Anda di halaman 1dari 8

KPR 3013 : Refleksi Tajuk Nombor 1 Perkembangan Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah.

Rumusan Tajuk Bab ini menghuraikan secara ringkas senario kurikulum dan pengajaran pada zaman prapenjajahan Inggeris, semasa zaman penjajahan Inggeris dan zaman pascamerdeka. Boleh dikatakan sejarah kurikulum dan pengajaran telah bermula sejak bermulanya tamadun manusia. Dalam konteks masyarakat Melayu telah pun wujud kurikulum dan pengajaran zaman prapenjajahan Inggeris . Pada masa ini telah wujud pendidikan tradisional atau pendidikan informal. Ibu bapa memainkan peranan penting mendidik anak-anak terutamanya berkaitan soal keagamaan seperti fardhu ain dan fardhu kifayah, sahsiah, kesopanan dan hubungan kemasyarakatan. Ilmu diperturun dan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Pada zaman ini juga kanak-kanak lelaki dilatih mewarisi pekerjaan bapa. Manakala anakanak perempuan pula dilatih mewarisi pekerjaan ibu mengurus rumah tangga. Tuntasnya, pendidikan zaman ini lebih menitikberatkan survival untuk hidup hari ini yang dapat menepati kehendak agama. Pada zaman prapenjajahan Inggeris juga wujud pendidikan formal yang berlangsung di istana. pendidikan ini disediakan untuk anak-anak golongan bangsawan dan pembesar istana. Pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Kanak-kanak mengikuti pelajaran berdasarkan kemahiran membaca, menulis dan mengira di samping penekanan ilmu keagamaan. Pada zaman penjajahan Inggeris, kurikulum dan pengajaran telah berubah. Pada zaman ini Inggeris telah memperkenalkan sekolah vernakular yang berteraskan bahasa ibunda muridmurid. Antara sekolah tersebut seperti sekolah Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tulisan rumi dan jawi digunakan secara serentak. Matlamat pendidikan pula supaya murid-murid mewarisi pekerjaan sebagai petani dan pekerja bawahan. Kurikulum pula berkisar kemahiran membaca, menulis, mengira dan mengarang. Selain itu, pada zaman ini juga terdapat sekolah vernakular Cina. Kurikulum sekolah ini meliputi ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan ajaran Confucius. Tenaga pengajar dibawa masuk dari tanah besar Cina. Mulai tahun 1929 sekatan kemasukan guru dari Cina telah berkuat kuasa. Secara umumnya sekolah vernakular Cina menitikberatkan budaya dan adat resam yang berkiblatkan negara asal.

Sekolah vernakular yang lain ialah sekolah Tamil. Sekolah ini juga berorientasikan negara asal. Pada dasarnya sekolah ini bertujuan membasmi buta huruf dan menerapkan unsur-unsur kerohanian. Bahasa pengantarnya pula meliputi bahasa Tamil, Malayalam, Telegu dan Punjabi. Seterusnya, terdapat sekolah Inggeris untuk mendidik anak-anak pegawai Inggeris, anakanak ahli peniagaan dan anak-anak golongan elit Melayu. Nilai yang diterapkan ialah perasaan bangga terhadap pemerintah Inggeris. Sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Ketika Jepun menjajah Tanah Melayu, pihak berkuasa Jepun telah membuka sekolah Nihongo. Kurikulumnya meliputi nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, budaya Jepun dan penerapan nilai kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Jepun melaungkan slogan Asia adalah untuk orang Asia. Selepas Perang Dunia Kedua Inggeris telah menubuhkan Jawatankuasa Cheeseman yang mengeluarkan laporan supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris diberikan kepada semua murid di sekolah rendah. Sementara pelajaran vokasional dilaksanakan sepenuhnya. Seterusnya pada 1949 lahir pula Laporan Barnes. Antara cadangannya ialah Pengajaran di sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekolah dibuka kepada semua kaum secara percuma. Hanya bahasa Inggeris digunakan di sekolah menengah. Laporan Barnes dianggap memihak kepada orang Melayu. Oleh sebab itu, lahir pula Laporan Fenn-Wu, 1951. Syor Jawatankuasa ini ialah penggunaan bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran. Mata pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil diteruskan dan diperbaiki. Bantuan kewangan daripada kerajaan ditambah kepada sekolah Cina. Walau bagaimanapun Laporan Fenn-Wu tidak dapat dilaksanakan. Pada 1956 lahir pula Penyata Razak yang mengesyorkan supaya perpaduan menjadi agenda utama pendidikan. Penyata Razak telah menjadi asas kepada Ordinan pelajaran 1957. Pada tahun 1960 Jawatankuasa Rahman Talib telah mengeluarkan laporan yang menjadi asas kepada pewartaan Akta Pelajaran 1961. Antara kandungan laporan tertsebut ialah satu bentuk kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk keseluruhan sistem persekolahan di negara ini digunakan. Seterusnya pendidikan selepas merdeka adalah untuk melahirkan perpaduan dan rakyat yang bebas buta huruf. Secara tuntasnya, kurikulum dan pengajaran di negara kita telah melalui proses yang panjang lagi berliku-liku. Hal ini kerana pendidikan di sekolah kita adalah untuk memenuhi kemahuan rakyat dan dasar pemerintah. Walau bagaimana rumit sekali pun matlamat pendidikan hendak dicapai, agenda perpaduan dan kemahiran murid adalah keutamaan.

2. Peta Minda Kurikulum dan pengajaran zaman sebelum penjajahan Inggeris Pendidikan Tradisional Pendidikan Informal Pendidikan Formal Kurikulum dan pengajaran zaman penjajahan Inggeris Sekolah Melayu Sekolah Cina Sekolah Tamil Sekolah Inggeris Sekolah Nihongo (Zaman Jepun) Kurikulum dan pengajaran selepas Perang Dunia Kedua Jawatankuasa Cheeseman (1946) Laporan Barnes (1949) Laporan Fenn Wu (1951) Kurikulum dan pengajaran zaman selepas merdeka. Penyata Razak (1956) = Ordinan Pelajaran 1957 Penyata Rahman Talib (1960) = Akta Pelajaran 1961

3. 5 konsep/ istilah. Konsep/Istilah/Perkara Penting Fardhu ain Penjelasan Fardhu ain ialah perkara-perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam.Jika ditinggalkan dengan sengaja hukumnya adalah berdosa. Fardhu ain meliputi hal-hal seperti ibadat, akidah dan hukum-hakam dalam Islam . Sebagai contoh, solat fardhu, zakat, ibadat haji, berbakti kepada ibu bapa dan menuntut ilmu pengetahuan. Fardhu kifayah ialah perkara yang dituntut oleh syarak dan wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota umat Islam. Jika diabaikan seluruh anggota masyarakat Islam akan menanggung dosa. Namun, jika sebahagian lain yang melaksanakannya seleruh masyarakat Islam terlepas daripada dosa. Sebagai contoh pengurusan jenazah, solah berjemaah dan menuntut pelbagai ilmu sains. Golongan yang berkedudukan dalam masyarakat dan dipandang mulia. Dalam konteks masyarakat Melayu tradisi golongan bangsawan adalah golongan yang rapat dengan pihak istana. Oleh sebab itu, golongan bangsawan menjadi perantara antara rakyat jelata dengan pihak istana. Slogan ini mula diperkenalkan oleh tentera Jepun semasa menduduki Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua. Jepun telah membuktikan bahawa bangsa Asia boleh menewaskan bangsa Eropah. Slogan ini adalah sebagai satu cara menarik minat rakyat Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan bangsaAsia seperti Jepun. Seterusnya, seluruh kekayaan negara Asia adalah untuk orang Asia sahaja, bukannya orang Eropah. Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan terpakai di seluruh negara Malaysia. Sebagai contoh, Akta Pelajaran, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Jenayah dan sebagainya.

Fardhu kifayah

Golongan bangsawan

Asia adalah untuk orang Asia.

Akta

4. Impak Tajuk ke Atas Perkembangan Ilmu Perguruan Anda. Tajuk ini telah meremajakan semula sejarah pendidikan negara kepada saya. Dua isu penting yang terdapat dalam tajuk ini ialah pendidikan bertujuan membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Sebagai seorang guru saya mesti bersedia bekhidmat sepenuh hati agar pendidikan hari ini menjurus ke arah perpaduan rakyat yang menjadi asas kepada pembanganun negara dan keharmonian hidup bermasyarakat. Isu yang kedua ialah matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan berilmu, bersahsiah mulia dan berkemahiran. Matlamat pendidikan seperti ini telah pun sejak zaman lama dahulu. Oleh sebab itu, tajuk ini memberi ilham tambahan kepada saya untuk mencari jalan menyampaikan ilmu secara tersurat dan tersirat agar anak bangsa tidak tertinggal dalam menggapai cita-cita murni menjadi insan yang berkualiti.

5. Pendapat Anda Tentang Tajuk Tajuk ini sangat relevan dengan kursus yang saya ikuti. Tajuk ini telah menghurai kembali secara ringkas akar sejarah pendidikan negara. Sesuai dengan perubahan masa, sejarah pendidikan negara telah berubah dari satu tahap kepada tahap lain. Tajuk ini dapat memberi kefahaman kepada saya tentang keperluan perubahan dasar-dasar pendidikan negara. Sesungguhnya sejarah telah berlalu tetapi faktanya terus hidup. Begitulah halnya dengan tajuk ini yang telah membuka semula jendela sejarah yang dapat memberi ruang kepada saya melihat saujana warna pendidikan negara.

REFLEKSI TAJUK (KRP 3013 : Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)

No.Tajuk Unit 3 1. Rumusan Tajuk

Tajuk Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah.

Matlamat pendidikan sentiasa mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Pada zaman penjajahan Inggeris matlamat pendidikannya adalah selari dengan dasar pecah dan perintah. Oleh sebab itu, matlamat pendidikan bukanlah ke arah perpaduan rakyat. Walau bagaimanapun selepas negara mencapai kemerdekan pendidikan digerakkan ke arah perpaduan, pembasmian buta huruf dan melahirkan tenaga kerja masih untuk kemajuan negara. Matlamat pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan di beberapa tahap. Pada zaman sebelum penjajahan Inggeris pendidikan bercorak tradisional yang pendidikan berlaku dalam lingkungan keluarga dan masyarakat. Matlamat pendidikan pula untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Sementara itu, pada zaman penjajahan Inggeris, pihak berkuasa telah memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan menubuhkan sekolah vernakular. Sebagai contoh, sekolah Melayu yang berbahasa pengantar bahasa Melayu. Sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Matlamat pendidikan ialah memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak agar dapat mewarisi pekerjaan ibu bapa. Pada zaman pascamerdeka pula matlamat pendidikan di negara kita mengalami beberapa perubahan yang lebih tersusun. Penyata Razak 1956 telah menggariskan beberapa cadangan seperti pendidikan adalah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Laporan inilah yang menjadi asas kepada pengisytiharan Ordinan Pelajaran 1957. Pada tahun 1979 lahir pula Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini memperakukan bahawa kurikulum sekolah rendah terarah kepada kemahiran murid kepada tiga bidang asas iaitu komunikasi, manusia dan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan individu. Ekoran daripada saranan jawatankuasa ini, diperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1983 yang memberi penekanan kepada kemahiran asas 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

KBSR 1983 mengalami perubahan apabila dimurnikan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1993). Perubahan ini adalah selari dengan Fahsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencorakkan murid agar mampu bersaing pada abad ke-21. Justeru melalui KBSR 1993 diharap mampu melahirkan generasi yang berfikir dan berilmu pengetahuan, beretika tinggi dan bijaksana, dan menggunakan teknologi maklumat secara berkesan. Pelaksanaan KBSR 1993 pula menekankan aspek penerapan nilai murni dan semangat patriotik dalam kalangan murid-murid. Matlamat pendidikan sekolah rendah terus mengalami perubahan ke arah menggarap sistem pendidikan yang lebih gemilang. Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat memperkembang potensi individu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, maka KBSR mengalami sekali lagi perubahan. Mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. KSSR berharap agar murid yang mengikuti KSSR mempunyai asas-asas insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Selain itu, murid akan menjadi warganegara yang bertanggungjawab . Seterusnya murid akan bertindak sebagai Global Player dan pekerja berilmu.

2. Peta Minda

3. Konsep/Istilah/Maksud perkara penting yang terdapat dalam tajuk ini. Konsep/Istilah/Perkara Penting Dasar pecah dan perintah Penjelasan Dasar pecah dan perintah adalah polisi penjajah Inggeris untuk meruntuhkan kekukuhan sistem politik, ekonomi dan sosial rakyat tempatan. Selepas sistem tersebut lemah dan tidak bermaya, maka Inggeris mengambil kesempatan menunjukkan kebijaksanaan menguruskan pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu. Prinsip moral atau akhlak mulia yang menjadi pegangan insan yang budiman. Sebagai contoh, insan yang beretika tercerna melalui tutur kata terpuji, adab sopan mulia, kejujuran dalam tindakan , sentiasa terdorong melakukan kebaikan, sentiasa terdorong meninggalkan kejahatan dan takut kepada Allah. Perasaan cinta yang tebal kepada negara. Rela berkorban demi negara. Sanggup berjuang untuk negara dalam sebarang keadaan sama ada di medan perang atau berjuang untuk memartabatkan imej negara ke tahap tertinggi. Insan yang memiliki kekuatan yang seimbang dalam segala aspek seperti kekuatan Rohani dan Jasmani, Fizikal dan Emosi. Menurut Islam, insan yang seimbang ialah insan yang dapat menunaikan kewajipan Allah dan Sunnah Rasul secara berhikmah untuk mencapai keredhaan di dunia dan di akhirat. Generasi yang akan mencorakkan dunia dalam semua bidang. Generasi ini akan bersaing di peringkat antarabangsa dengan semua pekerja mahir dari pelbagai negara di dunia. Dalam arus globalilasi global player mestilah memiliki kemahiran tinggi dan menjadi sumber penawaran menarik kepada agensi antarabangsa.

Beretika tinggi

Semangat patriotik

Asas-asas insan yang seimbang

Global player