Anda di halaman 1dari 8

CIRI-CIRI TAMADUN SUMERIA

Latar Belakang
Tamadun Sumeria merupakan salah satu tamadun terawal di dunia. Tamadun ini juga
dikenali sebagai Tamadun Mesopotamia. Tamadun ini terletak di Teluk Parsi. Ia
dipercayai bermula kira-kira tahun 6,000 SM. Perkataan Mesopotamia bererti tanah di
antara dua sungai, di mana tamadun ini berkembang di antara Lembah Sungai Tigris
dan Lembah Sungai Eupharates. Pada tahun kira-kira 4,500 SM, orang-orang Sumer
menetap di Dataran Shinar. Mereka melakukan kegiatan pertanian. Pada tahun 3,000
SM pula, perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates berkembang
menjadi beberapa buah negara kota yang makmur.

Ciri-ciri
Pemebntukan Bandar
Kira-kira pada tahun 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran Shinar. Tanah
di dataran ini amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Dengan adanya kegiatan
pertanian, satu perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates mula
wujud. Beberapa buah negara kota yang makmur dibina, antaranya Ur, Urech dan
Kish. Setiap negara kota mempunyai sebuah bandaraya dan tanah yang luas di
sekelilingnya. Setiap negara kota diperintah oleh seseorang pemerintahnya sendiri
atau seorang paderi yang dikenali sebagai patesi. Katanya terletak di tebing terusan
dan sungai berhadapan dengan hutan yang mempunyai banyak hasil hutan. Setiap
negara kota ini juga mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri.
Pemerintahnya juga membina dan memelihara terusan dan benteng untuk menjaga
ladang-ladang di sekelilingnya. Pemerintah ini juga membina tembok pertahanan
untuk mencegah pencerobohan musuh luar dan untuk memberi perlindungan kepada
penduduknya.

Pembentukan Kerajaan
Peperangan sering berlaku di antara negara kota menyebabkan sentiasa berlakunya
penukaran pemerintah, kemusnahan negara kota dan keruntuhan Tamadun Sumeria.
Kira-kira pada tahun 2,750 SM, Raja Sargon dan Akadia menguasai tamadun ini.
Baginda meluaskan wilayahnya sehingga Elam di Timur dan Laut Mediterranean.
Kira-kira tahun 2,200 SM, sekumpulan orang Amorotes menyerang Mesopotamia dan
menawan Babylon. Babylon ini kemudian berkembang menjadi sebuah negara kota
yang indah, kuat dan termasyhur di bawah pemerintahan Hammurabi. Selepas
kemangkatan Hammurabi, kerajaan ini diserang oleh Kerajaan Assyria.
Nebuchadnezzar dari puak Chaldea menjadi raja Babylon (625 SM) dan Babylon
dibina semula menjadi sebuah negara kota yang kuat dan pusat empayar yang baru.
Selepas itu, orang Parsi (Raja Cyprus) menyerang dan menawan negara-negara kota
Mesopotamia.

Organisasi Sosial
Golongan pendeta dan raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Golongan ini juga
dikenali sebagai Amelu. Golongan saudagar dan peniaga atau dikenali sebagai
Mushkinu pula mewakili kelas pertengahan. Seterusnya, golongan petani dan artisan
pula menduduki lapisan yang ketiga di mana amalan pengkhususan kerja paling jelas
dilihat. Golongan yang dibawah sekali ialah golongan hamba. Golongan ini terdiri
daripada tawanan perang serta orang tempatan yang dijual sebagai hamba. Mereka
boleh menjadi bebas jika mereka patuh dan setia kepada tuannya tetapi mereka tidak
boleh mengambil bahagian dalam pentadbiran. Kadang-kala, hukuman yang
dijatuhkan terhadap mereka juga lebih berat iaitu dua kali ganda daripada hukuman
biasa atas bangsawan.

Perkembangan Teknologi
Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka
dengan dunia luar. Sistem pengairan yang maju dibina untuk mengelakkan banjir dan
kemarau. Pokok-pokok pula ditanam sebagai penghalang angin. Orang-orang Sumeria
dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan
orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam
peperangan, kincir dalam sistem pengairan dan membuat tembikar dengan peroda.
Dalam bidang pertanian, penciptaan bajak dan alat menabur mempercepatkan kerja
pertanian. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni
bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan
menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan
menggunakan batu-bata. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang
berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri
daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Seperti orang Mesir, mereka
tahu mengira keluasan sesuatu kawasan dan isipadu.

Pengkhususan Kerja
Kewujudan organisasi sosial mendorong kepada kewujudan pengkhususan kerja. Raja
berperanan sebagai ketua kerajaan. Baginda berkuasa mutlak dalam pengurusan
segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga
merupakan ketua tentera dan sebagainya. Golongan pendeta pula bertugas
menguruskan hal-ehwal agama. Beliau secara tidak langsung terlibat dalam
penciptaan kalendar. Golongan petani bertugas melakukan aktiviti bercucuk tanam,
penternakan binatang dan sebagainya. Golongan artisan pula bertugas membuat roda,
tembikar, mengukir dan sebagainya. Yang akhir sekali, iaitu hamba abdi bertugas
untuk melakukan kerja-kerja berat tanpa menerima gaji.

Kepercayaan
Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai
Tuhan. Mereka menyembah Tuhan yang turun ke bumi dari langit untuk melindungi
negara kota mereka. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid
setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhut ialah The
Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini.
Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). Orang Sumeria
menganggap dewa-dewi menentukan kejadian bencana alam dan melapetaka. Apabila
berlaku bencana ini, berertilah dewa-dewi telah menjatuhkan hukuman ke atas rakyat.
Walau bagaimanapun, orang Sumeria tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas
mati.

Bahasa dan Tulisan


Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk
merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran. Kemudian, tulisan ini
dipermudahkan ke dalam bentuk simbol. Simbol-simbol ini ditulis si atas tanah liat.
Orang Sumeria kemudian membentuk sistem penulisan berbentuk pepaku. Bentuk
tulisan pepaku ini dipanggil cuneiform atau tulisan berbaji. Dengan menggunakan
tulisan cuneiform, orang Sumeria telah membuat rekod-rekod di atas tanah liat yang
menjadi sumber sejarah Tamadun Sumeria.

CIRI-CIRI TAMADUN MESIR

Latar Belakang
Mengikut Herodotus, negeri Mesir ialah anugerah dari Sungai Nil. Sungai ini
mengalir di kawasan tandus yang berbatu-bata membawa bersama-samanya lumpur-
lumpur yang mendak di tebingnya. Kejadian banjir telah menyuburkan kedua-dua
tebing sungai. Selain itu, Sungai Nil telah membekalkan air untuk tanaman yang
ditanam dan bekalan makanan laut serta menjadi alat pengangkutan bagi penduduk.
Adalah dipercayai orang Mesir datang ke kawasan Sungai Nil dari Timur melalui
Aden pada kira-kira 5000 SM. Apabila mereka mendapati delta Sungai Nil ini sangat
subur, mereka mula membentuk perkampungan di sini. Adalah dipercayai juga,
kewujudan kerajaan di Lembah Nil ini bermula sebelum tahun 3100 SM.

Ciri-ciri
Pembentukan Bandar
Dipercayai orang Mesir datang ke kawasan Sungai Nil pada kira-kira 5000 SM.
Orang ini bergerak merata-rata di kawasan ini pada permulaan. Apabila mereka sedar
betapa suburnya delta di sebelah Utara Sungai Nil, mereka pun menetap di sini. Di
sini, mereka menjalankan aktiviti pertanian. Suatu perkampungan kecil dibentuk.
Perkampungan ini kemudian mengalami urbanisasi dan membentuk negara kota yang
mempunyai ramai penduduk, merupakan pusat perdagangan dan sebagainya.
Memphis dan Thebes merupakan contoh negara kota yang terkenal di Tamadun Mesir
ini.

Pembentukan Kerajaan
Di sepanjang zaman lampau ini, perkelahian sering berlaku di antara penduduk yang
tinggal di sepanjang Lembah Sungai Nil. Setelah mereka menjadi lebih mahir
membuat senjata, mereka ini dapat mengatasi jiran-jiran mereka. Apabila satu-satu
puak berjaya mengatasi puak lain, puak-puak yang dikalahkan itu akan dipaksa
mengiktiraf totem (simbol) puak pemenang itu sebagai tuhan yang maha berkuasa.
Lebih kurang dalam 4300 SM, dua puak telah menghapus puak-puak yang lain dan
masing-masing membentuk kerajaan di sebelah Utara dan Selatan Lembah Nil. Lama-
kelamaan, Kerajaan Hulu dan Hilir bercantum menjadi satu dan diperintah oleh
seorang raja.

Organisasi Sosial
Kedudukan sosial seseorang individu dalam organisasi sosial Tamadun Mesir tidak
berubah beribu-ribu tahun lamanya. Firaun atau Pharoah dianggap sebagai anak tuhan
matahari Amon-Re. Baginda mempunyai kedudukan yang tertinggi. Selepas Firaun,
golongan pemerintah yang terdiri daripada pendeta dan bangsawan menduduki tempat
kedua. Mereka berkuasa sebagai pentadbir di negara kota. Seterusnya, peniaga, artisan
dan tabib menduduki tempat yang ketiga. Mereka merupakan kelas pertengahan yang
mempunyai bilangan yang amat terhad. Selepas kelas pertengahan ialah golongan
petani yang hidup secara sederhana. Hamba berada di tempat yang paling bawah yang
terdiri daripada orang tawanan perang. Mereka hidup dengan amat menderita.
Golongan wanita juga mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Mesir
sekiranya dia melahirkan banyak orang anak.

Perkembangan Teknologi
Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim
(kalendar) dan matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat
mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji
bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan
mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari
setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir,
menanam dan menuai. Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan
matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur
keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini
membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid.
Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan mereka dapat dilihat melalui pembinaan
piramid. Alat-alat mudah seperti pahat, tembaga, baji dan tukul batu digunakan.
Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan
fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai
pembedahan.

Pengkhususan Kerja
Kewujudan organisasi sosial telah mewujudkan pengkhususan kerja bagi setiap
lapisan masyarakat. Firaun bertugas memerintah negara Mesir dan berkuasa mutlak
serta mempunyai kuasa penuh ke atas tanah air di Mesir. Baginda memerintah dengan
dasar kuku besi. Dasar kuku besi bermaksud rakyat dipaksa patuh kepada Firaun dan
rakyat dipaksa membayar cukai. Golongan pendeta bertanggungjawab menjalankan
upacara untuk mententeramkan tuhan mereka. Golongan bangsawan pula menjadi
gabenor daerah, pegawai istana atau pemungut cukai. Kelas pertengahan pula menjadi
peniaga, tabib ataupun artisan. Golongan petani bertugas untuk menanam tanaman
seperti gandum dan barli. Mereka dikehendaki menyerahkan 2/3 daripada hasil
tanaman kepada kerajaan sebagai cukai. Hamba pula bekerja sebagai petani atau
bekerja di kuil atau di projek pengairan.

Kepercayaan
Agama dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Mesir.
Masyarakat di Mesir percaya bahawa alam semesta dikuasai oleh tuhan atau dewa-
dewi yang menentukan hidup atau mati segala-gala benda dalam alam semesta.
Mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing untuk mendapatkan
kebahagiaan kepada mereka. Tuhan yang disembah oleh orang Mesir termasuk Amon-
Re (matahari), Osiris (Sungai Nil), Isis (Bulan), Nut (langit), dan Shu (udara). Orang
Mesir juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Mereka percaya orang yang mati
akan hidup dengan penuh kebahagiaan di akhirat, maka roh mesti dibekalkan dengan
segala keperluan dan barang kemas. Mereka memumiakan mayat dan mayat itu
disemadikan bersama-sama dengan segala keperluan dan barang kemas. Dalam proses
memumiakan mayat, mayat disumbat dengan garam dan kemudiannya dibalut dengan
kain. Golongan pemerintah pula membina piramid untuk menyimpan mumia dan
dijadikan sebagai tempat roh bersemadi. Piramid juga digunakan untuk menyimpan
harta Firaun yang mati. Piramid yang terkenal ialah Piramid Agung yang dibina di
Giza untuk Firaun Khufu.

bahasa dan Tulisan


Pada tamadun awal Mesir, tulisan digunakan untuk menyimpan rekod tentang upacara
keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil. Bentuk tulisan yang dicipta oleh para
pendeta ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan hieroglif berbentuk gambar dan diukir
pada batu atau kayu. Setelah membuat kertas daripada pokok papyrus, orang Mesir
menulis dengan menggunakan dakwat dan berus.

CIRI-CIRI TAMADUN HWANG-HO

Latar Belakang
Tamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai Hwang-Ho atau Lembah Sungai
Kuning pada tahun kira-kira 5000 SM. Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai
tanah loes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Bukti yang menunjukkan
kewujudan Tamadun Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo sapien Cina di
Sze-Chuan dan Yang-Tze. Selain itu, manusia Peking juga ditemui dan dipercayai
bahawa manusia ini hidup hampir 500,000 tahun dahulu. Kerajaan Shang wujud pada
zaman ini tetapi asal-usulnya kabur. Namun begitu, Kerajaan Shang ini dipercayai
bermula antara tahun 1700-1600 SM dan berakhir pada tahun 1122-1100 SM.

Ciri-ciri
Pembentukan Bandar
Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka
mendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesat
dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai
sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara
kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang,
Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan
tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut.

Pembentukan Kerajaan
Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu
daripada negara kota itu telah berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan
negara kota yang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum
Shang, terdapat satu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian
memperkuatkan kekuatan tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela
menunduk terhadap kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun
ditubuhkan. Kerajaan Shang ini diketuai oleh seorang raja dan setiap orang
bangsawan pula akan diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun.
Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling
oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou
Hsin.

Wujudnya Organisasi Sosial


Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi
dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka
merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan,
golongan petani menjadi golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada
mereka menjadi hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat
mengeluarkan hasil yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat
yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli
sihir yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di
istana Shang.

Perkembangan Teknologi
Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah
maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk
membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat
tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar
dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat
daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.

Pengkhususan Kerja
Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah
negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan "Tuan Tanah" dan
bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah". Golongan bangsawan akan
dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil
yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan
sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti
kewangan, pasukan bersenjata, undang-undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3
SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya
mengawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam
ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian
kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-
masing menjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya.

Kepercayaan
Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan pemujaan terhadap nenek
moyang. Mereka percaya nenek moyang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan
mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang,
mereka akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan
beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak atas tulang,
mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka
juga menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan
sebagainya.

Bahasa dan Tulisan


Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan
sesuatu perkara atau benda telah wujud. Tulisan ini menggunakan idea abstrak.
Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal selama 3,500 tahun sehingga masa kini.
Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram. Ia ditulis secara menegak dalam lajur-lajur
kecil. Jurutulis yang mahir menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk
menulis atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan sebagainya. Contoh bentuk
tulisan ideogram ialah 山 yang mewakili bukit dan 日 yang mewakili matahari.
CIRI-CIRI TAMADUN MOHENJO-DARO DAN HARAPPA

Latar Belakang
Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa juga dikenali sebagai Tamadun Indus. Tamadun
ini wujud kira-kira dari tahun 2500-500 SM di sekitar Sungai Indus. Tamadun ini
terdiri daripada 70 buah bandar di dataran-dataran yang direntasi oleh Sungai Indus
dan Sungai Ganges di Barat Laut India. Walau bagaimanapun, hanya dua tempat
sahaja mempunyai kebudayaan rumit dan jelas iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa.
Kedua-dua bandar ini juga merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah
manusia.

Ciri-ciri
Pembentukan Bandar
Seperti dengan tamadun yang lain, bandar negara kota ini terbentuk apabila satu
perkampungan ini mengalami urbanisasi. Pembentukan ini menunjukkan corak
kehidupan manusia yang semakin berorganisasi dan berkebijaksanaan. Antara negara
kota ini, Harappa dan Mohenjo-Daro mempunyai struktur yang teratur.Kedua-dua
bandaraya terbahagi kepada petak-petak perumahan berdasarkan corak checker-board.
Jalan raya utama amat luas dan terbentang dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke
Timur. Rumah-rumah dibina dengan batu-bata dan terletak di kedua-dua belah jalan
raya. Setiap rumah ini mempunyai bilik mandi, tandas, dapur dan telaga. Selain itu,
bandaraya ini mempunyai jelapang-jelapang, dewan orang ramai, kedai-kedai, sistem
saluran najis di bawah tanah dan citadel yang dibina untuk didiami oleh golongan
pemerintah. Seterusnya, kubu-kubu telah dibina untuk melindungi bandar-bandar ini
daripada serangan musuh.

Pembentukan Kerajaan
Secara amnya, setiap negara kota ini merupakan satu kerajaan. Ia diperintah oleh
pendeta atau paderi dengan kuasa mutlak. sistem pemerintahannya adalah teratur dan
bersistematik. Tamadun ini telah mengalami kemerosotan dan terus lenyap kira-kira
1500 SM.

Organisasi Sosial
Organisasi sosial bagi tamadun ini tidak berapa jelas. Tapi, apa yang dapat dilihat
ialah para pendeta menjadi ketua kerajaan dan selepasnya terdapat satu golongan
petani yang bilangannya agak ramai. Selain itu, terdapat juga golongan peniaga yang
dipercayai menjalankan kegiatan perdagangan dengan bandar Ur di Mesopotamia.

Perkembangan Teknologi
Perkembangan teknologi tamadun ini tidak berapa jelas juga. Tetapi apa yang
diketahui ialah roda telah dicipta dan digunakan sebagai alat pengangkutan.

Pengkhususan Kerja
Para pendeta bertanggungjawab mengawal pembinaan bangunan baru, menetapkan
piawai timbangan dan ukuran dan mengawal ketat sistem tulisan, bentuk bangunan,
pelan jalan dan saiz batu-bata yang digunakan dalam pembinaan. Golongan petani
pula bertanggungjawab menanam tanaman seperti gandum, barli, padi dan kapas dan
menternak binatang seperti lembu, biri-biri, kambing, babi dan ayam. Selain itu,
terdapat orang yang mengamalkan pekerjaan berniaga, pengukir batu, pembuat barang
kemas, tukang besi dan pembuat tembikar.

Wujudnya Kepercayaan
Menurut sumber arkeologi, masyarakat Indus mengamalkan kepercayaan animisme.
Oleh itu, penduduknya menyembah binatang, pokok dan batu. Berdasarkan
kepercayaan ini juga, lembu jantan dianggap sebagai binatang suci. Masyarakat Indus
juga menyembah Dewa Siva dan Dewi Shakti yang bermuka tiga. Namun demikian,
kuil-kuil tidak dibina untuk tuhan-tuhan ini. Masyarakat rakyat Indus mengamalkan
upacara pengebumian dan pembakaran mayat. Habuk mayat biasanya dibuang ke
dalam sungai. Kira-kira pada tahun 1500 SM, orang Aryan menyebarkan agama
polytheistic, hasilnya mereka mula menyembah tuhan matahari, langit, petir dan api.
Walaupun begitu, orang Aryan ini sebenarnya menyembah kepada satu tuhan sahaja
(monotheistic) dan percaya kepada konsep hidup semula dalam jasad lain.

Wujudnya Bahasa dan Tulisan


Sistem tulisan yang wujud di Tamadun Indus adalah berbentuk gambar. Terdapat
hampir 400 simbol keseluruhannya. Arah tulisannya bermula dari kiri dan menuju ke
arah kanan.

Anda mungkin juga menyukai