Anda di halaman 1dari 8

PERBANDINGAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN DENGAN

TEORI GESTALT

PENGENALAN

Teori pemusatan perorangan telah diperkenalkan oleh Carl. R. Rogers

pada awal tahun 1940an. Ia melawan arus perdana dalam kaunseling iaitu

psikoanalisis dan tingkah laku. Klien menjadi teras dalam sesuatu sesi dan

bukannya kaunselor. Teori ini juga mementingkan masa kini di mana hubung kait

semasa diambil kira. Masa lampau adalah tidak penting dan tidak perlu diambil

kira semasa sesi sedang dijalankan. Rogers mendapat pengiktirafan daripada

masyarakat dunia kerana memperkenal dan memperkembang konsep

humanistik dalam psikoterapi dan kaunseling. Beliau juga pernah dicalonkan

untuk anugerah Keamanan Nobel. Sama seperti teori pemusatan perorangan,

teori Gestalt juga mementingkan keadaan semasa klien. Keadaan masa lampau

perlu dilupakan,perkara masa hadapan tidak perlu difikirkan, hanya keadaan

masa kini yang menjadi keutamaan dalam pelaksanaan teori Gestalt. Teori ini

yang diperkenalkan secara asalnya oleh Freidrich S. (“Fritz”) Perls dan

kemudiannya dikembangkan lagi bersama-sama isterinya iaitu Laura Posner

Perls. Kedua-dua mereka ini menjadi nadi utama dalam penubuhan Institut

Terapi Gestalt New York dan melakukan banyak program-program latihan untuk

pendekatan ini. Jika Fritz banyak memberi penekanan dalam aspek penjelmaan

kesedaran pada diri klien, Laura pula lebih menumpukan kepada aspek

sentuhan dan sokongan.


PERBANDINGAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN DENGAN

TEORI GESTALT

PENGENALAN

Teori pemusatan perorangan telah diperkenalkan oleh Carl. R. Rogers

pada awal tahun 1940an. Ia melawan arus perdana dalam kaunseling iaitu

psikoanalisis dan tingkah laku. Klien menjadi teras dalam sesuatu sesi dan

bukannya kaunselor. Teori ini juga mementingkan masa kini di mana hubung kait

semasa diambil kira. Masa lampau adalah tidak penting dan tidak perlu diambil

kira semasa sesi sedang dijalankan. Rogers mendapat pengiktirafan daripada

masyarakat dunia kerana memperkenal dan memperkembang konsep

humanistik dalam psikoterapi dan kaunseling. Beliau juga pernah dicalonkan

untuk anugerah Keamanan Nobel. Sama seperti teori pemusatan perorangan,

teori Gestalt juga mementingkan keadaan semasa klien. Keadaan masa lampau

perlu dilupakan,perkara masa hadapan tidak perlu difikirkan, hanya keadaan

masa kini yang menjadi keutamaan dalam pelaksanaan teori Gestalt. Teori ini

yang diperkenalkan secara asalnya oleh Freidrich S. (“Fritz”) Perls dan

kemudiannya dikembangkan lagi bersama-sama isterinya iaitu Laura Posner

Perls. Kedua-dua mereka ini menjadi nadi utama dalam penubuhan Institut

Terapi Gestalt New York dan melakukan banyak program-program latihan untuk

pendekatan ini. Jika Fritz banyak memberi penekanan dalam aspek penjelmaan

kesedaran pada diri klien, Laura pula lebih menumpukan kepada aspek

sentuhan dan tindakan.


PERBINCANGAN

Falsafah utama yang dipegang oleh Rogers adalah

existensialisme dan juga humanistik. Existensialisme di sini bermaksud klien

sedar tentang kewujudan dirinya di atas dunia ini dan cuba untuk menjadikan

kewujudannya itu sebagai sesuatu yang memberi makna. Humanistik bermakna

setiap insan ada potensi diri yang tertentu untuk mencapai kesejahteraan hidup.

Humanistik menjadi teras dalam pembinaan teori ini. Beliau juga menekankan

perspektif fenomenologi iaitu bagaimana manusia melihat dirinya sendiri

mengikut persepsinya terhadap realiti. Bagi Fritz pula, dua falsafah utama yang

dipegang adalah existensialisme dan fenomenologi. Mengikut Fritz

existensialisme didasarkan ke atas penyataan bahawa manusia sentiasa berada

dalam proses untuk membentuk dan membina diri sendiri manakala

fenomenologi pula dilihat dari aspek bagaimana seseorang itu melihat diri dan

persekitarannya daripada kaca matanya sendiri.

Mengikut Rogers, manusia mempunyai potensi untuk berkembang ke

arah yang positif jika berada dalam satu persekitaran yang efisien untuknya.

Selain itu, manusia juga perlu menyeimbangkan antara ideal swadiri dengan

swadiri sebenar. Ini kerana, pada pandangan Rogers, masalah akan terjadi pada

diri individu apabila ideal swadiri atau diri impian yang cuba untuk diperoleh oleh

insan adalah berada dalam keadaan tidak seimbang dengan diri insan tersebut

pada realitinya. Teori Gestalt melihat manusia bukan untuk dianalisa tetapi perlu

diberi kesedaran dan sentuhan dengan persekitaran amat dititikberatkan. Fritz

melihat manusia sebagai satu unit yang terdiri daripada pelbagai elemen seperti
deria, perasaan, perlakuan, dan tubuh badan atau dalam kata lain diri manusia

dilihat secara holistik dan permasalahan akan timbul bilamana elemen-elemen ini

tidak diintegrasikan secara menyeluruh. Apabila organisma diri tidak bergerak

seiring dengan persekitaran, maka kepincangan juga mungkin terjadi.

Tiga aspek penting yang perlu ada pada seorang kaunselor dalam

memilih teori pemusatan perorangan untuk dijadikan pegangan adalah

ketulenan, penerimaan tanpa syarat, dan empati. Ketulenan bermaksud seorang

kaunselor adalah jujur semasa sesi. Beliau tidak akan memperkatakan sesuatu

yang berlainan daripada bahasa tubuhnya kepada klien. Ketulenan sangat

penting agar saling kepercayaan dapat diwujudkan antara kaunselor dengan

klien. Penerimaan tanpa syarat berlaku apabila klien diterima seadanya dan tidak

ada sebarang diskriminasi ataupun penilaian dilakukan terhadap diri klien.

Empati bermakna kaunselor berjaya meletakkan dirinya di tempat klien dan

merasai permasalahan klien tanpa menjejaskan identiti kaunselor yang

tersendiri. Pendekatan Gestalt pula memerlukan kaunselor untuk memberi

perhatian kepada keadaan semasa dan kecelaruan pada klien. Klien perlu

sentiasa diingatkan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap tingkah laku

mereka sendiri. Masalah-masalah klien yang tidak selesai perlu diutarakan

semasa sesi dan dibincangkan bersama. Keadaan manusia yang terdiri daripada

pelbagai lapisan perlu dikupas untuk mengenal pasti kematangan diri.

Kesedaran perlu dipupuk dalam diri klien agar masalah ini diselesaikan dengan

segera supaya tidak merencatkan perkembangan diri dan kontak dengan alam

persekitaran dapat dipertingkat.


Rogers tidak memberi perhatian kepada teknik sebaliknya kaunselor

perlu membina satu perhubungan yang baik dan menunjukkan empati terhadap

masalah klien. Perhubungan baik yang terbentuk akan membantu

perkembangan diri klien. Dalam teori ini, kemahiran melayan dan mendengar

sangat ditekankan. Selain itu, pada awal pembinaan teori ini, Rogers

mementingkan pemahaman dunia klien dan melakukan refleksi terhadap apa

yang difahaminya. Pada asasnya, teknik dalam teori ini berorientasikan

konfrontasi dan diunjurkan secara terus kepada klien. Gestalt mempunyai

pelbagai teknik untuk memperkukuh perkembangan perlakuan dan

kebertanggungjawaban diri klien. Antaranya adalah teknik dialog, kerusi kosong,

gerakan melampau, kesediaan dengan tanggungjawab, memainkan peranan

unjuran, penukaran terbalik, pengekalan perasaan, dan pendekatan mimpi.

Pemusatan perorangan bersifat non-direktif iaitu kaunselor tidak memberi

jawapan,saranan, atau membuat keputusan untuk klien tetapi kesedaran itu akan

timbul sendiri daripada diri klien hasil daripada empati yang ditunjukkan oleh

kaunselor. Ini berlaku kerana kaunselor berjaya memasuki ruang rujukan

dalaman klien dan memahami masalah klien secara mendalam. Matlamat

semasa sesi tidak diterapkan langsung oleh kaunselor sebaliknya klien yang

memilih sendiri matlamat yang ingin dicapai. Dalam melaksanakan teori ini,

kaunselor haruslah ikhlas dan mempunyai keinginan menolong yang sangat kuat

supaya potensi sebenar klien dapat disedari oleh diri klien sendiri. Ini dapat

membantu klien untuk bukan sahaja menyelesaikan masalahnya pada masa kini

malahan juga membantunya untuk menyelesaikan permasalahan akan datang.


Dalam Gestalt, intervensi berlaku secara kesepaduan di mana kedua-dua

kaunselor dan klien sama-sama berusaha untuk mencari penyelesaian bagi

menimbulkan kesedaran ke atas diri klien. Teknik kerusi kosong dan dialog

misalnya, menunjukkan bagaimana pertengkaran anatara topdog dan underdog

dalam diri yang sepatutnya seimbang antara satu sama lain ditekankan ke atas

klien secara tegas oleh kaunselor. Pengakuan “saya” dan bukannya “mereka”

ataupun “dia” lebih diutamakan ke atas klien.

Jika diteliti kepada kesan teori pemusatan perorangan, ia boleh

disesuaikan dengan gaya hidup masyarakat di Malaysia di mana pada dasarnya

sifat teori ini yang mementingkan kemesraan dan empati semasa menerima klien

sememangnya satu konsep yang boleh digunapakai tetapi pada pandangan

peribadi saya sendiri, kemahiran melayan dan mendengar sahaja tidak

mencukupi untuk menyelesaikan masalah klien sebaliknya perlu ada satu

dorongan daripada pihak kaunselor sendiri untuk penyataan tindakan yang

sepatutnya dilakukan. Seseorang yang ingin berkembang ke arah yang positif

sepatutunya sedar bahawa kesedaran sahaja tanpa tindakan tidak akan

mengubah apa-apa pada diri seseorang. Bagi teori Gestalt pula, kaunselor

haruslah mempunyai kekuatan dari aspek penerokaan afektif bagi menghasilkan

satu sesi yang dianggap berjaya. Tetapi dalam pengaplikasian teori ini, perlu

diingat bahawa sensitiviti klien perlu dijaga terutamanya masayarakat di Malaysia

yang terkenal kerana mementingkan kesopanan. Idea-idea daripada teori ini

yang dianggap abstrak mungkin disalahtafsir oleh sesetengah kaunselor baru

yang ingin mempraktikkannya. Tetapi daripada kaca mata saya sendiri, set-set
teknik yang terdapat dalam teori ini mampu untuk mewujudkan satu bentuk

kesedaran terutamanya perubahan emosi kepada klien.

KESIMPULAN

Berdasarkan isi-isi perbincangan di atas, saya secara peribadi akan

memilih teori Gestalt untuk dijadikan pegangan berbanding teori pemusatan

perorangan kerana pada pandangan saya, seorang kaunselor perlu membawa

haluan dalam sesinya bersama klien dengan cara sama-sama membincangkan

tindakan yang perlu diambil dan bukannya terhad kepada kemahiran melayan

dan mendengar serta mengiakan sahaja apa yang diperkatakan oleh klien.

Intervensi secara tegas yang dilakukan oleh Gestalt bersesuaian jika difikirkan

penyelesaian masalah yang memerlukan perhatian yang segera. Pada akhirnya,

sebenarnya apa jua teori yang ingin dipilih oleh seorang kaunselor, dia sendiri

perlu berfikir secara mendalam sebenarnya bagaimana untuk mengaplikasikan

teori tersebut mengikut gayanya yang tersendiri.


BIBLIOGRAFI

Edisi Kedua, Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling;

Othman Mohamed : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, Seventh Edititon;

Gerald Corey : Thomson,Brooks,Cole.

Systems, Strategies and Skills of Counseling and Psychotherapy;

Linda Seligman : Prentice-Hall Inc.

Teori dan Amalan Psikoterapi;

Amir Awang.

Anda mungkin juga menyukai