Menyebut masa yang tidak terbatas dan tidak terhad. Contohnya seseorang suami berkata :
Demi Allah aku tidak akan menyetubuhi kamu buat selama-lamanya
Penyelesaian Terhadap Perbuatan Ila
Suami yang telah melakukan sumpah Ila mestilah diberikan tempoh selama empat bulan sahaja.
Sekiranya setelah masa empat bulan telah berlalu dan suami tersebut masih juga tidak mahu
P a g e | 163
menyetubuhi isterinya tanpa sebarang sebab, maka waktu itu isteri bolehlah membawa tuntutan kepada
mahkamah atau hakim.
Hakim berhak memanggil suami serta memberi dua pilihan kepadanya iaitu :
1. Membatalkan sumpahnya dengan menyetubuhi isterinya serta membayar kafarah sumpah jika
dia bersumpah dengan nama Allah atau bersumpah dengan salah satu sifat Allah. Jika dia
bersumpah untuk melakukan sesuatu atau bersedekah dnegan sesuatu, dia hendaklah
melakukannya.
2. Menceraikan isterinya. Sekiranya seseorang suami yang dipanggil oleh hakim dan mahkamah
tidak hadir atau tidak mahu melakukan salah satu daripada pilihan yang telah ditawarkan,
maka hakim sebagai mewakili suami boleh menceraikan isteri tersebut dengan talak satu.
3. Jika suami enggan melakukan salah satu daripada perkara di atas, hakim hendaklah
menjatuhkan talak satu bagi pihaknya.
4. Ini jika suami tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada melakukan
persetubuhan. Jika suami mempunyai keuzuran seperti sakit, dia hendaklah diminta menarik
balik sumpahnya dengan lidahnya sendiri seperti: jika aku mampu bersetubuh, aku akan
menarik balik pendirianku dan sumpahku.
Kaffarah Ila
Seseorang suami yang membatalkan sumpahnya dengan menyetubuhi kembali isterinya mestilah
membayar kaffarah sumpah mengikut susunan berikut :
1. Memerdekakan seorang hamba yang beriman, jika tidak mampu,
2. Memberi makan kepada 10 orang miskin, untuk setiap seorang dengan kadar secupak
daripada makanan biasa anak negeri, jika tidak mampu,
3. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin.
4. Sekiranya seseorang suami itu masih tidak mampu melaksanakan salah satu daripada tiga
perkara tersebut dia hendaklah berpuasa selama tiga hari.
Lian
P a g e | 164
Lian menurut bahasa bermaksud menghalau dan menjauhkan atau menerima kutukan dan laknat
daripada Allah atau jauh daripada rahmat Allah S.W.T. Sumpah ini dinamakan dengan sumpah lian
kerana di dalam sumpah tersebut, ada menyebut perkataan Laknat Allah S.W.T.
Menurut istilah pula, lian adalah suatu proses sumpah yang dilakukan oleh suami yang mendakwa
atau menuduh isterinya melakukan perbuatan zina atau menafikan kandungan isteri bukan daripada
nasabnya dan ia tidak mempunyai saksi untuk membuktikan bahawa isterinya telah melakukan zina
atau dengan hanya berdasarkan qarinah tertentu sahaja.
Lian juga bermaksud beberapa perkataan yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa
menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina.
Dinamakan lian kerana:-
1)perkataan yang digunakan itu mengandungi maksud menghalau dan menjauhkan
2) kerana kedua-dua pihak yang melakukan lian menjauhkan diri antara satu sama lain
disebabkan lian tadi.
Dalil Lian

{ ) / 6 .( }
{ ) / 7 .(
{ ) / 8 .(
{ ) / 9 .(
Firman Allah yang ertinya : Orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedangkan saksi tidak ada
selain mereka sendiri, maka saksinya ialah empat kali bersumpah dengan Allah, menerangkan bahawa
dia benar dan yang kelimanya, sesungguhnya laknat Allah ke atasnya sekiranya ia berdusta.
(Surah An-Nur : ayat 6 9)
Prosedur Sumpah Lian
1. Sumpah hendaklah dilakukan di hadapan hakim mahkamah Syariah, sebanyak lima kali.
Suami bersumpah bahawa tuduhan zina terhadap isterinya adalah benar sebanyak empat kali,
dan yang kelima suami bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia
berdusta.
P a g e | 165
2. Jika suami menafikan sabit keturunan anak yang di kandung atau yang dilahirkan oleh
isterinya, dia mestilah pula menambahkan pada kelima-lima sumpah liannya dengan kata-kata
: Sesungguhnya anak yang dikandung atau yang dilahirkan oleh isteriku bukan daripada
zuriatku.
3. Isteri berhak menolak tuduhan suaminya dan untuk membebaskan dirinya daripada hukuman
rejam mestilah bersumpah sebanyak lima kali juga. Dengan mengatakan : Aku bersumpah
dengan nama Allah S.W.T. sesungguhnya tuduhan yang dibuat oleh suamiku adalah dusta
sebanyak empat kali. Pada kali kelima ia mestilah mengatakan : Sesungguhnya laknat Allah
S.W.T. terhadapku sekiranya tuduhan suamiku adalah benar .
Syarat lian yang paling penting
1) Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lebih dahulu daripada lian
2) Lian suami mendahului lian isteri.
3) Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan yang disebutkan tadi. Jika salah seorang
tidak menggunakan kalimah lain, lian tidak sah.
4) Kelima-lima lafaz lian itu hendaklah dilakukan secara berturut-turut . Tidak boleh dipisahkan
dengan perkataan yang dianggap pemisah oleh syarak.
5) Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan kedua-dua pasangan supaya tidak
berbohong.
Implikasi dan penyelesaian Lian
1. Suami isteri yang membuat sumpah lian mestilah dipisahkan oleh hakim atau qadi dan
mereka tidak dapat hidup bersama atau berkahwin buat selama-lamanya.
2. Suami yang membuat tuduhan zina terhadap isterinya akan terlepas daripada 80 kali sebatan.
Seterusnya isteri yang membuat sumpah lian juga akan terlepas daripada hukuman rejam.
3. Hubungan perkahwinan antara mereka berdua terbatal
P a g e | 166
4. Isteri yang dipisahkan melalui sumpah lian tidak berhak mendapat nafkah, tempat tinggal dan
mutah daripada bekas suaminya sewaktu dalam idah, kerana ia berpisah bukan kerana talak
dan bukan kerana kematian suami.
5. Mereka diharamkan berkahwin selama-lamanya (syafie).
6. Anak yang dikandungkan atau yang dilahirkan yang dinafikan oleh suami terputus nasab
daripada bekas suaminya.
Zihar
Zihar berasal daripada perkataan zahr, iaitu belakang. Ini kerana gambaran asal zihar ialah
seorang suami berkata kepada isterinya: Engkau haram ke atasku seperti haramnya belakang
emak engkau.
Zihar menurut istilah ialah ucapan suami yang menyamakan isterinya dengan ibunya sendiri atau
mana-mana mahramnya. Contohnya dengan lafaz : Engkau seperti kakakku, atau kaki engkau
seperti kaki ibuku. Lafaz dan ucapan zihar dilakukan dengan tujuan untuk mengharamkan diri
dari bersetubuh dengan isteri.
Dalil pengharaman:
Firman Allah Taala ertinya : Orang-orang yang menzihar isterinya, tidaklah isterinya itu menjadi
ibunya tidaklah yang menjadi kepada mereka melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan
mereka dan sesungguhnya mereka itu menyentuh perkataan yang mungkar dan dusta. (Surah Al-
Mujadalah : ayat 2)
Contohnya suami berkata kepada isterinya : Engkau seperti punggung ibuku. Dengan ucapan
dan perbuatan tersebut menyebabkan isterinya menjadi haram baginya.
HukumZihar
Jumhur Ulama bersepakat mengatakan perbuatan zihar adalah suatu perbuatan keji dan berdosa
besar. Hukumnya adalah haramdan siapa yang melakukannya wajib bertaubatdan membayar
kafarah sebelumkembali bersama isterinya.Lafaz zihar tidak menjatuhkan talak.
Hukum-hukumyang berkaitan dengan zihar.
P a g e | 167
Sah menghadkan tempoh waktu zihar, tidak kira lama atau sekejap, dan diharamkan
bersetubuh dalam waktu tersebut. Apabila telah tamat tempoh, suami wajib membayar kifarah
zihar sebelum boleh kembali menyetubuhi isterinya.
Jika tempoh zihar melebihi empat bulan (tempoh Ila), contoh lafaz awak semacam ibu saya
selama lima bulan, maka dia dianggap telah menzihar dan mengiila isterinya. Jika dia
bersetubuh ketika tempoh itu maka wajib bayar dua kaffarah, zihar dan ila, dan jika dia tidak
menyetubuhi isterinya sehingga tamat tempoh yang dinyatakan, isteri berhak membuat dua
tuntutan, seperti yang diterangkan dalam bab Ila tadi.
Kafarah zihar
Kifarat zihar seperti yang ditetapkan oleh Syarak adalah dengan mengikut susunan berikut:
Cara pertama ialah dengan memerdekakan seorang hamba
Sekiranya tidak mampu untuk membebaskan hamba atau hamba tidak ada, ia boleh membuat
pilihan yang kedua, iaitu dengan berpuasa selama dua bulan berturut-turut.
Seandainya tidak berupaya dan tidak mampu untuk berpuasa selama dua bulan berturut-turut,
maka dia boleh membuat pilihan kifarat cara ketiga iaitu dengan memberi makan lepada 60
orang miskin
Lafaz-lafaz zihar
1) Lafaz soreh: lafaz yang menunjukkan kepada maksud zihar sahaja dan tidak boleh
diandaikan kepada makna-makna yang lain. Misalnya, suami berkata kepada isterinya:
Engkau haram ke atasku seperti haramnya belakang ibuku. Dihukum melakukan zihar sama
ada berniat ataupun tidak selagi dia waras dan memahami kata-kata.
2) Lafaz kinayah(kiasan): iaitu lafaz yang boleh diandaikan sebagai zihar dan boleh juga
diandaikan kepada perkara lain. Contohnya, suami berkata kepada isterinya: Bagiku
engkau seperti ibu dan adik-beradik perempuanku.
Hukumhakamzihar
P a g e | 168
1) Jika suami mengucapkan lafaz talak selepas lafaz zihar, hukum zihar dimasukkan ke dalam
hukum talak. Lafaz yang diucapkan tidak memberi apa-apa kesan.
2) Jika lafaz itu tidak diikuti dengan lafaz talak, dia dianggap menarik balik
Perceraian disebabkan oleh ilaa, lian dan zihar
Ila: jika suami berila' tidak menyetubuhi isterinya sehingga tamat tempoh ila maka gugurlah talaq
bain ke atas isterinya. Walau bagaimanapun, perceraian dengan sebab ila' hendaklah dirujukkan
terlebih dahulu ke Mahkamah Syariah.
Lian: Setelah selesai proses li'an maka terbubarlah perkahwinan mereka serta tidak boleh rujuk
atau berkahwin semula sesama mereka selama-lamanya.
Zihar: Jika suami terus tidak mahu menyetubuhi isterinya sehingga tempoh 4 bulan maka zihar ini
telah hampir sama hukumnya seperti ila, gugur talak bain ke atas isterinya.
Apakah maksud idah?
Salah satu kesan berlakunya perceraian ialah idah, adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan
dengan idah?.
PENGERTIAN IDAH
Idah daripada segi bahasa berasal dari perkataan adadun yang membawa maksud bilangan ataupun
hitung. Daripada segi syarak pula, idah membawa maksud jangka masa isteri menunggu dan tidak
boleh berkahwin setelah bercerai atau kematian suaminya.
Dalam pengertian yang lain, idah ialah ketetapan masa menunggu yang ditentukan Syarak bagi
perempuan yang diceraikan oleh suami sama ada bercerai hidup atau kematian suami. Masa menanti
yang ditentukan itu adalah sebagai satu jarak masa menunggu untuk bekas isteri atau balu untuk
membolehkan mereka berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang diharuskan oleh Syarak selepas
tamat tempoh idahnya.
P a g e | 169
Apakah jenis-jenis idah?
Tahukah anda jenis-jenis idah? Apakah asas pembahagian idah ini? Adakah anda mampu
menyebutkannya?


BAHAGIAN-BAHAGIAN IDAH
Wanita-wanita yang diceraikan suami itu keadaan mereka berbeza-beza, ada yang telah digauli ()
dan ada pula yang belum digauli. Ada yang mengandung dan ada yang tidak mengandung, ada yang
sudah mengalami haid dan ada pula yang belum ataupun yang telah putus haidnya, justeru idah yang
diwajibkan ke atas mereka berbeza-beza.
1. Wanita Yang BelumDigauli.
1) Cerai hidup.
Wanita yang dicerai hidup dan belum lagi digauli atau disetubuhi oleh suaminya tidak
mempunyai apa-apa idah. Apabila si suami menceraikan isterinya maka isterinya boleh terus
berkahwin dengan lelaki yang lain.
Allah S.W.T berfirman :
Og^4C 4g~-.- W-EONL4`-47
-O) O+4^ geE4g`u^- O
O}-O+-^^UC }g` :~ p ;-OOOE>
E 7 O})_^1U4 ;}g` EOgN
Og4+O4u> W
Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengahwini wanita-wanita mukminah,
kemudian kamu menceraikan mereka sebelumkamu mencampuri mereka, maka sekali-kali
tidak wajib atas mereka beridah bagi kamu yang kamu minta menyempurnakannya.
(surah Al-Ahzab : 49)
P a g e | 170
2) Cerai Mati.
Apabila wanita-wanita yang kematian suaminya, mereka diwajibkan beridah juga walaupun
belum lagi digauli suaminya. Idahnya ialah empat bulan sepuluh hari. Hal ini dijelaskan oleh
Allah yang berfirman:

Maksudnya : Dan orang-orang (suami-suami) yang mati dari antara kamu dan mereka
meninggalkan isteri-isteri, maka hendakalah mereka menahan diri mereka (beridah) selama
empat bulan sepuluh hari.
(Surah Al-Baqarah : 234)
2 Wanita-Wanita Yang Telah Digauli
Isteri-isteri yang telah digauli kemudian diceraikan oleh suaminya mereka ada tiga golongan.
1) Wanita Yang Berhaid.
Idah wanita yang berhaid ialah tiga kali haid atau tiga kali suci.
e^UC^-4 ;+4O44C
O})_O^) O1U 7NO~ _
Maksudnya Dan perempuan yang tertalak hendaklah ia menahan diri tiga quru
(Surah Al-Baqarah : 228)
Perkataan quru adalah perkataan jamak, mufradnya ialah qar-un yang bererti haid atau suci.
Bertolak dari sini ulama berbeza pendapat kepada dua kumpulan:-
i) Menurut pandangan al-Syafie ialah 32 hari satu jam. Maksudnya diceraikan dalam masa suci
yang belum digauli.
ii) Menurut pandangan imam Abu Hanifah wanita yang dicerai hidup oleh suaminya sedangkan
dia telah digauli hendaklah dia beridah selama tiga kali haid bukan tiga kali suci.
2) Wanita Yang Tidak Berhaid
P a g e | 171
Wanita yang tidak berhaid, sama ada belum datang haid ataupun sudah putus haid, maka
idahnya ialah selama tiga bulan. Allah S.W.T berfirman :


Maksudnya :
Dan wanita-wanita yang putus asa dari haid di antara perempuan-perempuan kamu, jika
kamu ragu-ragu (tentang idah mereka), maka idah mereka ialah tiga bulan dan begitu (pula)
perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
(Surah Ath-Thalaaq : 4)
3) Wanita yang hamil
Wanita yang diceraikan suami dalam keadaan mengandung hendaklah beridah sehingga
melahirkan anak sama ada bayinya itu hidup ataupun mati, sempurna mahupun cacat atau
sudah bernyawa ataupun belum.
Allah S.W.T berfirman :

Maksudnya :
Dan wanita-wanita yang mengandung, idah mereka ialah sampai bersalin.
(Surah Ath-Thalaaq : 4)
Difahami dari firman Allah di atas bahawa apabila seorang wanita mengandung bayi lebih dari
satu, maka idahnya belum habis sebelum ia melahirkan bayi yang terakhir. Demikian pula
wanita yang beristibra (membersihkan kandungan bagi hamba perempuan setelah digauli oleh
tuannya) idah itu berakhir dengan lahirnya kandungan dengan jalan apa sekalipun, baik bayi
itu hidup mahupun mati.
Tempoh dalam ayat tersebut merangkumi perempuan yang bercerai, sama ada dengan cerai
talak, fasakh, kematian suami mahupun dengan akad nikah yang rosak. Inilah pendapat
P a g e | 172
jumhur sahabat Rasulullah s.a.w hingga Ibn Umar, Ibn Masud, Zait bin Thabit dan lain-lainnya
berkata: Idahnya dengan bersalin walaupun dengan suaminya yang mati masih ada di atas
katil . Pendapat ini juga dipilih oleh kebanyakan fuqaha.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa tidak salah apabila seorang perempuan
menikah setelah selesaikan melahirkan meskipun ia masih mengeluarkan darah asalkan ia
tidak digauli terlebih dahulu, sehingga ia betul-betul suci.
4. Wanita Kematian Suami
Idah perempuan yang kematian suaminya adalah empat bulan sepuluh hari, apabila ia tidak
hamil, baik ia masih berdarah mahupun sudah putus haid.
Berdasarkan Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
Dan orang-orang (suami-suami) yang mati dari antara kamu dan mereka meninggalkan isteri-
isteri, maka hendakalah mereka menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh
hari.
(Surah Al-Baqarah : 234)
PERUBAHAN JENIS-JENIS IDAH MENGIKUT PANDANGAN ULAMA
Situasi 1
Bila seorang suami menceraikan isterinya yang masih berhaid kemudian suaminya meninggal sewaktu
isteri di dalam idah dengan talak raji, maka isteri wajib beridah kepada idah seorang yang kematian
P a g e | 173
suami iaitu empat bulan sepuluh sehari kerana ia masih dalam status isteri yang suami meninggal
dunia.
Berdasarkan Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
Dan orang-orang (suami-suami) yang mati dari antara kamu dan mereka meninggalkan isteri-isteri,
maka hendakalah mereka menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari.
(Surah Al-Baqarah : 234)
Talak raji tidak memutuskan ikatan perkahwinan. Suami isteri masih saling mewarisi
peninggalannya apabila salah seorang meninggal dunia semasa dalam idah. Namun, apabila isteri
tersebut ditalak dengan talak bain, dia harus menyempurnakan idahnya dengan idah perempuan yang
berhaid, dan tidak berpindah dengan idah perempuan yang ditinggal mati suaminya sebab hubungan
perkahwinan antara keduanya sudah terputus sejak jatuhnya talak.
Allah s.w.t berfirman tentang wanita yang ditalak dan wanita yang hamil masa idahnya adalah
sampai melahirkan kandungan mereka. Mengikut pandangan Imam Syafie, Perempuan yang ditalak
dalamkeadaan hamil maka masa idahnya sampai melahirkan kandungannya. Seandainya wanita itu
haid dalamkeadaan mengandung maka wanita itu meninggalkan solat dan suaminya menjauhinya.
Idahnya tidak selesai dengan haid kerana wanita itu tidak semestinya berhaid, batas waktu idahnya
ialah melahirkan kandungan.
Selain itu katanya, J ika perempuan itu melihat bahawa dirinya itu mengandung sedangkan dia
sedang haid lalu ragu maka dia menghitung haid dan melihat kepada kandungan. J ika lewat tiga kali
haid dan masuk pada darah dari haid yang ketiga, maka telah jelas baginya bahawa dia tidak
mengandung, maka idahnya selesai dengan tiga kali haid. J ika suaminya merujuknya dalamkeadaan
wanita itu ragu-ragu setelah tiga kali haid maka kita tawaqufkan (tangguhkan) untuk itu. J ika jelas
wanita itu mengandung maka ruju itu sah dan jika jelas bahawa dia tidak mengandung maka ruju itu
batal.
Jika lelaki itu tergesa-gesa lalu menyetubuhinya maka wanita itu mendapat mahar kerana
persetubuhan yang dilakukan lelaki itu kepadanya dan wanita itu menghadapi idah yang lain dan antara
P a g e | 174
keduanya dipisahkan dimana lelaki itu sebagai peminang. Demikian juga wanita yang tidak haid dimana
dia ragu-ragu terhdaap kandungan lalu lewat tiga bulan yang tidak berbeza dengan keadaan yang
mana dia ragu dari kandungan, padahal dia sedang haidh, lalu dia haidh tiga kali. Jika dia terlepas dari
idah pada tiga bulan yang telah lewat itu setelah talak dalam keadaan keraguan yang dilewatinya atau
tidak ragu. Jika dia tidak terlepas dari kandungan dan jelas dia mengandung, maka masa idahnya
adalah dia melahirkan kandungannya. Jika seandainya merujunya dalam tiga bulan maka sahlah ruju
itu baik dia hamil atau tidak. Apabila suaminya merujukinya sesudah tiga bulan, maka ruju itu di
tawaqqufkan. Jika dia terlepas dari kandungan maka ruju itu batal.
Talak bain itu memutuskan hubungan perkahwinan sedangkan kematian itu terjadi sesudah
lepasnya ikatan perkahwinan. Kerana itu keduanya tidak lagi saling merawasi apabila salah satunya
meninggal dalam masa idah kecuali apabila talak itu dimaksudkan untuk menghindarkan isteri agar
tidak menerima warisan dari kekayaan suaminya atau talak faar.
Talak al-far ertinya talak yang dijatuhkan suami kepada isterinya sewaktu suami sakit keras
dengan talak bain dan tanpa persetujuan isterinya, kemudian suami meninggal setelah sampainya
masa idah dan meskipun ia sudah kahwin dengan lelaki lain, hukum ini dilaksanakan untuk
membatalkan niat suaminya.
Situasi 2
Demikian pula idah haid berganti kepada idah dengan bulan. Apabila seorang wanita diceraikan dan
wanita itu masih mempunyai haid, kemudian seminggu selepas diceraikan beliau didatangi haid,
apabila haid pada bulan itu selesai wanita itu tidak lagi didatangi haid pada bulan-bulan seterusnya.
Maka hukum bagi permasalahan itu ialah, wanita itu wajib beridah tiga bulan kerana untuk
menyempurnakan idah dengan haid sudah tidak mungkin lagi sebab sudah putus haid, perempuan itu
hanya mungkin menyempurnakannya dengan memulai idah dengan bulan sebagai gantinya haidnya.
Firman Allah s.w.t:


Maksudnya :
Dan wanita-wanita yang putus asa dari haid di antara perempuan-perempuan kamu, jika
kamu ragu-ragu (tentang idah mereka), maka idah mereka ialah tiga bulan dan begitu (pula)
perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
P a g e | 175
(Surah Ath-Thalaaq : 4)
Ayat tersebut jelas menyatakan bahawa, sesiapa yang ragu-ragu tentang idah bagi wanita
yang tidak didatangi haid, maka idahnya telah dijelaskan iaitu tiga bulan. Oleh itu, bagi sesiapa yang
tidak didatangi haid atau monopaus, maka idahnya seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.
Cara pengiraan bulan tersebut hendaklah menggunakan kalender Islam, iaitu 3 bulan ini
bermaksud 3 bulan qamariyah, iaitu sebanyak 90 hari. Walaupun demikian, tidak dinafikan terdapat
perbezaan pandangan di kalangan fuqaha mengenai bilangan 3 bulan tersebut. Menurut Muhammad
Uqlah, para fuqaha sependapat bahawa jika perceraian berlaku pada awal bulan, maka bulan itu dikira
1 bulan pertama, jadi, bilangan hari mungkin kurang dari 90 hari.
Situasi 3
Apabila seorang perempuan ditetapkan beridah dengan idah bulan, misalnya seorang perempuan itu
masih kecil atau kerana sudah sampai usia putus haid tetapi kemudian ia haid. Maka ia harus beridah
dengan idah haid kerana idah bulan itu dipergunakan sebagai gantinya idah haid kerana perempuan itu
tidak dibenarkan beridah dengan idah bulan apabila haidnya ada. Hal ini kerana, idah bulan hanya
digunakan bagi seseorang yang tiada haid. Maksudnya, sekiranya seseorang itu mempunyai haid,
maka dia perlu beridah selama tiga kali suci sebagaimana firman Allah:

Maksudnya Dan perempuan yang tertalak hendaklah ia menahan diri tiga quru
(Surah Al-Baqarah : 228)
Apabila idah sudah selesai dengan kiraan bulan, kemudian datang haid, maka ia tidak
berkewajipan memulai lagi idahnya dengan haid kerana idahnya sudah pun lepas. Apabila seorang
perempuan ditetapkan beridah dengan idahnya haid atau idah dengan bulan, kemudian perempuan itu
ternyata hamil dan suaminya maka idahnya berganti dengan idah hamil iaitu sampai ia melahirkan
kandungannya. Hal ini sebab hamil jelas menunjukkan bersihnya rahim secara pasti.
Situasi 4
P a g e | 176
Sekiranya seorang lelaki mentalak isterinya kemudian isterinya itu melahirkan dan isterinya tidak
mengetahui apakah talak itu jatuh atasnya sebelum wanita melahirkan atau sesudahnya lalu suami
berkata bahawa talak itu jatuh sesudah wanita melahirkan. Maka, hak saya atasmu adalah ruju.
Sedangkan wanita mendustakannya, maka yang di terima adalah perkataan lelaki dan lelaki lebih
berhak dengan wanita kerana ruju itu adalah hak lelaki dan bersembunyi daripada idah adalah hak
wanita. Apabila wanita tidak meninggalkan haknya maka wanita itu adalah lebih memiliki dirinya kerana
lelaki adalah pada wanita bukan lelaki itu, hak lelaki tetap berlaku, hanya hak itu yang hilang sekiranya
wanita menyangka bahawa hak lelaki itu telah hilang.
Menurut Imam Syafie, Dan kalau lelaki dan wanita tidak mengetahui sebelum melahirkan atau
sesudahnya, seperti lelaki jauh daripada wanita ketika lelaki mentalaknya, apakah lelaki berada
dipinggir kota atau keluar kota, tentulah wajib atas wanita itu idah kerana idah itu wajib atas wanita yang
tertalak. Oleh itu, tidak menghilangkan idah itu daripada wanita dengan yakin bahawa itu melaksanakan
dengan idah itu, dan adalah orang yang warqa (menjauhkan diri dari kesalahan) tidak akan merujuki
wanita itu kerana tidak mengetahui. Semoga wanita itu telah berlepas diri daripada lelaki dan sekiranya
lelaki itu tidak merujukinya maka saya tidak melarangnya kerana tidak boleh bagi saya melarang
merujukinya kecuali denagn yakin bahawa wanita itu terlepas diri daripanya.
Menurut beliau lagi, Dan wanita kitabiyyah yang merdeka yang berada di bawah suami
muslim atau kitabiyyah adalah sama dalam bilangan talak atau wafat dan semua sama menurut apa
yang wajib bagi wanita yang beridah lainnya tentang tidak boleh keluar rumah dan beridah. Lazim bagi
wanita itu ( kitabiiyyah ) dalam setiap sudut adalah sama tidak bebrbeza keduanya pada demikian dan
sama juga halnya wanita muslimah yang merdeka dan masih kecil.
Situasi 5
Demikian juga hukumnya budak perempuan yang muslimah kecuali idah budak perempuan pada selain
hamil ( mengandung ) adalah separuh dari idah perempuan merdeka an bahawa bagi tuan budak
perempuan boleh mengeluarkannya dan apabila tuannya telah mengeluarkannya, maka tidak ada lagi
bagi budak perempuan itu nafkah atas orang yang mentalak yang memiliki ruju dan tidak pula pada
idah hamil.
Pandangan Imam Syafie, Dan berkumpul idah dari nikah yang sah dan nikah yang fasid pada
satu masalah dan berbeza pada lainnya. Dan apabila wanita beridah daripada talak dan wanita beridah
daripada nikah fasid denagn sebab penceraian, maka idah keduanya adalah sama tidak berbeza
mengenai idah hamil, quru dan bulan kecuali wanita yang dinikah fasid tidak ada nafkah waktu
P a g e | 177
mengandung dan tidak ada tempat tinggal kecuali kalau berbuat baik oleh orang yang mensetubuhinya
dengan memberinya tempat tinggal untuk menjaga wanita itu.
Apabila seorang lelaki menikah dengan seorang wanita dengan nikah fasid, kemudian lelaki itu
meninggal dan diketahui fasid nikah sesudah meninggal lelaki atau sebelum meninggal, maka tidak
dipisahkan antara keduanya hingga lelaki itu meninggal dan wanita itu beridah dengan idah talak bukan
dengan idah wafat. Manakala wanita itu tidak beridah ( berkabung ) dengan idah daripada lelaki itu dan
tidak ada warisan diantara keduanya kerana wanita itu bukan isteri dari yang meninggal dan hanya
wanita itu terlepas diri denagn idah wanita yang ditalak kerana idah wanita yang merdeka. Maka wanita
itupun beridah kecuali kalau wanita itu hamil maka idahnya adalah dengan bersalin lalu wanita itu halal
bagi lelaki lain disebabkan dia melahirkan.
Situasi 6
Dalam situasi ini telah berkumpul dua idah. Contohnya, seorang wanita telah mengahwini lelaki lain
sebelum tamatnya tempoh idahnya. Maka hukumnya adalah, perkahwinan yang dilakukan itu harus
difasakhkan. Kemudian wanita tersebut perlu menyambung kembali atau menghabiskan dahulu idah
perceraiannya dengan suami pertama. Selepas itu, wanita tersebut perlu menjalani idah perceraian
yang kedua mengikut tempoh yang sepatutnya.
Menurut imam Syafie, beliau berkata: Malik memberitahu kepada ku melalui Ibnu Syihab bin
Al-Musayyab dan sulaiman bahawa Thulaihah menjadi isteri kepada Rasyid Atstsaqafi lalu dia
mentalakkannya dengan talak bain, Thulaihah kemudiannya telah berkahwin ketika dia masih berada
dalam tempoh idah, maka Umar r.a memukulnya dan suaminya dengan beberapa kali pukulan,
kemudian Umar memisahkan kedua mereka. Kemudian Umar bersabda: Mana-mana wanita yang
bernikah dalam waktu idahnya, maka jika lelaki yang kahwin dengannya itu belum menggaulinya harus
dipisahkan antara keduanya, kemudian wanita itu beridah sisa idahnya dari suami yang pertama. Maka
suami yang kedua tadi dianggap sebagai pelamar dan dia halal untuk mengahwini wanita tersebut.
Manakala sekiranya suami keduanya telah menggauli wanita tersebut, maka perlu dipisahkan
keduanya, kemudian wanita itu beridah sisa idahnya dari suami yang pertama, kemudian wanita
tersebut perlu beridah lagidari suaminya yang kedua, kemudian bagi bekas suaminya yang ke dua tidak
boleh menikahinya selama-lamanya.
Imam Syafie berkata: Abdul Majid memberitakan kepada kami dari Ibnu Juraij, ia berkata:
Atha memberitakan kepada kami bahawa seorang lelaki mentalakkan isterinya lalu wanita itu beridah
P a g e | 178
daripadanya hingga apabila ketinggalan sedikit dari idahnya lalu seorang lelaki telah berkahwin
dengannya pada akhir idahnya kerana tidak mengetahui yang demikian, lelaki itupun menggauli wanita
itu lalu dia mendatangi Ali bin Abi Thalib r.a mengenai perkara demikian, maka Ali memisahkan antara
kedua mereka dan Ali memerintahkan wanita tersebut untuk beridah atau menyambung idahnya yang
pertama, kemudian wanita itu beridah lagi dari idah akibat perceraian dari suami kedua. Apabila wanita
itu telah selesai idahnya, maka dia bolehmemilih samaada hendak berkahwin, maka boleh berkahwin,
dan sekiranya wanita tersebut tidak mahu berkahwin, maka tidak mengapa.
Telah berkata Imam Syafie lagi: Dan pendapat Umar dan Ali adalah pendapat kami, iaitu
mengenai wanita yang berkahwin dalam idahnya, maka wanita itu harus beridah dengan dua idah
secara bersama, dan pendapat Ali kami juga berpendapat bahawa lelaki (yang mengahwininya) adalah
sebagai pelamar dan wanita itu tidak haram keatas lelaki tersebut.
HUKUM-HAKAMISTERI DALAMMASA IDAH
Wanita-wanita yang diceraikan suami wajib tinggal di rumah bekas suaminya sehingga tamat tempoh
idah. Tidak halal isteri yang diceraikan keluar dari rumah bekas suaminya dan tidak halal bagi bekas
suami menghalau bekas isterinya dari rumah kecuali ia telah melakukan perbuatan keji. Isteri yang
berada di luar rumah ketika jatuhnya talak wajib segera pulang ke rumah suaminya sebaik sahaja
mengetahuinya.
Allah s.w.t telah berfirman:
}

{ ) / 1 .(
Maksudnya:
Wahai Nabi! apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka
ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu
(dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. janganlah kamu mengeluarkan mereka
dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka
keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji Yang nyata. dan itulah aturan-aturan
hukumAllah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum
P a g e | 179
Allah maka Sesungguhnya ia telah berlaku zalimkepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukumitu, kerana)
Engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
(Surah ath-Thalaaq: 1)
Melalui ayat ini telah terang dan tegas telah melarang wanita-wanita yang diceraikan suami
keluar dari rumah yang ia tinggal bersama-sama suaminya selama masa idah kecuali kerana sesuatu
sebab yang dharuri (tidak dapat tidak) dan bekas suami tidak boleh menghalau bekas isteri dari rumah
kecuali apabila bekas isteri itu telah melakukan perbuatan-perbuatan yang keji.
Jika bekas isteri keluar tanpa sebab yang dharuri, ia berdosa dan jika bekas suaminya
mengusirnya keluar dari rumah tanpa sebab yang dibolehkan Syarak, maka ia berdosa. Dalam hal ini
sama sahaja antara wanita yang menjalani talak raji ataupun talak bain.
Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan
kemampuan kamu; danjanganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu)
Dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat
itu).
(Surah ath-Thalaaq: 6)
Tujuan perintah supaya wanita beridah di rumah bekas suami ialah untuk memberi
kesempatan kepada keduanya rujuk semula dalam tempoh idah tersebut jika talak tersebut ialah talak
raj'i ataupun berkahwin semula jika mereka mahu. Tujuan ini lebih terjamin untuk memastikan bekas
isteri tidak perlu berpindah dan berjauhan antara satu sama lain.
Nafkah Isteri Ketika Idah
Kewajipan nafkah suami ke atas isteri juga meliputi juga bekas isteri yang diceraikan dengan talak raj'i
dalam masa idahnya jika tidak mengandung dan sampai bersalin sekiranya dia mengandung. Dan
termasuk juga bekas isteri yang diceraikan dengan talak bain jika dia mengandung sampai bersalin.
P a g e | 180
Kemudian bagi wanita yang kematian suami sekiranya dia mengandung, nafkah untuknya juga
sehingga dia bersalin. Dengan demikian, kesemua mereka itu berhak mendapat tempat tinggal,
makanan dan pakaian selama idahnya.
Allah s.w.t telah berfirman:
}

{ ) / 1 .(
Maksudnya:
Wahai Nabi! apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu),
maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa
idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. janganlah kamu
mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan
janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan
perbuatan keji Yang nyata. dan itulah aturan-aturan hukumAllah (maka janganlah kamu
melanggarnya); dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukumAllah maka Sesungguhnya
ia telah berlaku zalimkepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukumitu, kerana) Engkau tidak
mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
(Surah Ath-Thalaq: 1)
Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan
kemampuan kamu; danjanganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu)
Dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat
itu).
(Surah ath-Thalaaq: 6)
P a g e | 181
Ayat tersebut jelas mewajibkan nafkah kepada isteri yang telah diceraikan dalam masa
idahnya. Hah ini bagi memastikan kebajikan terpelihara walaupun telah diceraikan. Nafkah ini
wajib ditunaikan oleh bekas suami selama mana bekas isteri masih berada dalam tempoh
idah.
Sebahagian ulama berpendapat, bahawa bekas isteri yang diceraikan dengan talak
bain tetapi tidak mengandung hanya berhak mendapat tempat tinggal sahaja dalam masa
idahnya, dan lain-lain nafkah tiada. Pendapat ini dipegang dalam mazhab Maliki, Syafie dan
satu riwayat dari Imam Ahmad bin Hanbal. Antara dalil-dalil mereka ialah, firman Allah s.w.t:

Maksudnya:
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai
Dengan kemampuan kamu.
(Surah Ath-Thalaq: 6)
Firman Allah lagi:

Maksudnya:
dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka
nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.
(Surah Ath-Thalaq: 6)
Allah s.w.t menyebut mengenai tempat tinggal dihubungkan dengan semua wanita
yang diceraikan, tetapi apabila menyebut mengenai nafkah dihubungkait dengan
mengandung, ini menunjukkan bahawa wanita yang diceraikan suami dengan talak bain
tidak berhak mendapat nafkah, ia hanya berhak mendapat tempat tinggal sahaja.
Manakala bekas isteri yang diceraikan dengan talak bain tetapi tidak mengandung
berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal. Pendapat ini dipegang oleh Saiyidina Umar Al-
Khattab, Umar bin Abdul Aziz, Ath-Thauri dan golongan mazhab Hanafi. Antara dalil mereka
ialah firman Allah s.w.t:

P a g e | 182
Maksudnya:
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai
Dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu Yang menyakiti mereka (di
tempat tinggal itu)
(Surah Ath-Thalaq: 6)
Ayat ini menjadi nas wajib tempat tinggal, dan apabila diwajibkan tempat tinggal,
maka wajiblah nafkah. Tidak memberi nafkah adalah sesuatu benda yang menyusahkan
wanita.
Pendapat Ulama Mengenai Keluar Rumah DalamMasa Idah
Para ulama berbeza pendapat dalam hal keluar rumah dalam tempoh idah.
1) Mazhab Hanafi berpendapat bahawa wanita yang bercerai dengan talak raj'i dan talak
bain tidak boleh keluar rumah kediamannya dalam masa idah. Manakala wanita yang
kematian suami, ia boleh keluar dari rumah di waktu siang hari dan sebahagian waktu
malam untuk mencari sekadar keperluannya, tetapi tidak boleh bermalam selain di
rumah kediamannya. Wanita yang kematian suami dibenarkan keluar rumah pada
waktu-waktu tertentu adalah kerana dia tidak mendapat nafkah dari bekas suaminya.
2) Manakala menurut pendapat Mazhab Hanbali, wanita yang diceraikan suami ataupun
yang kematian suami adalah hanya boleh keluar rumah di waktu siang hari sahaja dan
tidak boleh keluar di waktu malam kecuali apabila terpaksa kerana waktu malam boleh
mendatangkan fitnah dan keburukan, tetapi walau bagaimanapun dia mesti bermalam di
kediamannya.
Dalilnya ialah hadis riwayat Jabir r.a:
Maksudnya: Ibu saudaraku dari sebelah ibu diceraikan dengan talak tiga oleh
suaminya lalu dia keluar rumah untuk memetik tamarnya, maka dia ditemui oleh seorang
lelaki lalu melarangnya keluar rumah. Maka lalu dia memberitahu kepada Nabi s.a.w
lantas Baginda bersabda: keluarlah dan petiklah tamarmu semoga eengkau akan
bersedekah dengan tamar itu ataupun engkau berbuat kebajikan.
(Hadis Riwayat An-Nasai, Abu Daud)
P a g e | 183
Antara tokoh-tokoh yang membolehkan wanita yang kematian suami untuk keluar rumah
kerana sesuatu keuzuran ialah Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a, beliau membolehkan wanita itu keluar
rumah di siang hari kerana menemui keluarganya. Manakala Abdul Razaq juga meriwayatkan dari Ibnu
Masud r.a, bahawa beliau membolehkan wanita itu keluar rumahdi waktu siang hari dan bila malam
mesti berada di rumahnya. Selain itu, Saiyyidina Ali bin Abu Thalib r.a diriwayatkan membolehkan
wanita yang dalam perjalanan (musafir) berpindah randah.
Hajaj bin Minhal meriwayatkan bahawa Ummu Salamah membolehkan wanita yang kematian
suami menziarahi ayahnya yang sedang sakit di waktu siang hari. Diriwayatkan dari Mujahid katanya
yang bermaksud:
Bahawasanya beberapa orang lelaki telah gugur syahid dalamperperangan uhud, maka
isteri-isteri mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w: bolehkah kami bermalamdi rumah
salah seorang dari antara kami kerana kami merasa kesunyian dirumah? Maka Rasulullah
s.a.wtelah memberi izin kepada mereka untuk bercakap-cakap di rumah salah seorang di
antara mereka, maka apabila sampai masa tidur, masing-masing balik ke rumah.
Apakah hikmah di sebalik pensyariatan idah?
Berdasarkan keterangan di atas, pada pandangan anda apakah hikmah disyariatkan idah?. Adakah
anda mengetahui terdapat golongan yang menuntut golongan lelaki juga perlu beridah sebagaimana
golongan wanita?. Apakah asas tuntutan mereka? Apakah tindak balas anda kepada pendapat
sedemikian?.
HIKMAH IDAH
Syariat Islam telah mewajibkan idah kepada wanita-wanita yang ditalak atau wanita yang meninggal
suaminya, dan dalil mengenai idah daripada hadis Rasulullah ialah, pada waktu itu sabda Rasulullah
s.a.w kepada Fatimah binti Qais:
Maksudnya: Beridahlah engkau di rumah Kalsum.
Hadis tersebut jelas membuktikan bahawa Rasulullah sendiri telah mengarahkan wanita yang
diceraikan untuk menjalani tempoh idah. Dengan maksud lain, idah adalah wajib dilaksanakan, dan
sekiranya ada yang mengingkari perintah tersebut dengan melakukan perkahwinan dalam tempoh idah,
maka perkahwinannya itu tidak sah.
P a g e | 184
Di antara hikmah adanya idah adalah:-
1) untuk mengetahui bersihnya rahim perempuan sehingga tidak bercampur antara keturunan
seseorang dengan orang lain. Selain itu, idah juga memberi kesempatan kepada suami dan isteri yang
berpisah untuk kembali kepada kehidupan semula atau merujuk kembali penceraian tersebut, sekiranya
dia menganggap perkara rujuk itu adalah yang terbaik bagi keduanya.
2) untuk memberi peluang kepada bekas isteri untuk membuat persediaan sebelum memulakan
perkahwinan dengan lelaki lain.
3) untuk memberi penghormatan kepada isteri untuk bertenang dan berkabung bagi janda yang
kematian suami. Kesedihan yang dialami selepas kehilangan suami tercinta amat memeritkan, oleh itu
waktu idah itulah masa untuk memastikan segala kesedihan yang dirasai terhakis sedikit demi sedikit.
Dapatkan maklumat dari buku-buku rujukan, artikel, jurnal dan laman web bagi mendapatkan maklumat
mengenai definisi talak, fasakh, iddah dengan lebih lanjut bagi memantapkan lagi kefahaman anda
mengenai perkara-perkara tersebut. Usaha anda sangat diperlukan bagi meluaskan lagi maklumat anda
sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
RUMUSAN
talak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak dan
seumpamanya.
Ulama membahagikan talak kepada beberapa bahagian mengikut penilaian yang berlainan.
Khuluk ialah pembubaran perkahwinan dengan sesuatu imbuhan yang diterima oleh suami
fasakh al-nikah bermaksud membatalkan atau membubarkan ikatan perkahwinan di antara
suami dan isteri kerana sebab-sebab tertentu yang menghalang daripada ikatan perkahwinan
tersebut berkekalan.
Ila ialah sumpah dengan nama Allah yang diucapkan oleh seseorang suami dengan
menyatakan bahawa dia tidak akan menyetubuhi isterinya lebih daripada empat bulan atau
tidak akan menyetubuhi isterinya buat selama-lamanya (secara mutlak).
lian adalah suatu proses sumpah yang dilakukan oleh suami yang mendakwa atau menuduh
isterinya melakukan perbuatan zina atau menafikan kandungan isteri bukan daripada
P a g e | 185
nasabnya dan ia tidak mempunyai saksi untuk membuktikan bahawa isterinya telah melakukan
zina atau dengan hanya berdasarkan qarinah tertentu sahaja.
Zihar menurut istilah ialah ucapan suami yang menyamakan isterinya dengan ibunya sendiri
atau mana-mana mahramnya
Idah bermaksud jangka masa isteri menunggu dan tidak boleh berkahwin setelah bercerai atau
kematian suaminya.
KATA KUNCI
1. talak
2. khuluk
3. ila
4. Zihar.
5.Li'an
6. Idah
PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah definis talak daripada segi bahasa dan istilah?

2. Huraikan pandangan ulama mengenai penggunaan kalimah kinayah dalam talak.?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan khuluk? Adakah khuluk diharuskan dalam Islam?
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
..............................................................
P a g e | 186
4. Terangkan pandangan ulama mengenai hukum Ila'.?

..............
.........................................................
5. Huraikan pandangan ulama mengenai hukum zihar?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
6. Sebutkan jenis-jenis idah?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
7. Adakah idah seseorang itu boleh berubah-ubah, Bincangkan kenyataan ini ?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
8. Bincangkan idah bagi wanita yang diceraikan sebelum digauli?

Bagi memantapkan lagi maklumat anda mengenai tajuk ini, diharapkan anda semua mencari
maklumat-maklumat mengenai perkara yang disebutkan di bawah. Di antara rujukan yang boleh anda
rujuk ialah buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu karangan Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh ala
Mazahib al-Arbaahkarya al-Jazairi, Fiqh al-Sunaholeh al-Sayid Sabiq dan lain-lain.
1) Konsep talak menurut pandangan ulama empat mazhab.
2) Konsep lian menurut pandangan ulama empat mazhab
3) Konsep ila' menurut pandangan ulama empat mazhab
4) Konsep zihar menurut pandangan ulama.
P a g e | 187
Anda semua dikehendaki memilih satu daripada tajuk-tajuk berikut sebagai tugasan. Markah kerja
kursus akan diambil dari tugasan ini.
1) Bincangkan jenis-jenis wanita yang disamakan dalam isu zihar menurut pandangan ulama.
2) Jelaskan pandangan ulama mengenai idah dalam kes keguguran.
3) Talak golongan OKU.
RUJUKAN
Abd. Ghani Azmi Bin Haji Idris (1994), Hukum-hukumPerkahwinan dan Kekeluargaan dalamIslam,
Kuala Lumpur: Dinie Publisher.
Azhar Abdul Aziz (2009), Fasakh dari Perspektif Syarak dan Amalannya di Mahkamah Syariah, Shah
Alam: Pusat Penerbit Universiti.
Harun Din (2001), Manusia dan Islam, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasan Saleh (1993), Asas Kekeluargaan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M. Usman Al-Khusti (1994), Soal J awab Kemusykilan Wanita, Kuala Lumpur: Darul Numan.
Mahmud Ali al-Sartawi, (1997), Syarh Qanun al-Ahwal al-Syakhsiah, 'Amman: Dar al-Fikr.
Mimi Kamariah Majid (1992), Undang-Undang Di Asia, Burterworths Asia.
Mohamad Zaki bin Samsudin (2002), Perkahwinan DalamIslam, selangor: Blue Print Publishing.
Muhammad Al-Mansur (1998), HukumHakamPerkahwinan, Johor : Jahabersa.
Muhammad Thalib (1997), Fiqh Nabawi, Kuala Lumpur: darul Numan.
Mustafa Hj. Daud (1993), Perkahwinan Menurut Islam, Kuala Lumpur: Utusan publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugha & Ali al-Syarbaji (2005), Kitab Fikah Mazhab Syafie (terj), Batu
Cave: Pustaka Salam Sdn Bhd, j4.
P a g e | 188
Raihanah Azhari (2000), Talaq Tiga: Analisis Terhadap Penghakiman Mahkamah Syariah, Dlm. J urnal
Syariah, 8 (2).
Salleh Ismail (2003), Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-undang Keluarga Islam,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syahrin Nasution (1992), Fikah Lengkap Perkahwinan, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.
Wahbah al-Zuhaili (2009), Fiqih Islamwa Adillatuhu, j 9 dan j10, Kuala Lumpur: Darul Fikir.
UNIT 10
NASAB
HASIL PEMBELAJARAN
P a g e | 189
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan pengertian nasab menurut pandangan ulama Islam.
2. Membincangkan kaedah mensabitkan nasab menurut pandangan ulama Islam.
3. Membincangkan isu-isu semasa dalam fiqh al-munakahat berkaitan tajuk nasab.
PENGENALAN
Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, saya yakin dan percaya anda telah
mendengar tentang nasab. Pada pendapat anda, apakah isu-isu nasab yang berlaku dalam masyarakat
Malaysia kini?
Adakah anda percaya kadang-kadang seseorang kanak-kanak tidak dapat disahkan nasabnya kerana
kesalahan yang dilakukan oleh ibubapa mereka? Adakah anda tahu jumlah anak tidak sah taraf di
Malaysia meningkat secara mendadak setiap tahun?
ISI KANDUNGAN
Nasab
Nasab dari segi bahasa merujuk kepada tiga maksud iaitu kerabat (), memperihal keturunan
hingga sampai ke peringkat datuknya ( ) dan
persemendaan (). manakala dari segi istilah pula bermaksud hubungan seseorang dengan
ayah atau salah seorang ibubapa atau nenek moyang yang ada kaitan dengannya. Ada sarjana yang
menyimpulkan makna nasab sebagai "hubungan kemasyarakatan yang menghubung seseorang
individu dengan kedua ibu bapanya dan juga kaum kerabatnya atas faktor perkongsian atau
kebersamaan dari sudut kelahiran sama ada dekat atau jauh".
Dalam undang-undang islam, nasab keturunan biasanya merujuk kepada biologi keturunan seorang
kanak-kanak dengan bapanya. Walau bagaimanapun, kadang-kadang nasab keturunan juga boleh
dirujukkan kepada keturunan seorang kanak-kanak dengan ibunya, khususnya kanak-kanak yang tidak
sah taraf (illegitimate child/walad al-zina).
P a g e | 190
Jenis-jenis nasab?
Menurut sarjana Islam, nasab boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
1) Nasab sandaran (intima') atau panggilan (al-dakwah) atau pengenalan (al-takrif)
2) Hubungan keibubapaan ( )
3) Kerabat dari sudut nasab ( )
1) Nasab sandaran (intima') atau panggilan (al-dakwah) atau pengenalan (al-takrif)
Maksud nasab pada kategori ini ialah kaum keluarga (al-Asyirah) atau keluarga (usrah) yang menjadi
asal seseorang itu. Dengan kata lain, dia salah seorang dari ahli keluarga itu dan boleh disandarkan
kepadanya. Maksud di sini ialah nasab yang menjadi usul kepada seseorang sama ada lelaki mahupun
perempuan dari sudut ayah sahaja melainkan dalam satu situasi iaitu li'an. Jika kita ingin
memperkenalkan seseorang maka kita sebut nama dia dan nama ayahnya atau keluarga ayahnya.
Contohnya Muhammad bin Abdullah atau sebagaimana sabda Nabi s.a.w menceritakan nasabnya
:Saya anak Abdul al-Muttalib. (hadis riwayat Bukhari)
Nasab kategori ini hanya dikhususkan kepada belah ayah sahaja. Seseorang itu tidak dinasabkan
kepada keluarga sebelah ibunya. Ini kerana seseorang itu dikira sebahagian daripada kaum keluarga
sebelah ayah bukannya sebelah ibu. Kata ulama: "Seseorang anak mengikut ayahnya dalam hal
nasab, dan mengikut ibunya dalam hal merdeka atau hamba". Atas dasar inilah, anak Nabi yang
bernama Ibrahim disebut bernasab quraish bukannya qibti kerana Nabi dari suku quraish, walaupun
ibunya seorang wanita dari qibti. Ertinya, jika ayah seseorang itu dari bangsa Arab, sedangkan ibunya
berbangsa Rom, dia tidak boleh disebut Rumi tetapi disebut Arabi. Dalam konteks Malaysia, jika ayah
seseorang itu berbangsa Melayu, emaknya berbangsa Cina, maka dia berbangsa Melayu. Tetapi jika
ayahnya berbangsa Cina, sedangkan ibunya berbangsa Melayu, maka dia berbangsa Cina.
Ibn al-Qayyim dalam kitabnya I'lam al-Muwaqqiin menyebutkan: "ulama Islam sepakat bahawa nasab
adalah kepada bapa".
2) Hubungan keibubapaan ( )
Hubungan keibubapaan bermaksud hubungan ibu bapa dengan anak-anaknya sama ada lelaki ataupun
perempuan. Hubungan ini berlaku dalam bentuk dua hala iaitu kepada ayah dan ibu. Dalam konteks ini,
betul jika disebutkan seseorang itu anak kepada si polan dan si polanah.
3) Kerabat nasab ( )
Maksud qarabah al-nasabiyyah ialah hubungan kemasyarakatan yang mengumpulkan individu-individu
yang berkongsi pada kelahiran yang sama sama ada dekat atau jauh. Karib al-Nsabi bermaksud
mereka yang ada perkongsian dengan kita pada salah seorang ibu bapa atau salah seorang nenek
P a g e | 191
moyang dan ke atas. Kerabat kategori ini mencakupi kerabat sebelah ayah dan juga ibu. Tidak
termasuk dalam kategori ini kerabat kerana persemendaan dan juga kerabat hukmiyyah seperti kerabat
kerana susuan atau kerana wala'.
Ringkasnya, kerabat ada tiga kategori iaitu 1) kerabat al-nasabiyyah, 2) kerabat
persemendaan (musaharah), 3) kerabat secara hukum (hukmiyah) iaitu kerana penyusuan atau wala.
Bagaimana hendak mensabitkan nasab?
Dalam kitab fiqh Manhaji ala Mazhab al-Syafii disebutkan terdapat beberapa kaedah atau cara
mensabitkan nasab yang dijelaskan oleh syarak iaitu:-
1. Penyaksian (syahadah)
Penyaksian dalam kes nasab disyaratkan dua orang lelaki yang memenuhi kriteria-kriteria
saksi dalam pernikahan. Menurut mazhab Syafie, penyaksian perempuan atau penyaksian
seorang lelaki dan dua orang perempuan dalam pen sabitan nasab adalah tidak diterima.
2. Pengakuan (ikrar)
Ikrar bermaksud pengakuan seorang lelaki bahawa dia adalah bapa kepada seseorang anak.
Ataupun seorang budak mengaku dia adalah anak kepada seseorang lelaki itu.
Walau bagaimanapun bukan semua bentuk ikrar yang diterima dalam pensabitan nasab,
sebaliknya ikrar perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:
2.1 Keadaan fizikal seseorang itu tidak menafikan ikrar seseorang itu sebagai suatu
cubaan berbohong. Maknanya, Kedua-duanya dalam umur yang sesuai untuk
menjadi bapa dan anak. Sekiranya mereka berada dalam lingkungan umur yang tidak
boleh diterima, yang mereka itu sebagai bapa ataupun anak seperti umur mereka
sebaya, atau umur anak lebih tua berbanding bapa, maka pengakuan itu tidak boleh
diterima untuk mensabitkan nasab.
2.2 Ikrar itu diperakui oleh syarak. Maksudnya, syarak tidak mengiktiraf sesuatu ikrar jika
anak yang didakwa sebagai anaknya itu diketahui umum bukan daripada
keturunannya. Ini kerana keturunan yang pasti dan diketahui umum tidak boleh
berubah menerusi ikrar pendakwa atau sebaliknya.
2.3 Orang yang didakwa mengiakan dakwaan pendakwa sekiranya dia berkeahlian/
berkelayakan untuk berbuat demikian iaitu jika sekiranya dia seorang mukalaf.
2.4 Orang yang berikrar tidak berikrar demi kepentingan dirinya sendiri atau demi
mengelakkan diri daripada ditimpa mudarat. Jika dilakukan kerana faktor-faktor ini, ia
tidak dinamakan ikrar tetapi dinamakan dakwaan. Dakwaan seperti ini tidak diterima
melainkan jika terdapat penyaksian dan sebagainya sebagai penyokong.
3. Al-Istifadah.
Ia bermaksud seseorang yang menasabkan dirinya kepada seorang lelaki atau sesebuah
kabilah, tanpa wujud sebarang pertikaian, dan ia berlarutan dalam tempoh yang panjang.
Statusnya samalah dengan kesaksian yang sah yang dianggap sebagai dalil yang diiktiraf
syarak dalam mensabitkan nasab. Tetapi perlulah memenuhi syarat 1) diperakui oleh orang
ramai yang hidup bersamanya, 2) mereka itu dalam kuantiti yang ramai yang mustahil pada
logik akal mereka bersepakat untuk berbohong.
P a g e | 192
KAEDAH UNTUK MENSABITKAN NASAB KETURUNAN MENGIKUT ISLAM
Kebanyakan pengkaji-pengkaji dalam bidang undang-undang keluarga Islam telah menggariskan
beberapa cara untuk mensabitkan nasab, sebagai perkara berikut :
Pertama : Al-Firasy
Melalui doktrin daripada Hadis yang berbunyi al-walad lil-firasy

Maksudnya
Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).
(Riwayat Jama`ah melainkan Tirmizi)
Maksud al-Firasy di sini ialah perkahwinan yang berlaku antara seorang lelaki dengan seorang
perempuan yang boleh melahirkan anak untuknya. Jika perempuan tersebut melahirkan anak hsail dari
perkongsian hidup dengan suaminya.
Para ulama sependapat menyatakan al-firasy di sini bukan sahaja merujuk kepada nikah sahih iaitu
suatu ikatan perkahwinan yang sah dari sudut syarak, tetapi juga dengan ikatan perkahwinan yang
fasid dan milk al-yamin. Dalam Islam, ikatan perkahwinan ada beberapa kategori ;
(i) Nikah sahih iaitu ikatan perkahwinan yang memenuhi syarat-syarat dan rukun yang
diperlukan dalm sesuatu akad nikah.
(ii) Nikah fasid iaitu salah satu daripada syarat tidak dapat dipenuhi.
(iii) Nikah batil iaitu suatu ikatan perkahwinan yang berlaku tetapi bertentangan dengan
kehendak syarak kerana terdapatnya larangan-larangan tertentu.
Majoriti ulama fiqah empat mazhab, anak yang dilahirkan melalui nikah sahih dianggap sebagai anak
yang sah taraf berasaskan doktrin al-firasy.
Sebahagian ulama Mazhab Hanafi berpendapat sekiranya seorang wanita melahirkan anak melalui
perkahwinan tersebut dianggap sebagai sahih dan fasid, anak hasil daripada perkahwinan tersebut
dianggap sah taraf secara automatik walaupun ayah kepada anak tersebut tanpa membuat tuntutan
nasab (ghayr diwah).
P a g e | 193
Mereka berpendapat bahawa akad perkahwinan yang fasid tidak meninggalkan kesan kecuali jika
persetubuhan berlaku dan hasil daripada perkahwinan itu wanita tersebut telah mengandungkan
seorang anak. Dalam hal seperti ini, anak yang dihasilkannya itu tidak boleh dinafikan nasabnya,
kecuali melalui instrument yang dikenali sebagai lian.
Pensabitan Nasab Al-firasy bagi pemilik hamba wanita yang melahirkan anak:
Doktrin al-firasy boleh diguna pakai ke atas seorang pemilik hamba wanita yang melahirkan anak hasil
daripada perhubungan mereka berdua. Keizinan mengadakan hubungan seksual dengan hamba wanita
dijelaskan sebanyak tiga kali dalam al-Quran,





surah an-Nisaa4; 24
Maksudnya : Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-
perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki.
(Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah
(yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu
perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu
mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.
Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran
dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada
mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang
diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu
persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah
ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (24)


( Surah al-Muminun 23:5-6)
P a g e | 194
Maksudnya : Dan mereka yang menjaga kehormatannya,(5) Kecuali
kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak
tercela: (6)



(Surah al-Maaarij70: 29-30)
Maksudnya :Dan mereka yang menjaga kehormatannya, (29) Kecuali
kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka
tidak tercela; (30)

Ayat-ayat tersebut dijelaskan dengan syarat hamba wanita tersebut seorang Muslimah, Kristian atau
Yahudi selagi pemilik atau sayyid tidak mengahwinkan hamba wanita tersebut dengan sesiapa.
Pandangan ulama :
1- Mazhab Hanafi, seorang hamba wanita yang melahirkan anak hasil daripada perhubungan seks
dengan sayyidnya, anak tersebut dianggap sah taraf hanya sekiranya sayyidnya itu menuntut
pengakuan nasab anak itu.
2- Mazhab Maliki tiada seorang pun dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan hamba wanita
yang dimiliki oleh sayyid kecuali sayyid sendairi.
Mereka berhujah : Hadis Nabi yang bermaksud,
Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
menanamkan air (maninya) ke tempat tanaman yang dipunyai oleh orang
lain.
Ini membawa erti, bahawa seorang lelaki tidak dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan
hamba wanita yang dimiliki oleh orang lain. Sekiranya pemilik hamba wanita atau mawla yang
memiliki wanita secara milk al-yamin mengadakan hubungan seks dengannya dan wanita tersebut
melahirkan anak hasil daripada perhubungannya itu dan tuan tersebut membuat pengakuan nasab
ke atas anak yang dilahirkan ini, anak tersebut dianggap sebagai sah taraf selagi anak tersebut
tidak dituntut nasabnya oleh orang lain dan hubungan seks yang berlaku adalah halal dari sudut
syarak. Kerana kedudukan hamba wanita dalam konteks ini dianggap sebagai firasy kepunyaan
sayyid tersebut.
P a g e | 195
3- Mazhab Syafii, sayyid tidak perlu memohon tuntutan nasab anak tersebut dengan sendiri adalah
sah taraf.
Dalam hal ini, nampaknya Mazhab Hanafi lebih mementingkan kuasa seorang sayyid ke atas hamba
wanita yang dimilikinya, manakala Mazhab Syafii cuba untuk memerdekakan anak yang dilahirkan oleh
seorang sayyid, walau apa pun, sama ada anak tersebut dituntut nasab oleh siyyidnya atau tidak, lelaki
tersebut merupakan ayah kepada anak tersebut kerana dengan itu ia telah mengaku mengadakan
hubungan seks dengan hamba wanitanya.
Contoh pensabitan Nasab melalui Al-Firasy pada zaman Rasulullah S.A.W:
Pertelingkahan tentang nasab kadang kala berlaku kerana kaitannya dengan harta pusaka. Salah satu
hadis yang diriwayatkan oleh Mujahid bahawa Rasulullah S.A.W telah menasihatkan Sawdah
sebagaimana nasihat baginda terhadap Zainab binti Jashni. Mafhum hadis berbunyi: Aishah (r.a)
berkata, Sad bin Abi Waqqas dan Abd bin Zamah berbalah mengenai seorang anak muda. Sad
berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W: Wahai Pesuruh Allah, anak muda ini ialah anak lelaki kepada
saudara lelaki saya. Utbah bin Abi Waqqas, kerana kalamu baginda melihat iras mukanya, ia
menyerupai Utbah. Akan tetapi baginda bersabda kepadanya : Anak muda ini ialah adk lelaki kamu,
dan Nabi Muhammad berkata, Al Walad li Al Firash wa li al-ahir al-hajar. Rasulullah S.A.W
memberitahu sawdah binti Zamah bahawa dia terhijab daripada mendapat harta pusaka, kerana adanya
anak muda tersebut. Hadis ini jelas menunjukkan bahaa nasab terjadi melalui amalan dasar doktrin al
walad li al firash.
Syarat Al-firasy :
Sungguhpun begitu, dalam konteks al-walad lil-firasy yang dibincangkan ini, terdapat beberapa kriteria
yang mesti dipenuhi seperti berikut :
(i) Suami mestilah seorang yang boleh melakukan hubungan seks sehingga menjadikan
isterinya mengandung. Dalam hal ini biasanya ulama islam mensyaratkan lelaki tersebut
mestilah sudah mencapai umur baligh.
(ii) Bagi Mazhab Maliki, Syafii dan Hanbali, setelah sesuatu akad nikah berlaku dengan sah,
suami isteri tersebut disyaratkan wujud kemungkinan bertemu (talaqi) sehingga dengan itu
kandungan boleh berlaku.
Mazhab Hanafi, mereka tidak mensyaratkan wujud kemungkinan bertemu, doktrin al-walad lil-
firasy hendaklah diguna pakai kerana akad nikah yang telah mengambil tempat itu sudah
P a g e | 196
cukup untuk membuktikan yang wanita tersebut dipunyai oleh lelaki itu. Oleh itu, sekiranya
dalam tempoh mengandung dan melahirkan anak, maka anak itu dianggap sah taraf.
Pensabitan nasab Al-firasy bagi Isteri yang telah diceraikan secara bain atau rajii :
doktrin al-firasy boleh diguna pakai ke atas anak yang dilahirkan oleh seorang isteri yang telah
diceraikan secara bain atau rajii, tempoh kandungan telah menjadi bahan perselisihan di kalangan
ulama. Mazhab hanafi, anak yang dilahirkan ketika isteri dalam idah (bain atau rajii) dianggap sah taraf
selagi bapanya tidak menafikan nasab anak tersebut. Di sini ulama Mazhab berbeza pendapat
mengenai kadar maksimum kandungan.
i. Mazhab Hanafi, kandungan hendaklah tidak melebihi dua tahun qamariah iaitu 345 hari x 2
tahun = 708 hari.
ii. Mazhab Syafii dan Hanbali mengehadkan kandungan hendaklah tidak melebihi empat tahun
qamariah, iaitu 1,416 hari.
iii. Mazhab Maliki menentukan maksimum lima tahun qamariah, iaitu 1770 hari.
Para ahli fiqah sepakat bahawa masa minimum kehamilan adalah enam bulan. Ini adalah kesimpulan
dari penggabungan dua dalil, iaitu Firman Allah Swt:




:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh
mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam
masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang
sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun,
berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya
tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan
kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang
Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam
jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan
P a g e | 197
sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh
kepadamu)". (15)



:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang
demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan). (14)
Seperti yang kita lihat, ayat pertama menyebut secara jelas bahawa masa kehamilan
dan penyapihan bayi adalah tiga puluh bulan, dan ayat kedua menyatakan bahawa bayi
disapih setelah berusia dua tahun. Bila kira mengambil masa dua tahun (24 bulan)
penyusuan dari masa tiga puluh bulan ini, maka yang tersisa adalah masa enam bulan, iaitu
masa minimum kehamilan.
Dalam hal ini, para ulama jelas mengambil sifat paling terbuka dengan menjadikan alasan
tempoh maksimum kandungan sebagai asas untuk mengesahtarafkan seorang bayi yang dilahirkan
dalam tempoh tersebut dengan menjadikan doktrin al-firasy sejauh yang mungkin walaupun daripada
hukum undang-undang perubatan moden, bayi biasanya berada di dalam kandungan ibunya selama
sembilan bulan sepuluh hari atau 280 hari.
akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, akta 303 memperuntukkan :
Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan
seorang anak enam bulan qamariah atau lebih dari tarikh perkahwinan itu atau
dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan
sama ada oleh sebab kematian lelaki atau oleh sebab penceraian, dan
perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan
P a g e | 198
sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh dengan cara lian atau kutukan
menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan mahkamah.
Peruntukan di atas menyamai pendapat mazhab Syafie dan selaras dengan
peruntukan doktrin al walad li al firash.
Mengikut empat mazhab, walaupun anak yang dikandung oleh seorang wanita yang suaminya telah
meninggal dunia iaitu wanita tersebut belum selesai menjalani idahnya dan melahirkan anaknya dalm
tempoh kurang daripada dua tahun setelah suaminya meninggal dunia, anak tersebut dianggap sebagai
sah taraf kerana semasa kandungan berlaku, doktrin al-firasy wujud.
Kedua : Al-Bayyinah (penyaksian)
Mengikut kebanyakan ulama, sekiranya anak yang dilahirkan oleh seorang wanita menjadi pertikaian
dan menimbulkan keraguan, para ulama sependapat menjadikan al-bayyinah (penyaksian) sebagai
salah satu kaedah untuk penentuan nasab kanak-kanak. Dalam hal seperti nini, kemungkinan-
kemunginan keraguan antaranya ialah;
A. sekiranya suami cuba untuk membuat penafian manakala isterinya pula mahu membuktikan
yang ia benar-benar melahirkan anak tersebut hasil daripada perkongsian hidup dengan
suaminya,
B. suami berasa ragu kemungkinan ada orang ketiga dalam hidupnya sebagai suami isteri,
C. suami tidak berapa percaya bahawa pertemuan yang singkat dengan isterinya yang
kemudiannya suami berada diluar negeri lebih daripada sembilan bulan.
Dalam contoh-contoh tersebut, bukti melalui penyaksian perlu diketengahkan sebagai bukti untuk
meyakinkan bahawa anak yang dilahirkan adalah sah taraf. Al-bayyinah atau persaksian melalui
pengakuan secara lisan dengan menyaksikan anak yang dilahirkan itu berdasarkan apa yang digunan
pakai dalam doktrin al-firasy.
Kaedaan yang boleh menggunaan keadah nasab penyaksian :
1. suami kepada wanita tersebut ragu atau tidak yakin dengan anak yang dilahirkan, dua
orang saksi semasa kelahiran bayi tersebut diperlukan bagi membolehkan anak itu
dianggap sebagai sah taraf.
P a g e | 199
2. Seorang suami juga boleh mengemukakan panyaksian iaitu dua orang saksi untuk
pembuktian anak yang dilahirkan oleh isterinya ialah anaknya yang sejati.
3. seorang sayyid boleh mengemukan bukti melalui bayyinah bahawa anak yang
dilahirkan oleh hamba wanita milikinya, merupakan anak sah taraf.
Konsep al-bayyinah jelas disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 282








bermaksud:
...dan persaksikanlah dengan dua orang saksi daripada orang-orang lelaki
antara kamu jika tiada dua orang lelaki maka boleh lelaki antara kamu jika tiada
dua orang lelaki maka boleh seorang lelaki dan dua orang perempuan daripada
saksi-saksi yang kamu redai.
Ayat al-Quran tersebut telah dijadikan asas umum berkaitan dengan isu penyaksian, iaitu dua orang
lelaki atau seorang lelaki dan dua orang wanita. Ini menunjukkan umumnya seorang lelaki
menyamaikan dua orang wanita dari sudut persaksian.
Mengikut Mazhab Syafii, penyaksian yang melibatkan selain daripada mal iaitu seperti nasab, akad
nikah, perceraian, memerdekakan hamba, wasiat, membunuh dengan sengaja yang ada kaitannya
dengan hudud selain daripada jenayah zian, persaksian hendaklah diwakili oleh dua orang lelaki yang
adil.
Sehubungan dengan ini, persaksian (syahadah), tiga elemen penting yang telah dibincangkan oleh para
ulama islam seperti berikut:
(i) Sifat atau kriteria (sifat) orang yang menjadi saksi iaitu termasuk sifat adil, baligh,
merdeka, Muslim dan berdaya menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya (nafy al-
tuhmah).
(ii) Bilangan orang yang menjadi saksi.
P a g e | 200
(iii) Jantina orang yang menjadi saksi.
Menurut majoriti ulama Islam, saksi yang diperlukan dalam kes zina sahaja yang memerlukan
empat orang, dalam kes lain hanya diperlukan dua orang saksi sahaja. Pengakuan secara mulut
yang melibatkan harta benda, seorang lelaki adil dan dua orang wanita merupakan asas
persaksian.
kelahiran anak yang disaksikan oleh seorang bidan (al-qabilah) :
kebanyakan ulama mazhab termasuk Imam Abu Yusuf, Muhammad al-Syaibani, Mazhab Maliki, Ibn
Qasim dan Ibn Wahab dan kebanyakan mazhab Hanbali, anak tersebut dianggap sebagai sah taraf.
Sebaliknya mengikut sebahagian ulama Mazhab Syafii, nasab merupakan salah satu perkara yang
memerlukan dua orang saksi lelaki, orang yang menjadi saksi kelahiran anak sentiasa diwakili oleh
empat orang wanita, barangkali yang akhirnya Mazhab Syafii menetapkan saksi hendaklah terdiri
daripada seorang lelaki dan dua orang wanita. Mazhab Syafii menolak persaksian diwakili oleh
seorang wanita sahaja.
Dalam hal ini, terdapat dua hadis Nabi mengenai persaksian kelahiran anak. Diriwayatkan oleh
Hudaifah bahawa Rasulullah membenarkan seorang bidan (al-qabilah) wanita sebagi saksi kelahiran.
Hadis kedua pula, Rasullullah menjelaskan bahawa wanita-wanita sebagai saksi dibenarkan sekiranya
iada kaum lelaki.
Walaupun kebanyakan ulama islam, menerima hadis pertama diguna pakai (iaitu membenarkan bidan
sebagai saksi kelahiran), bagaimana Mazhab Syafi,i nampaknya menolak unuk mengguna pakai hadis
yang pertama dan berpegang kepada hadis kedua iaitu seorang wanita sebagai saksi dalam kelahiran
anak tidak mencukupi.
Pensabitan nasab bayyinah bagi kelahiran semasa wanita dalamtempoh idah :
Justeru penggunaan bayyinah adalah amat penting dijadikan sebagai kaedah untuk pengesahan araf
kanak-kanak apabila anak yang dilahirkan oleh ibu yang diceraikan oleh suaminya tetapi dilahirkan
semasa wanita tersebut sedang menjalani idah untuk memastikan perceraian. Umumnya, wanita-wanita
seperti ini boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan:
(i) Wanita yang diceraikan secara bain.
P a g e | 201
(ii) Wanita yang diceraikan scara rajii.
(iii) Wanita yang berceraidengan sebab suami meninggal dunia.
(i) Wanita yang diceraikan secara bain
Anak yang dilahirkan oleh wanita dalam kategori ini diambil kira sama ada suami kepada wanita
tersebut memperakukan yang kandungan wanita tersebut ialah kepunyaannya;
1- ImamAbu Hanifah, bahawa nasab anak yang dilahirkan dianggap sah taraf melalui tuntutan
nasab (istihaq)
2- Muhammad al-Syaibani pula mensyaratkan pengakuan yang dibuat oleh wanita adil atau
bidan.
3- Mazhab Maliki, keperluan kepada dua orng saksi lelaki diperluan.
Sekiranya seorang suami tidak menyedari bahawa isterinya telah diceraikan secara rajii. Mazhab
Hanafi, sah taraf anak tersebut bergantung kepada bilangan orang yang menjadi saksi atau
dikenali sebagai persaksian sempurna (syahadah kamilah). Ini kerana, pengakuan suami terhadap
anak tersebut boleh diterima hanya sekiranaya terdapat persaksian sempurna iaitu dua orang
saksi. Dan nasab anak tersebut memang dilahirkan oleh bekas iserinya bersama-sama dengan
saksi sempurna.
Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani, berpendapat bahawa isteri yang telah diceraikan dan
melahirkan anak, nasab anak tersebut boleh diperakukan dan anak tersebut adalah sah taraf
melalui pengakuan dan persaksian yang dibuat secara lisan oleh seorang bidan
(ii) Wanita yang diceraikan secara rajii
Wanita yang melahirkan anak semasa menjalani idah rajii telah menjadi bahan perdebatan hangat
di kalangan ulama mazhab fiqah.
1- sekumpulan ulama mazhab fiqah berpendapat kedudukan wanita yang diceraikan secara rajii
dan nasab anak yang dilahirkannya sama seperti status wanita yang tidak dicerai, iaitu
menyamai status seorang isteri yang sah.
2- sekumpulan yang lain berpendapat bahawa dengan kelahiran anak yang dikandung, idahnya
akan tamat, begitu juga perkahwinannya. Justeru, peraturan yang sama mengenai bayyinah
yang diguna pakai kepadanya sebagai seorang isteri yang dicerai secara bain berhubung
dengan nasab tersebut.
(iii) Wanita yang bercerai dengan sabab suami meninggal dunia
P a g e | 202
Wanita yang dalam idah kematian suami dan semasa suaminya meninggal isterinya tidak disedari
sedang mengandung dan melahirkan anak daripada kandungan tersebut. Akan tetapi waris-waris
wanita tersebut menafikan anak yang dilahirkan dan ia anak kepada lelaki yang meninggal dunia
itu. Dalam hal ini, wanita tersebut hendaklah dianggap sama statusnya seperti seorang wanita
yang menjalani idah bain. Begitu juga dengan nasab anak tersebut. Sungguhpun begitu, sekiranya
kandungan wanita tersebut dimaklumi dan waris-waris wanita itu memperakukan kandungan itu
daripada suaminya yang telah meninggal dunia,
Pandangan ulama :
1- Mazhab Hanafi, kelahiran anak tersebut hendaklah dianggap sebagai anaknya tanpa
memerlukan saksi. saksi sempurna iaitu sama ada dua orang lelaki atau seorang lelaki dan
dua orang wanita diperlukan.
2- ImamAbu Yusuf dan ImamMuhammad al-Syaibani, saksi seorang wanita diperlukan.
Sekiranya kandungan tidak dimaklumi oleh waris-waris wanita tersebut.
3- Mazhab Maliki pula, ia memerlukan dua orang wanita sebagai saksi untuk mensabitkan
nasab anak tersebut.
Dalam kaitan ini, undang-undang keluarga Islam memperuntukkan seperti berikut :
Jika orang yang membuat pengakuan itu ialah seorang perempuan yang berkahwin atau yang
sedang dalam idah, suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa kepada orang
yang diakui itu melainkan jika pengakuan perempuan itu disahkan oleh suaminya itu atau
disahkan dengan keterangan.
Selain daripada yang disebutkan, babyyinah juga diperlukan untuk mensabitkan nasab seorang bayi
yang dilahirkan oleh wanita ketika menjalani idah, sama ada
i- idah raji,
ii- bain atau
iii- kematian suami, dan idahnya telah tamat.
Apabila wanita tersebut melahirkan anak kurang dari tempoh enam bulan selepas diakui idahnya
tamat, maka ini bermakna anak yang dilahirkan itu ialah hasil daripada perhubungan wanita tersebut
dengan suaminya. Dalam hal ini, ulama dalam bidang undang-undang keluarga Islam mensyaratkan
bahawa anak yang dilahirkan oleh wanita tersebut perlu disahtarafkan melalui bayyinah.
P a g e | 203
Mengenai wanita yang idahnya sudah berakhir dan anak dilahirkan lebih daripada enam bulan selepas
perceraian, nasab anak tersebut tidak boleh dianggap sah taraf daripada suami kepada wanita itu. Ini
kerana, mengikut Mazhab Hanafi, sekiranya perakuan dibuat oleh seorang wanita yang dicerai dan idah
telah tamat, perakuannya hendaklah diterima dan anak yang dilahirkan selepas tamat tempoh idahnya
boleh diterima perakuan itu jika anak daripada ia diceraikan. Justeru, nasab anak tersebut dalam
konteks ini tidak boleh dikaitan dengan suami wanita tersebut dan ia dianggap sebagai anak zina.
Ketiga : Wati syubhah
Wati syubhah boleh didefinasikan sebagai suatu hubungan kelamin yang berlaku ke atas seorang lelaki
dan wanita iaitu mereka berdua tidak menyedari yang hubungan kelamin yang dilakukan itu tidak sah
(unlawful).
Mazhab Hanafi mengklasifikasikan wati syubhah kepada tiga jenis iaitu seperti berikut:
(a) Kesamaran dari sudut perbuatan (syubhah fi al-fil)
(b) Kesamaran dari sudut tempat berlaku (syubhah fi al-mahal)
(c) Kesamaran dari sudut akad (syubhah fi al-aqd).
Selain daripada ulama Mazhab Hanafi, megemukakan wati syubhah dalam keadaan yang berbeza
walaupun akhirnya membuat kesimpulan yang sama. Bagi Mazhab Hanafi, subhah fil-fil ada tiga jenis
iaitu seperti berikut:
(i) Selepas seorang suami menceraikan isterinya dengan talak tiga dan tempoh idah bagi
talak yang ketiga belum tamat, lelaki tersebut dilarang mengadakan hubungan seks
dengan isterinya. Sekiranya dalam tempoh tersebut, lelaki itu mengadakan hubungan
seks dalam keadaan tidak menyedarinya akan larangan tersebut( ignorance), hubungan
seks tersebut dikategorikan sebagai kesamaran dari sudut perbuatan.
Nasab anak yang dilahirkan hasil daridapa perhubungan seks dalam kategori kesamaran
dari sudut perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang syarak dilakukan dengan
menyedari tentang haramnya adalah sah taraf dan hendaklah dinasabkan kepada
bapanya yang juga bertanggungjawab untuk menyediakan sara hidupnya.
(ii) Sayyid, iaitu pemilik hamba wanita dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan
wanita tersebut. Tetapi bapa kepada sayyid tersebut dilarang mengadakan hubungan
seks dengan hamba yang dimiliki oleh anaknya, sekiranya ini berlaku, dan dilakukan
P a g e | 204
dengan sengaja, lelaki tersebut boleh dikenakan had zina. Punca masalah yang
diketengahkan oleh ulama Islam klasik hingga membolehkan bapa kepada sayyid pemilik
hamba wanita, mengadakan seks dengan wanita tersebut kerana terdapat sebuah Hadis
Nabi yang menyebutkan yang bermaksud, Anda dan harta benda yang anda dimiliki ialah
kepunyaan bapa anda. Anak yang dilahirkan hendaklah dinasabkan kepada bapa, iaitu
dalam kes ini bapa kepada pemilik hamba wanita tersebut.
(iii) Seorang hamba wanita yang dijadikan bahan gadaian, sekiranya orang yang menerima
hamba wanita tersebut sabagai barang gadaian (rahn) dan mengadakan hubungan seks
dengan wanita itu, sekiranya anak dilahirkan hasil daripada hubungan tersebut, nasab
anak tersebut kembali kepada orang yang menerima barabg tebusan (al-murtahan)
sekiranya ia membuat tuntuan nasab, jika tidak nasab anak tersebut dirujuk kepada orang
yang dimiliki hamba tersebut, dalam hal ini dikenali sebagai al-rahin.
Dalam hubungan ini, Contoh yang dikemukan oleh Mazhab Syafii ialah seorang lelaki yang sudah
mendirikan rumahtangga telah mengadakan hubungan jenis dengan seorang wanita dengan anggapan
yang disetubuhinya itu ialah isterinya atau hamba wanitanya.
Dalam konteks ini, Mazhab Maliki mengkategorikannya sebagai kesamaran perkahwinan (syubhah al-
nikah).
Dalam konteks kesamaran yang berkaitan dengan kesamaran dari sudut tempat (syubhah fi al-mahal),
Mazhab Hanafi menurunkan contoh-contoh berikut:
(i) Sekiranya hubungan jenis yang berlaku di antara seorang lelaki dengan seorang wanita
yang telah diceraikan secara bain dalam bentuk tidak jelas iaitu dilakukan secara kinayah.
Kesan daripada menceraikan isteri tanpa menggunakan lafaz talak yang jelas, sekiranya
persetebuhan berlaku selepas perceraian itu, akibatnya nasab anak yang dilahirkan
hendaklah dikembalikan kepada lelaki tersebut.
(ii) Ketika seorang bapa kepada pemilik hamba wanita yang beranggapan hamba wanita milik
anaknya juga merupakan hak miliknya, lalu lelaki tersebut mengadakan hubungan jenis
dengan wanita tersebut sehingga melahirkan anak ini menyerupai Syubhah fi al-fii,
sungguhpun begitu, Mazhab Hanafi cuba membezakan dua aspek kesamaran tentang
hubungan jenis yang dilakukan. Pertama ialah hasil daripada perbuatan dan yang kedua
ialah hasil daripada tempat persetubuhan itu dilakukan.
P a g e | 205
(iii) Perlakuan yang berlaku ke atas seorang wanita yang telah dijual kepada seorang lelaki,
tetapi setelah wangnya dibayar, hamba wanita tersebut tidak diserahkan kepada pembeli.
Manakala bagi Mazhab Hanbali seperti apa yang dikatakan oleh Kadi Abu Yala, sekiranya seorang
lelaki mengadakan hubungan jenis dengan seorang wanita yang belum pernah berumahtangga dengan
sebab kesamaran(syubhah), dalam hal ini, kesemua bentuk kesamaran, sama ada syubhah al-fil
(perbuatan) syubhah al-mahal (tempat) dan syubhah fi al-milk (hak milik) tidak boleh diguna pakai.
Sungguhpun begitu, Mazhab Syafii, Hanafi dan kebanyakan ulama Mazhab Hanbali berpendapat
bahawa anak hasil daripada perhubungan tersebut dianggap sah taraf kerana semasa persetubuhan
berlaku mereka beranggapan sah seperti nikah faid. Ini sudah tentu berbeza dengan perbuatan zina
yang perlakuan berlaku diketahui dan dimaklum sebagai haram.
Wati syubhah juga boleh didefinisikan sebagai hubungan jenis yang berlaku dengan pasangan yang
melakukannya tidak menyedari bahawa perbuatan itu adalah haram dari sudut syarak.
Di samping contoh-contoh di atas ulama menggariskan bahawa perhubungan seks dalam perkahwinan
yang dilarang secara nyata di dalam al-Quran adalah haram, sebagaimana yang dinyatakan dalam
Surah an-Nisaa ayat 23,:






Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan
kamu, adik-beradik perempuan kamu, adik-beradik perempuan ibu kamu, anak
perempuan adik-beradik lelaki kamu, anak perempuan adik-beradik perempaun
kamu, ibu-ibu susuan kamu, saudara perempaun sesusu, ibu mertua kamu,
anank-anak isteri kamu yang kamu telah setubuhi, tetapi sekiranya kamu
belum setubuhi isteri kamu itu, maka tidak berdosa kamu mengahwininya..
Ini membawa maksud bahawa, perhubungan yang berlaku dalam perkahwinan di atas walaupun
dengan akad nikah tetap dianggap sebagai batil atau zina, dan anak yang dilahirkan daripada
perhubungan tersebut dianggap sebagai anak yang tak sah taraf, sekiranya dilakukan dengan sengaja.
P a g e | 206
Walau bagaimana, sekiranya dilakukan dengan tidak sengaja iaitu tidak mengetahui akan larangan
tersebut, maka anak yang dilahirkan dianggap sebagai sah taraf.
Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan tidak memperincikan makna dan maksud yang
jelas tentang anak yang dilahirkan hasil daripada wati shubhah. Justeru, wati shubhah hendaklah
diertikan sebagai hubungan kelamin antara seorang lelaki dan seorang wanita yang boleh dikategorikan
sebagai hubungan yang lain daripada zina. Sungguhpun begitu, peruntukan jelas menyatakan bahawa
anak yang dilahirkan melalui wati shubhah dianggap sebagai sah taraf sekiranya kandungan itu tidak
kurang dari tempoh enam bulan qamariah.
Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menjelaskan hal ini seperti berikut :
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan shubhah dengan seorang wanita dan
kenudiannya wanita itu melahirkan anak dalam tempoh antara enam bulan
qamariahhingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu
hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.
Keempat: Istilhaq atau Iqrar
Istilhaq atau dikenali sebagai Iqrar bi al-nasab, atau Itiraf bererti pengakuan. Kadang-kadang istilah
yang membererti yang sama digunakan ialah diwah.
Pandangan ulama :
1- Mazhab Hanafi, perkataan diwah digunakan untuk memberi gambaran tuntutan nasab anak yang
dilahirkan oleh seorang hamba wanita yang dimiliki oleh sayyidnya, mengikut Mazhab Hanafi
sebagaimana yang dicatatkan dalam fatawaAlamghiri, diwah dalam konteks ini ada tiga jenis;
(i) diwah al-istilad,
(ii) (ii) diwah al-tahrir dan
(iii) (iii) diwah syubhah al-milk.
2- Mazhab Maliki, Istilhaq didefinisikan sebagai tuntutan pengakuan nasab. Dalam konteks ini,
hanya bapa sahaja yang dibenarkan menuntut nasab, seorang bapa dibenarkan menuntut nasab
seorang kanak-kanak yang tidak dapat dipastikan siapa bada sebenarnya selagi umur antara
bapa dan anak yang dituntut nasabnya itu tidak mustahil dari sudut umur dan adat.
P a g e | 207
Dengan lain perkataan, seorang bapa dibenarkan menuntut nasab kanak-kanak yang tidak dikenal
pasti ibu bapanya dengan syarat dari sudut akal dan pihak berkuasa tidak menunjukkan ia
sebagai orang yang berbohong.
3- Mazhab Syafii, menggunakan perkataan ilhaq dan istilhaq untuk merujuk kepada anak yang
tidak sah taraf hasil daripada lian. Mazhab Syafii sependapat dengan Mazhab Maliki bahawa
tuntutan nasab adalah sah selagi tidak menyalahi Hukum Syarak dari hukum akal.
4- ulama kontemporari Dr. Al-Zuhayli lebih selesa menggunakan iqrar bi al-nasab daripada
istilhaq, Bagi beliau al-iqrar itu ada dua jenis iaitu seperti berikut:
(i) Tuntutan nasab yang dibuat oleh ibu bada terhadap anak.
(ii) Tuntutan nasab yng dibuat oleh seseorang yang bukan daripada ibu bapa kepada anak.
Tuntutan nasab yang dilakukan hendaklah diperakukan oleh orang lain. Contohnya jika seorang
membuat tuntutan nasab ke atas seseorang yang dianggap sebagai adik lelakinya, tuntutan
nasabnya itusah selagi diperakukan pula oleh bapanya. Jika tidak, hendaklah diperakukan melalui
bayyinah iaitu dua lelaki yang adil atau seorang seorang lelaki dan dua orang wanita, atau
diperakukan oleh dua orang warisnya.
Justeru adalah sah tuntutan nasab walaupun yang menuntut nasab bukan seorang bapa
sebagaimana hadis yang telah kita katakan bahawa Abdullah b. Zamah yang menuntut nasab
adik lelakinya dengan memperakukan yang adik lelakinya itu merupakan anak bapanya hasil
daripada perhubungannya dengan hamba wanitanya.
Daripada penerangan di atas jelas menunjukkan bahawa istilhaq iqrar, diwah dan iqrar bi al-nasab jelas
digunakan oleh ulama klasik dalam undang-undang keluarga untuk merujuk kepada suatu tuntutan
nasab, Istilhaq dan Iqrar bi al-nasab jelas diguna pakai untuk membuat tuntutan nasab terhadap bayi
yang dilahirkan oleh seorang wanita yang diperakukan sebagai isteri kepada penuntut nasab. Kaedah
nin juga boleh diguna pakai untuk merujuk kepada tuntutan nasab seorang bapa, emak, anank, isteri
dan hamba wanita. Tuntutan nasab oleh seorang wanita adalah sah jika tuntutan dibuat ke atas
bapanya, ibunya, suaminya dan hambanya wanitanya.
Istilhaq ini boleh dipakai untuk dijadikan sebagai kaedah tuntutan nasab ke atas anak yang tidak dapat
dikenal pasti ibu bapanya iaitu seperti anak buangan (laqit) yang pasit penuntut nasab itu kadang-
kadang bukan bapanya yang sebenar.
Secara ringkas, dalam kesempatan ini bahawa perbincangan di kalangan ulama klasik Islam
memperincikan bagaimana istilhaq boleh dijadikan salah satu kaedah untuk memperakukan nasab
P a g e | 208
seseorang. Antaranya para ulama membincangkan siapakah yang layak menuntut nasab. Umumnya
mengikut kebanyakkan ulama mazhab empat hanya bapanya sahaja yang dibolehkan. Sekiranya
bapanya sudah meninggal dunia, datuk lelaki boleh menuntut nasab ke atas cucunya. Ini ialah
pendapat Mazhab SyafiI dan Hanbali.
Dari segi umur orang yang membuat tuntutan nasab juga dibincangkan, kebanyakan ulama
berpendapat, yang menuntut nasab hendaklah lebih tua daripada anak yang dituntut. Perbezaan
umurnya hendaklah paling kurang duabelas setengan tahun. Anak yang dibuat tuntutan nasabnya tidak
dikenal pasti asal usulnya (majhul al-nasab) juga dijadikan sebagai asas sahnya tuntutan. Ini disepakati
oleh kebanyakan ulama nudang-undang keluarga Islam.
Mengenai anak yang sudah baligh dan dituntut nasabnya oleh seseorang mengikut Mazhab Hanafi,
tuntutan mestilah tidak mendapat tentangan daripada anak yang dituntut itu.
Pendapat ini mendapat sokongan daripada kalangan pakar perundangan Islam moden. The code of
Mohammedan Personal Lawmemperuntukkan hal ini seperti berikut :
If a man acknowledges as his child whose birth is unknown, and there is between
them a reasonable difference in age, paternity is established by his sole
declaration, provided such as a declaration was assented by the child if he is of a
good judgement...
Peruntukan Undang-undang wilayah persekutuan memberikan sedikit garis panduan yang boleh
dikatakan selaras dengan perbincangan yang lalu iaitu :
Jika seorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan
tersirat sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa
anak itu jika syarat-syarat berikut dipenuhi
1) Tiada seseorang lain yang disifatkan sebagai bapa anak itu.
2) Perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara
mereka sebagai bapa dan anak.
3) Jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah
mempersetujui tentang ia diakui anak
4) Lelaki dan ibu anak itu mugkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada
masa pembenihan.
5) Pengakuan itu bukannya Cuma menakui anak itu sebagai anaaknya, bahkan mengakui
anak itu sebagai anak sahtarafnya.
P a g e | 209
6) Lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak.
7) Pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi sah taraf.
8) Pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalh diakui sebagai anak
kandungnya.
Peruntukan dalam Undang-undang Keluarga Islam ini menjelaskan bahawa suatu tuntutan nasab yang
telah dibuat tidak boleh dibatalkan, kecuali sekiranya didapati hubungan antara orang yang menuntut
nasab dengan pihak yang dituntut adalah mustahil. Antara lain ia boleh dibatalkan sekiranya :
1) Penolakan di pihak orang yang telah diakui sebagai anak itu.
2) Bukti bahawa perbezaan umur antara pihak yang mengaku dan pihak yang diakui adalah
sebegitu kecil, atau bahawa umur pihak yang diakui adalah sebegitu tinggi, hingga
menyebabkan pertalian yang dikatakan itu mustahil dari segi fizikal.
3) Bukti bahawa pihak yang diakui itu adalah sebenarnya anak seseorang lain.
4) Bukti bahawa ibu anak itu tidak mungkin menjadi isteri yang sah kepada pihak yang
mengaku pada masa percantuman benih anak itu.
Majoriti ulama klasik mensyaratkan tuntutan nasab melalui istilhaq hanya boleh dilakukan ke atas anak
yang sah taraf sahaja, kerana mereka beranggapan anak yang tidak dapat dikenal pasti ibu bapanya
ialah anak yang dibuang bukan kerana sebab zina tetapi atas sebab lain.
Peruntukan lain yang terdapat dalam Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan menyebut:
Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai bapa atau ibunya, maka pengakuan
itu, jika disetujui atau disahkan oleh orang yang diakui, sama ada dalam masa hayat
atau selepas kematian orang yang mengakui itu adalah menjadi suatu perkeluargaan
yang sah, setakat mana perhubungan antara bapa atau ibu dengann anak itu sahaja,
dengan syarat bahawa memandang kepada umur orang yang membuat pengakuan
dan orang yang diakui itu, maka adalah munasabah orang yang diakui itu menjadi ibu
atau bapa kepada orang yang mengakui sedemikian.
Peruntukan ini selaras dengan pendapat mazhab Syafii. Lebih jauh daripada itu, peruntukan Undang-
undang Keluarga Islam menyebutkan bahawa seseorang dibolehkan untuk menuntut nasab selain
daripada nasab sebagai seorang ibu, bapa atau anak selagi tuntutan tersebut diterima oleh orang yang
dituntut. Peruntukan tersebut ialah seperti berikut :
P a g e | 210
Jika seseorang mengakui orang lain sebagai seorang keluarga, selain daripada
sebagai seorang anak, ibu, atau bapa, pengakuan itu tidak boleh menyentuh mana-
mana orang lain melainkan orang lain itu mengesahkan pengakuan itu.
Justeru, setelah pengakuan dan tuntutan nasab dibuat, ia tidak boleh ditarik balik. Undang-undang
memperuntukan seperti berikut:
Sesudah sahaja pengakuan atau pengesahan dibuat tentang pertalian sebagai bapa
dan anak atau tentang perkeluargaanatau persaudaraan, maka pengakuan atau
pengesahan itu tidak boleh dibatalkan.
Kelima : Qiyafah
Ilmu firasat salasilah telah dipraktikkan di kalangan arab jahiliah sebagai salah satu daripada cara untuk
mensabitkan nasab keturunan. Mazhab Hanafi sahaja yang tidak setuju physiognomy dijadikan sebagai
kaedah untuk mensabitkan nasab kerana pada mereka, ilmu firasat salasilah ini berdasarkan kepada
tanggapan, yang kadang-kadang betul dan kadang-kadang salah.
Mazhab lain semuanya sependapat bahawa physiognomy boleh dijadikan asas tuntutan nasab
berdasarkan kepada peristiwa pada zaman Nabi SAW apabila Usama b. Zaid yang telah disahkan
sebagai anak-beranak walaupun mereka berdua berlainan warna kulitnya, Usamah berkulit hitam
sedangkan ayahnya Zaid berkulit putih. Pada zaman itu, al-Mujazziz al-Mudliji sebagai pakar ilmu
firasat salasilah telah memperakukan di depan Nabi SAW berdasarkan kepada peristiwa ini, walaupun
ilmu firasat salasilah merupakan warisan cara jahiliah tetapi boleh digunakan pakai untuk penentuan
nasab.
Ini merupakan kaedah klasik yang telah diamalkan, tetapi untuk menyelesaikan masalah tuntutan nasab
dengan menggunakan kaedah perubatan moden seperti DNA dan lain-lain adalah lebih meyakinkan
daripada physiognomy.
Keenam: Al-Qurah.
Selain kaedah-kaedah yang disebutkan di atas, cara undian (al-qurah) merupakan salah satu cara
yang digunakan oleh orang-orang jahiliah untuk mensabitkan nasab seseorang anak. Kaedah ini juga
telah digunakan untuk penentuan nasab keturunan dalam undang-undang keluarga Islam klasik. Latar
belakang dalam kes ini boleh didapati dalam sunan Abu Dawud dan al-NasaI, diriwayatkan bahawa
tiga orang sayyid telah mengadakan hubungan jenis dengan seorang hamba wanita sehingga hamba
P a g e | 211
wanita tersebut telah melahirkan anak. Kes tersebut dengan menyamakan kes tersebut seperti seorang
yang membunuh hamba abdi yang dikongsi milik oleh tiga pemilik iaitu dengan dibuat undi. Pemenang
undian tersebut dikehendaki membayar dua pertiga iaitu satu pertiga setiap oarng merupakan nilai diat
(bloodwit) ke atas anak itu. Nilai dua pertiga diat diberikan kepada dua lelaki kerana meraka berdua
juga dianggap sebagai penentuan nilai diat supaya hak tuntutan anak daripada dua lelaki lain mendapat
pampasan daripada bayaran dait yang dibuat oleh pemenang undi tersebut. Oleh itu, pemenang un di
tersebut disahkan sebagai bapa kepada anak yang dituntut.
Dalam hal ini, kaedah atau kaedah ini berguna sekiranya amalan milk al-yamin diamalkan dalam
sesebuah masyarakat Islam. Jika tidak, kaedah ini jelas tidak begitu relevan.
Mensabitkan penyusuan?
Di sini dihuraikan juga kaedah penyusuan kerana dimaklumi bahawa hukum penyusuan sama dengan
hukum keturunan dari sudut haram berkahwin. Justeru kaedah pensabitan penyusuan adalah sama
dengan kaedah pensabitan di atas iaitu penyaksian (syahadah), pengakuan (ikrar) dan istifadhah.
Namun penyaksian dalam penyusuan menerima saksi-saksi berikut:
1) Penyaksian oleh dua orang lelaki adil
2) Penyaksian oleh seorang lelaki adil dan dua orang wanita adil
3) Penyaksian oleh empat orang wanita adil.
Hukum-hakamberkaitan dengan keturunan?
Tahukah anda kenapa syarak sangat menekankan tentang keturunan atau nasab?. Sebenarnya
terdapat banyak hukum-hakam yang berlaku rentetan dari isu nasab ini. Antaranya ialah:
1) Hukum-hakam perkahwinan dari segi halal haram pasangan yang dikahwini.
2) Hukum nafkah dan yang berkaitan dengannya
3) Hukum al-Wilayah (kewalian)
4) Harta pusaka dan hal berkaitan dengannya
5) Wasiat dan hukum-hakam berkaitan dengannya.
Dapatkan maklumat dari buku-buku rujukan, artikel, jurnal dan laman web bagi mendapatkan maklumat
mengenai definisi nasab, jenis-jenis nasab, kaedah pensabitan nasab menurut ulama dengan lebih
lanjut bagi memantapkan lagi kefahaman anda mengenai perkara-perkara tersebut. Usaha anda sangat
P a g e | 212
diperlukan bagi meluaskan lagi maklumat anda sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih.
RUMUSAN
Nasab dari segi istilah bermaksud hubungan seseorang dengan ayah atau salah seorang
ibubapa atau nenek moyang yang ada kaitan dengannya.
Nasab boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu nasab sandaran (intima') atau panggilan
(al-dakwah) atau pengenalan (al-takrif), hubungan keibubapaan ( ) dan kerabat dari
sudut nasab ( )
Nasab sandaran (intima') atau panggilan (al-dakwah) atau pengenalan (al-takrif) bermaksud
kaum keluarga (al-Asyirah) atau keluarga (usrah) yang menjadi asal seseorang itu.
Hubungan keibubapaan bermaksud hubungan ibu bapa dengan anak-anaknya sama ada
lelaki ataupun perempuan.
Maksud qarabah al-nasabiyyah ialah hubungan kemasyarakatan yang mengumpulkan
individu-individu yang berkongsi pada kelahiran yang sama sama ada dekat atau jauh.
Antara kaedah pensabitan nasab ialah al-firash, al-bayyinahm wat'u al-Syubuhat, Istilhaq, al-
Qiyafah dan al-Qur'ah.
KATA KUNCI
1. nasab
2. nasab sandaran
3. al-Firash
4. al-Bayyinah
5.Wat'u al-Syubuhat
6. Istilhaq
7. Qiyafah
8. Qur'ah
PENILAIAN KENDIRI
P a g e | 213
1. Apakah definis nasab daripada segi bahasa dan istilah?

2. Huraikan pandangan ulama mengenai jenis-jenis nasab.?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan al-Firash?


............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
.....................................................................................................
4. Terangkan pandangan ulama mengenai kaedah pensabitan nasab.?

..............
.........................................................
5. Huraikan pandangan ulama mengenai Istilhaq?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
6. Jelaskan pandangan ulama mengenai kaedah al-Qiyafah?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
7. Huraikan pandangan ulama mengenai nasab sandaran?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.............................................................
8. Bincangkan pandangan ulama mengenai wat'u al-syubuhat?
P a g e | 214

Bagi memantapkan lagi maklumat anda mengenai tajuk ini, diharapkan anda semua mencari
maklumat-maklumat mengenai perkara yang disebutkan di bawah. Di antara rujukan yang boleh anda
rujuk ialah buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu karangan Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh ala
Mazahib al-Arbaahkarya al-Jazairi, Fiqh al-Sunaholeh al-Sayid Sabiq dan lain-lain.
1) Konsep nasab menurut pandangan ulama empat mazhab.
2) Konsep firash menurut pandangan ulama empat mazhab
3) Konsep nasab intima' menurut pandangan ulama empat mazhab
4) Konsep istilhaq menurut pandangan ulama.
Anda semua dikehendaki memilih satu daripada tajuk-tajuk berikut sebagai tugasan.
1) Bincangkan kaedeah-kaedah pensabitan nasab menurut pandangan ulama.
2) Jelaskan pandangan ulama mengenai kaedah penyusuan dan kaitannya dengan nasab.
3) Pensabitan Nasab menggunakan DNA.
RUJUKAN
Suffian bin 'Umar al-Burqu'ah (2008), al-Nasab wa Mada Ta'thir al-Mustajiddat al-'Ilmiah fi Ithbatihi
(dirasah fiqhiyyah tahliliyyah), al-Riyadh: Dar Kunuz Isbiliya.
Mohd Noor Daud (2011), Ahkamal-J anin: Dirasah Muqaranah baina al-Fiqh al-Islami wa al-Qanun al-
Malizi, Kuala Lumpur: UIAM
Azizah Mohd (t.t) Protection and Adoption of Abandoned Children in Malaysia: A Comparative Overview
with Islamic Law, Petaling Jaya: International Law Book Services.
P a g e | 215
Khalifah 'Ali al-Ka'bi (2006), al-Basmah al-Wirathiyyah wa Atharuha ala al-Ahkamal-Fiqhiyyah, Amman:
Dar al-Nafais.
Mahmud Ali al-Sartawi, (1997), Syarh Qanun al-Ahwal al-Syakhsiah, 'Amman: Dar al-Fikr.
Mimi Kamariah Majid (1992), Undang-Undang Di Asia, Burterworths Asia.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugha & Ali al-Syarbaji (2005), Kitab Fikah Mazhab Syafie (terj), Batu
Cave: Pustaka Salam Sdn Bhd, j4.
Salleh Ismail (2003), Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-undang Keluarga Islam,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wahbah al-Zuhaili (2009), Fiqih Islamwa Adillatuhu, j 9 dan j10, Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Anda mungkin juga menyukai