Anda di halaman 1dari 13

SOALAN 1

Isu dan Cabaran Utama Profesion Perguruan Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat. Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana mereka yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya. Tugas guru sekarang bukan sahaja mengajar malah terpaksa melakukan pelbagai tugas dalam menggalas amanah yang telah diberikan. Ramai yang menganggap tugas guru sekarang hanya masuk ke kelas dan mengajar, pulang awal dan mempunyai banyak masa lapang. Ada juga yang menjadikan profesion guru sebagai pilihan terakhir jika tidak mempunyai peluang kerjaya yang lain. Menurut Presiden NUTP, Ismail Nihat, guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Beliau mengatakan bahawa apabila ada pegawai baru di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri atau di peringkat Kementerian, terdapat banyak idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid, projek banyak tetapi guru sedikit. Menurut beliau lagi, walaupun kedengaran pelik tetapi semua pihak harus menerima hakikat bahawa masalah yang dihadapi oleh golongan guru menjurus kepada tekanan mental dan emosi berbanding fizikal, seterusnya menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan
1

disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam

mendidik anak-anak. Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guruguru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja. Kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006) Hal ini jelas ditunjukkan dalam gambar dimana berlakunya campur tangan ibubapa dalam tugas guru mengajar dan mendidik anak anak mereka di sekolah. Ibarat kata, anak anak dijentik ibubapa melenting. Semakin hari isu ini semakin menjadi jadi. Sudah banyak kes yang dilaporkan di media cetak mahupun media elektronik dimana ibubapa menyaman guru kerana mendenda, merotan dan menampar anak anak mereka. Guru bukan sengaja mengambil tindakan terhadap murid. Mungkin disebabkan sikap dan perangai murid itu sendiri yang melanggar peraturan atau disiplin yang telah digariskan. Gambar tersebut juga jelas menunjukkan bahawa perbezaan antara guru, murid dan ibubapa dalam situasi dahulu dan sekarang yang sangat ketara.
2

Jika diselidik dengan lebih mendalam, isu dan cabaran ini beraku disebabkan sikap murid itu sendiri yang melakukan kesalahan sehingga diambil tindakan oleh guru. Pesanan ibubapa murid kepada guru pada zaman dahulu menyebabkan secara tidak langsung murid akan lebih hormat kepada guru dan tidak timbul isu murid dirotan dan ibubapa datang menyerang guru. Murid murid dahulu sangat menghormati guru. Bunyi sahaja tapak kasut berjalan menuju ke kelas, semua murid diam dan bersedia untuk belajar. Berbeza dengan sikap murid sekarang yang kurang ajar dan tidak menghormati guru. Tetapi bila ditelusi semula punca, kemenjadian mereka seperti itu ada disebabkan oleh masalah keluarga. Tekanan yang dialami di rumah menyebankan murid murid menjadi nakal dan dengan masa yang sama mendatangkan masalah disiplin di sekolah. Penceraian ibubapa dan ibubapa yang selalu bertengkar memberi kesan yang buruk kepada anak anak. Anak anak rasa terabai dan kurang mendapat kasih sayang yang sepatutnya daripada ibubapa. Pengaruh dari rakan juga menjadi penyebab murid melakukan kesalahan dan seterunsya menyumbang kepada berlakunya masalah disiplin di sekolah. Murid yang pada awalnya seorang yang tidak menghisap rokok menjadi perokok setelah dicabar dan disuruh oleh rakan rakan. Mereka berasa hebat melakukan apabila melakukan kesalahan. Ada juga kes yang berlaku murid yang ingin mengambil kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang ponteng sekolah kerana tidak berminat untuk belajar dan akhirnya guru dipersalahkan kerana keputusan murid itu tidak memberangsangkan. Murid murid sekarang lebih terdedah dengan era teknologi maklumat berbanding murid dahulu. Kepantasan penyampaian maklumat disalahgunakan oleh murid dengan menonton video lucah dan sebagainya. Sikap ini akan membawa kepada masalah disiplin di sekolah. Isu dan cabaran yang berlaku juga disebabkan sikap guru itu sendiri. Guru kurang peka terhadap latar belakang murid. Kemungkinan murid melakukan kesalahan disebabkan tekanan daripada keluarga. Guru pula yang kurang mengetahui punca sebenar, merotan murid tersebut sehingga ibubapa datang menyerang. Guru perlu peka terhadap latang belakang keluarga murid murid. Ada sesetengah murid yang mempunyai masalah di rumah. Selain itu, guru juga manusia biasa yang kadang
3

kadang hilang sifat sabar. Kekerapan murid melakukan kesalahan menyebabkan guru hilang sabar dan merotan murid tersebut. Guru perlu lebih sabar dalam berurusan dengan murid sehari hari. Guru perlu pandai menarik perhatian murid dan mengambil hati murid untuk mengelakkan murid dari melakukan kesalahan dan seterusnya dirotan. Selain sikap murid dan guru, sikap ibubapa juga menyumbang kepada berlakunya isu dan cabaran dalam dunia pendidikan sekarang. Ibubapa pada masa dulu percaya kepada guru dalam menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik anak anak mereka asal tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. Ibu bapa pada masa dahulu sangat menyanjungi guru, sehingga sanggup memberi kebenaran seorang guru memukul anak mereka sekiranya berkelakuan tidak disenangi de ngan tujuan mengajar anak mereka. Anak anak selalu diajar menghormati guru kerana guru merupakan ibubapa kedua anak anak di sekolah. Sekarang segalanya telah berubah. Anak anak mereka langsung tidak boleh ditegur, apatah lagi disentuh. Jika diteliti tiada salahnya ibu bapa mahupun pihak penjaga bersama-sama membantu guru dalam menyalurkan didikan yang baik secara bekerjasama. Tetapi apa yang dilihat pada hari ini amat berbeza, di mana guru sewenang-wenangnya diperlakukan dengan tindakan di luar kawalan oleh ibu bapa pelajar. Sebagai contoh satu insiden yang dilaporkan baru-baru ini. Kejadian berlaku di Sekolah Menengah di Nibong Tebal, membabitkan pelajar berusia 16 tahun menampar pipi guru berusia 28 tahun. Kejadian berlaku berpunca daripada pelajar terbabit bersama dua rakannya tiba lewat ke kelas serta membuat bising, dan tidak mengindahkan teguran guru terbabit sehingga akhirnya guru menampar pipi pelajar tersebut. Akibat daripada rasa tidak puas hati, rakan salah seorang pelajar terbabit membalas tamparan guru tersebut. sikap hormat murid kepada guru yang mengajar mereka selama ini langsung tidak wujud. Guru juga tidak ada hank dalam menegur perlakuan anak didik mereka pada masa kini. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak juga dilihat menjadi salah satu punca murid sekarang sama sekali tidak boleh dijentik, sehinggakan tindakan displin yang diambil oleh guru terhadap murid dilihat sebagai suatu bentuk penghinaan dan penyeksaan kepada pelajar terbabit. Ibu bapa juga tidak bersikap rasional dimana
4

mereka suka bertindak melulu dengan hanya mendengar aduan serta rungutan daripada anak mereka tanpa menyiasat kes tersebut. Ada diantara ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru Mendidik anak

menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media.

perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana. Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan. Ada diantara ibu bapa yang tidak mahu anak anak merasa kesusahan seperti mereka sewaktu mereka bersekolah dahulu. Segala kemudahan disediakan kepada anak anak. Anak anak dihantar dan diambil dari sekolah berbeza dengan waktu mereka dahulu yang hanya berbasikal dan berjalan kaki ke sekolah. Anak anak juga sudah dihantar ke sekolah seawal umur 5 tahun dan dihantar ke tuisyen atau kelas tambahan bagi memastikan anak anak mendapat pendidikan yang baik. Keadaan yang sebegini memungkinkan ibu bapa rasa tersinggung dan marah apabila anak yang ditatang itu dikatakan bermasalah di sekolah. Kadang kadang anak-anak mereka dilihat sangat baik dan tertib di hadapan ibubapa. Jadi, bagi ibu bapa yang mudah mempercayai anak anak mereka akan menunding jari kepada guru atau sekolah. Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa

mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Agak jauh berbeza situasi dan tekanan yang dialami oleh guru pada suatu ketika masa dahulu jika dibandingkan dengan masa kini dalam era globalisasi. Perkara seperti ini sedikit sebanyak akan memberikan tekanan kepada guru. Jika murid tidak mengindahkan nasihat dan teguran daripada guru maka secara tidak langsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berikutan tekanan yang dialami guru.
5

SOALAN 2 Konsep Emosi Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Ianya merupakan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. Menurut Kamus Bahasa Melayu (1994), menyatakan bahawa emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain. Oxford Advanced Learners Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan.

Menurut Muhammad Uthman Najati (1993), emosi merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang. Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi. Emosi terbahagi kepada 16 jenis iaitu gembira, bangga, simpati, malu, reda, rindu, sedih, marah, takut, cemas, rasa bersalah, geli, kecewa, terkejut dan tertekan.

Kesan Isu dan Cabaran Semasa Terhadap Emosi Murid dan Guru

Berdasarkan isu yang dipilih iaitu campur tangan ibubapa dalam tugas guru mendidik dan mengajar anak anak mereka di sekolah memberi kesan bukan sahaja kepada guru, malah murid sendiri. Faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan
6

emosi di kalangan guru ialah persekitaran kerja dan kerenah murid. Persekitaran kerja yang kurang kondusif akibat gangguan ibubapa dan ditambah lagi dengan kerenah murid yang bermacam ragam, menyebabkan guru terdedah dengan tekanan emosi. Setiap kes yang dilaporkan dikenalpasti adalah disebabkan murid itu sendiri. Guru mengambil tindakan pada murid adalah mungkin disebabkan oleh sikap murid itu yang tidak mendengar kata dan kurang ajar. Apabila ibubapa selalu menyebelahi anak anak dan menyerang guru di sekolah kerana mengambil tindakan pada anak - anak mereka, guru akan berasa cemas dan takut kerana niat sebenar guru adalah untuk mendidik dan bukan untuk mendatangkan kecederaan atau pertelingkahan antara ibubapa. Isu dan cabaran ini akan menyebabkan guru berasa kecewa dan selalu berada dalam keadaan yang gementar. Jadi guru akan mengambil langkah selamat dengan sikap berdiam diri. Murid tersebut juga mungkin akan dipinggirkan kerana guru takut masalah sama akan berulang. Sikap berdiam diri guru akan menyebabkan berlakunya stres dan tekanan emosi. Apabila guru mengalami stres atau tekanan emosi, tugas yang dipikul tidak mampu dilaksanakan dengan baik.. Guru juga akan murung dan mula hilang pertimbangan dalam melakukan atau menguruskan sesuatu tidak kira di sekolah mahupun rumah.

Setiap hari guru akan berhadapan dengan murid di sekolah, guru terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah murid. Sikap campur tangan ibubapa membuatkan guru terbatas dalam mendidik dan mengajar anak anak mereka supaya menjadi lebih baik bukan sahaja dalam akedemik, tetapi juga sahsiah dan tingkahlaku mereka. Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru akan berkurang. Murid murid akan mula tidak memberi perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru kerana mereka beranggapan, jika guru memarahi mereka, ibu bapa akan membela nasib mereka sedangkan ibubapa tidak mengetahui perangai dan tingkahlaku sebenar anak anak mereka di sekolah. keadaan kelas yang bising dan hilangnya rasa hormat murid pada guru akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi guru. Kesan emosi ini juga boleh membawa kepada berlakunya Burn Out terhadap guru guru. Burn out merupakan
7

satu proses yang beransur-ansur (gradual process) dari seseorang yang komited sehinggalah kehilangan daya minat terhadap kerjaya. Burn Out berlaku kesan daripada pendedahan jangka panjang kepada keadaan dan situasi kerja yang amat tertekan.

Menurut pembacaan dari laman blog sebuah sekolah, terdapat seorang guru wanita masuk ke dalam kelas dan terus menulis sesuatu di papan putih tanpa menghiraukan murid murid yang masih belum bersedia untuk belajar. Ada yang

sedang berbual-bual di luar kelas, ada yang masih leka bermain di dalam kelas. Mereka tidak mempedulikan kehadiran guru. Hanya selepas lebih kurang 10 minit kemudian, murid murid tersebut duduk di tempat masing-masing dan mengeluarkan buku dan membuat catatan. Walau bagaimanapun, masih ada murid yang tidak berbuat apa-apa tetapi hanya bersembang sahaja di dalam kelas. Guru tersebut tidak boleh disalahkan kerana beliau pernah keguguran lantaran terlalu stres dan menghadapi trauma akibat perbuatan muridnya yang degil dan melawannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hal itu berlaku ketika beliau cuba untuk mendisiplinkan murid - muridnya. Selepas peristiwa itu, guru tersebut mengambil langkah yang lebih selamat iaitu dengan tidak terlalu emosi dalam menegur tingkah laku pelajar, sebaliknya membiarkan pelajar dengan hal sendiri. Namun berlaku pula ketidakadilan kepada murid murid lain yang tidak bersalah.

Isu dan cabaran yang dinyatakan juga memberi kesan terhadap emosi murid. Ada diantara murid yang dirotan mengalami trauma dan tekanan emosi yang kritikal kerana takut terhadap guru yang merotan mereka. Mereka tidak akan terlibat secara aktif di dalam kelas dan hanya berdiam diri. Murid yang terlibat juga akan berasa malu dengan sikap ibubapa mereka yang mengambil tindakan terburu buru dengan menyerang guru di sekolah. Murid yang terlibat akan diejek oleh rakan rakan dan tidak dipedulikan kerana sikap ibubapa mereka itu. Emosi murid murid ini akan terganggu dengan keadaan yang berlaku. Hal ini akan menjejaskan hubungan baik antara guru dan murid dan boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu, ada juga sesetengah murid yang bersikap makin
8

biadap dan kurang ajar selepas ibubapa datang berjumpa dengan guru kerana mereka beranggapan ibubapa mereka akan sering menyebelahi mereka walaupun mereka membuat kesalahan. Timbul rasa tinggi diri dalam diri murid murid seperti ini dan merasakan mereka hebat kerana ada diantara guru yang diambil tindakan akibat merotan mereka. Masalah ini tidak boleh sama sekali dipandang enteng kerana ianya akan merosakkan mutu pendidikan negara.

Langkah Menangani Bagi mengatasi kesan isu dan cabaran yang dinyatakan terhadap emosi, guru haruslah sentiasa berfikiran positif terhadap apa jua yang berlaku. Dengan sentiasa berfikiran negatif, ianya tidak akan membantu apa-apa sebaliknya hanya akan sentiasa memberikan tekanan emosi terhadap guru itu sendiri. Berfikiran positif, mengikut pandangan Jesus dan Conboy (2001), akan membuatkan guru lebih tenang dan redha menghadapi apa jua masalah. Guru perlu meminta pendapat rakan sejawat atau

keluarga terdekat jika menghadapi sesuatu masalah. Dengan ini, risiko untuk guru menghadapi masalah emosi tidak akan wujud. Selain guru, murid juga perlu berfikiran positif dengan memikirkan sebab guru mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dibuat. Guru tidak akan mengambil tindakan membuta tuli melainkan ada kesalahan yang dilakukan. Tindakan yang diambil oleh guru bertujuan untuk mengajar dan memberi peringatan kepada murid supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Langkah lain yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan masalah emosi akibat isu campur tangan ibubapa adalah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Guru boleh beriadah pada waktu petang setelah pulang dari bekerja. Luangkan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Tidur juga perlu cukup supaya diri sentiasa sihat dan cergas dalam melakukan kerja. Masalah yang dihadapi berkaitan dengan isu campur tangan guru ini juga boleh diluahkan kepada keluarga atau rakan yang boleh dipercayai. Guru boleh berkongsi masalah dengan rakan sejawat kerana rakan sejawat lebih memahami tugas seseorang guru. Masalah yang dipikul akan berkurang dan masalah emosi yang dihadapi kesan daripada isu dan cabaran itu mampu diatasi. Murid juga boleh bercerita masalah yang dihadapi kepada
9

rakan atau ahli keluarga yang dipercayai. Dengan luahan hati anak anak, ibubapa mungkin akan rasa rendah diri untuk meminta maaf terhadap tindakan melulu yang diambil keatas guru yang mengambil tindakan terhadap anak anak mereka.

Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling juga sangat penting dalam membantu guru dan murid menangani masalah emosi yang dihadapi. Guru boleh berjumpa dengan kaunselor jika menghadapi masalah diserang oleh ibubapa murid. Kaunselor akan memberikan nasihat dan menerangkan cara yang boleh dilakukan oleh guru bagi menangani masalah ini. Rundingcara yang dibuat dapat membantu meningkatkan sokongan psikologi dalam diri guru. Murid murid yang berdepan dengan masalah emosi akibat isu ini juga boleh dirujuk kepada Kaunselor Sekolah. Kaunselor Sekolah akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid itu bersesuai dengan masalah yang dihadapi. Jika murid murid masih melakukan kesalahan selepas diambil tindakan, Guru Besar dan Guru Disiplin perlu mengambil tindakan yang sewajarnya agar tingkahlaku murid dapat diperbaiki.

Dilihat dari aspek kerohanian pula, guru dan murid yang menghadapi masalah emosi kesan daripada isu campur tangan ibubapa tadi perlu sentiasa melibatkan diri dengan hal hal keagamaan. Banyakkan berdoa dan membaca Al Quran. Hidup seharian akan lebih tenang dan bebanan yang ditanggung juga akan hilang. Guru juga boleh membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para murid misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati. Selain itu, guru perlu mengelakkan diri dari bersangka buruk dan memusuhi orang.

10

SOALAN 3

Cara untuk Guru Menyesuaikan dan Menyediakan Diri dengan Isu dan Cabaran

Pengurusan tekanan emosi di kalangan guru adalah amat penting untuk menyiapkan diri untuk berdepan dengan pelbagai cabaran. Sejak belajar lagi, guru guru diajar bagaimana untuk menguruskan tekanan jika berdepan dengan isu atau cabaran yang khususnya melibatkan profesion yang disandang. Tidak dinafikan bahawa tugas guru semakin hari semakin meningkat dan ada diantara guru yang pernah menyuarakan hasrat untuk berhenti. Guru perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan stres dan cara menanganinya. Antara perkara yang perlu diketahui ialah berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Christina Maslach pada tahun 1982. Antara perkara yang disentuh dalam kajian tersebut ialah cara mengatasi tekanan dengan mengetahui tanda-tanda awal dan cara menanganinya. Dengan mengetahui tanda-tanda awal, guru mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi dengan menggunakan teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund Jacobson (1926) dan diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif.

Cadangan lain yang boleh diaplikasi oleh guru dalam menyesuaikan dan menyiapkan diri dengan isu dan cabaran campur tangan ibubapa dalam tugas guru adalah dengan membina hubungan yang baik dengan murid dan juga ibubapa. Jika ibubapa menyerang guru di sekolah, guru tidak boleh melawan kata kata mereka kerana ketika itu diri mereka dikuasai oleh emosi marah dan apa yang diperkatakan kadang kadang diluar jangkaan. Guru perlu memberi masa dan mengambil peluang untuk menceritakan duduk sebenar cerita mengenai sebab tindakan yang diambil. Hubungan yang baik antara guru dan ibubapa boleh membuatkan timbul sifat malu dalam diri ibubapa untuk mengambil tindakan kepada guru yang terlibat. Sebaliknya anak anak pula yang akan dinasihatkan supaya lebih menjaga tingkah laku dan perangai ketika berada di sekolah. Jika murid melakukan kesalahan, guru boleh bertemu atau bersemuka dengan ibubapa untuk berbincang mengenai masalah yang
11

dihadapi oleh anak mereka. Jalinan kerjasama yang baik antara ibubapa dan guru ini mampu mengatasi isu dan cabaran dalam profesion perguruan yang semakin ketara sekarang.

Dalam menyesuaikan dan menyiapkan diri terhadap isu dan cabaran semasa, kemahiran komunikasi dalam diri guru perlu ada. Guru perlu bercakap dengan lemah lembut dan sopan kerana guru merupakan role model kepada murid dan juga ibubapa. Guru tidak boleh mengeluarkan kata kata yang kesat dan perlu bijak menyesuaikan cara komunikasi mengikut persekitaran. Personaliti guru ketika berinteraksi akan mempengaruhi padangan seseorang tehadap peribadi guru itu sendiri. Guru perlu bijak menjaga kata kata yang dituturkan agar tidak mengguris hati mana mana pihak. Kemahiran komunikasi yang dimiliki guru mampu menjadi agen perubahan tingkahlaku negatif murid. Komunikasi yang hebat dapat dilihat apabila tingkahlaku murid mengalami perubahan yang positif.

Selain itu, guru perlu meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan seiring dengan perubahan zaman sekarang. Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi, kemahiran pedagogi agar tidak dipandang enteng oleh ibubapa yang berpendidikan tinggi yang sering memperlekehkan kebolehan guru dalam mendidik dan mengajar anak anak mereka. Kemahiran teknologi harus dikuasai supaya guru tidak ketinggalan dalam arus pemodenan yang semakin berkembang. Selain itu, guru perlu sentiasa mengikuti kursus atau seminar untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidkan. Pengalaman dan pengetahuan yang ditimba akan sedikit sebanyak dapat membantu guru menyesuaikan dan menyiapkan diri supaya lebih yakin dalam menghadapi isu dan cabaran semasa dalam dunia pendidikan masa kini.

Cadangan terakhir yang boleh dilakukan oleh guru dalam menyesuaikan dan menyiapkan diri terhadap isu campur tangan ibubapa dalam tugas guru di sekolah adalah dengan bijak menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Peneguhan negatif selain merotan, boleh dilakukan dengan syarat tidak
12

melibatkan fizikal murid. Guru tidak boleh sewenang wenangnya merotan murid. Sekarang telah dikeluarkan arahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dimana hanya Guru Besar dan Guru Disiplin sahaja yang berhak merotan murid dengan bersyarat. Guru juga perlu mengenal latar belakang murid. Hal ini kerana, kebanyakkan murid bermasalah adalah disebabkan oleh sistem kekeluargaan murid itu sendiri yang goyah. Ada juga diantara ibubapa murid yang bermasalah dan guru perlu lebih berhati hati jika ingin menegur atau menasihati anak anak mereka supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

13