Anda di halaman 1dari 5

Mata pelajaran Kelas Masa Ringkasan

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI Tahun 1 MAWAR 7.30 8.30 ( 60 minit ) Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan tentang bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut , lidah ,tangan dan kaki SAINS HAYAT 2.1 Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia 2.1.1 Mengenalpasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan dan kaki 2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tubuh manusia. 2.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK,penulisan atau lisan. 2.2.1 Mensyukuri ciptaan Tuhan dengan keistimewaan tersendiri pada setiap manusia. 1.Kad gambar 2.Rajah manusia 2.Lembaran kerja 1 -Penilaian 3.Lembaran kerja 2-Pemulihan 4. Lembaran kerja 3-Pengayaan 5.Lembaran 1- Kerja kumpulan 6.Lampiran 2 lagu

Sumber

Aktiviti

1.Set Induksi - Guru mengarah semua murid menutup mata dan bertanya adakah mereka dapat melihat(jawapan berdasarkan respon murid) 2. Murid diminta menunjukkan anggota badan yang disebut oleh guru. 3. Murid diminta melengkapkan bahagian tubuh manusia .( kad gambar anggota badan, rajah manusia yang tidak lengkap/ TMK) 4. Aktiviti diteruskan dengan pengulang aktiviti set induksi dengan penambahan soalan S1) Apa akan jadi sekiranya kita tidak mempunyai mata/tangan/kaki/telinga/hidung/mulut/lidah? 5. Murid membuat padanan anggota badan dan fungsi dalam kumpulan.(Lembaran 1) 6. Murid menjawab soalan (lembaran kerja) 7. Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilakukan 6. Pembelajaran diakhiri dengan nyanyian

Penilaian

1. Murid menyiapkan lembaran kerja 2. Soal jawab secara lisan 1. Murid dipandu semula oleh guru melalui aktiviti memadankan gambar anggota badan dengan fungsinya melalui lembaran pemulihan. 1. Murid menyiapkan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti Pemulihan

Aktiviti Pengayaan

1. FASA PERSEDIAAN
AKTIVITI 1 1. Guru mengarahkan semua murid menutup mata dengan tangan. 2. Guru bertanya adakah murid dapat melihat? Contoh soalan murid: i. Kenapa kita tidak nampak apa-apa semasa mata ditutup? ii. Kenapa perlu menutup mata ? 3. Guru memberi respon terhadap persoalan murid serta menyoal semula mereka. Contoh soalan guru : i. Apakah perasaan kamu bila tidak dapat melihat apa-apa? ii. Cuba sebutkan anggota badan yang kamu tahu ? 4. Guru menyatakan tajuk pelajaran pada hari itu Kenali Tubuh Kita

AKTIVITI 2 1. Murid diminta menunjukkan anggota badan yang disebut oleh guru. 2. Guru meransang murid dengan beberapa soalan. Contoh soalan guru : i. Cuba sebutkan nama anggota badan yang telah kamu tunjukkan ? ii. Nyatakan fungsi atau kegunaan anggota badan yang telah kamu sebut ? 3. Melakukan aktiviti mengikut arahan guru. Contoh arahan guru : a. Kedipkan mata kamu b. Tarik nafas c. Sebut perkataan mulut d. Tepuk tangan kamu e. Angkat kaki kiri diikuti kaki kanan f. Sebutkan rasa gula-gula g. Cuba dengar bunyi iniring-ring apakah bendanya. 4. Guru menyoal murid: Contoh soalan guru : i. Kenapa bila menutup mata kita tidak nampak kawasan sekeliling? ii. Apakah deria yang sesuai digunakan untuk melihat? 5. Menyebut dan mengeja anggota badan( mata, hidung, telinga, lidah, mulut, tangan dan kaki secara kumpulan dan individu.

2. FASA IMAGINASI
AKTIVITI 3 1. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai anggota tubuh manusia : Contoh soalan guru : i. ii. iii. Bayangkan jika kita buta? Apa akan jadi? Bagaimana kamu dapat membezakan siang dan malam? Bagaimanakah cara orang buta membezakan siang dan malam?

3. FASA PERKEMBANGAN
AKTIVITI 4 1. Setiap orang murid diberikan lembaran kerja gambar anggota badan manusia yang tidak lengkap. ( Gabungjalin Dunia Seni Visual dalam bidang menggambar iaitu pada persepsi estetik 1.1.1 Unsur seni, sub 1.1.1.1 dan 1.1.1.2 / 1.2 Aplikasi Seni 1.2.1mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.1.2.2 bahan /1.3 Ekspresi Kreatif 1.3.1 memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif / 1.4 Apresiasi seni ) 2. 3. 4. Guru meminta murid untukmelukis dan melengkapkan gambar tersebut dengan anggota tubuh badan manusia. Seorang atau dua orang murid bercerita secara spontan tentang salah satu deria yang dipilihnya sendiri. Guru bersoal jawab dengan murid.

Contoh soalan guru: i. ii. Kenapa kamu mesti menjaga anggota badan kamu? Penting atau tidak anggota tubuh badan manusia dalam kehidupan seharian kita?

AKTIVITI 5 1. 2. 3. 4. Guru mengarahkan murid untuk membentuk kumpulan berempat. Mengedarkan kepada setiap kumpulan dengan lembaran kerja Guru membantu murid memahami arahan kad tugasan. Murid menjalankan aktiviti memadankan anggota tubuh badan dan fungsinya. ( Aktiviti pengayaan dan pemulihan diberi kepada murid )

4. FASA TINDAKAN
AKTIVITI 6 ( PENUTUP ) 1. Murid mempamerkan dan menceritakan hasil aktiviti murid tentang anggota tubuh manusia sambil membuat aksi dan ditiru oleh murid. 2. Guru merumuskan tajuk pelajaran hari ini iaitu : i. Kita mesti menjaga anggota tubuh badan kita dengan sebaik-baiknya . ii. Mengetahui fungsi setiap anggota tubuh badan sendiri . 3. Menyanyikan lagu sambil membuat aksi mengikut rentak dan irama lagu yang nyanyikan. Gabung jalin Dunia Muzik 2.1 iaitu menghasilkan idea muzikal kreatif pada 2.1.1 menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan( tepuk tangan ) dan perkusi mulut. Gabungjalin Pendidikan Jasmani dan kesihatan Pergerakan Bukan Lokomotor 1.3.3 melakuka Pergerakan Bukan Lokomotor mengikut irama.

LAGU : Tubuhku dan Gunanya

Saya melihat warna dengan mata (MATA) Saya mendengar bunyi dengan telinga (TELINGA) Saya merasa manis, gunakan lidah saya, Saya menghidu guna hidung pula.

Kalau saya memegang dengan tangan(TANGAN), Kalau saya berlari dengan kaki(KAKI), Kalau saya nak makan, gunakan mulut saya, Kalau saya dah tahu sebut semua. MATA, TELINGA, LIDAH, HIDUNG, TANGAN, KAKI, MULUT ( Ikut melodi lagu ` Kalau Saya Gembira ` )