Anda di halaman 1dari 35

Pengurusan Kesihatan dan keselamatan

Merancang persekitaran yang sihat DAN Keselamatan kanak-kanak

NORHANIS BINTI USAIZAN NORFARHA BINTI MUSTAPHA

MERANCANG KESELAMATAN LUAR DAN DALAM PRASEKOLAH

Mengawasi kanak-kanak

Guru sentiasa memantau dan mengawasi kanakkanak ketika mereka bermain. Kanak-kanak yang terlalu lasak di berikan perhatian yang lebih bagi mengelakkan sebarang pergaduhan.
Menggunakan alatan permainan yang diperbuat daripada plastik

Ia boleh mengurangkan risiko kecederaan di kalangan kanak-kanak semasa bermain.

Penggunaan selipar ke tandas Kanak-kanak yang ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia bagi mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh jika lantai licin. Pembalutan span pada tiang yang keras Membalut tiang atau bucu yang tajam menggunakan span bagi mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanak-kanak. Meja segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang lebih selamat.

Mewujudkan kawasan larangan Dapur merupakan kawasan larangan bagi kanakkanak. Mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kecuali ketika mengambil makanan. Kawasan longkang ditutup Longkang dan lubang ditutup menggunakan papan penutup. Ia bagi mengelakkan kanakkanak dari terjatuh ketika bermain.

Larangan menggunakan pensel warna yang tajam Kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan pensel warna yang terlalu tajam.Semasa kanak-kanak mewarna,guru sentiasa memeriksa keadaan pensel warna mereka. Wayar-wayar elektrik dijauhkan dari kanak-kanak Guru sentiasa memastikan wayar-wayar ini berada di tempat yang tinggi dan tidak berserabut.Kanakkanak juga dilarang mendekati wayar-wayar ini.

Lantai kelas haruslah sentiasa bersih dan kering Guru sentiasa meneliti keadaan lantai prasekolah.Lantai harus kering dan bersih. Ini kerana,kanak-kanak gemar berlari dalam kelas mereka.Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak. Pintu pagar ditutup mengikut waktu Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap hari. Ia bagi mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan ini akan membahayakan kanak-kanak.

Pinggan dan cawan plastik digunakan Kanak-kanak menggunakan pinggan dan cawan daripada plastik ketika makan. Jika perkakas ini terjatuh,ia masih boleh bertahan dan tidak mengundang risiko kecederaan kepada kanakkanak berbanding jika menggunakan perkakas kaca.

KESELAMATAN KANAKKANAK DI PUSAT PRASEKOLAH ( NORMAL DAN BERKEPERLUAN KHAS )

KESELAMATAN DI LUAR BILIK DARJAH


Guru dan pembantu sentiasa memberi perhatian dan mengawal kanak-kanak yang sedang bermain di luar. Alat permainan diperbuat daripada bahan plastik yang boleh mengurangkan risiko kecederaan. Semua longkang adalah bertutup. Segala alatan yang rosak diletakkan di kawasan yang berasingan dan jauh dari perhatian kanakkanak.

Sentiasa Menyelia Kanak-Kanak Semasa Bermain Air Mereka boleh lemas walaupun dengan kuantiti air yang sedikit sedalam 2 inci atau 6 sentimeter. Bermakna kanak-kanak boleh lemas di tempat-tempat yang anda tidak menjangka. Selepas aktiviti main air, tempat menampung air hendaklah ditutup atau dibuang airnya hingga kering.

Meletakkan bahan yang lembut di permukaan peralatan permainan. Bahan lembut ini akan menjadi penahan apabila kanak-kanak jatuh daripada alatan permainan.

KESELAMATAN DI DALAM BILIK DARJAH


Guru dan pembantu memberi perhatian sepanjang masa kepada kanak-kanak ketika aktiviti berkumpulan. Alatan yang digunakan adalah tidak merbahaya. Contohnya gunting yang hujungnya tidak tajam. Pintu utama dipasangkan jeriji agar kanakkanak tidak keluar sewenang-wenangnya.

Perlatan tajam seperti pisau, gunting dan lainlain diletakkan di tempat yang selamat dan tinggi. Semua perabot berbucu bulat yang lebih selamat. Semua peralatan elektrik diletakkan pada tempat yang selamat dan tersusun rapi. Terdapat peti pertolongan cemas yang lengkap dan baru.

KESELAMATAN DI TANDAS
Lantai di dalam tandas adalah bersih dan kering. Guru dan pembantu sentiasa memastikan paip air, sinki dan pam tandas berfungsi dengan baik. Tiada bahan-bahan pencuci bertoksik yang disimpan di dalam tandas. Kanak-kanak disediakan alas kaki yang sesuai untuk ke tandas agar kanak-kanak tidak jatuh ketika di tandas.

KESELAMATAN RUANG DAPUR DAN TEMPAT MAKAN


Kanak-kanak diberikan pinggan mangkuk yang tidak mudah pecah dan berkarat. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dapur kecuali dengan kebenaran guru atau pembantu. Dapur adalah di dalam keadaan yang bersih dan kemas.

PENDERAAN KANAKKANAK

Jenis - jenis penderaan :


Penderaan fizikal Penderaan seksual Penderaan emosi Pengabaian kanak-kanak

PENDERAAN FIZIKAL
Keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggujawab melindungi kanak-kanak tersebut.

PENDERAAN SEKSUAL
Bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa melalui pornografi, gambar, video, mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Mencabul kehormatan, di rogol dan dipaksa melacur.

PENDERAAN EMOSI
Bentuk gangguan psikologi terutama dari segi mental dan emosional, sama ada didera atau dianayai oleh ahli keluarga. Emosi adalah rasa dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah,benci, geram.

PENGABAIAN KANAK-KANAK
Pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak dari segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal.

Kematian bayi akibat kececuaian pengasuh di taska. Guru mencederakan murid kerana tidak tahan dengan sikap murid prasekolah yang degil dan aktif.

Antaranya ialah kisah di Alor Gajah Melaka pada 11 Oktober 2011 apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas cedera di bahagian paru-paru akibat didera oleh bapa tirinya. Pada Jun 2012 pula, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera di bahagian punggung dan jari dipercayai didera oleh bapa tirinya di Kampung Gong Machang, Besut Kuala Terengganu.

Individu didapati bersalah melakukan penderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak (AKK) iaitu kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau keduaduanya

TINDAKAN
Pihak pengusaha perkhidmatan taska memastikan setiap pekerjanya mendapat latihan secukupnya Latihan keselamatan kanak-kanak di taska perlu diadakan secara berkala oleh setiap pengusaha atau individu yang terlibat dalam perkhidmatan ini. Perbincangan bersama pengasuh taska sepatutnya diadakan sebagai langkah berjagajaga tentang keselamatan persekitarannya

Kelulusan mendapatkan sijil pertolongan cemas khusus untuk kanak-kanak juga perlu diwajibkan kepada setiap individu yang mengendalikan perkhidmatan kanak-kanak. (Amerika).

PERALATAN ( PERABOT DAN PERALATAN PERMAINAN LUAR DAN DALAM )

Segala peralatan yang diguna pakai diprasekolah hendaklah mengikut kepada kesesuaian saiz badan, ketinggian, bahan yang digunakan dan mengikut kehendak falsafah pendidikan prasekolah.
membolehkan kanak-kanak bebas membuat keputusan, membina meningkat kemahiran, meningkatkan konsep kendiri yang positif, interaksi sosial dan lebih menumpukan kepada pembelajaran berpusat kanakkanak dan pemblajaran berpusatkan bahan

Peralatan yang ada juga hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tidak mudah lentur, rosak dan tahan untuk digunakan oleh kanak-kanak

Bahan dan peralatan hendaklah pada saiz dan ketinggian kanak-kanak. Peralatan seperti gambar, papan buletin hendaklah pada tahap penglihatan kanakkanak, bukan tahap guru. Keadaan almari, rak-rak buku dan lainlain bahan hendalah mudah dicapai oleh kanakkanak. Perabot seperti kerusi dan meja hendaklah bersesuaian dengan saiz kanak-kanak.

KESELAMATAN KETIBAAN DAN KEPULANGAN KANAKKANAK

Hantar murid terus ke kelas prasekolah Ibu bapa mesti menghantar murid terus ke pintu kelas Ingatkan ibu bapa agar tidak membenarkan anak mereka bergerak sendiri dari kenderaan mereka sehingga ke kelas. Maklumkan kepada guru atau pembantu sekiranya tidak dapat menghantar anak terus ke kelas dan ada wakil yang dari prasekolah yang akan tunggu di pintu pagar.

Ibu bapa mengambil anak di kelas Ibu bapa mesti datang mengambil anak di kelas prasekolah. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan prasekolah selagi ibu bapa mereka tak datang. Guru haruslah mengenal pasti ibu bapa dan penjaga kanak-kanak

Melarang Kanak-Kanak Menyeberang Sendiri Di Jalanraya Ajar kanak-kanak supaya mereka sentiasa memegang tangan orang dewasa semasa menyeberang jalan. Ingatkan kanak-kanak menyeberang jalan hanya bersama orang dewasa sahaja. Sebaik-baiknya gunakan lampu isyarat dan tempat menyeberang jalan. Ajar kanak-kanak tidak menerpa atau berlari di kawasan letak kereta. Mulakan melatih kanak-kanak memerhati kirikanan-kiri sebelum menyeberang jalanraya.