Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Oleh: Intan Najihah Binti Mohamad Yusof 910219 06 5398 Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana

a dengan izin dan limpah kurnia dari-Nya, segala perancangan dan perjalanan yang kami rangka sejak lebih kurang beberapa minggu yang lalu dapat direalisasikan dengan begitu baik sekali. Berkat usaha dari semua guru pelatih unit PISMP Sains Januari 2011, pensyarah pembimbing dan pihak institut, dapat juga kami menjejakkan kaki ke Jabatan Meteorologi Malaysia dan Planetarium Negara. Program lawatan Ilmiah ini merupakan projek amali yang perlu dilaksanakan bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 6, yang mengambil subjek WAJ 3113. Program ini penting untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk

mendapatkan maklumat mengenai ilmu- ilmu meteorologi serta memenuhi sukatan pelajaran dan amali bagi subjek WAJ 3113 (Kokurikulum-Persatuan Sains).

Perjalanan kami ke sana bermula pada pagi 27 September 2013. Rombongan kami terdiri daripada 17 orang guru pelatih Unit PISMP Sains Januari 2011, dan 2 orang pensyarah pengiring.

Sepanjang kami di Jabatan Meteorologi, pelbagai slot dan program yang berguna telah kami lalui. Kami tidak melepaskan peluang berharga sepanjang berada di sana dengan mengisi masa dengan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman. Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang kami perolehi melalui lawatan ini. Antaranya ialah, kami dapat mempelajari ilmu meteorologi dengan lebih mendalam. Selain itu, melalui lawatan ini, kami juga dapat memerhati dan mengkaji cuaca dengan membuat ramalan cuaca berdasarkan analisa dan data yang diperoleh disana. Kami juga dapat menimba ilmu pengetahuan mengenai satelit dan radar yang sentiasa berfungsi untuk sistem telekomunikasi di negara kita bahkan di seluruh dunia. Saya sangat teruja dengan segala peralatan canggih yang digunakan dan dapat memerhatikan petugas-petugas yang begitu tekun bekerja mengikut syif masing-masing. Manakala sepanjang lawatan kami ke Planetarium Negara pula, kami dapat melihat pameran-pameran yang berada disana. Salah satu tarikan utama

planetarium ini termasuk pawagam angkasa yang menayangkan tayangan angkasa dan filem format besar. Di dewan utama adalah pameran kekal berkaitan dengan sains angkasa. Antaranya adalah enjin angkasa Arianne IV, yang juga merupakan salah satu enjin yang digunakan bagi melancarkan MEASAT 1, satelit pertama Malaysia ke angkasa. Teleskop 14-inci (360 mm) juga terdapat di balai cerap. Planetarium Negara menganjur ke taman tema angkasa di mana terletak replika balai cerap silam. Ia bersambung oleh jambatan pejalan kaki atas ke Muzium Negara. Lawatan ke planetarium ini merupakan satu pengalaman yang berharga buat kami semua sebagai seorang bakal guru. Antara kelemahan yang dapat saya kaji berdasarkan lawatan ini ialah semasa proses sebelum lawatan iaitu kami mempunyai pelbagai program lain di kampus menyebabkan kami kesuntukan masa dan waktu . Oleh itu, kami terpaksa memilih hari Sabtu sebagai hari yang bersesuaian dengan lawatan walaupun kami sedia maklum bahawa hari Jumaat adalah hari yang singkat untuk membuat lawatan oleh kerana beberapa faktor. Kelemahan semasa lawatan di Jabatan Meteporologi Malaysia juga ialah masa lawatan yang agak singkat dan terpaksa mengejar masa kerana kami tidak mengambil masa yang agak panjang disana. Namun, perancangan masa diatur dengan sebaik mungkin untuk setiap slot dan dapat dihabiskan sebelum kami bertolak ke Planetarium Negara. Antara cara yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah kami perlu mencari hari dan tarikh paling sesuai dengan lawatan sesuai dengan aktiviti atau program yang dianjurkan oleh setiap badan terbabit. Pada masa yang sama, kami juga perlu merancang program ini seawal yang boleh supaya tidak mengalami pelbagai masalah berkaitan tarikh dan kelapangan kedua-dua belah pihak. Berdasarkan pengalaman-pengalaman kami sepanjang berada disana, secara keseluruhannya kami amat gembira dan berpuas hati dengan lawatan seumpama ini. Banyak faedah yang dapat kami perolehi di sana dan dapat diaplikasikan oleh kami sebagai bakal guru kelak. Ia termasuklah pengalaman kami semasa merancang program dan menyediakan kertas kerja. Lawatan ini memberi persiapan kepada guru pelatih menjadi pengurus persatuan sains yang berkaliber dan meningkatkan kemahiran pengurusan dan komunikasi dengan orang luar dan masyarakat sekeliling selain memberi peluang dan pengalaman kepada guru pelatih

untuk menguruskan sesuatu program lawatan untuk persatuan apabila berada di sekolah kelak.

Secara individu, saya amat berpuas hati dengan lawatan ilmiah ini dan berharap dapat mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi ini kelak, insyaallah. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai