Anda di halaman 1dari 5

3.

0 PENULISAN AKADEMIK Bincangkan sejauh mana mata pelajaran Seni dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain. Seni terdapat terlalu banyak pendefinisian mengenai perkataan ini, baik melalui tokoh-tokoh sejagat mahupun tokoh-tokoh tempatan. Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Menurut Herbert Read (buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan,kenikmatan,

kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Seni Dalam Pendidikan juga bermatlamat untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. Seni memang memainkan banyak peranan dalam pendidikan. Jadi, dengan mengaplikasikan Seni Dalam Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain, pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan akan dapat diwujudkan.

15

a) Pembelajaran yang optimum Pada zaman globalisasi ini, kaedah pengajaran secara tradisional

sahaja tidak lagi digunakan untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Hal ini sedemikian kerana kaedah pengajaran

secara tradisional hanya berpusatkan guru sahaja, guru berperanan sebagai pengajar manakala murid berperanan sebagai penerima pasif sahaja. Dalam keadaan ini, pembelajaran yang optimum tidak akan tercapai kerana interaksi secara dua hala tidak diwujudkan.

Dengan mengintegrasikan tiga elemen penting dalam Seni Dalam Pendidikan, iaitu seni visual, seni pergerakan dan seni muzik dalam mata pelajaran lain, murid-murid diberi peluang untuk murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakini apa yang mereka lihat, sentu, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Di samping itu, aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran sera membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, objektif pembelajaran akan tercapai dan pembelajaran tersebut akan menjadi optimum dengan penglibatan langsung murid-murid dalam P&P.

Sebagai contohnya, mata pelajaran Sains telah mengandungi banyak unsur-unsur seni dalam pendidikan, terutamanya seni visual dan seni pergerakan. Kebanyakkan murid-murid di sekolah kawasan bandar tidak berpeluang untuk melihat haiwan seperti gajah, kambing, lembu dan juga serangga. Guru boleh menunjukkan gambar-gambar, video atau spesimen serangga kecil kepada murid-murid untuk memberi gambaran yang sebenar kepada murid-murid dan juga mengelakkan miskonsepsi. Seterusnya, muridmurid boleh diminta untuk melukis gambar-gambar spesimen tersebut untuk mengukuhkan kefahaman mereka dan juga melatih motor halus murid-murid.

16

Selain itu, aktiviti eksperimen dalam mata pelajaran Sains juga telah menerapkan unsur-unsur seni. Murid-murid menggunakan seni visual untuk memerhati dan juga seni pergerakan untuk mengolah bahan serta melakukan eksperimen. Dengan ini, pembelajaran yang optimum dapat diwujudkan dalam kalangan murid. Hal ini dibuktikan dengan Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka

b) Pembelajaran yang bersepadu Penggabungjalinan Seni Dalam Pendidikan dalam mata pelajaran lain juga dapat menghasilkan pembelajaran bersepadu. Kebanyakkan aktiviti pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran seperti Sains, Pendidikan Jasmani, Bahasa-bahasa adalah aktiviti Seni Dalam Pendidikan yang biasa akan melibatkan sekelompok murid untuk menjalankan aktiviti bersama-sama. Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur, saling menghormati merupakan unsur yang penting dalam aktiviti berkumpulan. Contohnya dalam aktiviti perbincangan dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa-bahasa memerlukan murid-murid membuat kesimpulan berdasarkan perbincangan dan idea-idea ahli dalam kumpulan. Dalam sesi perbincangan ini, murid-murid akan dapat mempelajari nilai-nilai seperti menghormati idea orang lain, bertolak ansur dan sebagainya. Dengan ini, pembelajaran yang bersepadu telah diwujudkan. Murid dapat memenuhi keperluan sosial yang asas melalui aplikasi seni dalam pendidikan dalam mata pelajaran lain. Hubungan yang mesra dan harmoni antara guru serta hubungan silaturahim antara murid dapat diwujudkan dalam aktiviti seni dalam pendidikan. Hubungan yang baik antara guru dengan murid serta murid dengan murid adalah penting untuk mewujudkan pembelajaran yang bersepadu. Murid akan merasa sendirinya diterima oleh rakan-rakan dan secara langsung akan mempunyai harga diri.

17

Dengan ini, murid yang seimbang dari aspek rohani dan sosial dapat dihasilkan.

c) Pembelajaran yang menyeronokkan Mengaplikasi seni dalam pengajaran dengan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Murid- murid di sekolah rendah biasanya akan menjadi lebih terdorong utnuk memahami dan mempelajari sesuatu perkara secara seronok. Jadi, aplikasi seni dalam

pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat murid mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang minat murid untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran.

Dalam

mata

pelajaran

Pendidikan

Jasmani,

guru

biasanya

memasangkan muzik semasa menjalankan aktiviti permainan. Hal ini kerana murid- murid akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentu irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti permainan, pergerakan

lokomotor,pergerakan bukan lokomotor dan sebagainya. Irama dalam muzik dapat merangsangkan minda murid-murid untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan dan mereka akan merasa lebih seronok dengan kehadiran muzik semasa menjalankan aktiviti. Tanpa kehadiran muzik, sesuatu aktiviti akan menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung akan menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan leih seronok dan bersemangat.

Aktiviti seni dalam pendidikan seperti mewarna dan melukis biasanya diaplikasikan dalam mata pelajaran matematik. Sebagai contohnya dalam topik perpuluhan, murid sentiasa dikehendaki untuk mewarnakan petak kecil untuk mewakili nombor yang diberi. Dengan ini, murid akan merasa seronok kerana dapat melukis dan mewarna selain menghafal dan mengira dalam mata pelajaran Matematik.
18

Di samping itu, permainan kecil dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan sebagainya juga dapat menyumbang kepada suasanan

pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini kerana murid-murid di sekolah rendah lebih terdorong kepada aktiviti hands-on. Murid-murid biasanya akan dapat mengingat maklumat dan pengajaran yang disampaikan melalui suanana pembelajaran yang menyeronokkan dengan selama-lamanya.

Secara umumnya, aplikasi semua elemen seni dalam pengajaran dalam P&P akan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan. Oleh itu, kaedah ini seharusnya dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang berkesan kepada murid-muridnya. Dengan melaksanakan aktiviti dan teknik pengajaran yang sesuai, muridmurid yang memperolehi ilmu baru akan merasa seronok dan tidak bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyibunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru. Justeru, murid yang seimbang dari aspek JERIS yang beselaras dengan Falsafah Pendidikan Negara akan dapat dihasilkan dan masa depan masyarakat dan negara juga akan terjamin.

19

Anda mungkin juga menyukai