Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU

(30.09.2013 04.10.2013)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh Terima kasih saudara pengacara majlis Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran. Pen.Kanan HEM. Pen.Kan Kokurikulum Guru-guru kanan matapelajaran, guru-guru dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian Hari ini, Isnin 30 September 2013, bersamaan dengan 24 Zulkaedah 1434 Hijriyyah Pada minggu ini, saya, Ustaz Johari Bin Bakri dan Cikgu Anisah Binti Abdul Rahman ialah guru bertugas mingguan bermula 30.09.2013 sehingga 4.09.2013.

Tajuk ucapan ustaz pada pagi ini ialah Ucapan Terima Kasih
Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri kita dan orang lain Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih maka orang lain juga akan lebih selesa dengan kita. Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi. Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain. Kenapa perlu berterima kasih dalam hidup ini? Ucapan terima kasih adalah sebagai menghargai jasa dan budi baik seseorang ke atas diri anda. Jika kita tidak pandai untuk berterima kasih kepada orang lain maka orang lain akan menganggap kita seorang yang tidak tahu menghargai budi baik yang telah diberikan. Mungkin seseorang itu akan terasa hati dengan diri kita. Jadi, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita ini. Mudahmudahan kita akan memperoleh banyak kebaikan dari lagi pada masa akan datang.

Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.

Hadis ini, menurut pandangan Imam Tirmizi ialah hasan sahih. Islam mengajar manusia jalan untuk menjaga hubungan dengan Allah, begitu juga hubungan sesama manusia. Perkataan dan perbuatan yang diajar oleh Nabi S.A.W. , pasti membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Termasuklah amalan berterima kasih. Mungkin ada yang mempertikaikan perkara ini dengan mengatakan bahawa, orang bukan Islam juga turut berterima kasih sesama mereka. Di Jepun sendiri, ucapan terima kasih disebut Arigatou Gozaimasu. Jadi apakah signifikannya amalan ini untuk dilihat dari perspektif Islam?

Fikirkan tiga situasi.

1) Seseorang yang tidak suka berterima kasih.

2) Seseorang yang berterima kasih, tetapi melakukannya semata-mata kerana adat dan budaya.

3) Seseorang yang berterima kasih, dan melakukannya dengan kesedaran dan penghayatan bahawa amalan ini diajar oleh Nabis S.A.W. , maka dia mengamalkan sunnah baginda.

Golongan pertama tidak mendapat kebaikan di dunia bahkan di akhirat. Golongan kedua pula mendapat kebaikan di dunia, kerana ucapan mereka dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.

Tetapi golongan ketiga insyaAllah, mendapat kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Ucapan mereka bukan saja mengukuhkan hubungan sesama insan, tetapi dikira sebagai amalan kebaikan yang memberatkan timbangan di akhirat kelak. Itulah yang patut dikejar oleh setiap orang yang beriman. Akhir sekali, lakukanlah ucapan terima kasih itu dengan hati yang ikhlas jangan pula ada rasa terpaksa untuk lakukannya. Jika pelajar mengucapkan ucapan terima kasih itu dari hati yang ikhlas, ia juga akan memberi kebahagiaan kepada diri kita juga. Tanpa rasa

ikhlas ini, ucapan terima kasih kita tidak membawa sebarang makna kepada diri kita dan juga orang lain. Orang lain pun akan nampak pada diri kita jika terpaksa untuk
mengucapkan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai