Anda di halaman 1dari 14

Bab 7

Free Search

BAB 7 FREE SEARCH (PENCARIAN BEBAS)


Kejayaan sesuatu perniagaan tidak akan terjamin dengan hanya mewujudkan suatu kehadiran di Internet. Cabaran utama bagi pemasar-pemasar adalah, untuk menarik perhatian pelawat-pelawat ke laman mereka, serta untuk menjana suatu ulangan lawatan yang penting dan bermakna. Membina kesedaran jenama ( brand awareness) melalui pengiklanan dan pemasaran adalah penting untuk berjaya di dalam suatu pasaran yang baru dan pantas membangun, terutamanya di Internet di mana para pengguna mempunyai pilihan untuk menghabiskan masa dan duit mereka pada ribuan laman yang berbeza. Kesedaran ini akan mempengaruhi kita untuk melawat laman tersebut, sebagai hanya suatu percubaan atau suatu permulaan kepada lawatanlawatan seterusnya. Portal-portal yang diisytiharkan sendiri telah berkembang menjadi suatu corong yang bertindak untuk membimbing seseorang pelawat bagi menembusi kandungan Internet yang sangat luas dan sangat banyak. Khidmat-khidmat yang ditawarkan Free Search akan dibincangkan di dalam bab ini; iaitu pertanyaan-pertanyaan pengkalan data (database queries) dan pengiklanan. Khidmat-khidmat lain akan dibincangkan di dalam bab yang seterusnya.

ENJIN PENCARIAN (SEARCH ENGINES) Hingga kini Internet adalah suatu kolam infomasi yang paling fleksibel. Oleh kerana sangat mudah untuk memasukkan suatu maklumat ke dalam Internet, ramai penyumbang-penyumbang yang menjadikannya semakin besar dan luas dari hari ke hari. Maka, adalah sangat mudah untuk sesat. Sebab itulah perkara pertama yang biasanya dilakukan oleh pengguna adalah melawat enjin pencarian. Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk bertindak sebagai indeks kepada sumber-sumber maklumat yang sangat banyak dan luas di dalam rangkaian tersebut.

Bab 7

Free Search

Setiap enjin pencarian akan mengumpul maklumat mengenai dokumen-dokumen yang boleh digunakan di Internet. Ia biasanya menggunakan sejenis alat ( tool) yang dinamakan spider (atau robot atau webcrawler) yang akan menyenaraikan sampelsampel kesemua dokumen yang dijumpainya di Internet dan menghantarnya kembali ke pengkalan (home). Sesetengahnya hanya mengambil 500 perkataan pertama dari satu halaman yang dijadikan sampel, manakala selebihnya mengambil keseluruhan atau kesemua maklumat tersebut. Spider juga berkebolehan untuk mengikut link (hubungan/rantaian) yang disertakan di dalam dokumen tersebut, dan seterusnya penemuan laman-laman tambahan untuk disiasat. Apabila spider menghantar sampel-sampel kembali ke pengkalan, akan terdapat suatu mekanisme untuk mengeluarkan meta-data daripada sampel tersebut. Meta-data adalah satu set kata kunci yang diguna untuk menerangkan dokumen tersebut. Ini mungkin dikeluarkan melalui kekerapan perkataan (kecuali stop-words, seperti and atau etc). Sesetengah enjin pencarian mengambilkira bukan hanya kekerapan perkataan di dalam suatu halaman, tetapi juga berapa hampir perkataan itu berada di bahagian atas suatu halaman dan ianya dibahagikan secara adil disepanjang halaman tersebut. Petunjuk-petunjuk lain adalah formatnya ( font yang lebih besar biasanya adalah tajuk-tajuk); dan text yang telah disertakan oleh penulis (author) untuk menerangkan mengenai dokumen tersebut. Bahasa mark-up tradisional, HTML, mempunyai tag yang berformat khusus (dikenali sebagai tag META) yang membenarkan penulis (author) untuk merekabentuk satu set kata kunci yang diingini bagi laman web tersebut. Meta-data ini kemudiannya digabungkan dengan suatu pangkalan data yang membenarkan orang ramai untuk bertanya menggunakan kata kunci. Sintaksis pertanyaan mungkin adalah mudah atau rumit/canggih. Sesetengah enjin pencarian mungkin mengikuti suatu peraturan yang tersirat bila diberikan beberapa kata kunci, sementara yang lain menawarkan peluang kepada pengguna untuk mencari melalui frasa dan bukan sahaja melalui perkataan. Terdapat juga yang memberi keutamaan kepada perkataan-perkataan, membenarkan suatu pertanyaan yang menggunakan

Bab 7

Free Search

kombinasi operator AND, OR, NEAR dan NOT, serta menawarkan pilihan untuk mengehadkan keputusan dalam suatu tempoh masa tertentu. Keputusan kepada pertanyaan biasanya ditunjukkan sebagai satu set link berbentuk hypertext. Pada kebiasaannya, ayat pertama pada satu halaman mukasurat akan ditunjukkan pada keputusan pertanyaan untuk memberikan satu gambaran atau pengenalan kepada apa yang ada di laman tersebut, atau lebih bagus lagi, huraian ringkas setiap dokumen yan ditunjukkan dalam konteks istilah pencarian tersebut. Keputusannya mungkin seribu, sejuta atau pun hanya dua dokumen sahaja yang boleh digunapakai, bergantung kepada kaedah yang diamalkan oleh sistem untuk mengeluarkan meta-data dan topik pertanyaan secara kasar. Sesetengah enjin pencarian pakar dalam jenis-jenis sumber tertentu: fail-fail audio, grafik-grafik, atau program-program komputer, contohnya. Enjin pencarian ini akan memberi pilihan untuk mengecilkan pencarian kepada jenis muzik (cth; karaoke), atau sistem operasi jika ia berkaitan program. Andaikata anda ingin melihat gambar beruang perang (brown bear). Perkhidmatan ini akan benarkan anda untuk pilih Picture, masukkan istilah brown bear dan klik butang search. Pertanyaan ini akan dijawab dengan ratusan lokasi tepat gambar, dan memberitahu anda saiz setiap imej dan format imej tersebut disimpan. Pencarian ini juga bergantungharap kepada meta-data, oleh kerana teknik penyusunan pengkalan data untuk bunyian dan imej-imej masih dalam perkembangan. Penyelidik-penyelidik masih mengusahakan sistem yang memahami abstrak seperti light brown dan jazz, begitu juga dengan pelbagai kemungkinan maksud yang boleh didapati daripada lion atau kitchen atau old man with a moustache. Sesetengan enjin pencarian melitupi lingkungan sumber-sumber yang luas, seluruh internet. Ia membenarkan seseorang untuk mengehadkan atau meluaskan pertanyaan kepada punca-punca seperti laman (site) FTP dan newsgroups. Terdapat juga satu laman yang dipanggil metasearch (atau metacrawlers) yang menghantar pertanyaan anda kepada beberapa enjin pencarian global dalam satu masa. Akhir sekali, terdapat juga enjin pencarian yang sulit dan spesifik. Ia berguna terutamanya
3

Bab 7

Free Search

dalam dua situasi: mencari satu katalog produk yang luas bagi ciri-ciri ( features) dan pilihan (options); serta mencari dokumentasi teknikal yang besar jumlahnya. Sulit atau tidak, enjin pencarian adalah merupakan suatu contoh jelas yang aktif, adhoc dan bergaya peribadi yang dicadangkan oleh free-search dalam persekitaran pasaran. Sebagai lanjutan kepada teknologi pengkalan data (database), jenis pertanyaan yang baru akan digunakan, dan meta-data akan menjadi lebih luas dan lebih tepat.

PENGIKLANAN (ADVERTISING) Secara umunya, papan iklan (banner) adalah imej segi empat tepat yang mengiklankan suatu produk, syarikat atau perkhidmatan. Banner ini biasanya diletakkan di tengah-tengah pada bahagian paling atas suatu laman web ( web site). Jika anda klik pada banner ini, ia akan membawa anda ke laman web periklanan tersebut. Perkara kurang penting yang lebih kecil ( Smaller secondary) dan pengiklanan secara teks juga turut digunakan, tetapi bentuk dan perletakan banner tersebut menjadikannya suatu bentuk pengiklanan yang paling popular. Komunikasi pemasaran adalah bertujuan untuk memberitahu, mengingatkan, dan memujuk pelanggan sebelum dan selepas sesuatu pembelian. Terdapat keputusan asas yang perlu dibuat berkaitan dengan kumpulan sasaran dan memadatkan pengiklanan pengiklanan: Frequency (kekerapan): Pengiklan haruslah mendedahkan sesuatu iklan itu dengan kekerapan yang berkesan ditahap minimum yang diperlukan untuk memujuk pengguna membeli produk itu. Untuk produk yang mempunyai kitaran pembelian selama beberapa hari (cth - minuman ringan), kekerapan pendedahan yang efektif paling minimum adalah lebih tinggi daripada produk yang mempunyai kitaran belian selama beberapa tahun (cth - kereta). Pengalaman (advertising saturation) apabila ingin membentuk suatu strategi

Bab 7

Free Search

lepas telah menunjukkan bahawa kekerapan efektif yang paling minimum adalah antara 1 13 pendedahan bagi setiap kitaran belian. Continuity (kesinambungan): Bagi produk yang mempunyai kitaran belian yang pendek, pelanggan sama yang berpotensi mestilah selalu dipikat untuk memastikan kesetiaan pada jenama tersebut. Bagi produk yang mempunyai kitaran belian yang panjang adalah lebih berkesan jika sasarkan pelanggan yang berlainan setiap kali, terutamanya ketika mereka membuat keputusan pembelian. Reach (capaian): Pengiklan haruslah memutuskan samada untuk sasarkan sejumlah kecil pengguna tetapi kerap kali ataupun sejumlah besar pengguna tetapi kekerapannya berkurangan. (low reach kekerapan tinggi @ high reach kekerapan rendah). Capaian juga mempunyai komponen bergeorafi, ketika banyak bentuk media adalah terhad pada pasaran tempatan, sementara yang lain boleh sasarkan pasaran kebangsaan atau mungkin juga antarabangsa yang lebih luas dan lebar. Banner sesuatu kempen mungkin berguna untuk menghasilkan kesedaran jenama. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa selepas dua pendedahan, kesedaran jenama akan memuncak. Untuk mengekalkan profil suatu jenama yang baik selepas kempen permulaan, kekerapan untuk menonjolkan banner perlu dikurangkan. Berbeza dengan pengiklanan tv, di mana pendedahan yang berlebihan akan memberi suatu penilaian negatif terhadap produk, pendedahan banner iklan secara berlebihan melaporkan perasaan negatif terhadap medium tersebut dan bukannya produk itu. Dalam kes ini, pengguna-pengguna yang tidak mahu melihat banner-banner pengiklanan boleh membeli software yang akan menggantikan banner tersebut dengan suatu link berbentuk teks. Di dalam Internet, perletakan iklan adalah satu kerja yang agak rumit. Kumpulan affinity boleh berhimpun tanpa perlu melalui sebarang portal, serta istilah-istilah yang digunakan untuk menerangkan aktiviti Internet, seperti browsing dan surfing, mencadangkan bahawa penerokaan secara kasual adalah berkemungkinan lebih biasa atau lazim daripada pencarian bermatlamat atau rancangan yang disusun rapi. Dengan
5

Bab 7

Free Search

meletakkan iklan di dalam sesuatu laman yang sangat sibuk, tidak bermakna anda sudah disambungkan atau dihubungkan dengan pasaran. Meletakkan banner secara berstrategi untuk menarik minat pelbagai pasaran niche (ruang pengiklanan) mungkin adalah satu strategi yang lebih berkesan untuk jangka masa panjang. Salah satu strategi yang berkesan ialah menghubungi pemilik web yang menguruskan laman yang berkemungkinan menarik minat pelawat-pelawat. Anda boleh menguruskan iklan produk mereka di laman anda, dan begitu juga sebaliknya. Contohnya, jika anda menjual produk seperti barang masakan, anda mungkin ingin bertukar banner dengan laman yang mempromosikan buku resepi. Sekiranya banner dikira mengganggu, anda mungkin boleh meletakkan link timbal-balik ( reciprocal links). Link yang diletakkan pada kedua-dua halaman adalah bertujuan untuk membawa pelawat-pelawat ke laman yang mempunyai produk-produk yang bagus atau yang mempunyai maklumat yang berkaitan.

WebRing adalah merupakan satu kaedah lain yang boleh diguna untuk menghubungkan antara laman-laman yang berkaitan. Ianya adalah satu persetujuan bersama antara bisnes-bisnes dengan tujuan yang biasa ataupun pasaran yang disasarkan. Laman yang diminati ramai selalunya akan membenarkan pelayar-pelayar untuk klik pada link WebRing, di mana akan membawa mereka kepada ahli-ahli kumpulan yang lain. Perancangan sebegini akan membenarkan lebih banyak
6

Bab 7

Free Search

pengemudian yang mudah, serta membuat pilihan rawak atau spesifik mengenai destinasi seterusnya daripada set laman-laman yang dipunyai ahli kumpulan tersebut. Kaedah popular yang ketiga ialah dengan menyertai kumpulan pertukaran banner. Banner anda akan menjadi sebahagian daripada iklan-iklan yang akan muncul di halaman peserta-peserta kumpulan tersebut. Banner khusus yang akan ditunjukkan adalah biasanya diserahkan dengan segera selepas memasuki sesuatu halaman. Ini akan membenarkan perkhidmatan pertukaran tersebut untuk memutarkan pengiklanan itu secara berkesan kepada mana-mana laman yang akan memaparkannya. Setiap pertukaran mempunyai nisbah yang akan memberitahu anda kekerapan banner anda dipaparkan. Pertukaran banner yang bernisbah 2:1 akan paparkan banner anda untuk setiap dua kali anda uruskan banner peserta-peserta lain. Sesetengah pertukaran mempunyai nisbha 1:1, namun terdapat juga 10:1. Perkhidmatan pertukaran ini akan menyediakan laporan secara berkala bagi menunjukkan kekerapan banner anda dipaparkan dan kekerapan ia diklik oleh seseorang yang berminat dengan iklan anda untuk melawat laman anda. Perbezaan pengurusannya. antara Pada suatu pertukaran WebRing banner adalah dan lebih WebRing statik dan adalah terhad

umumnya,

persetujuannya, manakala pertukaran banner pula mempunyai lebih ramai ahli dan adalah kurang dapat dijangka/diramal. Sesetengah kumpulan pertukaran banner hanya membenarkan syarikat-syarikat di dalam bidang khusus untuk sertai mereka, seperti syarikat-syarikat perubatan sahaja. Kumpulan-kumpulan pula lain akan mengkategorikan kumpulan-kumpulan, memastikan banner-banner ditukarkan hanya antara syarikat-syarikat yang berkongsi profil pengguna yang sama. Begitu juga, wanita-wanita yang memiliki bisnes boleh menyertai WebRing yang mempromosikan pemilik bisnes wanita, selain produk atau perkhidmatan khusus WebRing.

MEDIA MASSA BERASASKAN WEB Anda juga boleh membeli sesebuah pengiklanan, ia adalah lebih baik daripada menguruskan publisiti untuk syarikat-syarikat lain di laman anda. Lebih daripada 2700
7

Bab 7

Free Search

surat khabar mempunyai bisnes secara online, dimana hanya 60 peratus bertapak di dalam Amerika Syarikat. Menambahkan majalah online dan yang mempunyai bahagian sama yang boleh dicetak; penyiaran stesyen radio dan tv secara berterusan; dan akses terus yang terhad untuk perkhidmatan berwayar dan skop maklumat biasa yang ada menjadi jelas. Walaupun orang ramai membayar sebahagian daripada kos untuk media seperti surat khabar dan majalah, pengiklanan juga menyalurkan sebahagian besar daripada hasil pendapatan yang diperolehi media. Walaupun hampir 90 peratus penggunapengguna web mendapatkan berita dan maklumat secara online, tradisi penyiaran internet secara percuma telah menghalang penerimaan pembayaran berasaskan penggunaan atau pembayaran langganan daripada tersebar luas. Kini, kebanyakan web-web perniagaan mengelak daripada mengenakan pembayaran untuk langganan sebagai satu cara untuk mengumpul penonton dan menarik pengiklanan, pemasaran terus, dan transaksi hasil pendapatan. Web yang mengandungi perniagaan memerlukan pelaburan utama yang lebih rendah berbanding dengan penghasilan web setara lain yang tidak mengandungi perniagaan. Maka, kandungan sesebuah surat khabar dan majalah haruslah dicetak dan dihantar ke news stands atau depan pintu rumah di seluruh bandar untuk sampai ke pembaca-pembacanya. Kandungan online boleh dimasuki secara terus melalui komputer, dan juga muncul secara terus di skrin komputer pembaca. Pengguna kemudiannya boleh membaca maklumat tersebut di skrin atau mencetaknya. Sebaik sahaja kandungan tersebut dihasilkan dan disimpan, terdapat sedikit ataupun mungkin tiada kos tambahan untuk menghantarnya kepada seorang pembaca atau seribu pembaca. Berbeza dengan kandungan surat khabar atau majalah yang hanya dapat digunakan sekali, kandungan yang disimpan secara digital menawarkan potensi untuk mengulangi pembungkusan semula dan penggunaan semula. Artikel-artikel yang terhad kepada teks dan sebuah gambar di dalam edisi cetakan mungkin dilengkapkan dengan klip video atau audio, peta-peta, dan penyelidikan latar belakang secara lengkap dan teliti di dalam versi online. Kandungan digital juga diaturkan dengan rapi dan menjadi arkib yang boleh dicari (searchable archives) dan pengedaran semula di dalam format
8

Bab 7

Free Search

lain (cth - CD-Rom), yang mana adalah susah jika dilakukan dengan timbunan kertas ataupun mikrofilem. Ia adalah sukar untuk tentukan samada berapa cepat Internet yang mengandungi perniagaan akan mengubah perhatian orang ramai daripada sumber media tradisional. Beberapa kajian menunjukkan bahawa tontonan televisyen merosot apabila penggunaan Internet mula meningkat. Walaubagaimanapun, sesetengah penerbit menyatakan bahawa peredaran surat khabar dan majalah mereka yang sedia ada tidak menurun, walaupun penonton web mereka semakin meningkat. Mereka mengatakan bahawa pembaca setia bahan cetakan mereka juga boleh ditemui secara online, tetapi mengharapkan setiap medium memuaskan keperluan yang berbeza. Walaupun jumlah penonton bagi sesebuah surat khabar atau rancangan sitkom di televisyen tidak menurun, pengiklan mungkin bertukar ke Internet jika merasakan ia memberikan kesan yang lebih efektif untuk mencapai bilangan penonton yang dikehendaki. Perkara ini mungkin memakan masa bertahun lamanya sebelum kesan penuhnya dapat dilihat, tetapi trend terkini dalam perbelanjaan bagi pengiklanan tempatan dan iklaneka, menunjukkan bahawa pertukaran ini sedang berlaku.

MENGUKUR KEBERKESANAN Surat khabar, majalah, radio, dan televisyen didorong dan disokong oleh pengiklanan secara berkelompok (mass advertising). Hanya sedikit maklumat iklan yang ditujukan kepada penonton atau individu tertentu. Istilah dan kriteria pengukuran yang digunakan untuk menetapkan harga pengiklanan di dunia sebenar telah mencerminkan perkara ini. Teknologi-teknologi yang lazim terdapat untuk pengawasan (monitoring) dan pengesahan bagi lalulintas penonton ( impressions atau eyeballs) menarik banyak pelaburan pengiklanan. Syarikat penyelidikan media akan mengawasi bilangan penonton televisyen, kadang-kadang dengan menggunakan peralatan yang canggih dan berteknolgi, untuk menyiasat rancangan kegemaran mereka. Peredaran dan kadar penyampaian untuk surat khabar dan majalah dihitung daripada unit yang terjual dan penyelidikan pasaran. Radio mempunyai liputan secara geografi dan
9

Bab 7

Free Search

maklumbalas penonton. Pengiklanan secara luaran ( outdoor) mengambilkira penonton yang berpotensi berdasarkan pada lalulintas. Agensi-agensi pengiklanan dan pembeli-pembeli media selesa dengan teknik pengukuran untuk media ini, walaupun mereka mungkin tidak percaya bahawa kesemua pengiklanan mereka betul-betul berkesan. Saya tahu sebahagian daripada pengiklanan saya telah dibazirkan, tetapi saya tidak tahu bahagian mana adalah merupakan komen oleh seorang eksekutif pemasaran yang ragu-ragu. Banyak pedagang-pedagang kini semakin kurang berkebolehan dalam mencipta program pengiklanan yang berbeza untuk setiap sasaran, kerana mereka tidak berupaya untuk mengesan atau membezakan pengguna yang setia berbanding pengguna yang hanya mencuba, atau mengenalpasti pengguna kuat jenama-jenama lain yang mungkin berbaloi jika mengubah haluannya. Walaupun internet mempunyai potensi yang hebat untuk mengenalpasti dan menyasarkan kumpulan tertentu, kelemahannya bagi sistem penerimaan secara luas untuk mengawasi dan mengenalpasti lalulintas penonton telah menjadi suatu halangan yang akan cuba di atasi. Kekurangan pendekatan yang lebih baik, konsep dan alatan (tools) tradisional juga digunakan untuk pengiklanan Internet. Walaupun ia mungkin tidak berhasil sebaiknya dalam persekitaran yang baru, ia akan bertindak sebagai jambatan sementara untuk pemilihan media dan pasaran yang ingin disasarkan. Web Advertising Measurement Term Definition

10

Bab 7

Free Search

Hit

An entry into the log file of a web server, generated by a file request. The number of hits has no predictable relation to the number of visitors to a site; a single page with (for example) ten small icons will register eleven hits in the log file. Hits that deliver information to a user. This excludes error messages and redirects; it does not indicate the number of visitors. The gross number of occasions a user looked up as ite. This is a sequence hits made by one user at a site within a set period of time. It does not indicate wether visitors are digging into the site content or just skimming. The number of individuals who visit a site within a specific period of time. It can be calculated by IP address (inaccurate) or user login (accurate). The number of times an Internet surfer sees an ad banner but does not click-through to connect to the advertisers site. The click-through rate within a certain period of time.

Qualified hits

Visit

Unique users Standard impressions AdClicks

Keberkesanan pengiklanan secara banner diukur dengan kadar click through: berapa kali orang yang melihat banner tersebut klik padanya dan pergi ke laman pengiklan tersebut. Masalahnya ialah membentuk dan mengenalpasti ukuran pendedahan. Browser hanya memberikan maklumat yang sangat terhad kepada server, tidak mencukupi untuk membentuk persepsi yang sebenar bagi orang yang menggunakannya. Jika matlamat iklan tersebut ialah kesedaran jenama ( brand awareness), sebagi contoh, ia mungkin cukup jika mempunyai kekerapan pendedahan yang tinggi, walaupun ia tidak diterjemahkan menjadi satu click-through kepada laman tersebut. Pengiklanan itu mungkin diterjemahkan kepada penambahan jualan di dunia sebenar, tanpa lawatan (visit) ke laman pengiklanan tersebut. Walaubagaimanapun, pengiklan mahu mengaitkan pendedahan-pendedahan kepada perbelanjaan pengiklanan dan jualan. Kaedah yang paling biasa untuk menghitung pendedahan ialah dengan menghitung hit: pelawat-pelawat ke halaman yang mengendalikan iklan tersebut. Jika seseorang mempunyai masalah memuatkan (loading) satu halaman, atau asyik kembali atas sebab lain, ia tidak akan menunjukkan capaian sebenar iklan tersebut, maka sesetengah perkiraan hanya satu permintaan
11

Bab 7

Free Search

untuk setiap hari daripada satu alamat IP unique. Isu yang sama timbul dalam pengukuran click-through. Sesetengahnya akan menghitung mana-mana rujukan daripada satu halaman yang akan memaparkan banner tersebut, sementara yang lain menghitung satu click-through hanya jika satu jualan dibuat pada laman web pengiklan itu. Sesetengah pertukaran dan perletakan banner, syarikat menggunakan pengiraan berdasarkan kombinasi nisbah ia dipaparkan, kadar click-through, dan link timbal-balik. Terdapat satu lagi faktor, iaitu kepercayaan. Jika banner anda dikendalikan di laman orang lain, bolehkah anda sahkan berapa kali ia sebenarnya dipaparkan? Jika syarikat yang anda berurusan itu memberitahu banner anda akan ditunjukkan setiap lima kali seseorang mengakses URL tertentu, ia mungkin sukar untuk menyemak prestasi mereka. Terdapat kes-kes yang dilaporkan dimana perkhidmatan pertukaran palsu yang hanya memaparkan banner mereka sendiri dan bukannya banner klien mereka, dan juga lanun halaman web, iaitu mereka yang menyalin halaman dari laman web secara tidak sah serta menjual ruang pengiklanan dengan menyamar sebagai sebuah syarikat yang berjaya. Sekali lagi, audit bagi angka putaran (circulation figures) dan persaingan antara mereka-mereka yang membuat anggaran syer pasaran wujud bagi pengiklanan dunia sebenar, tetapi perkhidmatan-perkhidmatan untuk Internet ini masih lagi di tahap yang baru, dan nilai bagi maklumat yang disediakan tidak diterima secara umumnya. Keinginan itu untuk juruaudit dan banyak lagi kedudukan yang lebih sistematik atau pensijilan kualiti adalah diketahui ramai. Mereka juga mungkin akan menyediakan lebih banyak alatan software yang menghitung bilangan penonton lebih tepat dari hit dan click-through, termasuklah menjejak visit dan corak pembelian, serta menganalisis perlakuan yang bertentangan dengan sosio-ekonomi dan profil psikografik mereka. Terdapatnya penambahan bilangan pengiklan-pengiklan yang mahu mengetahui secara tepat apakah yang telah dirangsang melalui tindakan atau perbuatan pengiklanan, ataupun pengenalan produk baru meraka. Ini juga akan membantu dalam mensasarkan pengiklanan dan juga bayaran yang dikenakan untuk pengiklanan. Kerana akauntabiliti sebenar memerlukan maklumat sebenar, kriteria abstrak seperti

12

Bab 7

Free Search

share of voice dan share of mind akan memberi laluan pada share of customers suatu jenama, sebaik sahaja teknik pengiraan diperbaiki dan diterima secara umumnya.

OBJEKTIF Memahami bagaimana enjin pencarian dan pengiklanan menyumbang kepada edagang. Mengetahui keputusan asas yang perlu dibuat berkaitan kumpulan sasaran dan advertising saturation apabila membangunkan sesebuah pengiklanan. Berkebolehan untuk menerangkan strategi-strategi pengiklanan secara online serta kebaikan dan keburukannya. Memahami terma-terma seperti meta-data, banner, Webring, click-through, web site pirate. SOALAN 1. Dua perkhidmatan yang ditawarkan oleh portal ialah: __________ dan _______. 2. ___________ adalah bertujuan untuk bertindak sebagai indeks kepada sumbersumber maklumat yang sangat banyak dan luas di dalam rangkaian. 3. Sebuah enjin pencarian biasanya menggunakan alat (tool) yang dipanggil ______, ________ atau _______ yang akan menyenaraikan sampel-sampel kesemua dokumen yang dijumpainya di Internet dan menghantarnya kembali ke pengkalan.
13

Bab 7

Free Search

4. ________ adalah satu set kata kunci yang diguna untuk menerangkan dokumen. 5. Terangkan bagaimana enjin pencarian membalas sesuatu keputusan pencarian. 6. Apakah WebRing? 7. Walaupun Internet mempunyai potensi yang hebat untuk mengenalpasti dan menyasarkan yang akan cuba di atasi. 8. Keberkesanan iklan secara banner diukur dengan _________. 9. Bagaimana perkhidmatan media di dunia sebenar membuat keuntungan dalam kaedah yang tidak boleh dilakukan oleh perkhidmatan media secara Internet? 10. Berbeza dengan kandungan surat khabar dan majalah yang hanya dapat digunakan sekali, kandungan yang disimpan secara digital menawarkan potensi untuk __________ dan _________. TITIK PERBINCANGAN Terangkan bagaimana enjin pencarian menyusun dan mengumpul maklumat. Bayangkan anda cuba untuk menjual suatu produk secara online. Apakah kaedah yang anda gunakan untuk mengiklankan produk tersebut? Apakah keputusan asas yang akan anda buat berkaitan kumpulan sasaran dan advertising saturation? Apakah masalah paling besar apabila ingin menaksirkan kejayaan dalam sesuatu pengiklanan Internet? Apakah yang dapat anda lakukan untuk mengatasi masalah ini? Bagaimanakan Internet telah memnpengaruhi media tradisional? kumpulan tertentu, kekurangan _____________________________________ telah menjadi suatu halangan

14