Anda di halaman 1dari 2

30 Julai 1999 merupakan tarikh yang tidak mudah dilupakan oleh semua warga SMSM.

Ini
kerana pada hari tersebut telah diadakan Hari Kecemerlangan Pelajar. Hari itu memang dinanti-
nantikan oleh semua pelajar dan ibu bapa terutamanya yang terlibat dengan upacara penerimaan
sijil penghargaan. Lagipun, para guru dan pelajar sudah menghabiskan kira-kira 2 minggu untuk
persediaan dan latihan.
Pada pagi itu para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar pesanan dan
arahan terakhir daipada pengetua dan guru-guru yang menjadi ketua dalam bahagian-bahagian
tertentu seperti bahagian persembahan, penganugerahan hadiah dan cendera hati, keselamatan,
pameran, dan sebagainya. Sesuatu yang menarik pada hari itu ialah semua guru lelaki memakai
baju Melayu yang lengkap dengan songkok dan sampin termasuk guru-guru bukan Melayu.
Sementara itu guru-guru perempuan kelihatan segak dengan pakaian baju kurung dan ada juga
yang berkebaya labuh
Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, para tetamu kelihatan mula masuk ke kawasan sekolah dan
mereka disambut dengan mesra oleh barisan pengawas yang sedia menunggu di pintu utama
sekolah dan para pelawat diberikan sebuah buku program untuk acara pada hari itu. Terdapat
juga para penyambut tetamu yang kelihatan mengiringi pelawat sehingga ke pintu masuk dewan
tempat majlis gemilang itu diadakan. Pada tahun ini sambutan daripada ibu bapa sangat
menggalakkan sehingga dewan yang seluas empat ukuran kelas itu kelihatan penuh. Antara
tetamu yang diundang pada hari tersebut termasuklah Pengarah Pendidikan Negeri, Pengarah
Pendidikan Daerah, Pengetua-Pengetua, dan beberapa orang wakil PIBG. Ketibaan Pengarah
Pendidikan itu telah disambut oleh pasukan kompang sekolah dan beliau juga diberikan
penghormatan untuk memeriksa barisan hormat oleh pasukan kadet tentera sekolah yang
kelihatan kemas dengan uniform mereka yang serba hijau dan memakai topi hitam berjambul
merah. Upacara itu tamat dengan nyanyian lagu Negaraku dan selepas itu beliau diiringi oleh
Pengetua masuk ke dalam dewan.
Pengetua telah menyampaikan ucapan dan memberikan laporan yang berupa kemajuan akademik
dan kokurikulum di sekolah itu diikuti dengan ucapan daripada wakil PIBG dan akhir sekali
ucapan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Seterusnya dewan menjadi lebih meriah
dengan tepukan yang diberikan kepada para pelajar yang mendapat anugerah cemerlang pada
hari itu. Tepukan yang kuat diberikan kepada pelajar yang diumumkan sebagai tokoh pelajar
pada tahun ini kerana berjaya memperoleh keputusan akademik yang baik dan aktif pula dalam
bidang sukan serta badan beruniform serta kelab.
Ketika pelawat serta tetamu berpindah ke dewan makan, pelajar-pelajar yang mengambil
bahagian untuk acara persembahan sudahpun bersedia di atas pentas. Para tetamu kelihatan
kagum dan terpukau oleh persembahan lagu-lagu yang disampaikan kumpulan koir sekolah dan
diiringi pula dengan permainan muzik olehanggota-anggota band SMSM yang kelihatan segak
bergaya dengan uniform mereka yang berwarna merah dan putih. Mereka telah
mempersembahkan lagu-lagu yang segar dan telah berjaya menceriakan majlis makan tersebut.
Para tetamu juga kelihatan tidak kering gusi apabila menonton sketsa komedi yang
dipersembahkan oleh Pasukan Pengakap Sekolah. Kemuncak acara persembahan itu ialah
nyanyian solo daripada pemenang Juara Bakat Seni Suara SMSM 1999 yang memiliki suara
seakan-akan penyanyi terkenal Siti Nurhaliza. Para tetamu kelihatan tidak bergerak daripada
tempat duduk masing-masing sehingga acara persembahan diumumkan tamat dan mereka
dijemput untuk pergi ke ruangan pameran yang diadakan dimakmal sains.
Para tetamu kelihatan kagum dengan pameran sains yang diadakan pada hari itu. Kebanyakan
pelawat ingin mencuba sendiri beberapa alat dan radas sains yang dipamerkan itu dan hampir
semua tetamu tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan menggunakan kamera yang
dibuat sendiri oleh beberapa orang pelajar daripada Persatuan Sains dan Matematik SMSM.
Apabila semua tetamu pulang, keadaan kembali tenang dan para guru mengadakan sesi
bergambar untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Hari Anugerah Kecemerlangan pada
tahun ini merupakan hari yang paling gemilang dalam sejarah SMSM.

Anda mungkin juga menyukai