Anda di halaman 1dari 20

Disediakan oleh: Muhammad Helmi Bin Othman A127311 Mohd Najib Bin Samingin A129719 Mohd Izzuddin Bin

Mat Yahaya A127632

Pengenalan
Definisi Teori
Kepentingan Teori Teori dalam Hubungan Antarabangsa

Realisme
Liberalisme Konstruktivisme Kesimpulan

Definisi Teori
Satu kenyataan yang mengandungi konsep

konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena (Caragan & Shields, 1998).
Satu percubaan untuk menerang atau

menjelaskan satu pengalaman atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku (Littlejohn, 1996).

Teori adalah peta tentang kebenaran, teori

adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena (Griffin, 1997)

Teori dalam ilmu pengetahuan - model atau

kerangka pemikiran yang menjelaskan fenomena alam atau fenomena sosial tertentu. pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.

Teori juga merupakan satu rumusan daripada

Teori dirumuskan sebagai:


Kenyataan/penerangan yang dibentuk bagi

menerangkan sesuatu fenomena/situasi.


Bersifat sementara. Kajian sistematik perlu bagi menyokong bukti

penerangan dan penjelasan.


Teori boleh diterima, ditolak dan diubahsuai

berdasarkan hasil kajian sistematik.


Bukan satu keputusan tetapi prasyarat terhadap

segala kemungkinan dalam pengetahuan empirikal.

Kepentingan Teori

Sebagai panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Membantu mengenalpasti pola peristiwa di persekitaran agar jangkaan dapat dibuat mengenai sesuatu fenomena. Membolehkan keputusan dibuat berdasarkan kepentingan yang disejajarkan dengan ramalan dan jangkaan. Membantu seseorang untuk menjadi lebih cekap dan berkemampuan menyesuaikan diri dengan orang lain atau situasi yang berubahubah.

Memboleh seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks.

Membantu individu manusia untuk menghadapi situasi kehidupan yang sukar secara proaktif. Membolehkan individu mentafsir peristiwa secara lebih fleksibel dan seimbang.
Membantu individu melihat atau mentafsir sesuatu perkara dengan perspektif baru. Membantu individu untuk meluaskan tanggapan dan bersedia untuk menghadapi situasi yang sentiasa berubah.

Teori dalam Hubungan Antarabangsa


Sgt perlu dan penting bagi menerangkan dan meramal masa depan Hubungan Antarabangsa. Untuk lebih memahami dunia yang sentiasa berubah-ubah. Berfikir secara teori bagi menjelaskan proses sesuatu polisi antarabangsa dgn melakukan kajian atau mbuat ramalan utk mengenalpasti stp

fenomena yg berlaku di global. Membantu negara meneliti setiap polisi antarabangsa, keselamatan nasional dan analisis perisikan.

Menguji setiap maklumat yang diperoleh betul

atau salah Merumuskan segala sebab dan akibat setiap fenomena Sebagai rujukan kepada pembuat polisi bagi mengemukakan idea mereka tentang fenomena perubahan dunia Tanpa konsep dan teori yang disertakan dengan contoh yang empirik, sukar untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih jelas.

Realisme
Golongan realis beranggapan bahawa manusia pada

hakikatnya dan semulajadinya Cuma mementingkan diri sendiri serta tamak. Oleh itu pergelutan untuk mendapatkan kuasa menjadi fokus interaksi manusia dan seterusnya negara, Tradisi pemikiran ini boleh dikesan Sun Tzu dan Thucydides yang menasihati para pemerintah di wilayah masing-masing tentang cara menggunakan kuasa untuk mengukuhkan kedudukan serta mempertahankan kepentingan negara. Sun Tzu menekankan kepentingan strategi kepimpinan dalam teks yang berjudul The Art Of War.

Unit analisis adalah negara. Sistem antarabangsa bersifat anarki

Penepian unsur-unsur nilai Tingkah laku negara adalah rasional Konsep-konsep asas dalam realism 1)Keseimbangan kuasa. 2)Konsep kuasa 3)Anarki Antara tokoh-tokoh realis ialah Sun Tzu, Thucydides, Machiaveli, Thomas Hobbes, Von Clausewitz, Hans Morgenthau.
Bukti empirik PD 2 dan serangan Amerika ke atas

afghanistan dan Iraq.

Liberalisme
Sejarah Pendekatan atau teori liberalisme telah mula

berkembang semenjak zaman peradaban Greek dan latin lagi.


Berasal daripada istilah Libertas, yang bermaksud

kebebasan.
Liberalisme merangkumi pemikiran dan falsafah

tentang hal yang berkait kebebasan maksimum individu daripada sebarang kawalan kerajaan.

Liberalisme dalam Hubungan Antarabangsa


Liberalisme dihuraikan dalam hasil penulisan tentang

hubungan Antarabangsa sebagai satu tradisi pemikiran yang sarat dengan optimisme. Pendekatan liberalisme yang berteraskan kepercayaan bahawa manusia pada hakikatnya adalah baik. Manusia yang berlimu beradap dan diberi persekitaran yang sesuai boleh hidup dengan aman dan dapat bekerjasama dalam sebuah masyarakat yang berpegang kepada undang-undang dan peraturan yang dipersetujui oleh masyarakat. Bagi pendukung teori ini isu moral perlu diberi perhatian.

Selain itu pekara-pekara yang ditekankan ialah undang-

undang antarabangsa , organisasi antarabangsa selain pengunaan kuasa semata-mata. Pemikiran liberalis ini ketara sekali kehadiranya pada era diantara dua perang dunia pada tahun 1920 hingga 1930an, satu eksperimen yang diharapkan boleh membawa keamanan sejagat ialah penubuhan liga Bangsa-Bangsa. (Rashila Ramli 2002). Antara tokoh liberalisme ialah Immanuel Kant, Mo Ti dan Woodrow Wilson. Para sarjana liberal dan pemimpin negara liberal telah memhaskan bahawa kerjasama antarabangsa dan mengelakkan keganasan adalah paling baik untuk negara sendiri dan lebih rasional untuk dicari. Pandangan aktor adalah tidak bersifat unitari.

Prinsip asas liberalisme : 1)moral 2)undang-undang Antarabangsa

3) organisasi antarabangsa

Konsep kerasionalan liberal dalam perspektif antarabangsa merujuk kepada kesanggupan aktor rasional untuk mengetepikan kepentingan jangka pendek mereka demi mengekalkan kebahagian dan kesejahteraan jangka panjang komuniti yang mereka anggotai: Bukti empirik: institusi antarabangsa PBB

Konstruktivisme
Merupakan teori Alternatif kepada liberalisme dan realisme. Mengekalkan kritikal skeptisisme Pascamoden terhadap asumsi atau andaian realis dan liberalis.

Mengfokuskan kepada pembanggunan teori di mana kepentingan negara identitinya berasal.


Mengandaikan bahawa budaya yang kompleks

membentuk kelakuan atau perwatakan sesebuah negara berdasarkan keselamatan antarabangsa dan kekuatan ketenteraan

Konstruktivis cuba untuk mengantikan realism dengan

oversimplified tanggapan tentang kepentingan negara dengan menekankan unsur budaya kompleks dan model linguistic (bahasa).
Mempercayai bahawa sifat semulajadi manusia adalah baik

(tabula rasa), ttpi boleh dipengaruhi atau di konstrak oleh persekitaran sosial.
Michael Barnett menggambarkan hubungan antarabangsa

teori konstruktivis sebagai idea-idea tentang bagaimana menentukan struktur antarabangsa, bagaimana struktur ini mendefinisikan kepentingan dan identiti negara-negara dan bagaimana negara-negara dan aktor bukan-negara menghasilkan (reproduce) semula struktur ini

Prinsip utama dari Konstruktivisme adalah keyakinan

bahawa "politik Antarabangsa dibentuk oleh idea-idea persuasif, nilai-nilai kolektif, budaya, dan sosial identiti ". Konstruktivisme berpendapat bahawa realiti antarabangsa secara sosial dikonstruksi oleh struktur kognitif yang memberi makna terhadap dunia material.
Contoh Empirik: hagemoni midia, hiburan misalnya

Hollywood secara persuasif cuba membentuk nilainilai masyarakat amerika dan dunia melalui filemfilem yang ditayangkan dengan menekankan unsur budaya dan sosial ala Amerika Syarikat untuk mempengaruhi masyrakat dan pembuat dasar.

Kesimpulan
Dalam mengkaji Hubungan Antarabangsa, perlunya

teori bagi memahami fenomena dunia dengan jelas.


Teori amat penting dalam proses membuat polisi

antarabangsa bagi sesuatu negara.


Antara pendekatan utama yg digunakan dalam bidang

Hubungan Antarabangsa ialah Realisme, Liberalisme dan Konstruktivisme. Teori ini mempunyai andaian dan konsep tersendiri dalam menterjemah corak tingkah laku aktor-aktor peringkat antarabangsa.

Kepelbagaian pendekatan ini menggambarkan sifat

ilmu sains sosial yg fleksibel dan akur kpd persepsi pemikiran yg tertentu.
Berasaskan kunci yg dipegang oleh teori-teori di atas,

membolehkan kita menilai kelebihan dan kekurangan yg ada dalam pemikiran masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai