Anda di halaman 1dari 9

Sejarah Tarian Zapin

Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang ini datang dari Tanah Arab dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana. Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita. Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang. Semasa melakukan gerakan, kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak mendada. Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan Gambus. Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2. Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok tarian pasangan masingmasing. Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka manari diatas kapal dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil tangannya memegang tali kapal. Gerakan variasi Tengliu banyak melakukan gerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu. khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab. Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik pengiringnya terdiri dari dua alat

yang utama yaitu alat musik petik gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan perempuan. Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapinnya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei DarussalamAsal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut. Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu. Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain. terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap.

Zapin Johor

Zapin merupakkan tarian tradisional masyarakat Johor. Selain Kuda Kepang yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa di Johor, Zapin juga mempunyai nilai-nilai estetika tersendiri. Jika sekumpulan penari Zapin dapat membuat persembahan yang baik dan teratur ia mampu menarik perhatian orang ramai di sesebuah majlis. Bayangkan kalau satu majlis perkahwinan yang mempersembahkan tarian Zapin dengan sempurna, ia mampu mempersonakan tetamu-tetamu yang hadir hingga mereka terlupa tentang kehadiran pengantin! Begitulah hebat dan asyiknya tarian Zapin.

TARIAN KUDA KEPANG Tarian Kuda Kepang amat popular di kalangan masyarakat Jawa. Tarian ini berunsur pemujaan kerana para penari boleh tidak sedarkan diri. Penari menggunakan kuda kepang yang diperbuat daripada buluh yang dianyam. Kuda kepang tidak berkaki hanya mempunyai badan, kepala dan ekor sahaja. Kumpulan kuda kepang mengandungi antara 15 hingga 20 pemain termasuk pemuzik. Alat-alat muzik yang digunakan ialah gong, gamelan, rebana, gendang dan bonang. Tarian Kuda Kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Persembahan tarian ini akan dikawal oleh seorang "ketua" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian. Setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "ketua" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan kemudian semakin rancak manakala setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Penari-penari akan menari selama muzik dimainkan dan persembahan akan tamat selepas ketua mengarahkan rentak muzik diperlahankan dan alunan muzik diberhentikan sepenuhnya.

Tarian Kipas Cina


Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

ASAL-USUL
Tarian kipas tarian berasal dari Korea, pada mulamulanya merupakan tradisi Korea Shamanisme dan kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk tarian, telah mempunyai 3000 tahun sejarah. Hari ini, tarian kipas telah menjadi satu latihan yang disayangi oleh masyarakat pertengahan umur. Di Chengdu, setiap taman dan plaza komuniti, walaupun musim panas atau musim sejuk, setiap hari banyak orang tua yang memegang kipas dan menari bersama.

Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang memerlukan penarinya untuk menguasai tarian ini. Tarian ini perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan kerana tarian ini adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat, dikenali sebagai Alarippu (persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari, merupakan seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan), Jatiswaram(tarian abstrak, gendang mengatur rentak. Di sini, penari menampilkan kemahiran pergerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan), Sabdam (tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta kasih), Varnam (pusat bahagian persembahan, merupakan bahagian persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks serta rumit. Posisi tangan dan tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih

sayang), Padam (bahagian persembahan yang paling seksi yang memerlukan penari meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih) dan Thillana (b Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta) yang merupakan kemahiran luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari yang menawan). Peringkatperingkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya iaitu tarian ekspresi.

Singa

Tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Menurut Ann Wan Seng, seorang ahli sosiologi dan penulis terkenal, tarian singa dipercayai mampu membawa tuah serta kekayaan pada tahun baru. Tarian ini juga dipercayai ditarikan bagi membuang semangat jahat. Hal ini kerana pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali dipercayai boleh mengusir puaka atau semangat jahat. Tarian ini juga dikatakan menjadi pelindung kepada penghuni premis tempat tarian dilakukan. Terdapat dua tarian singa yang amat popular iaitu, Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan. Tarian Singa Utara berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja, manakala Tarian Singa Selatan lebih membawa kepada perlambangan alam sekitar. Tarian singa lebih diminati berbanding tarian naga kerana diiringi muzik rancak, tidak memerlukan penari yang ramai, dan tarian yang lebih agresif serta memukau.

Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina. Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.

TARIAN INANG Tarian Inang adalah versi moden terhadap tarian tradisional Mak Inang. Ianya di tarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempo yang pantas dan di iringi dengan alat muzik rebana, biola dan gendang. Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya. Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.

TARIAN SUMAZAU
Asal Usul Tarian Sumazau Perkataan Sumazau berasal daripada 'SAZAU' yang boleh dilihat berdasarkan tangan seseorang apabila menari.Tarian Sumazau diambil oleh orang zaman dahulu,daripada seekor burung helang semasa burung helang sedang terbang,Sumazau adalah tarian tradisional suku kaum kadazandusun.Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat pada ( Bambaazon ). Asas Asas Tarian Sumazau Keunikan pergerakan tapak kaki perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari.Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik.Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong.Dengan 'Pangkis'dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran corak tarian akan dilakukan.'Pangkis' dari penari lelaki akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini. Pakaian Tarian Sumazau Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serbah hitam dengan jalur kuning emas.. Penari perempuan memakai 'Tangkong','Tinggot' dan 'Himpogot'.Penari lelaki pula memakai 'Sigar'di kepala.Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong ataupun 'Togunggu'. Gambar Tarian Sumazau

TARIAN NGAJAT Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ianya ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Lagu iringan dibunyikan dari alatalat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai dan engkurungmong.

Anda mungkin juga menyukai