Anda di halaman 1dari 106

E-book Jana Wang dengan Unit Trust

PANDUAN PELABURAN UNIT


TRUST DI MALAYSIA

“Pelabur yang bijak ialah pelabur yang melabur dengan


modal yang sedikit, tetapi mendapat pulangan yang
berlipatkaliganda serta dapat memenuhi kehendak
pelaburan mereka ”

Disediakan Oleh :
Abd Rahman bin Jamaan

Hak Cipta Terpelihara 2006 -1-


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

PRAKATA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Tahniah! Anda telah
memulakan langkah pertama untuk memahami dan mendalami konsep pelaburan
Unit Trust; pelaburan yang lumayan, yang semakin hangat diperkatakan di Malaysia.

Saya memang telah lama berhajat besar untuk menerbitkan sebuah ebook panduan
pelaburan Unit Trust lengkap di dalam Bahasa Melayu yang dapat memberikan arah
tujuan sebenar untuk anda memahami konsep pelaburan Unit Trust. Ia bertujuan
untuk membimbing rakyat Malaysia agar dapat membuat pelaburan dengan selamat
dan dapat mengelakkan diri daripada kerugian.

Saya amat berharap ada dapat membaca segala isi kandungan setiap bahagian,
setiap tajuk dan setiap patah perkataan yang saya tuliskan di dalam ebook ini. Jika
anda tidak memahami sesuatu tajuk, sila ulangi kembali sehingga anda dapat
memahami sepenuhnya tajuk itu sebelum anda meneruskan pembacaan anda.

Di dalam bahagian-bahagian seterusnya, saya akan menerangkan secara terperinci


dan menyeluruh segala kaedah-kaedah, konsep-konsep dan tip-tips yang digunakan
di dalam pelaburan Unit Trust. Apabila anda mula membaca dari satu bahagian ke
bahagian yang lain, apa yang saya perlukan dari anda adalah kekuatan untuk
memahami segala konsep yang dinyatakan secara mendalam dan dapat
mempraktikannya di dalam pelaburan anda kelak.

Secara ringkasnya, sebelum anda menerokai ilmu pelaburan Unit Trust ini, ingin saya
nyatakan dahulu perkara-perkara yang perlu dititikberatkan iaitu :

1. Mengkaji dan menganalisa tahap kemampuan kewangan anda.


2. Menetapkan matlamat anda di dalam pelaburan Unit Trust.
3. Mencapai matlamat itu.

Tumpukan sepenuh perhatian anda dan marilah kita berkerjasama dalam


membongkar rahsia penjanaan wang yang berterusan melalui pelaburan Unit Trust;
pelaburan yang diakui keberkesanannya oleh ramai pakar ekonomi di seluruh dunia.

Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya dari saya.

Yang Benar,

Abd Rahman bin


bin Jamaan
“Pakar Unit Trust Anda…”
http://www.unitamanah.com

Hak Cipta Terpelihara 2006 -2-


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

ISI KANDUNGAN
Muka
Prakata 2

Bab 1 – Memahami Unit Trust 5

Bahagian 1.1 Mempelajari Matlamat 5


1.1.1 Ciri Asas 6
1.1.2 Struktur Unit Trust 12
1.1.3 Jenis Unit Trust 14
1.1.4 Kategori Dana Unit Trust 15
Lampiran A : Panduan Penyeliaan Pinjaman 17
Lampiran B : Unit Trust di Malaysia 19

Bacaan Tambahan 22

Bab 2 – Pengawalan Industri 41


Bab 3 – Perkhidmatan Pemasaran Unit Trust 48

Bahagian 3.1 Pemasaran Unit Trust Profesional 48


3.2 Prinsip Asas Pemasaran Unit Trust 49
3.3 Pilihan Pelaksanaan yang ada 50

Bab 4 – Glosari Istilah Amanah Saham 66

Bacaan Tambahan dari Artikel dan Berita 70

Ringkasan dan Rumusan (dalam B.Inggeris) 89

Contoh Prestasi Dana Unit Trust 95

Cadangan dan Tip Pelaburan Unit Trust 103

Rujukan 104

Penutup 105

Hak Cipta Terpelihara 2006 -3-


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

SINGKATAN

ASB - Amanah Saham Bumiputra


ASN - Amanah Saham Nasional
BNM - Bank Negara Malaysia
JKKM - Jawatankuasa Keluaran Modal
KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
EPU - Unit Perancangan Ekonomi
FMUTM - Persekutuan Pengurus-Pengurus Amanah Saham
Malaysia
Panduan - Panduan Terhadap Tabung Amanah Saham 1997
KLSE/BSKL - Bursa Saham Kuala Lumpur
MOF/KKM - Kementerian Kewangan Malaysia
NAB - Nilai Aset Bersih
PDUT/OBOS - Orang Berurusan Dalam Amanah Saham
PNB - Permodalan Nasional Bhd
Peraturan - Peraturan 1997 Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah
Saham)
ROC/PS - Pendaftar Syarikat
SS - Suruhanjaya Sekuriti
PSDBD - Pertubuhan Selia-Diri Barisan Depan
PPAS/UTPRE - Peperiksaan Prapendaftaran Amanah Saham
SPAS - Syarikat Pengurusan Amanah Saham
SAS - Skim Amanah Saham

PERUNDANGAN
• Akta Pemegang Amanah 1949
• Akta Syarikat 1965
• Akta Industri Sekuriti 1983
• Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
• Peraturan 1996 Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham)

PANDUAN
• Panduan Dana Amanah Harta 1996
• Panduan Dana Amanah Saham 1997

Hak Cipta Terpelihara 2006 -4-


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAB 1

MEMAHAMI UNIT TRUST

BAHAGIAN 1.1: MEMPELAJARI MATLAMAT


Bab ini menumpu pada memberikan pengetahuan asas tentang unit trust kepada
pembaca.

Pada akhir bab ini, anda dapat:

 memahami apakah unit trust.

 memahami struktur asas SAS, dan berupaya menerangkan ciri-ciri asas.

 Membiasakan diri dengan pelbagai jenis produk unit trust. Lain pelabur lain
keinginan. Dengan yang demikian, memang penting mempastikan produk unit
trust memenuhi matlamat setiap pelabur.

 Memaham dan biasa dengan instrumen pelaburan Unit Trust Malaysia, termasuk
gambaran menyeluruh akan kelas-kelas aset.

 Memaham dan berupaya menerangkan kesan inflasi dan cukai pada pelaburan
unit trust.

 Memaham kesan kos dan caj yang berkaitan langsung dengan pelaburan dalam
unit trust.

 Berupaya mengukur dan menginterpret data prestasi pelaburan asas.

 Menyedari sejarah dan perkembangan Industri Unit Trust Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara 2006 -5-


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 1.1.2 CIRI ASAS

Apakah Unit Trust?

Unit Trust adalah suatu bentuk pelaburan berkumpul yang membenarkan pelaburan
yang mempunyai matlamat serupa mengumpul dana masing-masing untuk dilaburkan
dalam satu portfolio sekuriti yang diuruskan oleh para pengurus dana secara
professional .

Pemegang saham unit trust tidak membeli sekuriti secara langsung dalam portfolio.
Pemilikan dana dibahagi ke dalam unit kelayakan. Semasa nilai dana meningkat atau
menurun, nilai setiap unit bertambah atau kurang.

Setiap pelabur menerima sijil kelayakan, dikenal sebagai sijil unit trust. Jumlah unit
saham yang dipegang bergantung pada harga belian semasa pelaburan dibuat dan
jumlah wang dilaburkan oleh pelabur. Hari ini banyak SPAS yang tidak menerima
dividen (skrip). Walau bagaimanapun, para pelabur, boleh memohon satu sijil yang
dikenakan sedikit bayaran.

Pulangan pelaburan bagi pemegang saham unit trust biasanya dalam bentuk dividen
dan naik nilai modal, yang datang dariapda kumpulan aset yang menyokong SAS.
Setiap unit saham layak menerima jumlah pendapatan yang sama, ditentutkan oleh
paras dividen dan naik nilai modal atau turun nilai dalam satu-satu jangka masa.

Di beberapa negara dimana unit trust begitu terkenal sebagai wahana pelaburan,
jumlah dan jenis pemilihan pelaburan unit trust hampir tidak berkesudahan.
Seseorang pelabur kerap menghadapi kesukaran untuk memilih apakah jenis SAS
yang diminati untuk pelaburan. Di Malaysia, jumlah dan jenis SAS juga berkembang
dengan cepat. Contoh-contoh termasuk simpanan, pertumbuhan, dinamika, harta dan
dana bon.

Hak Cipta Terpelihara 2006 -6-


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Para pelabur unit trust secara umumnya pelabur kecil yang sama ada tidak ada masa
atau tidak condong memegang portfolio pelaburan secara langsung atau saham. Di
samping itu, mereka gemar melabur dalam wahana pelaburan yang selamat dan
ternama. Unit Trust membenarkan pelabur kecil telus kepada pendedahan pelaburan
yang lebih luas yang mereka jarang dapati.

Di Amerika Syarikat, skim pelaburan berkumpulan (SAS dan dana bersama) telah
mengalami pertumbuhan yang luar biasa dalam tempoh lima ke tujuh tahun lalu.
Pertumbuhan ini menggambarkan kesesuaian yang memberangsangkan dalam
pelaburan unit trust bagi pelabur kecil untuk mengumpul modal dalam jangka panjang.

Oleh sebab pelabur ingin melihat pulangan sumber kewangan mereka yang sukar
diperoleh, unit trust menyediakan satu cara ideal bagi mereka mendapatkan
pendedahan untuk pelaburan, yang dalam jangka panjang, sepatutnya menghasilkan
pulangan kepada simpanan tunai dan simpanan tetap.

Kos pulangan yang berpotensi tinggi ini adalah suatu risiko bagi syarikat-syarikat
pelaburan. Dalam jangka pendek, ketentuan pulangan pelaburan kebanyakkan SAS
adalah kurang daripada yang ditawarkan oleh simpanan tetap. Walau bagaimanapun,
pelabur jangka pertengahan ke jangka panjang (5-20 tahun) pada umumnya
memberikan pulangan lebih baik pada paras risiko yang boleh terima.

Pembiayaan Pelaburan dalam Pembelian Unit Trust

Pelabur boleh mendapat pinjaman berjangka daripada institusi kewangan bagi tujuan
melabur dalam dana unit trust.

Apakah Pembiayaan Pelaburan Dana Unit Trust?

Melabur dalam dana unit trust adalah sangat menarik kepada pelabur kecil kerana
mereka dapat terlibat dalam pelaburan dana dengan modal serendah RM100.00 dan
menikmati pulangan baik dalam tempoh jangka sederhana ke jangka panjang. Walau
bagaimanapun, sesetengah pelabur suka mendapat pendedahan maksimum daripada

Hak Cipta Terpelihara 2006 -7-


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

pertumbuhan aset sebagaimana unit trust dan mereka meminjam dana untuk
melabur, dengan harapan kadar pulangan pada pelaburan akan melebihi kos
pinjaman, sehingga menambah peningkatan keuntungan tambahan.

Ini dikenal sebagai penuasan (atau peminjam) ke dalam pelaburan. Teknik ini
mempunyai kesan membenarkan jumlah lebih kecil modal anda ditambah modal
dipinjam untuk menuas ke dalam portfolio pelaburan. Anda sebenarnya menggunakan
modal orang lain di samping anda sendiri mendapat pendedahan kepada pelaburan
yang diperlukan. Dengan menggunakan modal orang lain; ahli kewangan
mengenakan faedah dan barangkali, bayaran dan caj lain.

Kesan penuasan ini boleh mendatangkan kemungkinan pelabur mendapat pulangan


lebih besar daripada apa yang boleh dicapai sekiranya mereka menggunakan modal
sendiri.

Walau bagaimanapun, ada sedikit kekurangan di sini. Nilai pelaburan boleh jatuh,
sekiranya berlaku kejatuhan saham pasaran. Sementara nilai pelaburan mungkin
menurun, nilai liabiliti, iaitu pinjaman yang diperoleh untuk membiayai pembelian
saham, kekal demikian dan malah bertambah dengan pengumpulan faedah yang
boleh di bayar. Jika nilai aset jatuh, walhal nilai liabiliti naik, pelabur berkenaan akan
dikehendaki menambah dengan modal sendiri untuk meningkatkan cagaran kepada
bank atau syarikat kewangan. Dalam kes tertentu, ini bermakna menjual saham pada
harga rendah, kemudian membayar balik perbezaan antara nilai pinjaman modal
pelabur.

Ahli Kewangan

Kebanyakan bank dan syarikat kewangan di Malaysia menawarkan kemudahan


pinjaman kepada pelabur yang berhasrat untuk menaus portfolio pelaburan mereka.
Syarikat pinjaman tersebut pada umumnya sehingga sepuluh tahun pada sut faedah
yang secara umum lebih tinggi daripada kewangan persendirian dan pinjaman
perumahan, bergantung pada peminjam berkenaan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 -8-


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Kegagalan Membayar

Perlu ditegaskan bahawa peminjam tidak semestinya mempunyai hak untuk melabur
sehingga pinjaman dijelaskan sepenuhnya. Ia merupakan syarat perjanjian pinjaman
bahawa saham mesti didaftarkan dengan nama institusi kewangan sebagai satu
penama pelaburan. Dalam hal berlaku kegagalan pembayaran pinjaman, institusi
kewangan berhak untuk mencaikan pelaburan untuk menyelesaikan pinjaman.
Tindakan boleh diambil dengan atau tanpa pengetahuan peminjam. Apabila ini
berlaku semasa pasaran jatuh, harga saham mungkin rendah dan dengan yang
demikian peminjam akan mengalami kehilangan yang banyak. Sebarang kekurangan
mesti dibayar oleh pelabur.

Penebusan Pramatang

Pembiayaan pinjaman untuk pelaburan dalam unit trust merupakan penglibatan


jangka panjang. Tempoh pinjaman sehingga sepuluh tahun. Dengan yang demikian,
atas sebab-sebab yang tidak dapat dijangka, (misalnya, keperluan pelabur meminjam
untuk membeli harta) peminjam boleh meneus pinjaman sebelum tempoh yang
ditetapkan.

Penebusan pramatang boleh memberi kesan pulangan pelaburan individu. Seroang


peminjam mesti terlebih dahulu menyelesaikan jumlah pinjaman semasa sebelum
baki pelaburan termasuk pulangan diberi semula kepada pelabur. Sebagai kesannya,
perbezaan selepas ditolak bahagian pembayaran pinjaman mungkin lebih kecil atau
lebih teruk, sehingga itada keuntungan langsung.

Penyelidikan mendapati bahawa kebanyakan pinjaman ditebus dalam tempoh lima


tahun tempoh pinjaman. Ini bermakna bahawa pelabur boleh mencapai titik pulang
modal dan kekadang malah menangguh kerugian. Kajian juga menunjukkan bahawa
keberkemungkinan kehilangan wang dalam pelaburan dalam pasaran saham dapat
meningkat sehingga 35% dalam setahun, 28% dalam dua tahun dan 21% dalam lima
tahun. Ini menunjukkan bahawa pelabur mungkin terpaksa menghadapi risiko tinggi
kehilangan wang sekiranya mereka menebus pinjaman terlalu cepat.

Hak Cipta Terpelihara 2006 -9-


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Panggilan Margin

Nilai pelabur unit trust boleh berbeza dari semasa ke semasa, terutama sekiranya
pasaran saham sedang turun naik. Akibatnya, institusi kewangan mungkin
menghadapi situasi yang nilai sekuriti jatuh di bawah pendedahan kredit. Sekuriti yang
dipegang oleh institusi kewangan adalah sijil dana unit trust. Dengan yang demikian;
apabila harga belian bagi unit trust jatuh di bawah paras pendedahan kredit, ahli
kewangan akan meminta sekuriti supaya “ditokok” atau satu panggilan margin dibuat.

Terdapat sejumlah faedah penting yang lain dalam pelaburan unit trust yang perlu
diberi perhatian:

Peregangan Risiko

Kumpulan dana yang lebih besar membenarkan pengurus menguruskan unit trust
untuk membeli pelaburan yang lebih. Dalam usaha membataskan portfolio pelaburan
kepada satu atau dua pelaburan atau saham, portfolio pasaran sekuriti dapat
dilakukan. Ini membentuk apa yang dikenal sebagai “kesan portfolio” dan bermaksud
berlakunya peregangan risiko pelaburan, kurang turun naik (iaitu kebolehubahan) dan
pulangan pelaburan. Dengan perkataan lain, pelaburan dalam unit trust akan
mengalami kurang risiko.

Capaian Sedia Kepada Dana

Kebanyakkan pelabur mengharapkan kecairan pelaburan. Iaitu , pelaburan (unit trust)


dapat dibeli dan dijual dalam tempoh yang singkat. Unit Trust memberikan faedah ini,
oleh sebab ia dapat dibeli dan dijual dengan mudah. Satu pulangan yang banyak tidak
dapat “ditunaikan” (dijual) tidak semestinya membentuk satu pelaburan yang baik
lantaran kecairan yang buruk merupakan satu faktor risiko tambahan bagi pelabur.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 10 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Pengurusan Profesional

Kumpulan orang yang membuat keputusan pelaburan bagi pemegang unit trust
adalah professional. Latar belakang dan latihan mereka mempastikan bahawa
keputusan pelaburan disusun dan mematuhi prinsip pelaburan yang asas. Sebagai
pelabur institusi, dana unit trust menikmati kedalaman pengetahuan dan pengalaman
yang menyebabkan proses pelaburan dan kakitangan mereka menjadi pembuat dasar
dalam pelaburan. Pada jangka panjang, kepakaran ini sepatutnya mendatangkan
pulangan pelaburan di atas purata bagi pelaburan unit trust.

Pendedahan Pelaburan

Bagi pelabur kecil, kadang-kadang sukar untuk memperoleh pendedahan keapda


kelas aset tertentu. Misalnya, sekiranya seorang pelabur dengan wang RM5,000
berhasrat mendapat pendedahan kepada pasaran harta Malaysia, pasaran ekuiti
global dan pasaran bon Malaysia, adalah menjadi mustahil dari segi ekonominya
mengadakan prortfolio pelaburan langsung dalam semua pasaran tersebut pada satu
masa. Dengan seluruh kelas aset ini pada masa yang sama, supaya dia dapat
memperoleh pendedahan pelaburan yang diperlukan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 11 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 1.1.3 STRUKTUR UNIT TRUST

Dana Unit Trust bukan skim pelaburan berkumpulan yang diperbadankan, dibentuk
bagi tujuan mengumpulkan dana pelabur dengan maksud semua dana dilabur dan
diurus bagi faedah bersama.

Struktur SAS ditunjukkan para gambar rajah di muka surat yang berikut. Oleh sebab
terdapat banyak kelainan pada tema utama, prinsip asas yang dibincangkan akan
digunakan untuk kebanyakan struktur.

Operasi Unit Trust ditadbir oleh dokumen undang-undang yang disebut Surat Ikatan
Amanah. Ia merupakan “perlembagaan” struktur amanah, dan perincian cara struktur
tersebut beroperasi. Pemegang amanah dilantik untuk mengurus operasi Surat Ikatan
Amanah. Pemegang amanah sama dengan pengarah syarikat biasa, kecuali keluasan
hak dan kuasa ditetapkan menurut syarat dan cara Surat Ikatan Amanah.

Pemegang saham adalah diikat oleh Surat Ikatan Amanah. Mereka juga perlu sampai
ke pelbagai remedi perundangan, hak dan obligasi, sebagaimana diperincikan dalam
Surat Ikatan Amanah.

Struktur asas diringkaskan seperti bawah:

Melabur modal dalam unit trust untuk


PELABUR mendapat pendapatan dan pertumbuhan
modal

Mempunyai semua aset amanah dan juga


PEMEGANG
AMANAH
mempastikan supaya pengurus bertindak
menurut Surat Ikatan Amanah

Ada tanggungjawab untuk pengurusan


asetet hari demi hari di samping
PENGURUS
tanggungjawab bagi pengagihan pendapatan
dan pengiraan harga saham

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 12 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Aset SAS dipegang atas nama Pemegang Amanah. Ini suatu kawalan perundangan,
oleh sebab ia memisahkan aset SPAS dariapda kawalan pengawal dana pelabur.

Satu SAS biasanya terbuka, iaitu saiz SAS dari segi pengedaran dalaman saham
adalah fleksibel dan akan bertambah atau berkurang dalam saiz dengan setiap
penciptaan atau pembatalan saham yang dibuat. Harga saham dalam SAS
didasarkan pada nilai aset bersih yang dihitung oleh SPAS pada setiap berakhir
bisnes harian.

Tanggungjawab besar dan peranan pelbagai peserta dan dokumen perundangan


yang terlibat dalam operasi struktur unit trust diperlihatkan di bawah;

SURAT IKATAN AMANAH

Satu Surat Ikatan Amanah memperlihatkan hak dan obligasi Pengurus, hak dan tugas
Pemegang Amanah dan Hak pemegang saham. Juga biasanya diperlihatkan ialah
bayaran maksimum yang kena bayar, keluasan kekuasaan pelaburan dan nilai
saham, dan sebagainya. Surat ikatan saham mungkin tidak tahan lama dan biasanya
menggariskan secara kasar cara perubahan dapat dibuat terhadap surat ikatan
amanah. Ini biasanya melibatkan perolehan kebenaran pemegang saham menerusi
mekanisma pengundian. Juruaudit dana juga dikehendaki mematuhi pelbagai
bahagian surat ikatan amanah.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 13 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 1.1.4 JENIS UNIT TRUST

Ada sejumlah cara yang dapat mengklasifikasi unit trust dan produk lain yang
berkaitan. Setiap negara, tertakluk pada keperluan pelaburan yang berbeza dan rejim
pengawalan yang unik, nampaknya perlu ada dana sendiri, dan system klasifikasi dan
peristilahan sendiri.

Misalnya, di United Kingdom, terdapat 24 kategori berasingan amanah saham,


sebagaimana dinyatakan oleh Pertubuhan Unit Trust dan Dana Pelaburan [the
Association of the Unit Trusts and Investment Funds (AUTIF)]. Sistem klasifikasi
mereka berkisar pada asasnya dalam destinasi pelaburan, misalnya UK Equity, Japan
money Market dan sebagainya.

Di Amerika Syarikat, istilah dana bersama digunakan untuk menunjukkan struktur


pelaburan berjenis unit trust. Mereka mempunyai sistem klasifikasi yang luas yang
menggabung matlamat pelaburan dan destinasi pelaburan.

Sistem klasifikasi yang berikut diamalkan di Malaysia:

Jenis Unit Trust :

• Akhir – Tertutup

- Tersenarai

- Tidak tersenarai

• Buka – Tertutup

Kategori SAS

• Ekuiti Unit Trust


• Unit Trust pendapatan tetap
• Unit Trust harta (biasanya akhir – tertutup)
• Unit Trust Islam

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 14 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 1.1.5 KATEGORI DANA UNIT TRUST

Ekuiti Unit Trust

Ekuiti unit trust adalah jenis unit trust yang paling biasa. Bahagian utama aset dana
tersebut pada umumnya dalam bentuk ekuiti atau sekuriti syarikat tersenarai.

Ekuiti unit trust terkenal di Malaysia kerana mereka menyediakan pelabur dengan
pendedahan mengenai pasaran ekuiti tempatan. Oleh itu, prestasi unit ini
dihubungkan dengan prestasi pasaran ekuiti. Peningkatan pasaran biasanya akan
meningkatkan nilai unit, begitulah juga sebaliknya.

Ekuiti dana unit trust terdapat dalam pasaran, daripada dana yang berciri pulangan
berisiko tinggi kepada dana dengan pulangan berisiko rendah. Dana yang berlabel
“dana pertumbuhan agresif” umumnya dilabur dalam bursa yang pertumbuhan
berpotensi tinggi, tetapi berisiko tinggi. Pada jangka panjang, dana ini dijangka
menghasilkan pulangan lebih tinggi, tetapi dengan ciri turun naik yang tinggi pula.

Jenis unit trust lain ialah “dana berindeks”. Dana ini dilabur dalam sekuriti yang
prestasi hampir sama dengan Indeks Komposit BSKL. Para pelabur yang terlibat
dalam jenis dana ini akan menjangka pulangan yang menyerupai prestasi bursa
indeks pasaran dari segi risiko dan pulangan.

Ekuiti unit trust juga dapat menjadi dana pendapatan, iaitu unit trust yang
mengutamakan pendapatan atau kombinasi pendapatan dan pertumbuhan. Ini
bermakna kebanyakan dana akan dilabur dalam bursa yang memperoleh pendapatan
dividen, berlawanan dengan bursa yang membayar sedikit atau tiada dividen
langsung, tetapi berkemungkinan menumpu pada pertumbuhan modal.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 15 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Unit Trust Pendapatan Tetap

Amanah ini melabur kebanyakan dalam bon korporat, sekuriti kerajaan dan sekuriti
cair seperti bil dan tunai. Matlamat pendapatan tetap (atau bon) unit trust secara
umum memberi pendaptan dengan kurang penekanan pada pertumbuhan modal.
Walau bagaimanapun, dana ini berkeupayaan mewujudkan keuntungan modal atau
kehilangannya dalam tempoh kadar faedah yang turun naik.

Pada umumnya, suasana turun naik atau unsure risiko dana pendapatan tetap lebih
rendah daripada dana ekuiti. Modal lebih selamat, terutama jika bon dipegang sampai
matang. Oleh sebab ciri risiko seperti itu, adalah biasa untuk menjangka bahawa
pulangan ditawarkan oleh dana lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh ekuiti unit
trust. Walau bagaimanapun, hal ini bukan selalu menjadi soal dan banyak contoh
dalam sejarah pasaran kewangan Malaysia yang produk unit trust faedah tetap
memberikan pulangan lebih tinggi, dengan paras risiko yang rendah.

Ekuiti Unit Trust Seimbang atau Pelbagai

Sesetengah pelabur berusaha mengekalkan pendedahan ke peringkat seluruh masa


aset untuk mengurang risiko pelaburan. Mereka sama ada melabur secara langsung
dalam kelas aset unit trust yang berlainan, atau mereka dapat melabur dalam produk
yang sudah mempunyai kelas aset yang besar dalam portfolio pelaburannya,
misalnya dana seimbang boleh memegang saham, bon, tunai dan hartanah.

Dana ini ada tersedia mekanisma risiko sendiri bagi memastikan setiap pulangan
yang disebabkan oleh kelas aset yang berlainan dilancarkan oleh kesan portfolio.
Bergantung pada risiko pelabur dan pulangan, komposisi kelas asset boleh berbeza-
beza. Misalnya, pelabur risiko tinggi pulangan mungkin ingin melabur dalam produk
seimbang yang ada komponen pertumbuhan aset lebih tinggi (iaitu harta dan ekuiti),
padahal pelabur risiko rendah mungkin lebih gemar aset bercampur-campur atau lebih
bertahan (iaitu bon dan tunai).

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 16 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

LAMPIRAN A
PANDUAN PENYELIAAN PINJAMAN

Pada 30 November 1995, SS telah mengeluarkan satu set panduan berkaitan dnegan
pembiayaan unit trust.

Panduan ini menetapkan semua SAS mesti memastikan bahawa margin maksimum
kewangan bagi pembelian unit trust mesti ditetapkan tidak lebih dariapda 67% bagi
semua pinjaman yang bermula pada atau selepas 1 Januari 1996. Ini bermakna
seorang pelabur hanya memperoleh pinjaman sehingga dua kali nilai deposit awal
atau pelaburan dalam unit trust. Misalnya, pelaburan permulaan RM10,000.00
melayakkan pelabur meminjam sehingga RM20,000.00.

Sebagai tambahan, panduan ini juga menekankan bahawa semua bahan rancangan
jualan mestilah diasingkan daripada jualan unit trust. Dengan yang demikian kesemua
pelaburan ini dilihat sebagai transaksi berasingan. Sehubungan itu, bahan promodi
yang mengandungi jangkaan pulangan berdasarkan skim pinjaman dibenarkan. Ini
untuk memastikan pemegang unit trust tidak terpengaruh dengan jangkaan pulangan
yang menarik, yang boleh, pada ketika tertentu, digembar gemburkan secara
berlebihan oleh ejen-ejen unit trust.

Samalah juga, seorang ejen unit trust dikehendaki menjelaskan kepada pelabur risiko
yang terlibat dalam penuasan pelaburannya. Untuk membuktikan penjelasan itu,
pelabur dikehendaki menandatangani “Penyata Pendedahan Risiko” , yang
menyatakan risiko yang terlibat telah dijelaskan kepada pelabur dan mereka
memahami kandungan penyata itu.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 17 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Pinjaman unit trust pembiayaan Penyata Pendedahan Risiko dengan terang


menggariskan risiko yang terlibat dalam rancangan pembiayaan pinjaman dengan
maklumat yang berikut:-

• Margin pembiayaan
• Perkhidmatan pembayaran semula pinjaman
• Isu-isu panggilan margin atau “tokok tambah” pinjaman; dan
• Pulangan pada manah saham tidak dijamin

Semua maklumat penting juga mesit mudah diperoleh oleh pelabur untuk
memolehkan mereka membuat keputusan yang bermaklumat sebelum
menandatangani suatu pinjaman.

Penyata Pendedahan Risiko juga melindungi kepentingan SPAS sekiranya berlaku


sebarang persengketaan terhadap pulangan yang jatuh di bawah jangkaan yang
berpunca dairpada keadaan di luar kawalan, atau pelanggan menghadapi kesukaran
dalam mendapatkan pinjaman.

Akhirnya, sebagai peraturan umum, SPAS dan ejen unit trust hendaklah secara
langsung atau tidak secara alangsung menggalakkan para pelabur mengambil
bahagian dalam perancangan pinjaman oleh sebab unit trust pada umumnya
bermaksud untuk menggerakkan simpanan yang sedia ada.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 18 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

LAMPIRAN B
UNIT TRUST DI MALAYSIA
RINGKASAN STATISTIK SEHINGGA 31 DISEMBER 1997

Tidak termasuk PNB Termasuk PNB


Sehinnga 31 Disember 1997
Bil. Syarikat Pengurusan * 30 31
Bil. Dana Diluluskan* 81 84
Jumlah Saiz Dana Diluluskan 22.280 billion unit **55.151 billion unit
Saham dalam Peredaran 13.275 billion unit 45.250 billion unit
Bil. Akaun 1,426,381 8,263,241
Jumlah Nilai Aset Bersih Dana (NAB) RM6.510 billion RM 33.573 billion
Pasaran Pemodalan BSKL RM 375.800 billion RM 375.800 billion
% NAB ke atas Pasaran Pemodalan BSKL 1.73% 8.93%
Dana ‘Anjuran Kerajaan’*
Bil. Dana Diluluskan 24 27
Saham dalam Edaran 3.941 billion unit 35.916 billion unit
NAB RM 1.549 billion RM28.612 billion
Dana ‘Anjuran Kerajaan’*
Bil. Dana Diluluskan 57
Saham dalam Edaran 9.334 billion unit
NAB RM4.961 billion

12 Bulan Berakhir 31 Disember, 1997


Jumlah Jualan kasar 3,020.642 juta unit 14,968.765 juta unit
RM 2,747.727 juta RM 14,105.340 juta
Jumlah Pembelian Semula 1,034.790 juta unit 11,420.421 juta unit
RM 969.565juta RM 10,748.717 juta
Jualan Bersih/Pembelian Semula 1,985.852 juta unit 3,548.344 juta unit
RM 1,778.163 juta RM 3,356.624 juta
Jualan oleh Rangkaian Pengagihan
Jualan Langsung RM 646.898 juta RM 1,657.424 juta
Institusi Kewangan RM 497.782 juta RM 8,741.752 juta
Usaha Jualan RM 1,417.593 juta RM 1,417.593 juta
Lain-lain RM 185.453 juta RM 2,288.574 juta

* Termasuk dana diluluskan tetapi tidak dilancarkan


**Disemak
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti, Persatuan Pengurus-Pengurus Unit Trust Malaysia

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 19 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Tempoh dari 1980 hingga 1990

Dalam tempoh ini, Jawatankuasa Informal bagi Dana Unit Trust telah dibentuk untuk
melaraskan industri Unit Trust. Jawatankuasa ini diwakili pakar-pakar kewangan
daripada BNM, JKKM, Pemegang Amanah Awam Malaysia dan Pendaftar Malaysia.

1981 : Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan dana Unit Trust


Bumiputra yang pertama – Amanah Saham Nasional (ASN) yang telah
dijual dengan harga permulaan RM1.00. Harga ini kekal tidak berubah
salama sepuluh tahun sehingga tahun 1990.

1990: Dana Unit Trust Bumiputra yang kedua – Amanah Saham Bumiputra
(ASB) telah dilancarkan. Tidak seperti ASN, ia didasarkan pada nilai
pasaran.

Dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan industri unit trust, setem


duti pemidahan saham telah dilupuskan.

Tempoh dari 1991 hingga 1997

Tempoh ini menyaksikan pertumbuhan industri unit trust yang pantas dalam hal
jumlah syarikat pengurusan baru ditubuhkan, dan pertumbuhan dana dalam
pengurusan. Pengenalan Panduan tentang unit trust dan pindaan Akta Suruhanjaya
Sekuriti 1993 telah menimbulkan kesedaran dalam industri unit trust dan
menyumbang kepada pertumbuhan industri ini dengan pesatnya. NAB jumlah dana
dalam pengurusan telah meningkat lebih daripada tiga kali ganda daripada RM15.72
juta pada akhir 1992 kepada RM59.95 bilion pada akhir 1996. Tempoh ini juga
memperlihatkan inovasi produk dan pelarasan semula industri yang hebat.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 20 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

1991: Panduan untuk Dana Unit Trust telah diperkenalkan untuk memberikan
prosedur operasi yang jelas dan pelarasan semua perkara berkaitan
dengan industri unit trust.

1993: Akta Suruhanjaya Sekuriti telah diluluskan. Akta ini membentuk SS dan
mempunyai kepentingan dengan tanggungjawab untuk melaras semua
perkara berkaitan dengan industri unit trust.

PPASM telah ditubuhkan sebagai badan untuk mewakili industri unit trust.
1994: SS telah menyemak Panduan Dana Unit Trust untuk melaraskan
prosedur dan untuk mempastikan penerapan dasar yang adil dan tetap
semasa menimbangkan cadangan oleh syarikat pengurusan dana unit
trust.

1995: Pelaburan Johor Berhad telah melancarkan Dana Johor iaitu dana unit
trust negeri yang pertama dibuka untuk pelabur Bumiputera dan Bukan
Bumiputera.

Dana yang pertama ditawarkan dengan perlindungan insurans seumur


hidup bagi pemegang saham atas dasar menyeluruh telah diperkenalkan.
Sebelumnya, perlindungan insurans nyawa telah sama ada ditawarkan
dengan pelaburan unit trust atas dasar subsidi sebahagiannya, atau
perlindungan insurans untuk memberikan pemegang saham yang
melabur di bawah rancangan pinjaman dengan insurans untuk melindungi
faedah ahli kewangan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 21 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BACAAN TAMBAHAN

Potensi pertumbuhan pasaran Unit Trust Malaysia dianggap menggalakkan.


Sementara unit trust wujud sebagai satu wadah pelaburan di Malaysia selama 30
tahun atau lebih, industri ini terhindar daripada permasalahan kritikal. Pada hakikanya,
kebanyakan pertumbuhan dalam industri telah berlaku dalam tempoh lima tahun lepas
dengan angka perutmbuhan berganda dirakamkan pada tempoh ini. Industri ini masih
muda dengan jumlah ruang bagi pertumbuhan dana dalam pengurusan dijangka akan
berlaku antara lima dan sepuluh tahun.

PERTUMBUHAN 5 TAHUN LALU

900
800
700
600
Permodalan
500 Pasaran BSKL
400 Jumlah Dana
300 Amanah
Saham NAB
200
100
0
Dis-92 Dis-93 Dis-94 Dis-95 Dis-96 Dis-97

Sumber : Suruhanjaya Sekuriti

Dengan jelas, pada 7.4% NAB permodalan pasaran, jumlah nilai unit trust tidak
semestinya sejalan dengan pertumbuhan dalam pemodalan pasaran BSKL. Ini
memperlihatkan satu peluang untuk unit trust untuk menambah dan mengekalkan
pola pertumbuhan pada tahun-tahun mendatang.

Walaubagaimanapun, pertumbuhan membanggakan dijangka berlaku semasa


pemodalan pasaran bergerak dari dasarnya sekirat 7-8% permosalan pasaran.
Sekiranya 20% paras telah dicapai, ini dapat diterjemah ke dalam pertambahan ringgit
sekirat RM104 billion kepada kira-kira RM160 billion di bawah pengurusan. Dengan
jangkaan pertumbuhan luas inilah memberikan industri ini suatu darjah optimisma
bagi perluasan seterunya.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 22 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Sejumlah peneraju utama yang dijangka merangsang pertumbuhan industri unit trust
di Malaysia, termasuk yang berikut:

• Dengan peredaran masa, ekuiti pasaran berkemungkinan diinstitusikan apabila


pelabur semakin memilih untuk memindahkan dana ke dalam tangan pengurus dana
professional.

• Bank-bank di Malasyia pada masa ini menarik 75% jumlah simpanan. Semakin
persaingan bertambah, dan semakin paras kesedaran pelanggan perkhidmatan
kewangan meningkat, permintaan bagi pulangan yang lebih akan mengubah pelabur
daripada deposit bank tradisional ke dalam pertumbuhan dan produk pelbagai
tumpuan seperti unit trust.

• Peraturan semasa yang dikeluarkan oleh KKM membenarkan 20% jumlah baki
KWSP dalam lebihan RM55,000 untuk dilabur dalam unit trust. Sementara jumlah
dana yang melebihi RM55,000 kini agak kecil, ia dijangka bertambah apabila baki
terkumpul KWSP meningkat menerusi pertambahan dalam gaji dan upah.

• Industri unit trust dijangka mengalami perubahan signifikan dengan cara dana
diagihkan. Ini akan mendatangkan perningkatan profesionalisme dan pemasaran
produk yang lebih baik, yang kemudian menghasilkan isis padu dana dalam
pengurusan yang lebih besar.

• FMUTM – Persekutuan sedang menjalankan peranan proaktif dalam


merangsang perutmbuhan industri ini dengan memerikan pengiktirafan professional
bagi ahli-ahli industri dan penambahan kesedaran di kalangan pelabur.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 23 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 1.2 UNIT TRUST – PERTIMBANGAN LAIN

BAHAGIAN 1.2.1 PROSPEKTUS

Ini adalah dokumen yang sangat penting. Tiada jualan saham dapat dibuat tanpa
prospektus.

Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 – Peraturan Suruhanjaya Sekuriti 1996 (Skim


Amanah Saham) (Bahagian III) dan Panduan Dana Amanah Saham 1997 (Jadual
VIII) mengandungi perincian tentang maklumat minimum yang terkandung dalam
prospectus.
Peraturan dan Panduan menghendaki setiap SAS mempunyai prospektus. Dokumen
ini mesti dikemas kini atau disemak setiap dua belas bulan. Adalah menjadi kesalahan
untuk menerbitkan maklumat yang salah atau menyimpang.

BAHAGIAN 1.2.2 MENGETAHUI PROSPEKTUS

• Maklumat Transaksi

Perincian seperti pelaburan minimum, jumlah, tempoh penebusan, tempoh


pembekuan (tidak kurang enam hari), komisen jualan maksimum, saiz dana yang
diluluskan dan penilaian yang dibuat.

• Bayaran dan Caj

OBAS mesti memberitahu pelabur tentang bayaran dan caj yang dikenakan. Pelabur
mesti diarah kepada maklumat ini dan penerangan tentang pelbagai bayaran dan caj
hendaklah diberikan. Pelabur hendaklah digalakkan membandingkan bayaran dan caj
pelbagai SAS untuk mencari mana yang terbaik buat mereka.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 24 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Maklumat yang diberikan adalah sebagai berikut:

☺ Bayaran Pengurus

Terdapat dua bayaran di bawah tajuk ini: caj perkhidmatan permulaan dan bayaran
pengurusan tahunan. Kedua-duanya biasa juga dianggap sebagai satu kadar. Caj
perkhidmatan permulaan juga dikenal sebagai bayaran untuk jualan saham atau
bayaran kemasukan.

Misalnya

Pengurus layak dan perlu menerima:

(a) Caj perkhidmatan permulaan lima peratus hingga tujuh peratus atas Nilai Aset Bersih
Kasar saham yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa ; dan

(b) Bayaran pengurusan tahunan tidak lebih satu dan setengah peratus setahun Nilai Bersih
Kasar atas Dana yang dibahagi 365 hari atau jumlah hari dalam setahun dan diakru saban
hari.

☺ Bayaran Pemegang Amanah

Pemegang Amanah hendaklah menerima bayaran satu peratus setahun dari Nilai
Aset Bersih Kasar harian dibahagi dengan 365 hari atau jumlah hari dalam setahun
dan diakru setiap hari.

☺ Perbelanjaan Amanah

Perbelanjaan dana yang dibenarkan adalah bayaran bagi Pengurus, Pemegang


Amanah, Juruaudit, Bayaran Perundangan; kos menghantar laporan kepada
pemegang amanah, mengeluarkan waran dividen dan kos langsung lain yang
berkaitan dengan pengurusan dan pengurusan Dana. Daripada angka-angka ini,
Kadar Perbelanjaan Pengurusan (KPP/MER) dihitung.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 25 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Bahagian perolehan pengagihan biasanya memberi peringatan dan amaran ini


kepada semua pemegang saham dan bakal pelabur, iaitu : “Sila beri perhatian
bahawa perolehan atau pengagihan yang lalu bukan satu jaminan atau gambaran
sebagai perolehan/pengagihan masa hadapan.”

Bagi SAS yang terbaru dividen secara automatik dilabur semual dan tidak diagihkan.
Sekiranya pemegang saham ingin menggunakan perolehan dia kenalah menebus
jumlah saham yang sama banyak.

Pengagihan boleh juga dibuat sebagai unit berasingan. Dalam hal ini, saham
tambahan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan pemegang saham.

☺ Dana Prestasi

Bahagian ini biasanya memperlihatkan aspek penting sejarah prestasi dana masa
lalu. Biasanya satu ringkasan perangkaan diberikan sama ada daripada tarikh dana
dilancarkan atau bagi lima tahun lalu. Maklumat yang diberikan berbagai-bagai bagi
berlainan SPAS. Sesetengah maklumat biasa termauk dividen bersih seunit, KPM dan
juga lima atau sepuluh pelaburan yang terbaik.

☺ Bahagian Lain Prospektus yang Penting

Maklumat tentang SPAS dan Lembaga Pengarahnya, Ahli-ahli Jawatankuasa


Pelaburan, Pasukan Pengurusan SPAS Utama dan pengalaman mereka, Pegawai
Penyetujuan kanan dan Ahli-Ahli Pengurusan atau penasihat pelaburan Syariah.

Perincian Pemegang Amanah juga dinyatakan. Juruaudit dikenalpasti. Pelbagai


laporan termasuk Laporan Akauntan, Akaun Keuntungan dan Kerugian SAS, Kunci
Kira-kira SAS dan Akaun Pengurusan syarikat juga dibentangkan.

Maklumat lain termasuk direktori ibu pejabat dan pejabat cawangan.

Borang permohonan juga dimasukkan sebagai muka surat akhir prospektus.

Prospectus juga menyenaraikan pelbagai hak pemegang saham. Ini termasuk:

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 26 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Hak untuk Maklumat

• Pemegang saham mempunyai hak untuk memohon sebarang maklumat sama


ada dengan surat atau faksimili, telefon atau e-mail.

• Pemegang saham akan menerima prospectus setiap tahun dan laporan


sementara dan akhir tahun yang disediakan oleh SPAS, Pemegang Amanah dan
Juruaudit.

• Waran dividen dan pengeluaran surat unit berpisah jia ada akan dikirim kepada
pemegang saham pada masa yang sesuai.

• Pemegang saham ada hak untuk memanggil mesyuarat pemegang saham,


dan setiap pemegang saham mempunyai hak mengundi.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 27 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 1.2.3 CUKAI DAN INFLASI :


IMPLIKASI BAGI UNIT TRUST

Kebanyakan orang beranggapan bahawa sekiranya mereka telah melabur wang,


mereka sepatutnya menerima faedah yang menguntungkan sebagai pulangan.
Faedah tersebut boleh berbentuk laba, dividen atau pertumbuhan dalam nilai modal,
sebagai pulangan membuat pelaburan. Walau bagaimanapun, ini merupakan
jangkaan yang ketara dan munasabah yang tidak selalunya dipenuhi.

Pada hakikatnya, banyak pelabur kecil dan sederhana menjadi “mangsa” fenomena
pelaburan di luar kawalan. Kesan inflasi dan keperluan cukai perlu diberi
pertimbangan apabila membuat keputusan pelaburan. Sesetengah orang melabur
tetapi mendapati pelaburan mereka dikikis oleh inflasi dan implikasi percukaian.

Setiap orang beranggapan faham akan inflasi, namum banyak yang membiarkan diri
mereka menjadi mangsa kesan tersembunyi pada pulangan pelaburan. Inflasi, bagi
kebanyakan orang bermaksud penambahan harga. Tetapi kepada pelbur ia
mempunyai kesan yang lebih merumitkan.

Pelabur perlu menyimpan kuasa membeli pelaburan asal mereka dan memperoleh
kadar pulangan yang berupaya mematahkan kadar inflasi. Dalam tempoh inflasi
tinggi, kuasa membeli dana menurun. RM100.00 pada hari ini sudah tidak mampu
membeli apa yang mampu sepuluh tahun lalu. Alasan: inflasi. Dengan perkiraan yang
sama, pelabur yang berfikir mereka perlu menyimpan sejumlah amaun (misalnya
RM20,000.00) untuk pendidikan anak dalam tempoh 15 tahun, perlu berfikir dengan
jelas sama ada mereka menyimpan dalam ringgit hari ini, atau ringgi esok. Kos
pendidikan anak dalam ringgit hari ini mungkin RM20,000.00 tetapi dalam tempoh 15
tahun amaun itu pasti lebih besar.

Faktor kedua yang menyebabkan kehilangan faedah bagi pelabur ialah percukaian.
Sekali lagi, bukanlah rahsia yang semua pendapatan dinilai bagi cukai, sedangkan

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 28 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

banyak pelabur kecil lupa akan implikasi dalam pelaburan yang mereka pilih. Di
Malaysia, terdapat penyelenggaraan cukai yang berlainan bagi pelbagai jenis
pelaburan. Semua amanah saham sebenarnya dicukai dengan cara yang sama.
Walau bagaimanapun, apabila merancang pengumpulan amaun modal tertentu pada
masa hadapan, implikasi cukai sekarang dan pada masa hadapan mesti diberi
pertimbangan wajar. Tindakan cukai sebagai pengikisan pulangan dicapai menerusi
pelaburan dan keperluan yang sepatutnya diberi perhatian sebagai pembocoran
kitaran pelaburan.

Apakah Kesan Inflasi Ke atas Matlamat Pelaburan?

Dalam istilah umum, semua strategi pelaburan jangka panjang hendaklah dibina
supaya dapat:

• Bergerak selangkah dengan inflasi.

• Memberi pertumbuhan modal meningkat nilai sebenar aset masing-masing.

Penekanan di sini adalah untuk mematahkan rempuhan inflasi terhadap semua


pelaburan. Adalah mustahak memahami apakah erti inflasi kepada pelabur. Inflasi
kepada seorang pelabur bermaksud lebih daripada sekadar “harga menaik”.

Contoh yang berikut mengutarakan cara inflasi sepatutnya dipertimbangkan apabila


membuat keputusan pelaburan.

Sekiranya matlamat kewangan tertentu mampu mencapai RM1000,000.00 hari ini


(contoh: pembelian sebuah rumah atau pangsapuri) berapakah kemungkinan kos
pada masa hadapan, dalam tempoh 5 atau 20 tahun? Jawapan kepada soalan ini
telah terjawab pada jadual di bawah dengan senario kadar inflasi yang berbeza:

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 29 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Akhir Tahun Kadar Inflasi


2% 3.5% 5%
5 110,408 118,768 127,628
10 121,899 141,059 162,889
15 134,586 167,534 207,892
20 148,594 198,978 265,329
25 164,060 236,324 338,635

Jadual tersebut dengan jelas memperlihatkan bahawa dalam tempoh kegiatan, kos
nominal RM100,000.00 hari ini bertambah menurut perjalanan masa, bergantung
pada kadar inflasi. Kuantum atau amaun pertambahan bergantung pada kadar inflasi.

Sebagai contoh, andaikan kadar inflasi 5% setahun untuk 20 tahun, kos pangsapuri
RM100,000.00 akan meningkat kepada RM265,000.00. Bagi pelabur supaya
berupaya mengekalkan kuasa pembelian awal RM100,000.00, dia terpaksa
memperoleh kadar pelaburan sekurang-kurangnya 5% setahun. Walaupun dia
berupaya memperoleh kadar tersebut, dia sebenarnya kurang berutung berbanding
dengan pemilikan RM100,000.00 sekarang. Dia hanya beruntung sekiranya
memperoleh lebihan kadar inflasi, katalah pada 8 atau 10%.

Berapa Lama untuk Membahagi Dua Nilai Wang?

Kadar inflasi andaian Nilai sebenar bahagi Dua Setiap


2.0% 36.00 tahun
2.5% 28.80 tahun
3.0% 24.00 tahun
3.5% 20.57 tahun
4.0% 18.00 tahun
4.5% 16.00 tahun
5.0% 14.40 tahun

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 30 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Berapa Lama untuk Menggandakan Nilai Pelaburan?

Kadar inflasi Gandaan yang Diberi Setiap


5% 14.40 tahun
6% 12.00 tahun
7% 10.28 tahun
8% 9.00 tahun
9% 8.00 tahun
10% 7.20 tahun

Di setengah negara, caj perkhidmatan lebih tinggi, kekadang hingga 9% amaun modal
permulaan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak produk di negara-negara seperti
Australia dan Amerika Syarikat yang tidak mengenakan caj perkhidmatan permulaan.
Sehingga kini, produk ini menjadi sangat menarik bagi pelabur sotiftikated yang
mengetahui produk pelaburan yang mereka mahu dan tahu di mana
mendapatkannya. Penggunaan Internet dan mekanisma transaksi elektronik adalah
begitu kondusif kepada jenis operasi amanah saham.

Dalam beberapa hal, caj perkhidmatan permulaan boleh dikurangkan atau dihapuskan
semasa pelancaran tempoh awal SAS. Ini satu cara pengurus dana menarik minat
kepada produknya. Daripada membayar amaun dana yang besar pada pemasaran,
pengurus dapat membiayai kemasukan dana dengan membayar caj perkhidmatan
permulaan.

Bayaran Berterusan Pengurusan

Pengurus dana yang terikat kepada ikatan Amanah, layak menerima bayaran
pengurusan tahunan, dihitung berasaskan nilai unit yang dipegang oleh pelabur.

Purata bayaran ini sekitar 1.5% setahun di Malaysia dan untuk membayar
perbelanjaan pengurusan yang dikenakan pengurus dalam menguruskan dana. Kos

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 31 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

tersebut termasuk gaji, sewa pejabat, perbelanjaan system komputer, kejatuhan asset
tetap dan sebagainya.

Dalam beberapa hal, tergantung pada produk, bayaran ini boleh berlainan antara
kategori unit trust. Misalnya, pada teori kos menguruskan pendapatan tetap SAS
hendaklah tidak setinggi mengendalikan ekuiti unit trust global. Sebabnya, masa
pengurusan dan sumber lain yang diperlukan tidak sama. Untuk menguruskan
pasukan pelaburan ekuiti global bermakna memerlukan petugas ditempatkan di pusat
pelaburan dunia – amalan paling tinggi kosnya.

Bayaran pengurusan ditolak langsung daripada akaun unit trust pelabur dan kesan
langsung pada pulangan pelaburan yang dicapai dalam semua tempoh. Misalnya,
sekiranya satu pelaburan mendapat pulangan 1% dalam setahun, tetapi bayaran
pengurusan adalah 1.5%, maka nilai saham telah menurun 0.5%.

Bayaran Nasihat

Dalam sesetengah pasaran, dan malah bermula di Malaysia, pelabur dikenakan caj
bayaran nasihat oleh perancang kewangan/penasihat pelaburan. Dalam pasaran
seperti United Kingdom dan Australia, banyak jualan dan pengagihan dilakukan
melalui rangkaian ‘penasihat kewangan bebas’. Ini semua merupakan individu
professional atau individu francais yang khusus menasihat pelabur tentang di mana
patut melabur dana mereka supaya mencapai hasil pelaburan yang diingini.

Kesan pulangan pelaburan dalam tempoh yang berlainan caj agak membimbangkan,
sebagaimana diperlihatkan dalam jadual yang berikut:

Caj Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3


Pelaburan 100,000.00 100,000.00 100,000.00
Kekurangan 8,000.00 5,000.00 Tiada
“Wang Kerja” 92,000.00 95,000.00 100,000.00

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 32 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Nilai Akhir Tahun RM RM RM


1 99,360.00 103,075.00 109,000.00
5 135,178.00 142,847.00 153,863.00
10 198,621.00 214,793.00 236,736.00
15 291,839.00 322,975.00 364,248.00
10 428,808.00 485,644.00 560,441.00

Kesan perbezaan caj menarik untuk dicatatkan. Antara Pilihan 1 dan Pilihan 3
terdapat perbezaan RM131,633.00 dalam amaun modal terkumpul selama tempoh 20
tahun. Dalam hal Pilihan 1, jumlah RM131,663.00 menjadi perolehan pengurus dana
dalam tempoh pelaburan. Walau bagaimanapun, bagi Pilihant 3, amaunya menjadi
milik pelabur.

Dalam contoh di atas, mudah bagi melihat produk pelaburan yang di pilih pelabur.
Dlaam kehiduapan sebenar, keputusan tidak selalunya mudah. Misalnya, kita
menggandaikan yang semua pengurus dana akan menghasilkan pulangan yang
serupa. Ini tidak selalunya berlaku. Pengurus dana, dalam pasaran yang sama,
menghasilkan pulangan berbeza-beza. Sebabnya, secara umum pengurus dana
mempunyai gaya pengurusan dana yang berlainan.

Dalam pendekatan analisis kos/fedah di sini, setiap satu peratus lebih levi pengurus
dana dalam bayran dan caj, terdapat satu peratus pulangan pelabuhan tambahan
yang perlu dikeluarkan untuk mengatasi pesaing dalam pasaran.

Kajian di negara-negara lain menunjukkan tidak selalunya terjadi apabila bayaran


lebih tinggi, prestasi lebih baik. Kajian lain pada hakikatnya mendapati berlaku
sebaliknya!

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 33 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Walau bagaimanapun, apa yang jelas, ialah hakikat bahawa bayaran dan caj, sejajar
dengan inflasi dan cukai, adalah pengurangan kepada pulangan seluruh pelaburan
yang dicari pelabur.

Sekali lagi, adalah penting bagi pelabur memastikan kos persamaan diambil kira
apabila menilai unit trust yang dilaburkan. Apablia analisis cermat dilakukan, ia kerap
memperlihatkan sesetengah dana tidak manarik sebagaimana ia sepatutnya akibat
kos yang dikenakan.

Masalah dalam bentuk pengukuran prestasi ini ialah perbandingan prestasi sukar
dilakukan kerana tiada dimesti masa untuk pengukuran. 500% yang diperoleh dalam
tempoh sepuluh tahun merupakan pulangan lebih berkesan dariapda 500% pulangan
diipengap dalam tempoh 20 tahun.

Pulangan Tahunan

Bentuk penyataan ini lebih sesuai keapda pengukuran pulangan kasar dalam hal ia
menambah dimensi waktu kepada pengukuran prestasi pelaburan. Juga, kebanyakan
orang lebih biasa dan berasa selesa dengan syarat dan konsep; sesen setahun.
Kebanyakan kadar faedah bagi deposit dan produk pinjaman dinyatakan sebagai
kadar setahun.

Pulangan tahunan menunjukkan purata pulangan tahunan dicapai oleh pelaburan


sepanjang pemegangan; Pada contoh sebelum ini, purata pulangan tahunan adalah
7.13% setahun selama 20 tahun, atau 11.8% (agak tinggi) setahun selama 10 tahun.

Ini memperlihatkan bahawa dengan menggunakan alat pengukuran biasa atau


penyataan, kita membandingkan ‘epal dengan epal’ dan dengan yang demikian
mengurangkan kekeliruan yang mengeliling pelbagai penyataan. Juga, tanda seperti
JKP BSKL, kadar faedah tetap setahun dan sebagainya pada umumnya dinyatkaan
sebagai pulangan tahunan, menjadikan perbandingan penting di sini.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 34 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Dengan yang demikian, pulangan pada setiap tahun (tahunan) merupakan alat
berguna untuk menyatakan prestasi pelaburan.

Kegunaan Jadual Prestasi Pelaburan

Prestasi keseluruhan unit trust industri dan pengurus unit trust individu dapat
diringkaskan dalam bentuk jadual prestasi pelaburan. Jadual prestasi sangat berguna
sebagai cara meringkaskan prestasi seluruh industri, di samping sebagai prestasi
pelbagai tanda dan pastinya, pengurus unit trust individu.

Di banyak negara, jadual prestasi sahaja yang memberi asas bagi pemilihan
pelaburan unit trust, seperti kepentingan maklumat yang terkandung dalam jadual
tersebut.

Jadual prestasi pelaburan biasanya melihat jumlah bidang termasuk:

• Prestasi dalam pelbagai tempoh. Misalnya, sebulan, setahun, tiga tahun dan
lima tahun. Satu kekurangan jadual tersebut terlalu kerap, orang boleh
menumpu pada prestasi pelaburan jangka pendek masing-masing.

• Tempat & Kuartail

• Dana dibawah pengurusan

• Kegunaan tanda-tanda lain

Dengan yang demikian, pelabur perlukan konsistensi prestasi selama tempoh


pengendalian pelaburan. Sebagai contoh, sekiranya pengurus dana telah
memperlihatkan prestasi di atas tahap purata selama tiga, enam dan 12 bulan, di
samping tiga, lima dan tujuh tahun lepas, maka rekod pencapaian mereka boleh
menunjukkan yang mereka mungkin beruapaya menghasilkan hasil yang baik secara

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 35 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

berterusan. Pengurus dana yang berada di atas, di bawah dan di purata pada masa
yang berlainan mungkin tidak dipercayai sebagaimana pelaku yang konsisten.

Pada akhir hari, apabila memilih satu SAS, pelabur hendaklah mendapatkan pengurus
dana yang secara konsisten memperlihatkan tanda yang relevan dan pesaing atau
rakan pengurus dana mereka.

Risiko

Elemen risiko secara amnya sukar dinilai dariapda sudut pandangan pelabur kecil,
terutama sekiranya SAS baru beroperasi. Turun naik pulangan atau konsistensi
pulangan secara umum adalah petunuk baik risiko. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa risiko lain yang perlu dinilai dan difikirkan:-

Kredibiliti Pengurus Dana : Iaitu siapakah di belakang pengurus dana?


Adakah ia organisasi yang boleh dipercaya?
Adakah pekerjanya jujur, adakah pengurus
dananya berkelayakan untuk menjalankan
tanggungjawab dan obligasi?

Gaya Pengurusan Dana : Apakah gaya pengurusan dana? Adakah mereka


mencari untung cepat secara berterusan,
berdasarkan strategi pulangan tinggi? Adakah
mereka bertindak berdasarkan khabar angin atau
proses pelaburan mereka tertakluk pada
penelitian rapi dan pembangunan yang
berterusan?

Risiko perkhidmatan : Adakah pengurus dana responsive kepada


permintaan dan pertanyaan? Adakah proses
bisnes mereka dihala keapda menyediakan
perkhidmatan atas tahap purata, dan sebagainya?

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 36 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Yuran dan Bayaran

Dalam salah satu seksyen sebelum ini, analisis secara terperinci mengenai kesan
yuran dan bayaran perkhidmatan telah digariskan. Sekali lagi, adalah penting untuk
mengetahui bahawa yuran dan bayaran perkhidmatan memberi kesan kepada
pulangan pelaburan, jadi sebelum melabur, prestasi yang perlu dipertimbangkan ialah
pulangan pelaburan selepas yuran dan bayaran perkhidmatan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 37 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 1.3: UNIT TRUST – MEKANIK

BAHAGIAN 1.3.1 UNIT PENENTUAN HARGA

Penentuan Harga

Semua SAS buka-tertutup dan sebutan biasanya beroperasi pada asas penentuan
harga berganda iaitu pelabur membeli saham pada harga jualan dan menebus saham
pada harga belian semula.

Harga Jualan

SPAS tidak boleh menjual saham untuk melabur pada harga melebihi NAB ditambah
bayaran pengurusan permulaan atau bayaran perkhidmatan.

Harga Jualan saham dihitung dengan mengambil NAB ke atas SAS pada hari
sebelumnya iaitu sebutan harga dibuat oleh kepada pelabur dan membahagi NAB
supaya diperolah sejumlah saham dalam keluaran pada tarikh itu. Bayran pengurusan
permulaan kemudian ditambah keapda angka dapatan supaya sampai ke harga
jualan per saham yang dijumlah ke satu sen terhampir untuk kemudahan transaksi
dan sebutan. Bayaran pengurusan permulaan sebenar dicaj atau bayaran julat
(range) mesti didedahkan dalam prospectus SAS berkenaan.

NAB ke atas SAS mengandungi yang berikut:

a) Nilai ekuiti portfolio yang didasarkan pada harga transaksi akhir saham;

b) Kos pembrokeran, cukai setem dan caj lain portfolio pelaburan;

c) Pelaburan pasaran wang;

d) Semua tunas tidak diduga dan baki tunai;

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 38 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

e) Semua dividen dan faedah pendapat kasar yang diakru selepas potongan;-

i) Bayaran Pengurusan Tahunan;

ii) Bayaran Pemegang Amanah; dan

iii) Perbelanjaan Pentadbiran termasuk bayaran Juruaudit, bayaran Penasihat


Cukai, kos alat tulis dan caj pendaftaran.

Harga jualan didasarkan pada penentuan harga ke hadapan oleh sebab harga
ditentukan pada penilaian akhir perniagaan sehari sebelumnya.

Jika pelabur berhasrat menebus sahamnya pada 1 Oktober 1996, sebutan harga
pembelian semula oleh SPAS akan dihitung sebagai berikut:

Andaian :

i. Tarikh penebusan : 1 Oktober 1996


ii. NAB amanah saham pada 1 Oktober 1996 : RM166,000,000.00
iii. Jumlah unit dikeluarkan pada 1 Oktober 1996 : 100,000,000.00
NAB seunit = NAB ke atas SAS
Unit dikeluarkan

NAB seunit RM166,000,000.00


100,000,000.00

NAB seunit = RM1.6600

Kurang: Maksimum lima sen


Harga Minimum Pembelian Semula 0.0500
Sebutan pada 2 Oktober 1996 RM1.6100

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 39 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

RM1.61 adalah harga pembelian semula SPAS yang mesti dibayara kepada
pemegang saham kerana penebusan semula saham pada 1 Oktober 1996. Dari segi
praktis, SPAS akan menentukan harga jualan di bawah harga jualan maksimum yang
dikira seperti atas dan harga pembelian semula di atas harga minimum pembelian
semula.

Daripada maklumat di atas, ia dapat dilihat secara teori, selepas pemegang saham
menerima dividen ida mendapati pelaburannya jatuh dengan nilai sebagai berikut:-

Kedudukan Kwangan Pelabur sebelum Pembayaran Dividen


Nilai 1,000 unit @ RM1.89 : RM1,890.00

Kedudukan selepas Pembayaran Dividen


Nilai 1,000 unit @ RM1.79 : RM1,790.00
Nilai 10% Dividen : RM 100.00
RM1,890.00

Walau bagaimanapun, pada praktis, pelabur berkenaan mungkin pada kedudukan


berlainan kerana SAS perlu memotong perbelanjaan pentadbiran, bayaran
pengurusan tahunan dan bayaran pemegang saham saban hari atau bulan dan
kejatuhan harga daripada perisytiharan dividen akan kurang daripada 10% yang boleh
dibayar.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 40 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAB 2

PENGAWALAN INDUSTRI

MEMPELAJARI MATLAMAT
Bab ini menumpu pada memberikan gambaran menyeluruh prinsip asas yang terlibat
dalam pengawalan industri unit trust.

Di akhir bab ini, anda sepatutnya:

• Sedia memahami struktur asas peraturan industri unit trust.

• Menyedari adanya prinsip asas dan matlamat pengawalan tersebut

• Memahami pengawalan asas yang menyentuh:

 Pemegang Amanah Unit Trust

 Pengurus Unit Trust

 Ejen Berdaftar

• Sedia memahami isu pengawalan yang berterusan.

• Memahami prinsip di belakang panduan yang memperliahtkan kawalan


portfolio pelaburan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 41 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Satu “skim unit trust” didefinisikan di bawah Seksyen 2 Akta tersebut: “sebarang
urusan yang dibuat untuk tujuan tersebut, atau mempunyai kesan, memberikan
kemudahan bagi orang yang melibatkan diri sebagai pewaris di bawah satu amanah
yang untung atau pendapatan yang datang daripada pemilikan, pemegangan,
pengurusan atau penolakan sekuriti atau sebarang harta lain”.

Industri Sekuriti
Ini memberikan pengurus dana untuk perniagaan dalam sekuriti, operasinya diawas
dengan rapi oleh SS untuk memastikan dia beroperasi pada asas amanah dan
menurut Panduan tentang Dana Unit Trust. Pemegang amanah ada obligasi untuk
memastikan pengurus dana beroperasi dalam lingkungan ini dan panduan sekuriti
lain.

Hal Ehwal Pengguna


Sebagai pembekal produk pengguna, industri unit trust boleh juga tertakluk pada
pelbagai peruntukan dan akta yang menguasai cara produk dijual dan dilayani.
Pengurus unit trust dan OBOS berdaftar adalah bertanggungjawab bagi cara setiap
produk dipasarkan dan dilayani dan juga tertakluk pada sebarang peruntukan umum
berkaitan dengan perlindungan pengguna yang terkandung dalam pelbagai
perundangan.

Insurans dan Perbankan


Banyak produk unit trust mengandungi peruntukan dan syarat (misalnya perlindungan
insurans nyawa percuma) yang dikawal oleh BNM. Dari semasa ke semasa terdapat
peruntukan khusus daripada pengawalan ini yang mungkin ada kesan pada jualan
dan perkhidmatan unit trust.

Pengawalan Industri Unit Trust


Panduan tentang Dana Unit Trust telah disemak pada Mei 1997. Pembaca
digalakkan mendapatkan senaskhah pengawalan ini dan memastikan ia naskhah
yang telah dikemas kini dengan pindaan atau semakan (naskhah boleh didapati

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 42 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

daripada jabatan Hal Ehwal Korporat SS). Satu ringkasan ciri utama dan prinsip
pengawalan tersebut diberikan di bawah:

Kelulusan
Syarikat unit trust mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada SS sebelum
boleh beroperasi dengan orang ramai. SS juga boleh mengenakan syarat lain atau
cara sebagaimana ia dilayakkan bagi sesebuah untuk bertindak sebagai SPAS, atau
sebagai pemegang amanah kepada SAS. SS ada kuasa untuk membatalkan
kelulusan tersebut pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang pelanggaran
syarat dan cara yang dikenakan olehnya.

Daftar Pemegang Saham

SPAS dikehendaki mengekalkan daftar pemegang saham yang betul dan pelbagai
kelayakan mereka. Daftar ini diperlukan mengandungi maklumat asas seperti
pengenalan, alamat, tarikh jualan dan pembelian dan kewarganegaraan pemegang
saham. Rekod utama ini tentunya perlu dikekalkan di Malaysia.

Buku Akaun

SPAS dikehendaki mengekalkan rekod perakaunan yang betul dan sebagainya


dengan hubungan kepada operasi dan pelaburan.

Notis dan Laporan

SPAS juga bertanggungjawab bagi semua laporan dan notis yang dikirim kepada
pemegang amanah. Pengiraan dan laporan tetap kepada pemegang amanah
merupakan contoh laporan itu.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 43 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Penentuan Harga Saham Harian

Panduan mengkehendaki SPAS menghitung jualan saham saban hari dan harga
pembelian semula berasaskan pada pelaburan NAB. Ini termasuk penilaian saban
hari semua pelaburan yang dipegang pada harga pasaran semasa. Harga ini dan
NAB mesti dilaporkan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris.

Pembelian Semula Saham

Pengawalan mensyaratkan bahawa SPAS hendaklah, atas permintaan pemegang


saham, membeli semula saham-saham tertentu. Ini penting bagi pemegang saham
sebagai jaminan bagi mereka oleh undang-undan, bahawa pelaburan mereka cair dan
dapat dijual atas arahan pengurus.

Penyata Saham

SPAS mengeluarkan satu penyata saham menyatakan pelaburan pelabur. SPAS


boleh mengeluarkan sijil sekiranya diminta oleh pelabur. Bayaran boleh dikenakan.

Insurans Aset

Menjadi tanggungjawab SPAS untuk memastikan semua asset dana diinsuranskan.


Misalnya, sekiranya dana memegang harta, ia mesti diinsuranskan sebagai aset
dana.

Kakitangan Berkelayakan

SPAS memerlukan kakitangan berkelayakan untuk memenuhi tanggungjawab dan


tugas. Semua kakitangan yang relevan perlu bertindak secara professional,
mengelakkan semua kemungkinan berlaku percanggahan kepentingan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 44 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Keperluan Modal

Sehubung dengan peranan Pemegang Amanah, SPAS juga dikehendaki memegang


modal untuk menyokong tanggungjawab. Amaun modal yang berbayar diperlukan
kepada pelabur kerana ia mewakili dua perkara:
• Komitmen kepada bisnes unit trust.
• Kesampaian kepada modal dalam hal berlaku kecuaian tuntutan terhadap
syarikat pengurusan.

Kawalan Portfolio Pelaburan Unit Trust

Dalam hubungan dengan langkah-langkah khusus yang digariskan di atas berkaitan


kepada operasi bisnes SPAS, terdapat juga sejumlah pengawalan berhubung kait
dengan pembinaan dan pengurusan portfolio pelaburan mewakili aset SAS. Ia
beroperasi sebaik-baik sahaja dana terkumpul dan apabila keputusan pengurusan
pelaburan perlu dibuat dalam hubungan kepada:

• Pembentukan matlamat portfolio yang sesuai


• Pembincaan portfolio
• Operasi portfolio (iaitu penjuala dan pembelian semula saham)

Panduan ini sebagai tambahan kepada langkah-langkah ketelitian dan


profesionalisme yang dinyatakan di atas dan dibentuk untuk mengurangkan risiko
kerugian bagi pelabur.

Sekali lagi, Panduan adalah parafrasa, dengan hanya prinsip dibincangkan.


Pengawalan itu sendiri, dengan peratusan sebenar dan langkah-langkah kuantum
khusus, hendaklah dirujuk selengkap mungkin.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 45 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Paras Kecairan

Adalah penting bahawa SAS kekal cair atau telus. Pengawalan kekalkan bahawa
SPAS, selepas berunding dengan Pemegang Amanah mesti menentukan paras yang
sesuai yang mesti wujud dalam setiap SAS.

Kawalan Pelaburan pada Portfolio Komposisi bagi Dana Unit Trust Harta

Diberikan keadaan semula jadi yang “istimewa” sebagai kelas aset bagi produk unit
trust, terdapat satu set panduan khusus dalam operasi dana unit trust harta. Panduan
ini digariskan dalam lampiran relevan kepada bab ini.

Pengawalan berkenaan harta turut melibatkan mutu asset harta yang dibeli.
Pengawalan kualitatif berkenaan harga harta akan ditempatkan ke dalam unit trust
juga releven, bersama dengan keperluan kecairan khusus. Pengawalan juga meliputi
pelupusan harta dan mengenakan batasan kualitatif pada penjualan harta dalam
hubungan kepada penilaian harganya.

Pematuhan

Pemegang Amanah mesti memastikan bahawa semua syarat Surat Ikatan Amanah
dipatuhi.

Aspek Pengiraan Kewangan

Pemegang Amanah mesti memastikan bahawa akaun sebenar dan laporan dan rekod
kewangan dibuat. Ini termasuk:

• Buku Akaun
• Rekod Transaksi
• Penyata Akaun

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 46 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Pemegang Amanah bertanggungjawab bagi melaporkan keadaan kewangan amanah


dan untuk memastikan bahawa ini semua berkait rapat kepada:
o Pengiriman dalam masa dua bulan dari tahun kewangan, akaun tahunan
bersama laporan juruaudit.
o Kemasukan penyata dikenal sebagai Penyata Pemegang Amanah, yang
menyatakan, sama ada, dalam pandangan Pemegang Amanah, SPAS telah
mengurus skema dengan baik dalam tempoh tersebut.
o Bersesuaian dengan batasan yang dikenakan pada kuasa pelaburan SPAS
dan pemegang amanah di bawah surat ikatan amanah dan;
o Bersesuaian dengan peruntukan surat ikatan amanah dan sebarang undang-
undang yang relevan

Pelantikan dan Pelucutan Juruaudit


o Pemegang Amanah hendaklah melantik juruaudit yang diluluskan bagi dana
menurut Akta Syarikat 1965
o Juruaudit mesti bebas daripada SPAS dan Pemegang Amanah
o Walau bagaimanapun, juruaudit Syarikat Pengurusan dan SPAS, sebaik-
baiknya yang serupa
o Pemegang Amanah boleh, dari semasa ke semasa, jika sesuai,
memansuhkan pelantikan juruaudit dan melantik yang lain menggantikannya
o Pemegang saham memegang tidak kurang dua pertiga saham yang
dikeluarkan dibolehkan membuat permintaan penukaran juruaudit berkenaan.
o Juruaudit dikehendaki melapor sebarang bentuk bukan-pematuhan oleh
sebarang pihak kepada SS.

Pelaporan kepada Suruhanjaya Sekuriti


Pemegang Amanah hendaklah melapor kepada SS sekiranya didapati pengurusan
syarikat tidak bertindak untuk kepentingan pemegang saham, atau menurut Surat
Ikatan Amanah, atau telah gagal mematuhi syarat Surat Ikatan Amanah, atau telah
gagal mematuhi Panduan, atau keperluan pihak berkuasa yang berkaitan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 47 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAB 3

PERKHIDMATAN PEMASARAN UNIT TRUST

MEMPELAJARI MATLAMAT

BAHAGIAN 3.1: PEMASARAN UNIT TRUST PROFESIONAL

Salah satu tujuan utama penyediaan ebook ini, dan dalam adalah untuk meningkatkan
kecekapan dan profesionalisme industri unit trust.

Jurujual mudah terangsang untuk ‘mengambil cara mudah’ dengan membuat janji-janji
pulangan pelaburan yang tinggi-tinggi sebagai usaha menggalakkan pelabur untuk
membeli saham. Dalam jangka panjang, aktiviti demikian mendatangkan bencana
kepada industri, misalnya janji tidak dikotakan.

Bab ini mengenalkan konsep pemasaran asas dan menawarkan petunjuk untuk
membantu pasaran unit trust. Asas pemasaran zaman moden ini bukan sahaja
penjualan, tetapi tentang mengenal pasti kehendak pelanggan dan keperluan
perkhidmatan mereka. Ia biasanya tidak melibatkan keperluan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 48 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 3.2: PRINSIP ASAS PEMASARAN UNIT TRUST

Pertumbuhan memberangsangkan dalam pelaburan unit trust di Malaysia


menggambarkan keperluan pengurusan pemasaran yang professional. Ia bermaksud
unit trust bukan sahaja mesti “dijual”, pemegang jangka panjang akan membentuk
satu imej, identiti dan kesetiaan bagi SAS tertentu atau menstabilkan SAS.

Unit Trust memerlukan pendekatan pemasaran yang kreatif dan berdisiplin. Daripada
waktu produk pelaburan unit trust direka cipta, diluluskan, dipromosikan, diagihkan
dan diberi perkhidmatan dan akhirnya dibeli semula daripada pelabur, ia merupakan
keperluan jangka panjang pelabur kecil yang perlu diberi perhatian berterusan.

SAS dimajukan, dipakej dan dipasarkan oleh banyak institusi perkhidmatan kewangna
termasuk syarikat pembrokeran dan SPAS, bank dan syarikat kewangan. Ia
membayangkan semakin banyak yang terlibat dalam industri ini, sejajar dengan
pengawalan semula industri dan penambahan prospek bisnes pengurus unit trust.

Keperluan disiplin yang serupa dalam pemasaran pakej barangan dan perkhidmatan
juga boleh digunakan dalam pemasaran unit trust. Keperluan rangkaian pelanggan
dan pengagihan mesti diberi pertimbangan wajar. Walau bagaimanapun, terdapat
menekankan yang berlainan apabila memasarkan amanah saham sebagaimana
diusulkan kepada kategori produk kewangan lain.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 49 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 3.3: PILIHAN PELABURAN YANG ADA

Ketika warga Malaysia pada umumnya menjadi lebih terdidik dan terarah kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal kewangan, mereka akan mencari
alat pelaburan yang lebih canggih yang menghasilkan lebih pulangan dari kadar
simpanan biasa di bank.

Keadaan semasa di Malaysia, kebanyakan aset kewangan negara diikat kepada


system perbankan yang menarik simpanan dan simpnana tetap. Di negara-negara
lain, kadar kewangan yang lebih tinggi dipegang dalam alat penghasilan yang lebih
tinggi seperti unit trust, skim persaraan dan sebagainya, dengan pendedahan
signifikan kepada pertumbuhan aset seperti saham, harta dan bon. Dijangkakan
bahawa aliran ini akan menjadi lebih ketara di Malaysia, oleh sebab para pelabur
mencari pulangan pelaburan yang lebih tinggi ke atas modal mereka.

Dengan yang demikian, dalam pemasaran unit trust, memang penting menyedari
akan kewujudan peluang pelaburan bagi pelabur Malaysia. Pilihan terbesar
diringkaskan di bawah, bersama-sama dengan satu dokumentari tentang bagaimana
pelaburan unit trust dapat dibandingkan.

Tunai & Simpanan Tetap

Simapan tunai dan tetap di bank dan institusi kewangan lain pada umumnya
menawarkan pulangan selamat, kalau pun kadar pulangna jangka panjang yang
kurang menarik. Kebanyakan orang perlu ada akaun bank dan sesetengahnya
mengekalkan bahagian asetnya yang agak tinggi sebagai simpanan bank.

Ruang lingkup simpanan produk yang diperoleh agak besar, bermula dariapda
simpanan segera pada kadar tunai, kepada jangka lebih panjang, simpanan
berstruktur, seperti simpanan dua tahun.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 50 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Sementara simpanan dengan institusi kewangan dianggap hampir bebas-risiko,


mungkin terdapat pula risiko pemalsuan.

Masalah besar simpanan tunai dan simpanan tetap adalah ketidaksesuaian pelaburan
jangka pendek kepada jangka panjang. Oleh sebab berlaku risiko rendah, pelaburan
begini menawarkan pulangan yang rendah. Sepanjang tempoh jangka pendek, ini
mungkin tidak penting, tetapi pada tempoh lebih panjang, sebagaimana yang
diperlihatkan di kebanyakan pasaran dunia, pertumbuhan aset seperti ekuiti, harta
dan bon memberikan pulangan pelaburan yang baik.

Pelaburan Saham Langsung

Pemilikan dan perniagaan saham secara langsung begitu popular di kalangan pelabur
tahap sederhana Malaysia. Pada hakikatnya, transaksi dijalankan oleh pelabur kecil
dan sederhana (iaitu peruncit) merupakan teraju besar pasaran saham di Malaysia,
dengan peratus pulangan yang tinggi dalam pasaran.

Pemegangan portfolio pelaburan langsung saham mudah disalah terima oleh


sesetengah pelabur kecil yang berfikiran mereka dapat membuat keuntungan cepat
dengan melabur dalam portfolio saham.

Pelaburan Tengah Laut

Kakitangan pemasaran bermusim bagi pelaburan produk global yang selalunya


mengekalkan penumpuan kepada pasaran dalam negara sebagai destinasi
pelaburan, menyebabkan anda kehilangan sehingga 99% peluang pelaburan dunia.

Sementara pelaburan tengah laut dapat memberikan syurga dalam zaman kesukaran
pelaburan pasaran tempatan, terdapat beberapa pertimbangan yang perlu difikirkan
iaitu:

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 51 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

• Percukaian dan pengawalan lain yang mendapatkan kesan pelaburan dana


tengah laut
• Pengurusan dan keprihatinan pendedahan mata wang pelaburan tengah laut
• Di mana anda bermula untuk memulakan peluang pemasaran 99% . (iaitu
keperluan bagi maklumat lebih besar dengan pelaburan tengah laut. )

Produk Terbitan Kewangan

Hasil perkembangan pelaburan lain adalah pasaran terbitan di Malaysia. Ia dapat


memberikan hasil untuk menambah pulangan tinggi (kerugian) tanpa kekangan modal
yang besar. Masalah di sini “orang biasa” tidak dilengkapi untuk mengalisis pilihan.
Dia perlu mempunyai pengetahun dan kefahaman produk sebelum melabur.

Bagaimana pelaburan pelbagai menguntungkan pelabur?

Untuk memahami bagaimana pelaburan pelbagai dapat membantu pelabur,


diperlihatkan pada ilustrasi mudah di bawah:

Contoh pelaburan bukan pelbagai Pelabur A:


Saham Jumlah Saham Harga (RM) Nilai Pelaburan
(RM)
X 2,000 5.00 10,000.00
Jika harga saham bergerak 20% lebih rendah kepada 4.00 8,000.00
Kerugian Pelaburan: (2,000.00)

Pelabur “A” telah melabur semua wangnya dalam saham tunggal “X”, Sekiranya harga
jatuh, dia akan mengalami kerugian ketara.

Contoh pelaburan pelbagai:


Saham Jumlah Saham Harga (RM) Nilai Pelaburan
(RM)
X 1,000 5.00 5,000
Y 1,000 3.00 3,000
Z 1,000 2.00 2,000
Jumlah Pelaburan: (10,000.00)

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 52 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Sekiranya saham “X” jatuh 20% kepada RM4.00, manakala saham “Y” dan saham “Z”
naik 20%, Pelabur A akan ada:

Saham Jumlah Saham Harga (RM) Nilai Pelaburan


(RM)
X 1,000 4.00 4,000
Y 1,000 3.60 3,600
Z 1,000 2.40 2,400
Jumlah Pelaburan: (10,000.00)

Dengan kekangan pelbauran yang sama, Pelabur A kini mempunyai pelaburan yang
mengandungi tiga saham. Kejatuhan harga saham X telah ditampung dengan
kenaikan harga saham Y dan saham Z, yang menyebabkan Pelabur A mampu
mengekalkan nilai pelaburannya, walaupun mengalami kejatuhan 20% dalam harga
saham x. Ini menggambarkan faedah kepelbagiaan.

Dengan pelbagai jenis dana unit trust diperoleh dalam pasaran, pelaburan dapat
direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelaburan yang berikut:

• Simpanan jangka-panjang: membina modal besar menerusi simpanan biasa ke


dalam dana unit trust.
• Pendidikan anak-anak: Simpanan dan pelaburan wang pada masa yang sama
menerusi pelaburan amanah saham untuk memenuhi kos pendidikan masa
hadapan.
• Dana persaraan: membina dana pelengkap KWSP dan / atau jaminan hidup
bagi persaraan yang selesa menerusi pelaburan dana amanah saham jangka
panjang.
• Kesampaian kepada pelaburan asing: Panduan masa kini tentang Dana Unit
Trust membenarkan dana melabur beberapa peratus (tertakluk pada
Suruhanjaya Sekuriti dan kelulusan lain relevan) dalam asset luar negara,
supaya pelabur kecil dapat memperoleh pendedahan untuk pasaran tengah
laut.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 53 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Purata Kos _ Dolar

Unit Trust adalah salah satu pilihan pelaburan yang para pelabur tanpa faedah
daripada penerapan prinsip purata kos-dolar.

Prinsip tersebut merujuk kepada pelaburan sistematik dan biasa amaun tetap tanpa
mengira paras harga dan kerja mempuratakan prinsip kos pelaburan. Dengan
menggunakan prinsip tersebut, pelabur dapat mengubah harga turun naik untuk
faedah diri, terutama sekiranya harga menurun, mereka dapat membeli saham baru
dan mengurangkan purata kos portfolio pelaburan keseluruhan.

Ambil contoh pemegang amanah A dan pemegang amanah B yang kedua-duanya


melabur amaun wang yang sama pada tempoh tetap. Pemegang amanah A membeli
terus jumlah amanah tetap tanpa mengira harga saham. Ini bermakna, harga belian
berbeza-beza menurut harga saham. Di pihak lain, Pemegang amanah B
menggunakan prinsip purata kos-dolar dan melabur amaun ringgit tetap setiap masa,
iaitu jumlah saham setiap tempoh berlainan menurut harga saham.

Dalam pasaran menaik atau menurun, Pemegang Amanah A dan Pemegang Amaanh
B mempunyai hasil yang sama.

Pasaran menurun kemudian menaik (pasaran turun naik)


Pemegang Amanah A Pemengang Amanah B
Harga Unit
Membeli Jumlah Unit yang sama Purata Kos – Dolar
Unit Dibeli Kos RM Unit Dibeli Kos RM
10.00 1,000 10,000 640 6,400.00
6.00 1,000 6,000 1,060 6,400.00
8.00 1,000 8,000 800 6,400.00
6.00 1,000 6,000 1,060 6,400.00
2.00 1,000 2,000 3,200 6,400.00
Total 5,000 32,000 6,760 32,000.00

Purata kos saham Pemegang Saham A: RM6.00


Purata kos saham Pemegang Saham B: RM4.73

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 54 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Dalam pasaran turun naik, faedah prinsip purata dolar-kos malah lebih signifikan.
Dalam maklumat di atas, dengan pelaburan modal RM32,000.00, Pemegang Saham
B mampu membeli 6,760 unit, manakala pemegang Amanah A hanya ada 5,000 unit.
Purata kos bagi Pemegang Saham B adalah RM4.73 dan purata kos Pemegang
Saham A adalah RM6.40. Dengan jelas, purata kos bagi pemegang saham B dalam
pasaran turun naik lebih rendah daripada purata kos dalam pasaran menaik dan
menurun.

Konsep purata kos-dolar yang terkenal ini membantu pelabur untuk memperoleh hasil
pelaburan jangka panjang. Sementara pasaran saham turun naik, program pelaburan
yang sistematik akan meningkatkan prestasi yang sama dalam tempoh penurunan
atau peningkatan harga. Walau bagaimanapun, pelabur, mesti ingat bahawa prinsip
purata kos-dolar hendaklah digunakan hanya dalam tempoh jangka panjang untuk
memaksimumkan faedahnya.

6 CARA MENUKAR SIMPANAN KEPADA PELABURAN

AKAUN SIMPANAN AKAUN TETAP

PRO PRO
☺ Mudah dibuka dan dijaga ☺ Kadar faedah tinggi daripada akaun
☺ Keperluan minimum. Berpatutan simpanan
☺ Mudah dapat tunai ☺ Pengeluaran kurang fleksibel.
☺ Wang tidak dapat dibelanjakan menurut
gerak pembelian.

KONTRA KONTRA

 Pengeluaran mudah tunai boleh  Anda mungkin keliru dan hilang sabar
mengganggu rancangan kewangan anda. melihat kertas yang menggantikan wang anda.
 Kadar faedah yang relatif rendah.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 55 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

HARTA INSURANS NYAWA

PRO PRO
☺ Rancangan “simpanan terpaksa” yang ☺ Wahana simpanan tambah pelindungan yang
baik. berguna.
☺ Usaha terbaik menentang inflasi. ☺ Oleh sebab banyak dasar mempunyai
☺ Boleh mendatangkan pulangan lumayan penalty bagi pemberhentian sebelum
ketika ekonomi kukuh. matang, ia bertindak sebagai mekanisme
untuk mempromosi simpanan.
☺ Dibuktikan sebagai rancangan “simpanan
terpaksa” yang berkesan

KONTRA KONTRA

 Sebagai titik permulaan bagi simpanan, Ia  Pulangan agak rendah berbanding cara
sukar; wang pendahuluan “tinggi” dan anda pelaburan lain.
mesti layak meminjam daripada bank.  Kurang fleksibel.
 Jangka panjang, skim pembayaran balik
tidak tepat
 Tidak sedia ditukar kepada tunai.

AMANAH SAHAM PASARAN SAHAM

PRO PRO
☺ Alat pelaburan sempurna bagi pemyimpan ☺ Lebih menarik daripada operasi simpanan
biasa. semasa
☺ Memulakan amaun lebih besar daripada ☺ Dapat mendatangkan pulangan apabila
akaun simpanan. temppohnya sesuai.
☺ Pelaburan mudah dibina pada dasar biasa.
☺ Faedah berasas daripada purata kos-dolar.
☺ Amanah saham memberi portfolio
pelaburan seimbang yang anda tidak perlu
mengurus diri.
☺ Anda boleh menjual saham apabila harga
dan masa sesuai.

KONTRA KONTRA

 Dipengaruhi turun naik pasaran saham.  Anda perlukan jumlah banyak untuk
 Jangka panjang, skim pembayaran balik memasuki pasaran saham
tidak tepat  Bukan bagi penyimpan tetap yang melabur
 Tidak sedia ditukar kepada tunai. ratusan ringgit sebulan.
 Anda perlu maklumat pasaran yang banyak
dan nasib untuk mengurus pelaburan sendiri.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 56 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Pinjaman pembiayaan jualan Unit Trust

Syarikat pengurusan hendaklah memastikan orang yang berdaftar tidak, secara


langsung atau tidak langsung, menggalakkan penjualan saham menerusi pinjaman.

Syarikat pengurusan hendaklah memastikan, dalam menyebarkan maklumat tentang


pinjaman pembiayaan saham, orang berdaftar memberikan pendedahan penuh dan
terus terang dan tidak melupakan fakta bahan. Dalam hubungan ini, orang berdaftar
hendaklah mengeluarkan hanya maklumat fakta, dan ekoran daripada itu,
menerangkan dengan jelas risiko penuasan kepada bakal pelabur. Orang berdaftar
hendaklah memastikan supaya pelabur mengetahui risiko sebelum melabur. (Risiko
pinjaman pembiayaan bagi pelabur dirangka dalam penyata pendedahan risiko dalam
Jadual IV Panduan Dana Unit Trust).

Struktur dan saiz agensi

Syarikat pengurusan hendaklah mematuhi Panduan tentang struktur agensi yang


dibenarkan dan saiz yang di syaratkan di bawah Jadual C.

Tarikh pelaksanaan

Rejim pendaftaran sementara berkuatkuasa daripada 30 Jun 1998


Rejim pendaftaran penuh berkuatkuasa daripada 1 Julai 1998.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 57 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BACAAN TAMBAHAN

PENGENALAN KEPADA PERANCANGAN KEWANGAN

Di sebahagian besar dunia, peranan perancang kewangan menjadi sangat penting,


dan banyak orang, sebagimana mereka mempunyai akauntan dan peguam,
mempunyai perancang kewangan.

Perancangan kewangan bertanggungjawab memimpin dan menasihat klien tentang


bagaimana mencapai matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang, dan
keselamatan. Dia membantu memahami keperluan kewangan hari ke hari dan jangka
panjang dan bagaimana merancang dan memberi sesiapa yang memerlukan.

Masa hadapan industri unit trust Malaysia adalah terlibat aktif dalam pengembangan
industri perancangan kewangan. Unit Trust di negara-negara lain telah memainkan
peranan penting dalam pembangunan industri perancangan kewangan dan dijangka
hal ini turut berlaku di Malaysia.

Perancangan kewangan dengan cepat menjadi lapangan kajian, dengan amaun besar
dibelanjakan untuk penyelidikan dan pengetahuan setiap tahun.

Perbincangan di bawah tidak lengkap, tetapi boleh diharap memberi gambaran


menyeluruh tentang perancangan kewangan.

Apakah Perancangan Kewangan?

Perancangan kewangan, dalam pengertian moden merupakan konsep luas, tetapi ada
keperluan kewangan klien. Perancangan kewangan merupakan proses integrasi
dengan orang dibantu dari segi:-
• Perancangan Aliran Tunai
• Perancangan Persaraan

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 58 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

• Perancangan Luar Jangka (Kontingensi)


• Perancangan Pelaburan
• Perancangan Cukai

Kebanyakan individu (selain mereka yang bergantung pada penawaran dana yang
mencukupi) perlu merancang. Perancangan kewangan yang berkesan akan:

• Membantu menentang inflasi


• Memastikan mereka mempunyai pendapatan mencukupi, apabila mereka
memerlukannya
• Memberikan peta matlamat masing-masing
• Memperbaiki gaya hidup masa kini dan masa hadapan
• Memberi mereka “ketengangan minda” berhubung dengan situasi kewangan

Peringkat Perancangan Kewangan?

Peringkat Pertama : (31 – 44 tahun)

Biasanya pelabur begini telah berkahwin dengan mempunyai sejumlah anak dan telah
membeli sebuah rumah. Perbelanjaan pendidikan lebih daripada dua belas tahun dan
persaraan masih jauh.

Seorang pelabur, yang bergantung pada penglibatan kewangan mempunyai purata


keupayaan untuk menyimpan dan melabur. Dia dapat berfikir melabur dalam
pertumbuhan dana unit trust yang seimbang.

Sekiranya dia mempunyai lebihan tunai, dia dapat berfikir untuk melabur dalam dana
unit trust berisiko tinggi untuk memaksimumkan pulangan pada tempoh jangka
panjang.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 59 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Peringkat Kedua : (45 – 60 tahun)

Pelabur ini selamat dari segi kewangan dan telah sampai ke puncak kerjaya. Mereka
ada keupayaan menyimpan yang tinggi untuk melabur bagi persaraan. Perbelanjaan
pendidikan bagi anak-anak sentiasa menungu pada bila-bila masa.

Perubahan asset campuran dan pelabur dianggap dana unit trust yang konservatif
seperti pendapatan dan dana seimbang. Unit Trust yang seumpama akan
merendahkan pertumbuhan dan jumlah portfolio risiko tetapi diharapkan dapat
memberikan pelabur kebebasan kewangan semasa bersara.

Peringkat Ketiga : (61 tahun dan ke atas)

Anak-anak pelabur telah besar dan masih belajar atau tamat belajar. Barangkali
pelabur kini bersara, aliran pendapatan semakin kurang. Walau bagaimanapun, dia
masih perlu menambah modal pelaburan asas. Keutamaanya adalah melindungi
aliran pendapatan yang dapat diperoleh menerusi modal dan percubaan untuk
mengekalkan kuasa membeli modal, manakala pada masa yang sama mengurangkan
risiko kerugian. Dia perlu menyimpan bagi luar jangka seperti keperluan perubatan.
Dengan yang demikian, seorang pelabur boleh mencuba mengekalkan pelaburan
dengan dana pendapatan dan barangkali sebahagian pelaburan dalam produk
seimbang. Dia patut mengelakkan unit trust agresif yang pulangan berisiko tinggi.

Mereka Bentuk Perancangan Kewangan

Langkah asas tertentu mesti diambil perhatian supaya dapat merumus perancangan
kewangan yang sesuai bagi setiap pelabur. Sebagaimana dinyatakan di bawah, setiap
klien mempunyai keperluan khusus, yang dengan sebab itu perancangan kewangan
merupakan usaha menjuruskan pelaburan untuk memenuhi kehendak setiap pelabur.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 60 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Ini membantu perancangan kewangan melihat pada gaya hidup semasa pelabur dan
membantu menentukan keupayaan simpanan yang pelabur mampu. Ia juga
membenarkan perancang kewangan untuk menghitung anggran kos hidup pelabur
pada masa hadapan. Dengan menggunakan pelbagai andaian inflasi dan
pengumpulan, dia boleh mencongak berapa banyak kos seseorang untuk hidup pada
masa hadapan, berdasarkan gaya hidup semasa, atau malah gaya hidup yang diubah
suai yang menepati atau yang dirancang oleh pelabur.

Dengan melengkapkan dua dokumen ini, perancang kewangan kini tahu titik
permulaan dan titik akhir jangkaan perancangan kewangan. Ada kunci kira-kira dan
penyata untuk rugi, dan perancang kewangan mampu menjangkakan kunci kira-kira
masa hadapan dan penyata untung rugi. Kemahiran perancang kewangan kini terlibat
dnegan perancangan kewangan yagn menghubungkan dua titik statik dengan
portfolio dan strategi pelaburan dinamik.

Menjangkakan Pendapatan Masa Hadapan

Cara lain yang juga penting dalam hal menyelesaikan teka teki kewangan adalah
dengan menganalisis dan meramalkan masa hadapan pelabur dan liran pendapatan.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian di sini adalah kedudukan semasa pelabur
dan paras organisasi tempat kerjanya dan sama ada dia akan dinaikkan pangkat, iaitu
gaji dinaikkan dan kedudukannya bertaraf kanan dan bertanggungjawab.

Faktor lain yang mustahak ialah inflasi. Upah dan gaji dalam tempoh jangka panjang,
pada umumnya selangkah dengan inflasi, yang dengan itu pelbagai andaian perlu
diputuskan oleh perancangan kewangan.

Sehubungan itu, aliran pendapatan masa hadapan diramalkan dan biasanya menjadi
factor penting kejayaan perancangan kewangan – iaitu aliran terus pendapatan yang
membenarkan pengagihan kepada modal.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 61 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Insuran nyawa, perlindungan pendapatan kadang-kadang dicadangkan oleh


perancang kewangan.

Sehubungan itu, aliran pendapatan masa hadapan diramalkan dan biasanya menjadi
factor penting kejayaan perancangan kewangan – iaitu aliran terus pendapatan yang
membenarkan pengagihan kepada modal.

Insurans nyawa, perlindungan pendapatan kadang-kadang dicadangkan oleh


perancang kewangan, oleh sebab ia perlu diakui bahawa seorang yang baru
memulakan perancangan kewangan, atau seorang yang sedang melakukannya, aset
paling penting adalah nyawa dan kemampuannya mencari nafkah.

Dengan yang demikian, aliran pendapatan masa hadapan adalah bahagian teka teki
perancangan kewangan yang penting sebagaimana ia menentukan kuasa pencarian
nafkah masa hadapan, yang kemudian menentukan pengagihan/kebolehan simpanan
masa hadapan.

Perlindungan dan Pelaburan yang Sedia Ada

Komponen penting lain yang menyatukan perncangan kewangan adalah melihat


pelaburan dan produk simpanan seumur hidup yang sedia ada yang mungkin telah
dibeli.

Misalnya, seorang pelabur mungkin sudah mempunyai produk insurans seperti polisi
pembiayaan atau nyawa, atau insurans kemalangan. Di samping itu, perancang
kewangan perlu menilai perlindungan yang ditawarkan oleh produk dan kesesuaian
produk berkenaan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 62 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Mereka bentuk Portfolio Pelaburan yang sesuai

Intipati pembinaan portfolio yang baik adalah kebolehannya memuaskan keperluan


dan matlamat pelabur, mengimbangkan risiko dan ganjaran, dengan campuran
pertumbuhan dan pendapatan yang sesuai dan untuk mempromosi langkah fleksibiliti
yang wajar. Fleksibiliti menjamin portfolio pelaburan boleh diubahsuai menurut
matlamat dan perubahan yang diperlukan pelabur.

Reka bentuk elemen dalam portfolio ini dinyatakan di bawah. Perkara paling penting
diingati tentang reka bentuk portfolio adalah untuk mengutamakan kehendak dan
keperluan pelabur.

Factor-faktor berikut hendaklah diambil kira apabila mereka bentuk portfolio


pelaburan:

Risiko dan pulangan

Dalam semua peluang pelaburan kadar pulangan menunjukkan perhubungan risiko,


iaitu lebih tinggi kadar pulangan, pada umumnya lebih tinggi risiko. Bon kerajaan
biasanya membayar kurang daripada simpanan bank, yang membayar kurang
daripada syarikat kewangan dan sebagainya.

Pada hujung skala, kontrak masa hadapan mempunyai potensi pulangan sangat
tinggi, tetapi berada pada paras risiko yang tinggi juga. Kadang-kadang pasaran
menyebabkan kelainan jangka pendek pada peraturan asas kerana permintaan, tetapi
pada dasarnya memegang prinsip.

Risiko juga dapat mengukut turun naik. Misalnya, pasaran saham lebih turun naik
dariapda pasaran harta supaya penebusan pelaburan pasaran dalam masa
kecemasan, berikutan kejatuhan dalam pasaran, boleh mengurangkan pulangan
tinggi yang dijangka. Di sinilah istilah pelaburan setiap pelabur itu penting.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 63 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Walaupun pelaburan pasaran saham biasanya menawarkan pertumbuhan lebih besar


pada tempoh jangka panjang daripada jenis pelaburan lain, ia biasanya tidak sesuai
dengan seseorang yang melabur dalam produk pasaran saham sekiranya dia tahu
bahawa dia memerlukan modal dalam jangka waktu relatif singkat.

Kecairan (atau keupayaan untuk menukar kembali kepada tunai) akan juga
mempengaruhi pulangan suatu pelaburan. Lebih cair suatu pelaburan, lebih rendah
pulangan.

Sementara prinsip tersebut untuk faedah diri, ia sangat penting untuk difikirkan dalam
hubungan dengan kehendak pelabur – sekiranya keadaan kecemasan timbul.

Penentuan Pelaburan Campuran

Beberapa peritmbangan yang dikembangkan adalah relevan dengan penetuan


pelaburan campuran. Bagi memutuskan komposisi portfolio anda perlu mengambil
kira:
 Keperluan dan matlamat klien terutama tolak ansur risiko dan keperluan
pendapatan.
 Bentuk pelaburan yang sesuai (langsung atau tidak langsung) yang
sebahagiannya bergantung pada sama ada klien adalah pelabur ‘aktif’ atau ‘pasif’.
 Pemisahan diingini antara pendapatan dan pertumbuhan modal pelaburan dalam
portfolio.
 Perbezaan antara kadar faedah nominal dan kadar inflasi (iaitu kadar benar) yang
menetukan kadar benar pracukai atas pelaburan hanya pendapatan.
 Pertimbangan percukaian relevan dengan klien anda dan portfolio cadangan.
 Pertimbangan keselamatan sosial dan khususnya, bagaimana aliran pendapatan
diterbitkan, dan jumlah nilai, oleh portfolio akan memberi kesan kelayakan pencen
(KWSP, gratuiti, dan sebagainya)
 Iklim lazim ekonomi dan jangkaan masa hadapan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 64 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Pertimbangan Perancangan Percukaian

Pada prinsipnya setiap pelabur prihatin dengan pulangan benar selepas cukai (iaitu
inflasi diubahsuai) dapat diterbitkan dariapda modal mereka. Sebagai tambahan,
mereka biasanya prihatin dengan percubaan untuk meminimumkan liability cuaki
mereka secara sah. Sebagai hasilnya, perancangan cukai dapat memainkan peranan
yang penting dalam reka bentuk seluruh portfolio.

Perancangan kewangan

Hasil semua analisis di atas, dan penggunaan prisian aliran tunai dan perancangan
kewangan (yang akan mengandungi jangkaan kadar perolehan masa hadapan,
didasarkan pada perolehan tempoh terdahulu), merupakan perancangan kewangan
tumpuan – pelabur.

Dengan menggunakan jangkaan dan andaian dariapda semua langkah perancangan


yang mendahului kewangan, perancang kewangan mampu membina portfolio
pelaburan/unit trust yang boleh menghasilkan pulangan penting pendapatan dan
modal untuk mencapai matlamat tujuan kewangan.

Perancangan kewangan akan menyatakan pelaburan campuran semasa dikehendaki


dan, sekiranya dapat, produk yang membolehkan mereka melakukannya.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 65 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAB 4

Glosari Istilah Amanah Saham

Bayaran Pengurusan Tahunan

Bayaran berdasarkan Nilai Kasar Aset Bersih Dana yang dibayar oleh pemegang
amanah kepada pengurus amanah saham untuk pengurusan berterusan dana unit
trust.

Kadar Pertumbuhan Tahunan

Jumlah pulangan selama beberapa tahun dipurata untuk memberikan perangkaan


tahunan.

Pengurusan Portfolio Aktif

Merujuk kepada gaya pengurusan pelaburan amanah saham, dengan pengurs


pelaburan meilih untuk membeli dan menjual saham berasaskan pertumbuhan potensi
saham atau sebaliknya. Berlawanan dengan ini, pengurusan portfolio pasif, dengan
pengurus pelaburan hanya membeli saham yang mengandungi indkes tanpa
mengambil kira masa hadapan saham berpotensi.

Peruntukan Aset

Amalan meregang risiko merentasi ruang asset pelaburan dan gaya pengurusan
pelaburan untuk mengimbangi kesan daya pasaran dan turun naik dalam hubungan
dengan paras risiko yang diterima pelabur.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 66 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Bear

Istilah menghuraikan seseorang yang berfikir harga pasaran akan jatuh. Pasaran bear
ialah suatu keadaan apabila terdapat banyak penjual daripada pembeli.

Blue Chips

Huraian asal diberikan kepada perbadanan yang besar dan banyak modal.

Bull

Orang yang membeli saham dengan harapan harga akan naik. Pasaran bull adalah
suatu keadaan apabila lebih banyak pembeli daripada penjual.

Dividen

Keuntungan jangka pendek, dividen atas pelaburan atau faedah pendapatan


diagihkan oleh syarikat pengurusan amanah saham kepada pemegang saham dalam
bentuk tunai atau lebih saham bagi pelaburan.

Eks - Pengagihan

Eks – pengagihan bermaksud bahawa penjual layak menerima pengagihan akan


datang, manakala pembeli tidak layak mendapat pengagihan tersebut.
Caj Perkhidmatan Permulaan

Levi caj jualan pada pembelian permulaan amanah saham. Caj tersebut dikatakan
‘banyak kerana bayaran peratusan jualan dipotong dariapda amaun pembelian,
dengan amaun bersih sebenarnya dilabur dalam amanah saham.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 67 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Harga Tawaran Permulaan

Ini biasanya berkaitan dengan pelancaran SAS. Apabila SAS memutuskan utnuk
melancarkan satu SAS baru ia biasanya mengkesampingkan kira-kira tiga minggu
sebagai tempoh tawaran permulaan. Dalam tempoh tersebut, ia akan menjual saham
pada harga tetap, biasanya pada harga tawaran permulaan RM1.00 seunit.

Masa Depan

Kontrak kewangan yang memberi pemegang amanah hak untuk membeli atau
menjual komoditi tertentu atau alat kewnagan pada harga tetap pada tarikh tertentu
masa depan.
Pertumbuhan Dana

Ini adalah manah saham yang membayar dividen sangat rendah dan menumpu pada
penambahan harga saham, dengan tumpuan pada pertumbuhan asset seperti saham
dan harta.
Perlindungan Nilai

Istilah digunakan untuk menghuraikan tindakan diambil oleh pengurus amanah saham
untuk melindungi pegangan amanah menentang turun naik dalam harga pelaburan.
Pengurus dana tengah laut dapat memilih antara pelbagai kedah termasuk masa
depan, pilihan dan pinjaman imbas balas.
Dana Pendapatan

Ini adalah amanah saham yang tujuan utama untuk menghasilkan pendapatan
daripada pertumbuhan modal bagi pelabur. Dana ini menumpu pada asset seperti
saham yang membayar dividen tinggi dan pelaburan faedah tetap.

Regangan

Perbezaan antara harga tawaran pada saham yang dijual dan harga tawaran pada
saham yang dibeli semula dariapda orang ramai dikenali sebagai regangan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 68 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Ejen Terikat

Ejen terikat adalah pihak tengah yang menjual hanya produk SPAS dan yang
membayar komisen bagi amanah yang dijual.

Surat Ikatan Amanah

Ini adalah dokumen perundangan yang dipersetujui antara pemegang amanah


dengan pengurus amanah saham yang menggariskan kerangka dalaman yang mana
pengurus mesti beroperasi. Ia menentukan perincian bagaimana dana beroperasi dan
diurus dan bagaimana bayaran dicaj.

Pemegang Amanah

Peranan pemegang amanah untuk memastikan bahawa SPAS terikat kepada syarat
yang digariskan dalam surat ikatan manah, di mana perlu untuk melindungi
kepentingan pemegang saham.

Hasil

Amaun pendapatan diterbitkan oleh SAS dalam hubungan dengan harga. Ia biasanya
menyebut harga kasar, iaitu sebelum cukai dan selepas bayaran yang dicaj

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 69 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BACAAN TAMBAHAN DARI ARTIKEL DAN BERITA

PROSPEKTUS : KEPENTINGAN KEFAHAMAN SEBELUM MELABUR

RATA-RATA prospektus yang diterbitkan di Malaysia adalah dalam bahasa Inggeris,


begitu juga istilah yang digunakan oleh industri. Atas permintaan pembaca, kami pada
minggu ini membawa kepada pembaca makna ungkapan dan singkatan istilah yang
kebiasaannya ditulis dalam bahasa Inggeris itu.

Ungkapan atau singkatan dalam bahasa Inggeris dengan maksud dalam bahasa
Malaysia:

Bull Market

Keadaan dimana pasaran saham mengalami kenaikan nilai, selama kira-kira 12 bulan.

Bear Market

Keadaan dimana pasaran mengalami kejatuhan yang mana nilai merosot sehingga 15
peratus secara keseluruhan atau lebih.

Blue-chip

Saham syarikat-syarikat yang besar, saham mewah, yang mempunyai rekod


keuntungan dan dividen yang kukuh.

Bond

Bon; sekuriti pendapatan tetap, merujuk kepada pinjaman yang diberikan oleh
pembeli Bon kepada pihak yang menerbitkan bon (seperti syarikat dan kerajaan),
yang mana pembeli akan mendapat bayaran berkala berserta keuntungan. Maturity
Date ialah tarikh tempoh sesuatu bon itu akan matang, dan Face Value ialah jumlah
wang yang akan diterima oleh pembeli bon pada tempoh matang nanti, manakala
Coupon Rate ialah kadar keuntungan yang diperoleh berdasarkan peratusan tahunan
dari Face Value sesuatu bon.

Bond Fund

Dana yang menjurus kepada pelaburan sekuriti berpendapatan tetap yang


mengutamakan pulangan dan pendapatan stabil kepada p_0emegang unit.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 70 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Equity Fund

Dana yang menjurus kepada pelaburan saham dan mengutamakan peluang kenaikan
modal kepada pemegang unit.

Balanced Fund

Dana Seimbang; gabungan pelaburan ekuiti dan bon.

Capital Gain

Keuntungan daripada jualan sesuatu sekuriti.

Close-end fund

Dana yang mempunyai modal yang tetap, dengan unit-unit untuk jualan yang terhad,
kebiasaannya diurusniagakan di pasaran terbuka dan harganya ditentukan oleh
permintaan dan penawaran.

Cum-Dividend

Merujuk kepada harga unit dimana pembeli berhak menerima agihan dividen yang
berikutnya berkaitan dengan unit amanah tersebut.

Dividend

Dividen; Keuntungan syarikat atau dana amanah yang diagihkan kepada pemegang
saham atau unit.

Dollar Cost Averaging

Pelaburan berdasarkan prinsip RM kos purata, yang dibuat secara tetap dan
berterusan, dengan keuntungan turut dilaburkan semula. Apabila harga jatuh, lebih
unit akan diperoleh dengan pembelian pada paras harga rendah.

Equities

Pelaburan dalam saham.

Expense Ratio

Nisbah Perbelanjaan Pengurusan, yang merujuk jumlah keseluruhan caj untuk


mengurus sesuatu dana, tidak termasuk komisen.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 71 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Financal Period

Tempoh terakru, iaitu tempoh setiap 12 bulan tahun kewangan di mana akaun ditutup
dan dikira.

Hedging

Strategi melindung nilai sesuatu pelaburan.

Securities

Sekuriti; terma yang digunakan untuk merujuk kepada pelaburan seperti saham, bon,
atau pelaburan tunai.

Islamic Securities

Merujuk kepada sekuriti tersenarai di Bursa dengan kepatuhan Syariah seperti yang
diluluskan yang oleh Majlis Penasihat Syariah SC dan sebagaimana garis panduan
panel syariah pengurusan dana, serta sekuriti Bon Islam seperti Bon Korporat,
Cagamas Mudharabah Bon, Sukuk, dan lain-lain instrumen pasaran kewangan Islam
dan pelaburan Islam yang diterbit dan dijamin korporat, kerajaan dan agensinya.

Liquid/Liquidity

Istilah yang digunakan untuk menerangkan aset-aset yang mudah ditukar kepada
tunai.

Load

Caj komisen yang dikenakan oleh sebilangan pengurus dan pakar kewangan kepada
pembeli unit.

Open-end fund

Dana yang boleh dibeli dan dijual secara berterusan, yang mana saiz dana akan
bertambah atau berkurang mengikut jumlah penawaran dan permintaan.

Portfolio Manager

Pengurus Dana, yang mengendalikan urusan pelaburan.

Returns

Pulangan pelaburan dalam bentuk peratusan, merujuk kepada keuntungan atau


kerugian sesuatu pelaburan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 72 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

SC Act

Merujuk kepada Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

The Deed

Surat ikatan; satu dokumen perundangan yang dipanggil yang menggariskan


tanggungjawab dan hak tiga pihak yang terlibat dalam unit amanah ini iaitu pengurus,
pemegang amanah dan pelabur. Surat ikatan menyatakan secara terperinci
bagaimana unit amanah harus beroperasi dan diuruskan, serta bagaimana cara
menentukan kadar bayaran, caj dan yuran.

Yeild

Kadar keuntungan atau pendapatan dalam pasaran bon.

Fahamilah kandungan prospektus dana. Para pelabur sewajarnya hendaklah


mencuba mendapatkan prospektus dana sebagai bantuan dalam membuat
pertimbangan pelaburan. Buku prospektus ini mudah diperoleh dari pejabat
perniagaan pengurus dana, melalui ejen-ejen individu, di cawangan atau pejabat wakil
penjual. Adalah penting untuk pelabur memahami sepenuhnya berkenaan pelaburan
ini, untuk menilai aspek risiko dan potensi faedah unit amanah ini.

Perkara-perkara berikut perlu diteliti dan difahami melalui sesebuah prospektus:

Jenis skim pelaburan amanah yang ditawarkan.

Jenis dana, objektif dan polisi agihan.

Jumlah yuran, caj dan perbelanjaan yang perlu ditanggung.

Kemudahan transaksi, seperti hak tempoh percubaan dan pemindahan dana.

Laporan dan maklumat pelaburan yang akan peroleh dari masa ke semasa.

Hak anda sebagai pelabur/pemegang unit.

Nota: Artikel ini disediakan dengan kerjasama BIMB Unit Trust Management Berhad
(Talian Bebas Tol: 1-800-88-1196). Penulisan ini bukan satu pelawaan kepada
pembaca untuk membuat pembelian ataupun jualan tetapi sekadar pendidikan.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 73 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

PELBAGAI BENTUK PELABURAN DI MALAYSIA

Jenis Unit Amanah Unit amanah dianggap sebagai instrumen yang baik untuk
perancangan kewangan jangka sederhana hingga jangka panjang. Walau
bagaimanapun, amat penting anda memilih dana yang sesuai, berdasarkan profil
risiko dan objektif pelaburan anda. Berikut ialah senarai jenis unit amanah yang
terdapat di pasaran:'

1. Dana pendapatan: Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang
menghasilkan dividen yang besar dengan harapan akan membayar
sebahagian
besar daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan
sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.

2. Dana pertumbuhan modal: Melabur terutama sekali dalam saham dengan


harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa
panjang (iaitu melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur
yang suka kepada risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.

3. Dana pertumbuhan agresif: Sama dengan dana pertumbuhan modal tetapi


pelaburan dibuat dalam saham agresif yang menjanjikan pulangan tinggi
dengan risiko yang lebih tinggi. Sesuai untuk pelabur berisiko tinggi.

4. Dana terimbang: Mempunyai tiga objektif: pendapatan, kenaikan nilai


sederhana dan pemeliharaan modal. Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori
aset yang merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai.
Kepelbagaian yang baik dan sesuai bagi pelabur yang mencari pelaburan
selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang
sederhana.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 74 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

5. Dana indeks: Melabur dalam sejumlah besar saham yang menjejaki indeks
pasaran saham terpilih.

6. Dana bon: Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan
instrumen pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada
risiko kadar faedah dan kebanyakannya tertakluk kepada risiko kredit atau
risiko mungkir penerbit sekuriti.

7. Dana pasaran wang: Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka
pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan
penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan kurang dari 90 hari. Oleh
kerana dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang
diterima, walaupun kecil, pada amnya lebih menarik jika dibandingkan
dengan deposit simpanan. Sesuai untuk pelabur yang mahu kecairan dalam
pelaburan dan menjadi tempat sementara untuk menyimpan dana sebelum
melabur dalam dana lain.

8. Dana Islam: Diuruskan berlandaskan prinsip Syariah; pelaburan dibuat


dalam saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham tidak
halal dan instrumen pasaran wang berfaedah.

9. Dana negeri: Diuruskan oleh perbadanan pembangunan negeri untuk pelabur


dari negeri masing-masing.

CONTOH DANA UNIT TRUST DI MALAYSIA

1. DANA PUBLIC MUTUAL


2. DANA SBB MUTUAL
3. DANA TA TRUST
4. MAAKL TRUST

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 75 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Pencarum rugi RM600j – Melibatkan 80 peratus pelabur KWSP dalam unit


amanah
Oleh : SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kira-kira RM600 juta wang milik pencarum Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilaburkan ke dalam unit amanah (unit
trust) mengalami kerugian. Mingguan Malaysia difahamkan menerusi satu sumber
kesatuan sekerja,kerugian itu melibatkan kira-kira 80 peratus pencarum yang
membuat pelaburan. Maklumat yang diperoleh itu menunjukkan berlaku penyusutan
daripada jumlah dana yang dikeluarkan oleh pencarum untuk membuat pelaburan
tersebut.

Jumlah dana terkumpul yang dikeluarkan para pencarum KWSP sejak skim itu
mula diperkenalkan pada 1996 ialah RM9.76 bilion. Bagaimanapun sehingga
Disember tahun lalu, angkanya menyusut kepada RM9.15 bilion.
Menurut sumber itu, keadaan itu berlaku berpunca daripada ketidakupayaan
institusi pengurusan dana (IPD) membuat pelaburan yang boleh mendatangkan
keuntungan kepada pencarum. ‘‘Setakat 31 Disember tahun lalu, 33 daripada 42 IPD
dilantik telah melaporkan pulangan pelaburan tidak nyata yang negatif,’’ jelas sumber
tersebut.

Dengan kata lain, lebih 78 peratus IPD yang dilantik untuk menguruskan
pelaburan saham amanah pencarum KWSP tidak menunjukkan prestasi
memberangsangkan pada tahun berkenaan. Difahamkan juga perkara itu berlaku
disebabkan beberapa faktor, antaranya keadaan pasaran yang lembap serta nilai
komisen yang terlalu tinggi dikenakan ejen iaitu antara lima ke enam peratus, bagi
setiap urus niaga. Kata sumber itu, pencarum terdorong untuk mengeluarkan caruman
mereka daripada KWSP setelah mereka tertarik dengan nilai pulangan yang
dijanjikan ejen iaitu lebih daripada jumlah dividen yang diberikan KWSP.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 76 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

‘‘Mereka tidak sedar bahawa saham amanah yang dibeli itu adalah mengikut
pasaran semasa dan mereka juga dikenakan yuran perkhidmatan oleh ejen
terbabit,’’ katanya. Berdasarkan laman web rasmi KWSP pula, sehingga kini terdapat
42 institusi pengurusan dana (IPD) yang dilantik dan boleh menguruskan unit saham
amanah untuk para pencarum. Melalui skim tersebut ahli KWSP yang mempunyai
simpanan minimum RM55,000, dalam akaun satu (Akaun Persaraan) boleh
melaburkan sendiri sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui IPD yang
diluluskan Kementerian Kewangan. Perkiraan pengeluarannya seperti berikut:

Contohnya, simpanan dalam akaun satu berjumlah RM100,000. Daripada jumlah


itu ia akan ditolak RM50,000. Daripada baki RM50,000 itu, hanya 20 peratus
daripadanya boleh dilaburkan ke dalam unit amanah itu, iaitu sebanyak
RM10,000.

Nilai pelaburan itu boleh ditambah setiap tiga bulan sekali dengan membuat
kiraan 20 peratus daripada baki wang selepas ia ditolak dengan RM50,000.

Dalam pada itu seorang ejen unit amanah ketika ditemui Mingguan Malaysia
di sini memberitahu, secara umumnya terdapat kira-kira 33,000 agensi unit
amanah seluruh negara dan mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan
pelanggan.

Kewangan

Sehubungan itu, di dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini
menurutnya, sumber kewangan yang paling mudah diperoleh daripada pelabur
ialah dengan mendapatkannya daripada akaun KWSP mereka.

“Saya akui jumlah ejen ketika ini terlalu banyak dan saingan ketika ini
terlalu hebat. Di dalam keadaan sekarang ejen terpaksa buat apa sahaja

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 77 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

untuk mendapatkan pelanggan. “Malangnya ada antara mereka yang tidak


menerangkan risiko kerugian kepada pelanggan sedangkan pelaburan unit amanah
ini tetap berhadapan dengan risiko,’’ katanya. Akibatnya ejen itu berkata, pelabur
terbabit tidak menyedari bahawa wang KWSP yang dilabur berhadapan dengan risiko
dan akhirnya ada di antara mereka yang mengalami kerugian. “Sebenarnya unit
amanah boleh membawa keuntungan kerana ia adalah pelaburan jangka panjang dan
bukannya jangka pendek. Kita perlukan masa sekurang-kurangnya tiga ke lima tahun.

“Sekiranya pada tahun pertama pelabur alami kerugian, proses pemulihannya


boleh berlaku pada tahun kedua, ketiga dan seterusnya dan pada masa itu
pelabur boleh mendapatkan keuntungan. Jika ia diukur pada tahun pertama
kerugian memang jelas berlaku,’’ ujarnya.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 78 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Hentikan segera -- Skim unit amanah elak pencarum KWSP rugi lebih besar
Oleh :FAIROL REDZA ISMAEL

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Kesatuan-kesatuan sekerja dan persatuan pengguna


hari ini menggesa kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
menghentikan segera skim pengeluaran caruman untuk dilaburkan ke dalam
unit amanah bagi mengelak kerugian yang lebih besar kepada pencarum.

Mereka yang dihubungi Utusan Malaysia menegaskan, selain berhadapan dengan


risiko turun naik pasaran, pelaburan unit amanah juga bertentangan dengan
matlamat asal simpanan di dalam KWSP iaitu untuk menjamin simpanan di hari
tua.

Sehubungan itu, mereka mahu kerajaan mengkaji punca kerugian itu dan pada
masa sama menghentikan sementara pengeluaran wang caruman di bawah skim
tersebut sehingga kajian mengenainya disiapkan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam


(Cuepacs), Datuk Nordin Abdul Hamid yang terkejut dengan laporan bahawa
jumlah terkumpul kerugian ekoran pengeluaran caruman untuk tujuan tersebut
berjumlah RM600 juta, mahu kerajaan campur tangan.

‘‘Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan. Sesuatu perlu


dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih teruk,’’ katanya kepada Utusan
Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik sumber
kesatuan sekerja mengenai kira-kira RM600 juta wang milik pencarum KWSP
yang dilaburkan ke dalam unit amanah mengalami kerugian.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 79 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Maklumat yang diperoleh itu menunjukkan berlaku penyusutan daripada jumlah


dana yang dikeluarkan oleh pencarum untuk membuat pelaburan tersebut.
Jumlah dana terkumpul yang dikeluarkan para pencarum KWSP sejak skim itu
mula diperkenalkan pada 1996 ialah RM9.76 bilion. Bagaimanapun sehingga
Disember tahun lalu, angkanya menyusut kepada RM9.15
bilion. Nordin berkata, Cuepacs memandang serius perkara tersebut kerana tidak
mahu pencarum terus dibebani dengan masalah kewangan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),


Shafie BP Mammal berkata, kerajaan khususnya Kementerian Kewangan
bertanggungjawab menangani masalah itu sebelum ia menjadi lebih parah.

Katanya, kerajaan perlu campur tangan menghentikan sementara pengeluaran


wang caruman tersebut sehingga kajian menyeluruh dibuat terlebih dahulu.

‘‘Masalah ini sebenarnya timbul kerana tiada pengawasan dari pihak yang
berkaitan, bukan semua pencarum faham konsep nak melabur.

‘‘KWSP juga perlu memaklumkan dengan segera kepada pencarum jika wujud
sebarang masalah yang boleh menjejaskan wang simpanan mereka,’’ tegasnya.

Justeru, kata beliau, ejen unit amanah harus jujur ketika mencari
pelanggan dan tidak hanya ingin mengaut keuntungan sahaja.

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Profesor


Datuk Hamdan Adnan berkata, kerajaan harus bertindak segera menghentikan
pengeluaran caruman untuk dilaburkan dalam unit amanah lain kerana ia
memberi risiko kepada pencarum.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 80 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Beliau berkata, pencarum KWSP harus beringat bahawa simpanan mereka itu
untuk kegunaan di hari tua, bukannya boleh dikeluarkan sesuka hati.

‘‘Pihak KWSP perlu mengurus dan memberi khidmat nasihat kepada pencarum
agar mereka tidak mengeluarkan wang simpanan tanpa menyedari
kesan-kesannya pada masa depan.

‘‘Pencarum pula perlu patuh dengan undang-undang KWSP, jangan bila dah
rugi, baru nak menyesal,’’ katanya.

Tambah beliau, jika pencarum ingin mengeluarkan wang untuk pembelian rumah
atau kegunaan pendidikan, ia haruslah dikawal kerana dikhuatiri simpanan
mereka akan habis sebelum mereka bersara.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 81 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Saham amanah bukan untuk raih untung segera


Oleh : Abdul Halim Yusoff

MINGGU lalu kita dibentangkan dengan satu laporan bahawa 80 peratus


daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) yang melabur dalam
unit amanah menerusi pengeluaran KWSP mengalami `kerugian? lebih RM600
juta. Laporan itu telah mencetuskan reaksi hangat daripada pelbagai
lapisan masyarakat termasuk pemimpin negara. Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan KWSP untuk memperketatkan syarat
pengeluaran caruman terutama untuk tujuan pelaburan. Pelbagai ulasan
mempertikaikan keikhlasan ejen syarikat dana amanah dalam mempromosikan
pelaburan daripada caruman KWSP.

Keadaan itu sedikit sebanyak mencalar keyakinan pelabur terhadap pelaburan


saham amanah, sekali gus turut menjejas reputasi ejen yang sebahagian
besarnya adalah Bumiputera. Justeru, Berita Minggu menemu bual Presiden
Persekutuan Pengurus Dana Amanah Malaysia (FMUTM), Tunku Datuk Ya’acob
Tunku Abdullah.

Boleh Tunku beri sedikit penjelasan mengenai latar belakang, objektif dan
perananan FMUTM dalam industri saham amanah tempatan?

FMUTM yang ditubuhkan pada 1993 mempunyai beberapa objektif tertentu


terutama memperbaiki tahap pengawal seliaan, fiskal dan persekitaran
perundangan industri saham amanah.

FMUTM juga merumus amalan dan etika perniagaan untuk meningkatkan minat
terhadap industri saham amanah serta memperbaiki tahap perlindungan kepada
pelabur. Persatuan juga menyediakan maklumat, bantuan dan pelbagai
perkhidmatan lain kepada ahli serta meningkatkan kesedaran di kalangan
orang ramai faedah dan risiko melabur dalam saham amanah.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 82 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Berapa syarikat pengurus dana amanah yang menjadi ahli dan bilangan
perunding dana amanah yang berdaftar dengan FMUTM?

Kini ada 40 ahli biasa dan 24 ahli bersekutu. Sehingga 30 Jun 2006, ada
33,953 perunding dana amanah yang berdaftar dengan FMUTM.

Apakah teras peranan yang dimainkan FMUTM bagi memastikan kelestarian


industri?

Peranan utama kami ialah untuk membangunkan industri supaya saham amanah
menjadi wadah pelaburan pilihan untuk simpanan dan persaraan. FMUTM juga
bertanggungjawab mengembangkan aspek pendidikan dan meningkatkan kesedaran
di kalangan pelabur. Kami juga berperanan mempertingkatkan prestij dan
reputasi ahli persatuan pada peringkat dalam dan luar negara.

Berbalik kepada perbincangan mengenai saham amanah, apakah kebaikan dan


mengapa pelabur patut memilih pelaburan dalam saham amanah?

Saham amanah menawarkan kaedah pelaburan dalam sekuriti dengan cara yang
mudah, ringkas dan tidak memakan banyak masa berbanding jika mereka
memilih untuk melabur sendiri.

Melabur dalam saham amanah memberikan pelabur kepelbagaian iaitu pelaburan


dalam kelas aset yang berbeza atau pelaburan pada peringkat global dengan
asas modal yang rendah. Bergantung kepada objektif pelaburan seseorang,
kecenderungan risiko, kedudukan kewangan, umur dan tempoh masa pelaburan,
saham amanah boleh menawarkan aliran pendapatan yang mapan menerusi
keuntungan modal, dividen atau kedua-duanya.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 83 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Apakah jangkaan yang patut ada pada seorang pelabur saham amanah?

Pelaburan dalam saham amanah sesuai untuk pelabur yang menetapkan sasaran
pulangan jangka sederhana dan panjang, lima tahun ke atas. Sebagai contoh,
ia juga sesuai untuk mereka yang melabur dengan objektif sebagai simpanan
untuk pendidikan anak-anak, membeli rumah, simpanan untuk persaraan serta
sebagai modal untuk memulakan perniagaan pada kemudian hari.

Saham amanah tidak membezakan kelas pendapatan seseorang, sama ada dalam
kumpulan pendapatan rendah atau kaya. Sebaik dilaburkan, sama ada ia
RM1,000 atau RM1 juta, ia merealisasikan objektif yang sama iaitu
pengumpulan kekayaan.

Melabur dalam saham amanah memerlukan perhatian berterusan bagi


membolehkan pelabur mendapat pulangan yang baik. Pelabur boleh
memaksimumkan potensi pulangan dengan sentiasa memantau pelaburan dengan
kerjasama perunding saham amanah sama ada dengan menukar daripada dana
ekuiti kepada pendapatan tetap atau sebaliknya, bergantung kepada keadaan
pasaran. Pelabur juga boleh membuat pengagihan aset seiring dengan
perubahan terhadap penerimaan risiko dan strategi pelaburan.

Baru-baru ini kita dibentangkan dengan laporan bahawa pelaburan dalam


saham amanah menerusi caruman KWSP mengalami kerugian sebanyak RM600
juta. Bagaimana perkiraan jumlah kerugian itu dicapai?

Sebelum kami dapat mengulas mengenai jumlah kerugian itu, adalah penting
bagi kami untuk mengetahui asas (bagaimana) perkiraan kerugian seperti
dinyatakan dalam laporan itu dicapai.

Angka ini (RM600 juta) melainkan ia dibuktikan dengan angka dan fakta yang

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 84 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

boleh dipercayai, mencetuskan panik dan kebimbangan yang tidak terhingga


di kalangan pelabur, selain turut menghakis kepercayaan dan keyakinan
kepada industri dan pasaran modal secara keseluruhannya.

Sehingga kini, kami tidak pasti sama ada jumlah `kerugian? yang dilaporkan
itu sudah mengambil kira pencarum yang mencatat keuntungan, menebus dan
memindahkan semula wang ke dalam akaun mereka; pencarum yang sudah untung
dan melabur semula ke dalam akaun lain; penukaran kepada akaun biasa
selepas mencapai umur persaraan dan meninggalkan sistem KWSP; kematian
atau kehilangan upaya lain.

Sebagai contoh, seorang pencarum yang melabur RM100,000 dan akhirnya


menebus pelaburannya pada RM120,000. Kemudian, dia melabur semula seluruh
RM120,000 itu tetapi pada penghujung tahun, nilai pelaburannya ialah
RM117,000. Menerusi senario sebegini, jika anda tidak mengambil kira
keuntungan awalnya, dia kerugian sebanyak RM3,000 sedangkan sebenarnya dia
untung RM17,000.

Bagaimana rekod pulangan dana amanah yang dicatatkan oleh ahli FMUTM?

Kaji selidik di kalangan ahli kami mendapati, sementara ada pencarum yang
kerugian tetapi mengatakan 80 peratus (pencarum) rugi adalah tidak
berasas. Berdasarkan laporan prestasi sehingga pada 28 Julai 2006 keluaran
Standard & Poor?s, purata pulangan dana ekuiti Malaysia bagi tujuh tahun
ialah 24 peratus, lima tahun 56 peratus dan tiga tahun ialah 26 peratus.

Meskipun, pelbagai jawapan diberikan peserta industri termasuk FMUTM


sendiri, masih banyak dakwaan negatif dilemparkan kepada pengendali saham
amanah. Adakah ada agenda tertentu terhadap industri saham amanah swasta.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 85 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Sehingga kini ada 11 juta akaun pemegang unit amanah yang dikendalikan
syarikat pengurus saham amanah. Disebabkan pelaburan dalam saham amanah
memang ada risiko tertentu, ada pelabur untung, ada yang rugi dan ada yang
masih belum mencatatkan keuntungan atau kerugian pada ketika tertentu.

Bagaimanapun, bagi pelabur jangka panjang, kemudahruapan dalam nilai


pelaburan akan bertukar menjadi lebih baik dalam tempoh tertentu hingga
akhirnya ia kembali memberikan pulangan yang menggalakkan. Masa yang tepat
adalah sangat penting.

Sebagai contoh, jika anda membeli dana ekuiti tahun lalu, berkemungkinan
besar anda tidak akan menikmati pulangan menggalakkan berikutan keadaan
pasaran saham yang lesu, tetapi selepas beberapa lama, anda akan berupaya
mencapai objektif pelaburan anda.

Jadi, adakah adil untuk mentakrifkan kumpulan pelabur ini sebagai


mengalami kerugian, sedangkan objektif pelaburan mereka adalah untuk
berpegang dalam tempoh lima hingga 10 tahun?

Dalam banyak keadaan, adakah pencarum KWSP `terpedaya' dengan janji


keterlaluan ejen saham amanah mengenai pulangan pelaburan. Adakah ejen
atau perunding saham amanah diikat dengan etika tertentu.
Sebagai satu peraturan penting, perunding saham amanah akan berbincang dan
cuba memahami kehendak pelanggan, kedudukan kewangan, sasaran pelaburannya
sebelum berbincang mengenai saham amanah. Ejen/perunding dikehendaki
memberikan prospektus pelaburan kepada bakal pelabur dan menerangkan
mengenai risiko dan manfaat daripada pelaburan dalam saham amanah,
objektif dana pelaburan serta caj dan yuran yang terbabit.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 86 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Justeru, pelabur sentiasa berpeluang mendapatkan penjelasan bila ada


keraguan sebelum membuat keputusan pelaburan. Perunding saham amanah
dikehendaki hanya mengeluarkan maklumat sebenar dan seterusnya menjelaskan
dan memastikan bakal pelabur faham mengenai risiko yang bakal ditempuhi
sebelum melabur dalam saham amanah. Ejen saham amanah yang memperdaya
pelabur boleh dikenakan tindakan disiplin oleh FMUTM.

Sejauh mana kewibawaan dan tahap profesionalisme ejen saham amanah


mempromosikan pelaburan menerusi caruman KWSP? Ia bagi mengelakkan
mereka dituduh tidak jujur atau cuba memperdaya pencarum.

Semua perunding atau ejen saham amanah memenuhi semua syarat dan mempunyai
pengetahuan yang diperlukan sebelum disahkan layak dan dibenarkan untuk
mempromosi dan menjual saham amanah.

Semua ejen saham amanah berdaftar dengan FMUTM dan mereka dipastikan
mematuhi Kod Etika persatuan. FMUTM boleh menggantung, memecat atau tidak
memperbaharui pendaftaran mereka. Jika anda tahu mengenai mana-mana ejen
yang curang, kemukakan maklumat mengenai mereka kepada FMUTM untuk
siasatan lanjut. Tindakan disiplin akan dikenakan jika dakwaan salah laku
didapati benar. Sejak awal tahun lalu FMUTM sudah menubuhkan Biro Aduan
(tel 03-2092 3800) untuk menerima dan menyemak aduan salah laku perunding
saham amanah.

FMUTM juga menganjurkan beberapa siri seminar kepada ejen di seluruh


negara. Selain menokok pengetahuan teknikal mengenai industri, seminar
juga bertujuan menanamkan etika perniagaan yang menjadi teras kepada
industri saham amanah.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 87 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Syarikat pengendali saham amanah juga menyediakan latihan berterusan


kepada semua ejen mereka terutama apabila ada produk baru diperkenalkan.
Latihan seperti ini penting bagi melengkapkan pengetahuan berkaitan produk
supaya mereka dapat memberikan maklumat betul kepada bakal pelanggan.

Kami difahamkan data mengenai kerugian pelaburan saham amanah oleh


pencarum itu didedahkan daripada sumber KWSP sendiri. Adakah ini bermakna
KWSP sendiri tidak berpuas hati dengan prestasi pengendali saham amanah?

Kami tidak dapat mengulas lanjut kerana kami sendiri tidak pasti sumber
statistik mengenai kerugian itu dikeluarkan.

Apakah status skim pelaburan saham amanah daripada caruman KWSP


sekarang?

Memandangkan kami atau ahli kami belum menerima arahan daripada KWSP,
prosedur pelaburan sekarang kekal tidak berubah. Pengurus dana dilantik menerusi
proses pemilihan ketat bagi menentukan keupayaan dan kecekapan mereka dalam
industri. Pengurus dana juga menyatakan dengan jelas objektif dana dan ia akan
dicapai berdasarkan kawalan tertentu. Justeru, persoalan mengatakan pengurus dana
tidak berupaya menguruskan dana mereka adalah tidak berasas.

Bagaimana pencarum boleh memaksimakan pulangan daripada skim pelaburan


saham amanah?

Pelabur digalakkan untuk membuat pelaburan secara konsisten bagi


mempuratakan kos pelaburan dalam jangka panjang dan bijak mengenal pasti
bila membeli dana tertentu serta membuat pertukaran dana beradasarkan
keadaan pasaran.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 88 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

RINGKASAN DAN RUMUSAN (DLM B.INGGERIS)

UNIT TRUST

Unit Trust is an investment vehicle that pools the financial resources of many
individuals investors who aim to achieve similar investment objectives.

INVESTMENT PROCESS

Unit Holder

FUND
FUND MANAGERS TRUSTEE

PERMITTED ASSETS

Capital gains RETURN Distribution

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 89 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

15385 unit x 0.80 = 18370 unit x0.80=RM 14696


Composite = RM 12308
index

800

600
RM 10000/ 0.65 RM 12308 / 0.67
= 15385 unit = 18370 unit

2308/10000= 23.08% 4696/10000 = 46%

FUND OBJECTIVE

To achieve capital growth through a diverse selection of growth stocks that


complies with Syariah Principles.

Launch Date: 10 April 1997.

Approved Fund Size (units):2 billion.

Equity Range of Fund*:60% - 80%.

Stock Selection Profile of Fund: Growth stocks and Islamic debt instruments.

Suggested Minimum Investment Period :3 years.

Distribution Policy :Incidental.

Investor's Risk Profile :Moderate.

Service Charge:5% - 7% of NAV per unit.


Insurance coverage - Free

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 90 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

FALLEN MARKET

Month Quarterly Selling Unit


investment Price Accumulated
Jan 10000 0.69 14493

April 10000 0.67 14925


July 10000 0.63 15873
October 10000 0.60 16667

40000 61958
40000/61958=0.64

FLUCTUATING MARKET

Month Quarterly Selling Unit


investment Price Accumulated

Jan 10000 0.69 14493

April 10000 0.71 14085

July 10000 0.63 15873

October 10000 0.70 14286

40000 58737

40000/58737=0.68

EPF INVESTMENT

• Total Account 1 100000


- Reserve 50000
Total Qualified 50000
x 0.20
First Investment 10000

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 91 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

EPF INVESTMENT

Total Account 1 90000


- Reserve 50000
Total Qualified 40000*
x
0.20
Second Investment 8000

Example : Benefits and Services for investment RM100,000 and above

Mutual Gold Benefits and Services (for investment RM100,000 and above)

 Free Will Writing and Special Rate on Trust Services by Amanah Raya
Berhad
Get your Will written now. Amanah Raya Berhad (ARB) can help, and it is
absolutely free!*
Or if you want to set up a trust for your children and loved ones, do it at
ARB and get a 50% discount on the fees* for the preparation of the
Trust!
 Free Public Bank Credit Cards
Get a free Credit Card* from Public Bank as long as you maintain your
Mutual Gold status.
 Complimentary Petrol Vouchers for Motor Insurance
Receive complimentary petrol vouchers from Public Mutual upon
purchase of Motor Insurance from Lonpac Insurance. The value of petrol
vouchers will commensurate with the premium. Motor insurance with
Lonpac also comes with a free membership of E-Assist (car breakdown
and towing services) and free road tax renewal service.
 Repurchase Through Hotline
You may call the Hotline to give an instruction for repurchase for
accounts in which the authority to operate account is ‘First Holder To
Sign’ or ‘Either One To Sign’. The repurchase cheque will be made
payable only to the First Holder.
 Repurchase Cheques Within One Business Day
Get your repurchase cheques within one business day. We also arrange
cheques bank-in for you at any bank.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 92 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

• Fee Waivers

Switching fee is waived for unlimited switchings between all loaded funds.
In addition, administration fee is also waived for requests such as transfer
of units.

• Free Insurance

Enjoy free Group Personal Accident with Permanent Disability Insurance


coverage of RM1.00 for every 1 Mutual Gold Qualifying Point, subject to a
maximum coverage of RM500,000.

• Choice of Complimentary Magazines

We have a wide selection of complimentary magazines ranging from


finance to lifestyle publications, just for you!

• Quarterly Bulletin- Mutual Voice

Our quarterly bulletin serves to widen the channels of our communication


with you. Through Mutual Voice, we stay in touch with you regularly,
keeping you updated on news within Mutual Gold and Public Mutual.

• Quarterly Accounts Summary

With your accounts all consolidated in one Quarterly Accounts Summary,


you will get a clear view of all your investment accounts without having to
go through individual account statements.

• Invitation to Seminars & Talks


You will also receive special invitations to Seminars & Talks arranged
exclusively for you.

• Market Updates and Reviews

Keep in touch on the latest investment scene through our Weekly


Market Report through email and Quarterly Fund Review.

• Insurance Products From Lonpac Insurance

Enjoy a special :
15% discount for Houseowner Insurance and Householder Insurance.
25% discount for Privilege Car Protector Insurance, Travel Protector and
Golfer's Insurance.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 93 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

• Dedicated Mutual Gold Section on Website


All Mutual Gold benefits and services, joint promotions and current updates
are available at the dedicated Mutual Gold section of our website.

• Updates through E-Mail


Regular news updates of Mutual Gold and the company are also
communicated to our valued Mutual Gold Members through e-mail. All we
require is your e-mail address on record.

• Joint Promotions
Enjoy special promotions offering excellent value from various
establishments; hotels, resorts, restaurants and specialty stores by just
presenting your Mutual Gold Card.

• Red Carpet Banking Privileges


You also get a dose of Red Carpet Banking privileges, offered by Public
Bank to their valued customers. All that is required of you is to maintain a
minimum of RM50,000 in savings, current and unit trust accounts with
Public Bank.

• Personalised Mutual Gold Card


The card will open your door to preferential service and provide you
immediate access to all the special benefits and privileges of Mutual Gold.

• Exclusive Mutual Gold Centre


Have a drink on us, relax in the comfort and ambience of our Mutual Gold
Centre and let our Mutual Gold Executives attend to you.

• Dedicated Mutual Gold Hotline


You can be assured of quick and immediate service through our dedicated
Hotline.

*Terms and conditions apply

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 94 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Example : Public Mutual Fund Performance

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 95 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 96 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 97 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 98 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Composite Index 2003

900 817
743
800 670 730 793
619 671
700 779 766
600 671 708
632 649 640
500
CI

400
300
200
100
0

er
y

ay

ly

ly

st
ch

ril

er

r
y

ch

ne

be

be
ar
ar

Ju

Ju

gu
Ap

ob
ob
M
ar
ar

Ju
nu
nu

em

em
Au
M
M

ct
ct
7

28
30
8

2
Ja
Ja

O
O

ec

ec
3

11

22
2

17

31

D
18

31
Date

Public Ittikal Fund 2003


0.8072 0.8163

0.9 0.7300 0.8439 0.8382


0.6825 0.7355 0.7655
0.8
0.7 0.7897 0.8207
0.7988
0.7480 0.8264
0.6 0.7180 0.7125
Price (RM)

0.6539 0.6731 0.6653 0.6421 0.6565 0.6842 0.6650


0.5
0.4
0.3
0.2
0.1
0
er

er
ch

ch

ay

ne

ly
ril

r
y

ly

st
y

be

be
ar

ar

Ju

Ju
Ap

gu

ob

ob
ar

ar

Ju
nu

nu

em

em
Au
M

ct

ct
7

28
30
8

2
Ja

Ja

ec

ec
3

11

22

9
2

31
17

D
18

31

Date

Offer Price Price After Distribution

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 99 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Composite Index 2004

904
920 894
900 907
880 851
845 842
860
840 812 865
CI

820
830
800
810 816
780 792
760
740
720
ly

ly
ch

er
y

ay

ne

st
ry

r
be

be

be
ar

Ju

Ju

gu
ua

ob
ar

Ju
nu

em

em

em
Au
M
br

ct
2

13
31

1
Ja

O
pt

ov

ec
Fe

Se
5

D
17

18

31
2
Date

Public Ittikal Fund 2004

0.9119 0.9370
0.95
0.9023
0.8745 0.8824
0.8667 0.8673
0.9 0.8586 0.8656 0.8547
0.8720
Price (RM)

0.85
0.8584
0.8 0.8373
0.8185 0.8174
0.8095 0.8023
0.75 0.7936 0.8006 0.7897

0.7
er
r
ch

ay

ne

ly

st

r
y

ry

ly

be

be

be
ar

Ju

Ju

gu
ua

ob
ar

Ju
nu

em

em

em
Au
M
br

ct
2

13
31

1
Ja

O
pt
Fe

ov

ec
2

Se

4
5

D
17

18

31
2

Date

Offer Price Price After Distribution

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 100 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Composite Index 2005

952
960
930 927
940
920 907 904
900 899
903 900 909
880
CI

860
840 861 860 861
820
800
y

ry

ay

ay
ril

st

r
ne

ne

be

be

be
ar

ar

Ap

gu
ua

Ju

Ju
nu

nu

em

em

em
Au
br

31
5
7

15
Ja
Ja

Fe

pt

pt

ec
3

Se

Se
11
3

D
4

30
5

27
Date

Public Ittikal Fund 2005

0.9025 0.8934
0.92
0.8826 0.8808 0.9054
0.9 0.8641
0.88 0.8480 0.8412 0.8679
Price (RM)

0.86
0.84 0.8646 0.8676 0.8650
0.8617 0.8559
0.82 0.8466 0.8433
0.8 0.8266
0.78 0.8037
0.76
0.74
ay
ril
ry

ay

ne

ne

r
y

r
s

be
be

be
ar

ar

Ap

gu
ua

Ju

Ju
nu

nu

em
em

em
Au
br

31
7

15
Ja

Ja

pt
Fe

ec
pt
3

Se
Se
3

11

D
4

30
5

27

Date

Offer Price Price After Distribution

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 101 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Public Ittikal Fund

1.2 0.9370
0.8439 0.9025
1 0.8754
Price (RM)

0.8 0.9542
0.6 0.8264 0.8185 0.8720 0.8480 0.8650 0.8304
0.4 0.6421
0.2
0

05

06

06
03

05
04
03

4
00

20

20

20
20
20

20
20

r2

ay
ril

ne
ch

st
y
er

be
ar

Ap

gu
ob

M
ar

Ju
nu

Au
M

ct

11
7
ce

15
Ja
O
11

3
De
5
31

31

Date

Public Ittikal Fund

1.2 0.9370
0.8439 0.9025
1 0.8754
Price (RM)

0.8 0.9542
0.6 0.8264 0.8185 0.8720 0.8480 0.8650 0.8304
0.4 0.6421
0.2
0
05

06

06
05
03

04
03

4
00

20

20

20
20

20
20
20

r2

ay
ril

ne
ch

st
y
er

be
ar

Ap

gu
ob

M
ar

Ju
nu

Au
M

ct

11
7
ce

15
Ja
O
11

3
De
5
31

Rumusan : Prestasi dana unit trust di bawah syarikat pengurusan dana yang terbaik
menunjukkan kadar kenaikan dan memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 102 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

CADANGAN DAN TIP PELABURAN UNIT TRUST


Untuk menjadi pelabur unit trust yang bijak, anda perlu :

1. Mengetahui dan memahami ilmu pelaburan unit trust dengan sebaik-baiknya.

2. Memilih dana unit trust yang memenuhi keperluan pelaburan anda. Prestasi
dana-dana unit trust boleh diketahui melalui laporan The Standard & Poor dan
juga The Edge Lipper. Bagi penganut agama islam, anda dicadangkan untuk
melabur di dalam dana-dana unit trust berprestasi yang berteraskan syariah
islam.

3. Memilih syarikat pengurusan unit trust yang terbaik dan berwibawa. Kami
mencadangkan agar anda melabur di Syarikat Unit Trust No.1 di Malaysia iaitu
Public Mutual kerana prestasinya yang amat mantap dan memberangsangkan,
tambahan pula ia telah menerima 30 anugerah pengurusan dana unit trust
terbaik sepanjang tahun 2006.

4. Dan anda juga perlu mempunyai perunding unit trust yang berkebolehan sebagai
rujukan di dalam pelaburan unit trust anda.

5. Untuk memaksimumkan pulangan pelaburan unit trust anda, anda perlu


melakukan switching berdasarkan pasaran unit trust semasa. Sekiranya anda
tidak tahu bagaimana melakukannya, anda boleh meminta bantuan perunding
unit trust anda.

CARA-CARA MEMBUAT PELABURAN UNIT TRUST :

1. Dengan wang tunai – Minimum RM1000


2. Dengan cek – Minimum RM1000
3. Dengan KWSP – Akaun 1 mestilah sudah melebihi RM50k, lebihan daripada
RM50k, hanya 20% boleh dilaburkan.

Contoh pengiraan :

Akaun 1 KWSP : RM100,000


- RM 50,000
----------------
Baki RM 50,000
----------------

Hanya 20% daripada jumlah baki (RM50,000) boleh dilaburkan iaitu :


RM10,000

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 103 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Bagi pelabur melalui KWSP, anda boleh menambah pelaburan anda setiap 3 bulan
selagi Akaun 1 KWSP anda masih melebihi RM50k.

* Anda boleh melabur terus ke syarikat pengurusan unit trust atau menggunakan
khidmat perunding unit trust untuk membuat urusan bagi pihak anda.

* Anda juga tidak perlu membayar apa-apa bayaran sekiranya menggunakan


khidmat perunding unit trust.

* Anda boleh menyemak baki akuan 1 KWSP anda di mana-mana cawangan


KWSP berdekatan atau anda juga boleh mendapatkan bantuan kami dengan
segera.

RUJUKAN
Persekutuan Pengurus-Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM) adalah
merupakan sumber rujukan utama di dalam ebook ini dan anda juga boleh membuat
rujukan mengenai pelaburan unit trust di internet melalui website-website berikut :

1. http://www.invest.com.my
2. http://www.min.com.my/bm/html/produkpelaburan_ut09.html
3. http://www.publicmutual.com.my
4. http://www.fmutm.com.my
5. http://www.sc.com.my

dan mana-mana website yang berkaitan dengan pelaburan unit trust.

Disamping itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang prestasi dana-dana
unit trust menerusi :
1. Akhbar The Edge Malaysia
2. Akhbar The Star setiap sabtu – Bahagian Ekonomi dan Saham

dan akhbar-akhbar lain serta majalah-majalah yang berkaitan dengan pelaburan unit
trust yang terdapat di Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 104 -


E-book Jana Wang dengan Unit Trust

PENUTUP
Kita sudah sampai ke bahagian terakhir dalam Ebook Jana Wang dengan Unit Trust.
Cukup dahulu setakat ini. Harapan saya, agar anda mendapat banyak ilmu, idea dan
manfaat daripada banyak perkara yang telah saya nyatakan dalam ebook ini.

Sesungguhnya, ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat jika anda tidak dapat


merealisasikan dan mempraktikkan ilmu yang telah anda ketahui ini di dalam
pelaburan anda seterusnya mencapai matlamat untuk memaksimumkan keuntungan.

Namun, saya berharap agar ilmu yang anda perolehi ini dapat digunakan di dalam
instrumen pelaburan yang sah di sisi undang-undang Malaysia ataupun sedikit
sebanyak dapat memberikan peransang dan dorongan untuk anda melabur pada
masa hadapan demi mencapai kebebasan kewangan pada masa depan.

Jika anda mempunyai buah fikiran, idea, cadangan atau komen untuk menambah baik
ebook ini, anda dialu-alukan untuk mengajukanya ke :

http://www.unitamanah.com/forumvip

Saya menunggu berita baik daripada anda. Saya ingin mendengar pengalaman anda
dan ilmu pengetahuan anda dikongsi bersama. Saya ingin membantu apa juga
permasalahan dan kekeliruan anda mengenai Unit Trust.

Akhir kata, selama maju jaya.

“TEROKAI RAHSIA PENJANAAN WANG BERTERUSAN”

Ikhlas,

Abd Rahman bin Jamaan


“Pakar Unit Trust Anda…”
http://www.unitamanah.com
admin@unitamanah.com

P/S: NANTIKAN KEMUNCULAN EBOOK JANA WANG DENGAN UNIT


TRUST DALAM VERSI-VERSI TERBARU DENGAN MAKLUMAT-MAKLUMAT
YANG TERKINI DI http://www.unitamanah.com JANGAN KETINGGALAN !

Hak Cipta Terpelihara 2006 - 105 -