Anda di halaman 1dari 16

AJUK 2 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

PENGENALAN

Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu


berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di
antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa,
adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan
ideanya kepada orang lain, dan sebagainya.

Bab ini akan membincangkan tentang masalah bahasa dan komunikasi yang
meliputi masalah bahasa, masalah pertuturan, dan masalah kefasihan.
Perbincangan akan tertumpu kepada jenis masalah, punca masalah dan cara
membantu kanak-kanak yang menghadapai masalah tersebut.

Bagi anda yang telah mengambil mata pelajaran HBSL 1103: Pengenalan
Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran, anda akan dapati bahawa tajuk ini
adalah sama dengan tajuk 3 (Kanak-kanak Masalah Komunikasi) dalam mata
pelajaran tersebut. Ini kerana tajuk ini membicarakan perkara yang sama dan ditulis
oleh penulis yang sama juga.

OBJEKTIF

Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. membezakan antara masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan;

2. mengenal pasti punca masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan; dan

3. menjelaskan cara-cara yang dapat dilakukan untuk membantu mengatasi


masalah
bahasa, pertuturan, dan kefasihan
.

GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK

Masalah Bahasa dan Komunikasi


Bahasa Pertuturan Kefasihan

- jenis masalah - jenis masalah - jenis masalah


- punca - punca - punca
- cara membantu - cara membantu - cara membantu

2.1 Masalah Bahasa

Definisi bahasa yang telah dibincangkan dalam tajuk 1 dengan jelas menyatakan
bahawa bahasa adalah merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu
ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang.

The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA
telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai;

“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami


dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,
sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah
bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang
kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa
yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak
upaya mengikut arahan.”

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah


memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan


pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),
atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan
satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk
bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan
bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam
komunikasi (sistem pragmatik).”
Bentuk bahasa

a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan
kombinasi bunyi.

b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan


pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).

c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan


perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam
lingkungan ayat tersebut.

Kandungan Bahasa

a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan,


kehendak, dan makna perkataan dan ayat.

Fungsi Bahasa

a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa


dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau
percakapan.

Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi


adalah seperti berikut;

i. Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi


masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan
menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink”
untuk drink”.

ii. Morfologi

Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan


yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang
salah (bahasa Inggeris).

iii. Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan


tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan
menyampaikan pendapat yang kompleks.

iv. Semantik

Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata


yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak
berupaya memahami makna perkataan.

v. Pragmatik

Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak


memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam
situasi yang berbeza.

Aktiviti 2.1

Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincangkan masalah bahasa yang


ditunjukkan oleh pelajar-pelajar anda dengan memberi contoh yang sesuai bagi
setiap aspek bahasa di atas.

2.1.1 Punca Masalah Bahasa

Antara punca masalah bahasa adalah:

Kelewatan bahasa

Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya.


Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat
daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan
perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

Aphasia

Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk


membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol
arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan
otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa
lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin
akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.

Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD)

Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori


(pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak
mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak
dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

Setakat ini anda diharap sudah dapat memahami tentang masalah bahasa secara
am. Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk menambahkan lagi maklumat
dan pengetahuan anda tentang tajuk ini.

Apakah masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran?

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa


yang serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada
ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat,
ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai
serta melahirkan bahasa pelahiran.

Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara


khusus adalah seperti berikut:

i. mengingat kembali perkataan


ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak
iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna
iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap
v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis
vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain
viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan
pendengar yang berbeza

Latihan 2.2

Dengan memberi contoh setiap masalah bahasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
masalah pembelajaran, bincangkan langkah-langkah pengajaran yang anda boleh
lakukan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut.
2.1.2 Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi


perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu
memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini
dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak
terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan
beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-
kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat
membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah
seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi


Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak
memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar.
Contoh: membantu ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal


Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak
mengikut peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan
konsep baru
Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak
masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan
sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan


Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu
cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka
bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka
sedang lakukan.

v. Terangkan apa yang orang lain lakukan


Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka
menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang
dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa
yang khusus
Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak
dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya
boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau
menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran


bahasa dalam lingkungan konteksnya
Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan
untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari.
Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema
pengajaran bahasa.

Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-


kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

Latihan 2.3

Apakah yang dimaksudkan dengan intervensi awal?


Apakah bentuk intervensi awal yang boleh dilakjukan untk membantu kanak-kanak
yang menghadapi masalah bahasa.

2.2 Masalah Pertuturan

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan
koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan
simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan
untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.

2.2.1 Unsur-unsur pertuturan

Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance),
artikulasi, dan kelancaran.

a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada
tinggi rendah nada suara, (2) kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3) kualiti
suara.

b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya
dianggap sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara
yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring.

c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk
mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat
yang boleh mengganggu komunikasi.

2.2.2 Kategori masalah pertuturan

Apakah yang dikatakan pertuturan normal?

Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi


bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi,
rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi
sesuai dengan peringkat umur.

Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah
artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran.

i. Masalah artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi


pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat
atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-
perkara berikut:

penggantian
pengguguran
pengubahan, dan
penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan


digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”” wabbit”
untuk “rabbit”. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum
matang.

Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu


bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir
perkataan, misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh


menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris
misalnya perkataan “sip” disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”,
konsonan “s” disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh
mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah”

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti


“bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau
“ammaminal”.

a) Punca masalah artikulasi

Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan


gangguan artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing
lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak,
kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap
sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran.

Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu
lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara
melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.

Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage)
yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-
kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang
betul.

Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan
orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi
memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan
dengan pelat, misalnya “nacik” untuk “nasi”, “be’ ak” untuk “berak” dan
sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak
tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul.

Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya


persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih
bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang
dewasa sebagai model..

b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak yang
menghadapi masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan
yang negatif kepada kanak-kanak tersebut. Di antaranya adalah seperti terapi
pertuturan, pendekatan interaktif, dan komunikasi tambahan (augmented
communication).
Terapi Pertuturan

Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara


individu, dalam kumpulan kecil, atau secara terus di dalam kelas untuk mengatasi
masalah pertuturan kanak-kanak. Di antara strategi yang digunakan adalah:

· aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan
kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku,
objek, atau peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan
bahasa kanak-kanak . Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang
betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan
juga bahasa.

· Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi,


dan latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak.
Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli terapi akan
menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya “ r ” . Selain itu dia juga akan
menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi “ r
“sebut.

Pendekatan Interaktif

Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu
bapa, guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan
sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang
lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi
pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa
pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut
Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya
kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping
meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka.

Komunikasi Tambahan

Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami


masalah pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu,
komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk
komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan
oleh golongan masalah pendengaran.
ii. Masalah suara

Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak
normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara
berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang
menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness),
dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan.

Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar
melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap.
Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat . Oleh itu
kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali
bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan “n”, “m”, dan “ng “.

Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara
dan akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara
berdasarkan petunjuk-petunjuk berikut:

i. suara sengau
ii. suara orang yang sesak nafas
iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil
bercakap
iv. suara sangat perlahan
v. bercakap seperti berlagu
vi. bercakap senada (monotone voice)
vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah
viii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan
ix. bersusah payah menyebut perkataan ( cth: mengejip mata, muka berkerut,
menggenggam tangan, dsb)

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan melalui
intervensi terapi pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Latihan 2.4

Dapatkan rajah alat artikulasi (pertuturan) dan bincangkan bagaimana setiap


bahagian artikulasi itu memain peranan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi huruf.
iii. Masalah kelancaran

Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan


kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran
pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut
sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot
tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada
penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara
berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan
ketegangan otot pertuturan.

Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah:

gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi
akan beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan
persekitaran,

Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan

gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.

Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun dari
segi fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. Di
antara ciri individu yang gagap adalah seperti berikut:

Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang


menyebut perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan .

Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama .

Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.

Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar


pertuturan, memejamkan mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan
menggerakkan tangan semasa bertutur.

a) Punca masalah gagap

Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Berdasarkan
pendapat daripada beberapa penulis, punca masalah gagap dapatlah dirumuskan
seperti berikut.

Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal


kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan
masih belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan
menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang.

Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran


rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang
tidak cukup di antara anak dan ibu bapa.

Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai
masalah kesihatan.

Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang


terutamanya ibu atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan menghidap
sesuatu penyakit.

Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.

Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan


masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka.

Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa
menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja.

b) Panduan mengurangkan masalah gagap

Morley M.E. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu
individu gagap mengatasi masalah mereka.

Menyesuaikan diri dengan gagap

Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain
hasil daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan
mereka yang gagap. Sedarkan mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak
gagap sebenarnya mengalami masalah bercakap tersekat-sekat dan mungkin
gagap pada masa-masa tertentu. Mereka perlu mengakui yang mereka gagap dan
menerima hakikat ini secara positif tanpa rasa takut dan beremosi.
2…Terapi mengurangkan ketegangan.(Relaxation therapy)

Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan


fizikal dan mental. Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan keselesaan dan
ketenangan mental yang akan meningkatkan kecekapan dan keyakinan untuk
menjalani kehidupan tanpa tekanan.

Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk


Gagap.

Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman


pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal
gagap ketika berlaku.

Perbincangan, cadangan, dan tugasan

Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. Misalnya
yang berkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan berbagai-bagai
masalah dan situasi lagi. Cadangan diberi bagaimana individu itu mengatasi
masalah yang dihadapinya dan menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk
melaksanakan cadangan-cadangan yang diberi.

Terapi kumpulan

Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara
berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi
masalah yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal
masalah gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.

Latihan 2.5

Apakah masalah sosio-emosi yanhg dihadapi oleh individu yang mengalami


masalah gagap. Bincangkan.

2.2.3 Kesimpulan
Kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.
Selain bermasalah menguasai komponen bahasa seperti bentuk, kandungan, dan
penggunaannya, terdapat ramai juga kanak-kanak masalah pembelajaran yang
mengalami masalah dalam pertuturan. Masalah bahasa dan komunikasi tidak boleh
dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat dan
jelas disebabkan gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan
kanak-kanak berasa tertekan, malu, rendah diri, takut berhadapan dengan orang
lain, dan mengasingkan diri.. Apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan
masalah ini akan menjejas pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka.

Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah bahasa dan
komunikasi boleh diatasi melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil
kira setiap ketidakupayaan yang kanak-kanak alami. Pelbagai pihak yang berkaitan
hendaklah berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang terdiri
daripada ibu bapa, guru, ahli terapi pertuturan, pentadbir sekolah, doktor, dan juga
kaunselor. Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak
mengatasi masalah pertuturan dan bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi
satu kebiasaan dan sukar dipulihkan.

Rumusan

1. Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang


menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan
(atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain.

2. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek


bahasa
berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2)
kandungan
bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem
pragmatik

3. Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa, aphasia, dan gangguan
proses auditori pusat.

4. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu artikulasi,

suara, dan kelancaran.

5. Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan
koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Masalah pertuturan
boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah
suara,
dan masalah kelancaran.

Anda mungkin juga menyukai